30 June 2010

Takwilan lafaz 'فوق'.



Assalamualaikum semua.


Allah a'zza wa jalla berfirman dalam surah al an'am ayat ke 18 ;


وَهُوَ ٱلۡقَاهِرُ فَوۡقَ عِبَادِهِۦ‌ۚ وَهُوَ ٱلۡحَكِيمُ ٱلۡخَبِيرُ

Dan Dialah yang berkuasa atas hamba-hambaNya. Dan Dialah maha bijaksana lagi maha mengetahui.


Bermula lafaz
'فوق' di dalam nas di atas mengandungi banyak makna. Yang dikatakan banyak makna itu kerana ia digunakan pada makna tempat, zaman, jisim, bilangan dan pangkat.

Berdasarkan nas di atas maka ia menjadi kesamaran (mutasyabihat) dari sudut maknanya.

Telah berkata Ar Roghib :
فوق itu digunakan pada tempat, zaman, jisim, bilangan dan pangkat.

Telah berkata pula Al Ghazali : Apabila didengar lafaz
'فوق' pada ayat Allah(ayat yang penulis tuliskan di atas tadi), maka diketahui bahawa الفوق itu adalah 1 nama yang berkongsi bagi 2 makna. Salah satu dari keduanya ialah; nisbah jisim kepada jisim. Iaitu kedua-duanya(antara 2 jisim itu) berada di atas antara 1 sama lain atau maksud yang mudah fahamnya ialah seseorang itu berada di atas orang lain.

Contohnya Ahmad berada di atas Abu dalam keadaan kepala Abu berada di bawah kaki Ahmad. Ini
فوق dari nisbah jisim kepada jisim.

Dan yang keduanya pula ialah terkadang di itlaq kan
dan dikehendaki dengannya الفوقية itu dengan makna pangkat atau kedudukan.


Seperti kita mengatakan,

الخليفة فوق السلطان

Seorang khalifah itu kedudukannya atau pangkatnya lebih tinggi daripada seorang sultan.



Dan kita sebagai orang mukmin wajiblah meng i'tiqodkan secara putus bahawasanya makna yang awal, iaitu makna
فوق dari nisbah jisim kepada jisim itu adalah ghoiru murod. Jadi murod yang betul untuk menghindarkan kesamaran dan waham pada manusia berdasarkan nas di atas ialah takwilan kepada pangkat dan kedudukan. Iaitu Allah ialah zat yang melebihi segala-galanya. Hakikat manusia ialah lemah selemah-lemahnya. Manusia tidak mampu lakukan apa-apa melainkan sedikit qudrat yang Allah berikan kepada kita. Kedudukan Allah setinggi-tingginya. Bukan bermaksud Allah berada tinggi dari kita. Jika menyebut Allah itu maha besar bukan bermaksud Allah itu zat nya berbentuk besar. Na'uzubillahi min zalik.

Perlu diketahui bahawa jihah atau berpihak ini mustahil pada Allah taala. Apa itu jihah? Jihah ialah atas, bawah, depan, belakang, kiri dan kanan. Sebab itu salah jika mengatakan Allah taala berada di langit kerana langit itu jihahnya di atas.

Al quran menyebut di dalam surah As sajdah ayat 4,


ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ‌ۖ

.... kemudian Dia bersemayam di atas 'arasy...


Jika terjemah kepada bahasa melayu kita memanglah akan menyebut bersemayam dalam erti kata lain duduk di atas 'arasy. Hakikatnya Allah taala suci daripada bertempat atau berjihah.



Apa itu makhluk?


Ulamak kalam menta'rifkan makhluk itu ialah,

' Sesuatu yang selain daripada Allah dan sifat-sifatNya.'

Oleh yang demikian itu, fahamlah oleh kita bahawasanya selain dari Allah dan sifat-sifatNya, semuanya adalah makhluk termasuklah 'arasy dan arah. Semua sudah maklum bahawa Allah taala tidak berhajat kepada makhluk. Ini jelas!

Ulamak balaghah pula menyebut bahawa lafaz
ٱسۡتَوَىٰ itu terbahagi kepada 2 makna. Makna zahir bagi lafaz itu ialah,

الجلوس في المكان و الاءستقرار فيه

'Duduk pada tempat dan tetap padanya(tempat).'


Sedangkan Allah taala itu suci daripada bertempat. Maka murod bagi lafaz tersebut perlu ditakwil kepada,

الاءستيلاء و السيطرة و الملك

'Menakluki(menguasai) dan menguasai dan memiliki(kepunyaan).'


Mengapa ulamak mentakwil ayat yang mutasyabihat? Ini kerana mereka nak menyucikan Allah taala daripada bertempat atau sama dengan makhluk.

Telah berkata Syaikhul Azhar, Syaikh Dr. Ahmad Tayib,

"Adalah sekalian Salafu soleh mengatakan bahawa 'lillahi yadun' akan tetapi makna ini ghoiru murod."


Hakikat maknanya hanya Allah taala saja yang tahu(kerana ia adalah ayat mutasyabihat). Makna zahir bagi 'yadun' ialah sesuatu yang jarihah(sesuatu dari anggota badan samada kaki atau tangan). Namun bukanlah makna zahir itu dikehendakinya. Jika kita inginkan makna zahir itu pada lafaz 'yadun' maka kita telah menyamakan Allah dengan makhluk. Sebab itulah salafu soleh tidak menjawab makna sebenar lafaz 'yadun' itu. Mereka hanya menyerahkan maknanya pada Allah tanpa mengisbatkan apa-apa bentuk jarihah pada Allah. Ini berlaku pada zaman salaf. Mereka tetap mengatakan 'yadun' kerana berdasarkan nas dari al quran. Seperti Allah berfirman dalam al quran surah al fath ayat 10,

يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيہِمۡ‌ۚ

....tangan Allah di atas tangan-tangan mereka..


Tapi bukanlah mereka(salafu soleh) kehendaki 'yadun' itu dengan makna tangan seperti mana sesetengah golongan memahaminya. Sebab dari awal-awal lagi mereka(salafu soleh) sudah menyatakan 'hazal ma'na ghoiru murod'. Mereka(salafu soleh) yang lebih tahu bahasa arab pun tidak berani terjemahkan maknanya. Namun kita hari ini yang baru tahu serba sedikit sudah berani menterjemahkannya pada makna tangan. Na'uzubillahi min zalik!

Perlu diketahui bahawa ada kamus yang terjemah dari bahasa arab ke bahasa melayu. Dan ada juga kamus yang terjemahkan bahasa arab ke bahasa arab sendiri. Jadi bagaimana dengan mudahnya golongan mujassimah menterjemahkan lafaz 'yadun' dengan makna tangan??

Setelah datangnya zaman khalaf, bila ditanya lagi apa maksud 'yadun' itu(jangan terjemah tangan)? Maka khalaf pun mentakwil dengan kata mereka al qudrah. Pentakwilan berlaku kerana terjadinya fitnah dari segi bahasa. Maka untuk menyucikan Allah taala dari segala bentuk yang menyerupai makhluk, takwilan dilakukan. Salah besar jika mengatakan Allah itu ada tangan tapi tak sama dengan makhluk. Kalam-kalam seperti inilah sebenarnya sebesar-besar bid'ah(sesat) kerana salafu soleh pun tidak pernah mengungkapkan sebegitu.

Benarkah mereka mengikut salafu soleh sedangkan salafu soleh pun tidak pernah mengatakan "Allah ada tangan tapi sama dengan makhluk."

Ilmu Allah ini luas. Untuk memahami al quran, bukan saja perlu tahu nahu sorof, balaghah dan lain-lain... Ilmu adab jahili(kesasteraan arab jahiliyah) pun perlu tahu. Adab jahili ini ialah ilmu yang membicarakan tentang asal usul syair di zaman jahiliyah. Orang arab ialah 1 bangsa yang terkenal dengan bersyair. Jadi oleh kerana mereka ini ialah orang arab sejati, maka ketika bersyair, mereka menggunakan pelbagai bahasa yang indah untuk menggambarkan sesuatu. Jika manusia pun boleh menghasilkan bahasa yang indah apatah lagi kalamullah? Sehebat-hebat para syu'ara'(pensyair) di zaman Nabi pun, mereka tidak mampu untuk hasilkan 1 ayat yang menyerupai al quran. Ini menunjukkan bahawa al quran itu penuh balaghah dalamnya.

Kembalilah kepada tafsiran ulamak ahlus sunnah wal jamaah.

Ada golongan kini yang mengakui ikut salafu soleh. Benarkah? Sedangkan salafu soleh tidak seperti mereka. Jika begitu, siapakah yang mereka ikut? Adakah mereka mengikut fahaman mujassimah? Ada aqal yang salim, fikir-fikirkanlah...... Wallahu a'lam.



Rujukan :

تهذيب علم الكلام بشرح الباجورى.
(Kitab madah tauhid, kuliah usuluddin tahun 2 Universiti Al Azhar cawangan Mansurah.)

قطوف من علم البديع (Kitab madah balaghah, kuliah usuluddin tahun 2 Universiti Al Azhar cawangan Mansurah.)


Entri ini telah ditahqiq oleh Tuan Guru Ustaz Al Amin bin Daud Al Azhari.

26 June 2010

Kami akan sambung perjuangan itu! Jika kami mati, biar anak dan cucu kami pula yang sambung!




Assalamualaikum semua.

Kali ini penulis ingin membawa 1 kisah menarik dari Tuan Guru Ustaz Sidek Noor. Penulis ada mendengar pengajian aqidah daripada beliau. Di celah itu beliau menyelit kisah yang begitu sedih dan buatkan penulis begitu terharu. Kisahnya begini.... Penulis adaptasi semula dalam bentuk perbualan.

Tuan Guru Ustaz Sidek Noor...

Di dalam perjuangan kita bersama PAS untuk menegakkan negara Islam, kita perlu kepada keyakinan dan banyakkan berdoa kepada Allah. Usaha itu penting. Biar pun kita susah untuk menang. Tapi jangan putus asa di tengah jalan.

Telah berkata Tuan Guru Ustaz Sidek Noor, "Mungkin Islam tak menang zaman kita, tak menang zaman anak kita, tapi aku yakin satu hari Islam pasti akan menang...Ini lah keyakinan pejuang2 dahulu..."

Beliau menceritakan pengalaman beliau ketika berceramah di Sayong, Kuala Kangsar. Ketika itu seminggu sebelum beliau dikenakan tindakan ISA. Dan ketika itu juga ustaz Sidek Noor menjawat jawatan ketua pemuda PAS(tak dinyatakan di peringkat apa). Selepas habis ceramah beliau bertemu dengan sepasang suami isteri yang sudah tua. Pak cik dan mak cik tersebut datang ke tempat ceramah hanya menunggang basikal bertemankan cahaya lampu picit sahaja. Jarak antara rumah pak cik itu dengan tempat ceramah sejauh 7 batu. Jalannya pula berbukit-bukau. Ustaz Sidek Noor kagum dan memikirkan bagaimana pak cik dan mak cik ini mampu datang ke tempat ceramah yang begitu jauh. Apa lah sangat daya orang tua jika mengayuh basikal. Namun kerana komitmen mereka kepada perjuangan, mereka gagahi jua.

Ustaz Sidek Noor terus bertanyakan soalan kepada pak cik itu.

"Pak cik, lama dah ka pak cik dalam PAS?" soal Ustaz Sidek Noor.

"Saya masuk PAS tahun 52. Cawangan pertama PAS di Perak iaitu Kota Lama Kiri, Kg. Professor Zulkifli Muhammad." balas pak cik itu.

"Pak cik, pak cik yakin Islam menang?"
soal ustaz Sidek Noor lagi.

"Insyaallah.."
balas pula pak cik tadi.

"PAS ni boleh menang ka pak cik?"
soal lagi ustaz Sidek Noor ingin menduga.

Ketika inilah pak cik tersebut memaku tepat pandangannya kepada ustaz Sidek Noor seolah2 ingin membahamnya. Sambil menggoncang2kan tubuh ustaz Sidek Noor pak cik itu berkata.

"Ustaaaz... PAS boleh menang ustaz.. Pasai pa PAS tak menang? PAS pejuang Islam!!" kata pak cik tersebut kepada ustaz Sidek Noor dalam nada bersungguh2 dan bersemangat. Lantas pak cik itu terus memeluk ustaz Sidek Noor kuat2. Dalam nada sedih pak cik itu berkata kepada ustaz SIdek Noor.

"Ustaaz.. Ustaz masih muda. Saya dah tua. Hajat saya daripada dulu sampai sekarang, kalau boleh sebelum saya mati saya nak tengok tanah air saya ini diperintah dengan syariat Allah. Kalau taqdir saya mati, ustaz. Dan hukum Islam tak tertegak lagi di muka bumi Allah, ustaz berjuang naa ustaz.. Ustaz berjuang naa.." rintih pak cik tersebut sambil menangis2 di sisi ustaz Sidek Noor.

Lihatlah betapa tingginya keyakinan pak cik tersebut terhadap kemenangan Islam suatu hari nanti. Dia sanggup kayuh basikal semata2 ingin hadiri ceramah PAS. Dan sempat lagi memberikan peransang dan kata2 semangat kepada pejuang2 Islam yang lain.. Ini lah serba sedikit kisah yang penulis boleh adaptasikan dari ceramah ustaz Sidek Noor.

Sekarang ini kita kehilangan seorang demi seorang pejuang2 Allah di bumi Malaysia kita. Kalau dulu kita sudah kehilangan Tuan Guru Ustaz Fadhil Nor... Yang terbaru ini Tuan Guru Ustaz Hassan Syukri pula. Dan ramai lagilah pejuang2 agama kita yang telah pergi meninggalkan kita semua. Kerana pengorbanan mereka selama ini, kita masih mampu berada dalam PAS dan PAS masih tetap utuh. Inilah jasa2 mereka. Perjuangan yang tak pernah kenal erti putus asa dan penat lelah.

Ayuh bangunlah pelapis muda hari ini.. Pemuda hari ini adalah pemimpin hari esok. Ya Allah jadikanlah kami bersama pejuang2 agamamu.....


Jika hari ini kita tidak dapat merasai pemerintahan berteraskan syariat Allah yang syumul, sekurang2nya anak2 kita, cucu-cicit kita dapat rasainya nanti.... Apa yang penting ialah keyakinan, usaha dan pergantungan kita terhadap Allah...Al Fatihah untuk pejuang2 kita yang sudah pergi meninggalkan kita semua.... TAKBIIIR!!!

Allahyarham Tuan Guru Ustaz Hassan Syukri....


Kenangan terakhir Allahyarham Ustaz Hassan Syukri ketika muktamar PAS baru2 ini..

Allahyarham Tuan Guru Ustaz Fadhil Nor....

25 June 2010

Siapa pencetus perbalahan sebenarnya??

Assalamualaikum semua.

Isu wahhabi jika ingin dibahaskan memang panjang. Penulis beberapa kali bersembang dengan sahabat penulis di FB berkenaan isu ini. Dia nasihatkan penulis supaya berhenti daripada menceritakan kepincangan wahhabi. Isu wahhabi memang sudah lama. Penulis tak mahu ulas berkenaan aqidah(tauhid). Tetapi penulis ingin ulas berkenaan perkara cabangan(fiqh) sahaja.

Semua sudah maklum bahawa puak wahhabi menggunakan istilah bid'ah. Mereka cukup suka mengungkap kalimah ini sehinggakan kita ini dianggap ahlul bid'ah. Telah berkata Syaikh Nuruddin Al Banjari Hafizahullah bahawasanya bid'ah bukan hukum. Ya benar. Bid'ah bukan hukum. Hukum hanya ada lima sahaja iaitu 5 hukum taklifi itu. Wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Ini jelas. Bila kita lakukan apa2 jua perkara ia pasti tidak lari dari 5 hukum ini. Si fulan mencuri, hukumnya haram. Si fulan makan nasi, harus hukumnya. Si fulan berpuasa di bulan Rejab, sunat hukumnya. Si fulan memakan petai, hukumnya makruh dan sebagainya.

Wahhabi, bagi mereka bid'ah itu semuanya sesat dan masuk neraka. Sebab itulah jika mereka mengatakan majlis tahlil ini bid'ah, baca qunut ketika subuh itu bid'ah, membaca saiyiduna di pangkal nama Nabi Muhammd itu bid'ah dan banyak lagilah maka fahamlah oleh kita bahawasanya mereka mengatakan kita ini sesat dan akan ke neraka. Percaya atau tak? Inilah realitinya. Pergilah ke forum2 wahhabi.. Mereka menggelarkan kita ini ahlul bid'ah!! Dan mereka saja pro sunnah..

Sudah sekian lama mereka menyerang kita. Pelbagai gelaran yang mereka berikan kepada kita. Namun kita masih lagi berdiam diri. Dan akhirnya sampai saatnya kita dah tak tahan lagi dihukumkan sesat maka kita pun aturkan strategi dan 'angkatan tentera' untuk mempertahankan diri. Kita tak menyerang lagi.. Bila mereka serang kita, kita pun bertahan dengan dalil2 yang ulamak susun. Kita cuma ambil guna saja. Bila mereka mula menyedari mereka tidak mampu untuk patahkan hujjah kita, akhirnya mereka gunakan pula cara yang lagi kasar iaitu menggelar bahawa 'Asyairah kesemuanya kekal dalam neraka! Na'uzubillah...

Ini dah lebih2.. Maka kita kuatkan angkatan tentera kita untuk menyerang balas balik bersama hujjah2 ulamak. Akhirnya muncullah 'tentera2' yang berjaya menewaskan puak wahhabi. Penulis tak nafikan ada 'tentera2' kita yang terlalu marahkah wahhabi melebihi batasnya. Ini semua kerana wahhabi yang mula dulu. Kalau tak, takkan muncul 'tentera2' begini.

Bila kita berjaya merempuh benteng pertahanan mereka dan berjaya menyedarkan masyarakat tentang bahayanya fahaman ini, maka kita pula disalahkan sebagai pemecah belah masyarakat. Apa semua ini?? Apa ini? Penulis tak faham lah. Kenapa kita yang nak pertahankan diri dari terus dikecam sesat dan masuk neraka, kita pula disalahkan?

Kami tak marah dan tak kacau kalau wahhabi tak mahu qunut subuh, tahlil, talqin, baca yasin malam jumaat, talafuz biniat(lafaz usolli) atau sebagainya... Kami tak marah pun kalau mereka tak mahu buat benda2 ini semua. Sebab kita tahu itu hanyalah khilaf ulamak. Samada sunat atau harus saja. Nak buat, buatlah. Tapi kalau malas buat, jangan ajak orang lain malas juga.

Tapi inilah yang berlaku kepada fahaman wahhabi. Nak cerita bagaimana lagi tentang mereka ini? Siapa yang mula2 sesatkan orang? Siapa yang mula2 kata orang ini masuk neraka? Siapa yang mula2 bid'ahkan masyarakat sewenang2nya? Siapa yang mula dulu semua ini? Jawablah wahai kawan2 semua. Kenapa tuduh kami yang porak perandakan masyarakat? Dulu Malaysia dah kurang dengar isu ini. Tapi kini kecoh kembali. Kalau setakat melarang sahaja tak mengapa lagi. Tapi sampai menghukum sesat dan kekal dalam neraka ini tuduhan berat!! Bukan perkara main2.. Ahli keluarga kita dizalimi adakah kita nak tengok saja tanpa buat apa2 tindakan?


Salahkah kami bangkit mempertahankan diri kami sendiri? Kenapa kami pula dipersalahkan?? Kenapa? Penulis sedih sangat. Kalau wahhabi tak mahu buat seperti adat masyarakat kita buat, tak jadi masalah. Siapa pun tak kacau. Tapi bila melarang dan menghukumkan sesat dan masuk neraka, itu yang kami tak boleh terima!

Penulis tak pernah menghukumkan sesat kepada wahhabi dan umno. Penulis pernah jadi makmum salafi. Pernah ikut imam umno. Penulis tak pernah nak kata kafir pada mereka. Ini bukan kelayakan penulis walaupun ulamak dah sebut macam2 berkenaan perbuatan yang boleh membawa kepada kekufuran.

Namun yang membuatkan penulis marah benar pada mereka kerana mereka mudah2 hukum orang sesat dan masuk neraka. Apa ini? Tapi bila kami serang balik, kami pula dituduh salah. Lagi pelik! Namun penulis akui ada di kalangan kami yang terlalu syadid. Penulis tak nafikan.. Mungkin kerana mereka dah tahan lama dengan sikap wahhabi ini. Sebab itulah bila mereka pula menyerang wahhabi, macam2 keluar.

Puak wahhabi juga mengkritik ulamak secara sopan. Bagaimana? Dengan mengatakan bahawa ulamak tak maksum dan bisa melakukan kesilapan juga. Astaghfirullahal 'azim.. Benar ulamak tak maksum. Tapi ungkapan ini begitu biadap dengan ulamak apatah lagi terhadap ulamak mazahib arba'ah ini serta ashab2 mereka? Kenapa wahhabi kurang ajar sampai macam ini sekali?? Ungkapan tidak maksum ini kalau bercakap dengan kawan2 kita boleh lah. Dengan ulamak besar a immah jangan biadap begitu. Mana adab kita selaku orang jahil ni?

Jika makna hakikat mereka tidak maksum memang benar. Tapi sebagai adab kita, kenalah jaga kalam2 begitu. Kita yang baru tahu hadis saja, bukan hafal kesemua perawi hadis pun, itu pun dah berlagak nak kritik imam2 besar.

Sebagai contoh. Hakikatnya segala perkara samada buruk atau baik semuanya dari Allah kerana Allah saja pemberi bekas dan kesan. Makhluk tak mampu apa2 pun. Namun kerana adab kita dengan Allah sebab itulah kita mengungkapkan lafaz "Apa yang baik itu datang dari Allah dan apa yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendri.."

Kenapa kita cakap begitu? Ini kerana adab kita dengan Allah.

Tapi puak wahhabi senang lenang menghina ulamak. Kurang ajar!

Istilah 'mereka tidak maksum' adalah penghinaan 'sopan' oleh wahhabi terhadap ulamak!

Daripada Tarmidzi, daripada Ali, bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah bagi Allah menimpakan bencana(bala) ke atas mereka..."

Antara 15 perkara tersebut ialah, apabila orang(generasi) hari ini menghina orang(generasi) yang terdahulu(sahabat,tabi'in dan tabi' tabi'in).


Penulis ingin bertanya kepada kawan2 semua. Siapakah golongan yang suka menghina orang terdahulu terutamanya ulamak2 dahulu?? Kawan2 boleh nampak sendiri...


Sekarang ini ramai pula yang persoalkan "Kenapa nak bergaduh sesama islam?"

Siapa yang ingin bergaduh sebenarnya? Penulis nak tanya balik kepada semua. Siapa yang perbesarkan isu khilafiah? Siapa? Jadi siapa yang sebenarnya mencetuskan perbalahan??

Fikir2kanlah....

24 June 2010

HIMPUNAN KARYA PENJEJAK ZAMAN.

Assalamualaikum semua.

Di sini sengaja penulis menghimpunkan kembali karya-karya yang pernah penulis ciptakan sebelum ini. Jika berminat, kawan-kawan boleh saja klik di link yang penulis sertakan itu untuk membacanya. Penulis memang minat menulis. Tambah-tambah lagi cerita pendek iaitu cerpen.

Ini diantara karya-karya penulisan yang pernah penulis hasilkan dahulu...

SESAL SEBUAH CINTA


ESOK MASIH ADA (episod 1)

ESOK MASIK ADA (episod 2)

ESOK MASIH ADA (episod akhir)

TILIKLAH DIRI SENDIRI DAHULU

DIALOG PELAJAR AL AZHAR BERSAMA SEORANG PAK CIK

KISAH SEORANG USTAZAH AL AZHAR BERSAMA SEKUMPULAN MAK CIK DAN ANAK DARA

YANG PALING DISAYANGI (episod 1)

YANG PALING DISAYANGI (episod 2)

sambungan episod 3 masih dalam pembikinan.

NEGARA 7 GUNUNG DAN POLITIK KOTORNYA

Selamat membaca... :-)

23 June 2010

Sembahlah Allah.....

 Assalamualaikum semua.

Kali ini penulis ingin membawa kawan2 semua melihat betapa taatnya umat Islam yakni saudara2 kita seagama seluruh dunia menunaikan kewajipan mereka terhadap Allah. Penulis rasa begitu terharu melihat keadaan mereka yang begitu musyaqqah(kepayahan) namun masih lagi mampu menyembah Allah. Cuba tilik diri kita ini yang mempunyai tempat yang baik, tapi masih lagi lalai daripada solat.. Na'uzubillahi min zalik... Penulis pun pernah lalui saat sukar untuk solat ketika berada di London dahulu. Penulis solat di sudut hujung tempat letak kereta saja. Kerana di situ lah tempat yang penulis ihtimal bahawasanya ia bersih.


Saiyiduna an Nabi Muhammad a'zomul makhluqot pernah bersabda ;

أُعْطِيْتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ قَبْلِيْ: نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيْرَةَ شَهْرٍ، وَجُعِلَتْ لِيَ الْأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُوْرًا؛ فَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِيْ أَدْرَكَتْهُ الصَّلَاةُ فَلْيُصَلِّ، وَأُحِلَّتْ لِيَ الْمَغَانِمُ وَلَمْ تَحِلَّ لِأَحَدٍ قَبْلِيْ، وَأُعْطِيْتُ الشَّفَاعَةَ، وَكَانَ النَّبِيُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ عَامَّةً. 


 "Saya diberi lima (keistimewaan) yang tidak diberikan kepada se-orang pun sebelumku: (Pertama), aku diberi pertolongan dengan (ditimpakannya) rasa ketakutan (di hati musuhku) sekalipun aku masih berada sejauh satu bulan perjalanan. (Kedua), bumi ini (seluruhnya) dijadikan sebagai masjid dan suci untukku; maka siapa pun yang waktu shalat telah tiba baginya, hendaklah dia shalat (di mana pun dia berada). (Ketiga), dihalalkan bagiku harta rampasan perang, padahal tidak pernah dihalalkan bagi seorang pun sebelumku. (Keempat), aku diberikan syafa'at. Dan (kelima), bahwa setiap nabi diutus kepada kaumnya secara khusus sedangkan aku diutus kepada semua manusia." (HR. al-Bukhari no. 335; dan Muslim no. 521, dari Jabir bin Abdullah p).


 Ini penulis ketika solat di London dahulu.











































Kita sekarang yang Allah berikan tempat yang baik dan elok masih lagi lalai. Ya Allah tetapkan lah kami dalam iman yang sentiasa bertambah.. Allahumma amiin...

22 June 2010

SALAH PI

Salah pi,
hampa ni berlagak macam ulamak mujtahid,
hadis pon dok ingat 'an abi hurairah..... ja,
tu pon jenuh ngulang berapa hari baru nak ingat 'an abi hurairah tu,
tak masuk matan hadis lagi tu,
tu pon berlagak cam ulamak hadis dah?

Salah pi,
hampa pun mengucap cam kami,
solat lagi lah,
tapi pasai pa dok suka hukum kami bid'ah sangat ni?
sebab hampa ja yang alim kabir ka?

Salah pi,
hampa ni sudah sesat jalan ka?
hampa dah salah pi jalan mana2 ka?
hampa ni dah kona dari jalan ahlu sunnah wal jamaah ka?
atau hampa ni suka ikut jalan yang orang lain tak pi?

Salah pi,
orang baca tahlil pon hampa marah,
orang sambut maulid pun marah,
tapi kalau orang sambut malam tahun baru hampa sengap ja noh?
pasai pa sengap?

Salah pi,
salah pi tang mana hampa ni?
hampa guna quran jugak,
guna hadis cam kami jugak,
salah pi tang mana lagi hampa ni?

Salah pi,
hampa suka kata ini bid'ah!
tu bid'ah jugak!
yang ni pon bid'ah?
laaaaaaaaa, yang tu pon bid'ah jugak?

Salah pi,
pelikla ngan perangai hampa ni,
kadang2 nampak cam budak2 ja,
tapi orang tua belaka kalau tengok,
insyaAllah baligh belaka.

Salah pi,
kalau dah ikut jalan yang salah tu,
mai la kot kami ni semula,
kami tak bawa hampa ke jalan yang salah dah,
pas ni tak da dah salah pi mana2.

Salah pi,
pas ni jangan salah pi mana2 dah naa?
dok ja ngan kami ni,
kami bawa hampa ke jalan yang benar ja,
betoi,pas ni tak salah dah nk pi mana2 pun.

Salah pi,
nak masuk syurga jugak kan?
jadi janganlah dok pi jalan lain,
ni tak, asyik salah pi jalan jaaa,
pastu mula la jauh dari ahlu sunnah wal jamaah.

Salah pi,
ikut macam kami ni,
insyaAllah tak salah pi dari jalan ahlu sunnah wal jamaah,
mai la join kami ni,
tinggai2 lah salahpi hampa tu.

Salah pi,
jangan dok suka hukum orang sesat dah naa,
kalau penyegan tak mau ikut kami pon,
dok la sengap2 ngan salahpi hampa tu naaa,
tak larat kata pa dah kat hampa ni,
ikut hampa la salahpi ooi.....

19 June 2010

"Saya tak mencarut kat enta lah....."

Assalamualaikum semua.

Penulis teringin untuk berkongsi bersama kawan2 semua 1 kisah yang agak lucu bagi penulis. :-)

Penulis ada ber 'chatting' bersama seorang kenalan dari Johor. Penulis kenal pun di FB(Facebook) saja. Baru saja berkenalan. Namun terasa ukhuwwah antara kami kuat.

Dia seorang yang suka bertanya. Tambah2 lagi dalam hal ehwal politik. Katanya, dia kurang berminat dengan politik. Kadang2 soalannya membuatkan penulis sedikit terkesima. Namun penulis tenang menjawabnya(Cuak jugak la. Hehehe). Soalannya seperti syubhat(kesamaran) yang cuba ditimbulkan. Baru saja penulis menjawab subjek syubhat haul al quran pada peperiksaan siang tadi. Banyak beliau timbulkan syubhat berkenaan apa yang berlaku dalam parti PAS khususnya.

Antara yang beliau tanyakan ialah;

Dia : Negara Malaysia, negara Islam kan?

Penulis : Tak lah. Negara Malaysia hanyalah kepunyaan orang Islam yang memerintah. Tapi bukan sebuah negara Islam.

Dia : Apa bezanya negara umat Islam dan negara Islam? Macam tak da beza saja..

Penulis : Ada beza. Siapa kata tiada beza. Enta ada duit kan? Duit enta tu mestilah enta punya kan?

Dia : Yaaa, mestilah duit ana.

Penulis : Jadi apa akan jadi jika enta belanjakan duit itu pada jalan yang salah. Adakah enta nak kata belanja dengan cara Islam atau tidak?

Dia : Mestilah bukan belanja dengan cara Islam.

Penulis : Yaa, begitu juga dengan negara Malaysia, walaupun negara umat Islam tapi tak laksanakan dengan cara Islam dengan makna kata tak menyeluruh adakah enta masih nak kata Malaysia negara Islam?

Dia : Ohh..

Dan kawan penulis itu bertanya lagi.

Dia : Tok guru Nik Aziz ada cakap kalau sokong BN masuk neraka. Camna itu?

Penulis : Hehehe, enta2.. Soalan enta ni boleh tahan juga. Pernah ke tok guru Nik Aziz kata camtu? Hurm.. Kalau orang itu buat baik dan kita tolong dia, adakah kita ini dapat dosa kerana menolong orang yang buat baik?

Dia : Mestilah dapat pahala sebab tolong orang buat baik.

Penulis : Orang yang dapat pahala ini masuk syurga atau neraka?

Dia : Mestilah syurga.

Penulis : Ok. Kalau orang buat zalim dan kita sokong dan tolong kezalimannya, kita dapat dosa atau pahala?

Dia : Ish, mestilah dapat dosa..

Penulis : Tempat orang yang berdosa ini di syurga atau neraka?

Dia : Ohh, ana dah faham..

Begitulah antara beberapa soalan yang bagi penulis seperti 'syubhat' yang sedang ditimbulkan. Tapi kawan penulis itu bukanlah golongan orientalis yang suka menimbulkan perkara syubhat terhadap hadis atau al quran. Cumanya penulis saja yang menganggap seperti syubhat iaitu sebagai cabaran penulis untuk menghadapi pelbagai soalan yang akan timbul. Penulis sempat berseloroh kepada kawan penulis itu;

"Enta tanya banyak2 tentang PAS ni kalau tak masuk PAS lagi tak tahu laaah" ujar penulis kepadanya.

Kawan penulis sambil tersengeh "....Hehehehhe.." di ruangan 'chatting' FB.

Sebelum kami akhiri perbualan kami, penulis sempat menulis padanya;

"Allah yukrimak.."

Tiba2 kawan penulis itu pelik dan terus bertanya pada penulis;

" Yurimak? Huish, macam mencarut saja bunyinya..?" soalnya kembali.

"Ish, saya tak mencarut kat enta lah. Itu maksudnya Allah memuliakan enta.."

balas penulis sambil tersenyum dalam hati saja.. Penulis pun tak faham kenapalah dia boleh fikir itu kalimah mencarut. Hehehe. Tapi tak mengapa.... "Bertanyalah pada orang yang tahu jika kamu tidak tahu.." :-)

18 June 2010

SENARAI ULAMA' AL 'ASYA IRAH DAN AL MATURIDIYAH.

SENARAI ULAMA' AL-ASHA'IRAH DAN AL-MATURIDIYYAH


Semua para ulama' Mazhab al-Shafie adalah Al-Ashairah.
Semua para ulama' Mazhab al-Maliki adalah Al-Ashairah.
Dua pertiga ulama' Mazhab al-Hanbali adalah Al-Ashairah.
Satu pertiga ulama' Mazhab al-hanafi adalah Al-Ashairah.
Para ulama' Melayu kita sejak kemasukan Islam ke Kepulauan Nusantara semuanya adalah Al-Ashairah.
Dua pertiga ulama' Mazhab al-Hanafi adalah Al-Maturidiyyah.
Sebahagian kecil ulama' Mazhab al-Hanbali adalah Al-Athariyyah; dan sebahagian kecilnya pula ada yang terjebak di dalam beberapa bid'ah di dalam aqidah sehingga sebahagian ulama' ada menggelar mereka sebagai "Hanabilah Mujassimah."

Para ulama' dalam pelbagai disiplin ilmu Islam seperti para ulama' Tafsir, para ulama' Hadis, para ulama' Fiqh, para ulama' Bahasa Arab, para ulama' Usuluddin, para ulama' Usul Fiqh, para ulama' Tarikh (Sejarah), para ulama' Falsafah Islam seperti aliran Hikmah al-Ishraqi dan lain-lain bidang adalah Al-Ashairah dan Al-Maturiddiyyah.

Untuk perincian tentang ulama' Al-Ashairah khasnya sila lihat di bawah:

AL-ASHA'IRAH

Al-Imam Abu al-Hasan al-Ash'arie
Antara Ulama’-Ulama’ dalam Bidang Aqidah yang Bermazhab Al-Asya’irah [Sumber : Jomfaham & Mukhlis 101]

Imam Al-Baqillani (405H)
Abu Ishaq Al-Isfarayini (418 H)
Imam Ishaq As-Syirazi (476 H)
Imam Al-Juwaini
Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini (478 H), pengarang kitab An-Nizomiyah

Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali r.a. pengarang kitab Al-Iqtisod fi Al-I’tiqod (505 H)
Imam Ibn ‘Asakir (576 H), pengarang kitab tabiyiin Kazb Al-Muftari

Imam As-Syahristani (548 H)
Imam Fakhruddin Ar-Razi pengarang kitab Asas At-Taqdis (606 H)
Imam Al-Allamah Al-Amadi (631 H)
Imam Al-Iji (756 H)
Imam Sa’ad At-Taftazani (793 H) pengarang kitab syarh Al-Maqosid
Imam As-Syarif Al-Jurjani (816 H)
Imam Abu Mansur At-Tamimi
Imam Nas Al-Maqdisi
Imam Al-Farawi
Imam Abu Al-Walid Al-Baji
Imam Al-Bahili
Imam Sultonul Ulama’ Izz ibn Abdis Salam
Imam HibbatulLah Al-Makki
Imam Al-Baijuri


Antara Mufassir-mufassir Bermazhab Al-Asy’ari
Imam Al-Mufassir Al-Allamah Al-Qurtubi r.a.
Imam Al-Mufassir Ibn Kathir (rujuk buku tobaqot As-Syafi’iyyah Al-Kubra 10/200 karangan Imam As-Subki, Ad-Durar Al-Kamin 1/85 karangan Ibn Hajar dan sebagainya)
Imam Al-Mufassir Ibn ‘Athiyyah Al-Andalusi r.a., pengarang kitab tafsir Al-Muharrar Al-Wajiz
Imam Al-Mufassir Abu Hayyan Al-Andalusi r.a., pengarang kitab Al-Bahr Al-Muhith.
Imam Al-Mufassir Fakhruddin Ar-Razi r.a., pengarang kitab tafsir mafatih Al-Ghaib
Imam Al-Mufassir Al-Hafiz Al-Buhgowi, pengarang kitab tafsir Al-Bughowi dan kitab Syarh As-Sunnah.
Imam Al-Mufassir Abu Al-Laith As-Samarqandi r.a., pengarang kitab tafsir Bahr Al-Ulum, kitab bustanul Arifin dan tanbih Al-Ghafilin.
Imam Al-Mufassir Abu Al-Hasan Ali An-Naisaburi pengarang kitab asbab An-Nuzul.
Imam Al-Mufassir Abu At-Thana’ Syihabuddin Al-Alusi Al-Husaini Al-Hasani r.a.
Imam Al-Mufassir At-Thamin Al-Halabi r.a., pengarang kitab tafsir Ad-Durr Al-Mashun.
Imam Al-Mufassir Al-Hafiz Jalaluddin As-Suyuti r.a., pengarang kitab tafsir Ad-Durr Al-Manthur.
Al-Imam Al-Khotib As-Syirbini r.a., pengarang kitab tafsir As-Siraj Al-Munir
Imam Al-Allamah At-Thohir bin Asyur, pengarang kitab At-Tahrir wa At-Tanwir
Imam Az-Zarkasyi
Imam Mutawalli As-Sya’rawi r.a.

Ulama’-ulama’ Muhaddithin (hadith) yang bermazhab Al-Asya’irah

Imam Al-Hafiz Abu Al-Hasan Ad-Darqutni r.a.
Imam Al-Hafiz Abu Nu’aim Al-Ashbahani r.a., pengarang kitab hilyatul Auliya’
Imam Al-Hafiz Al-Hakim An-Naisaburi, pengarang kitab Mustadrak
Imam Al-Hafiz Ibn Hibban, pengarang kitab At-Thiqat
Imam Al-Hafiz Abu Sa’id Ibn As-Sam’ani r.a., pengarang kitab Al-Inshof
Imam Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi r.a., pengarang kitab-kitab hadith dan kitab Al-Asma’ wa As-Sifat.
Imam Al-Khatib Al-Baghdadi
Imam Al-Hafiz Muhyiddin Yahya bin Syarf An-Nawawi r.a., pengarang kitab syarh sahih muslim dan banyak lagi.
Sheikhul Islam Imam Al-Hafiz Abu Amr bin As-Solah
Imam Al-Hafiz Ibn Daqiq Al-‘Aid
Imam Al-Hafiz Ibn Abi Jamrah Al-Andalusi, musnid Ahlul Maghrib
Imam Al-Hafiz Al-Karmani, pengarang syarah sahih Al-Bukhari
Imam Al-Hafiz Al-Munziri, pengarang At-Targhib wa At-Taqrib
Imam Al-Hafiz Al-Abi, pensyarah sahih Muslim
Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqolani, pengarang fahtul Bari dan sebagainya.
Imam Al-Hafiz As-Sakhowi r.a.
Imam Al-Qostollani r.a. pengarang Irsyad As-Sariy
Imam Al-Hafiz Al-Munawi r.a..
Imam Al-Hafiz Ad-Dimyathi r.a.
Sheikh Al-Hafiz Waliyullah Al-Dahlawi r.a.
Sheikh Abu Al-Mahasin Al-Qouquji
Sheikh Al-Hafiz Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari r.a..
Sheikh Al-Musnid Muhammad Al-Hafiz At-Tijani.
Sheikh Musnid Ad-Dunya, Sheikh Muhammad Yasiin Al-Fadani.
Sheikh Al-Musnid Abbas Al-Maliki

Antara Ulama’-ulama’ Sirah yang Bermazhab Al-Asy’ari

Imam Qadhi ‘Iyad, pengarang kitab As-Syifa fi syama’il wa ahwal Al-Mustofa
Imam As-Suhaili r.a., pengarang kitab Ar-Raudh Al-Unf
Sheikh Ibn KhaldunImam Ibn Athir r.a.
Imam As-Solihi Ad-Dimasqi, pengarang kitab Subulul Huda wa Ar-Rosyad
Sheikh Yusuf An-Nabhani r.a..


Antara Ulama’-ulama’ Fiqh yang Bermazhab Al-Asy’ari
Menurut Imam Tajuddin As-Subki, majoriti ulama’ mazhab As-Syafi’ie, Malikiyah, Hanafiyah dan Sebahagian ulama’ Hanabilah bermazhab Al-Asy’ari. Demikian diriwayatkan daripada Imam Izzuddin bin Abdil-Salam yang turut diakui oleh Imam Abu Amr ibn Hajib dan Jamaluddin Al-Husairi. (At-Tobaqot 3/365)
Namun, kita senaraikan antara fuqaha’ yang kuat mempertahankan mazhab Al-Asy’ari ini iaitu:
Imam Tajuddin As-Subki, pengarang kitab Al-Saif As-SaqilImam Sheikhul Islam Zakaria Al-Ansori r.a..
Imam Ar-Rafi’ie As-Syafi’e
Imam Ibn ‘AbidinImam Ibn Hajib.
Imam Al-Habib Abdullah bin ‘Alawi Al-Haddad r.a.
Imam ‘Alauddin Al-Bukhari
Imam Al-Baidhowi r.a.
Imam Az-Zabidi r.a.
Imam Al-Qorofi r.a.
Mufti Makkah Sheikh Ahmad Zaini Dahlan As-Syafi’e

Antara Ulama’-ulama’ Qiraat yang Bermazhab Al-Asy’ari
Imam Al-Qari’ Ibn Jazri
Imam As-Syatibi r.a.

Antara Pemimpin-pemimpin Islam yang Masyhur yang Bermazhab Al-Asy’ari
Sultan Salehuddin Al-Ayubi
Sultan Muhammad Al-Fateh
Dan ramai lagi para ulama’ Islam yang bermazhab Al-Asy’ari...
Semoga Allah s.w.t. memberkati mereka dan seluruh umat Islam... Amin

Antara Peringkat Para Ulama’ Al-Asya’irah [Sumber: Jomfaham & Mukhlis 101]

Peringkat Pertama (Dari Kalangan Murid Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari)
Abu Abdullah bin Mujahid Al-BashriAbu Al-hasan Al-Bahili Al-BashriAbu Al-Hasan Bandar bin Al-Husein Al-Syirazi As-Sufi
Abu Muhammad At-Thobari Al-‘Iraqi
Abu Bakr Al-Qaffal As-Syasyi
Abu Sahl As-So’luki An-NaisaburAbu Yazid Al-Maruzi
Abu Abdillah bin Khafif As-Syirazi
Abu Bakr Al-Jurjani Al-Isma’ili
Abu Al-Hasan Abdul ‘Aziz At-Thobari
Abu Al-Hasan Ali At-Thobari
Abu Ja’far As-Sulami Al-Baghdadi
Abu Abdillah Al-Asfahani
Abu Muhammad Al-Qursyi Al-Zuhri
Abu Bakr Al-Bukhari Al-Audani
Abu Al-Manshur bin Hamsyad An-Naisaburi
Abu Al-Husein bin Sam’un Al-Baghdadi
Abu Abdul Rahman As-Syaruthi Al-Jurjani
Abu Ali Al-Faqih Al-Sarkhosyi


Peringkat Kedua
Abu Sa’ad bin Abi Bakr Al-Isma’ili Al-Jurjani
Abu Thayyib bin Abi Sahl As-So’luki An-Naisaburi
Abu Al-Hasan bin Daud Al-Muqri Al-Darani Ad-Dimasyik
Al-Qodhi Abu Bakr bin At-Thoyyib bin Al-Baqillani
Abu ‘Ali Ad-Daqqaq An-Naisaburi (guru Imam Al-Qusyairi)
Al-Hakim Abu Abdillah bin Al-Bai’e An-Naisaburi
Abu Manshur bin Abi Bakr Al-Isma’ili
Al-Ustaz Abu Bakr Furak Al-Isfahani
Abu Sa’ad bin Uthman Al-Kharkusyi
Abu Umar Muhammad bin Al-Husein Al-Basthomi
Abu Al-Qasim bin Abi Amr Al-Bajli Al-Baghdadi
Abu Al-Hasan bin Maysazah Al-Isfahani
Abu Tholib bin Al-Muhtadi Al-Hasyimi
Abu Mu’ammar bin Abi Sa’ad Al-Jurjani
Abu Hazim Al-‘Abdawi An-Naisaburi
Al-Ustaz Abu Ishaq Al-Isfara’ini
Abu ‘Ali bin Syazan Al-Baghdadi
Abu Nu’aim Al-Hafiz Al-Isfahani
Abu Hamid Ahmad bin Muhammad Al-Istawa’ie

Peringkat Ketiga

Abu Al-Hasan As-Sukri Al-Baghdadi
Abu Manshur Al-Ayyubi An-Naisaburi
Abu Muhammad Abdul Wahab Al-Baghdadi
Abu Al-Hasan An-Na’imi Al-Bashri
Abu Thohir bin Khurasah Ad-Dimasyqi
Al-Ustaz Abu Manshur An-Naisaburi
Abu Dzar Al-Haraqi Al-Hafiz
Abu Bakr Ad-Dimsyaqi (Ibn Al-Jurmi)
Abu Muhammad Al-Juwaini (ayahnda Imam Al-Haramain Al-Juwaini)
Abu Al-Qasim bin Abi Uthman Al-Hamdani
Abu Ja’far As-Samnani
Abu Hatim At-Thobari Al-Qozwini
Abu Al-Hasan Rasya bin Nazhif Al-Muqri
Abu Muhammad Al-Isfahani (Ibn Al-Laban)
Abu Al-Fath Salim bin Ayyub Al-Razi
Abu Abdillah Al-Khobazi
Abu Al-Fadhl bin ‘Amrus Al-Baghdadi Al-Maliki
Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Isfaray
Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi (empunya Al-Asma’ wa As-Sifat)

Peringkat Keempat
Abu Bakr Al-Khatib Al-Baghdadi
Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Qusyairi
Abu ‘Ali bin Abi Harishoh Al-Hamdani Ad-Dimasyqi
Abu Al-Muzhoffar Al-Isfara’ini
Abu Ishaq Ibrahim bin ‘Ali As-Syirazi
Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini
Abu Al-Fath Nasr bin Ibrahim Ad-Dimasyqi
Abu Abdillah At-Thobari
Peringkat Kelima
Abu Al-Muzoffar Al-Khowafi
Al-Imam Abu Al-Hasan At-Thobari (Balika Al-Harrasi)
Hujjatul Islam Al-Imam Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali r.a.
Al-Imam Abu Bakr Al-Syasyi
Abu Al-Qashim Al-Anshori An-Naisaburi
Al-Imam Abu Nasr bin Abi Al-Qasim Al-Qusyairi
Al-Imam Abu ‘Ali Al-Hasan bin Sulaiman Al-Isbahani
Abu Sa’id As-ad bin Abi Nashr bin Al-Fadhl Al-‘Umri
Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Yahya Al-Uthmani Ad-Dibaj
Al-Qadhi Abu Al-‘Abbas Ahmad bin Salamah (Ibn Al-Ratbi)
Al-Imam Abu Abdillah Al-Farawi
Imam Abu Sa’ad Isma’il bin Ahmad An-Naisaburi Al-Karman
Imam Abu Al-Hasan Al-Sulami Ad-Dimasyqi
Imam Abu Manshur Mahmud bin Ahmad Masyazah
Abu Al-Fath Muhammad bin Al-Fadhl bin Muhammad Al-Isfara’ini
Abu Al-Fath Nasrullah bin Muhammad Al-Mashishi

Peringkat Keenam

Al-Imam Fakhruddin Al-Razi (empunya At-Tafsir Al-Kabir dan Asas At-Taqdis)
Imam Saifullah Al-Amidi (empunya Abkar Al-Afkar)
Sulton Al-Ulama’ Izzuddin bin Abdil Salam
Sheikh Abu ‘Amr bin Al-Hajib
Sheikhul Islam Izzuddin Al-Hushairi Al-Hanafi (empunya At-Tahsil wal Hashil)
Al-Khasru Syahi

Peringkat Ketujuh

Sheikh Taqiyuddin Ibn Daqiq Al-‘Idd
Sheikh ‘Ala’uddin Al-Baji
Al-Imam Al-Walid Taqiyuddin Al-Subki (murid Sheikh Abdul Ghani An-Nablusi)
Sheikh Shofiyuddin Al-Hindi
Sheikh Shadruddin bin Al-Marhal
Sheikh Zainuddin
Sheikh Shodruddin Sulaiman Abdul Hakam Al-Maliki
Sheikh Syamsuddin Al-Hariri Al-Khatib
Sheikh Jamaluddin Az-Zamlakani
Sheikh Jamaluddin bin Jumlah
Sheikh Jamaluddin bin Jamil
Qodhi Al-Quddho Syamsuddin As-Saruji Al-Hanafi
Al-Qadhi Syamsuffin bin Al-Hariri

Al-Qodhi ‘Addhuddin Al-Iji As-Syirazi (empunya kitab Al-Mawaqif fi Ilm Al-Kalam)
Dan sebagainya… Nafa’anaLlahu bi ulumihim wa barakatihim.. amin…
(antara rujukan: Tabyiin Kizb Al-Muftari oleh Imam Ibn ‘Asakir, Marham Al-Ilal oleh Imam Al-Yafi’e, Tobaqot As-Syafi’iyyah Al-Kubra oleh Imam Tajuddin As-Subki, At-Tobaqot oleh Imam Al-Badr Husein Al-Ahdal dan sebagainy.


Diambil dari blog Pondok Tauhid.

15 June 2010

Marah benar dia pada ku..... :-)




Assalamualaikum semua...

Penulis mendapat kritikkan dan makian yang agak2 boleh tahan juga lah. Blog penulis sudah maklum memang banyak menulis tentang penolakkan penulis terhadap fahaman wahhabi. Ada seorang ini yang begitu tak puas hati dengan penulis. Tak tahu kenapa. Mungkin kerana dia ada juga serba sedikit fahaman wahhabi ini. Sebab itu dia terasa lebih. Dia pernah menyerang penulis di YM. Memperlekehkan usaha penulis dalam menulis tentang kepincangan wahhabi. Tak mengapalah dia nak kata apa pun. Dan baru2 ini pula dia serang penulis lagi di FB. Ayat awal2 pun sudah maki2. Tapi tak mengapa. Bukan sekali dua dia pernah memaki penulis. Penulis tetap mantain dalam marah... :-) Kan sabar itu indah...

Dia benar2 sudah melampau kerana penulis berdiam diri sahaja. Dan dia berani kata pun bukan di hadapan penulis sendiri. Kenapa yaa? Mungkin tak berani kot dia nak kata depan. Wallahu a'lam. Penulis ada kata padanya... "Jangan ingat bila aku tak 'sentuh' hang, hang boleh berterusan dok maki2 aku. Senyap aku ini bukannya lesen untuk hang terus maki dan kutuk aku."

Beginilah kita. Sikap kebanyakan orang2 kita. Bila orang itu diam saja, kita terus menerus memakinya.

Allah dan Nabi dah ajar supaya banyakkan sabar. Kalaulah ikutkan darah muda ini, tak tahulah... Penulis bukan nak ugut siapa2. Cumanya ingin pesan begitulah. Jika orang itu dah diam tak kata apa2, kenapa kita masih lagi melalak2 memaki orang?

Dia cabar penulis supaya penulis pergi sentuh dia. Tapi penulis bukan bodoh dan tak waras nak pergi serang orang tak tentu fasal. Biarlah dia nak maki2 penulis pun walaupun hati penulis ini panas jaaaa.... Sabar itu sejuzuk daripada iman.. :-)

Dia tuduh penulis bahawa penulis ini mendakwa Tok Guru Nik Abd Aziz sebagai wahhabi. Kalau nak marah sangat kepada penulis pun janganlah tuduh benda tak betul. Tapi tak mengapalah. Penulis anggap itu hanyalah kanak2 yang melalak2 kerana inginkan ais krim saja... Beli ais krim bagi pada dia senyaplah nanti..

Untuk pengetahuan semua, penulis bukan tuduh Tok Guru Nik Abd Aziz sebagai wahhabi. Bahkan penulis membela Tok Guru Nik Abd Aziz lagi ada lah. Tak tahu dia pandai baca atau tidak tulisan penulis di dalam blog penulis ini. Penulis hanya menggunakan bahasa melayu sahaja. Bahasa German penulis tak pandai. Kawan2 boleh tengok di sini ( Isu Wahhabi : Jangan cepat menuduh PAS ) apa yang penulis telah ulas tentang Tok Guru Nik Abd Aziz yang dituduh sebagai wahhabi itu. Tiba2 dia serang penulis dalam FB dengan ayat maki2. Tak faham lah penulis.

Dia marah2 penulis kerana tulis tentang wahhabi. Sekarang ini penulis nak tanya kawan2 semua, siapakah golongan di Malaysia khususnya yang mula2 membid'ahkan sesuatu amalan dan mengatakan masuk neraka bagi siapa yang lakukan amalan bid'ah itu? Siapakah golongan tersebut kalau bukan puak wahhabi yang mula dulu. Jadi adakah salah untuk penulis membela kita yang dituduh akan masuk neraka ini. Kawan2 boleh baca di sini( Cara2 nak kenal wahhabi)

Apa2 pun kalau dia masih nak memaki hamun penulis, biarlah... Maaflah yaa., penulis ni jiwa muda. Kadang2 tu memang panas sangat dengan sikap mereka. Penulis ada simpan bukti kata2 si pemarah tadi. Cumanya penulis padamkan nama dia kerana masih nak jaga aib beliau. Walaupun dia pernah aibkan seorang kepimpinan mahasiswa di Mansurah ini secara terang2an. Penulis tak mahu buka aib dia. Cukuplah penulis jadikan i'tibar sahaja kepada kawan2 semua. Walaupun ini masalah peribadi penulis dengan dia, namun penulis tatapkan juga kepada kawan2 semua tanpa menyebut siapakah si pemarah itu tadi untuk kita sama2 jadikan pengajaran. Muhasabah diri kita balik yang serba kekurangan ini...






Klik pada gambar untuk tatapan yang lebih jelas



Ayat maki yang biasa digunakan oleh dia seperti berikut :

HARAM JADAH, MANGKUK HAYUN, ANJING HITAM, BARUA, KEPALA OTAK HANG. Dia juga pernah mengugut seorang kepimpinan mahasiswa Mansurah dengan ugutan nak pukul(nak jadi samseng la tu konon). Bermula dari isu wahhabi. Bila orang balas balik serangan wahhabi, dia begitu panas seperti cacing kepanasan saja. Tak mengapalah.. Wahhabi tetap kena hindarkan.... Wassalam.