31 May 2009

JIKA MEREKA BERBAJU KURUNG,APA MASALAHNYA??

Assalamualaikum semua..

Tadi ada seorang ustazah tanya pada aku,

"Apa pandangan ustaz tentang akhwat yang memakai baju kurung di sini(Mesir)?"

Aku nak jawab permintaan dia tu,tapi tiba² dia hilang dari YM...Orang utara kata,pi mana pon xtau laa.

Tidak mengapa,aku cuba memberikan pandangan aku tentang permintaan ustazah tersebut.Aku bukanlah ingin membahaskan tentang aurat wanita islam khususnya.Kerana semua sudah maklum tentang aurat.Bahkan mereka yang kurang kerajinan ingin menutup aurat dengan sempurna pun tahu tentang kewajiban menutup aurat ini.Dalam Al Quran dan Hadis sudah jelas menyatakan perkara ini.Cumanya di sini aku ingin memberikan sedikit pandangan tentang ustazah²(pelajar Malaysia) di bumi Mesir ini yang berbaju kurung.

Semua orang sudah maklum,bila disebut sahaja ustazah² Mesir(panggilan ini merujuk kepada para pelajar puteri Malaysia yang belajar di bumi Mesir.),mereka ini bertudung labuh,berjubah dan berniqob(walaupun tidak semua berniqob.Tetapi majoritinya begitu.).Dan saya fokuskan lagi bahawa majoritinya ustazah² sini berjubah walau ke mana mereka pergi.Bahkan mendaki gunung sinai juga berjubah(hebat ustazah² sini.He³).Sudah menjadi 'adat' bagi ustazah² sini memakai jubah.Dan 'adat' ini bermula dari tahun berapa itu aku tidak pernah tahu.

Jika kita melihat situasi di Malaysia,lain dari sini.Lain yang bagaimana?Cuba kita melihat kepada pelajar puteri kita dalam pengajian Islam khususnya di pusat pengajian Islam tempatan,KUIN contohnya.Mereka kebanyakkan berbaju kurung dan bertudung labuh.Contoh yang aku ambil ini kerana aku pernah pergi sendiri ke KUIN dan meninjau lebih dekat di sana.Tapi aku berani kata juga bahawa di UIA,UKM,UM dan sebagainya pun majoritinya berbaju kurung dan bertudung labuh.Maka,perkara ini tidaklah menjadi pelik.Kerana apa?Kerana adat orang melayu kita sudah lama berbaju kurung dari zaman dahulu lagi(aku tak dapat nyatakan dari tahun bila.).Jadi perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik bagi orang Islam di Malaysia khususnya.

Salahkah berbaju kurung??

Di dalam Al Quran mahupun Hadis tidak menyatakan jenis pakaian yang perlu dipakai oleh muslimah.Tidak juga menyatakan perlulah berjubah,berbaju kurung,berkain sarung atau sebagainya.Yang dinyatakan dalam Al Quran ataupun Hadis ialah ciri² pakaian yang perlu dipakai oleh muslimah supaya pakaian itu mestilah menutup aurat dengan sebenar²nya mengikut syara'.Jika Quran menyatakan jubah sahaja pakaian yang menutup aurat yang sebenar²nya,maka ternafilah baju kurung itu sendiri.Jadi berbaju kurung tidaklah menyalahi syariat kerana ia mempunyai ciri² menutup aurat yang syara' gariskan.Begitulah juga perihalnya jika bertudung.Adakah tudung orang Malaysia sahaja yang menepati syara'?Atau tudung orang Indonesia sahaja?Ataupun tudung negara² Arab sahajakah atau negara² Islam yang lain?

"Dan katakanlah kepada perempuan² yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka(daripada memandang yang haram)dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;dan hendaklah menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka ataua bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak² mereka atau anak² tiri mereka atau saudara² mereka atau anak bagi saudara² mereka yang lelaki atau anak bagi saudara² mereka yang perempuan atau perempuan² Islam atau hamba² mereka atau orang gaji dari orang² lelaki yang telah tua yang tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak² yang belum mengerti tentang aurat perempuan dan jangalah mereka menghentak kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekelian kepada ALLAH,wahai orang² yang beriman,supaya kamu berjaya." (An nur 24:31)



"Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang-oarang beriman, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka" (QS Al Ahzaab 27).

Sila klik gambar untuk lebih jelas

Ayat ini jelas kepada kita bahawa kewajiban menutup aurat dengan sebenar²nya.Bukan hanya sekadar menutup urat.Dan ramai sekarang ini mereka hanya menutup urat sahaja.Dan tidak dinyatakan juga jenis tudung yang perlu dipakai.Adakah perlu pakai tudung bawal?3 segi?Bidang 60?Tudung Turki?Tudung Wardina?Mahupun tudung Mawi?Cukup sekadar pakaian itu sememangnya menepati syara',maka pakailah pakaian itu wahai wanita Islam sekeliannya.Jika kurang jelas hukumnya,rujuklah para alim ulamak.


Dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda,"Diantara yang termasuk ahli neraka adalah wanita yang berpakaian tetapi telanjang (kerana tembus pandang atau ketat mencengkam tubuh), yang berjalan berlenggak-lenggok (goyang, tari dan lainnya) sehingga menarik (syahwat). Mereka ini tidak akan masuk surga dan juga tidak akan mencium baunya."(HR. Muslim)



Di Malaysia amnya menjadikan baju kurung ini sebagai baju kebangsaan.Dan sememangnya ia menutupi aurat.Tidak ada lagi kenyataan² dari alim ulamak bahawa 'berbaju kurung tidak menepati syara''.Jika berbaju kebaya mungkin ada kerana ia ketat dan mencengkam di bahagian pinggang.Ia lebih menampakkan bahagian punggung si pemakaiJika dah ketat paham² saja lah.Hadis aku sudah datangkan.Dan baju kurung ini juga ada kelemahannya.Di mana?Kemungkinan dia kelihatan jarang.Maka seeloknya si pemakainya memakai kain dalam yang berwarna koko kalau tidak silaplah(apa nama entah?).

Jadi kesimpulannya tiada masalah jika berbaju kurung.Cuma warnanya perlulah jangan terlalu terang dan menarik pandangan.Berbaju kurung di Malaysia khususnya tidaklah menyalahi syariat apatah lagi nak dikatakan sebagai yang pelik??

Sekadar gambar hiasan


Dan kita pergi pula ke situasi negara Mesir yang rakyatnya(wanita)berjubah.Walaupun bukanlah semua.Sejarah pelajar puteri Malaysia berjubah di bumi Mesir ini tidak pernah dicatatkan tarikhnya.Maka aku tidak tahu bilakah mereka benar² berjubah.Jika dilihat kembali kepada sejarah pelajar² puteri di zaman 60 'an misalnya,mereka tidaklah berjubah.Tetapi celik² saja mata aku mengenal bumi Mesir ini,pelajar puterinya sudah berjubah jika ke mana² sahaja.Maka perkara ini sudah menjadi 'adat' bagi mereka.Adakah 'adat' ini salah??Oh tidak sama sekali. Bahkan aku lagi suka begitu.Setelah sekian lama ustazah² berjubah,tiba² datang zaman terkemudian ini membawa 'adat' Malaysia ke bumi Mesir ini.Ada dikalangan ustazah²(bukan semua)yang terkesan dengan fenomena ini.Ada juga dikalangan mereka yang kurang senang dengan gejala ini(berbaju kurung).Adakah salah jika berbaju kurung di bumi Mesir ini??Mengapa mereka yang berbaju kurung ini dipandang sinis oleh mereka yang tegar berjubah(tidak semua).Adakah kerana sudah sekian lama dihidang dengan mereka yang berjubah dan tiba² datang 'geng' berbaju kurung ini,maka 'geng' ini perlu dipandang serong?Ataupun ini adalah satu 'adat' yang pelik di pandangan ustazah² di sini?Adakah semua benda pelik itu salah di sisi Islam??Adakah begitu??Inilah persoalan yang perlu dirungkaikan.Jika benar mereka yang berbaju kurung ini salah etika pakaiannya,maka berduka lah pelajar puteri pengajian Islam khususnya di Malaysia sana.

Ada yang berhujah baju kurung tidak sesuai di sini.Benarkah?Kerana warna dan bunga² yang berada pada ukiran kainnya itu boleh menarik pandangan lelaki arab jika memandangnya.Benarkah begitu?Adakah di Malaysia tidak ada lelaki seperti di Mesir ini?Jika begitu bagaimana pula jubah yang berwarna terang meghelit(loghat utara)?

Aku pernah mendengar sendiri dari mereka yang berhaluan 'jubah' ini mengkritik mereka yang berhaluan 'baju kurung'.Aku hanya mendengar saja.Pihak PMRAM sendiri,setahu aku tidak pernah membuat pekeliling tentang larangan memakai 'baju kurung' ini(kalau salah betulkan).Jadi jika benar² ini adalah larangan dari pihak PMRAM sendiri,maka perlulah diwartakan diperingkat muhafazah.Tapi sehingga kini aku pun tidak pernah mendengar dari mulut pimpinan PMRAM itu sendiri.Maka aku menganggapkan 'larangan' ini lebih bersifat peribadi.Jika mereka yang berhaluan 'jubah' ini benar² ingin kikiskan pengaruh berhaluan 'baju kurung' ini,santunilah golongan ini elok².Usahlah berkata belakang atau menyindir secara pedas kepada mereka.Bahkan ada yang terlalu syadid meminggirkan 'geng baju kurung' ini.Pernah satu ketika,anak murid aku menceritakan peristiwa yang berlaku dikala hari raya.Golongan berhaluan 'baju kurung' tidak disalami kerana berbaju kurung.Adilkah begitu bagi mereka?

Jika benar mereka yang berhaluan 'jubah' ini ingin mengikis pengaruh golongan berhaluan 'baju kurung',lakukanlah dengan elok.Usah meminggirkan golongan ini.Apatah lagi mengata belakang.Kerana kita juga akan rugi.Aku tahu,mereka yang berhaluan 'jubah' ada hujah yang tersendiri.Aku hormati hujah mereka.Jika ditanya aku apakah pilihan aku?Aku akan memilih jubah.Aku juga lebih suka jika jubah menjadi pilihan pelajar puteri Malaysia di sini..Bagi aku jubah lagi sesuai d sini.Jika dipakai di Malaysia lagi terserlah ahsannya itu.

Tapi bagi golongan berhaluan 'baju kurung' ini juga ada hujah mereka.Kerana apa?Kerana berbaju kurung tidak salah di sisi syara'.Itu antaranya.Pernah kawan aku memberitahu padaku.

"Aku lebih suka akhwat berbaju punjab(kain baju yang jatuh sampai paras lutut).Sebab kalau kena kejar dengan arab senang nak lari." ujarnya.

Bagaimana anda ingin mengulas hujah ini?





Antara jubah yang diperagakan

Aku menasihati kepada pihak yang kurang menyenangi golongan 'berbaju kurung' ini,gunalah cara yang baik.Berjumpalah dengan mereka.Santuni elok².Tak akan selesai masalah jika kamu semua hanya berkata belakang,menyindir,mengumpat atau memandang dari jauh dengan penuh sinis.Itu jika benar² ada masalah bagi kamu.Jika tiada masalah bagi golongan ini untuk berbaju kurung,Tidak timbullah persoalan ini.Biarkan saja mereka dengan baju kurung mereka.

Dan jika perkara ini berlanjutan hingga memaksa kepimpinan Hewi DPM atau PMRAM melarang(kasar sangat tu)atau tidak menggalakkan pemakaiannya sekalipun,tidak salah untuk mereka yang berbaju kurung turut mematuhi arahan ini.Jika ada arahan seperti yang demikian itu...Tapi aku rasa seperti tiada saja.Sebab selagi arahan dari kepimpinan itu tidak menyalahi syara' kita wajib taati.Jika ada juga arahan tersebut,mungkin semua itu untuk kebaikan bersama.Tidak rugi pun untuk kita patuhi arahan pemimpin apatah lagi jika dari kepimpinan PMRAM khususnya.

Bagi aku,aku lebih suka jika berjubah saja.Tapi tidak bermakna aku memandang serong pada mereka yang berbaju kurung.

Jika masalah ini tidak diselesaikan dengan cara elok,aku takut akan berlakunya perpecahan dikalangan ahli.Aku tidak inginkan kerana isu pemakaian sahaja,ada di kalangan ahli bermasam muka dan tak bertegur sapa.Mungkin bagi sesetengah mereka tidak menganggap isu ini penting.Kalau tidak penting isu ini,aku ingin bertanya pada semua............Jika mereka berbaju kurung,apa masalahnya??





30 May 2009

PERTEMUAN YANG BERHARGA.........;-)


Assalamualaikum semua...

Hari ini aku nak menceritakan satu peristiwa bermakna yang berlaku beberapa hari lepas.Iaitu pertemuan berharga bersama Ustaz Al Amin Daud Al Mansuri Al Kalantani.Siapakah ustaz Al Amin ini?Beliau merupakan tok guru aku dalam bidang ilmu tauhid ahlussunnah wal jamaah di bumi Mansurah ini khususnya.Di samping itu juga beliau adalah tenaga pengajar bagi kelas tutorial sekitar Mansurah selain dari tenaga pengajar di Markaz DPMM.Dan beliau juga merupakan moderator 'soal jawab agama' di dalam web yang semakin meningkat naik namanya sekarang iaitu laman web 'iluvislam.com'.

http://www.iluvislam.com/v1/news.php

Aku sebenarnya sudah lama ingin mengadakan pertemuan bersama ustaz Al Amin,namun keadaan masih tidak mengizinkan sehinggalah ALLAH telah mengizinkan aku untuk menziarahinya di rumahnya berdekatan mau af.Dalam keadaan yang tidak dirancang,aku menyatakan hasrat aku di dalam yahoo messenger,lantas ustaz Al Amin memberikan respon yang baik.Sebetulnya aku masih tidak tahu lokasi sebenar rumahnya.Maka aku memberitahunya seeloknya beliau tunggu saja di mau af.Dia mengambil aku betol² di tempat perhentian tramco.Rupa²nya rumah beliau antara rumah yang paling akhir di hujung mau af.Akhirnya keinginan aku selama ini tercapai dengan izin ALLAH.Masa itu waktu masih lagi petang.

Aku kagum dengan keilmuannya.Beliau hebat!Sebab itu hati ini benar² ingin berjumpa dengannya.Ketika sampai saja di rumahnya,kelihatan Abe Ki dan Abe We ada bersama.Tapi mereka masing² dengan hal mereka.Ustaz Al Amin ceria melayanku di ruang tamu rumahnya.

Kami memulakan perbincangan.Suasana ketika itu lebih kepada muzakarah ilmu(bukan muzakarut noh.he³)dan itulah juga yang aku inginkan.Dapat juga bermuzakarah dan bertukar² pendapat dari beliau.Tapi aku lebih mendengar hujah darinya.Terkadang aku juga bersuara.Namun berdiam diri juga yg aku pilih(he³).Aku banyak diam kerana kagum dengan hujah yang dikeluarkan oleh ustaz Al Amin.Cuma mencelah bila dirasakan perlu.Perbincangan kami lebih kepada isu semasa yang semakin menjadi² sekarang ini.Isu Wahabi contohnya.Ustaz Al Amin petah ketika berhujah.

Aku pada mulanya hanya ingin 'sepetang bersama ustaz Al Amin' sahaja,namun oleh kerana khusyuk bermuzakarah,tidak sedar maghrib datang menyapa.Ustaz Al Amin juga seorang yang pandai berseloroh.Tergelak kecil aku dibuatnya terkadang itu(he³).

Selepas maghrib bersama,aku tidak terus ke ruang tamu.Masih di dalam biliknya membelek² kitabnya.Rupa²nya ada majlis makan² sempena ulangtahun kelahiran abe we kita.Rezeki aku lah malam itu(he³).

Sekitar majlis ulangtahun kelahiran Abe We

Selepas dari majlis ini,aku meneruskan kembali muzakarah kami.Kali ini lebih kepada isu semasa yang melanda Mansurah khususnya.Dalam tidak sedar,jam sudah menunjukkan pukul 12 lebih.Ustaz Al Amin mempelawa aku tidur sahaja di rumahnya.Aku beralasan ahli bait merinduiku(he³).

Aku pulang ke rumah dengan kepuasan hati yang amat kerana dapat juga bersama ustaz Al Amin berbincang dari hati ke hati.Aku puas!Jika anda ingin mengenali beliau dari alam maya,boleh saja melayari blog beliau.
http://www.al-amindaud.blogspot.com/

Itulah pertemuan berharga untuk diriku.......:-)

21 May 2009

KEJAM! KEJAM! KEJAM!!!!

JAFRI Tajul Aripin, 47, berdoa di sisi pusara isterinya, Allahyarham Wah Yah Matzi dan anaknya, Ermin Denish di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bendahara, Ipoh, Perak, semalam.



Itu saja yg mmpu aku ungkapkan........Sedih dan pilu bila mengetahui berita pilu ini...Jika aku 'saudara' yg jauh ini pun tidak dpt menahan kesedihan ini,apatah lagi suami yg mendengar jeritan terakhir isteri tercinta tatkala belakangnya ditetak sehingga maut(semoga ALLAH mencucuri roh mereka)

Apa dosa mereka??Kerana laptop sebuah,nyawa mnjadi galang gantinya????Manusia jenis apakah ini???Mana pergi pedomannya sbgai manusia??

Ini adalah rentetan pembunuhan kejam yg semakin mnjadi² di tanahairku sendiri..Bukan di Amerika..Aku ulang skali lg,bukan di Amerika....!Tapi di Malaysia yg majoriti rakyatnya beragama Islam..Sebelum ini maut kerna ragut.Kerana RM 3..Apa ni?????

Nyawa adalah satu benda yg tak bernilai kah??Atau boleh dibeli di pasaraya???

Bukan semenjak dua menjak ini sja kita mndengar berita pembunuhan kejam ini...Dari dlu sampai lah sekarang,bahkan sekarang smakin menjadi²...

Itu kisah pembunuhan..Bagaimana pula ttg pembuangan ank yg sudah mnjadi sperti hobi muda mudi skarang...Kenapa????

Kadang² kita terfikir....Adakah tahap keselamatan negara kita sudah longgar??Ataupun polis lebih sibuk mnjaga 'perhimpunan haram'??

Inilah akibatnya jika tak kembali kpda Al Quran dan Sunnah...Manusia sudah hilang pedoman.Tiadakah ayat Al Quran yg mnceritakan 'azab sekian² dosa jika diperbuat??Tiadakah ayt Al Quran mnceritakan perihal umat² trdahulu?Tiadakah atau kita yg sengaja mmbutakan mata utk 'meniadakan' ayt ALLAH itu??

Pekara pokok yg perlu kita fokuskan ialah mengembalikan semula dan memartabatkan kembali hukum syariat di Malaysia ini...Ini buka shaja trletak dibahu PAS!Bahkan UMNO juga perlu sedar!..Ini buka bnda yg main²..ALLAh dah jamin kpda hmbanya....Jika kita ikut apa shaja yg ALLAH taala sruh,maka kehidupan kita pasti sejahtera....walaupun kita bukanlah negara yg maju....Tetapi biarlah kita 'maju akhlak'.....Kita akn sejahtera d dunia dn akhirat..

Apa guna mmbina bangunan setinggi²nya jika rakyat amnya masih 'mundur akhlak'??Tidak ada lansungkah ulamak di muka bumi Malaysia ini??Ulamak yg ikhlas mmperjuangkn agama ALLAH ditindas dn dihina..Ulamak yg diberi tempat pula,adalah syaitan bisu(bukan semua)..

Sebab itulah Pas khususnya mmperjuangkan hukum ALLAH ini..Bukan sehari dua baru brjuang!!!berpuluh tahun cekal dlm perjuangan...Dan Pas tidak pernah knal erti jemu dan penat dlm mmpertahankan Islam.Walaupun sehingga skarang tidak dpt mmerintah Malaysia trcinta ini,bukanlah alsan untuk Pas menyerah kalah kpda pemerintah yg zalim!Allah menyuruh kita brjuang dan trus berjuang...Kita tak pernah pertikai mengapa Allah masih blum berikan kemenangan kpda kita....Bahkan jika smpai kiamat skalipun kita terus 'ditipu' oleh meraka,itu bkanlah kekecewaan kita.Di akhirat kelak,(jika ikhlas perjuangkan Islam)kita boleh tersenyum puas krn kita pernah 'berdakwah' kpda mreka umat manusia Malaysia khususnya..Dan tatkala ditanya malaikat,kita boleh jwb dgn aman...'Tidurlah kamu sperti tidurnya malam pengantin'

Jika dari dlu lagi kita melaksanakan hudud,sudah pasti sekarang negara kita aman dri malapetaka ini(dgn izin Allah)...Tapi sudah 50 tahun merdeka(merdeka laa sgt),tidak ada satu pun draf undang² diperingkat pusat dan kabinet ingin(bukan diluluskan)dicadangkan!Adakah Umno khususnya serius utk melaksanakn Islam di Malaysia ini??Jwapannya tentu tidak..Tidak sama sekali...!!

Pas,walaupun tidak mmpu melaksanakan krn ktiadaan kuasa,sekurang²nya kita pernah ber'azam!Pahala di sisi Allah sudah trcatit..Itu pasti!Alangkah indahnya hidup kita jika Islam dilaksanakan d Malaysia....Indahnyaa...

Kita kna ingat,jika Allah murka,bala yg akan turun tidak akan memilih org!!
Tolih dan Solih semuanya akn di timpa bala..Dan sekarang kita boleh lihat realitinya!Apa yg berlaku di bumi Malaysia ini ialah akibat dosa 'tangan ²' mreka yg ingkar dan tidak pernah berazam utk melaksanakan Islam scara menyeluruh di Malaysia...Adakah mreka tidak Islam????Tidak..mreka juga Islam sperti kita..Tapi kita juga telah dimaklumkan bahawa ada mukmin baik dan jahat.Ini jelas!!!!

Aku teringat kta² seorang pemimpin negara satu ktika dahulu..dia prnah brkata...

"Zaman nabi yg melaksanakan Islam pun ada jenayah..Jdi jgn slahkan kerajaan dgn apa yg tlah brlaku.."

Begitulah lbih kurang aytnya brbunyi...Aku trfikir sejenak...Jika zaman nabi yg melaksanakan Islam itu pun dia kta jenayah boleh trjadi,apatah lg bg negara yg tak laksanaknnya????Bertambah² lah jenayah yg brlaku...Mulut mreka yg mmpersendakan hukum Allah ckup petah bila brcakap..Sebagai contoh,ada org bcakap begini..

"Hang solat pon blum tentu masuk syurga.." Kita jwab balik..

"Kalau aku yg solat ini pun blom tentu masuk syurga,hang yg tak solat tu mmg confirm neraka!"

Kita berbalik kepada peristiwa pilu ini.

Pernah suaminya mnjangkakan peristiwa hitam itu akn berlaku pda kluarganya???
Cuba kita bayangkan jika perkara sperti ini brlaku pda adik beradik kita???Fikirkanlah...

Kesimpulannya....Kembalilah pda hukum Allah..Pasti kita akn sejahtera dan selamat tak kira di mna kita berada..

Takziah pda kluarga arwah....Al fatihah.....

P/s : Aku juga insan hina...x sempurna pun...ada dosa pda Allah.Sama²lah kita perbaiki diri.....

16 May 2009

TUAN GURU HJ. ABD WAHAB B. HASSAN (Ustaz Awang Lanai)


Assalamualaikum semua....

Sempena hari guru ini,ingin aku menceritakan serba sedikit kisah tentang tuan guru aku ini.Tuan Guru Hj. Abdul Wahab Hassan atau lebih dikenali sebagai Ustaz Awang Lanai merupakan seorang ulamak dan tokoh politik di kawasan Baling,Kedah.Di samping tugasnya sebagai seorang pengajar di pondoknya sendiri iaitu Madrasah Tahzib Annufus Parit Panjang,beliau juga seorang pemimpin PAS di kawasannya.Beliau telah menjawat jawatan YDP PAS kawasan Baling setelah sekian lamanya..Beliaulah tempat rujukkan bagi penduduk tempatan.Tugasnya sebagai Pengerusi Qoriah Parit Panjang dan Imam Masjid Parit Panjang menyebabkan beliau seringkali berhadapan dengan masalah orang kampung yang ingin mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar dari beliau.Tidak termasuk lagi bagi mereka yang ingin melangsungkan perkhawinan.Tidak kira orang Umno atau Pas sekitar Parit Panjang,jika ingin berumah tangga pasti perlu berjumpa dengan beliau terlebih dahulu sebagai pemegang borang nikah.YB Kuala Ketil,cikgu Mad Zuki dan YB Kupang cikgu Johari juga sering datang bertandang ke rumahnya untuk berbincang tentang masalah agama dan kepartian.Tuan Guru juga pernah terlibat dalam kes Memali walaupun tidaklah secara langsung.Beliau pernah berbalah bersama polis berkenaan kejadian ini dahulu..

Tuan Guru mendapat didikan terus dari Tuan Guru Umar Zuhdi(pengasas pondok lanai).Dan tuan guru juga merupakan salah seorang anak murid lama yang masih ada hingga di saat ini..Gelaran 'Awang' merupakan gelaran manja dari Tuan Guru Umar Zuhdi kepada beliau ketika menuntut ilmu bersama tok guru Umar Zuhdi.Dan sehingga ke hari ini,gelaran Ustaz Awang itu terus mekar di bibir masyarakat setempat khususnya.Sebelum tuan guru 'bersimpuh' di hadapan Tuan Guru Umar Zuhdi menerima ilmu secara khususnya,beliau sudah merantau jauh ke negeri orang untuk mencari seberapa banyak ilmu di sana.Pulau Pinang dan Kelantan antara negeri yang pernah beliau sampai untuk menuntut ilmu.Dan kemuncak pencarian ilmunya adalah bersama Tuan Guru Umar Zuhdi.Beliau 'bersila' begitu lama bersama tok guru Umar Zuhdi.Segala ilmu yang pernah digali oleh tok guru Umar Zuhdi ketika beliau menuntut di Mekah dahulu diberikan pula pada Ustaz Awang.Sehinggalah Ustaz Awang mampu membuka pondoknya sendiri di Kg. Banggol Berangan,Parit Panjang.

Untuk pengetahuan bagi mereka yang pernah mengaji di Yayasan Khairiah dahulu mesti kenal dengan Ustaz Hamdan Dhiauddin.Ustaz Hamdan Dhiauddin adalah anak lelaki beliau.Ustaz Awang juga AJK Dewan Ulamak Pas Kedah.Aku pernah mengikuti beliau ketika muzakarah Dewan Ulamak.Aku begitu kagum dengan kehebatan ilmu mereka.Kini selepas Pas berjaya mengambil Kedah dari BN,tok guru diberikan kepercayaan lantas dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Baling.

Tok guru seorang yang tegas.Apatah lagi ketika sedang menutut ilmu.Kami anak-anak muridnya tidak pernah berani membuka mulut secara sengaja.Itu pun hanya ketika bertanyakan soalan sahaja.Aku masih ingat lagi kata-kata tok guru pada kami yang dipegangnya hingga hari ini.
"biaq anak murid yang tunggu tok guru,jangan bagi tok guru pulak yang tunggu anak murid."

Cukup mudah untuk difahami.Peringatannya kepada kami supaya jangan datang lewat ke pengajian dan jaga adab antara guru dan murid.

Tuan guru juga tidak suka kepada mereka yang ingin menuntut ilmu,tetapi tidak 'bersimpuh' bersama di dalam majlisnya.Sebagai contoh,pernah tok guru menegur anaknya kerana tidak naik ke madrasah.Anaknya menjawab,dia juga mendengar apa yang di ajarkan oleh ayahandanya itu,tetapi dari rumah mereka.Bukan bersama-sama kami di atas madrasah.Lantas ditegur oleh tok guru...
"kalau nak ngaji,mai naik skali kat sini.Tak memadai kalau dengaq dari rumah ja!" tegas tok guru pada anaknya.
Aku juga bersetuju dengan pandangan dari tok guru itu.Melainkan jika tempat sudah penuh di atas madrasah.

Pengorbanan dan jasa tok guru dalam mencurahkan ilmunya memang tidak boleh disangkalkan lagi.Ditambah pula jasanya kepada gerakkan Islam,Pas untuk Kedah khususnya.Tuan guru juga alim dalam tiga ilmu wajib dipelajari ini,iaitu feqah,tauhid,tasauf.Aku begitu meminati ilmu tasauf walaupun sehingga kini aku tak mampu untuk hidup di dalam dunia sufi lagi.Muksiat hatiku kepada Allah begitu menebal.Namun aku cuba dan terus mencuba mendalami ilmu tasauf.Antara kitab tasauf yang pernah tok guru mengajar aku ialah hikam Ibnu 'Ato illah As sakandari jawi,minhajul 'abidin jawi,tajul 'urus jawi dan hidayatussalikin.Begitu payah untuk mendidik hati(nafsu)ini.Pengalaman menuntut ilmu dengannya begitu indah.Walaupun aku bukanlah dari kalangan mereka yang alim,sekurang-kurangnya tok guru telah mengajar aku menjadi 'manusia'.Aku bersyukur sangat kerana Allah lorongkan aku bertemu dengan tok guru.Terima kasih atas segala-galanya...

Kini tok guru masih lagi meneruskan kerja dakwahnya walaupun usianya semakin meningkat.Usia bukanlah penghalang untuknya terus berbakti kepada Islam.Ketika aku ingin datang ke Mesir ini,tok guru sempat berpesan padaku...
"Amalkan apa yang telah kita ngaji tu" masih terngiang-ngiang di fikiran aku ini.Walaupun aku tak mampu untuk beramal dengan semua ilmu yang ada sekelumit cuma ini,sekurang-kurangnya aku tak tinggal semua untuk beramal dengan apa yang pernah aku pelajari dahulu.Aku harapkan semoga aku balik dari bumi Mesir ini,aku dapat 'bersimpuh' di hadapannya lagi.Moga-moga....

"Ya Allah,sejahterakanlah semua guru-guruku,ampunilah dosa-dosa mereka."

Selamat hari guru.....

1 May 2009

TERKENANG WAKTU DULU.....











Assalamualaikum.....


Bila tgk balik gmbaq2 ni....tringat plk dlu2..heheh..
Sronok sungguh waktu ni...kita kumpul blik 'bdk2 STAM 2006'

Ni bukan asobiyah nah...satgi salah anggap plak..masa ni kami brkumpul kt TONTO...wat knduri sket sma2 kami....ukhwah antara kami padu..walaupon dtg dri sek dn negeri yg brbeza..itu bknlah pnghalang utk kami eratkn ukhwah ssama kami..

Bukan senang nk kumpul balik cmni rmai2..Alhamdulillah..semua bleh bg kerja sama..walaupon ada yg x hadir krn ada mslah..xpa jaa....asalkn hampa smua x melupakn kami....

Kesimpulannya...mmg seronok laa mjlis ni masa ni...I.ALLAh...kami akn wat lg cmni...hampa pon bleh wat juga...tp sja ja mls buat kn???

Kita bkn nk asobiyah....jgn slh phm sudha laaaa....

SAYYIDUL AYYAM WA SAYYIDUL MURSALIIN.....APA KAITANNYA??

Hari ini,hari jumaat...tiba2 ja lpas blik solat jumaat aku nk tulis bnda ni...benda ni rsa2nya smua orang dah tahu...tp x salahkn klu aku nk peringat sma2 kita ni...

hari jumaat jugak di kenali sbgai 'sayyidul ayyam' ataupun penghulu segala hari2..kn hari ada 7 hari smuanya...kot ada 8 ka??9 ka???..hmmm..7 hari jaa...hari ahad,isnin,selasa,rabu,khamis,JUMAAT,sabtu....inilah snarai hari2 yg ada..abaq pi la kan..kot2 ampa x tau ka...klu tgk betol2 perkataan hari tu d ambil dri kalimah arab...

hari jumaat jgk adalah hari kebesaran umat ISLAM...dan pda hari ni lah disyariatkn utk solat fardhu jumaat...solat jumaat ni 2 rokaat jaa..jgn dok pandai2 tmbah2 plk..luku satgi kot...dalm HADIS bnyak mnceritakn perihal hari jumaat ni..dia bnyak kelebihannya...bahkn bg suami isteri pun,ada kelebihannya hari jumaat ni..he3(sengeh dengan penuh misteri)..

adapun bg umat bani israel..hari kebesaran mreka ialah hari sabtu..klu dlm quran ada crita....ttg kisah mreka yg x mau dgr ckp..ALLAH pesan jgn kuar tngkap ikan hari sabtu ni..depa degil..kuar jgk..last kali kena tukar jd kera...hmmm..

kita berbalik kpda kisah 'sayyidul ayyam' ni..nabi pernah kata...spa yg x pergi solat jumaat 3 x berturut2,ALLAH akn gelapkn hatinya..(mafhum hadis,au kama qol)...ulamak mneceritakn bhawa,dianjurkan berselawatlah sebanyak2 yg mmpu pda hari jumaat ini ke atas junjungan besar NABI S.A.W....apa kaitannya???adakah hari lain tidak dituntut utk berselawat banyak2 ke atas NABI???jawapannya begini.....

Hari jumaat ialah 'SAYYIDUL AYYAM'.penghulu segala hari dan NABI MUHAMMAD plk adalah 'SAYYIDUL MURSALIN'.penghulu segala rosul...aku rsa hampa dh pham kot??ka x phm lg??xpa2..aku jelaskn lg....

apabila ulamak menganjurkan bhawa,berselawatlah kamu sebanyk2 pda hari jumaat krn hari jumaat ni penghulu segala hari dan Nabi plk adlah penghulu segala rosul..dan bnda ini sebenarnya mutobaqoh antara keduanya..nmpak x???'SAYYID vs SAYYID'...cmtu la lbih kurang....tp bkn bermakna nk selawat hari len x dpt phala..cmanya hari jumaat ni lagi2 la bertambah pahalanya itu...NAbi pernah kta...."brangsiapa yg berselawat ke atasku skali,maka ALLAH akn berselawat ke atasnya 10 x"..bnyak tu...xmau lg ka???tp selawat ALLAh taala kpd hmbanya ini bknlah sperti kita berselawat ke ats Nabi tu,,,,mknanya di sini ialah rahmat ALLAH taala kpda kita...10 x....klu selwat bnyk lg,bnyak laah rahmat ALLAH pda kita kn...

Aku rsa ampa dh phm kot.......ok..klu dh phm baguh lah...oleh itu marilah sma2 kita banyak kn selawat hari jumaat ini...dan hari2 yg lain...malaikat pun selawat kt Nabi..aptah lg kita ni..."orang yg kedekut ialah mreka yg malas nk berselawat pda NABI"..pk2 knlah...SOLLUU 'ALANNABIY.....