28 February 2010

Kerana berkat 'ALLAHU AKBAR!!!'




Assalamualaikum semua.

Entri kali ini ditulis kerana ingin menceritakan 1 kisah benar yang telah berlaku ke atas diriku pada awal pagi tadi(28 hb 2 2010). Aku dikejar oleh 2 ekor anjing! Kejadian berlaku pada jam sekitar pukul 2.40 pagi.

Aku gerak dari rumahku menuju ke bait Maqobir(rumah ustaz Jakfar) berseorangan masa itu. Hanya bertemankan sejuk malam bumi Mansurah. Keseorangan melalui lorong2 deretan bangunan rumah arab. Tujuan aku ke bait Maqobir kerana ingin pergi ke Mator(lapangan terbang) bersama ustaz Jakfar. Bila sampai saja di satu jalan ini, aku ternampak kelibat beberapa ekor anjing sedang berkeliaran bebas. Seperti sedia maklum bahawa anjing2 di Mesir ini tidak mengganggu orang sangat. Aku pun berjalan dengan slumbernya tepi kumpulan anjing itu. Tiba2 ada seekor anjing itu datang menghampiriku. Aku sedikit terkejut. Lama kelamaan semakin dekat. Bila anjing itu dah dekat sangat denganku, aku pun mula menunjukkan reaksi untuk bergerak laju. Ketika itulah anjing tersebut semakin laju menghampiriku sambil menyalak kecil.

Anjing tersebut mula menyalak2 kuat. Aku terus melarikan diri. Tapi apakan daya kerana aku berjubah dan berkain pelekat. Setakat mana sangat yang mampu untuk aku lajukan larianku. Seekor lagi anjing mula mengikut jejak langkah kawannya itu. 2 ekor anjing mula mengejarku, sambil kedua2nya menyalak2 ke arahku. Aku memang gelabah sangat masa itu. Oleh kerana aku berjubah ketika berlari, larianku tidaklah laju seperti kebiasaan. Tangan kananku mengangkat sedikit kain jubah untuk lajukan larian. Ketika berlari aku sempat menoleh ke belakang. Dan apa yang aku lihat kedua2 ekor anjing tersebut sememangnya hampir denganku. Tidak sampai 1 meter jarak 2 ekor anjing itu denganku. Perasaan aku ketika itu hanya Allah yang betapa gelabah dan panicnya aku. Aku berlari sambil menoleh ke belakang. Ketika kedua2 ekor anjing itu kejar ku sambil menyalak2 kuat, aku juga tidak ketinggalan menyergah kembali. Dua kali aku sergah sekuat2 hatiku. Aku rasa tak pernah lagi aku sergah sekuat itu.

Ketika itu aku mula ingat kembali pesan orang tua2 bahawa jika bertemu harimau di hutan jangan larikan diri. Tapi cuba lawan renung kembali. Bila teringatkan pesanan itu, aku mula mematikan langkah. Aku berada betul2 di hadapan dua ekor anjing tersebut. Kedua2nya masih tidak henti2 menyalak. Suara salakkan dan giginya yang tajam itu menggerunkan aku. Aku cuba juga berhadapan secara bersemuka dengan 2 ekor anjing itu. Mungkin kerana aku mematikan langkah dengan tiba2 sambil menyergah dengan sekuat2nya menyebabkan anjing2 tersebut juga berhenti. Tapi salakkannya makin kuat. Gigi2 yang tajam itu merisaukan aku. Aku cuba memberanikan diri. Kami berbalas2 salakkan dan sergahan. Kedua2 anjing itu menyalak ke arahku dan aku pula menyergah sekuat2 hati kepadanya.

Akhirnya aku tidak tahu untuk buat apa2 lagi, tiba2 aku menjerit laungan 'Allahu akbar' sekuat2 hatiku....... Dan terus kedua2 anjing tersebut berhenti menyalak. Aku terkejut dengan situasi itu. Alhamdulillah lafaz syukurku dalam hati. Akhirnya anjing2 tersebut kembali diam seperti biasa. Dan aku meneruskan langkahku ke bait Maqobir. Kadang2 aku menoleh kembali ke belakang takut2 anjing2 tersebut mengejarku lagi. Tapi tidak. Kedua2nya diam saja. Ketika dalam perjalanan meneruskan langkahku itu, tidak henti2 aku melafazkan syukur pada Allah. Perasaan yang tak dapat aku bayangkan ialah ketika anjing2 tersebut berada betul2 berhampiranku ketika aku melarikan diri. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaanku ketika itu. Bayangkanlah hanya tidak sampai 1 meter jarak kedua2 anjing tersebut ketika mengejarku... Tapi takku sangka dengan berkat laungan 'Allahu akbar' itu, Allah menenangkan kembali anjing2 itu.

Aku bersyukur!! Allahu robbi....... Ya Allah, sungguh tinggi kebesaranMu(Allahu akbar).... Ampuni dosa2ku ya Allah..........

20 February 2010

ILMU KALAM : Apa itu TANJIZI QADIM dan kaitannya dengan QADA dan QADAR????


Assalamualaikum semua.....

Entri kali ini ditulis bagi menjawab persoalan yang telah diajukan oleh saudari kita di shoutbox yang berbunyi, "assalamualaikum us..blh tak sy nk tnya psl ilmu tauhid. apa maksud tanjizi qadim dlm bab qada dan qadar...."

Minta maaf kerana lewat post entri ini. Kerana sibuk dengan kerja persatuan dan perlu kepada penelitian dahulu.


Pertamanya blog aku ini bukanlah blog soal jawab agama kerana aku bukanlah orang yang layak seperti tuan2 guru kita di sini (Mesir). Apa yang aku tulis dan nyatakan di blog aku selama ini sekadar apa yang aku tahu dan untuk berkongsi dengan kawan2 semua tentang pengalaman(aku) dan ilmu yang ada hanya sekadar cuma ini.... Aku cuba jawab juga(sekadar yang aku tahu) persoalan itu berdasarkan apa yang telah aku pelajari daripada guru2 ku samada di Malaysia atau di sini( Mesir). Jika di Malaysia, kitab aqidah atau kitab tauhid(yang membicarakan secara khusus tentang ilmu kalam) yang sempat aku menuntut dari guru2 ku hanya 5 buah saja. 3 daripadanya sempat aku khatamkan. Iaitu kitab Al Misbahul munir, Asasul i'tiqod dan Taqribul ikhwan. 2 daripadanya iaitu kitab syarah kepada matan Jauharatut tauhid tak sempat khatam kerana aku datang ke Mesir dan 1 lagi tak sempat khatam juga iaitu kitab sifat 20. Tapi alhamdulillah di Mesir, aku belajar semula kitab syarah kepada matan jauharatut tauhid kerana kitab tersebut menjadi sukatan pelajaranku di sini(kuliah usuluddin). Di samping itu juga aku sempat berguru dengan Tuan guru ustaz Al Amin Al Azhari iaitu kitab Al Aqoid adduriyah. Tapi sayang kerana tidak sempat khatamkan juga kerana tuan guru telah pulang ke Malaysia kerana sudah tamat pengajiannya di Universiti Al Azhar cawangan Mansurah di dalam kuliah usuluddin jabatan Aqidah dan falsafah.

Sebelum aku menjawab persoalan itu, sukalah aku kiranya menerangkan sedikit tentang apakah dia ilmu tauhid ini ataupun ilmu kalam.

Secara ringkasnya ilmu kalam ahlus sunnah wal jamaah ialah 1 ilmu yang telah dipelopori oleh 2 orang ulama hebat di zaman dahulu iaitu Imam Abu Hasan Al Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi.

Dan yang paling kita kenal ialah bila ilmu tauhid ini dikaitkan dengan sifat 20. Hakikatnya tauhid bukan saja berlegar2 pada sifat 20 ini saja. Ada lagi yang dipelajari di dalam ilmu tauhid ini antaranya perkara nubuwwah, sam'iyat dan malaikat.

Dan perlu diketahui bahawa 'sifat 20' yang membicarakan tentang sifat2 Allah itu bukanlah 20 saja dengan makna kata bahawa sifat2 Allah bukan 20 sahaja. Bahkan tidak terkira. Cumanya para ulamak membahaskan tentang sifat 20 ini untuk memudahkan kita iaitu para penuntut ilmu untuk memahaminya.

Dan jika kita melihat kepada kiraan dari sifat pertama iaitu wujud dan seterusnya, bukanlah bermakna sifat2 Allah itu berbilang2 nombornya. Cumanya kiraan ulamak tentang sifat pertama seperti wujud dan keduanya qidam dan ketiganya baqa dan seterusnya itu, adalah tertib pada bilangan dan sebutan saja yang telah dibuat oleh para ulamak untuk memudahkan kita penuntut ilmu ini.

Di dalam sifat 20 ini ada bahagian2nya iaitu sifat nafsiah, salbiah, ma'ani dan maknawiyah .

Di sini telah berlaku sedikit khilaf yang tidak membawa kepada khilaf yang 'besar'. Hanya khilaf dari sudut 'nak kira atau tidak' saja sifat maknawiyah.

Bagi Imam Abu Hasan Al Asy'ari, hanya mengira 13 sifat saja iaitu tidak termasuk sifat maknawiyah. Kerana bagi Imam Abu Hasan Al Asy'ari, sifat maknawiyah itu telah ada pada sifat ma'ani.

Dan berlainan pula bagi Imam Abu Mansur Al Maturidi. Dikira juga sifat maknawiyah yang 7 itu. Bila dicampur sebab itulah jadi 20. Qaul yang rojih di dalam ilmu kalam ini ialah 13 sifat. Tapi 20 sifat itu kerana qaul yang masyhur. Jadi tiada masalah kerana walaupun Imam Abu Hasan Al Asy'ari tidak mengira 7 lagi sifat maknawiyah itu, tapi dia tetap mengi'tiqodkan juga bahawa sifat2 maknawiyah itu ada. Cuma khilaf samada nak kira atau tidak saja.

Dan ilmu tauhid ini ialah 1 ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang yang mukallaf samada lelaki dan perempuan.

Perlu diketahui bahawa 3 ilmu fardhu ain yang wajib dipelajari ini ialah ilmu tauhid, feqah dan tasawuf. Bahkan untuk mengesahkan sesuatu ibadat itu perlulah mempelajari ilmu tauhid iaitu ilmu untuk mengenal Allah taala melalui sifat2nya. Apa gunanya lakukan ibadat begitu banyak sekalipun jika Tuhan yang mensyariatkan ibadat itu pun kita tidak kenal.

Kata matan Zubad,

"Awal2 yang wajib(perlu dipelajari) ke atas manusia itu, (ialah)mengenal Allah taala dengan seyakin2nya....."

Di dalam ilmu tauhid, tidak boleh bagi sesorang itu hanya percaya secara 'zhon' saja dengan sifat2 yang ada pada Allah taala itu. Wajib percaya secara yakin 100% dengan sifat2Nya.

Bahasa mudah fahamnya ialah perkara zhon ialah 70% percaya. Yakin pula 100% percaya. Perkara syak ialah 50-50% percaya.

Di dalam ilmu feqah, perkara zhon diterima pakai dan kadang2 syak juga diterima pakai. Tapi dalam ilmu tauhid, zhon tidak diterima pakai apatah lagi syak??. Maka kita wajib kena yakin 100%!!

Sebagai contoh, wajib percaya dengan yakin bahawa Allah taala ada sifat pekehendak. Tidak boleh hanya zhon saja dalam mempercayai sifat itu. Inilah ia perkara aqidah. Dititik beratkan sungguh2 oleh para ulamak. Oleh itu janganlah bermudah2 dengan perkara aqidah. Dan janganlah berasa bangga, alim dan hebat walaupun kita dah punyai ijazah apa sekalipun kalau ilmu aqidah yang menjadi syarat utama untuk sahkan ibadat pun kita masih tak tahu apa2. Ini(tidak tahu tentang ilmu kalam) berlaku pada sesetengah pelajar agama. Kena ambil muhim perkara ini.

Kita berbalik kepada soalan saudari Zulfa tadi... "Apa maksud tanjizi qadim di dalam bab qada dan qadar.."

Antara sifat2 ma'ani Allah taala ialah sifat irodah atau pekehendak(terjemahan oleh Al Alim Al Allamah Pak Da 'Eil).

Wajib di atas tiap2 mukallaf mengetahui dan mengaku putus bahawa Allah ada sifat pekehendak ini.

Apa yang membezakan kita dengan kaum Yahudi di dalam perkara aqidah??

Antaranya ialah mereka mengetahui tetapi tidak mengaku. Sebagai contoh, mereka tahu bahawa Sayiduna Nabi Muhammad ialah nabi akhir zaman. Tetapi mereka tidak akui kenabian Nabi.

Di dalam rukun iman yang 6 itu antaranya wajib mempercayai Nabi dan Rasul2 Allah. Jika tidak percaya dan akui 1 saja dari 6 rukun itu, maka kafir hukumnya. Ini terjadi kepada Yahudi dan Nasrani. Walaupun hakikatnya Yahudi dan Nasrani berasal dari agama samawi(langit) tapi oleh kerana mereka tidak mengakui kenabian Nabi Muhammad, maka mereka ini tergolong di dalam orang2 kafir.

Dan banyak lagi lah perkara2 yang mereka i'tiqodkan yang salah dari hukum dan syariat islam. Hanya agama islam saja yang Allah redho. Bersabit dengan ayat Al Quran yang terjemahannya begini,

"Sesungguhnya agama(yang Allah taala redho)di sisiNya ialah islam..."

Sifat pekehendak Allah taala adalah 1 sifat yang ada di zat Allah taala pada sedia kala lagi. Tidak ada mula dan akhirnya. Kerana barang(sesuatu) yang ada mula dan akhir ini ialah benda yang baharu(makhluk). Sebagai contoh, manusia.... Manusia ada mula dan akhirnya.. Dan makna sifat pekehendak ini juga ialah Allah berkemahuan sendiri tanpa dipaksa atau tersalah.

Dalil naqli (al quran) bagi sifat pekendak ini, Allah berfirman di dalam Al Quran dengan terjemahannya begini,

"Sesungguhnya perkataan kami(Allah) bagi sesuatu apabila kami menghendakinya hanya kami berkata jadi maka ia terus jadi."

Di dalam kita mempelajari berkenan sifat pekehendak ini, kita akan menjumpai '2 ta'luq' yang ada pada sifat pekehendak ini.

Apa itu ta'luq? Ta'luq dalam bahasa mudahnya ialah tugas. Ta'luq bagi sifat pekehendak hanya pada perkara mumkin saja. Tidak pada perkara wajib dan mustahil(aqal).

Apa itu perkara mumkin? Perkara mumkin ialah barang yang sah pada aqal akan ada dan tiadanya. Itu perkara mumkin. Ataupun, harus(boleh diterima oleh aqal) pada aqal bahawa Allah taala mengadakan dan meniadakan perkara mumkin ini. Seperti menghalang api dari membakar tubuh Nabi Ibrahim.

Sedangkan jika kita menilik kepada hukum adat bahawasanya wajib adat bagi api itu untuk membakar. Tapi pada hukum aqal, api itu harus saja bersifat membakar. Dalilnya ialah Nabi Allah Ibrahim tidak terbakar dijilat api.

Sebagai peringatan, ada baiknya dan sewajarnya sebelum kita mempelajari tentang sifat2 Allah, kita belajar dahulu bab hukum adat, aqal dan syara'. Ini semua untuk memudahkan kita dikemudian hari.

Kata setengah ulamak,

"Barangsiapa yang tidak tahu hukum aqal, maka dia seperti tiada aqal."



Kita masuk balik pada tajuk. Dengan sifat pekehendak inilah Allah taala menghendaki dan menentukan mumkin mutaqabilat (yang bergilir ganti) dengan sesetengah barang yang harus atas segala mumkin yang berlawanan yang tidak berhimpun di dalam 1 masa dan 1 tempat.

Sebagai contoh, Allah taala menentukan dengan warna putih, maka tinggallah segala warna yang lain. Dan Allah menentukan pihak kanan, maka tinggallah bagi pihak kiri. Dan Allah taala menentukan seseorang itu tinggi, maka tinggallah pendek. Apa yang semua terjadi di dalam dunia ini bukanlah kerana(Allah) terpaksa, tabiat atau semula jadi. Tetapi(apa yang semua terjadi di dalam dunia ini) kerana kehendak dari Allah taala. Dan itulah(berpihak, warna, ukuran,) dinamakan mumkin mutaqabilat daripada sesetengah barang yang harus berlaku di atas mumkin yang menghendaki oleh Allah dan menentukan Dia akan perkara mumkin itu dengan sifat pekehendakNya.

Allah tidak lalai dan tidak lupa mahupun terpaksa. Jika Allah lupa atau lalai, maka tiadalah makhluk ini. Kerana asal2 makhluk ini, tiada. Dengan kehendak Allah barulah ia(makhluk) ada(menjadi dalil aqli bagi kewujudan Allah). Semua ini(lalai,terpaksa,lupa, dan tabiat) merupakan mustahil bagi Allah.

2 ta'luq bagi sifat pekehendak yang disebutkan tadi ialah ta'luq suluhi qadim dan ta'luq tanjizi qadim.

Sebelum diterangkan lagi apakah maksudnya, sukalah untuk aku menceritakan tentang 'hubungkait' antara sifat pekehendak dengan sifat qudrat iaitu pekuasa(juga sifat ma'ani) yang ada pada Allah.

Sifat pekuasa juga adalah dari sifat2 Allah yang wajib kita tahu dan akui putus dalam diri kita dengan yakin 100%. Seperti sifat pekehendak, sifat pekuasa juga ada ta'luqnya. Sifat pekuasa juga ta'luq kepada perkara mumkin. Tidak pada perkara wajib dan mustahil. Ta'luq sifat pekuasa yang diketahui dengan jalan ijmal(tidak secara mendalam) ada 2. Iaitu ta'luq suluhi qadim dan tanjizi hadis. Dan mengetahui secara tafsil(mendalam) pula ada 8. Setengah pendapat ulamak mengatakan 7 saja. Tapi aku tak mahu huraikan lagi apa dia dari 8 ta'luq itu. Kita tumpu dulu pada bab pekehendak ini. InsyaAllah akan diterangkan pada entri akan datang..


Apakah dia ta'luq suluhi qadim?? Ta'luq suluhi qadim ialah patut dan padan(selayaknya) bagi Allah taala menghendaki dan menentukan apa2 perkara mumkin pada sedia kala lagi. Atau pun berpatutan bagi Allah taala menetapkan sesuatu mengikut kemahuannya seperti(contoh) patut dan padan(berpatutan) Allah menetapkan(berkehendak) bahawa Ahmad dilahirkan pada waktu malam atau siang pada sedia kala lagi. Mustahil sesuatu perkara itu berlaku tanpa kehendak dari Allah.

Patut dan padan(suluhi qadim) atas apa2 saja kehendak Allah taala ini pada sedia kala lagi. Bukan baharu atau hadis(perkara ada mula dan akhir). Sebagai contoh, ketetapan bahawa Ahmad dilahirkan pada malam hari itu, Allah dah berkehendak pada sedia kala lagi. Kehendak Allah taala itu bukan baru datang('aridhi).

Apakah dia ta'luq tanjizi qadim pula?? Ta'luq tanjizi qadim ialah berlaku atau diluluskan(perkara mumkin) pada sedia kala, Allah menentukan dan menghendaki dengan sesetengah mumkin daripada segala mumkinat yang tersebut tadi.

Perlu diketahui bahawa berlaku atau diluluskan(tanjizi qadim) itu hanya pada sesetengah mumkin sahaja.

Mudah fahamnya, kehendak Allah untuk Ahmad dilahirkan pada waktu malam sudah berlaku atau diluluskan (tanjizi qadim) pada sedia kala lagi.

Atau contoh lainnya, kehendak Allah itu patut dan padan(suluhi qadim) atas Ahmad ada anak pada umur 25 tahun. Kehendak(irodah) Allah untuk mengadakan atas Ahmad itu seorang anak pada umur Ahmad 25 tahun sejak sedia kala lagi(patut dan padan atau suluhi qadim). Kehendak Allah taala itu bukannya baru datang, tapi pada sedia kala lagi kehendak itu. Memang patut dan padan(suluhi qadim) bagi Allah taala berkehendak begitu.

Dan berlakunya atau diluluskan(tanjizi qadim) kehendak Allah untuk mengadakan atas Ahmad itu seorang anak pada umur Ahmad 25 tahun juga adalah pada sedia kala lagi. Tapi kenapa pada umur 25 tahun Ahmad baru ada anak? Pertamanya kita perlu tahu bahawa itu adalah kehendak Allah taala pada sedia kala lagi. Dan ketika umur 25 tahun barulah Ahmad ada anak, itu masuk pula dalam bab ta'luq bagi sifat qudrah iaitu ta'luq tanjizi hadis. Seperti yang aku katakan tadi bahawa sifat irodah dan qudrah ini ada hubungkaitnya. InsyaAllah jika ada umur aku ceritakan pula apa itu ta'luq bagi sifat qudrah.

Aku akui memang sedikit pening untuk memahami tentang ta'luq ini. Aku telah mendengar dari Tuan guru ustaz Al Amin Azhari ketika sedang bermuzakarah dengannya bahawa dia telah berkata,

"Nak bagi orang faham tentang ilmu kalam ini susah kalau kita hanya tulis di dalam blog saja. Ia memerlukan kepada pengajian depan2( bersila di depan guru).

Namun aku cuba kupaskan sedikit sekadar yang termampu. Selebihnya bergurulah dengan orang alim. Jika di Malayisa, Tok2 guru pondok masih ramai lagi. Carilah mereka sedaya mungkin. Nak seribu daya, tak mahu seribu dalih...


Seterusnya apa pula kaitannya sifat qudrah ini dengan qada dan qadar Allah?? Semestinya ada kena mengena.

Pertamanya, qada dan qadar Allah taala ini ialah salah 1 rukun dari 6 rukun iman. Jika kita ingkar atau tidak percaya dengan qada qadar Allah ini maka kafirlah hukumnya.

Kata setengah ulamak bahawasanya qada itu ialah ibarat dari sifat irodah dan ta'luq2nya.

Apa itu qada? Bahasa mudahnya ialah pelaksanaan.

Apakah pula qadar? Mudah fahamnya ialah sukatan.

Dan ia pula terbahagi kepada 2 bahagian. Yang pertamanya qada mubram dan keduanya qada mu'allaq.

Apakah dia qada mubram?? Ialah ketetapan atau ketentuan Allah pada sedia kala lagi dan tidak boleh dihalang atau disekat. Misalnya jodoh seseorang. Atau hala tuju keadaan seseorang.

Dan qada mu'allaq itu pula ialah ketentuan(di luh mahfuz) yang tidak semestinya berlaku dan boleh berubah dan bergantung(mua'llaq) pada sesuatu perkara. Misalnya berubah ketentuan itu kerana doa. Kita berdoa pada Allah moga Allah tetapkan kita ini berjaya. Atau kita ditambahkan umur kerana menghubungkan silaturrahim.

Tapi aku pernah mendengar dari Tuan guru ustaz Nazrul Al Qohiri bahawa beliau mendengar pula dari gurunya, dan telah berkata gurunya,

"Umur seseorang itu tidak ditambahkan, ini kerana sudah ketetapan oleh Allah atas seseorang itu untuk mati bila. Jadi bukan umurnya ditambah, tapi umurnya diberkati seolah2 seperti umur panjang."


Diceritakan lagi oleh tuan guru, seperti kisah Imam Nawawi. Imam Nawawi(Allah meredhoinya) walaupun wafat pada umur muda. Tapi keberkatan umurnya itu seperti dia hidup lama.

Tapi jika kita melihat di dalam kitab Muhimmah fi ilmi hadis, ada menceritakan tentang kisah seorang yang ditambahkan umurnya kerana menghubungkan kembali silaturrahim... Wallahu a'lam...



Dalam membicarakan tentang qada dan qadar ini memang susah. Kerana apa jadi susah?? Kerana manusia ini suka bertanya sehinggakan pada tempat yang tak perlu di persoalkan pun mereka sengaja persoalkan.

Dan 1 lagi, bab qada dan qadar ini masuk juga di dalam pengajian ilmu tasawuf. Lagi akan datang, aku akan ceritakan mengapa ia bersangkut paut dengan ilmu tasawuf.

Apa persoalan yang sering ditimbulkan oleh manusia??? Sebagai contoh, ada orang berkata begini, "Kalau aku dah ditakdirkan untuk masuk neraka, kenapa aku susah2 nak lakukan ibadat lagi?? Sebab akhirnya aku akan dimasukkan ke dalam neraka juga...Sia2 lah aku buat ibadat kalau camtu.."

Ataupun dia berkata begini, "Bukan kehendak aku untuk lakukan muksiat ini, tapi sudah ketentuan dan ketetapan dari Allah untuk Allah jadikan aku begini(lakukan muksiat)."

Sekali kita dengar ungkapan2 ini seperti seolah2 begitu hebat orang yang berbicara begini. Semua keadaan dia serahkan atau sandarkan pada Allah taala sehinggakan dalam perkara muksiat pun dia mengatakan bukan kehendak dia tapi kehendak dari Allah.. Tapi hakikatnya kalam2 orang seperti ini menunjukkan betapa dia jahil dalam perkara agama.

Sememangnya apa saja yang kita lakukan di dalam dunia ini kerana kehendak Allah. Sebab sebagai seorang manusia kita tak boleh memberi bekas(menetapkan sesuatu) pada sesuatu perkara. Hanya Allah taala saja yang memberi bekas. Kerana Allah taala yang ciptakan kita dan Dia jugalah yang mengawal segala pergerakan kita sehari- harian.

Namun dicelah2 itu kita kena TAHU bahawa kita ini ahlus sunnah wal jamaah! Kita bukanlah seperti firqah islam yang sesat dengan menyerahkan segala2nya kepada Allah sehinggakan di dalam perkara muksiat pun kita tidak menyalahkan diri sendiri, bahkan menyalahkan Allah taala atas sebab perkara muksiat yang kita lakukan.

Di dalam aqidah ahlus sunnah wal jamaah kita ini diberikan IKHTIAR!

Ikhtiar ini ialah pilihan yang Allah taala telah berikan kepada kita untuk mengubah sesuatu perkara itu jika ia bertentang dengan syariat islam. Bersabit dengan ayat Al Quran dengan terjemahan ia begini,

"....Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehinggala mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..."

Bukankah ini dalil bahawa Allah memberikan kita ini ikhtiar untuk memilih atau mengubah keadaan kita sendiri?? Jika kita ini sedang melakukan muksiat adakah kita ingin membiarkan selama2nya kita ini melakukan muksiat tanpa mengubahnya kepada taat pula??

Ataupun kita masih nak menyalahkan taqdir kerana muksiat yang kita lakukan itu? Jika sesiapa yang beri'tiqod begini(menyerahkan segala2nya tanpa usaha atau ikhtiar) maka salah i'tiqodnya.

Salah besar
bagi kita jika kita mengatakan begini, "Nak buat macamana, dah Allah taqdirkan aku camni(melakukan muksiat), sebab tu aku buat(muksiat kepada Allah)."

Sedangkan adakah kita tahu bahawa Allah dah tetapkan kita begitu(melakukan muksiat)??? Kita tak tahu hala tuju kita bagaimana. Jadi sebagai seorang hamba, maka wajib ke atas kita taat dengan suruhan Allah.

Sebagai contoh, Benar jodoh itu Allah dah tentukan. Tapi sebagai ahlus sunnah wal jamaah kita diberikan ikhtiar untuk memilih siapakah jodoh kita. Dengan cara kita berdoa dan mencari jodoh tersebut. Walaupun kita tak tahu dengan siapa kita akan dijodohkan.

Menjadi kesalahan orang kita hari ini ialah bila menyerahkan atau menyalahkan taqdir jika berlaku sesuatu yang salah di sisi syariat ke atas dirinya. Sedangkan Allah dan berikan pilihan untuk kita pilih samada nak kerjakan taat atau muksiat.

Sebagai hamba, kita tak sepatutnya mempersoal atau mempertikaikan sesuatu perkara yang telah kita lakukan sedangkan sebelum itu kita tak tahu pun kita akan lakukan.

Telah berkata Tuan guru ustaz Nazrul,

"Jika kita sudah tahu dan tengok di luh mahfuz bahawa kita akan melakukan muksiat kepada Allah pada sekian2 hari dan jam, maka kita wajib kena lakukan muksiat itu kerana kita dah tahu apa yang Allah taala telah suratkan pada kita. Bahkan mendapat pahala kerana kita telah lakukan perkara yang Allah taala sudah kehendakkan(sejak sedia kala) kepada kita itu"


Tapi hakikatnya mustahillah bagi seseorang itu boleh tahu tentang perkara tersebut(sebarang perkara yang telah ditulis di luh mahfuz). Misalnya seorang ditangkap kerana melakukan zina, dia menjawab, "Nak wat camna dah Allah taala taqdirkan aku lakukan zina ini." Ini ungkapan yang salah bagi seorang islam. Mengapa salah?? Kerana sebelum dia melakukan zina itu dia tidak tahu pun bahawa dia akan melakukan zina. Jadi apa yang perlu dia buat sebelum itu(melakukan zina)?? Ialah dia perlu mengelakkan daripada melakukan sebarang perkara yang boleh menjerumuskan dirinya kepada zina. Inilah(mengelak daripada melakukan zina) ikhtiar yang telah Allah berikan pada kita.

Disambung lagi oleh Tuan guru ustaz Nazrul ketika membahaskan tentang perkara ini,

"Orang yang kita tangkap berzina dan dia bagi alasan 'sudah taqdir ke atas aku untuk buat zina', ubatnya kita bagi penampar saja kat dia. Kalau dia marah kita balik sebab kita tampar dia, kita jawab balik 'nak buat camna, Allah dah taqdirkan aku tampar kau hari ini..."


Sepatutnya kita sebagai hamba yang tidak pernah tahu bagaimanakah jatuh bangun kita hari2 mendatang, kita tak boleh menyerahkan segala2nya pada taqdir tanpa ada ikhtiar sebagai seorang hamba.

Sekarang kita masuk pula pada bab tasawuf yang telah aku nyatakan di atas tadi.

Bagi ulamak sufi, ulamak, solihin, aulia dan lain2nya mereka tidak pernah mempertikaikan kerja atau kehendak Allah taala tentang sesuatu perkara yang sedang berlaku dan akan datang. Sebabnya kita takkan pernah tahu tentang hakikat itu(kehendak Allah terhadap kita untuk masa depan). Mereka(ulamak sufi, ulamak, solihin, aulia dan lain2nya) faham sungguh apakah itu konsep hamba dan Tuhannya. Mereka melakukan segala perintah Allah samada wajib atau sunat dengan keikhlasan hati. Tidak mengharapkan apa2 balasan. Yang mereka harapkan ialah Allah redho dengan kerja buat mereka.

Kalaulah mereka mengharapkan ganjaran syurga misalnya.. Adakah mereka akan dapat jika tuhan pemilik syurga itu tidak izinkan mereka masuk ke dalamnya???? Dan jika mereka harapkan supaya Allah taala tidak akan masukkan mereka ke dalam neraka, adakah mereka boleh jamin yang Allah taala tidak akan masukkan mereka ke dalam neraka?? Ini kerana semua itu(masuk ke syurga dan neraka) adalah perkara harus bagi Allah taala. Allah tidak dipaksa untuk memasukkan sesiapa pun ke dalam syurga atau neraka. Kerana terpaksa(digagahi) itu adalah mustahil bagi Allah taala.

Bukan bermakna salah untuk kita(berdoa) mengharapkan syurga Allah itu dan minta Allah jauhkan kita dari nerakanya. Tak salah pun bahkan dituntut untuk minta berdoa begitu pada Allah(minta dijauhkan dari neraka dan minta dimasukkan ke dalam syurga). Dan apa yang penting ialah kita yakin dengan janji Allah kerana Allah tidak menyalahi janjinya...

Cuba kita lihat pada konsep hamba dan tuannya. Seorang hamba akan buat saja apa2 kerja yang disuruh oleh tuannya. Kalau tuannya nak bagi gaji atau tidak, si hamba tadi tidak pernah pertikaikan. Bahkan dia sentiasa lakukan pekerjaan yang disuruh oleh tuannya itu. Bahkan berdosa dan tidak diterima solatnya bagi seorang hamba yang lari dari tuannya(penghulunya).

Telah berkata oleh guruku ketika membahaskan kitab Taqribul ikhwan,

"Cuba kita tengok pada hamba yang rajin buat kerja yang disuruh oleh tuannya, insyaAllah tuannya itu mungkin akan bagi anak daranya(untuk dijadikan isteri)." Point nya di sini ialah seorang hamba itu kalau dia buat sesuatu pekerjaan yang disuruh dengan rajin dan tak pernah pertikai, tak mustahil untuk tuannya itu memberikan ganjaran pada hamba itu tadi.

Seperti itu jugalah jika kita kerja di pejabat. Kalau kita rajin dan jujur dalam kerja kita, mungkin kita akan dinaikkan gaji atau bonus. Adakah sebelum itu kita sudah tahu dijanjikan untuk dinaikkan gaji??

Seperti itu jugalah kita dengan Allah taala(hamba dan Tuhannya). Jika kita ikhlas lakukan perkara taat kepada Allah taala tanpa mempertikaikan apa2, Allah taala akan ganjarkan kita dengan syurganya. Kerana apa?? Kerana Allah ada sifat pemurah(kepada semua manusia) dan sifat penyayang(kepada orang islam saja).

Itulah konsep hamba seperti mana golongan sufi, ulamak, aulia, solihin dan lain2 lagi faham. Tidak mengharapkan apa2 atau mempertikaikan apa2. Apa yang mereka lakukan ialah semata2 kerana Allah dan nak Allah redho kepada mereka. Adapun kita orang awam ini belum tentu lakukan perkara taat itu kerana Allah. Mungkin kerana riak, takabbur dan bermacam lagi sifat2 mazmumah. Na'uzubillahi min zalik....

Jika setiap perkara yang Allah taala telah timpakan ke atas kita ini, kita menyalahkan taqdir saja, untuk apa Allah jadikan iblis, syaitan dan nafsu dalam menggoda kita? Sebab kita dah diberikan ikhtiar untuk memilih jalan mana yang Allah redho dan tidak redho.

Saiyiduna Nabi Muhammad(selawat dan salam ke atas baginda) adalah a'zhom makhluqot(semulia2 makhluk). Dan baginda juga adalah manusia yang sudah tahu ke mana hujung pangkal baginda akhir nanti iaitu syurga paling tinggi di sisi Allah. Tapi adakah baginda tidak langsung melakukan ibadat??? Tidak, walaupun baginda sudah tahu bahawa baginda akan masuk ke syurga Allah paling tinggi tapi baginda tetap juga melakukan amal ibadat kepada Allah. Kerana apa?? Kerana rasa syukur baginda pada Allah.

Ada kisah tentang Nabi bersama Saiyidatina 'Aishah(Allah meredhoinya). Ketika itu Nabi sedang khusyuk beribadat kepada Allah. Nabi solat malam sampai bengkak2 kaki Nabi. Saiyidatuna Aishah menegur Nabi... "Kenapa kau ya Rasulalllah masih lakukan sebegini(amal ibadat) sedangkan kau sudah dijamin masuk syurga???" Apa jawab Nabi?? "Salahkah untuk aku menjadi hamba yang bersyukur?"

Itu jawapan dari seorang insan yang paling mulia dan telah dijamin masuk syurga yang paling tinggi di sisi Allah. Baginda, walaupun sudah dijamin masuk syurga tetap masih minta ampun pada Allah. Ada tak baginda mempertikaikan apa2 perkara?? Jika seorang manusia paling mulia pun boleh bersyukur dan masih minta ampun pada Allah apatah lagi kita yang hina dan banyak dosa ini????

Cuba lihat diri kita ini?? Yang masih tak tahu hujung pangkal kita, tapi dengan mudahnya menyalahkan taqdir sedangkan kita ada ikhtiar untuk merubah nasib kita sendiri. Jika kita benar2 faham konsep hamba dengan Tuhannya kita takkan persoal atau pertikaikan kehendak dan gerak kerja Allah yang sudah sedia kala lagi itu. Apa yang perlu kita buat ialah taat dan buat segala perintahNya tanpa banyak soal. Golongan yang suka banyak soal ini ialah golongan yahudi!!

Sebagai seorang mukallaf(laki dan perempuan), wajib ke atas kita mengetahui sifat irodah ini. Kerana ia memang ada sangkut paut dengan qada dan qadar Allah taala. Apatah lagi pada penuntut ilmu agama, lebih2 lagilah perlu tahu. Kita bukan saja perlu belajar tentang perkara yang fardhu ain saja. Tapi yang fardhu kifayah juga perlu(ada ketikanya ilmu fardhu kifayah boleh menjadi ilmu fardhu ain). Sebab kita sudah berada di maqam ta'lim. Jika orang2 kampung cukuplah bagi mereka melepasi ilmu fardhu ain ini(ilmu kalam, feqah, tasawuf). Tapi kita sebagai pelajar agama perlu belajar yang mendalam lagi(yang lagi mendalam dalam ilmu tauhid, feqah, tasawuf). Tugas kita bukan saja tuntut ilmu. Tetapi untuk memahamkan pula orang kampung atau masyarakat kita. Amat malu bagi Al Azhari jika perkara pokok ini tidak dapat fahamkan betul2 lagi. Menjadi kesalahan kita ialah bila kita lebih aulakan lagi ilmu fardhu kifayah. Bila tidak tahu ilmu fardhu ain mula lah gelabah dan rasa menyesal. Selepas itu bila orang kampung tanya dan kita tak tahu, mula lah buat 'bid'ah' dan menyesatkan orang kampung pula. Malu kah untuk menjawab 'tidak tahu' saja??? Kenapa malu?? Kerana kita ini pelajar agama di peringkat tinggi kan?? Jadi kalau tak boleh jawab kita akan rasa malu. Jadi kita cuba juga jawab walaupun tak tahu. Akhirnya kita sesat dan orang kampung pula telah disesatkan oleh kita. Na'uzubillahi minzalik

Kita adalah 'duta Al Azhar' untuk rakyat Malaysia. Sekarang ini perkara aqidah sudah mula orang pertikaikan. Jadi menjadi tanggungjawab kita untuk tahu. Bukannya fikir untuk kerja apa saja balik ke Malaysia nanti...

Aku sarankan kepada kawan2 semua, sebelum kita mempelajari ilmu aqidah ini. Kita perlu tahu apa itu hukum aqal, adat dan syara'. Jika di dalam kitab Al misbahul munir, hukum aqal, adat dan syara' ini dibahaskan pada awal kitab. Bila kita dah faham betul2 tentang hukum aqal, adat dan syara', maka bolehlah untuk kita mempelajari tentang sifat2 Allah. Jika tidak nanti kita akan bertambah pening dan akhirnya mula lah zhon atau syak dengan sifat2 Allah ini. Allaaaah, minta jauh lah kita semua dari semua ini...

Akhir sekali aku mohon maaf jika masih tak jelas lagi dengan sedikit kupasan aku ini. Ada baiknya jika kawan2 berguru lagi dengan orang alim... Ingatlah, ilmu itu diangkat oleh Allah dengan mematikan alim ulamak. Cukuplah sekarang ini orang menghina ulamak, janganlah kita pula tidak menghargai ulamak.

Jika ada salah silap tolong perbetulkan. Itu yang aku harap2kan sangat.........


Rujukan ;

- Kitab Asasul i'tiqod
- Kitab Jauharatut tauhid
- Kitab Risalah al misbahul munir fi ma'rifatillahil qadir
- Kitab Aqidatul muslim
- Kitab Muhimmah fi ilmi hadis
- Kitab Al 'aqoid adduriyah

16 February 2010

BARAKALLAHU LAKUMA... MOHAMAD DAN TENGKU NUR AQILAH...

Assalamualaikum semua.....

Majlis perkahwinan lagi..... Semalam(15 hb 2) kami geng Mansurah telah menghadiri 1 majlis perkahwinan seorang rakan kami iaitu Mohamad(Usuluddin Mansurah) yangt telah selamat menjadi suami kepada Tengku Nur Aqilah(Perubatan Mansurah) di Masjid Salam, Hayyul Asyir, Kaherah. Majlis akad nikah telah disempurnakan sendiri oleh bapa mertua Mohamad. Kami menaiki van dari Mansurah seawal pagi, namun tak sempat juga untuk melihat majlis akad nikah yang berlangsung seawal jam 9 pagi. Maklumlah perjalanan dari Mansurah ke Kaherah mengambil masa 2 jam lebih. Walaubagaimanapun kami tetap gembira dengan perkahwinan Mohamad. Pada hari yang sama telah berlangsung juga majlis pernikahan orang kampungku iaitu saudari Sharifah Syahierah dengan ustaz pilihan hatinya. Apa yang menariknya ialah sudah 3 orang kawan2ku melangsungkan perkahwinan mereka dalam bulan 2 ini. Bermula dengan ustaz Kader, Mohammad dan Sharifah Syahierah. Dan yang menarik lagi bila perkahwinan ini berlaku dikalangan ustaz dan pelajar perubatan. Ustaz Kader(kuliah bahasa arab Mansurah) dengan zaujah(kuliah perubatan Mansurah), Mohamad(kuliah Usuluddin Mansurah) dengan zaujah(kuliah perubatan Mansurah) dan Sharifah Syahierah(kuliah perubatan Kaherah) dengan zauj(kuliah Syariah Damanhur). Majlis perkahwinan seorang lagi kawanku(Sharifah Syahierah) di rumah negeri Perak, tidak sempat pergi kerana van ingin pulang awal ke Mansurah. Apa2 pun aku mendoakan mereka sentiasa diberkati dan di dalam rahmat Allah. Aku tumpang gembira dengan majlis perkahwinan kawan2ku ini. Doakan aku pula melangsungkan perkahwinan di bumi Mesir ini. Tak dapat nikah di Mesir pun, kalau dapat ustazah Mesir pun tak pa dah. Barakallahu lakum wa barakah alaikum............



BARAKALLAHU LAKUM........

13 February 2010

HANYA MENUNGGU SAAT-SAAT TENTERA PANJI HITAM DARI TIMUR TIBA......(Hayati betul2 artikel ini)




*Artikel ini diambil dari blog
: King of the East



P
erkhabaran yang telah disampaikan kepada kita menunjukkan "makhluk perosak" yang yang bakal menghancurkan muka bumi ini amat merbahaya, buas dan rakus seumpama haiwan liar. Mereka memakan apa sahaja yang dijumpai termasuklah bukit bukau dan gunung ganang. Melakukan keganasan dan kemusnahan seolah-olah mereka itu makhluk gergasi yang cukup menggerunkan. Mereka akan berduyun-duyun (gambaran: terlalu banyak) meluru dari segenap tempat yang tinggi. Melakukan kerosakan demi kerosakan ke atas muka bumi ini. Tidak pula ada sebarang cerita tentang kebaikan mereka.

Tiada siapa yang berupaya menghalang apa lagi untuk menghapuskan mereka. Walaupun seorang maharaja yang gagah perkasa serta mempunyai bilangan tentera yang ramai (Zulkarnain, seorang raja yang mempunyai kerajaan besar dari barat hingga ke timur. Memerintah satu pertiga bumi).

Apakah kerana terlalu ramainya bilangan mereka atau kerana sifat ganas yang mereka miliki menghalang Zulkarnain menghancurkan manusia perosak ini? Adakah mereka ini amat kuat dan "sakti" sehingga tidak terkalahkan? Tidak !! Sememangnya Allah telah menetapkan sedemikian. Begitu juga Dajjal, tiada siapa yang mampu membunuhnya melainkan Nabi Isa as.

Makhluk perosak ini dikatakan akan meminum air danau yang dijumpai dalam laluannya sehingga kering. Sementara itu, untuk menghindari dari kekejaman makhluk ini, orang-orang yang beriman dan taat terpaksa menyelamatkan diri dibukit-bukit yang tinggi. (Saya akan huraikan maksud tersembunyi dari maksud hadis tersebut di post-post akan datang, insyaallah).


Apakah yang kita dapat bayangkan jika kita mendengar khabar sebegitu? Tentunya terlintas difikiran kita wajah-wajah hodoh dan menjijikkan, bentuk tubuh badan yang tentunya tidak menarik serta meloyakan (pernah saksikan filen-filem allien?) dan perlakuan mereka pula semestinya amat menakutkan. Nota: Ada sebab tertentu kenapa filem-filem allien direka dan dipopularkan.

Bagaimana pula jika kita diberitahu bahawa makhluk ini cukup mempesonakan, segak dan jelita. Apa reaksi kita? Adakah kita akan percaya bahawa makhluk yang dikatakan "perosak" ini adalah manusia yang berwajah tampan dan bergaya, bijak dan glamour. Pastinya kita menggeleng-geleng kepala kerana tidak masuk akal.


Walaupun pada peringkat awalnya kita mengandaikan makhluk perosak ini adalah makhluk yang amat di geruni oleh seluruh manusia pada akhir zaman, namun hasil kajian para pemikir masa kini menemui fakta sebaliknya. Makhluk ini telah lama menguasai dunia dan sudah sekian lama pula melakukan pelbagai kerosakan yang dahsyat ke atas muka bumi tanpa kita sedari. Atas alasan kemodenan dan tamadun.


Mereka berada ditiap-tiap tempat yang tinggi (?) dan berduyun-duyun turun menguasai bukit dan lurah. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan tiap-tiap tempat ? Bermaksud semua, segenap tempat yang tinggi adalah milik mereka. Siapakah mereka yang bermukim di setiap tempat yang tinggi? Memang benar mereka berada di kedudukan yang tinggi ketika ini. Ketinggian yang dimaksudkan ialah kekuasaan ekonomi, meneraju pusat pendidikan tinggi, bernegara maju dan berpengaruh, ketinggian taraf hidup, menguasai teknologi dan kejuruteran yang hebat dan yang paling penting ialah mendapat pengiktirafan dan sanjungan penduduk dunia. Apa pula maksud "meluru turun"?

Malah mereka juga adalah super power. Amat gagah dan berkuasa, tiada siapa yang mampu menghalangnya. Sebenarnya mereka adalah pemangsa dan kita semua telah pun menjadi mangsa makhluk ini sejak zaman penjajahan. Selama ini kita gagal mengenali mereka atas sifat luaran mereka yang amat segak dan menawan, penuh gaya. Sehingga kita tidak terlintas bahawa hakikatnya merekalah makhluk perosak yang dimaksudkan dalam nas.


Saya percaya ada sesuatu yang disembunyikan dalam perkhabaran yang disampaikan kepada kita mengenai makhluk ini. Mungkin ia menjadi satu keperluan untuk menguji keimanan disamping membolehkan segala yang telah ditetapkan itu berlaku seadanya.



Jika manusia tahu dan kenal akan makhluk ini, ia tidak lagi menjadi ujian kepada mereka kerana masing-masing akan kembali kepada agama selepas tanda akhir zaman itu nyata. Itu merupakan hikmah kenapa hanya sedikit maklumat sahaja yang disampaikan. Sedikit pula hamba Allah yang menyedarinya. Amat sedikit yang terselamat kerana bukan mudah untuk menjaga iman pada masa fitnah menguasai seluruh kehidupan. Tidak salah jika kita terus berfikir untuk mengetahui rahsia ini kerana ia penting untuk kita melihat kebenaran disamping dapat menghidu kepalsuan. Tanpa kekuhuhan iman, manusia akan terjerumus ke dalam gaung yang amat licin dan curam, tentunya amat sukar untuk kembali lagi melainkan mendapat kurnia rahmat dan pertolongan dari Allah.
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam baraapi”. (Riwayat Tirmizi)
Kebanyakan manusia masih mendakwa mereka adalah orang beriman, sedangkan mereka telah menjadi hamba kepada makhluk perosak ini dengan menerima cara hidup, sistem pendidikan dan sistem pemerintahan yang mereka anjurkan (sekular).


Mendiamkan diri membisu seribu bahasa ketika melihat kerosakan agama yang berlaku di depan mata (kerosakan akhlak, sosial dan budi). Sekiranya kita tidak terasa menderita kepayahan, kepahitan dan kesakitan memelihara agama, adakah kita masih menganggap diri kita "orang beriman"?
Sayangnya para ulama solihin membawa diri ke gunung dan gua (menyisih diri) kerana tidak sanggup melihat kerosakan yang berlaku dan yang tinggal hanyalah ulama fasikin yang lantang menyokong sistem Yakjuj dan Makjuj ini (sistem Dajjal?).


Dalam kisah Zulkarnain ada dinyatakan makhluk ini telah dihalang oleh seorang raja yang soleh dan diredhai Allah dengan bembuat benteng (tembok) antara dua gunung. Yang jelasnya mereka berada di utara dunia dikawasan Rusia sekarang. Mereka tidak keluar dari lobang yang dikorek pada tembok tersebut tetapi turun dari "tiap-tiap tempat yang tinggi" . Inilah rahsia yang cuba hendak disampaikan oleh Allah SWT. Jika mereka boleh turun dari atas gunung, kenapa mereka perlu mengorek lubang? Adalah jelas, ia hanya bahasa kiasan yang memerlukan daya fikir dan kajian mendalam disamping mengharapkan hidayah dari Allah untuk merungkaikannya.



“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj & Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-96



“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi,
“Negeri” adalah Baitul-Maqdis,
“Yakjuj dan Makjuj” adalah Yahudi (Khazars), dan
“Meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Yakjuj dan Makjuj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.
dipetik dari artikel Imran Hosein.

Saya sependapat dengan Syeikh Imran Hosein dalam huraiannya mengenai "tempat-tempat yang tinggi" itu. Maksudnya ialah "kekuasaan", bukannya permukaan bumi. Mereka mempunyai kekuatan dan peralatan serta kepandaian dalam semua bidang (maksud kepada: tiap-tiap tempat) yang mana jauh lebih baik dari bangsa-bangsa lain. Melaluinya mereka menjelajah dan menjajah, menjarah dunia sesuka hati mereka. Ia didorong oleh "tekanan" kepada keperluan bahan mentah untuk industri-industri pembuatan dalam negara mereka, mengganas menyerang dan menawan negara-negara yang lebih lemah, segala hasil mahsul diangkut pulang ke negara asal. Merekalah makhluk yang melakukan banyak kerosakan di akhir zaman. Yakjuj dan Makjuj atau Gog and Land of Magog.

Bertebaranlah mereka diseluruh pelusuk bumi. Menyerang, membunuh dan merampas hasil bumi bangsa lain semahunya. Agak unik dan anih, mereka bangkit serentak melakukan kerosakan ini. Bangsa penjajah ini ialah kaum manusia yang menghuni utara dunia dari arah sebelah barat. Inilah maksud ayat di atas melalui perkataan "meluru turun".

Sebetulnya kesemua bangsa-bangsa di utara dunia ini adalah penakluk dan perampas hakmilik bangsa-bangsa yang lain. Melakukan penindasan dan pelbagai kezaliman. Siapakah sebenarnya mereka? Dari catatan sejarah, bangsa-bangsa ini ialah German, Perancis, Belanda, Italy, Inggeris, Sepanyol dan Russia. Sebelum mereka ini, bangsa monggol juga dari sebelah utara dunia telah mengganas, merompak dan memusnahkan kerajaan-kerajaan di selatan. Akhir sekali Russia menjajah benua tengah termasuk Khurasan sebuah penempatan Islam yang luas pada satu ketika dahulu. Dari keseluruhan kaum perosak ini, hanya bangsa Inggeris yang paling handal kerana berjaya menduduki bumi Amerika, Australia dan New Zealand sehingga ke hari ini - melakukan penghapusan etnik peribumi. Secara kebetulan pula, bangsa China dan Jepun juga dari utara dunia, mempunyai karektor yang hampir sama.

Mereka "meluru" secara berasingan, bersaing antara satu sama lain, berperang sesama mereka, tetapi mempunyai matlamat yang satu iaitu menawan dan merosakkan muka bumi ini. Agama bukanlah menjadi keutamaan lagi dan mereka berkiblatkan kepada kekayaan dan kuasa. Walaupun mereka berbeza bangsa dan negara, asalnya mereka dari rumpun yang satu iaitu berakar asal dari induk Yakjuj dan Makjuj, bangsa Khazars. Kaum inilah yang dihalang oleh Zulkarnain satu masa dulu. Bangsa khazars ini menyusup ke dalam semua bangsa-bangsa purba di Eropah (bercampur gaul sehingga hari kiamat) dan membiak sebagai masyarakat baru yang dipanggil Kesatuan Eropah pada hari ini. Bangsa Khazars inilah yang dibentengi oleh tembok Zulkarnain disebelah utara Georgia sekarang. Hampir semua pemimpin dan pembesar di Eropah ada kaitan darah dengan kaum ini.


Kaum Khazars ini bukanlah Bani Israel sepertimana yang kita faham selama ini. Mereka adalah kelompok yang berasingan dan tiada kaitan dengan bangsa Yahudi (keturunan Nabi Ishaq). Mereka mengambil agama Yahudi sebagai agama anutan bangsa mereka atas sebab politik semata-mata dengan andaian Islam di selatan dan Kristian di Barat tidak akan memusnahkan mereka kerana Yahudi adalah agama Nabi Musa yang diiktiraf oleh kedua-dua agama samawi itu. Mereka asalnya penganut Pagan yang tegar. Akhirnya mereka kembali kepada penyembahan pagan secara berselindung disebalik agama Yahudi. Mereka meninggalkan ajaran nabi Musa as dengan menjadikan kitab ciptaan mereka sendiri (Thalmud) sebagai "Kitab Suci". Disusuli dengan ajaran "zionis" yang memberi kelebihan dan keutamaan kepada kaum Yahudi sebagai bangsa pilihan tuhan. 90 peratus daripada Yahudi di dunia sekarang adalah Yahudi Khazars ini.

Ramai kalangan kaum bani Israel (keturunan nabi Ishaq dan Yakkob) di bunuh dan yang paling masyhur ialah peristiwa penghapusan Yahudi oleh Hitler (holocaust). Ia sebenarnya pembunuhan beramai-ramai itu dirancang dan diatur oleh Yahudi Khazars atau Zion ini untuk menghapuskan bani Ishaq (Yahudi sebenar). Kini mereka pula mengaku sebagai bani Israel (anak-anak Yaakob). Sikap dan perangai mereka sememangnya serasi dan seiring dengan watak jahat malah lebih jahat dari Bani Israel, bangsa yang di kutuk oleh Nabi-Nabi mereka sendiri kerana kejahatan dan kesombongan mereka.


Dalam soal ini puak Khazars bimbang kekuasaan akan hilang dari mereka dan beralih ke tangan bani Ishaq, lagi pun kebanyakan orang Yahudi bani Ishaq ini tidak begitu bersetuju dengan dasar zionis yang diketengahkan oleh bangsa Khazars. Terutama kumpulan Yahudi orthodox, Holocaust ini juga digunakan sebagai propaganda mereka untuk mendapat simpati dunia. Hitler adalah keturunan dari Yahudi Khazars.

Bangsa yang suka melakukan onar ini amat mementingkan diri dan kaumnya. Merekalah yang akan membantu (sedang berlaku sekarang) Dajjal kerana Dajjal juga adalah dari keturunan Yahudi dan mempunyai kuasa sihir yang hebat. Fitnah-fitnah mereka juga seiring dan senada dengan apa yang akan dibawakan oleh Dajjal. Adakah mereka ini bekerja untuk Dajjal sebelum Dajjal menzahirkan diri? Memang ada kebenarannya, mereka sedang menanti "raja" mereka yang terlaknat itu. Banyak bukti telah dikumpulkan oleh pengkaji phenomena akhir zaman dan dapat menunjukkan ianya adalah benar. Jika benar andaian ini, ia menunjukkan Dajjal sudah wujud dan hanya menanti saat yang ditetapkan untuk muncul.

Di Israel ketika ini usaha giat sedang dilakukan untuk menyiapkan kediaman Dajjal dan rumah ibadat mereka (sembahan syaitan). Masjidil Aqsa dan Masjid Saidina Omar akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan "temple" mereka. Pembinaan bangunan-bangunan ibadat yang hebat sehebat kepunyaan kerajaan Nabi Sulaiman as. satu ketika dahulu. Mereka impikan sebuah kerajaan besar yang akan mengambil alih peranan USA menguasai dunia. Berpusat di Jurusalem setaraf dengan kerajaan King David dan Solomon satu masa dahulu. Rumah ibadat utama dinamakan Solomon Temple di bukit Moriah dan juga akan menjadi istana Dajjal nanti.


Satu kebetulan pula ayat-ayat alQuran dalan Surah alKahfi kebanyakannya merujuk kepada perkara ghaib iaitu kisah ashabul kahfi, nabi Musa dan Khaidir, Padang Mahsyar, sikap kufur, perangai golongan Yakjuj dan Makjuj ini.

Kecenderungan mereka mencipta barangan menjadikan hati mereka "kusyuk" terhadap kerja mereka serta bersungguh-sungguh meneroka teknologi baru sehingga mereka tidak lagi mengingati Maha Pencipta (kufur).

Bayangan dan kiasan yang disampaikan oleh para rasul kepada manusia sebenarnya jelas, akan tetapi keupayaan akal manusia yang terhad ditambah pula sikap cintakan dunia menyebabkan manusia kebanyakannya gagal mengesan kehadiran makhluk ini. Tidak semudah itu manusia akan terlepas dari ujian dan hanya mereka yang benar-benar ikhlas dan jujur kepada diri sendiri sahaja yang bakal mendapat sinaran kebenaran. Selebihnya adalah gulungan yang terpedaya. Anihnya, makhluk itu sendiri pun tidak tahu bahawa merekalah sebenarnya makhluk perosak itu.

Rasulullah berpesan kepada setiap umatnya supaya sentiasa mengamalkan ayat-ayat surah alKahfi sebagai pelindung dari fitnah Dajjal. Walaupun tahu mengenai pesanan ini, ramai dikalangan Muslimin tidak berbuat demikian (seolah mengingkari arahan baginda) hanya kerana Dajjal belum muncul. Tiada siapa yang tahu bila Dajjal akan menzahirkan dirinya, tetapi kita harus ingat bahawa Rasulullah tidak pernah menyatakan fitnah Dajjal itu hanya akan tersebar selepas kemunculannnya.

Seperkara lagi yang tidak pernah terlintas difikiran ialah kenapa surah ini (alKahfi) dijadikan "doa" pelindung dari fitnah Dajjal padahal isi kandungan surah ini tidak menceritakan perihal Dajjal sebaliknya berkisar mengenai perbuatan zalim dan ingkar sebahagian makhluk Allah dan berita mengenai Yakjuj dan Makjuj (senonim dengan perangai dan perlakuan masyarakat barat). Ini adalah bukti kukuh bahawa makhluk yang bergelar Yakjud dan Makjud ini adalah bangsa Eropah yang diterajui kaum Khazars dan perkaitan rapat dengan kemunculan Dajjal.


hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi berkata:

"Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal." (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)
Dari sini kita dapat meneroka lebih jauh teori ini. Semakin lama semakin jelas petunjuk dalam membuka rahsia berita ghaib ini. Sememangnya apa yang disebut dalam surah alKahfi adalah hal yang berkaitan dengan perbuatan makhluk perosak ini supaya dihindari oleh orang-orang yang beriman. Fitnah yang dibawa oleh Yakjuj dan Makjuj itu juga adalah fitnah Dajjal. Wujud keadaan yang menasabah dan meyakinkan bahawa Yakjuj dan Makjuj itu telah menyebarkan fitnah yang disebut Fitnah Dajjal itu. Perkhabaran mengenai Ashabul Kahfi juga merupakan petunjuk kearah itu.




Ashabul kahfi adalah para pemuda yang beriman kepada Allah yang berada di dalam negeri syirik, mereka keluar dari negeri itu guna menyelamatkan aqidah lalu Allah mudahkan untuk mereka hingga menjumpai sebuah gua, mereka pun masuk ke dalamnya dan tertidur di dalamnya sampai waktu yang sangat panjang sekira tiga ratus sembilan tahun.

Dimanakah perkaitannya? Cuba kita renungkan kesah tersebut. Ia sama seperti keadaan kita sekarang apabila kerosakan telah berlaku dan banyaknya fitnah (TV, filem, akhbar, majallah, internet, iklan, hiburan, kospirasi illuminati, riba, kerosakam akhlak, hilangnya nur syahadah, pergaulan melebihi batas, mengingkari sunnah nabi, suka kepada perbuatan dan sumber haram, membenci orang alim, mempersenda agama, lalai leka, malas, suka keseronokan, hilangnya kasih kepada keluarga, rasuah, sex luar tabii, sex bebas, menyembah keduniaan, luput budi pekerti, tidak menghormati orang tua dan beratus-ratus lagi hal yang seumpama dengannya). Cuma keadaannya tidak serupa kerana penceritaan itu berdasar pada satu zalam silam dimana tidak wujud bentuk kehidupan seperti sekarang. Kita juga dikerumuni oleh kuffar terutama makhluk yang sedang kita bincangkan. Tindakan mereka melarikan diri untuk menyelamatkan iman adalah satu tauladan kepada kita hari ini (untuk siapa yang berfiki)r. Jika kita ingin selamat jauhi hati kita (tidur) dari menghampiri, melihat atau memikirkan hal-hal yang berunsur syirik dan haram. Insyaallah, Allah akan tidurkan kita dengan melekakan hati kita hanya padaNya. Saudara sudah nampak perkaitannya? Begitulah Allah menyuruh kita memikirkan setiap firmannya supaya kita tidak tersasar. Kerana itu banyak ayat-ayat yang berbunyi: "beruntunglah kepada sesiapa yang berfikir" .

Manusia Yakjuj dan Makjuj ini sengaja mencipta dan mencerna fitnah untuk memberi kepuasan lahiriah mereka, malahan sering memberi gambaran buruk terhadap perkara yang baik dan benar, menyanjung tinggi kepalsuan. Pembohongan dan muslihat menjadi amalan bahkan ianya seperti suatu kemestian dalam kehidupan seharian mereka. "Kebahagian" ditafsirkan sebagai kehidupan mewah, bebas melakukan apa sahaja, dapat melepaskan diri hukum atau tidak terikat dengan peraturan. Kebahagiaan itu ia hanya akan dapat dicapai melalui keseronokan dan kepuasan.


Sementara itu, gulungan sahabat kepada makhluk ini telah dengan mudah diperdaya, mereka dengan senang hati mengiktiraf fahaman ini sebagai satu pemodenan dan peradaban dan akhirnya menjadi agama mereka tanpa mereka sedari. Dengan itu mereka akan terus tersesat di dalam hayalan dan pemikiran palsu. Bagi mencapai kepuasan hidup, mereka akan bersungguh-sungguh berusaha mengumpul sebanyak-banyak harta kekayaan agar dapat berhibur disana sini mencari keseronokan. Sanggup menghalalkan penipuan dan kezaliman kerananya. Hukum agama sering diperbahaskan untuk mempersetujui pandangan mereka.

Walaupun mereka asalnya bukan makhluk perosak yang sebenar, tetapi kini telah bersatu dan bersubahat menjayakan corak pemikiran dan budaya yang di imani oleh makhluk perosak berkenaan. Memuja dan memuji apa sahaja yang telah dilakukan oleh idola mereka. Sering meniru dan menggayakan cara hidup yang disangkakan moden dan mewah itu. Amat malang bagi mereka yang tidak bernasib baik, mereka yang gagal mencapai kekayaan walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh. Mereka menyalahkan nasib dan takdir atas kegagalan itu. Mereka juga ikut terpedaya dan terpaksa melakukan tindakan agresif termasuk jenayah. Terjadilah persengketaan, permusuhan, marah serta dendam terhadap sebahagian yang lain iaitu gulungan yang berada. Saling salah menyalahkan dan tuduh menuduh. Inilah racun "fitnah" seperti yang dimaksudkan oleh alQuran dan hadis.

Golongan yang "berada" hidup serba mewah. Segolongan lagi hidup menderita (lihatlah rakyat negara Afrika). Mereka yang kaya raya itu sentiasa berfikir untuk menambah kekayaan mereka. Mengutamakan diri dan keluarga mereka semata dan tidak berminat untuk membantu orang yang tidak bernasib baik atau gulungan yang sengsara. Tergamak membiarkan manusia lain kelaparan dan mengemis hanya kerana terlalu sayang kepada harta benda mereka dan bimbang kekayaan mereka akan terhakis jika membantu. Sekiranya terpaksa juga menyumbang, perlulah diteliti "apa yang mereka akan dapat" sebagai balasan. Keikhlasan hanya bermain dihujung lidah tidak meresap kedalam hati. Zakat tentu sekali akan dihindari seberapa boleh kerana takut kepada kemiskinan yang bakal mengurangkan kepuasan dan keseronokan mereka.




Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".

Kemiskinan sering dihina dicaci dengan kata-kata tidak sopan seperti malas dan bodoh. Mereka tidak pernah rasa bersalah atas sikap tamak dan bakhil mereka itu. Malah merasa sakit hati dan cemburu pula bila melihat ada orang lain yang lebih mewah dari mereka. Hidup bagi mereka hanya dinilai dari segi kedudukan dan kebendaan.

Lihatlah kerosakan yang berlaku amatlah dahsyat. Hanya kerana terbawa-bawa cara hidup makhluk perosak itu. Ramai yang tidak sedar kemusnahan kemanusiaan yang mereka turut lakukan sebagai ikutan terhadap apa yang dibawa oleh idola mereka. Mereka juga adalah manusia dari kalangan Yakjuj dan Makjuj kerana mempunyai sifat yang sama iaitu merosakkan.

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". (Riwayat Muslim)

Sebab itulah ia mempnyai dua nama tetapi bersamaan bentuk. Mereka ini bukan dua bangsa atau negara, sepertimana yang biasa difahami sebaliknya mereka terdiri dari dua golongan pemusnah. Yakjuj dan Makjuj. Makhluk perosak utama ialah Yakjuj atau Gog dalam kitab Injil dan Taurat. Sementara para pengikut atau yang bersubahat (pengamal ajaran mereka) dipanggil Makjuj atau Land of Magog. Dalam kitab lama ia tidak disebut Gog dan Magog tetapi Gog dan Land of Magog. Maksud Land of Magog ini lebih jelas menunjukkan gulungan "rakyat" atau "pengikut" fahaman kumpulan Gog tadi.

Di dalam kitab suci alQuran hanya disebut sebagai makhluk perosak dan tidak dinyatakan samada mereka itu manusia atau bukan sehingga terjadi banyak perselisihan pandangan. Walau bagaimana pun perkataan "kaum" yang disebutkan alQuran itu adalah merujuk kepada sebilangan manusia. Disokong pula oleh satu hadis yang menyatakan bahawa mereka adalah 999 dari 1000 orang manusia penduduk bumi adalah Yakjuj dan Makjuj yang akan menghuni neraka. Bersesuaian pula dengan hadis yang lain menyebut 999 dari 1000 anak cucu Adam akan menjadi ahli neraka dan hanya 1 sahaja yang berjaya memasuki syurga.

Dapat dilihat peranan Yakjuj atau "GOG" ini, mereka membina pelbagai rangkaian persatuan dan pertubuhan secara sulit untuk menjaga kepentingan mereka. Mereka menyusun strategi tanpa disedari oleh orang lain. Dari perlaksanaan rancangan tersebut lahirlah ramai "land of MAGOG" atau Makjuj. Hamba abdi mereka.

Untuk mengawal atur (MIND CONTROL) penganut agama nabi Isa as, MEREKA MERANCANG DAN MELAKSANAKAN KEROSAKAN AKIDAH dengan menokok tambah ajaran Rasul Allah itu dengan mengatakan "Allah itu mempunyai anak", sesuai dengan pegangan mereka (PAGAN - sembahan berhala, sihir dan iblis). Allah menyatakan bahawa, "bumi dan gunung ganang bergoncang mendengar dakwaan mereka itu". Betapa dahsyatnya kemungkaran yang mereka lakukan.

Firman Allah, surah alKahfi
[102] Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.
Gulungan makhluk perosak ini juga amat suka kepada ciptaan pelbagai barangan dan peralatan. Sentiasa berkerja keras mempercanggih ciptaan mereka sehinggalah akhirnya tersesat bertuhankan ciptaan mereka sendiri. Hidup mereka ditumpukan kepada usaha ini dan mereka bentuk sesuatu yang baru untuk diniagakan. Mereka amat terpesona dengan kejayaan mereka itu dan membanggakannya kepada seluruh penghuni dunia. Fitnah inilah yang paling berjaya menjerat manusia.


Selanjutnya fahaman ini (dunia moden) menjadi ikutan sebahagian besar umat manusia setelah terpengaruh dan terpegun dengan kemajuan Sains dan Teknologi. Terjadilah mereka ini sebagai golongan 'perosak' juga bertepatan dengan hadis Rasulullah, "sesiapa yang mengikut mereka adalah tergolong dari kalangan mereka". Maka bertambahlah bilangan makhluk perosak yang akan menghuni neraka kerana mereka telah menyertai kumpulan Yakjuj dan Makjuj ini. 99.9 peratus penduduk dunia ini adalah manusia yang akan disiksa da akhirat, "999 dari 1000 manusia dimuka bumi ini adalah YAKJUJ DAN MAKJUJ", kata Rasulullah. Alangkah besarnya kerosakan ini, kerosakan akidah adalah kerosakan yang paling parah dan trajis, mengheret ramai manusia ke neraka. Allah awt telah berjanji menyediakan neraka untuk manusia Yakjuj dan Makjuj ini.

Mereka telah rosak (agamanya) dan cuba merosakkan orang lain pula melalui kepercayaan baru yang mereka anuti dipanggil: Sains dan Teknologi. Allah telah dikesampingkan, akhirnya wujudlah pula kaum baru iaitu gulungan atheis (tidak lagi mempercayai kewujudan tuhan) yang dipelopori oleh ahli sains Yahudi yang diagungkan, Charles Darwin.

CHARLES DARWIN

Surah alKahfi menceritakan perihal ini. Mereka terlalu bangga dengan kejayaan sains dan teknologi ciptaan mereka sehingga merasakan tuhan itu tidak wujud. Mereka berjaya kerana usaha dan kekuatan ilmu yang mereka miliki. Kumpulan yang ekstrim dikalangan mereka telah menubuhkan kesatuan komunis dan berjaya menyesatkan lebih ramai manusia yang berada dibawah kekuasaan mereka. Beberapa negara masih lagi kekal dengan dasar dari doktrin komunisnya seperti Russia, China dan Cuba. Karl Marx (pengasas fahaman sosialis komunis) dan Lenin juga orang Yahudi Khazars.

Karl Marx


Terdapat sedikit keganjilan, kenapa perihal Dajjal hanya ada dalam hadis-hadis Rasulullah saw sahaja, tidak disebut di dalam alQuran. Mengenai Yakjuj dan Makjuj pula hanya disentuh 2 kali sahaja. Tentu sahaja ada perkaitan yang rapat antara keduanya Dajjal dan makhluk perosak ini kerana kedua-duanya muncul pada akhir zaman dan kedua-duanya menjalankan muslihat dan tipudaya yang merosakkan.

Dajjal menjadi perancang kejahatan sekata maksima bersadur falsafah dan idologi untuk memalingkan keyakinan manusia dan memperakui dia adalah tuhan. Sementara makhluk perosak ini pula memusnahkan apa sahaja yang ada terutama melaksana apa yang dirancang oleh Dajjal (agen pelaksana). Tidak syak lagi, merekalah pembantu Dajjal, menjadi pekerja setia dan wakil Dajjal menyesatkan seramai mungkin umat manusia.

Manusia akan tertipu dengan FITNAH akhir zaman. Bilamana Dajjal menjanjikan kesenangan hidup, pastinya manusia yang telah terpedaya ini akan menurut sahaja apa yang diperintahkan, termasuk mengaku bahawa Dajjal itu adalah tuhan.

Sesuai dengan beberapa keterangan dari hadis Rasulullah bahawa Yakjuj dan Makjuj ini akan dihapuskan oleh Allah sendiri atas perkenan doa nabi Isa as. Mereka terlalu ramai, 99.9% penduduk bumi akan dihapuskan setelah kematian Dajjal. Selepas itu, 0.1% sahaja manusia yang tinggal, mereka ini adalah orang yang taat dan patuh kepada Allah swt. Manusia beriman. Dunia akan dipenuhi keberkatan, dilimpahi rezeki, dipenuhi keadilan dan semua manusia ketika itu hidup dalam aman dan sentosa.

Pada waktu itu, penduduk dunia hanyalah sekitar 7 juta orang sahaja atau mungkin kurang dari jumlah tersebut. Kiraan dibuat perdasarkan perangkaan yang ada pada hari ini,(tahun 2010) jumlah penduduk dunia dianggarkan sebanyak 6 hingga 7 billion orang. Kadar pertambahan yang direkodkan ialah melebihi 2.0% setahun (lebih kurang 160 juta). Jika kita ambil kiraan dari perangkaan ini, bilangan penduduk bumi selepas era Imam Mahadi hanyalah 7 juta orang sahaja. (0.1% dari jumlah 7 billion). Ini hanya anggaran berdasarkan hadis di atas. Perlu diingat tentera yang berjuang bersama Imam Mahadi yang terselamat hanyalah satu pertiga sahaja. Satu pertiga menjadi kafir dan satu pertiga lagi syahid termasuk PEMUDA BANI TAMIM, pemimpin tentera Imam Mahadi yang gagah perkasa berhati sekental besi dan tidak pernah dikalahkan..

KEROSAKAN TERDEKAT BAKAL BERLAKU

Kerosakan menyeluruh akan berlaku sedikit masa lagi, bukan sahaja gunung akan runtuh, bahkan segalanya musnah. Peperangan sesama mereka pastinya menghancurkan sebahagian besar permukaan bumi. Penduduk bumi juga akan berkurangan kerana kesan peperangan yang dahsyat. Ada pendapat penganalisa Barat bahawa peperangan dunia III pasti meletus pada tahun 2012 nanti antara Yakjuj Makjuj (USA dan sekutuinya NATO dengan saingannya yang diketuai oleh Russia).


"When the order comes, the sub shoots a 65-ton Trident II ballistic missile into the sky. Within 2 minutes, the missile is traveling at more than 20,000 ft. per second. Up and over the oceans and out of the atmosphere it soars for thousands of miles. At the top of its parabola, hanging in space, the Trident’s four warheads separate and begin their screaming descent down toward the planet. Traveling as fast as 13,000 mph, the warheads are filled with scored tungsten rods with twice the strength of steel. Just above the target, the warheads detonate, showering the area with thousands of rods-each one up to 12 times as destructive as a .50-caliber bullet. Anything within 3000 sq. ft. of this whirling, metallic storm is obliterated."

Sabda Rasulullah SAW: "Belum lagi terjadi kiamat sehingga bumi ini dipenuhi kezaliman dan permusuhan. Kemudian lahirlah daripada keturunanku atau keluargaku orang yang memenuhi dunia dengan keadilan dan kedamaian. Dunia dipenuhi keadilan seperti dipenuhi kezaliman dan permusuhan sebelumnya." (Riwayat Ahmad).
Sekiranya Yakjuj dan Makjuj keluar selepas era Imam Mahadi seperti yang ramai orang faham, ia tidak seiring atau bertentangan dengan maksud hadis di atas. Huru hara dan kerosakan berlaku sebelum kebangkitan Imam Mahadi bukan selepasnya. Dibawah pemerintahan kerajaannya akan berlaku keadilan menyeluruh dan kesaksamaan sepenuhnya dan diikuti oleh zaman pemerintahan Nabi Isa as.
Dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim bahawa Nabi saw bersabda:
Telah mulai terbuka hari ini dari dinding YAKJUJ DAN MAKJUJ sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk. (HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).
Hadis ini pula memberi gambaran bahawa kaum Yakjuj Makjuj sudah berjaya menembusi tembok tersebut semasa hayat baginda lagi. Kini sudah lebih 1400 tahun berlalu dan dapatlah dibayangkan dalam tempoh itu sejauh mana lobang itu telah berjaya dipecahkan.
Jika masih belum dipecahkan lagi seperti mana andaian klasik, tidak mustahil tembok itu masih wujud dan mustahil pula ia tidak dapat dikesan . Tentulah tembok Zulkatnain itu telah ditemui memandangkan kecanggihan teknologi hari ini. Google map pun sudah boleh digunakan untuk mengesannya dari setelit.

MEREKA MENGUASAI DUNIA
Kini terbuka rahsia bagaimana mereka menguasai segalanya di dunia ini. Ia bermula selepas tembok Zulkarnain musnah atas izin Allah. Ternyata manusia zaman ini telah dirosakkan oleh tangan hitam Yakjuj dan Makjuj. Bukankah mereka itu "makhluk perosak"?
Amat jelas bangsa yang berasal disebalik gunung ini membuat keonaran yang tidak terkira banyaknya. Mereka merosakkan segalanya. Umat Islam dikira beruntung kerana telah dimaklumkan mengenainya oleh Allah dan rasulNya, walaupun hanya sedikit perkhabaran, ia amat berguna bagi kita membuat kajian dan analisa. Sayangnya ramai diantara orang Islam masih belum menyedarinya dan terleka pula dengan agenda yang diaturkan oleh "perosak" ini. Kerana itu ia dinamakan "FITNAH", penyelewengan kebenaran (fakta) dan berita palsu.
Dikalangan bangsa mereka sendiri ada sebilangan manusia yang menyedari permainan dan perbuatan pelaksana agenda tersembunyi, namun apa yang dapat dilakukan? Mereka telah terkeliru dan terjebak, malahan agama mereka sendiri yang dipesongkan tidak mereka sedari. Kerosakan sudah menyeluruh disegenap tempat (bukit dan lurah) menunggu sentuhan terakhir oleh Dajjal Laknatullah. Contohnya saya bawa petikan tulisan GWW Bach mengenai kerja-kerja golongan atasan kaum perosak ini (kini dikenali sebagai Illuminati).