30 October 2009

'MABUK' SEORANG ISTERI......

Assalamualaikum semua.....

Tengok tajuk entri cam pelik ja kan?? Tiba2 abaq pasai 'mabuk' sorang is3. Apa dia tuu ek?? Hehehehehe. Saja aku nak taip malam ni tajuk entri camtu.. Dok bersembang tadi ngan sorang kawan tentang perkara ni. Dia bukak cita dulu.. Aku teruskan ja laaa. Ada sorang kawan aku ni, dia dok cita tentang is3 dia dah mula hamil. Jadi bila dah mengandung ni, macam2 feel laa si is3 ni buat. Yang paling popular sekali ialah 'mabuk' ketika mengandung laa. Hampa x pernah dengaq ka?? Mesti pernah dengaq punya.. Kita ada ibu, so kita juga pernah lalui pengalaman ni. Cuba perati masa ibu kita tengah mengandung. Kalau time dia tengah 'mabuk' tu, macam2 feel ada.

'Mabuk' sorang is3 ketika tengah mengandung memang satu pengalaman yang baru. Tambah2 bagi depa yang baru kawen. Bagi yang tak kawen lagi tu, standby laa siap2 nooh. Hehehehe. Pengalaman kawan aku ni, is3 dia 'mabuk' jenis x leh makan kalau suami dia masak. Tapi kalau kawan2(akhawat) dia yang masakkan, is3 dia makan jaa.. X pelik ka tu?? Pelik la kan? Haaaaa. Tu baru satu pengalaman yang dialami. Nasib baik mak aku kalau 'mabuk' tak teruk sangat. Besa2 jaaa. Kak aku pon pelik juga. Dia xleh masuk dapuq umah dia sendiri. Jadi abang ipaq aku ja laa yang dok masak. Tapi yang peliknya, dapuq umah aku ok jaa masuk memasak. Dapuq umah sendiri jaa dia xleh masuk. Ada plak is3 yang xleh bau badan suami. Hehehe. Sian si suami tu ek. Nak wat camna kan?? Kena sabaq ja laaa.. Kena faham situasi is3 tu laaaa.

Yang paling teruk aku pernah jumpa berlaku pada mak kawan aku. Mak dia sampai xleh kena cahaya. Sampai pernah dok bawah katil jaa. Tu dah tahap kronik tu.. Mak dia kena dok dalam bilik jaaa.. Teruk kan.. Sian pada para is3. Sebab tu laah besaqnya pahala para ibu ni... Ketika mengandungkan anak... ALLAAAAAH. Dan doa para ibu ni lebih dimakbulkan kerana sifat kasih sayang mereka lebih kuat dari suami. Ini realitinya.... Dan mati ketika lahirkan anak juga mati syahid. Ibu yang sedang sakit ketika melahirkan anak nyawanya 50-50 antara mati dan hidup... So, kenangilah susah payah ibu kita.....

Dan kepada para suami, sabaq laa ketika melayan karenah is3 yang sedang 'mabuk' mengandung. Mungkin feelnya tu kadang2 mengguriskan hati... Nak wat camna kan... Cubalah fahaminya.. Dan paling penting sekali ialah anak yang dia akan lahirkan itu anak anda juga.... Jangan kerana sekali dia wat salah pada kita, sepuluh kali kita marah dan dok ungkit2 lagi kesalahannya tuu.,Sekali dia wat salah pada anda, xkan sama dengan pengorbanan dan kebaikan yang dia buat untuk anda berpuluh2 kali ganda itu..... Oleh itu hargailah is3 anda.......

23 October 2009

PMRAM DAN PARA ULAMA'......


Assalamualaikum semua...

Baru2 ini PMRAM telah menganjurkan 1 majlis ilmu yang mulia julung2 kalinya ia diadakan iaitu pembacaan kutub sittah. Aku secara peribadinya begitu gembira,syukur dan terharu dengan majlis tersebut. Kerana majlis ilmu yang mulia itu telah dihadiri oleh para Masyaikh dari Al Azhar. Dan majlis berkat itu juga dihadiri lebih daripada 500 peserta ikhawah dan akhawat, rata2nya pelajar pengajian Islam. Inilah peluang kami untuk bersama para masyaikh. Dan menunjukkan bahawa para pelajar Al Azhar tak kira dari cawangan mahupun pusat,sama2 mengambil peluang keemasan ini. Bermula 17 hb 10 sehingga 20 hb 10, dalam tempoh itu kami bersimpuh dan bersila bersama2 masyaikh, walaupun keadaan bilik yang kadang2 itu panas. Pernah sekali janggut aku basah kerana peluh yang mengalir. Sedangkan kami berada di dalam bilik yang ada
aircond. 2 kali aku kesat peluh yang mengalir. Namun kegagahan kawan2 yang lain, tabah dalam menuntut ilmu melupakan kami tentang kepayahan tersebut. Bermula waktu pagi dan berakhir malamnya,benar2 mencabar ketahanan fizikal kami. Aku berapa kali bertukar kedudukan dan posisi bersila aku. Tidur pun ada juga. Hehehehe. Terkadang itu jaaaa... Hehehe.


Berbalik kepada majlis yang mulia tersebut, aku secara peribadinya juga setuju dengan kenyataan Tuan Guru Ustaz Nazrul dalam blognya bahawa,


"Sepatutnya perlu dipersoalkan kepada JPMK , dan suruh mereka sendiri datang melihat bagaimana susah payah para ulama kita terpaksa menaiki tangga ke tingkat teratas di rumah Johor sebanyak 5 tingkat. Umur mereka bukan semuanya masih muda belia seperti kami. Semuanya sudah lebih separuh abad kecuali Syaikhuna Usamah al-Azhari hafizahullah yang masih muda."


Aku yang muda ini pun terasa mengahnya ketika naik tangga tersebut, apatah lagi para masyaikh?? Kalau kita tak mahu hadirkan diri dalam majlis ilmu sekalipun, janganlah menjadi mereka yang menghalang majlis ilmu! Amat malanglah bagi golongan yang menghalang majlis ilmu ini. Cukuplah SAR dulu diberhentikan bantuan perkapita, masjid dihalang dari mengajar, ustaz2 yang menceritakan hal yang benar ditukar tempat tugas... Kenapa di sini(Mesir) pula ingin membuat onar?? Betullah slogan mereka. Dulu,kini dan selamanya begitulah perangai mereka.

Malam kemuncaknya iaitu malam penutup majlis itu telah dihadiri sendiri Syaikhul Masyaikh al-Imam al-Allamah al-Muhaddis Dr Ali Jum’ah hafizahullah, Mufti Besar Kerajaan Mesir. Seseorang yang amat mulia. Aku boleh menatap secara berdepan dan dekat2 seorang yang usah dipertikaikan lagi keilmuan dan ketaqwaannya. Aku benar2 terharu. Tapi sayang, tak dapat cium tangannya ketika beliau ingin pulang kerana dihalang oleh pengawal peribadinya. Namun aku bersyukur dapat juga pegang dan cium tangan masyaikh yang lain walaupun tak semua. Yang paling aku terharu ialah para masyaikh ketika ucapan mereka tak lupa mendoakan kami.. Alhamdulillah. Terima kasih banyak2. Doa orang2 yang dekat dengan ALLAH tak ada hijab dengan ALLAH. Mereka juga berwasiat dengan kebaikan kepada kami. ALLAAAAh. Satu peristiwa yang tak dapat dilupakan oleh kami.

Masyaikh yang hadir pada malam penutup di Nadi Riadi H6

Syaikh Usamah Al Azhari sedang berucap...

Syaikh Yusri sedang berucap....




Sekitar pemandangan ketika majlis berlangsung...

Aku juga berbanyak berterima kasih kepada PMRAM dan adhoc perlaksanaan khususnya. Dan tidak lupa juga kepada Tuan2 Guru kami di sini iaitu Ustaz Nazrul,Ustaz Hairul,Ustaz Juzaili dan yang lain2 lagi. Kerana mereka ini yang rapat dengan para masyaikhlah kami juga dapat merasai kemanisan majlis ilmu ini. Terima kasih aku ucapkan sekali lagi. Aku yang baru beberapa hari bersama masyaikh pun dah merasai kesedihan ketika majlis perpisahan itu, apatah lagi bagi mereka yang lebih rapat dengan para masyaikh... ALLAAAh... Beruntunglah mereka itu semua. Dan amat rugilah mereka yang menghalang majlis ilmu yang mulia ini.

Aku benar2 terharu ketika sesi memberikan cendrahati kepada Syaikhul Masyaikh al Alim al Allamah Dr. Ali Jum'ah. Ketika itu sepatutnya papan cendrahati itu dalam keadaan berdiri. Tapi ketika ingin berikan kepada al Allamah, ia terjatuh. Dan semasa sudah berada di tangan al Allamah, al Allamah mengangkat sendiri papan tersebut. Dan yang paling aku terkejutnya ialah papan itu tertera lambang PMRAM!! AAAhhh... Aku benar2 terharu..... al Allamah memegang kembali lambang itu dan tunjukkan kepada kami semua. Masa itu juga tepukan gemuruh dari kami semua(lihat gambar di atas). Kami doakan moga ALLAH sejahterakan masyaikh kami ini serta keluarga mereka seluruhnya... Berkatilah hidup mereka. Jadikanlah
kami ini seperti mereka ya ALLAH.......



Benarlah.... PMRAM dan para masyaikh di sini tak dapat dipisahkan.... PMRAM dan para Ulama' sememangnya sentiasa dekat di hati.... Marilah sama2 bersama PMRAM. Kukuhkan persatuan yang sedia ada. Kepada mereka yang terlepas peluang ini, masih ada lagi peluang. Berkat dari para masyaikh itu penting.. Biarlah ilmu setinggi gunung sekalipun, tapi kalau hari2 'makan daging' para ulama', tak ke mana ilmu itu..Fikirkanlah....

18 October 2009

SESAL SEBUAH CINTA........




"Mak, Rizal nak kahwin... "


Rizal menekan butang 'hantar' pada telefon bimbitnya. Mesej ringkasnya itu diharapkan dapat jawapan yang baik dari keluarganya di Malaysia. Dia pun tidak menyangka mengapa dengan tiba2 boleh menghantar mesej sebegitu kepada keluarganya. Dan inilah kali pertama dia menyatakan hasratnya itu secara terang-terangan. Tangannya masih kemas memegang
hanset. Sabar menunggu jawapan dari Malaysia. Matanya tertumpu tepat pada skrin hanset. Berkali2 dia menelan air liur kerana bimbang dengan jawapan yang akan sampai nanti. 10 minit kemudian hanset nya berdering. Bunyi lagu A. Ramlie sayup2 itu sudah cukup untuk menyedarkan Rizal yang berada di dapur. Dia belari2 anak mendapatkan hanset nya.

"Jika itu yang Rizal nak, apa lagi yang mak mampu katakan? Kahwin lah jika itu yang terbaik untuk Rizal...."

Rizal terkedu setelah membaca mesej dari maknya, puan Halimah. Dia masih diam. Kepalanya tertunduk. Akhirnya Rizal bersuara lembut sambil tersenyum.

"Alhamdulillah....... Keluarga aku bagi. Betul2 buat aku
suspen jaaa... "

Rizal lantas merebahkan badan sujud syukur pada Ilahi. Dia memang benar2 tidak menyangka bahawa keluarganya akan bersetuju untuk dia berkahwin di sini(Mesir). Dahulu Rizal pernah juga menyatakan hasratnya untuk berkahwin di sini. Walaupun nadanya dulu sebetulnya dalam jenaka, namun puan Halimah berkeras tidak membenarkan. Hasrat jenaka itu pernah dilafaznya 2 tahun yang lalu, iaitu sebelum dia berlepas ke Mesir. Tapi kini dia sudah ditahun 2 kuliah Usuluddin, Universiti Al Azhar cawangan Mansurah. Dan kini diulanginya lagi lafaz itu dalam nada yang benar2 serius. Hatinya bimbang jika keluarganya tidak mengizinkan dia berkahwin di sini. Namun jangkaannya itu meleset sama sekali. Rizal mencapai
hanset nya sekali lagi. Kali ini dia ingin menghantar mesej kepada seseorang yang begitu dia kenali.

"Salam awak, keluarga saya dah izinkan. Keluarga awak macamana pula?"

Rizal cepat2 menekan butang 'hantar'. Mengharapkan mesejnya itu cepat sampai kepada seorang perempuan yang bakal menjadi isterinya kelak. Rupanya2 Rizal sudah mengenali perempuan itu, dahulu sebelum menyatakan hasrat itu kepada keluarganya. Zahlia menerima mesej itu dengan hati senang bercampur risau. Sebelum ini Zahlia pernah menyatakan kesudiannya untuk menjadi isteri Rizal. Cumanya dia masih lagi tidak memberitahu kepada keluarganya di Malaysia. Rizal juga begitu. Dia 'taqdim' Zahlia awal lagi sebelum menghantar mesej hasratnya itu tadi. Zahlia risau jika keluarganya berat untuk melepaskannya berkahwin. Walaupun Zahlia sudah berada ditahun akhir kuliah Syariah Universiti Al Azhar cawangan Mansurah, dia masih tidak yakin keluarganya akan mengizinkan dia berkahwin sebelum habis belajar. Fikirannya begitu runsing bila memikirkan masalah ini. Terasa berat jari jemarinya untuk membalas mesej Rizal. Akhirnya dia gagahkan jua....

" Wasalam awak, saya senang hati mendengar berita ini. Tapi saya kena tanya pula keluarga saya. Esok saya telefon mereka... Boleh yaa?"

Zahlia menaip lambat. Takut jika perkataan2 ini akan melukakan hati lelaki yang bakal menjadi ketua keluarganya nanti. Rizal membaca mesej Zahlia dengan teliti. Hatinya mula membibit rasa kurang senang. Dia menunggu hari esok dengan penuh sabar.

*******************************

Zahlia baru saja selesai bercakap dengan keluarganya di Malaysia. Sudah tidak sabar2 rasanya Zahlia ingin memberitahu Rizal jawapan dari keluarganya di Malaysia. Rizal dari tadi lagi sudah tercegat di depan
hanset. Mesej dari Zahlia masuk ke dalam inbox nya.

"Salam awak......."

Itu saja yang ditulis oleh Zahlia. Rizal yang dari tadi menuggu menjadi tidak tentu arah. Fikirannya mula diserang satu perasaan 'ngeri'. Dia sudah tidak mampu lagi untuk mendengar jawapan yang sebenarnya dari Zahlia. Satu lagi mesej masuk ke
inbox nya.

"Awak, keluarga saya izinkan kita kahwin. Tapi mereka nak kita buat kenduri di Malaysia... Macam mana tu?"

Rizal senyum lebar membaca mesej kedua dari Zahlia. Dia mula mengucap kalimah syukur ke hadrat Ilahi. Akhirnya impiannya untuk berkahwin dengan gadis pilihan hampir tercapai. Dan semua ini tidak pernah diimpikannya sebelum datang ke Mesir. Walaupun berita itu benar2 mengembirakan hati Rizal, namun jauh di sudut hatinya memikirkan masalah lain yang akan dihadapinya. Iaitu adakan kenduri di Malaysia. Baginya bukanlah kerana apa sangat dia mengelak untuk adakan kenduri di Malaysia. Cumanya dia ingin mengelak dari berbelanja besar. Jika berkahwin di Mesir, modal untuk adakan kenduri tidaklah sebesar mana. Rizal hanya seorang pelajar. Tak mampu untuk dia berbelanja besar jika di Malaysia.

"Tak mengapa, malam ini saya bagi jawapan lain.. Saya nak fikirkan dulu.."

Zahlia membaca mesej Rizal sambil tersenyum. Senyumannya dari tadi masih lagi belum hilang. Mungkin seronok kerana dapat keizinan dari keluarga. Zahlia juga begitu gembira kerana lelaki yang berjaya menambat hatinya itu bakal menjadi pasangannya yang sah. Bukan senang untuk Zahlia menerima mana2 lelaki. Tapi entah mengapa Rizal akhirnya berjaya 'menjatuhkan' egonya. Mungkin kerana pada diri Rizal itu ada ciri2 yang diidamkannya. Zahlia berada di Kaherah kerana ada urusan persatuan di sana. Sejak akhir2 ini dia memang sibuk di Kaherah. Perlahan Zahlia letakkan
hanset nya di hujung meja. Dia menyambung kembali tulisan minit mesyuarat yang di adakan kelmaren.

Rizal menelefon abahnya, encik Azman untuk memberitahu secara terperinci lagi keinginannya itu. Encik Azman mudah memberikan kerjasama pada anak lelakinya itu. Rizal pun tidak menyangka, mengapa semudah ini keluarganya memberikan 'lesen'. Mungkin berkat belajar di Mesir. Bisik hati kecilnya. Abahnya juga bersetuju jika kenduri dilakukan di Malaysia. Berkenaan dengan duit, abahnya akan keluarkan sedikit. Rizal mula menguntum senyum. Berkali2 dia mengucapkan kalimah syukur. Rizal sudah tidak sabar2 lagi ingin menceritakan pada Zahlia. Bagi Rizal, Zahlia seorang yang suka mengambil berat. Mungkin semua itu kerana umur Zahlia yang lebih tua dari Rizal. Zahlia lebih tua dari Rizal 3 tahun. Namun sedikit pun Rizal tidak rasa kekok untuk menerima Zahlia sebagai permaisuri hidupnya. Umur bukanlah penghalang untuk mengecap kebahagiaan. Dia cepat2 mendail nombor Zahlia. Perasaannya membuak2 ingin memberitahu kepada bakal isterinya itu.

"Assalamualaikum awak. Saya dah buat keputusan. Kita buat kenduri kat Malaysia ja lah."

Ujarnya penuh bersemangat. Zahlia tersenyum riang mendengar jawapan dari Rizal. Harapan mereka berdua untuk bersama sudah mula nampak jalannya. Ketika Rizal mula 'taqdim' Zahlia dahulu, bukannya dia tidak mahu beritahu kepada keluarganya di Malaysia. Tapi oleh kerana risau mungkin keluarganya tidak izinkan, dia lupakan saja niat itu. Zahlia juga begitu. Tidak menyatakan apa2 pada keluarganya di Malaysia. Dia mula menerima Rizal setelah 3 kali solat istikhoroh. Bisik hatinya begitu yakin menyatakan bahawa Rizal lah lelaki yang bakal menjadi 'pelindung' dalam hidupnya. Dan kini mereka berdua sudah berani meluahkan rasa masing2 pada keluarga. Takdir menetukan bahawa tiada halangan untuk mereka bersama di bumi para Anbiyak ini. Rizal pula tahun ini, entah mengapa perasaan ingin berkahwin mula menyelubungi dirinya. Mungkin sudah tiba masanya dia perlu berumah tangga walaupun dalam usia yang muda. Walaupun masih ditahun 2, dia yakin tiada masalah untuk memberikan tumpuan pada pelajarannya. Harapannya dengan cara berkahwin di sini, memudahkan lagi urusan sehariannya.

Cuti musim panas sudah mula masuk ke penghujungnya. Rizal dan Zahlia mengambil peluang ini untuk pulang ke Malaysia untuk mendirikan rumah tangga dengan segera. Rizal menyuruh Zahlia pulang dahulu ke Malaysia kerana dia masih ada kerja yang perlu diselesaikan di Mansurah. Zahlia telah selamat tiba di Malaysia. Tinggal Rizal saja lagi di Mansurah menghabiskan baki kerjanya. Sebulan kepulangan Zahlia, Rizal masih lagi berada di Mansurah. Dan dalam tempoh itu juga Rizal tidak sempat untuk menhubungi Zahlia.

*********************************

Kini sudah 2 bulan Zahlia berada di Malaysia. Zahlia termenung sendirian di balakon rumahnya sambil mengambil angin sepoi2 bahasa suasana malam kampungnya. Malam itu fikiran Zahlia begitu berkecamuk. Masalah lain pula yang timbul setelah mereka diizinkan berkahwin. Sejak akhir2 ini perasaan itu mula bermain di fikirannya. Dia merasakan masih belum layak lagi untuk bergelar seorang isteri. Banyak tugas dan tanggungjawab yang harus dipikulnya bila bergelar isteri nanti. Dia merasakan dirinya masih lagi banyak kekurangan. Dan impiannya masih belum tercapai. Dia inginkan dirinya dalam keadaan baik sebelum di'serah'kan kepada lelaki yang disayanginya itu. Dia mahu dirinya nanti boleh mengembirakan hati suami. Bila difikirkan lagi semua itu, rasa ingin dibatalkan saja perkahwinan yang bakal dilangsungkan itu. Adakah dia perlu buat begitu hanya kerana bermain dengan perasaan sendiri saja?? Rizal masih tidak tahu lagi tentang perkara itu. Zahlia menjadi takut untuk berumah tangga bila memikirkan segala2nya perkara yang sentiasa bermain di benak fikirannya sebelum ini. Sengaja tidak diceritakan pada Rizal tentang perkara ini. Dia ingin Rizal tiba dahulu ke tanah air, barulah dia akan menceritakan segala2nya pada Rizal.

Sudah seminggu Rizal di kampung halamannya. Dia begitu sibuk melayan tetamu yang hadir ke rumahnya. Adik beradiknya juga ada yang datang menziarahinya. Puan Halimah pernah bertanya padanya. Tidak mahu bertunang dahulu kah? Rizal tidak mahu seperti itu. Baginya, jika bertunang dahulu, perlu tunggu tarikh yang ditetapkan pula untuk melangsungkan perkahwinan.Dia inginkan akad nikah terus jalan cepat untuk bersama2 Zahlia. Semakin hari, rasa sayang dan cintanya pada Zahlia semakin membuak2. Namun berbeza pula situasi Zahlia. Semakin hari dia fikirkan perkara tersebut, semakin rasa ingin jauh dari Rizal. Bukan tiada rasa sayang dan cinta itu pada Rizal, tapi oleh kerana perasaan runsing itu sentiasa menyelubungi hatinya membuatkan dia tidak menyedari lagi keinginan bakal suaminya itu. Zahlia sudah nekad untuk membatalkan saja niat untuk berkahwin dalam masa terdekat ini. Dia belum bersedia untuk berumah tangga. Walaupun keputusannya ini bakal mengecewakan hati Rizal, dia sudah sedia menghadapi
respon dari Rizal. Tiba2 hanset nya berdering. Kelihatan nombor telefon Rizal tertera di skrin hanset. Zahlia jadi serba salah untuk mengangkat telefon. Perlahan2 dia menekan butang call.

"Assalamualaikum awak. Sihat tak? Lama tak tanya khabar awak. Macam mana persediaan untuk majlis kita nanti?"

Rizal memulakan bicaranya. Zahlia terharu bila mendengar semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Rizal. Namun kerisauan yang menyelubungi dirinya selama ini lagi kuat menapak dalam hatinya. Bagaimana harus dia meluahkan pada Rizal tentang perkara sebenar yang dihadapinya. Baru saja bibirnya ingin meluahkan kata, terlintas raut wajah Rizal di benaknya. Raut wajah seorang lelaki yang benar2 ingin memperisterikannya. Adakah dirinya begitu kejam kerana ingin membatalkan perkahwinan mereka? Sedangkan Rizal sudah bersungguh2. Lagi kusut fikiran Zahlia bila difikirkan semua itu.

"Awak ada ke tak ada ni? Kenapa diam jaa?"

Zahlia terkesima bila ditegur Rizal dalam talian. Dia cepat2 menumpukan perhatian pada panggilan Rizal.

"Erk, ada ja. Maafkan saya. Awak, sebenarnya macam ni......"

Zahlia mula berkata2. Rizal pula sedikit kehairanan dengan sikap Zahlia malam ini. Ingin saja ditanya mengapa kelakuan Zahlia sedikit berubah. Tapi dibiarkan..... Zahlia menyambung semula perbualannya.

" Awak, saya nak beritahu sesuatu yang mungkin awak tak boleh terima. Saya tak sedia lagi nak kahwin tahun ini. Diri saya ni masih banyak kekurangan. Impian saya juga masih belum tercapai. Kalau boleh saya nak 'serahkan' diri ini pada lelaki yang saya sayang dalam keadaan yang 'terbaik'. Saya rasakan diri saya masih tak 'sempurna' untuk awak. Berat tanggungjawab jika dah berkahwin. Saya harap awak memahami saya. Bukan saya membenci awak,tapi hati ini masih belum bersedia untuk berkahwin. Berikan saya masa. 1 atau 2 tahun lagi macam mana? Maafkan saya Rizal. Saya tak berniat nak kecewakan perasaan awak......."

Rizal tergamam mendengar penjelasan dari Zahlia. Kelu lidahnya untuk berkata2. Perlahan2 dia menurunkan tangannya yang dari tadi kuat menggenggam
hanset ke sisi paha. Dalam masanya yang sama, air mata Zahlia juga turut menitis. Ini menandakan dia juga tidak sanggup meluahkan pada Rizal. Namun dia gagahkan jua dalam terpaksa. Rizal mematikan panggilan dengan tiba2. Dia masih tundukkan kepala. Menahan geram dan marahnya. Kelopak matanya mula menampakkan manik2 jernih. Air mata lelakinya gugur jua malam itu. Sambil kedua2 tangannya digenggam erat, dia berbisik sendirian,

"Sampai hati awak buat saya begini, Zahlia. Apa salah saya pada awak? Kenapa sekarang baru awak nyatakan begini?"

Titisan air matanya mengalir membasahi pipi. Rizal mengetap bibir. Cepat2 dia kesat kembali air matanya. Orang lelaki tak boleh menangis kerana perkara sebegini. Bisik hati kecilnya. Dia capai kembali
hanset nya. Didail semula nombor Zahlia. Rizal mahu selesaikan semua persoalan yang bermain di fikirannya malam ini juga. Zahlia terus mengangkat telefon walaupun dia sudah tahu apa akibatnya.

" Kenapa awak buat macam ni kat saya?"

Rizal memulakan bicaranya. Nada suaranya agak perlahan.

" Awak nak sempurna macam mana lagi? Kita ni manusia biasa ja. Tak da yang sempurna. Melainkan nabi2 ja. Awak nak diri awak macam mana lagi?? Apa yang kurangnya. Saya tengok awak
ok ja. Awak tak ada hidung? Mata? Kaki tangan? Nak macam mana lagi? Awak nak jadi sebijik macam saidatina Aisyah isteri nabi, barulah nak kahwin dengan saya? Gitu? Kalau awak cakap tak sedia lagi, sampai bila nak bersedia?? Bila? Saya nak tanya awaklah kan. Kalau kahwin nanti, akan menjadi penghalangkah pada impian awak tu? Kenapa denga awak ni? Sebelum ni ok ja. Tak ada pula bunyi2 macam ni. Kenapa sekarang jadi macam ni pula?"

Zahlia nak menjawab. Tapi dia ambil jalan untuk berdiam diri saja. Badannya sedikit ketar kerana mendengar suara Rizal.

"....... Sempurna macam mana lagi yang awak nak? Kita sama2 belajar agama. Jika ada salah dan silap tu, sama2 lah tegur. Awak tegur saya, saya tegur awak. Itulah tugas suami isteri. Awak nak berikan yang terbaik untuk saya? Saya dah terima awak seadanya. Buruk baik pun, saya tetap akan kahwini awak. Saya tak kisah lah awak macam mana sekalipun! Hati ini dah sayang pada awak. Rupa ke, umur ke, apa ke tak penting dah bagi saya. Cukuplah bagi saya sedap mata memandang. Dah memadai bagi saya. Bila lagi awak nak bersedia?? Tahun depan? 2 tahun lagi? 3 tahun lagi? Atau tunggu saya mati dulu baru awak nak bersedia??"

Suara Rizal sudah sedikit meninggi. Marahnya mula menguasai diri. Ingin saja Zahlia memotong percakapan Rizal tadi. Dia tidak mahu Rizal mengatakan yang bukan2.

"....... Awak dah lupa masa mula2 saya taqdim awak dulu?? Apa yang awak cakapkan pada saya? Dah lupa ke atau memang sengaja buat2 lupa?? Saya tak paksa awak masa tu, bahkan saya bagi peluang kat awak untuk istikhoroh dulu. Kalau awak tak padam lagi mesej tu, awak bacalah balik apa yang awak pernah hantar kat saya dulu. Kalau dulu awak bagitau awal2 tak boleh terima saya lagi,kan senang. Saya pun tak payah susah2 nak taqdim siapa2!! Saya taqdim awak sebab saya nak kahwin cepat2. Saya tak mau bercinta lama2. Bercinta lepas kahwin baru nikmat! Sekarang awak buat perangai macam ni pula. Kenapa dengan awak ni? Saya betul2 kecewa dengan tindakan awak ni. Saya benar2 sedih dan terkilan. Awak mudah la cakap tunggu 1,2 tahun lagi untuk awak bersedia. Hati saya ni macam mana?? Nak letak di mana 'sayang' dan cinta' saya pada awak ni?! ............... Tak mengapa lah awak. Apa lagi yang saya mampu lakukan jika awak masih tak sudi dengan saya."

"Awak jangan cakap camtu. Saya tak pernah cakap pun tak sudi dengan awak...."

Percakapan Rizal di potong Zahlia. kali ini dia benar2 ingin menafikan kata2 Rizal tadi. Rizal pula lantas tak memberi peluang lagi kepada Zahlia untuk berkata2.

"....... Saya tak boleh teruskan hubungan ini. Saya tak mahu nanti tersilap langkah dalam bercinta. Biarlah saya simpan saja 'sayang' saya ini. Mungkin awak masih tak nampak kesungguhan saya ini. Saya sanggup balik Malaysia hanya kerana nak kahwini awak! Awak pun tau kan kuliah dah nak mula? Duit saya banyak dah habis..... Cakaplah dari awal2 masih tak sedia.... Janganlah buat saya begini. Saya juga punya perasaan... Walaupun saya ni lelaki, tapi hati seorang lelaki juga mampu untuk 'jatuhkan' air mata. Saya ada sesuatu nak berikan pada awak. Niat saya ni dah lama saya simpan. Walaupun tak jadi kahwin, saya tetap nak berikan benda yang saya niatkan ini pada awak. Kalau saya tak sempat nak bagi pun, mungkin mak dengan abah saya boleh berikan pada awak... Terima kasihlah kerana buat saya begini... Semoga awak berbahagia tak kira lah dengan sesiapa pun.... Akhir sekali saya nak pesan pada awak. Keputusan yang awak buat hari ini, awak jangan sesalkan kemudian hari nanti... Assalamualaikum."

Tup!! Rizal mematikan panggilan. Kali ini Rizal benar2 kecewa dengan keputusan Zahlia tadi. Hatinya hancur luluh mendengar kata2 Zahlia. Zahlia pula dari tadi lagi sudah berderai air matanya mendengar kata2 Rizal. Laju air matanya mengalir. Bukannya tiada sebab untuk dia buat keputusan sebegitu. Mungkin bagi Rizal alasan Zahlia itu alasan bodoh dan tak masuk akal. Sebab itu dia tak boleh terima. Bagi Rizal, Zahlia terlalu merendah diri sehinggakan menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Rizal terus merebahkan badannya ke katil. Tidak mahu diingatkan peristiwa singkat yang berlaku tadi. Zahlia pula masih berendam air mata. Berdosakah dia kerana menghancurkan hati insan yang benar2 menginginkannya? Zahlia membuka kembali
outbox dalam hanset nya. Ternyata dia masih belum padam mesej tersebut. Tertera perkataan......

"Wassalam awak. Saya dah buat solat istikhoroh dan saya dah fikir masak2. Saya sudi terima awak. Kalau boleh kita jangan berkawan lama2 ya......Saya tak suka kawan lama2 tanpa ada ikatan... "

Bertambah laju deraian air matanya bila dia membaca semula mesej yang pernah dihantarnya kepada Rizal dahulu...... Ingin saja dia menangis semahu2nya. Dia benar2 menyesal kerana perlakukan Rizal begitu... Zahlia akhirnya terlelap sambil matanya masih lagi berbaki air mata.

*********************************

Sikap Rizal mula berubah. Kalau dulu dia sentiasa ceria bersama keluarga dan kawan2nya, tapi kini dia lebih banyak diamkan diri. Sepatah Encik Azman bertanya, sepatah juga yang dibalasnya. Puan Halimah dan adik2nya juga mula menghidu perubahan diri Rizal. Dia juga sering menyendiri.

"Abang Long, bawa adik jalan2 naik motor petang ni?"

Tegur adik bongsunya sambil menarik2 lembut bajunya. Rizal tidak menunjukkan reaksi. Diam... Adiknya masih menarik2 bajunya. Kali ini agak kuat sedikit. Rizal mula menjeling adiknya itu.

"Pergi main jauh2...."

Balas Rizal serius. Adiknya terus lari mendapatkan puan Halimah. Rizal bersuara pula kepada maknya.

"Mak, saya tak jadi kahwin..."

Ujarnya ringkas. Rizal terus mencapai
helmet ARC dihujung sudut rumahnya. Dia sudah bersiap2 untuk keluar ke pekan. Motosikal Honda EX5 nya terus berlalu meninggalkan maknya yang masih terpinga2 dengan kata2nya tadi. Puan Halimah tidak sempat bertanya ke mana dia ingin pergi. Selalunya Rizal akan beritahu dahulu ke mana dia ingin pergi. Puan Halimah masih berdiri di muka pintu.

"Apahal dengan budak ni? Tiba2 ja kata tak jadi kahwin. Sebelum ni bukan main semangat lagi."

Bisik hati kecil puan Halimah. Sebetulnya puan Halimah tidak pernah lihat lagi bakal menantunya itu. Rizal juga tidak pernah menceritakan lebih2 tentang diri Zahlia pada puan Halimah. Puan Halimah pula tidak bertanya lebih. Encik Azman juga begitu. Mungkin Rizal nak kenalkan betul2 bila sudah jadi isterinya nanti. Rizal sudah sampai ke sebuah kedai. Kedai menjual barang2 kemas. Rupa2nya Rizal ingin hadiahkan sebentuk cincin pada Zahlia. Inilah benda yang sudah lama dia niat untuk berikan pada Zahlia. Saiz jari Zahlia, Rizal main agak2 saja. Selesai saja Rizal membeli cincin tersebut, dia bergegas pulang ke rumah. Dia amati kotak berisi cincin itu sungguh2.

" Aku cadang nak beli lambat lagi benda ni dan bagi pun masa kita kahwin nanti. Tapi bila kau dah buat macam ni, lebih baik aku bagi awal2. Lagipun benda ni dah lama aku niat nak bagi. Tak ada guna aku simpan lama2 niat aku ini sebab kau pun tak sedia lagi untuk berkahwin denganku...Tangguhkan perkahwinan seumpama tak sudi berkahwin denganku.... Aku ni lelaki, macam2 dugaan yang datang. Sebab tu aku tak mahu tangguhkan perkahwinan. Aku sanggup balik Malaysia walaupun kuliah dah nak mula. Hanya semata2 nak kahwin dengan kau, Zahlia...."

Getus hati kecilnya. Dia cepat2 masukkan kotak cincin itu ke dalam poket baju jaketnya. Rizal memandu motosikalnya dengan tenang. Walaupun dia begitu kecewa dengan keputusan Zahlia 2 minggu yang lepas, namun jauh di sudut hatinya gembira kerana akhirnya niat yang disimpan sekian lama itu akan tertunai jua. Gembira kerana dapat menghadiahkan sesuatu untuk gadis kesayangannya. Ketika Rizal sedang berhenti di perhentian lampu isyarat sambil menanti lampu merah bertukar hijau, tiba2 datang sebuah kereta yang gagal dikawal meluru menghampirinya. Rizal hanya sempat menoleh sedikit ke belakang waktu itu, tanpa mampu berbuat apa2. Duuuummm!!! Akhirnya tubuh Rizal tercampak jauh ke tengah jalan setelah dilanggar kereta tersebut.... Hentaman yang kuat itu menyebabkan Rizal mengalami luka teruk di bahagian dadanya. Dia masih lagi mampu untuk bangun. Namun datang pula kereta dari arah yang lain membahamnya dari belakang. Akhirnya tubuh Rizal terkulai layu di tengah2 persimpangan jalanraya. Tiada apa lagi yang mampu diucapkan melainkan terlantar sekujur tubuh yang tidak bergerak lagi...

****************************

Berkali2 Zahlia cuba menghubungi Rizal, namun tiada jawapan. Dia ingin meminta maaf kepada Rizal dengan apa yang pernah dia lakukan sebelum ini. Dia mula sedar kesilapannya itu. 'Kuasa' cintanya pada Rizal mengatasi segala perasaan kecamuk yang melandanya sebelum ini. Berpuluh mesej yang telah dihantarnya. Satu pun tiada balasan. Hati Zahlia mula di landa resah. Zahlia masih belum menyedari bahawa Rizal telah pergi meninggalkannya dan semua buat selama2nya. Kemalangan sebulan yang lepas telah meragut nyawa Rizal serta merta. Zahlia tak jemu2 menunggu untuk Rizal pula yang menghubunginya. Rizal juga pernah berjanji padanya untuk memberikan sesuatu. Yaaa. Rizal pasti akan menghubungiku. Dia takkan mungkiri janjinya. Hati Zahlia sedang bermain perasaan. Kini Zahlia tidak sabar2 lagi untuk mengajak Rizal melangsungkan perkahwinan. Sedia atau tidak itu tidak penting. Rizal ada untuk mengajarkan aku tentang ilmu rumah tangga dan macam2 lagi. Zahlia masih lagi bermain perasaannya. Dia kelihatan yakin kali ini. Tak sabar rasanya untuk dia menatap wajah lelaki yang dicintainya itu.

"Abang, masa orang kampung berikan baju jaket arwah pada kita dulu, saya dapati ada sesuatu dalamnya....Ini dia.."

Puan Halimah menunjukkan sesuatu pada suaminya. Kotak plastik yang berisi sebentuk cincin. Kotak itu kelihatan sudah pecah. Akibat kemalangan yang menimpa Rizal dahulu. Tapi cincin di dalamnya tidak cacat walau sedikit. Mungkin poket jaketnya dulu terselamat sedikit dari kesan pelanggaran kereta ketika itu. Encik Azman kehairanan mengapa cincin ini boleh berada dalam poket baju anaknya itu.

"Mungkin kot benda ini untuk Zahlia yang ingin dikahwininya tu, bang??"

Puan Halimah cuba mencerahkan keadaan. Suaminya memegang dagu kehairanan. Akhirnya mereka mula mendapat jawapannya. Puan Halimah baru menyedari ketika Rizal keluar tergesa2 dari rumah dahulu. Rupanya Rizal keluar pergi 'mencari' benda ini. Air mata puan Halimah menitis lagi bila terkenangkan peristiwa itu. Wajah anaknya itu masih lagi terngiang2 di fikirannya. Tapi puan Halimah terima takdir ini.

"Kita kena serahkan barang ini kepada Zahlia, bang. Benda ini milik Zahlia. Arwah anak kita tu memang nak bagi barang ini padanya. Sebab, masa hari kejadian dulu dia keluar rumah tergesa2. Patutlah perangainya berubah. Ni mesti sebab dia ada masalah dengan Zahlia...."

Puan Halimah cuba membuat andaian.

" Tapi macam mana kita nak bagi padanya sedangkan kita tak tahu nak hubunginya. Nombor telefon pun tak ada. Alamat lagi laaah."

Kata Encik Azman sambil melabuhkan punggungnya ke sofa. Puan Halimah lantas ke bilik arwah anaknya itu. Dibuka laci almari Rizal. Setelah agak lama mencari sesuatu, akhirnya puan Halimah terjumpa alamat rumah Zahlia pada satu lipatan kertas dan sepucuk surat yang ditulis sendiri oleh Rizal. Puan Halimah sekali lagi menitiskan airmata bila mengenangkan anaknya itu. Sekarang baru lah dia faham mengapa Rizal pernah berkata dahulu....
" Mak,saya tak jadi kahwin......". Surat yang dibacanya tadi menceritakan segala2nya...........

****************************

Zahlia sedang berkemas barang2nya untuk pulang semula ke Mesir.. Sudah sebulan lebih dia tidak dihubungi Rizal. Dia merasakan Rizal benar2 sudah benci dan melupakannya. Jadi dia pun mengambil keputusan untuk pulang semula ke Mesir. Tambahan pula kuliah sudah rancak berjalan. Dahulu dia pulang ke Malaysia pun kerana ingin berkahwin. Tapi kerana kesilapan dirinya sendiri, perkahwinannya ditangguhkan dahulu.....
Tiba2 sebuah kereta memasuki halaman rumahnya. Dia menjenguk ke tingkap untuk mengetahui siapa yang datang. Puan Halimah dan encik Azman sudah tercegat di depan pintu rumah. Daun pintu dibuka........

"Assalamualaikum, maaf yaa anak. Ni rumah Zahlia bte Kamaruddin ke?"

Soal puan Halimah. Zahlia menganggukkan kepala tanda membenarkan persoalan puan Halimah tadi.

"Eh, apa2 hal masuk lah dulu, pakcik, makcik.."

Pelawa Zahlia. Puan halimah dan encik Azman lantas masuk ke dalam rumah.

"Kami berdua ni mak dan abah Rizal. Kami datang ni ada hajat besar untuk ditunaikan..."

Kening Zahlia mula berkerut2 mendengar kata2 puan Halimah. Tidak lama kemudian mak Zahlia pula datang dari dapur. Puan Halimah dan encik Azman mengukir senyum sebagai membalas senyuman dari mak Zahlia. Dia duduk di samping Zahlia mendengar perbualan mereka.

"Zahlia, pergi buatkan air. Biar mak saja yang layan mak dan abah Rizal ni."

"Eh, takpa2.. Tak payah susah2.. Kami benar2 nak bercakap dengan Zahlia ni. "

Puan Halimah cepat2 memanggil Zahlia semula yang kelihatan sudah bangun untuk ke dapur.

"Rizal macam mana makcik, pakcik? Dia dah lama tak hubungi saya. Saya telefon dia berkali2 tak dapat. Dia sihat ke makcik?"

Soal Zahlia pada kedua orang tua Rizal. Dia masih lagi tidak mengetahui hal yang sebenar. Puan Halimah dan encik Azman mula menundukkan kepala. Rasa berat untuk mereka berdua khabarkan kepada Zahlia. Namun puan Halimah kuatkan juga hatinya...

"Sebenarnya begini Zahlia... Rizal dah sebulan lebih pergi meninggalkan kita. Dia kemalangan dalam perjalanan dari pekan nak balik ke rumah. Dia meninggal di tempat kejadian.."

Puan Halimah sebak ketika menceritakan hal yang sebenarnya pada Zahlia. Air matanya kelihatan mula turun dari kelopak mata. Encik Azman cuba tenangkan perasaan puan Halimah. Tanpa disedari, kelopak mata Zahlia juga sudah bergenang air mata.... Akhirnya gugur jua manik2 jernih itu dari kelopak matanya.

"Maafkan kami kerana tak beritahu pada Zahlia. Bukan kami tak mahu beritahu, tapi kami tak ada nombor untuk hubungi Zahlia. Alamat rumah Zahlia ni pun kami cari2 dalam laci almari arwah... Maafkan kami Zahlia.. Ni ada barang yang arwah ingin berikan pada Zahlia...."

Puan halimah menghulurkan barang2 tersebut iaitu kotak plastik yang sudah pecah yang berisi sebentuk cincin dan sepucuk surat. Zahlia menangis tak henti2. Dia memeluk erat tubuh ibunya. Puas ibunya cuba menenangkan Zahlia. Puan Halimah juga menangis kerana mengenangkan anaknya, Rizal.

******************************

Zahlia membelek2 cincin di jarinya itu. Cincin yang diberikan oleh Rizal kepadanya. Walaupun bukan Rizal sendiri yang memberikan kepadanya, hatinya tetap gembira menerima barang itu. Dia benar2 hargai barang tersebut. Rizal terkorban ketika kalut membelikan cincin ini untuknya. Kelopak matanya mula bergenang air mata. Hatinya begitu sedih dan menyesal dengan apa yang telah dia lakukan pada Rizal. Walaupun itu sudah ditakdirkan, tapi sesalannya itu akan tetap bersama dirinya. Cintanya pada Rizal masih menebal walaupun Rizal sudah tiada lagi. Impiannya untuk bersama Rizal hancur sama sekali. Yang tinggal hanyalah cinta dan kenangan indahnya ketika mengenali diri Rizal walaupun tak lama. Perlahan2 Zahlia membuka surat yang tak sempat dibacanya sebelum ini.

Zahlia,
Awak tahu tak betapa diri ini menyayangi awak?
Sejak mula saya melihat awak di markaz banat dulu, hati ini benar2 ingin mengenali awak.
Saya tak mudah untuk mengenali perempuan.
Tapi dengan dirimu, keinginan untuk mengenali perempuan hadir.
Awak istimewa dari yang lain.Saya suka dengan cara awak. Lemah lembut awak itu memikat hati ini.
Bila saya dapat tahu awak rupanya lebih tua dari saya, hati ini lagi suka. Sebab kata orang, orang lebih tua ni penyayang lebih.
Saya tak kisah semua itu. Bagi saya, awak dah sempurna pada pandangan saya.
Saya ingat lagi waktu saya taqdim awak dulu. Seminggu selepas itu barulah awak berikan jawapan.
Awak sudi terima saya dan sudi menjadi isteri saya. Awak sempat pesan tak mahu kawan2 lama2.
Yaaaa, saya juga begitu. Saya nak kahwin segera, sebab itu saya berani taqdim ustazah Mansurah.
Kalau saya tak mahu kahwin lagi, untuk apa saya taqdim awak kan?
Keluarga kita dah bagi. Saya sanggup balik Malaysia untuk perkahwinan kita dan menunaikan permintaan keluarga awak supaya kenduri diadakan di Malaysia.
Tapi akhirnya awak pula yang buat perangai disaat2 akhir.
Saya tak tahu kenapa. Awak nak tangguhkan sehingga 1 tahun atau 2 tahun lagi atas alasan masih tak bersedia.
Bukan saya nak memaksa awak, tapi alasan awak tu tak masuk akal. Dulu awak dah fikir elok2 dan dah sedia bergelar isteri.
Tapi sekarang apa dah jadi?? Kalau nak tangguh2 macam ini, tak ingin saya nak kenal mana2 perempuan.....
Lebih baik saya kenal perempuan setahun atau 2 tahun akan datang.Bukannya sekarang.
Saya sayang dan cintakan awak. Tapi saya tak mahu perasaan saya ni begitu lama bertapak dalam hati ini tanpa ada ikatan yang sah...........

''Perhatian kepada semua penumpang..........!"

Zahlia tersentak. Tumpuannya ketika membaca surat tadi dikejutkan oleh pramugari kapal terbang yang sedang menuju ke Mesir. Rupa2nya penerbangannya menaiki Egypt Air tak lama lagi akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo. Pramugari mula menyuruh semua penumpang memakai tali pinggang keselamatan kerana kapal terbang ingin mendarat. Zahlia cepat2 memakai tali pinggang keselamatan. Namun sebelum itu, sempat lagi untuk dia mengesat air mata yang menitis....................... SESAL SEBUAH CINTA....

- TAMAT-

*Pesanan pada semua, SESUATU NIKMAT ITU AKAN MENJADI LEBIH BERHARGA APABILA IA TELAH HILANG..... OLEH ITU HARGAILAH IA SELAGI MASIH ADA....

Maaaflah kalau bahasa aku tak cantik.. sapa2 yang pakar kritik,kritik laa.. aku baru belajar2 nak wat cerpen..

Nukilan : Penjejak Zaman....




12 October 2009

PERBANDINGAN ANTARA SOLAT DAN MANUSIA......

Sekadar gambar hiasan..


Assalamualaikum semua....

Entri kali ini ingin berbicara tentang solat. Perbandingan antara solat dan manusia. Yaaa.. Mungkin sesetengah kita tidak menyedari tentang hakikat ini. Solat dan manusia ada persamaannya. Dan kita akan cuba cungkil serba sedikit rahsia persamaan ini....

Jika dibandingkan solat itu dengan manusia, maka bagi solat itu ada solat zohir iaitu mengerjakan syarat, rukun, sunat ab'ad dan sunat hai ah. Maka syarat sah solat itu seperti nyawa. Jadi jika tiada nyawa, tentu manusia itu tidak akan hidup. Begitulah jua jika tidak ada syarat solat, tentulah tidak sah solat kita itu....

Dan rukun solat itu pula seperti kepala dan badan manusia. Jadi jika tidak ada rukun, tentulah tidak dinamakan solat. Begitulah jika tiada kepala dan badan, tentulah tidak dinamakan manusia.

Dan sunat ab'ad itu pula seperti anggota kaki, tangan dan lainnya. Jadi jika tiada anggota apalah faedah bagi seorang manusia itu.?? Begitulah jika tidak mengerjakan sunat ab'ad,apalah molek solat kita itu?? Tentulah tidak molek solat kita itu walaupon tidak membatalkan solat. Oleh itu janganlah kita suka2 meninggalkan sunat ab'ad ini.

Dan sunat hai ah itu pula seperti bulu perhiasan manusia itu sendiri. Misalnya rambut, bulu kening, bulu roma dan lainnya. Jadi jika kita tinggalkan dari mengerjakan perkara sunat hai ah ini, pastilah licin dan huduh solat kita itu. Dan pastinya kelihatan tidak molek kan? Oleh itu janganlah kita bermudah2 lagi dengan meninggalkan perkara sunat hai ah ini. Kerana dunia sekarang ini manusia begitu mementingkan perhiasan diri. Rambut dan bulu2 inilah yang mereka akan hiaskan bersungguh2 dan mengelokannya. Maka pada solat itu lebih aula untuk kita hias2kan dan elokannya dengan mengerjakan segala sunat2 hai ah....

Aku harapkan moga kawan2 semua dapat memahami serba sedikit tentang persamaan ini. Insya ALLAH akan datang aku ceritakan pula apakah dia sunat ab'ad dan hai ah......

9 October 2009

JOM SERTAI PAS! PAS FOR ALL !!!!!

Dua orang Tuan Guru yg cekal dlm menegakkan Islam di Malaysia





Assalamualaikum semua....


pertama skali aku nk mntak maaf bg depa yg kurang minat ngn politik ini...mngkin ada yg x suka kn aku tulis cmni...tp xpa..aku ttap nk kempen juga ampa sertai PAS....walaupon aku ni masih blajar d sini(mesir) dan xleh nk berpolitik tp itu bkn sbgai halangan aku nk tulis bab politik...sbb blog aku ni bkn utk org sni jaaa..org malaysia pon akn bca gak..


Aku mula kenali ngn PAS ni ktika zaman sek ren lagi..abah aku suka bwa blik surat khabar harakah ke rumah..aku pon amek bca laaa..jdi aku pon mula knali skit2 ttg politik kepartian ni...nk jd kn crita,trjadinya 'reformasi' oleh rkyat...krana DSAI di pecat oleh CHE DET..abah aku pon bgtau penerangan knp DSAI dipecat.CHE DET zalimi DSAI..hati kcik aku sdikit mmberontak..ni ka skap pemimpin UMNO???itu x cmpoq ngn depa dok hina nabi lgi tu...


thn 1999 plihan raya umum...msa tu aku bru darjah 6....penah aku ikut abah aku pergi ceramah politik(sg petani)..antaranya abg mad sabu kita la kn...aku ingat lg..msa tu nk ceramah pon di celah2 belakang bangunan kedai2 ja..hmm..ssah sungguh zaman tu nk ceramah pon..xda tmpat laa kot..tp aku pergi sat jaaa..tidoq ja yg lmanya.he3.


msa plihan rya 1999 tu PAS menang bnyk jugak laa kerusi parlimen..kedah hampir ditawan oleh PAS...krajaan BN hilang majoriti 2/3 d kedah....dan msa tu laa terengganu jatuh ke tangan PAS.dan kelantan masih kkal(sehingga skang)....


Masa aku di sek men plak,aku x syaghal sgt dh ngn politik ni..tp bila org tnya,'sokong mna?'..jwabnya PAS laaa kn?(apa punya soklan daaa)


tahun 2004 ada pilihan raya umum lg.masa tu aku di tingkatan 5(yayasan khairiah)....aku mula terjun kmbali ke dunia politik..kali ni aku benar2 serius utk terus dalam PAS..aku tlah di panggil oleh cikgu aku(cikgu kader,bodyguard ustaz taib azamuddin) utk bertugas di markaz kupang baling kedah...cikgu kader tepon umh aku..aku igt kn ada kesalahan besaq dh aku wat smpai dia tepon umh aku...rupa2nya nk sruh aku dtg ke kupang ngn segera krn di tugaskn jga markaz besar PAS baling itu..aku bgtau abah aku..boleh x ateh pi ni??abah aku cma kta..."jaga diri elok2"...simple dn padat....aku dok di sna slama 10 hari..aku d tugas kn jaga pintu pagar utama markaz..spaya tidak ada org yg diragui boleh masuk ke markaz dn curi maklumat parti..kalau depa nk masuk pon,mestilah kena tunjuk kad kuasa dari cawangan sekian2....rupa2nya jga pagar utama ni bhaya..kami pernah d nasihati jgn terlalu dkat ngn pintu pagar,tkut2 ada org yg x dikenali akn mengacu pisau atau bnda2 tjam yg len.Hati2!..Arahan di terima komanden!msa 10 hari tu jgak PAK LAH dtg ke kupang ngn menaiki helikopter....aku ngn kwan aku amek kesempatan yg ada ni p tgk majlis PAKLAH tu..aku sempat laa bersalaman ngn dia...masa plihn raya ni laa BN mnang besaq...


Bila aku habis SPM ja aku sambung pengajian kitab2 turath di Pondok Ustaz Awang Lanai,Parit Panjang(tempat semadinya syuhadak memali)..msa tu aku semakin dan terus serius bersama PAS...Aku penah berkawad unit amal,jambori amal(satu pgram utk melatih jatidiri sseorang.bnyak aktivitinya dilakukan d dlam hutan.syok ooo berkhemah ni.hehe) smpai peringkat negeri kedah...Yang paling syoknya..tok guru aku sendiri(Al Fadhil Tuan Guru Ustaz Abd Wahab b. Hasan.Ustaz Awang ni gelaran manja yg tlah di beri kn oleh Al Alim Al Allamah Tuan Guru Ustaz Umar Az zuhdi rhm.Pengasas pondok lanai)ialah YDP PAS Baling..Aku lagi bersemangat!!!bila tok guru sendiri org kuat PAS...dewan pemuda PAS kedah penah wat majlis "multaqo ulamak muda"di gurun.aku ngn bbrapa org kwan di arahkn prgi ke sana...termasuk la ustaz syauqi ibrahim(usuluddin kaherah.J.JIDDAN 3 thn berturut2)..dia antara rkan seperjuangan ktika di parit pnjang dlu..Aku smakin dlm mendalami apa itu PAS?..dan aku dah sdar knp aku perlu brada dlm perjuangan PAS!....



Boleh di kta kn setiap ceramah politik PAS aku pergi..walaupon agak jauh dan hujan..snggup p jugak..sbb nk dgr amanat dn penjelasn dri pimpinan atasan..boleh d katakn setiap pgram PAS aku pergi....Pondok aku pon slalu wat ceramah politik..kami pelajar2 pondok akn d tugaskn utk menampal poster2 ceramah2 politik....walaupon pnah kna 'ushar' ngn polis,kami wat 'kering' jaaa..(hehehe.padahal dlm hati tu risau jgk laa)

thn 2006 telah d adakan himpunan 15000 ribu pemuda PAS seluruh negara di kelantan..Aku bersama kontijen PAS baling menaiki 7 buah bas menuju ke klantan..dalam perjalanan ke sana,kami d tahan polis..tp xda pa pon..depa lpas kn kami lpas tu...itu antara kenangan manis aku bersama PAS..dpt jumpa pemuda2 PAS dri seluruh negeri d malaysia...

Pilihanrya umum yg bru sja lepas ni aku xleh berjuang dan curah bakti tenaga dh utk parti.sbb aku ada di mesir..tp aku ttap x lupa keadaan di malaysia..aku tepon mlsia utk tau perkembangan yg slanjut nya ttg parti...aku masih igt lg,ktika tu pgram SULAM.di bazar,kami tgh makn masa tu.ustz bazli(UNIC ).mengumumkn keputusan plihanrya..walaupon x rasmi,tp aku dh dpt rsa yg PAS boleh mnang besar...Rupa2 sungguh ngn izin ALLAH..kedah jtuh ke tngn PAS...perak plak MB dia PAS..dan klantan dri beza 1 kerusi trus BN klah truk(pdan muka).aku syukur sgt walaupon dok d sni....tringat kenangan ngn kwan2 msa jga markaz dn tmpal poster dulu..


Parti Islam Semalaysia (PAS)


thn lpas(2008),aku blik mlaysia........

dato' seri wan azizah ltak jawatn sbg MP Pematang Pauh..krn nk bg laluan kpd DSAI brtanding....msa tu aku ada kt bkit gantang,perak krn ada pgram bakti siswa anjuran plajar mesir yg blik cuti tnh air(pgram kuarga angkat)....

pilihnraya kcil permatang pauh smakin hampir..aku kna pergi jg k sna..dgn izin ALLAh..aku boleh jg ke pmatang pauh..lbih kurang 4 hari aku d sna shingga mlm umumnya kemenangan DSAI..walaupon DSAI keADILan,tp oleh krn ini arahan pemimpin atasan PAS supaya mmbantu PAKATAN RAKYAT,org PAS pon kna bntu la keADILan...TGNA pon trun pdang kempen...

ni kad ahli aku.ampa dah daftar jadi ahli ka belum??? cepat2 lah daftar.


itulah serba sedikit ttg kisah aku brsama PAS....Walaupon di dunia ini ada mcm2 jemaah islam..bkn brmkna PAS ngn mreka x sama prinsip perjuangan...dasar ttap sama..Al Quran,Hadis,Ijmak dan Qias..Cuma nma sja yg berlainan.....selagi mna PAS menjunjung Al Quran dan Sunnah,aku ttap akn berjuang bersama2 PAS smpai mati!(Ya Allah,tetapkanlah kami bersama jemaah yg berjuang ikhlas krn Mu..)..dan satu lagi aku nk pesan...walaupon BN x 'sekepala' ngn kita,jgn terlalu ekstrim bermusuh ngn depa...hukum org UMNO jd imam,sah kita ikut..klu org PAS yg jd imam skalipon dan kita x ska ngn imam PAS tu,x sah jgk kita ikut dia..kita jala..org len ttap sah..sbb kita sorg ja yg x suka kt imam PAS tu..jdi hati2 dlm mmbuat kenyataan..kita x lyak nk mnghukum org len,sbb kita ni pon x tera mana pon...


Akhir skali,aku nk kempen semua umat islam di malaysia khususnya..marilah bersama2 PAS utk meninggi kn kalimah ALLAH di bumi malaysia kita yg tercinta...PAS UNTUK SEMUA.....
mai ramai2 sertai PAS..yg mna x jadi ahli lg tu,isi borang cepat2 noh...
.


Jihad jalan kami,
mati syahid cita tertinggi kami...

TAKBIIR!!!!

4 October 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SAHABATKU IZLAN HALIK...

Assalamualaikum semua....

Entri kali ini aku tuju khas kepada seorang sahabat aku yang berada di Malaysia.

Izlan b. Halik

Dia baru saja melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya pagi tadi waktu Malaysia. Kami sama2 belajar dengan 1 guru. Maknanya rakan seperguruan lah kan?? Hehehehehehehe. Sama2 belajar di Yayasan Khairiah dan Pondok Ustaz Awang Lanai dulu. Sekarang dia dah bergelar suami orang. Aku bila lah lagi ek?? Apa2 pun aku doakan moga dia bahagia bersama isteri tercinta hingga bila2.... Bahagia dengan isteri,anak2 dan cucu cicitnya nanti. Ya ALLAH, berilah mereka kasih sayang agar mereka senantiasa bertaut hati mereka antara satu sama lain. Aku tak boleh pergi kendurinya kerana berada jauh di perantauan.

Selamat berbahagia Lan........

Lan bersama isteri tersayang... Moga bahagia Lan...


Gambar kami ketika zaman muda2 dulu. Hehehehehehe. Bujang lagi Lan masa ni...

Izlan b. Halik....

Bersama Lan ketika di Bukit Merah suatu masa dulu...

Jalan2 cari makan kedai Tom Yam..

Di Mator Jitra....

3 October 2009

SIAPA YANG MENYEMAI BENIH KEBENCIAN DAN PERMUSUHAN SEBENARNYA?? PMRAM atau ISMA??


Assalamualaikum semua...

Aku baru terbaca entri terbaru dari seorang sahabat aku tadi... Dia menyatakan kesedihannya dengan apa yang berlaku sekarang ini. Isu yang kian menjadi2 saat ini. Aku yang menetap di DPM Mansurah ini juga terasa bahangnya. Apatah lagi berlaku juga peristiwa yang memalukan di DPM Mansurah ini.

Aku begitu tertarik bila dia menyatakan kesedihannya. Antara ayatnya yang masih aku ingat,

"mengapa perlu menyemai kebencian dan permusuhan."

Aku tertanya2 di saat ini,siapakah yang sebenarnya menyemaikan benih2 kebencian dan permusuhan kala ini?? PMRAM atau ISMA sendiri?? PMRAM sudah wujud sejak zaman berzaman lagi. Sudah berapa generasi pemimpinnya silih berganti. Jasa dan pengorbanannya usah dikira lagi. Tak terbayar dengan mata wang. PMRAM wujud sebelum duta Malaysia ada lagi. ISMA?? Kalau tak silap aku tahun 1997 baru ditubuhkan(kalau salah tolong betulkan). Sekarang ini aku bukannya nak ceritakan tentang perpaduan ISLAM. Sebab aku tahu dan yakin, PMRAM,ISMA,NADI UMNO,ABIM atau sebagainya sudah tahu tentang perkara ini. Tapi yang aku nak cakap kan ini ialah tentang sikap kita! Sikap kita bila berhadapan dengan beberapa perkara. Bukanlah aku nak menyalahkan mana2 pihak secara pukul borong. Tetapi ada bukti dan fakta. Sama ada berlaku di BKAN atau DPMM sendiri. Aku yang berada di DPM Mansurah alami sendiri perkara ini. Yang berlaku di BKAN Terengganu baru2 ini, kamu boleh rujuk sendiri blog2 yang hangat membicarakan tentang isu ini.

Aku pula ingin menceritakan apa yang berlaku di bumi Mansurah ini pula. 'Penculikan secara terhormat' pun berlaku. Mengapa begini?? Aku nak tanya benar2 kepada ISMA Mansurah khususnya. Kenapa boleh jadi begini?? Kami bersama organisasi USMB DPMM telah bermesyuarat dan melakukan perjumpaan beberapa kali semata2 ingin memudahkan proses pengambilan pelajar2 baru qiroat ke Mansurah. Tapi yang menyedihkan bila sampai saja di Mansurah, kamu(ISMA Mansurah) mula menunjukkan belang kamu. Dan sekarang sememangnya kamu benar2 berani menunjukkan 'kebiadapan' kamu kepada kami(DPMM). Adakah kami hanya perlu berdiam diri dan melihat saja ia berlaku?? Oh tidak... Tidak sama sekali! Aku yang dilantik sebagai pengarah UNIT AMAL KAMSIS takkan membiarkan kamu meneruskan 'kebiadapan' kamu ini. Benar kami(UAK) katakan. Kami takkan biarkan sama sekali.

Yaa benar. Di dalam kelompok pelajar2 baru itu ada yang ISMA dari Malaysia lagi. Tapi bila mereka sampai di sini sahaja,perlulah 'membai'ah' kepimpinan pelajar di sini pula. Sedangkan kamu juga yang melaung2kan 'perpaduan atas nama ISLAM'. Tapi kamu juga yang melanggarnya. Bila kami bising sekarang ini,kamu mula memainkan selogan 'bersatu atas nama Islam'. Wah,memang manis ayat kamu itu. Sepatutnya kami(PMRAM) yang mengatakan kepada kamu(ISMA) sewaktu diawal penubuhan kamu di bumi Mesir ini. "Kenapa tak bersatu saja bersama kami?? Kenapa berdegil juga ingin berpecah belah bersama persatuan kamu itu??"

Jika kamu mengatakan tidak pernah membuahkan bibit2 perpecahan dengan kami,kenapa perlu adanya adegan 'penculikan terancang' ini?? Sehinggakan kepimpinan DPMM turun padang pun kamu masih tidak menghiraukan mereka?? Siapa yang kurang ajar di situ?? Jika benar kamu yang hebat melaung2kan 'marilah bersatu di atas nama ISLAM' itu,kamu tak sepatutnya 'menculik' pelajar2 baru semata2 ingin menghalalkan matlamat kamu itu??? 1 mesir sudah maklum bahawa peranan DPMM sejak dahulu lagi sememangnya bertindak sebagai 'DEWAN' menguruskan kebajikan pelajar2 baru. Tapi kamu dengan muka tak malu masih lagi ingin berkeras menegakkan 'benang yang basah'. Kenapa DPMM lagi berhak dengan pelajar2 baru?? Kerana kita ini di Mesir. Bukan di Malaysia. Yaaa,jika di Malaysia,kamu boleh gah dengan ISMA kamu. Tapi bila kita berada di sini,keadaan itu berubah. DPMM lebih diketahui wujudnya dengan 'mabahis'. Amnu Daulah lebih tahu siapa dia pengerusi DPMM daripada 'gabenor' ISMA di Mansurah ini! Data2 pelajar Malaysia di sini,telah di rekodkan oleh pengerusi sendiri dan pengerusi sendiri yang berurusan dengan pihak keselamatan di sini. Bukannya ISMA mahupun siapa2. Bukannya nak berbangga dengan 'nama' PMRAM. Tapi itulah hakikatnya. Tak boleh terimakah kenyataan ini?? Kerana apa tak boleh terima?? Kerana 'bodoh sombong' menguasai diri.!! Maaf aku cakapkan. Aku benar2 geram dengan apa yang telah berlaku di Mansurah kala ini. Sehinggakan kini,pelajar2 baru nak keluar rumah pun kami kena awasi. Sebab ISMA Mansurah bila2 masa saja akan 'menculik' mereka. Aku reka cerita kah?? Tidaaaak!! Ini realiti yang sedang berlaku sekarang ini di Mansurah. Sudah berlaku 'pergelutan' untuk menarik pelajar baru.

Jika benar pun kamu 'kelapaq' sangat dengan pelajar2 baru,biarlah pihak DPMM menguruskan dahulu urusan pengajian mereka. Kamu merasakan kamu juga mampu menguruskan mereka?? Kamu mampu juga kerana kamu 'Maliziy' seperti kami. Sedangkan pihak keselamatan tak pernah tahu bahawa kamu ini persatuan yang tidak di iktiraf! Cubalah sedar realiti ini. Kehidupan kita di sini tak sama di Malaysia. Sepatutnya ISMA Malaysia perlu menyatakan begini pada kamu semua sebelum datang ke Mesir ini,

"Kita di Mesir nanti ada satu persatuan yang akan menjaga pula kebajikan kita di sana iaitu PMRAM. Di sana nanti mereka pula mengambil berat tentang kita. Jadi atas dasar bersatu atas nama Islam,maka kami(ISMA Malaysia) inginkan supaya kamu 'membai'ah' pula kepimpinan di sana. Jangan berpecah belah."

Jika ayat ini yang disarankan kepada pelajar ISMA sebelum datang ke sini, aku percaya isu hangat yang sedang berlaku sekarang ini takkan terjadi. Bukan aku nak menyatakan PMRAM ini betul dan benar sentiasa. Ada kelemahan ia. Jadi kita yang nampak kelemahan ini,sama2lah perbaikikan. Tapi kamu??? Tetap dengan ISMA kamu dan akhirnya membantutkan urusan DPMM itu sendiri.

Aku bukannya nak bermusuh dengan ISMA Mansurah. Sebab mereka juga kawan2 aku. Bukannya aku tak kenal. Bahkan kami baik. Tapi bila dah jadi benda sebegini,aku tak boleh biarkan. Sekarang kamu pula menyatakan kesedihan kamu kerana sikap kamu sendiri. Siapa yang inginkan permusuhan?? Bukannya kamu tak tahu peranan DPMM(PMRAM) selama ini. Kamu nak 'menculik' mereka seolah2 kami ini hari2 menyakitkan jasad mereka. Menyakitkan hati mereka. Kamu masuk rumah kami dan 'mencuri' barang2 kami. Bila kami ingin ambil tindakan terhadap kamu, kamu pula meminta kasihan pada kami. Dan akhirnya nanti orang akan lihat bahawa kami sebagai tuan rumah inilah yang menzalimi kamu. Kamu inginkan begitukah??? Kamu2....
Sekarang tanyalah diri masing2........Siapakah yang menyemaikan benih2 kebencian dan permusuhan itu???

1 October 2009

SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR2 BARU QIROAT KE MANSURAH(DPMM).


Assalamualaikum semua.........

Entri kali ini aku ingin menceritakan sedikit pengalaman aku ketika mengambil pelajar2 baru qiroat Mansurah(DPMM).

Pada 30 hb. 9 2009 semalam,aku bersama kekuatan 26 anggota(lebih kurang) telah pergi ke Mator(Lapangan terbang) untuk misi membawa pulang dengan selamat lebih kurang 22 orang pelajar baru qiroat Mansurah(DPMM) ke tanah Jazirah Al Ward. Aku yang dilantik sebagai Adhoc perhubungan telah diamanahkan oleh ketua pengarah USMB DPMM, Ustaz Kader telah bergegas ke Mator seawal jam 10 pagi waktu tempatan(Mesir). Aku bersama2 8 AJK kecil bawah unit aku merangkap AJK UAK bertandang awal ke markaz untuk bersedia berlepas ke Mator.

Antara AJK yang hadir awal. Pak Din,Mie,Ket,Piduih dan Aku. Paan jurukamera.

Lebih kurang jam 10.15 pagi,kami memulakan perjalanan ke mator. Bas yang agak selesa menyenangkan sedikit keadaan kami sepanjang perjalanan.

Bismillah............ Kami memulakan perjalanan misi kami kali ini.

Kami bersama kekuatan lebih kurang 26 orang(termasuk serikandi Mansurah) telah memulakan perjalanan ke mator Kaherah. Setiap anggota yang telah terlatih ala2 komando(hehehe) bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan di mator nanti.

Alhamdulillah,kami telah selamat sampai ke mator.

Akhirnya lebih kurang 2 jam perjalanan,kami selamat sampai ke destinasi kami,iaitu mator Kaherah. Setiap anggota tidak menampakkan sebarang tanda2 keletihan. Dan seterusnya kami meneruskan lagi kemaraan kami ke terminal 2 untuk menerima dan membawa pulang pelajar2 baru dengan selamat ke Mansurah(DPMM).

Dalam bas mator untuk ke terminal 2.

Ketibaan kami di mator lebih awal dari jangkaan kerana ingin memastikan keadaan terkawal. Pelajar2 baru masih belum tiba dari transit terakhir mereka iaitu Bahrain. Kami menunggu dengan penuh sabar. Setiap anggota berbekalkan semangat yang jitu tidak gentar menghadapi sebarang kemungkin dari anasir2 asing. Asalkan mampu membawa pulang pelajar2 baru,itupun sudah membanggakan kami. Mereka dijangka tiba ke Mesir jam 130 tengahari.

Wajah2 anggota yang tetap mantain. Hehehehe. Sabar itu indah.

Lebih kurang jam 2 lebih penantian kami akhirnya berakhir apabila mereka(pelajar2 baru) selamat keluar dari mator. Lantas kami terus mengasingkan mereka untuk memudahkan kerja kami. Peranan serikandi kami ketika itu mencabar kerana kerja2 mengasingkan pelajar bukannya satu kerja yang mudah. Dengan bantuan anggota2 yang hadir,kami berjaya membawa pelajar2 baru ke tempat yang selamat. Sebelum itu,anggota tambahan dari pusat iaitu dari PMRAM sudah bersedia di mator. Mereka juga memainkan peranan sebagai pemerhati bagi segala gerak kerja kami. Disamping memberikan tunjuk ajar pada kami. Ketika memunggah barang2 pelajar baru,pihak polis mator mengarahkan kami supaya tidak menyulitkan keadaan di dalam mator. Ini kerana lambakan beg2 kargo dari mereka boleh menyukarkan perjalanan dalam mator. Lantas aku,setelah diarahkan oleh BP PMRAM yang hadir,mengarahkan ustaz Fathi untuk mengambil bas kami dari tempat ia parking terus datang ke terminal 2 untuk mengambil dan mengisi beg2 kargo pelajar dengan cepat. Untuk memudahkan segala gerak kerja. Ustaz Fathi tanpa membuang masa terus ke parking bas. Aku bersama anggota yang lain terus menunggu di mator sambil menjaga beg2 kargo dan menunggu arahan seterusnya dari ketua pengarah dan BP yang hadir. Serikandi yang hadir cuba memastikan pelajar2 baru dalam keadaan terkawal.

Kami sabar menunggu kehadiran bas kami untuk terus pulang ke Mansurah.

Setelah 10 minit menunggu,bas kami sampai. Kami,tanpa membuang masa terus memunggah beg2 kargo untuk terus masukkan ke dalam perut bas. Untuk memastikan keadaan pelajar2 baru terkawal,kami mengarahkan serikandi2 kami untuk membawa pelajar2 naik terus ke dalam bas. Dan kami terus melakukan kerja memunggah beg2 kargo.

Kerja2 memasukkan beg2 kargo ke dalam perut bas berjalan dengan lancar sambil diperhatikan polis mator.

Alhamdulillah,kami berjaya keluar dari mator Kaherah tanpa sebarang masalah. Kami meneruskan perjalanan pulang ke
'tanah air' kami iaitu di Jazirah Al Ward. Pelajar2 baru kelihatan letih. Dan kami juga begitu. Di atas bas kami mengambil peluang untuk berehat walaupun tidak sepenuhnya. Tuan pengarah mengarahkan supaya pelajar2 baru solat di perjalanan nanti. Dan kami berhenti di suatu tempat untuk memberi laluan kepada mereka solat jamak asar-zuhur. Peluang ini kami ambil untuk keluar dan bersiar2 sekitar masjid.

Rehat dulu pekena asob..... Hilangkan dahaga....

Lebih kurang setengah jam memberikan laluan kepada pelajar2 baru untuk solat,kami meneruskan lagi perjalanan kami ke Mansurah. Setelah 1 jam lebih perjalanan,kami akhirnya selamat sampai ke Mansurah. Kami bersyukur sangat2 kerana misi kami kali ini berjaya tanpa ada masalah yang menimpa. Lebih kurang jam 6 malam, kami selamat tiba di Mansurah. Ketibaan kami sememangnya telah dinantikan oleh sebilangan besar serikandi DPMM. Paluan kompang didendangkan. Kilauan lampu kamera bersinaran.

Sesi memindahkan barang2 ke markaz DPMM pula...

Walaupun letih di mator masih belum luput,kami tetap bersemangat jitu untuk melakukan gerak kerja seterusnya. Selepas dari itu kami berhenti seketika untuk solat maghrib dan jamuan makan(Lapoooooooooooooooo).

Muka masing2 dan letih... Ket wat muka toyaaaa.. Baru lepas makan...

Selepas rehat yang tak seberapa,arahan daripada ketua pengarah,mengarahkan kami menjadi mushrif untuk pelajar2 baru menuju ke rumah mushrifah masing2. Kami perlu menghantar mereka dahulu sebelum barang2 mereka di tauzik pula. Lebih kurang jam 9 malam,kami memulakan misi mengangkut barang2 untuk ditauzik ke rumah masing2. Terus terang aku katakan,aku benar2 letih disaat itu. Namun kerana tugas,aku teruskan juga. Dan aku sempat memberikan kata2 semangat kepada setiap anggota aku supaya dapat meneruskan lagi tugas ini. Jika mereka letih,aku juga letih.. Anggota2 yang lain juga letih... Sabar... Ada ganjaran disitu dari ALLAH..

Bergambar dahulu bersama ketua pengarah sebelum memulakan operasi tauzik barang2.

Masih mampu tersenyum walaupun letih menyelubungi.

Walaupun letih mengangkut barang2,namun ucapan 'terima kasih' dari ustazah sekurang2nya menghilangkan sedikit letih kami. Sekurang2nya ucapan terima kasih itu membuatkan kami ini rasa dihargai.. Setelah habis 1 perjalanan penghantaran barang2,kami perlu pulang ke markaz kerana masih ada baki barang2 yang lain. Ketika dalam perjalanan pulang ke markaz,seorang demi seorang anggota aku pulang ke rumah masing2. Kami masing2 sudah letih. Yaaaaa. Kami sudah letih. Aku juga letih. Ikutkan hati nak saja pulang terus ke rumah tanpa pulang dahulu ke markaz. Tapi kerana tugas yang masih tak selesai lagi,aku gagahkan jua badan ini. Sampai saja di markaz,mereka menegurku..."Haaaih,mana yang lain?"
Aku hanya diam saja. Tinggal aku dan Ustaz Rushdi saja pulang hingga ke markaz. Aku memang tak mampu nak meneruskan lagi. Aku hanya serahkan saja tugas pada Ustaz Farid bersama anggotanya pula. Masuk saja ke markaz,aku berbual sebentar bersama orang no 1 Mansurah iaitu Ustaz Amirul. Dia meminta aku dan anggota aku bersedia untuk menghadapi satu kemungkinan. Iaitu 'serangan' dari anasir asing. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Tanpa aku sedari,aku terlelap rupanya. Sedar saja,jam sudah menunjukkan pukul 1237 tengah malam. Markaz sudah mula kosong. Aku bersama mengantuk yang masih hebat menguasai diri bergegas pulang ke rumah seorang diri ditemani angin malam Mansurah. Aku gagahkan jua diri berjalan walaupun letih masih bersama aku ini. Sampai saja di rumah,terus aku labuhkan kepala di katil.....Ya ALLAH, aku pun tak tahu kenapa malam tadi aku benar2 letih sangat. Namun jutaan terima kasih aku ucapkan kepada anggota2 aku yang bertungkus lumus melakukan gerak kerja.. Tak lupa juga pada anggota serikandi DPMM. Akhirnya kita berjaya membawa pulang pelajar2 baru dengan selamat. Akhir sekali....Selamat datang kami ucapkan kepada semua pelajar2 baru qiroat Mansurah(DPMM)..