Sambungan dari yang lepas...............
"Hang nak bagitau apa kat aku? Nampak macam serius ja ni." Hadi juga bersungguh2 mendengar kata2 Razman tadi. Dia benar2 ingin tahu benda apa yang ingin disampaikan oleh kawan baiknya itu. Razman dari tadi masih memegang erat lengan Hadi.
"Lepas makan satgi laa aku habaq kat hang. Penting sangat..." Razman mula melepaskan perlahan2 genggaman eratnya tadi. Hadi mengangguk faham. Selepas makan mereka memasuki bilik Hadi. Serius benar keadaan Razman.
"Aku ada benda nak bagitau hang ni.. Harap hang tak terkejut naaa." ujar Razman perlahan. Hadi dari tadi sudah bersedia menjadi pendengar setia Razman.
"Apa dia? Habaq ja kat aku. Aku boleh tolong, aku tolong..." balas Hadi. Razman berat pula ingin meluahkan. Namun dia gagahkan jua.
"Aku nak taqdim Najwa laaa....." katanya sambil menundukkan kepala. Hadi tercengang dengan kata2 kawannya itu. Dia seolah2 tidak percaya dengan apa yang telah Razman katakan itu. Adakah Razman sedang bermimpi?
"Hang ni biaq betoi? Hang jangan main2 Man. Hang kenai dia pon tak lagi, tiba2 ja nak taqdim.!"
Hadi meluahkan rasa tidak percayanya pada kata2 Razman itu. Namun dia tahu Razman juga punya alasan mengapa berkata begitu. Razman masih menundukkan kepala. Akhirnya dia bersuara lembut.
" Memang aku tak kenai dia betoi2 lagi. Tapi dengan cara aku melamarnya ni mungkin aku boleh kenai dia dan jatuhkan egonya.."
"Hang jangan main2 Man. Benda kawen ni jangan wat main2. Kawen ni bukannya nak hidup sehari dua. Tapi sampai bila2 Man. Hang pikiaq elok2 Man."
Hadi cuba berhujah dengan Razman. Razman juga faham maksud kawannya itu. Namun dia tiada pilihan lain lagi. Dia mengharapkan dengan cara melamar Najwa itu dapat menjatuhkan egonya. Dan mudah baginya untuk tarbiah kembali diri Najwa setelah bergelar suami kepadanya nanti. Itu andaian Razman. Namun Hadi punyai alasannya tersendiri.
"Aku tau Man. Bila hang dah kawen ngan dia nanti mudahlah untuk hang ubah sikap dia tu.. Tapi adakah hang berkawen dengannya kerana sebab itu jaa? Macamana hang nak hidup dengan dia sedangkan hang tak pernah minat padanya. Pendek kata hang tak pernah sayang kat dia?"
Hadi pula mula menduga Razman dengan pertanyaan sebegitu. Razman masih menunduk.
"Di.... Sebenarnya aku memang dah minat kat dia. Sejak aku tengok dia di markaz banat hari tu lagi. Pertama kali aku tengok dia, hati aku ni memang dah rasa lain.. Tak salahkan untuk aku taqdim dia.." Razman mula mengangkat kepalanya. Matanya tepat memandang Hadi. Hadi memegang lembut bahu Razman.
"Memang tak salah Man. Tapi hang kena ingat, Najwa tu bukan calang2 orang. Mulut dia laser! Dia nak ka terima hang? Kalau dia hina hang balik camna? Hang jugak yang malu nanti..."
Hadi mula memberikan nasihat pada Razman. Mudah2an Razman bertukar angin keinginnya itu. Bukannya dia nak mengongkong kebebasan Razman memilih pasangan hidup. Tapi dia begitu kesian pada kawannya itu jika Najwa menolak dengan cara yang tidak elok. Ramai orang kenal dengan sikap Najwa itu. Keras kepala! Hati batu! Suka menjawab! Namun bagi Hadi, Razman lebih berhak menentukan keputusannya.
"Di.... Kalau semua orang dalam dunia ni nak isteri yang baik jaa, sapa lagi yang nak amek pompuan cam Najwa ni?? Memang jodoh ALLAH dan tentukan. Tapi kita sebagai manusia diberikan ikhtiar untuk mencari jodoh. Dan ini adalah ikhtiar aku Di...."
Razman cuba membalas hujah Hadi pula. Hadi mula memahami kehendak Razman. Apa dayanya untuk menghalang kehendak hati Razman itu. Dia akan cuba tolong Razman seboleh mungkin.
"Takpala Man... Kalau yang tu pilihan hang. Cumanya aku terkejut jugaklah. Sebab tak sangka cara hang nak jatuhkan ego si Najwa tu dengan cara memperisterikan dia.. Aku betoi2 tak sangka Man... Takpa.. Aku cuba hubungi bait muslim untuk uruskan semua ni.."
Hadi mula menenangkan kembali hati Razman. Sememangnya hajat Razman itu sungguh di luar dugaan. Siapa sangka Razman sanggup melamar Najwa. Sedangkan bukannya dia tak tahu sikap Najwa bagaimana. Walaupun Razman baru mengenali Najwa, namun jauh di sudut hatinya memang ada menyimpan perasaan pada Najwa. Jodoh ALLAH sudah tentukan. Tapi manusia ada ikhtiar yang ALLAH berikan.......
*********************
"Awaaa... Kau nak tau tak sape name ustaz yang ushar pelik kau hari tu??"
tiba2 Intan menjerit lembut memanggil Najwa. Najwa yang dari tadi khusyuk membelek kitab syariah tahun 3 terkesima sebentar. Dia cepat2 palingkan mukanya ke arah Intan.
"Sape?" balas Najwa lembut. Intan menghampiri Najwa.
"Name die Razman. Patutlah hidung mancung semacam je. Ada darah keturunan Arab laaa." ujar Intan.
"Eleh, ingat muka hensem camtu aku suke ke??" balas Najwa.
"Kau ni, ilek laa. Jangan lah cakap camtu kat orang. Kita kan ngaji agame. Bersangke baiklah ngan orang. Walaupun kite ni geng 'underground' sekalipon... Tak gitu Nur?"
kata Intan pula sambil memandang Nur ahli bait mereka yang dari tadi sedang mentelaah kitab kuliah.
"Tengok kau tuuu. Kitab kuliah masih dok pegang. Kalau kau tak mau hormat orang lain pon, hormatlah kitab kuliah kau tuu.. Jangan dok kire nak ngate orang jee.."
berani pula Intan perli Najwa sebegitu. Najwa pula tidak bercakap banyak. Dia seolah2 mengiakan saja kata2 Intan tadi. Namun dia sempat menjeling ke arah Intan.
"Kau ni sejak bile jadi pembela kaum lelaki ni??"
tiba2 saja Najwa bersuara kembali. Hatinya mula tidak senang dengan cara Intan itu. Seolah2 Intan beria benar membela Razman. Sebenarnya Intan tidaklah sekeras Najwa. Walaupun dia juga geng 'underground' seperti Najwa namun dia masih boleh berlembut dengan sesiapa saja. Dia juga kadang2 tidak senang dengan cara Najwa yang begitu keras ketika berurusan dengan ustaz2. Tapi baginya mungkin Najwa masih belum nampak lagi atau mungkin kerana egonya terlalu tinggi. Nur dari tadi hanya melihat saja gelagat mereka berdua.
"Aku rase laa kan Intan... Awa ni kene kawen kot baru nak berubah.. Hehehehe."
tiba2 Nur mengusik lembut. Sengaja Nur menghalakan percakapannya itu ke Najwa walaupun dia berhadap cakap pada Intan. Najwa cepat2 beredar dari bilik mereka. Malas dilayan lagi ahli baitnya. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Matanya mula menjadi berat. Kitab kuliah masih digenggamnya. Tiba2 handset nya berdering. Dilihatnya pada skrin, tertera nama Kak Yati isteri ustaz Borhan, pengarah Unit Bait Muslim DPMM.
"Apa hal tepon aku malam2 ni?" bisik hati kecilnya.
"Assalamualaikum Awa.. Maaflah mengganggu malam2 ni. Sihat ke?"
Kak Yati mulakan bicara.
"Waalaikumussalam kak Yati.. Yee, saye sihat jee.. Kak Yati sihat ke??"
Najwa membalas lembut.
"Kak sihat je. Sebenarnya kak ade bende nak bagitau ni."
"Ape die kak?? Bagitau je laa.."
"Hmmm, kamu dah berpunye ke belum?"
"Ish kak ni, kenape tibe2 tanye soklan ni?? Saye dah berpunya dah.. Punyaan mak ngan ayah saye. Hehehehhe."
sempat lagi Najwa berseloroh dengan kak Yati.
"Kamu ni Awa... Betol2 laa ni. Dah berpunye ke belum."
"Erkk.... Belum laa kak Yati. Mana ade suami lagi. Tunang pon tak lagi.. Kenape?"
sopan sungguh bicaranya bersama kak Yati. Terserlah keayuannya sebagai seorang gadis melayu.
"Camni... Ada sorang ustaz ni taqdim kamu. Ustaz Razman namanya. Boleh tak esok lepas kuliah datang umah kak?"
"Ape??? Taqdim saye? Betol ke kak Yati ni??"
"Kak tak bohong laa. Takde faedahnye nak bohong2 ni."
Tiba2 saja Najwa memutuskan panggilan. Dia tergamam. Dia benar2 tak percaya. Razman yang tak disenanginya itu melamarnya. Perbualan mereka berakhir di situ saja. Dia cepat2 ke bilik Intan.
"Intaaaaan, ada berita hangat nih..."
"Ape die?? Kene histeria ke kau ni??" Intan kebingungan dengan sikap Najwa yang tiba2 itu.
"Si Razman yang ushar pelik kite aritu taqdim aku laaa.."
"Taqdim kau?? Ade ke ustaz yang teringin kat kau ni?? tiba2 Nur mencelah.
"Entah die nii.. Ustaz malang mane la yang nak kat die ni?? Ish2.. Ciaaan.." Intan masih menganggap Najwa main2.
"Aku cakap betol lah. Tadi kak Yati madam tepon aku. Dia yang bagitau semua ni. Hehehe, aku dah ada rancangan untuk kena kan die balik... Biar dia rase.. Ushar aku pelik ek aritu.. Siap laa kau.. Esok lepas kuliah aku kena pegi umah kak Yati."
"Kau nak watpe Awa? Kau jangan wat pasal. Kalau kau takmau, baik tolak awal2 lagi.. Jangan nak nyusahkan orang plak.." Nur cuba memberikan nasihat. Kerana mereka sudah tahu sikap Najwa bagaimana. Awal2 lagi mereka sudah tak setuju dengan tindakan Najwa itu.
"Korang tunggu dah lihat je laa camne... Hehehehhe.." katanya sinis sambil beredar keluar dari bilik Intan......
***********************
"Ustaz Borhan cakap apa tadi???"
tanya Razman yang dari tadi menunggu jawapan dari pengarah Unit Bait Muslim itu. Hadi telah menelefon ustaz Borhan menyatakan hasrat Razman. Di Mesir, jika pengurusan pelajar yang ingin berumah tangga, UBM lah wasilah yang terbaik untuk mereka. UBM adalah 1 unit khas di bawah pentadbiran DPMM. Kebanyakan pelajar2 Malaysia yang berkahwin di Mesir dikendalikan oleh UBM. Razman juga tidak ketinggalan menggunakan khidmat bait muslim DPMM untuk melaksanakan hasratnya itu.
"Dia cakap, esok lepas kuliah pi umah dia. Depa akan panggil jugak Najwa tu. Hampa sembanglah kat umah dia nanti."
Hadi terus meninggalkan Razman sendirian. Razman mula menguntum senyum. Tak sabar rasanya menanti hari esok menjengah.
*******************
Di rumah ustaz Borhan suasana begitu tenang. Masing2 tidak bersuara. Razman dari tadi lagi memang tidak membuka mulut. Dia awal2 lagi sudah sampai ke rumah ustaz Borhan. Semangat benar dia. Kelibat Najwa masih tidak kelihatan. Kak Yati sudah kelihatan gelisah menantikan Najwa. Daun pintu diketuk. Akhirnya Najwa sampai ke rumah pengarah Unit Bait Muslim itu. Masing2 hanya menunggu dirinya saja lagi. Razman mengambil tempatnya bersebelahan ustaz Borhan. Manakala Najwa pula duduk di sisi kak Yati. Razman berat untuk mengangkat kepalanya. Najwa dari tadi lagi sudah buat gaya slumber nya. Perbincangan dimulakan.
"Assalamualaikum semua. Ana pon malas dah nak bercerita panjang. Semuanya pakat2 tahu dah apa tujuan datang ke sini kan? Jadi ana nak tanya teruslah kepada pihak pompuan. Bagaimana?"
ustaz Borhan memulakan bicaranya. Tenang wajahnya mengendalikan majlis kecil itu. Razman dari tadi masih menundukkan kepalanya. Mungkin dia segan kerana pertama kali berada di dalam majlis sedemikian rupa.
"Erm... Sebelom tu ana nak tanya pihak lelaki, sudah pikir masak2 ke?"
serius benar Najwa. Lembut bahasanya. Tidak nampak apa2 tanda dia ingin melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Tatkala itu juga Razman memacakkan kepalanya memandang ke arah Najwa. Ketika itu lah Razman benar2 melihat wajah Najwa dari jarak dekat. Cantik! Itu saja yang mampu Razman ungkapkan. Berkali2 Razman menelan air liur. Pertama kali melihat wajah Najwa depan2. Wajahnya yang iras2 gadis cina dan kulitnya yang kuning langsat itu benar2 mengagumkan Razman. Bidadari kah di depan aku ini? Bisik hati kecilnya.
"Ustaz Razman? Pihak pompuan tanya tuu."
lamunan Razman terhenti dek kerana teguran ustaz Borhan. Dia cepat2 mengawal keadaan.
"Err, ana dah pikir masak2 dah. Yaaa, ana dah sedia..."
ringkas saja jawapannya. Dia berpaling melihat ustaz Borhan pula. Terkebil2 matanya.
"Erm.. Camnilah ustaz.. Ustaz ada duit ke nak kawen? tiba2 saja soalan itu pula ditanya pada Razman. Razman tergamam sedikit. Dia sorokkan rasa itu dari pandangan umum.
"Ana rasela kan ustaz. Ustaz amek jaa duit ustaz tu, buat beli kitab dah laa.. Tak payah pikir laa tentang kawen ni. Wat pening kepale ustaz je...."
Razman bertambah terkejut dengan kata2 Najwa itu. Bukan Razman saja reaksi begitu. Ustaz Borhan dan isterinya juga terkejut dengan kelakuan Najwa itu. Mengapa tiba2 saja dia boleh berkata begitu? Adakah ini rancangan yang pernah disebutkannya sebelum ini? Ingin kenakan balik si Razman?
" Dan satu lagi ana nak pesan, jangan ingat bile muka ustaz yang alaa2 Arab tu, ustaz boleh suka2 hati nak pikat orang pompuan."
tajam sungguh sindiran Najwa. Dia berkata seperti tidak melakukan apa2 kesalahan. Apa motifnya berkata begitu? Adakah dia sengaja ingin jatuhkan aib Razman di depan pasangan suami isteri itu? Air muka Razman mula berubah. Pasangan suami isteri itu juga jadi lain. Mereka tak menyangka Najwa akan bersikap sedemikian.
"Najwa, kenapa dengan kamu ni? Tiba2 ja.. Kalau tak mau, bagitau elok2. Jangan hina orang camni..."
"Apa pulak saye hina orang. Betul ape yang saye cakap.."
"Ustazah Najwa... Ape niii.... Kita dalam majlis nii.."
Kak Yati mula mengambil tempat menenangkan Najwa. Razman dari tadi lagi sudah menunduk malu. Kalau ya pun Najwa tidak mahu menerima lamarannya itu, dia tak sepatutnya berkata begitu pada Razman. Razman benar2 kecewa. Dia hanya diam membisu. Ustaz Borhan cuba mententeramkannya. Tiba2 Najwa bingkas bangun meninggalkan majlis tersebut. Kak Yati cuba menghalang. Namun Najwa meluru laju menuju ke pintu dan terus keluar. Masing2 terpinga2 dengan kejadian yang baru terjadi itu.
"Kami mintak maaf ustaz. Tak sangka pulak dia bleh bertindak sedemikian rupa."
Razman masih membisu. Muka kak Yati mula merah padam mengenangkan perbuatan Najwa tadi. Dia cepat2 mencapai handsetnya menghubungi seseorang.
*******************
Najwa bersandar puas di atas sofa rumahnya. Dia puas kerana berjaya juga kenakan Razman kembali. Intan tiba2 menerpa ke arahnya.
"Awa!! Ape yang kau dah buat ni? Kau ni memang dah melampau!" bentak Intan.
Najwa terkejut dengan kata2 Intan. Dia mengangkat kepalanya memandang Intan. Intan dari awal lagi tangannya sudah mencekak pinggang. Isyarat marah sungguh dirinya pada Najwa.
"Ape hal kau ni?? Tibe2 je serang aku? Ape aku dah buat?"
"Kau tanye ape yang kau dah buat?? Tadi kak Yati tepon aku. Dia dah cite segala2nye kat aku! Kenape kau buat camtu kat Razman? Apa salah die sangat kat kau? Ape dose dia kat kau? Takkan hanya kerane die penah ushar pelik kau hari tu kau hina die sampai camtu sekali? Kalau betul pon kau masih tak puas hati kat die, kenape perlu hina die camtu? Kau ingat dia takde perasaan? Aku memang marah sangat kat kau kali ni. Selama ni kami bersabar ja dengan sikap kau yang keras hati ni. Tapi kali kau dah melampau! Kau kena sedar, kita ni belaja agame! Camni ke sikap kita pada sesame saudare kite?! Perangai camni kau nak bawak balik Malaysie nanti? Kau semayang hari2, hapal quran dah berapa juzuk dah, mengaji syariah, tapi kenapa bleh jadi camni? Dendam apa lagi kau kat die? Aku tak lah baik sangat nak nasihat kau camni, tapi tindakan kau ni memang dah melampau! Melampau Najwa!! Kan kami dah cakap, kalau kau takmau sekali pon pada Razman tu, tolak laa elok2. Kenape perlu hina die camtu???"
Intan memang marah sungguh kali ini pada Najwa. Najwa menundukkan kepalanya. Sepatah pun dia tak membalas. Tak lama kemudian dia mula bersuara pula.
"Hey Intan! Kau ingat kau dah bagus sangat nak cakap kat aku camni?? Aku punye pasal lah nak watpe pon kat die tu! Aku tak pernah kacau hidup kau pon!"
Najwa membalas balik atas rasa dirinya tidak boleh ditegur. Apatah lagi bila Intan memarahinya begitu. Dia lantas bangun menuju ke biliknya.
"Awaaa!!" Intan hanya mampu melihat saja Najwa masuk laju ke biliknya.
Di dalam bilik Najwa menangis sepuas2nya kerana dimarahi sebegitu oleh Intan kawan baiknya. Dia tak menyangka bahawa Intan akan memarahinya begitu. Intan memarahinya untuk kebaikannya juga. Intan banyak bersabar saja dengan tindakan Najwa selama ini. Tapi kali dia tak boleh sabar lagi. Najwa benar2 sudah melampau. Najwa masih lagi teresak2 menangis. Sekeras2 hatinya itu akhirnya menangis juga. Begitulah hati seorang perempuan. Mereka begitu sensitif jika dimarahi begitu. Mungkin hatinya tidak boleh terima. Dia tidak nampak salahnya yang dilakukan ke atas Razman. Yang dilihatnya adalah seolah2 Intan ingin membela Razman.
*******************
Seminggu sudah berlalu. Razman teruskan kehidupannya seperti biasa. Kejadian minggu lepas benar2 mengajarnya erti sesuatu. Perasaannya terhadap Najwa semakin sayang. Tak pernah terlintas di hatinya untuk membenci Najwa. Hatinya semakin sayang pada Najwa. Walaupun Najwa telah malukannya tempoh hari. Sedikit pun tak pernah berdendam dengan Najwa. Dia mula faham erti hati seorang wanita. Biarpun perangai Najwa begitu, bukanlah bermakna dia selama2nya begitu. Hati wanita yang lembut itu perlukan ruang dan masa untuk meluruskannya. Kena berhati2 ketika meluruskannya. Razman teringat kata2 Imam Ghazali rhm,
"...hendaklah engkau halim yakni sabar dan jangan lekas marah pada ketika kurang akal perempuan itu dan pada ketika marahnya si perempuan itu....."
Gadis seperti Najwa itu walaupun seorang yang keras hati, jika Razman dapat melembutkan hati orang sebegitu, maka menjadi pahala kepadanya kerana mampu sabar di atas segala karenah si perempuan tadi. Sebab itu Razman tidak berdendam pada Najwa. Bahkan dia masih berharap dapat memperisterikan Najwa. Razman berharap moga2 kepayahannya ketika melayan karenah Najwa suatu hari nanti bukan saja mendapat kebajikan di sisi ALLAH, tapi dapat juga menjatuhkan ego Najwa itu. Peperiksaan fasa kedua hampir tiba. Razman sedaya upaya berusaha. Najwa pula masih dengan perangai lamanya. Terkadang itu keluar ke Sikah(pusat jualan pakaian) seorang diri. Ahli baitnya juga tak memahami apa yang Najwa inginkan. Adakah sebuah kebebasan yang tak menjaminkan kebahagiaan? Sikap Najwa dengan Intan tidak semesra dulu. Mungkin dia masih terasa hati dengan tindakan Intan memarahinya dahulu. Sudah puas Intan memujuknya. Nur juga tidak ketinggalan. Najwa masih begitu. Kalau dulu dia lebih suka keluar beramai2, tapi kini berseorangan. Mereka ahli baitnya mula risaukan Najwa. Kalau dulu berjalan ramai2 balik lewat atau keluar malam pun masih tidak terjamin keselamatan apatah lagi keseorangan?
******************
"Nur, jom teman aku pergi sungai Nil...."
Nur mengalihkan kepalanya mengadap Najwa. Dia pelik dengan ajakkan Najwa itu.
"Nak watpe pergi malam2 ni?" balas Nur lembut.
"Naik kapal laa, apa lagi. Alaaa kau ni wat cam tak biase plak."
"Kau ni Awa, kan nak imtihan dah ni. Keluar ape lagi? Lepas2 ni je laa kita pergi." pujuk Nur.
"Aku nak cari ketenangan lah. Nak amek angin malam same...Alaaaa jom laaa." Najwa masih berdegil ingin pergi.
"Kau ni Awa, memang terrer bab pujuk memujuk ni. Ok laaa... Camni je laa.. Malam esok kite pergi nak?? Kita ajak kawan ramai sikit. Baru meriah sikit. Amacam?"
"Ye laaaaa. Hurm...." Najwa sedikit hampa.
Dia menuju ke biliknya. Sempat lagi dia menjeling ke arah bilik Intan. Intan sedang khusyuk menghafal Al Quran. Jauh di sudut hatinya rasa bersalah kerana tidak mesra dengan Intan seperti waktu dulu. Walaupun peristiwa dimarahi Intan dulu masih terngiang2 lagi dibenaknya, namun kerana mereka sudah berkawan lama dan berkongsi suka duka bersama menyebabkan ikatan persahabatan mereka itu tak dapat dipisahkan.
Ketika melabuhkan badannya di katil, handset di meja belajarnya berdering. Tak muncul nama. Nombor yang tiada dalam simpanannya. Jadi dia tidak tahu siapakah yang menelefonnya. Diangkat perlahan2 panggilan tersebut.
"Assalamualaikum ustazah......" suara lelaki? Bisik hati kecilnya.
"Erm, maafla mengganggu enti malam2 ni. Ana Razman ni........"
"Razman??????" matanya dibuka luas2 ketika mendengar nama itu...
Bersambung...........................
Tamat bahagian kedua...............
4 comments:
laaa... knpe sambung kat citu lak..
sambung la lagi..
kena tunggu laaa..idea x dtg lg ni..
hmmm...tak apa2,kita tunggu sama2 ya,apakah jalan cerita seterysnya... :(
Assalamualaikum....chat ka ustaz kimi yg masih bujang x reti nk kawen?? klu x silap aku...ayat bab najwa hine razman suh beli kitab tu bukan aku ka yg cita kt hang dulu????? hg wat novel yaaaa...tggu la aku balik nnti...
Post a Comment