29 April 2010

Jika sudah taqdir.....



Assalamualaikum semua...

Kecoh sebelum ini isu perpindahan mahasiswa Al Azhar Mansurah selain Mesir ke Kaherah. Isu itu dilihat kian pudar sedikit. Dan banyak kata sepakat telah didapati sesama mahasiswa. Bagi penulis secara peribadinya, isu ini telah banyak membuka mata kita. Penulis tak salahkan mana2 pihak(kerana masih tak sohih). Dan apa yang penulis nampak dan kaji selama mana isu ini meletus, banyak hikmah yang berlaku. Dan ini adalah perubahan yang baik yang berlaku di kalangan kami mahasiswa Mansurah khususnya.

Antaranya, dengan tercetusnya isu ini, telah menyebabkan kami bersatu hati sesama ahli Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah. Termasuk juga dengan negara2 lain. Antaranya Uzbekistan, Senegal, Juzr Qomar, Indonesia, Thailand, Rusia, Turki dan lain2.. Ramai ahli2 DPMM datang memberikan sokongan ketika himpunan itu berlangsung di dewan kuliah Al Azhar lil banat. Alhamdulillah.... Penulis suka sangat. Penulis nak lupakan sebentar peristiwa itu(imtihan pun makin hampir). Bukannya penulis ingin berlepas tangan. Berdoa, teruskan berdoa.. Cumanya penulis bukanlah mereka yang terlibat secara langsung, jadi penulis tidak mahu menumpu penuh pada isu ini. Sahabat2 penulis yang lain yang telah ditugaskan terlibat secara khusus dalam isu ini, maka kami ini hanya mampu berikan sepenuhnya sokongan (doa,buah fikiran,tenaga) kepada mereka.

Bagi penulis, jika ini sudah arahan dari Syaikhul Azhar, maka penulis yang lemah ini tak mampu untuk halang lagi. Bukannya penulis tak usaha untuk memilih kehendak penulis sendiri iaitu untuk terus tinggal di Mansurah ini. Tapi siapa Syaikhul Azhar itu? Iaitu seorang ulamak dan orang tertinggi dalam institusi Al Azhar. Sedangkan dalam Al Azhar itu sendiri pun begitu ramai para alim ulamak. Penulis? Debu pada kasut mereka itu lebih baik dari penulis lagi.. Begitulah realitinya. Dengan debu kasut mereka pun penulis tidak boleh tanding, apatah lagi dengan ilmu2 mereka? Allahu robbi. Hina dan kerdilnya penulis. Jadi bagi penulis, penulis cuba bersedia terima hakikat ini. Iaitu perlu pindah ke Kaherah. Namun selagi mana takdir itu belum berlaku, penulis tetap masih memilih untuk kekal di Mansurah ini.

Penulis ada buat 1 slide show dan telah di upload kan ke dalam youtube. Apa tujuan penulis buat video itu? Untuk mengajak ahli2 DPMM khususnya merasai dan menghayati semula pengorbanan orang2 terdahulu. 18 tahun yang lepas mereka pernah bersusah payah untuk generasi kita sekarang ini. Jadi sekurang2nya bila sahabat2 dah tengok video itu, akan lahir dalam hati sahabat2 semua betapa cinta dan sayangnya kita pada DPMM ini.







Tadi pula ustaz Adham Al Haraki ada menelefon penulis. Dia katakan pada penulis.. "Cuba tengok akhbar Soutul Azhar(surat khabar rasmi Al Azhar).. Ada muka enta terpampang besar.."
Terkejut juga penulis. Ingatkan ada apa lah sangat(jangan gambar orang dikehendaki sudah,hehehe). Rupa2nya gambar ketika perjumpaan dengan Ikatan Sedunia Lepasan Al Azhar. Gambar ketika perjumpaan untuk membincangkan hal perpindahan itu.

Keratan dari surat khabar Soutul Azhar edisi Jumaat, 30 hb 4 2010.


p/s : Doakan kami semua moga terus kekal di Mansurah.

25 April 2010

ISU PANAS MANSURAH!!


Assalamualaikum semua.....

Penulis tidak dapat mengulas panjang tentang isu perpindahan mahasiswa wafidin(selain Mesir) di dalam blog ini. Cukup sekadar bagi penulis copy dan paste dari blog sahabat penulis sahaja. Namun penulis berusaha juga untuk memberi gambaran sebenar kepada kawan2 semua. Apakah yang terjadi sebenarnya? Adakah ada 'tangan2 ghaib' yang cuba mengeksploitasikan keadaan kami?? Jadi terimalah sedikit usaha penulis sampai tidak tidur malam ini untuk menyiapkan video ketika muktamar berlangsung. Sebab bagi penulis, ramai kawan2 penulis bertanyakan keadaan sebenar di Mansurah ini. Mudah2an video ini dapat memberikan sedikit info kepada kawan2 semua... Penulis minta maaf dari awal lagi kerana kualiti visual kurang terang. Penulis pun pelik. Sebelum di up load kan ke dalam youtube, terang dan jelas visualnya.. Apa2 pun moga kawan2 dapat menonton.. Selamat menonton....






Ini ulasan dari sahabat penulis dari blog Al Jauhari.

Mansurah 24April2010: Satu muktamar tergempar telah diadakan anjuran The World Association For Al-Azhar Graduates(W.A.A.G.) الرابطة العاليمة لخريجي الأزهر antara pelajar wafidin dan amid kuliah banat, usuluddin dan lughah. Program berjalan dengan bantuan persatuan mahasiswi mesir sebagai unit protokol dan pengurusan program. Lebih kurang jam 11.30pg dewan mula dipenuhi dangan pelajar-pelajar wafidin ianya berlarutan hingga jam 12.00t/hari. Memandangkan azan zohor telah berkumandang, pengurusan program mempersilakan semua peserta bagi menunaikan solat fardhu zohor. Setelah selesai menunaikan kewajipan, dewan kembali dipenuhi dengan wakil-wakil amid kuliah serta pelajar-pelajar wafidin.
Photobucket


Photobucket

Muktamar dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi muktamar, untuk pusingan pertama wakil amid menyampaikan kalam taujihad dan ucapan wakil W.A.A.G. bagi pusingan ke dua, amid menerangkan peri pentingnya bahasa arab(fus hah) dalam menghadam ilmu2 islam seperti Alquran, hadis, tafsir dan semua ilmu. Peserta mula bosan kerana tujuan besar datang ke muktamar adalah untuk mendapat penjelasan isu perpindahan semua pelajar wafidin Azhar ke Kaherah. Amid kuliah berulang kali mengumumkan sekiranya ada permasalahan boleh tulis dalam borang yang diedarkan. Namun peserta muktamar masih buntu. Suasana sedikit bising mula menghiasi dewan kerana masing-masing tidak dapat melihat apa tujuan sebenar muktamar dianjurkan. Ditambah pula pengerusi majlis yang mengganggu kosentrasi peserta sama ada melalui tutur kata, ulasan mahupun pergerakan beliau.

Amid telah menekankan bahawa pentingnya pelajar wafidin menguasai bahasa arab fus hah kemudian pengerusi membuat ulasan bahawa pelajar-pelajar perlu bertutur dalam bahasa arab fus hah namun dalam masa yang sama pengerusi sedang menggunakan bahasa arab ammiyah (seperti ketam ajar anak jalan lurus). Akhirnya bangun seorang akhawat dari benua afrika ke hadapan menyampaikan harapan dan kebimbangan dari sahabat2nya tentang isu perpindahan ke kaherah dengan menjelaskan bahawa kehidupan di kaherah sangat membebankan berbanding di mansurah, beliau menambah bahawa kehidupan di mansurah sudah serasi dengan mereka. Di akhir ucapan beliau, peserta menyambut dengan tepukan gemuruh tanda sokongan yang jitu dengan apa yg diperkatakan.


Wakil pelajar malaysia Ustaz Usman Alamani mengambil tempat untuk membuat ucapan. Namun belum sempat Us. Usman memulakan ucapan, wakil WAAG memberikan harapan samar bahawa tiada apa2 masalah yang bakal timbul jika berpindah ke kaherah, tiada kehidupan yang membebankan kerana akan disediakan infrastruktur pengajian dan penginapan kepada semua pelajar tanpa membentang secara terperinci apa kemudahan tersebut dan berapa jumlah penginapan dan penempatan yang disediakan. Untuk maklumat, bilangan pelajar malaysia di cawangan2 melebihi 9000 orang itu belum dicampur wafidin lain samaada indonesia, singapura, thailand, juzu' qamar dan lain2 negara. Persoalan mula timbul di setiap minda hadirin, jika dilihat kepada masalah lambakan pelajar mesir di seluruh cawangan, maka akan dapati bahawa masalah tersebut hingga kini masih belum diatasi. Mengapa mereka sanggup menanggung risiko lain sedangkan masalah yang ada tidak dapat diatasi dengan sempurna?? Apakah cara kerja mereka ialah mengurangkan masalah dengan mencipta masalah baru?? Nak tutup lubang, terpaksa gali lubang lain dan dengan penggalian tersebut belum pasti tertutupnya lubang yang awal.. Inikah mentaliti lepasan azhar?? Atau ada campurtangan pihak lain dalam menjalankan misi ini???
Us. Usman memulakan ucapan beliau dangan bertanya benarkah berita mengenai perpindahan pelajar wafidin di mansurah ke kaherah. Amid sebulat suara mengesahkan perkara tersebut dan disambut dengan ketukkan meja oleh peserta muktamar tanda tidak bersetuju. Kemudian Us.Usman meneruskan pertanyaan "Siapakah yg mengarahkan perpindahan pelajar wafidin dari mansurah ke kaherah?? Adakah ianya hasil cadangan deligasi2 asing di mesir atau Azhar pusat sendiri mengeluarkan arahan tersebut??" Wakil WAAG terpaksa mengambil masa untuk berbincang sesama sendiri mengenai soalan tersebut. Soalan tersebut diulang oleh amid kepada beliau. Kelihatan wajah wakil WAAG sedikit gementar untuk menjawab soalan tersebut. Namun pertanyaan itu dijawab dangan "Tujuan utama dihimpunkan semua pelajar wafidin ke satu tempat adalah untuk memperkasakan bahasa arab fus hah" (dalam waktu yang sama beliau menggunakan bahasa arab ammiyah) beliau menyambung, "Agar kalian boleh berinteraksi dengan doktor lebih mudah dengan menggunakan bahasa arab fus hah" Us. Usman mempertikaikan jawapan yg diberi kerana itu bukanlah jawapan kepada soalan yang diajukan sebentar tadi. Lantas amid kuliah mencelah menerangkan ianya adalah arahan dari Azhar kaherah, jika pelajar wafidin keberatan untuk berpindah mereka diberi pilihan. Namun wakil WAAG tetap menegaskan bahawa keputusan itu adalah muktamad dan semua wafidin perlu berpindah dan sekiranya ada apa2 masalah mereka akan selesaikan. Us. Usman memulakan hujjah, hujjah pertama beliau adalah 'Sara hidup dan ekonomi'. Sara hidup dan ekonomi di kaherah lebih tinggi berbanding di mansurah, sebagai contoh rumah sewa di kaherah di antara 700-2000 sebulan manakala di mansurah 250-350 sahaja sebulan. Perbelanjaan di kaherah pula sangat tinggi berbanding di mansurah dalam perbelanjaan dapur atau keperluan harian lain. Lantas hujjah itu disambut oleh wakil WAAG "Untuk penginapan dan penempatan, pihak kami telah menyediakan untuk semua pelajar wafidin" Beliau mendatangkan bukti perpandukan akhbar Ar-Ruwaq keluaran WAAG di bawah tajuk berita "WAAG telah menyediakan 117 penginapan untuk pelajar wafidin di hayyu sadis" Persoalan akan timbul, mampukah 9000 lbh pelajar wafidin di setiap cawangan dikumpulkan di satu tempat yang mana premis tersebut hanya mampu menampung 117 pelajar sahaja buat masa ini??? Masuk akalkah hujjah tersebut???
Hujjah ke dua dari Us. Usman, suasa tenang di mansurah membangkitkan keselesaan dalam menuntut ilmu berbanding di kaherah yang tersangat sibuk dengan kepadatan masyarakat arab mesir juga asing ditambah dengan jenayah yang meningkat berlipat kali ganda. Tiada jawapan yang disuarakan.
Seterusnya us. Usman cuba membentangkan permasalahan ketiga iaitu pembelajaran di mesir, namun microfon segera dirampas oleh seketeriat WAAG yang cuba menutup mulut dan kebangkitan pelajar wafidin yang terus menyerang dengan persoalan-persoalan ibarat peluru berpandu yang menyerang pearl harbor juga ibarat bom atom yang jatuh di hirosyima dan nagasaki. Keegoan mereka telah dirobek dengan hujjah2 yang dibentangkan serta sokongan moral dan padu dari seluruh pelajar wafidin yang hadir. Asakan demi asakan menyebabkan mereka merasakan kedudukan serta perancangan mereka untuk memindahkan pelajar wafidin tergugat sama sekali dengan bantahan yang bersepadu dari semua hadirin. Lantas merampas pentas dan microfon yang digunakan. Tindakan ini menyebabkan hadirin membantah dengan mengetuk meja tanda protes dengan apa yang dilakukan. Sedangkan wakil Malaysia masih belum selesai memberikan hujjah. Semua hadirin sangat hampa bila muktamar bersama amid dicalarkan dengan insiden yang tidak dijangka itu. Us. Usman terpaksa mengambil tempatnya semula setelah kejadian itu. Seterusnya wakil negara lain berucap. Antara isi ucapan ringkas beliau, beliau begitu kecewa apabila diperlakukan sebegini dengan memindahkan pelajar tanpa mendengar terlebih dahulu masalah pelajar.

Photobucket

Beliau melontarkan persoalan, "Jika kami dianggap tetamu di mesir ini, mengapa kami tidak diberi pilihan untuk memilih di mana kami dibenarkan menuntut ilmu serta meneruskan pelajaran. Mengapa kami dipaksa berpindah sedangkan kami telah selesa berada di mansurah???" Tiada jawapan yang dibuat melainkan wakil WAAG mula menguatkan hujjah mereka dengan mengatakan arahan itu datangnya dari Rektor Al-Azhar (Syeikh Ahmad Tayyeb).. Setelah itu, muktamar segera diselesaikan..

21 April 2010

KEPENTINGAN KURSUS PRA PERKAHWINAN......



Assalamualaikum semua.....


Alhamdulillah, penulis sudah selesai menghadiri kursus pra perkahwinan yang telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Badan Kebajikan Anak Negeri Johor di ARMA kelmarin. Terima kasih penulis ucapkan kepada pihak yang terlibat.

Mengapa penulis mengatakan pentingnya kursus perkahwinan ini?? Yaaa, memang penting. Walaupun di zaman nabi atau tabi' tabi'in dan seterusnya tidak buat kursus ini. Kalau ada pun mungkin tiada nama dan program yang khusus lagi, tapi memandangkan zaman sekarang ini ada pelbagai ragam manusia dan permikiran ini, maka jabatan agama setiap negeri(mungkin bukan semua negeri) mengadakan kursus perkahwinan sebelum berkahwin. Mungkin sesetengah orang mengatakan,

"Alaaa, nak masuk apa lagi. Macam lah tak tahu nak kawen camna.."


Ah, sungguh sumbang dan bongkaknya orang berkata begitu. Memang berkahwin adalah 1 perkara yang mudah. Sekali ijab qabul saja sudah mengesahkan kita akan menjadi suami isteri. Tapi tahukah kita apakah kesan dan apa yang akan berlaku sebelum dan selepas kita berkahwin itu?? Maka jabatan agama telah mengadakan kursus pra perkahwinan sebagai inisiatif mereka untuk memudahkan cara, gerak kerja, urusan dan situasi pasangan masing2.

Orang akan kata, mak ayah kita dulu tiada kursus kahwin pun.. Dan perkahwinan mereka masih utuh sehingga sekarang. Ya benar. Tapi apa yang kita tahu di sebalik senyuman manis kedua2 ibu bapa kita di depan kita itu adakah hakikat sebenar atau majazi saja?? Masalah yang berlaku sesama mereka bukan diceritakan pada kita pun. Mungkin tawa dalam tangisan. Siapa tahu? Bagi penulis, setelah penulis memasuki kursus perkahwinan ini maka penulis dapat simpulkan betapa pentingnya kursus pra perkahwinan ini. Sesiapa yang mengatakan tak perlu(kursus kahwin) kerana merasakan dia sudah alim dengan ilmu rumah tangga maka hakikatnya dia adalah orang bodoh dan jahil. Betul? Yaaa, biar penulis yang mengiakan!

Di dalam kursus perkahwinan menceritakan pelbagai perkara. Banyak benda yang penulis tak tahu dan mereka(para penceramah) memberitahunya. Samada luar kain atau dalam kain. Lucahkah begitu? Tak, ini kerana penceramah memberitahu di dalam pentas yang khusus. Bukan di mana2 tempat yang umum. Dan ini perlu diketahui oleh bakal pengantin. Jangan cakap besar. Dan banyak lagi perkara tentang cara2 urusan nak berkahwin dan berkenaan dengan undang2 keluarga islam di setiap negeri. Walaupun penulis pernah belajar tentang ilmu rumah tangga ini di dalam kitab turas seperti kitab Muhimmah fi ilmi hadis Nabi s.a.w., tapi ditambah pula oleh pengalaman2 para penceramah yang begitu hebat, thaqofah kita makin bertambah. Bercerita dengan teori dan berdasarkan pengalaman adalah suatu perkara yang berbeza. Terima kasih diucapkan kepada semua penceramah yang mantap2 belaka.

Untuk berkahwin, persediaan perlu dilakukan. Samada dari segi ilmu fardhu ain atau fardhu kifayah. Walaupun kadang2 kita nampak seperti menyusahkan urusan prosuder itu. Tapi hakikatnya adalah untuk memudahkan kita dikemudian hari. Mungkin hari ini kita tak nampak kesannya. Tapi jangan nyesal dikemudian hari pula jika kita bermudah2 dengan setiap urusan untuk berkahwin ini. Tak kira dari segi sebelum, semasa menjadi pasangan sah dan selepasnya. Dan, penulis akui bahawa kebanyakan yang diceritakan di dalam kursus pra perkahwinan ini ialah asasnya sahaja. Samada aqidah, ibadah dan akhlak. Mungkin ada sahabat2 Al Azhari yang lain mengatakan,

"Kita dah ngaji agama, wat apa nak amek kursus2 ni dah.."

Nanti... Jangan berbicara bodoh sombong begitu.. Cuba fikir dulu kenapa kita ambil ijazah, tauliah mengajar, lesen kereta dan seangkatan dengannya sedangkan kita sudah tahu tentang semua itu?? Jika kita sudah tahu apa tujuan kita ambil semua itu, maka sama sahaja dengan tujuan dan apa faedahnya ambil kursus pra perkahwinan ini......

Di dalam kursus perkahwinan ada ketikanya terpaksa menceritakan tentang perkara di dalam kain atau dalam 'kelambu'. Seolah2 nampak seperti lucah. Tapi begitulah hakikatnya menuntut ilmu. Dan para penceramah bukan sesuka hati ingin bercerita begitu. Dulu, ketika penulis mengajar kitab Muhimmah di markaz pelajar di Mansurah ini, penulis pernah ditegur oleh seorang ustazah dan ustaz kerana dakwaan mereka bahawa penulis menghuraikan secara terperinci. Sedangkan kitab Muhimmah tidaklah menceritakan tentang cara2 yang perlu dilakukan oleh pasangan suami isteri ketika di dalam 'kelambu'. Sahabat2 sekalian boleh rujuk di sini untuk mengetahui serba sedikit isi atau sinopsis kitab Muhimmah itu. Dan penulis pun masih bertapis lagi ketika menghuraikannya. Sememangnya para bakal suami dan isteri perlu belajar tentang kitab ini. Nama pun sudah 'muhimmah'. Memang penting pun. Saranan penulis kepada sahabat2 Al Azhari atau At Tibbi yang tak sempat menghadiri kursus perkahwinan baru2 ini kerana ada masalah atau kepayahan, masuk lah jika dianjurkan sekali lagi. Tidak bermakna kita ambil sijil kursus perkahwinan ini dan selepas itu perlu kahwin segera. Sijil ini tiada tamat tempoh. Ambil dari awal untuk memudahkan kerja dikemudian harinya.......

Penulis ingin sentuh sedikit berkenaan mengajar secara 'detail' ini. Di dalam feqah, menuntut ilmu ini, tidak boleh malu yang tak kena pada tempatnya. Namun di sana masih perlu menjaga adab2nya. Cumanya penulis ingin katakan bahawa jika belajar dari guru yang ada menceritakan tentang rumah tangga atau tentang laki dan perempuan, cubalah husnuzzhon(berbaik sangka) terhadap guru itu dan ambilnya sebagai ilmu. Cumanya masih perlu dijaga batas2nya. Penulis masih ingat lagi ketika di pondok dahulu, kami sedang belajar tentang darah haid. Tok guru menceritakan secara 'detail' sehinggakan kami pun jadi malu. Sedangkan ketika itu ada juga muslimat di belakang kami yang hanya dipisahkan oleh dinding kayu dan kain langsir. Dan ada lagi peristiwa lain ketika tok guru menceritakan tentang apa yang perlu suami lakukan ketika isteri sedang berada di dalam haid. Dengan makna katanya, bagaimanakah cara2 untuk bersedap2 dengan isteri ketika dia sedang dalam haid. Tok guru cerita dengan 'detail'. Dan penulis masih ingat sampai sekarang kalam tok guru.

"Nak mengaji ilmu ni tak boleh malu2. Kalau malu2 ni tak payah mengajar(atau belajar) pon takpa..." kata tok guru merujuk kepada malu yang tak bertempat.. Beliau juga menaqalkan kata2 tok gurunya yang mengatakan kepada beliau dahulu..............

Walaupun begitu, penulis masih jaga batasnya ketika mengajar di markaz dahulu. Penulis bukannya seperti tok guru penulis. Tok guru penulis boleh menceritakan pelbagai perkara kerana beliau alim dan berpengalaman. Tapi penulis hanya menceritakan balik apa yang pernah dipelajari bersama huraian yang ada batas2nya(sebagai orang yang masih bujang). Dan penulis tidaklah secara 'detail' kerana penulis belum berkahwin. Hanya tahu melalui menuntut dari guru sahaja. Bagi penulis, orang yang mengatakan penulis ini 'detail', ada baiknya dia memasuki kursus perkahwinan ini. Baru dia tahu betapa 'detail' nya perkara yang diceritakan di dalam kursus kahwin. Betul?? Kepada sahabat2 yang pernah masuk kursus kahwin ini, kalian mesti tahu, betapa 'detail' nya penceritaannya?? Tepuk dada, tanyalah iman.... Wassalam...

16 April 2010

BILA HATI BERBICARA TENTANG NIKAH...........



Assalamualaikum semua.......

Oleh kerana penulis akan memasuki seminar kursus perkahwinan anjuran BKAN Johor di ARMA pada 19 dan 20 hb 4 ini, maka penulis berbesar hati untuk menulis tentang nikah pula. Hehehehe.... Siapa di dalam dunia ini yang tak mahu nikah? Orang Kedah kata, 'habaq mai kat cek sat...?'

InsyaAllah penulis akan berbicara sedikit tentang nikah dengan realitinya di Mesir ini......


Once upon a time in Mansurah...........




Wartawan (W) : Di manakah anda belajar sekarang dan kuliah apa?

Penulis (P) : Penulis belajar di Universiti Al Azhar cawangan Mansurah, Mesir. Kuliah Usuluddin tahun 2.


W : Jika diberi peluang kahwin dalam usia muda, adakah anda ingin kahwin muda? Jika ya, mengapa?

P : InsyaAllah jika diberi peluang, penulis akan berkahwin muda kerana bertepatan dengan hadis Nabi sendiri yang menganjurkan orang muda macam penulis ini supaya berkahwin. Penulis masih muda lagi ni. Hehehe. Cumanya apa yang paling penting, nak kahwin muda itu perlulah dilengkapi dengan ilmu rumah tangga dan ilmu agama yang asas terlebih dahulu. Dunia hari ini bukan dunia 50 tahun yang dahulu. Pelbagai cabaran yang mendatang tak kiralah dari segi persekitaran atau sebagainya. Jadi jika ada kesempatan berkahwin awal, baik kahwin awal saja. Berkenaan dengan cakap2 sumbang mulut orang kepada mereka yang ingin kahwin muda ini contohnya seperti ini,

"Eeee, nak kahwin dah? Galaknya..."


"Kau nak kahwin dah ke? Tak sabar2 dah ek?"
atau pun begini,

"Gatai nya dia ni nak kahwin awai.."
dan banyak lagi lah....

Bagi penulis, orang yang berkata begini sebenarnya dia bohong dan tipu dengan dirinya sendiri. Sebenarnya dia pun ada keinginan untuk berkahwin awal. Tapi berlakon seolah2 dia 'siqoh la konon'. Takut nanti kalau kahwin muda orang mengata pula, gatal atau galak nak kahwin. Penulis ingin tekankan di sini ialah keinginan untuk berkahwin adalah fitrah. Bermula balighnya seorang lelaki itu, dia sudah membibitkan rasa ingin kepada perempuan secara berperingkat. Jadi bukan suatu yang pelik jika seseorang itu menyatakan hati untuk berkahwin. Bahkan berkahwin itu lebih baik dari berkawan lama2 tapi nak jumpa keluarga masing2 pun penakut. Dan bagi penulis, kepada mereka yang bersuara sumbang seperti itu, dia hanya nak berlakon saja yang dia itu seorang siqoh(tak sembang2 bab kahwin lah konon) atau mungkin dia tak normal(suka sama sejenis). Minta jauh lah dari jadi tak normal. InsyaAllah kita lelaki sejati.;-)

Jika dia memberikan nasihat dengan katanya kemungkinan di sana akan berlaku kesulitan atau kepayahan jika kahwin muda ini, maka penulis boleh terima nasihat dari seorang kawan. Contohnya seperti ini,

"Tak salah nak kahwin awal, cumanya kau tak risau kah takut mengganggu pelajaran kau?"
ataupun,

"Kau dah pikir betoi2 ka ni? Susah juga kadang2 kawen muda ni.."
Ini antara kalam2 nasihat yang terpacul dari mulut seseorang. Dan ini penulis boleh terima.

Jadi saranan penulis jika berpeluang kahwin muda(jika tiada sebarang masalah) maka kahwinlah muda...


W : Jika sudah diberikan 'lesen' untuk langsungkan ijab dan qobul dan kenduri, di manakah anda ingin adakan? Di Malaysia atau di sini(Mesir)?

P : Secara jujurnya penulis akan memilih di Mesir. Sebab? Ijab qobul di bumi anbiyak ini ada banyak keberkatannya. Dan 1 lagi alasan yang cukup2 popular iaitu kos belanja kahwin di sini lebih murah dari Malaysia. Di Malaysia, baru2 ini sahabat penulis yang pulang berkahwin menyatakan bahawa jumlah belanja kahwin sekurang2nya RM 10 ribu dan ke atas saja!! Allah... Sekarang bukan zaman dahulu. Penulis ingat lagi ketika penulis darjah 5 dahulu(1998), jumlah hantaran sepupu kalau tak salah ingat dalam RM 4 ribu. Itu dulu.... Sekarang lain. Harga barang melambung tinggi. Tapi tak semualah keluarga tetapkan harga begitu. Tapi Al Azhariyun seperti sahabat2 penulis pun harga tinggi begitu. Apa cerita? Garu kepala jugak laaa... Di Mesir ini kurang2 pun kos belanja kahwin tak sampai RM 4 ribu saja. Itu pun dah mampu jemput begitu ramai kenalan. Jadi kesimpulannya, kahwinlah di sini..;-) Tapi kalau keluarga jutawan, nikah ja la kat mana2 pun.


W : Jika sudah diberikan peluang berkahwin di sini(Mesir), pasangan dari kuliah apa yang ingin dicari dan dari cawangan mana?

P : Di Mesir ini pelajar kuliah perubatan dan pengajian islam adalah 2 kelompok terbesar rakyat Malaysia. Secara terus terangnya penulis akan memilih 'sekufu' penulis lah iaitu kuliah pengajian islam. Ini pilihan yang harus. Bukan pilihan kerana menafikan orang lain. Berkenaan dari cawangan mana pula, jika diberi peluang penulis akan memilih dari cawangan sendiri iaitu Mansurah ;-)


W : Mengapa pilih dari cawangan yang sama?

P : Perlu diketahui bahawasanya pelajar akhawat dari kelompok terbesar berada di Kaherah, Mansurah dan Iskandariah. Jarak Iskandariah dari Mansurah melebihi 2 marhalah dan sama juga seperti jarak Kaherah ke Mansurah. Dari fikiran logik akalnya, tentulah Mansurah sama Mansurah memberikan banyak kelebihan. Jika berkahwin tak sama cawangan ini, kita risaukan kepayahan untuk ke universiti(jauh untuk berulang alik). Adapun nak berkahwin juga dengan mereka yang cawangan lain atau kuliah lain, tiada masalah.. Faddol.. Yajuuz.... Cumanya sama2 cawangan ini banyak kelebihannya..;-)


W : Adakah anda inginkan anak ketika masih belajar? Jika ya berapa orang?

P : Yaa... Hehehe(tersenyum penuh misteri). Sebagai penyeri rumah tangga dan penyejuk mata. Berapa orang? Hurmm.. Seorang sudah lah kot(pengakuan ikhlas ni,hehe). Tak mahu menyusahkan zaujah kalau lebih dari seorang anak ni. Ini pendapat penulis lah... Sama2 nak belajar dan imtihan. Kalau anak ramai2 ni boleh nyusahkan suami isteri nak ulangkaji pelajaran. Adapun jika rezeki, terima saja....;-)


W : Jika diberi peluang berkahwin lebih adakah anda ingin?

P : Seorang pun tak kahwin lagi ni ;-). Kalau diberi peluang ek? Beginilah penulis ingin beritahu. Berkahwin lebih ini ialah fitrah(keinginan) orang lelaki. Tapi tak semestinya perlu (wajib)menunaikan keinginannya itu. Cumanya keinginannya(berkahwin lebih) itu tetap ada dalam lubuk hati seorang lelaki. Itu hakikat. Suka penulis ingin menaqal kata2 Imam Al Ghazali di dalam kitab Muhimmah fi ilmi hadis Nabi s.a.w. dengan katanya,

"Barangsiapa yang sangat inginnya kepada perempuan maka jikalau tiada ia berkahwin nescaya hendaklah ia berkahwin dan lagi katanya(Imam Ghazali) pula barangsiapa sangat baginya syahwat(kuat nafsu) kepada perempuan pada hal tiada terpelihara syahwat itu dan tiada pecah(tak puas) dengan 1 perempuan maka sunat ia beristeri lebih dari 1 hingga 4 orang...."

Jadi kesimpulannya sahabat2 fikir2kanlah..;-)


W : Akhir sekali, apakah pesanan anda pada semua.

P : Pesanan penulis ialah berkahwinlah sebagai wasilah untuk kita taqarub ilallah.......... Dengan berkahwin ini, hati menjadi tenang, ibadat semakin berganda dan rezeki datang tanpa disangka2.. Apa2 pun fikir dalam2 dahulu sebelum ingin berkahwin..... Wassalam..



p/s : Penulis ubah entri dalam bentuk soal jawab...




14 April 2010

Pengajaran dari Muktamar Sanawi PMRAM ke 77..



Assalamualaikum semua......

Selesai sudah muktamar tahunan PMRAM kali ke 77. Badan Pengurus PMRAM sudah bertukar ganti dengan menyaksikan presiden barunya ialah Tuan Guru Ustaz Shahrizan. Penulis bukanlah ingin mengulas kepada keseluruhan perjalanan muktamar. Cuma ingin mengulas beberapa perkara saja. Dan ia bukanlah suatu isu yang besar dan perlu diperdebatkan. Hanya sebagai perkongsian bersama2 sahabat2 sekelian. Masih tak terlambat lagi untuk penulis mengucapkan tahniah kepada semua BP baru. Semoga tabah dalam menghadapi dan menjalankan amanah ahli terutamanya kepada sahabat penulis dari Syoubra iaitu Dato' Huzaifah. Hehehehe, sengaja penulis berseloroh dengan Ustaz Huzaifah dengan memanggilnya dato'. Apa2 pun tahniah sekali lagi penulis ucapkan kepada semua BP termasuk HEWI PMRAM.

Cumanya di sini penulis ingin mengulas beberapa perkara yang perlu diambil pengajaran oleh semua perwakilan untuk muktamar sesi akan datang. Penulis secara peribadinya memuji kepada seluruh perwakilan yang berlumba2 ingin bersuara di dalam muktamar. Bahkan bagi penulis ini merupakan satu perubahan yang baik. Kerana kita berani bersuara di hadapan orang ramai. Dan penulis sendiri pun tidak bercakap pada muktamar kali ini walaupun sudah 2 kali penulis menghadiri muktamar tahunan PMRAM. Jadi mereka lebih baik dari penulis kerana bersemangat bersuara. Penulis muhasabah diri penulis. Penulis juga melihat perubahan yang baik di kalangan perwakilan akhawat dari PMRAM cawangan Mansurah. Tapi di sebalik kita ghairah ingin bercakap itu, kita tak sedar kesilapan kita. Apakah ia??

Sedikit kesilapan kita ialah bila kita tak menghiraukan arahan tuan presiden selaku pengerusi sidang muktamar. Penulis memerhatikan beberapa kali tuan presiden memberikan arahan dan menegur. Tapi seolah2 tidak dihiraukan. Para perwakilan yang ingin bercakap dipersilakan berdiri atau beratur mengikut giliran. Pada awalnya memang tiada masalah. Tapi setelah berlaku kelewatan dari segi pembahagian masa, maka tuan presiden terpaksa menghadkan masa dan kuantiti para perwakilan untuk bercakap. Arahan tuan presiden begini bagi mengelakan keterlewatan masa. "Bagi mereka yang dah berdiri(untuk berucap) teruskan berdiri dan bagi yang duduk teruskan duduk..."

Apa maksud tuan presiden itu? Maksudnya ialah untuk menjimatkan masa, yang sudah berdiri untuk bercakap biarkan dan yang masih duduk diharapkan tak perlu berdiri lagi untuk mengelak masa jadi panjang lagi. Tapi apa yang penulis lihat, masih ramai yang tak mematuhi arahan ini. 2 kali rasanya tuan presiden memberikan arahan seperti itu. Masih lagi ada yang bangun dan pergi beratur. Akibat dari tindakan ini, telah memaksa tuan penasihat PMRAM iaitu Tuan Guru Ustaz Hairul Nizam bangun lantas menegur para perwakilan yang masih tak mematuhi arahan tuan presiden. Bahasa mudahnya ialah telah menyebabkan tuan penasihat marah kerana sayang kepada semua para perwakilan. Ketika teguran sedang dibuat, masih berbaki seorang perwakilan dari akhawat yang menanti di mikrofon. Selepas tuan penasihat menyelesaikan teguran, ramai perwakilan bertepuk tangan. Seolah2 sedang menyatakan kepada mereka yang melanggar arahan itu 'PADAN MUKA KENA MARAH'..

Jadi dari peristiwa itu, penulis dapat ambil 2 pengajaran. Pertamanya, selepas ini para perwakilan perlu mengikut arahan yang telah diberikan. Kita tak mahu dicop sebagai orang yang tiada adab. Keduanya bagi penulis, jika ada perwakilan kita yang ditegur seperti kes yang penulis nyatakan di atas tadi, usahlah sambut dengan tepukan. Ini boleh menjatuhkan air muka seseorang. Walaupun dia telah melakukan kesilapan sekalipun. Sebagai contoh dari peristiwa muktamar semalam. Cuba para sahabat sekelian fikirkan. Semua tumpukan perhatian ketika tuan penasihat sedang memberikan teguran. Ketika itu siapa yang masih ada di mikrofon? Iaitu seorang ustazah. Dari perwakilan mana, itu penulis tak tahu. Sedangkan sebelum itu ramai lagi yang menunggu giliran dengan cara tak mengikut arahan. Semua orang sudah beredar. Cuma dia seorang masih tercegat di mikrofon. Cuba kita bayangkan. Ustazah itu sedang berseorangan ketika teguran diberikan. Tiba2 kita pula sambut dengan tepukan beramai2. Tidakkah kita memikirkan perasaannya ketika itu? Kita mudahlah bercakap kerana kita tak ada di tempatnya. Cuba bayangkan jika kita pula yang ada di situ? Yaa, dia wajar ditegur oleh tuan penasihat kerana kesalahan yang telah dilakukannya. Tapi kenapa kita sibuk2 nak sambut dengan tepukan? Seolah2 kita ini ingin katakan kepadanya 'PADAN MUKA'.

Penulis misalkan seperti seorang ayah sedang memarahi kakak kita. Adakah kita juga ingin menepuk tangan? Mesti kita duduk diam juga bukan?? Jadi ada baiknya kita juga diam saja ketika diberikan teguran begitu. Ustazah itu sudah berasa lain kerana dia seorang saja yang masih tercegat di mikrofon. Tiba2 kita pula menepuk tangan. Apa yang dia rasakan? Mantain? Orang yang tak ada perasaan saja yang tiada rasa apa2.

Bagi penulis, lebih baik kita diam saja dari menepuk tangan ketika Tuan Guru Ustaz Hairul Nizam sedang 'marah'. Penulis tahu teguran itu untuk semua. Tapi ketika kejadian, hanya tinngal ustazah itu seorang saja. Sudah pasti mata kita semua(para perwakilan) memaku tepat kepadanya. Tindakan menyambut dengan tepukan boleh menjatuhkan air muka seseorang walaupun dia bersalah sekalipun. Kalau hati seorang lelaki pun boleh terasa, apatah lagi hati seorang perempuan yang lembut itu? Fikir2kanlah....

Selepas ini diharapkan para perwakilan dapat memahami dan mematuhi arahan yang telah diberikan. Kita semua mahasiswa. Bak kata mantan presiden PMRAM, Tuan Guru Ustaz Muizz, "Nak jadi pemimpin adalah mereka yang mampu menjaga masa.."

Nasib baik tuan penasihat cepat2 bangun menegur. Kalau tidak kita mungkin masih buat tuan presiden macam kawan2 kita saja. Elakkan semua ini. Ambil iktibar dari 2 pengajaran yang penulis nyatakan tadi.

Ada lagi kisah yang menarik hati penulis untuk dikongsi bersama kawan2 semua iaitu ketika sesi menceritakan perwakilan mana yang paling ramai ketika muktamar berlangsung. Ini bukan 1 isu yaa... Cuma sekadar berkongsi bersama kawan2. Penulis ingin ketawa kecil saja bila perwakilan ikhwah kata mereka lebih ramai. Bangun perwakilan akhawat pula kata mereka lebih ramai. Ini tidak jadi masalah sebenarnya dan bukan 1 isu. Mengikut kiraan kasar oleh ketua ekskutif displin dan protokol muktamar ialah 400 ikhwah dan 300 akhawat dari segi jumlah perwakilan yang hadir. Dan bagi pengamatan kasar penulis pun bila melihat di dalam dewan muktamar, bilangan perwakilan ikhwah lagi ramai. Tapi kalau betul2 ikut kiraan adil dari segi pembahagian muhafazah, penulis rasa perwakilan ikhwah memang kurang berbanding akhawat. Kenapa penulis katakan begitu? Cuba sahabat2 bayangkan kalau perwakilan akhawat merangkumi PMRAM cawangan Syibin el Kom, Dumyat, Syoubra, Zaqaziq dan Tanta. PMRAM cawangan negeri2 usah dikiralah kerana masing2 ada pasangan ikhwah dan akhawat. PMRAM cawangan Mansurah penulis tidak kira kerana ada ikhwah juga. Tak mengapalah kita tolak 1 PMRAM cawangan ikhwah kerana ingin samakan dengan PMRAM cawangan Iskandariah yang merangkumi akhawat sahaja. Tapi masih berbaki lagi PMRAM cawangan ikhwah sahaja.

Jadi cuba bayangkan jika akhawat2 kita juga ada di muhafazah2 yang didiami pelajar ikhwah sahaja? Pasti mereka lebih ramai dari kita di muktamar semalam.... Untuk memberikan sahabat2 gambaran yang lebih jelas, penulis buat sedikit lakaran dan kiraan;
BKAN(negeri) : Masing2 ada ikhwah dan akhawat.

DPM(cawangan) : Mansurah(ikhwah dan akhawat),

Tanta(ikhwah sahaja. Akhwat medik masih tidak menjadi perwakilan Tanta).

Syibin el Kom(ikhwah sahaja),

Dumyat(ikhwah sahaja),

Zaqaziq(ikhwah sahaja. Satu2nya cawangan membawa perwakilan akhawat medik),

Syoubra(ikhawah sahaja),

Iskandariah(akhawat sahaja).

Di sini perwakilan akhawat terbentuk dari himpunan BKAN, cawangan Iskandariah dan Mansurah sahaja. Adapun akhawat medik, hanya beberapa orang sahaja dari Zaqaziq(catat sejarah Zaqaziq hantar perwakilan akhawatnya). Akhawat medik di Tanta tidak menghantar perwakilan.

Perwakilan ikhwah pula terbentuk dari himpunan BKAN, cawangan Tanta, Mansurah, Zaqaziq, Dumyat, Syibin el Kom, Damanhur dan Syoubra.


Ikhwah memerlukan 7 DPM, manakala akhawat pula hanya 2 DPM sahaja. itu pun sudah hampir menyaingi jumlah perwakilan ikhwah.

Jadi cuba sahabat2 bayangkan jika akhawat ada juga di muhafazah yang didiami pelajar ikhwah itu? Mereka mungkin lebih ramai. Sedangkan ketika mereka hanya mengharapkan kepada BKAN, Iskandariah, Mansurah dan sedikit Zaqaziq pun jumlah mereka hampir sama dengan ikhwah. Apatah lagi jika mereka juga sama bilangan dari segi cawangan perwakilan ikhwah??

Sebenarnya benda ini bukan 1 isu pun. Cuma sekadar ingin beritahu saja. Apa yang perlu kita hiraukan ialah kepada ahli PMRAM yang tak hadir muktamar. Kalau ada urusan atau kepayahan, lainlah cerita. Ini yang duduk saja di rumah. Kenapa tak pertikaikan saja mereka itu? Apa2 pun minta maaf jika ada salah silap. Wassalam.............

Gambar2 kenangan yang diambil dari blog sahabat penulis iaitu ustaz Amin.







Ini dia perwakilan dari Mansurah....








12 April 2010

............ Kerana adab kita pada Allah.


Assalamualaikum semua....

Seringkali kali kita mengungkap kata2 ini bila kita ingin tamatkan ucapan kita.... Apakah dia kata2 itu?? Bagi penulis ia cukup2 popular.. Benar? Yaaa, kata2 itu ialah ungkapan, "Apa yang baik itu datang dari Allah dan apa yang buruk itu datang dari saya sendiri......"

Kenapa kita bercakap begitu sedangkan bukankah semua perkara yang wujud dan berlaku dalam dunia ini kerana qudrat Allah taala?? Samada perbuatan itu baik ataupun buruk.. Semua itu kerana qudrat Allah taala. Kita ini tiada langsung kuasa untuk memberi kesan atau bekas kepada sesuatu perkara. Jika kita tilik dari segi makna hakikatnya maka ucapan beginilah lagi betul dan bersesuaian dengan qudrat Allah taala itu sendiri. Bagaimana ayatnya? Begini, "Apa yang baik dan buruk itu datang daripada Allah taala..." Itu jika tilik dari segi makna hakikat maka benar lah ayat ini. Kerana apa? Kerana segala sesuatu yang berlaku di dalam dunia ini samada baik atau buruk sememangnya datang dari Allah. Kita? Kita tiada kuasa dan kemampuan untuk melakukan sesuatu kalau bukan kerana Allah yang menggerakkan anggota kita. Benar? Yaa, begitulah hakikatnya. Makhluk di dalam dunia ini tidak mampu untuk lakukan apa2 melainkan kuasa dari Allah taala. Inilah pandangan ahlus sunnah wal jamaah. Jika kita mengatakan kita ini melontarkan sesuatu. Adakah kita yang lontarkan? Tidak. Hakikatnya Allah taala yang memberikan kita sedikit kuasa melalui tangan dan seterusnya kita mampu melontarkan sesuatu itu. Dan banyak lagi contoh2 yang lain. Pendek katanya, makhluk ini tak boleh memberi bekas. Hanya Allah taala saja yang memberi bekas.

Kita berbalik kepada ungkapan tadi iaitu "Apa yang baik itu datang dari Allah dan apa yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.." Sebenarnya ungkapan ini ialah kerana adab kita dengan Allah taala.. Sekali lagi penulis ulang, ungkapan ini ialah kerana adab kita dengan Allah. Walaupun hakikatnya kedua2nya itu(baik dan buruk) datang dari Allah. Tapi sebagai hamba yang hina ini, kita perlu ada adab dengan Tuhan Maha Agong ini iaitu Allah. Jika dengan orang berjawatan besar pun kita menjaga adab. Apatah lagi dengan tuan empunya dunia ini?? Saranan penulis, ada baiknya selepas kita ungkapkan begitu kita kata pula selepasnya begini ".....Hakikatnya kedua2 itu(baik dan buruk) datang dari Allah taala.."

Firman Allah taala di dalam surah An nisa' yang terjemahannya begini,

" Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari(kesalahan) dirimu sendiri....."


Semoga kita tahu adab dengan Allah taala. Jika dengan manusia kita boleh menjaga adab, apatah lagi dengan Allah tuan empunya alam ini?? Jika orang bertanya mengapa kita mengungkap begitu? Kita jawab, "...Kerana adab kita pada Allah...." Wassalam........



-Rujukan kitab Matan Jauharah At Tauhid(Imam Ibrahim Al Laqoni) bersama syarahnya Tuhfatul Murid(Imam Ibrahim Al Bajuri), kitab kuliah Usuludin tahun 2 Universiti Al Azhar, Mesir.

11 April 2010

MEMORI MUKTAMAR SANAWI PMRAM KE 76 (2009)...




Assalamualaikum semua....

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi Muktamar Sanawi PMRAM yang ke 77 akan berlangsung. Sedar tak sedar, muktamar datang lagi. Saban tahun akan menyaksikan kepimpinan PMRAM akan bertukar ganti. Tahun ini juga mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila kerusi calon BP PMRAM dipertandingkan. Sudah sekian lamanya menang tanpa bertanding. Keputusan pilihanraya boleh lihat di blog sahabat penulis ini.

Tahun ini sekali lagi penulis berpeluang menjadi perwakilan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah ke Muktamar Sanawi PMRAM. Tahun lepas penulis lebih kepada memerhatikan saja. Tahun in tak tahu lagi bagaimana. Jika perlu penulis bercakap, penulis cuba untuk bercakap.

Apa2 pun selamat bermuktamar kepada semua perwakilan seluruh muhafazah!!!!




Memori Muktamar Sanawi PMRAM kali ke 76.....

Perwakilan Mansurah....


8 April 2010

BAHASA GERIK ULU(Pedalaman)...



Assalamualaikum semua....

Entri kali ini ingin menceritakan pula tentang BAHASA.... Semua orang sudah maklum apa itu maksud bahasa. Samada bahasa dengan kata2 atau isyarat dan sebagainya..... Allah menciptakan makhluk yang bernama manusia ini dengan pelbagai bangsa dan keturunan. Beribu2 bangsa di dalam dunia ini yang telah Allah jadikan dengan sifat qudratNya itu. Allah maha pekuasa untuk ada dan tiadakan sesuatu. Ini jelas. Jika kita mempelajari ilmu kalam, maka kita akan berjumpa dengan perbahasan perkara 'mumkin'. Harus bagi Allah taala untuk mengada dan meniadakan sesuatu.. Setiap bangsa yang Allah jadikan itu berlainan bahasa mereka. Bahkan dalam bangsa itu pula ada suku sakatnya pula. Di dalam suku sakat itu sendiri sudah berlainan bahasanya. Sedangkan di dalam sesebuah negara itu sendiri ada pelbagai bahasa yang dituturkan.. Inilah antara kebesaran Allah taala.

Kita pergi pula kepada keadaan negara kita iaitu Malaysia tercinta. Malaysia terdiri daripada 16 negeri termasuklah 3 buah Wilayah Persekutuan(Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya) yang membentuk sebuah negara merdeka iaitu Malaysia. Bahasa rasmi kebangsaan ialah bahasa melayu. Bahkan bahasa melayu ini juga bukan saja dituturkan di Malaysia. Negara2 jiran yang berdekatan seperti Indonesia, Brunei, selatan Philipina dan selatan Thailand(wilayah Patani) juga bertutur menggunakan bahasa Melayu. Jika pergi lagi kepada setiap negeri di Malaysia ini pula maka kita akan berjumpa dengan masyarakatnya yang berbilang bangsa dan kaum ini bertutur di dalam bahasa melayu, tetapi bahasa melayu kampung atau pasar. Di dalam bahasa arab dipanggil lughah 'ammiyah(bahasa pasar). Sebagai contohnya, jika negeri Kedah bertutur dengan loghat utaranya. Orang Johor dengan loghat selatannya dan orang Kelantan dengan loghat pantai timurnya. Tak lupa juga Negeri 9 dengan bahasanya. Masing2 negeri ada bahasa setempatnya tersendiri. Itu perkiraan kita secara kasar. Tidaklah ingin oleh penulis untuk membahaskan 1 persatu tentang semua bahasa dalam setiap negeri di Malaysia ini. Kerana penulis bukanlah pengkaji sejarah atau bahasa. Apa yang penulis tuliskan ini adalah kajian penulis selama ini berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis yang tak seberapa ini. Penulis lebihkan kepada bahasa tanah air penulis sendiri iaitu Gerik. Sebelum itu sukalah penulis sebutkan bahawa di sebalik bahasa setiap negeri pun masih ada perbezaannya. Lagi akan datang penulis sebutkan pada kawan2 semua.

Berbalik kepada tajuk asal entri penulis ini iaitu bahasa Gerik Ulu(pedalaman). Mengapa penulis menulis tentang semua ini? Kerana ramai yang masih tidak mengetahui bagaimanakah rupa dan bunyi dialek bahasa Gerik Ulu ini.. Penulis tergerak hati untuk menulis bila ramai di kalangan kawan2 penulis tidak mengetahui dengan apa yang penulis tuturkan. Mereka menyangkakan bahawa penulis ini sedang bertutur dalam bahasa Kelantan atau Terengganu. Sedangkan tidak! Sama sekali tidak. Penulis bertutur dalam bahasa Gerik Ulu yang digunakan separuh daripada penduduk daerah Gerik. Di bawah ini di antara kalam2 kawan2 penulis ketika mempertikaikan cara penulis bertutur menggunakan bahasa Gerik Ulu.




"Mu ni kalu nok kecek kelate pong,bukenyo bunyi lagu tuu.."


"Sejak bile belaja bahase ganu ni?"

"Kenapa nak cakap Kelantan bunyi macam siam ja pun."




Inilah antara kalam2 sahabat penulis yang tidak mengetahui bahawa penulis bukanlah bercakap bahasa Kelantan atau Terengganu. Tetapi bahasa kampung penulis sendiri iaitu bahasa Gerik Ulu.

Sebelum penulis menjelaskan lagi bagaimanakah rupa dan bunyi bahasa Gerik Ulu ini, sukalah penulis menceritakan sedikit kedudukan daerah yang bernama Gerik ini. Daerah Gerik terletak di utara negeri Perak. Jika di dalam pembahagian kawasan iaitu Perak Hilir, Perak Tengah dan Perak Hulu maka daerah Gerik terletak di kawasan Perak Hulu atau Hulu Perak. Daerah Gerik ini juga berjiran dengan daerah dari negeri jiran iaitu Kedah dan Thailand di sebelah utara dan Kelantan di sebelah timur. Daerah Gerik bersempadan dengan daerah Baling, Kedah dan daerah Betong, Thailand. Dan bersempadan dengan tanah jajahan Jeli, Kelantan. Jadi sekarang kawan2 semua sudah dapat mengetahui kedudukan bumi Gerik ini.



Kedudukan daerah Gerik di dalam peta Malaysia. Boleh klik gambar untuk gambaran lebih jelas.
Cuba lihat pada lingkaran merah yang penulis tandakan.


Sememangnya bahasa Gerik Ulu ada persamaan dengan bahasa Kelantan. Sebab itu tak mustahil, bila penulis bertutur bahasa kampung penulis, mereka menyangkakan penulis bercakap dalam loghat Kelantan yang tak berapa nak jadi. Bukan kerana tak berapa nak jadi. Tetapi ada pada beberapa perkataan tak sama dengan dialek Kelantan. Sebab itu nampak seperti cakap Kelantan yang tak berapa nak jadi, tapi tidak begitu. Jadi penulis harapkan selepas penjelasan penulis dalam entri ini, dapat memahamkan kawan2 penulis semua. Bahasa Gerik Ulu ini juga digunakan secara meluas di beberapa daerah di Negeri Kedah. Oleh itu kawan2 semua janganlah menyangka bahawa semua orang Kedah bercakap utara. Sebab ada beberapa daerah di dalam negeri Kedah tidak bercakap loghat utara. Tetapi bertutur di dalam loghat kampung ulu. Sebagai informasi awal penulis nyatakan di sini daerah manakah yang bertutur sama juga seperti orang ulu Gerik bertutur. Daerah Baling dan Sik antaranya yang bertutur loghat yang sama dengan orang ulu Gerik. Nanti penulis akan nyatakan perkataan2 yang sama dan tak sama dengan loghat masing2..



ASAL USUL PENULIS.

Penulis berasal dari Gerik, Perak. Lahir di Kampung Kerunai, Gerik, Perak(berdarah Acheh, Patani dan Pakistan). Kedudukan kampung kami di Gerik sememangnya 1 kawasan yang pedalaman ataupun ulu. Kedudukan geografi bumi Gerik berbukit bukau dan bergunung ganang. Di kampung penulis, jika pagi2 menjengah rupa, pasti kesejukan menusuk tulang temulang. Dan wap pun mampu keluar dari mulut. Tetapi tidaklah sebanyak wap di negara Eropah ataupun Mesir ini. Siaran television dan
line telefon pun susah untuk didapati kerana kedudukan kampung kami begitu dalam(ulu) dan ceruk. Sebab itu jangan terkejut kalau melihat setiap rumah di kampung penulis menggunakan siaran berbayar Astro. Kampung kami susah untuk dapatkan siaran tv. Jika ada pun hanyalah tv 1 dan 2. Kadang2 dapat juga siaran Thailand. Siaran tv dan line telefon hanya dapat jika di pekan Gerik dan tempat yang sudah hampir dengan pekan Gerik. Tapi kini setelah tiang pencawang didirikan di kampung Jong(sempadan Kampung Kerunai), maka line telefon mula didapati. Walaupun kedudukan kampung penulis di pedalaman atau ulu, namun ramai yang tidak tahu bahawa jalanraya di depan rumah penulis ialah laluan utama orang ramai menggunakannya. Jika dulu sebelum lebuhraya Pulau Pinang ke Kelantan yang bersambung pula dengan lebuhraya Timur Barat tidak siap lagi, maka jalanraya depan rumah penulislah menjadi laluan utama. Orang Kedah jika ingin pulang ke Kelantan pasti ikut jalanraya itu. Dan sebaliknya.... Lori2 balak sentiasa ulang alik di jalan itu. Kini highway(lebuhraya Pulau Pinang-Kelantan) baru sudah siap. Tidaklah sibuk sangat jalanraya di depan rumah penulis.

Abah penulis seorang angkatan tentera. Sekarang sudah pencen. Kami pernah menetap di Melaka selama 7 tahun lebih. Dan di Kedah pula selama 7 tahun. Penulis juga boleh berbahasa orang selatan kerana dulu mula2 sampai Kedah penulis bertutur dalam loghat selatan saja. Bila sudah lama menetap di Kedah, loghat selatan penulis bertukar pula kepada loghat utara dan sehingga kini pun penulis masih menggunakan bahasa utara sebagai bahasa rasmi penulis. Penulis jarang berada di kampung kerana kehidupan besar penulis banyak berada di Kedah. Sebab itu kalau orang yang tak kenal penulis mereka mengatakan penulis ini orang Kedah. Tapi hakikatnya penulis anak jati Perak. Namun penulis tetap tahu bahasa 'ibunda' penulis iaitu bahasa Gerik Ulu. Dan penulis tak mampu untuk bertutur dalam loghat Perak Tengah dan Hilir(Kuala Kangsar, Ipoh, Teluk Intan, Bota dan sebagainya).



PERSAMAAN PERBEZAAN BAHASA ANTARA BEBERAPA DAERAH DAN NEGERI.

Sekarang kita lihat pula perkataan2 yang digunakan di dalam kehidupan seharian kita. Penulis ingin buat perbandingan dengan perkataan ini samada sama atau tidak dengan bahasa Kelantan, Gerik Ulu, Baling, Sik dan seangkatan dengannya...




Perkataan baku bahasa melayu :
Pergi

Bahasa Gerik Ulu, Baling dan Sik :
Gi

Bahasa Kelantan :
Gi

Bahasa popular utara :
Pi


Perkataan baku bahasa melayu :
Mereka

Bahasa Gerik Ulu, Baling dan Sik :
Dema ('ma' dibaca seperti nak bunyi 'mo', tapi tidak berbunyi
begitu. Hanya hampir2 nak bunyi 'mo' saja)

Bahasa Kelantan :
Demo

Bahasa popular utara :
Depa, lepa ('pa' dibaca seperti nk bunyi 'po')


Perkataan baku bahasa melayu :
Awak

Bahasa Gerik Ulu, Baling dan Sik :
Mu

Bahasa Kelantan :
Mu

Bahasa popular utara :
Hang


Perkataan baku bahasa melayu :
Kamu

Bahasa Gerik Ulu :
Mika ('ka' dibaca seperti nak bunyi 'ko', tapi tidak berbunyi begitu. Hanya hampir2 nak bunyi 'ko' saja)

Bahasa Kelantan :
Puak mu

Bahasa Sik dan Baling :
Moha atau Huma ( 'ma' juga dibaca seperti nak bunyi 'mo')

Bahasa popular utara :
Hampa


Perkataan baku bahasa melayu :
Tersangat manis

Bahasa Gerik Ulu,Baling dan Sik :
Manih leting

Bahasa Kelantan :
Manih leting

Bahasa popular utara :
Manih melecas

Perkataan baku bahasa melayu :
Kampung Sungai Limau ( nama tempat di Baling)

Bahasa Gerik Ulu,Baling dan Sik :
Kapong Sunge Limo ( 'nge' dibaca dgn bunyi seperti menyebut perkataan 'where' dlm B.I.)

Bahasa Kelantan :
Kapung Sunga Lima


Perkataan baku bahasa melayu :
Pulang, balik

Bahasa Gerik Ulu,Baling dan Sik :
Kelik

Bahasa Kelantan :
Kelik


Perkataan baku bahasa melayu :
Faham

Bahasa Gerik Ulu,Baling dan Sik :
Paha ( Tulisannya seperti berikut,tp bunyi 'ham' itu seolah2
dibuangkn dan tak disebut huruf 'M' nya dan didengungkan sedikit ketika menyebut 'ha' itu)

Bahasa Kelantan :
Pehe


Perkataan baku bahasa melayu :
Benci

Bahasa Gerik Ulu,Baling dan Sik :
Beci

Bahasa Kelantan :
Beci


Ayat baku bahasa melayu :
Tidak mahu

Bahasa Gerik Ulu,Baling dan Sik :
Tak mboh (sama dengan Terengganu)

Bahasa Kelantan :
Tok ser


Bahasa Gerik Ulu, Baling atau Sik ada kelainan lagi dengan bahasa Kelantan dari segi bunyi huruf vokal yang berada di hujung perkataan. Sebagai contoh bagi kalimah Sampai dalam bahasa bakunya. Di dalam dialek Gerik Ulu, Baling dan Sik berbunyi Sape. 'Pe' dibaca seperti imalah dalam ilmu tajwid atau dibaca seperti bunyi perkataan 'where' di dalam bahasa inggeris. Harap kawan2 semua dapat faham betul2. Bezanya dengan Kelantan ialah Kelantan berbunyi Sapa. Dan contoh yang lain bagi kalimah Tupai(sejenis binatang). Di dalam dialek Gerik Ulu, Baling dan Sik ia berbunyi Tupe. 'Pe' berbunyi sama seperti pe yang ada di kalimah sampai tadi. Bagi Kelantan pula berbunyi Tupa. Samalah juga dengan perkataan Pandai. Kalau Gerik Ulu dan senagkatannya berbunyi Pande dan Kelantan pula berbunyi Panda. Nampak tak perbezaanya. Walaupun ada perbezaan, tetapi persamaannya juga banyak. Cuma bunyi dialek itu berbeza sedikit.

Perhatian ya, tak semua orang Kedah bertutur dalam bahasa 'utara' seperti kebanyakan orang faham dan dengar. Jika di kampung2 pedalaman(ulu) mereka lebih selesa bertutur dalam bahasa kampung saja. Seperti itu juga negeri Perak. Bukan semua orang Perak bertutur bahasa Perak yang seperti kebanyakan orang faham dan dengar. Daerah Gerik antaranya daerah yang berbeza dengan bahasa Perak yang lain. Kenapa nak pelik jika orang Gerik Ulu bertutur seperti bunyi orang Baling atau Kelantan? Mudah saja penulis jawab. Daerah Gerik bersempadan dengan daerah Baling(Kedah) dan daerah Jeli(Kelantan), jadi tak mustahil lah dialek bahasa hampir sama. Sekadar perkongsian dengan sahabat2 sekelian... Moga manfaat. Wassalam...


Peta Negeri Perak.



5 April 2010

Allahyarham Hafizul Husna yang ku kenal.....




Assalamualaikum semua.....

Entri kali ini ditulis bagi mengenangkan seorang kawan seperjuangan yang telah pergi meninggalkan kita buat selama2nya iaitu Allahyarham Hafizul Husna. Hati ini teramat sedih mendengar berita ini. Penulis mengenali secara rapat dengan arwah ketika program bakti siswa yang dianjurkan oleh pelajar Al Azhar yang pulang ke tanah air tahun 2008 dahulu. Penulis masih ingat lagi arwah datang setiap kali ke program bersama motor skuternya.. Sejak dari program itu, penulis mula mengenali arwah secara dekat. Arwah seorang yang peramah dan mesra. Penulis tak kekok untuk bersama arwah. Tapi oleh kerana arwah berada di Kaherah dan penulis di Mansurah, maka kami tidak lah selalu berhubung dan berjumpa. Cuma baru2 ini penulis bertemu semula di suq(pasar) Dirasat, Mansurah. Tapi tak sangka itu adalah pelukan terakhir penulis bersama arwah. Kami berpeluk erat kerana sudah lama tak berjumpa. Ya Allah rupa2nya itu adalah pelukan terakhirku bersama arwah. Sedih sangat2. Tatkala entri ini ditulis, penulis tak dapat tahan lagi kesedihan itu.. Ya Allah, tempatlah dia bersama2 orang yang soleh.

Ketika penulis mendengar berita ini, penulis berada di ARMA kerana menemani seorang kawan urusan pernikahan. Terkedu penulis tak tahu nak ucapkan apa2. Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un......

Sahabat.... Moga kau tenang di sana. Ya Allah, tempatkanlah dia bersama2 mereka yang soleh dan jadikanlah kuburnya seperti taman2 di syurga. Amiiin..


4 April 2010

Hasil lukisan Penjejak Zaman....



Assalamualaikum semua...

Kali ini penulis ingin berkongsi dengan sahabat2 semua hasil lukisan penulis. Untuk pengetahuan semua, penulis juga merupakan seorang kartunis untuk komik Al Fityan. Untuk mengenali apa itu komik Al Fityan, sahabat2 boleh layari link ini.

Inilah hasilnya yang sekadar penulis mampu hasilkan. Banyak kekurangan. Tapi mahu juga berkongsi bersama sahabat2 sekelian...

Di dalam komik Al Fityan, penulis menggunakan nama pena sebagai Penjejak Zaman..

Harap sahabat2 boleh memberikan komen dengan lukisan ini... Maklumlah, penulis baru ingin berjinak2 dengan dunia kartunis...... Jazakallah....


Penulis sebagai pengarah program bengkel krew Al Fityan komik bersama BP PMRAM, ustaz Ahmad Taufiq.

Penulis bersama2 rakan seperjuangan Al Fityan komik.


Penulis sedang cuba menunjukkan ke'terrer'an melukis. Hehehehehe...

2 April 2010

MANA USAHA KITA SELAMA INI???


Assalamualaikum semua....


Sejak akhir2 ini kecoh dengan pelbagai pendedahan tentang kemaksiatan yang berlaku di bumi anbiyak ini. Tak kira sama ada si pelaku itu dari kalangan pelajar perubatan mahupun pelajar pengajian islam. Mendedahkan sebarang kesalahan yang telah si pelaku lakukan ada ketikanya dilarang dan diharuskan. Dan untuk menyatakan bahawa seseorang itu teruk perangainya di pandangan umum pun ada ketikanya diharuskan dan ada ketikanya dilarang(bab mengumpat yang dibenarkan syara' dalam kitab penawar bagi hati). Tapi adakah kita benar2 faham situasi bagaimanakah mengharuskan kita untuk menyatakan kepada si fulan atau fulanah itu teruk perangainya? Menghujum individu seseorang atau jamaah(berkumpulan) adalah suatu yang dilarang agama. Namun di sana ada ketikanya harus menghujum seseorang.


Menjadi kesalahan besar orang hari ini ialah hanya pandai menghujum tapi tiada langsung usaha untuk memperbaiki kesalahan si pelaku tadi. Ketahuilah bahawa jika seseorang itu mengatakan bahawa, "Sudah teruk umat zaman sekarang ini.." sedangkan dia tiada usaha dalam membaik pulihkan umat ini, maka dialah sejahat2 manusia. Kerana apa? Kerana dia hanya pandai mengatakan 'dia itu teruk' atau 'jahatnya dia tu' tanpa ada usaha untuk mengislahkan kembali mereka yang melakukan kesalahan itu. Ini terjadi kepada mereka tidak kira siapa. Bila nama saja mukallaf, maka tertanggung kewajipan ini(amar ma'ruf nahi mungkar) ke atas dirinya, iaitu mengislahkan orang lain di samping mengtarbiyah diri sendiri. Rasanya penulis tidak perlu huraikan secara terperinci peranan kita di dalam 'amar ma'ruf nahi mungkar' ini. Semua sudah ma'ruf dan ma'lum tentang perkara ini. Tapi adakah akan selesai masalah hanya dengan kita ini menghujum dan terus menghujum? Ya, walaupun hakikatnya mereka itu terang2 melakukan kesalahan. Kalau di sini(Mesir) lebih terkenal dengan 'kesalahan hisbah'. Baik, sekarang penulis ingin bertanya pada diri penulis sendiri dan semua(sebagai muhasabah smua). Adakah kita ini pernah menziarahi golongan2 yang melakukan kesalahan hisbah ini? Adakah kita pernah menyantuni golongan ini? Adakah kita pernah beramah mesra dengan mereka? Adakah kita ini pernah ambil tahu dan bertanyakan mengapa mereka jadi begitu? Adakah kita pernah bersama2 Unit Hisbah dalam membanteras segala gerak kerja mereka yang salah di sisi syariat ini? Dan adakah kita ini pernah dihina atau dikeji ketika melakukan teguran atau gerak gempur hisbah? Cuba kalian semua hisab diri semula. Adakah kita ini pernah lakukan semua yang penulis nyatakan tadi?? Kalau tak pernah lakukan, maka ketahuilah bahawa kita ini tidak layak langsung untuk mengatakan bahawa 'Jahatnya dia ni...' 'Kenapa teruk sangat dia ini?' 'Apa nak jadilah dengan mereka ini.' Kenapa penulis mengatakan bahawa kita tidak layak untuk menghujum mereka? Kerana kita tak pernah ambil tahu tentang mereka. Yang kita tahu ialah bila dengar satu2 berita dan terus berkata...."Ish2, apa nak jadilah mereka ini.." "Kenapa teruk sangat tuu?" Mereka ni tak tahu hukum kah?" dan pelbagai lagi kata2 yang kita hamburkan kepada mereka. Ya, memang benar kita mengatakan begitu dengan apa yang telah mereka lakukan. Tapi adakah layak bagi kita yang hanya berehat di rumah, tidur, riadhah dan belajar, tiba2 kitalah jadi seorang juara menyatakan kemarahan kita dengan apa yang telah golongan ini lakukan.


Bagi penulis, kita ini layak untuk menyatakan kemarahan kita atau kesusahan hati kita dengan apa yang telah berlaku sekarang ini jika kita ini sudah letih menasihati mereka. Atau kita ini sudah puas menziarahi mereka, bertanyakan masalah mereka. Atau kita ini sudah lali dihina, diherdik atau dimaki. Atau kita ini sudah puas menyantuni golongan ini dengan mengambil tahu apakah masalah sebenar mereka. Kalau kita sudah puas lakukan semua itu, maka bagi penulis, kita layak untuk menyatakan ketidak redhoan hati kita ini terhadap segala maksiat yang mereka lakukan. Tapi sayang.. Hari ini kita hanya dengar di hujung telinga terhadap 1,1 berita lantas menghujum dan terus menghujum. Kenapa kita sendiri tidak pergi kepada mereka? Ziarahi mereka? Santuni mereka? Cuba ambil tahu apa masalah mereka? Ada kita lakukan sebegitu?? Bagaimana kita nak lakukan begitu kalau hati kita ini jijik memandang mereka! Inilah kesalahan yang kita tak sedari. Yang kita tahu adalah berterusan memandang serong, jijik untuk berjumpa mereka, memulau mereka dan sebagainya. Akhirnya siapa yang rugi? Kita juga yang rugi kerana dakwah tidak sampai kepada mereka. Oleh itu bagi penulis, adalah lebih layak bagi kita untuk menunjukkan ketidakpuashatian kita terhadap golongan ini jika kita sudah puas,letih dan usaha dalam mendekati golongan ini. Yang lain itu kita berserah kepada Allah taala. Kesan dan hasil dakwah itu tidak semestinya bersegera untuk mad'u kita berubah. Bukan senang. Tak mustahil boleh memakan masa selama bertahun2 lamanya.


Adalah tidak patut bagi kita hanya pandai kata 'Ini salah, itu salah' 'Teruknya perangai' tapi dalam masa yang sama kita hanya duduk rehat di rumah tanpa ada sebarang usaha. Jika begini sikap kita, maka tak mustahil pulang ke Malaysia nanti pun kita akan diam saja. Yalah, sudah dapat gaji besar buat apa nak pedulikan lagi tentang masalah umat kan? Dalam hal ini penulis lebih suka dengan cara jamaah tabligh(pelajar Malaysia di Mesir). Mereka benar2 memikirkan masalah umat dan mereka membuktikan keperihatinan mereka itu dengan cara berdakwah, mengambil berat dan santuni elok2 golongan pelaku maksiat itu. Sebenarnya penulis juga sedang menasihati diri penulis sendiri. Sebab penulis sendiri tidak mampu untuk menjadi mereka yang benar2 ambil tahu tentang masalah hisbah ini. Penulis walaupun dilantik sebagai ketua gerak gempur hisbah Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sekalipun tidak mampu untuk menziarahi mereka selalu, menyantuni mereka. Atau bertanya khabar kepada mereka. Namun penulis cuba dan terus cuba. Penulis bersyukur kepada pengarah hisbah DPM Mansurah(Ustaz Adham Al Haraki) kerana sudi libatkan diri penulis dalam gerak kerja ini. Kita bukannya ‘suci’ untuk terus menghujum orang. Masing2 ada kelemahan dan sama2 mengislahkan diri. Apa2 pun bagi penulis, kepada mereka yang sudah puas menegur dan menyantuni golongan pelaku maksiat ini, maka wajarlah dia menunjukkan ketidakredhoan hatinya itu. Itu layak bagi dirinya. Tapi bagi kita yang tak pernah tegur, ambil tahu dan santuni golongan ini, janganlah sesuka hati berkata “Ish,ish.. Apa nak jadilah mereka ini. Teruknya mereka ini. Tak tahu hukum kah?” sambil rehat2 di rumah. Pantang dengar ada kes hisbah saja, mulalah mulut itu nak berbicara sumbang. Yang kita peliknya, dia tak pernah pun keluar ambil tahu tentang golongan pesalah hisbah ini. Yang dia tahu hanya merungut dan terus merungut. Inilah sejahat2 orang.


Kita wajib menyatakan ketidakredhoan hati kita ini. Tapi mestilah bersama usaha untuk membaik pulihkan mereka. Bukannya hanya tahu duduk rehat2 di rumah dan berkata “Teruknya perangai…”… Apa usaha kita bagi memastikan mereka ini berubah? Apa usaha kita selama kita duduk di Mesir ini? 4,5,6 ,7 tahun berada di Mesir pernah tak kita bawa mereka dan diri kita ini mengislahkan diri?? Pernah tak? Kalau tak pernah, maka layaklah untuk kita minta ampun pada Allah..

“Ya Allah ya tuhanku, ampunilah dosa2 ku. Semua ini salah aku. Selama aku berada di Mesir ini, tak pernah pun aku mengambil tahu tentang mereka. Yang aku tahu hanyalah salahkan mereka dan terus hujum mereka. Ya Allah, ampunilah dosa2ku ya Allah. Aku bersalah kepada mereka. Aku bersalah kerana inginkan aku saja yang masuk syurgamu, tapi tidak bawa mereka sekali. Aku biarkan mereka begitu. Ya Allah, sungguh2 aku minta ampun.” Inilah doa yang perlu kita mohon pada Allah. Tidakkah kita ini rasa berdosa selama mana kita berada di Mesir ini, adakah kita ini pernah ambil tahu tentang mereka? Kalau rumah mereka pun kita tak pernah pergi, bagaimana kita ini boleh menjadi juara dalam isu ini? Sedangkan bukan jauh pun rumah2 mereka dengan kediaman kita. Tanya diri kita. Tenyeh hati kita ini. Muhasabah diri kita. Apa yang telah kita lakukan dalam memastikan mereka tidak melakukan masalah hisbah ini!


Iman kita lemah atau kita ini malu??

Seringkali kita berhadapan dengan masalah ini. Semua orang tahu tentang hadis ini. Cukup popular. Antara terjemahannya.."Barang siapa yang telah melihat dari kamu akan kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya(kuasa), jika dia tidak mampu, gunakanlah lisannya, jika dia tak mampu, gunakanlah hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah2 iman…” au kama qol.

Ramai orang yang salah faham dengan ayat terakhir dalam petikan hadis ini. Jika kita tak mampu untuk menegur, dengan mudah kita mengatakan “cukuplah aku tak redho dengan hati aku di atas perbuatan mereka itu..” Benarkah kita ini tak mampu atau kita ini malu dan segan(bahasa utara) nak tegur sebenarnya?? Tilik diri kita.. Adakah kita sudah lemah imannya atau sebenarnya kita ini malu nak tegur?

Tuan guru Ustaz Salman Maskuri pernah membahaskan tentang perkara ini. Beliau mengatakan bahawa kebanyakan kita bukannya tidak mampu untuk tegur dengan kata2, tapi kita ini malu. Malu ini tidak akan diterima alasannya oleh Allah taala nanti. Jika Allah tanya nanti, kita nak jawab tak mampu kerana iman kita lemah atau sebenarnya kita ini malu nak tegur? Di hadapan Allah taala nanti, hati kita ini tak boleh tipu lagi. Mana mungkin iman kita ini lemah dalam menghadapi sesetengah perkara itu. Masuk aqalkah jika kita tegur sepasang pasangan kekasih tengah bermadu asmara lantas mereka itu memukul kita balik? Lainlah jika kita berhadapan dengan sekumpulan manusia yang sedang lakukan maksiat, mungkin itu masuk akal jika kita mengatakan bahawa kita tak mampu untuk tegur. Kerana kemungkinan mereka itu akan menyerang kita balik. Ketika itu alasan ‘tidak mampu tegur menggunakan lisan dan cukuplah hati ini tidak redho dengan perbuatan mereka’ masuk aqal untuk diterima. Tapi kalau kita ini ternampak pasangan kekasih ataupun jika di Mesir ini popular dengan keluar malam sesuka hati bagi pelajar perempuan, tiba2 kita nak guna alasan ‘gunakan hati sebagai tidak redho dengan perbuatan mereka itu’. Masuk aqalkah? Adakah memungkinkan bahawa mereka(pelajar perempuan) itu akan menyerang kita balik? Iman kita lemah atau kita ini malu sebenarnya?? Jangan tipulah. Penulis berani katakan bahawa kebanyakan kita ialah malu. Penulis juga ada rasa begitu. Sebab itu penulis cepat2 muhasabah diri setelah mendengar Tuan guru Ustaz Salman Maskuri kata begitu. Banyak kesilapan kita dalam tak sedar. Kita nak berdakwah, tapi kita tak belajar tentang ilmu usul dakwah. Inilah masalah kita. Sering melakukan kesilapan dalam berdakwah.


Penulis menyeru(berwasiat) pada diri ini dan semua...Usiykum wa NAFSI, marilah sama2 kita berikan kerjasama terhadap pihak HISBAH PMRAM samada peringkat pusat atau furu'. Adapun kepada ahli biasa, jangan hanya tunggu pihak hisbah turun padang. Kita ahli biasa juga mampu untuk lakukan 'amar ma'ruf nahi mungkar' ini. Kebanyakan orang mampu lakukan amar ma'ruf.. Tapi jarang yang mampu lakukan nahi mungkar. Bukan kerana tak mampu. Tapi kerana malu, malas dan sebagainya. Kita sama2 muhasabah diri kita yang serba kekurangan ini... Wassalam..


- Rujukan kitab Nuzum islamiah bahagian Hisbah (kitab usuluddin tahun 1 Universiti Al Azhar lelaki cawangan Mansurah).

- Tuan guru Ustaz Salman Maskuri.