Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah dikesempatan yang ada ini, Allah mengizinkan penulis untuk menulis lagi. Untuk manfaat dan tatapan kawan2 semua. Dulu penulis pernah menulis tentang perbandingan di antara solat dan tubuh manusia. Kawan2 boleh rujuk di sini.
Kali ini penulis ingin menyatakan pula apakah itu sunat ab'ad? Sunat ab'ad merupakan sesuatu perkara yang dilakukan di dalam solat. Tidak kira perkara itu dari segi fi'liah atau qauliah. Jika kita meninggalkan sunat ab'ad, maka disunatkan untuk kita tampalkan dengan sujud sahwi. Kata tuan musonnif kitab فاتي منية المصلى ketika membahaskan tentang perkara ini;
"Dan sunat ab'ad kalau ditinggalkan dia, disunat kita tempel(tampalkan) dengan sujud sahwi..."
Berkata guru penulis ketika mensyarahkan kata2 tuan musonnif ini;
"Kita lakukan sujud sahwi itu bukan kerana nak gantikan perkara sunat ab'ad yang kita terlupa lakukan itu, tetapi sujud sahwi itu dilakukan kerana untuk mendapatkan pahala sunat ab'ad yang kita lupakan itu.."
Dan tidak membatalkan solat jika kita masih terlupa lagi untuk melakukan sujud sahwi. Cumanya kata guru penulis;
"Syaitan akan berduka jika kita lakukan sujud sahwi. Ini kerana dia tak berjaya meragu2kan kita dalam solat secara keseluruhannya.."
Baik, apakah itu sunat ab'ad??
Sunat ab'ad ada 8 perkara.
1. Membaca تشهد اول
2. Duduk تشهد اول
3. Membaca قنوت
4. Berdiri baginya(qunut)
5. Selawat atas Nabi صلى الله عليه وسلم kemudian daripada tasyahud awal. Adapun pada tasyahud akhir maka ia(selawat Nabi) adalah rukun solat.
6. Selawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم kemudian daripada qunut iaitu و صلى الله على سيدنا محمد
7. Membaca selawat ke atas آل kemudian daripada tasyahud akhir iaitu وعلى آل محمد
8. Membaca selawat ke atas آل kemudian daripada qunut iaitu وعلى آله وصحبه أجمعين
Maka inilah kelapan-lapan perkara dari perkara2 sunat ab'ad.. Jika kita terlupa membaca atau melakukan salah satu dari lapan perkara ini maka disunatkan melakukan sujud sahwi. Andai terlupa juga sujud sahwi, maka tidak membatalkan solat. Cumanya solat kita itu seperti tiada kaki atau tangan ditubuh kita. Walaupun tak menghilangkan nyawa, tapi tubuh kita sudah tidak sempurna. Seperti itu juga solat kita. Walaupun tak batalkan solat, tapi tidak menyempurnakan solat kita. Oleh itu, janganlah ambil mudah dengan perkara sunat ab'ad ini... Wallahu a'lam..
Rujukan kitab فاتي منية المصلى
10 comments:
kalau sunat ab'ad tak buat, tak batal solat.tapi sgt dianjurkan sujud sahwi dan kalau x sujud sahwi, tetap tak batal solat.kalau kita ragu dan ulang semula solat boleh?
dari segi apa kita ragukn itu?
Salam...saya ada kemusykilan kat sini..baru2 nih ada satu ceramah dekat surau berdekatan rumah sy...ustaz tuh cakap...andaikata kita tak tahu pasal sunat ab'ad...tak tahu langsung sunat ab'ad ada berapa apatah lagi perkara2 dalam sunat ab'ad, solat kita sama sekali tak sah...mintak penjelasan terima kasih..
salam,ana nak tanya,bagaimana kalau kite solat berjemaah tetapi kite x sempat nak baca tasyahud akhir sampai habis (sempat sampai أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ shj) kerana imam dah beri salam...kite sbg makmum pon terus bg salam tanpa membaca selawt nabi...sah ke x solat..???
ikhwan: salam, kalau imam dah beri salam tapi kita masih belum habis, kita kena teruskan membaca tahiyat akhir sampai habis baru bagi salam.
taklah sampai tak sah.. cuma bagi org yg berilmu akan tahu mna yg rukun dan mna yg sunat. dgn itu solat akn dilakukan dgn sehabis baik sekali
klu imam dah beri salam tapi kita dah bca solawat atas nabi dan salam hukumnya sah solat sbb bcaan solawat hukumnya wajib kerana rukun qauli.
sebaiknya tasyahud akhir itu dibaca sempurnakanlah sehingga selesai dan beri salam... tk perlu nk gopoh
habiskan bca atas tasyahud akhir walaupun imam dah beri salam lgi baik.
tak perlu ulang sbb solat sah walauoun cacat.
anda kena bnyak istigfar... ingatkan apa yg dibuat ketika solat dan fikiran tumpu pada solat dan ada ilmu utk solat
tak bca solawat tasyahud akhir hukum tk sah solat sbb solawat nabi itu wajib... rukun qauli iaitu rukun percakapan
Post a Comment