1

ABADIKAN SEBUAH KENANGAN......

1

TERKENANG WAKTU DULU : BERMUKIM 2 MINGGU DI ENGLAND...






Assalamualaikum semua......


Terkenang waktu dulu... Yaaaa... Teringat kembali kenangan aku yang pernah bermukim di England selama 2 minggu sebelum pulang semula ke Mesir. Tak pernah termimpi bahawa aku akan jejak kaki jua ke tanah 'omputeh' ini.. Taqdir yang menentukan segala... Ia terjadi bila kak aku(Zakiah, sekarang jurutera di Bintulu), menjemput ku ke England untuk menemaninya ketika majlis konvokesyen di universitinya iaitu University of Sheffield. Perasaan aku ketika itu gembira sangat kerana berpeluang untuk bertamu ke negara orang. Bukan senang untuk ke sana. Tambahan pula kak aku sponsor semuanya. Dari tiket sehinggalah perbelanjaan aku di sana. Sekupang pun aku tak keluarkan duit. Semuanya dibiayai oleh kak lang. Kak lang memang seorang yang baik hati. Hehehehe. Bukan nak jek... Tapi realiti... Hehe.

Aku mula berlepas ke England sekitar bulan 7 yang lepas. Aku mula2 risau juga kerana berseorangan saja ke sana. Yalaa. Pergi ke negara yang memang asing bagi kita kan. Tapi tak mengapa. Berbekalkan semangat aku boleh dan Malaysia boleh, aku kuatkan semangat.. Hehe. Sebenarnya banyak cabaran yang aku tempuh sebelum berjaya memasuki England ini. Boleh baca di entri aku yang lepas... http://menjejakharapan.blogspot.com/2009/07/dari-mesir-ke-englandcatatan-dariku.html

Akhirnya aku sampai jua jejakkan kaki ke England. Alhamdulillah. Apa yang menarik ya dengan England? Hurmm... Banyak juga tempat2 yang menarik bagi aku laaa.... Sebenarnya kalau tak ada tempat menarik pun di England itu, aku nak pergi juga sebab aku memang suka melihat tempat orang(Mekah,Jordan,Syria,Libya, Sudan dan Jazair antara negara yang aku teringin sangat nak pergi). Antara tempat menarik yang aku teringin sangat nak pergi di England sudah semestinya Stadium Emirates untuk pasukan kegemaran aku, Arsenal!!! Yang itu saja bagi aku.. Yang lain biasa2 aja.. Tapi dah ada peluang ini, takkan nak lepaskan pula?? Hurmm... Tujuan utama aku datang England sebab nak teman kak aku. Bukan melancong. Bagi aku, kalau nak pergi England sekadar makan angin saja, lebih baik tak payah.... Sebab apa?? Sebab kos hidup di sana tinggi. Kalau nak pergi kerana kerja, tak mengapa lah. Bayangkan kawan2 semua.... 1 pounds sterling mereka bersamaan 9 genih?? Hurm.. Tambang kapal terbang memang murah. Pergi balik saja pun baru dlm 2000 genih lebih. Tapi kos hidup di sana lah mahal pula. Tak sanggup.......

Selama 2 minggu aku berada di sana. 3 hari pula berada di Kota London. Selebihnya berada di Sheffield saja. Di Kota London lah aku pergi melawat London Eye, Stadium Emirates bagi pasukan Arsenal, Stadium Stamford Brigde bagi pasukan Chelsea dan tempat2 yang lain. Aku tak tahu nama, tapi memang lawa lah tempat2 di sana... Bentuk muka bumi England ini berbukit bukau. Tapi tidaklah seperti gunung. Tambahan pula jika di Sheffield. Memang cantiklah permandangan di sana. Pengalaman 2 minggu berada di England memang menyeronokkan walaupun terselit susah payah, itu tidak mematahkan semangat. Namun begitu, jauh di sudut hati ini begitu merindui Mansurah. Hehehehe. Rasa nak balik cepat2 ja Mesir waktu itu. Yala kan, tempat sendiri lagi dikenangkan..... Aku masih teringat lagi bila kak lang bertanya pada ku...

" Baju dah ada ka nak pi teman kak lang konvo nanti?" tanya kak lang padaku..

"Ada dah, ateh ada bawak baju melayu ngan seluaq slack tuu.. Pakai yang tu dah laa..."

slumber ja aku jawab camtu. Aku ada juga tanya kak lang, dalam dewan itu nanti boleh tak pakai kopiah? Kak lang cakap, kena la pakai pakaiannya yang sesuai dengan majlis. Hari itu juga kami shopping beli pakaian khas aku untuk ke majlis konvo saja. Hehehehe. Aku juga yang untung kerana dapat pakaian baru. Hehehe. Apa2 pun kena lah sesuaikan pakaian dengan majlis sebab tak salah dari segi syarak pun untuk aku berpakaian seperti itu(bertali leher, baju letak di dalam). Ikut 'uruf ketika itu...

Kalau diberi peluang sekali lagi, aku nak pergi sana lagi.. Tapi apa2 pun tempat yang kita ingin pergi yang memungkinkan kita mengeluarkan perbelanjaan yang besar, aku syorkan pergilah ke tanah suci dulu. Aku bukannya nak sembang bagus dalam ini. Tapi itulah realitinya..... Cadang2 tahun depan nak laksanakan Haji.. Siapa nak ikut?? Hehehe.

Kalau nak tahu cerita yang lagi detail, boleh lah ke link ini :

http://menjejakharapan.blogspot.com/2009/07/satu-hari-di-sheffield.html

http://menjejakharapan.blogspot.com/2009/07/mabruk-kak-lang.html


http://menjejakharapan.blogspot.com/2009/07/ikan-talang-masin-dan-sambal-belacan.html


Baiklah kawan2 semua.. Moga hari2 kalian bersulam rahmat dan bernaung maghfirah dari ALLAH... Selamat menduduki peperiksaan bagi semua pelajar Malaysia di Mesir ini.....

Gambar2 kenangan di England...


Aku solat di parking kereta saja kerana susah untuk mencari surau atau masjid.

Bentuk muka bumi di Sheffield.. Kelihatan berbukit bukau. Cukup indah permandangan begini.

Kak lang bersama kawan2nya yang telah berjaya grad... Tahniah!!

Berjalan2 di pasar yang menjual barangan terpakai..

Tahniah kak lang! Pemegang ijazah master of engineering.

Dilarang merokok di tiang ini saja...... Yaka camtu???

Kota London... Bangunan belakang tu aku tak tau nama.....

Stadium Emirates bagi pasukan Arsenal... We are Arsenal!!!

Dalam pasaraya yang kedua terbesar di UK...

Perkarangan Stadium Stamford Brigde bagi pasukan Chelsea....

Perkarangan rumah kak lang.. Sheffield..

Sedang mencari jalan yang lurus untuk ke Stadium Chelsea...

We are Arsenal!!!!!

Bersama kak lang dalam dewan konvo University of Sheffield..

Di kedai makanan halal di pekan Sheffield.. Makan steak tuuuuu...

Malaysian Hall's di Kota London...

Masa ni baru sampai England dari Manchester airport ke Sheffield...

Macam aku pula yang belajar sana?? Hurm.. Ada ka patut..

The University of Sheffield...... Bila lagi kan berjumpa??

London Eye.....

Kereta idaman..... Depa pinjam tak bagi balik nii..

Muhamad Ali ajak gaduh. Aku on jaaa...

Kota London yang menggamit seribu kenangan.....



Jumpa lagi England.....................

2

KISAH SEORANG USTAZAH AL AZHAR BERSAMA SEKUMPULAN MAK CIK DAN ANAK DARA..





Majlis Seminar Kekeluargaan baru saja bermula. Ramai dikalangan hadirin sudah mengambil tempat masing2 di dalam dewan orang ramai Kampung Nyiur 3 Batang. Hadirin rata2nya dari kelompok wanita yang sudah berpangkat mak cik-mak cik. Cuma tidak seberapa saja kelompok dari kalangan anak2 dara. Seminar ini diadakan bagi menerangkan kedudukan seorang wanita dalam Islam. Penganjur majlis telah menjemput seorang ustazah yang masih anak dara iaitu seorang ustazah yang masih lagi menuntut di Universiti Al Azhar cawangan Mansurah, Mesir. Ustazah yang dimaksudkan itu ialah ustazah Nur Hakimah binti Muhd Taib(bukan nama sebenar). Dia kini berada ditahun 2 pengajian Islam kuliah Syariah Islamiah. Sebulan yang lepas pihak Al Azhar seluruh Mesir mengizinkan seluruh pelajar2nya bercuti selama 3 bulan(taqriban). Peluang yang ada itu telah diambil oleh Nur Hakimah untuk pulang bercuti ke Malaysia. Ditambah pula rasa rindunya pada keluarga tercinta lagi membuak2 rasanya ingin pulang ke tanah air. Namun setelah sebulan meluangkan masa bersama keluarga tercinta, pada hari ini pihak penganjur telah menjemputnya untuk menjadi penceramah utama bagi menghuraikan serba sedikit berkenaan tajuk yag telah diberikan. Inilah kali pertama Nur Hakimah berhadapan dengan orang ramai. Perasaan gementarnya itu tetap ada. Namun berbekalkan pengalamannya yang pernah mengajar kelas tutorial untuk 'adik2' baru, dia berjaya juga mengawal keadaan supaya kelihatan biasa. Pengerusi lantas menjemputnya mengambil tempat di pentas. Dengan langkah yang teratur sebagai perempuan melayu yang kaya dengan keayuan dan sopan santun, Nur Hikmah meneruskan langkahnya menaiki pentas ceramah. Ketika itu hadirin semuanya memaku tepat pandangan ke arahnya. Masing2 kagum dan teruja dengan kecantikan Nur Hakimah. Wajahnya persis puteri Cik Siti Wan Kembang. Menampakkan lagi bahawa dialah gadis melayu sejati ketika itu. Nur Hakimah sudah terpacak berdiri di atas pentas. Ketika dia mengangkat perlahan kepalanya, barulah dia sedar betapa mereka semua itu memandang tepat ke arahnya. Dia cuba mengawal keadaan. Mujurlah tiada orang lelaki dalam dewan ini. Bisik hati kecilnya. Dia memulakan bicaranya.........

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.. Alhamdulillah........"

setelah Nur Hakimah habis mengucapkan selawat dan salam ke atas jujungan besar Nabi Muhammad serta pujian2 ke atas baginda dan seluruh keluarga dan sahabat baginda, Nur Hikmah memulakan isi ceramahnya........

"Jika kita melihat semula ketika zaman jahiliyah ataupun zaman kegelapan sebelum diutuskan Nabi Muhammad S.A.W.. Orang arab ketika itu tidak memuliakan langsung orang perempuan. Bahkan anak2 kecil yang perempuan dibunuh hidup2 kerana bagi anggapan mereka orang2 perempuan ini membawa sial atau malang dalam kehidupan mereka. Begitulah betapa mereka mempercayai kepercayaan karut itu sehingga membawa kepada pembunuhan si anak kecil dari darah daging mereka sendiri. Hanya kerana itu mereka sanggup membunuh anak sendiri. Mereka membunuh anak perempuan dan membiarkan hidup anak lelaki. Tidakkah mereka sedar bahawa anak lelaki mereka dan diri mereka sendiri yang lelaki itu lahir daripada seorang perempuan yang bergelar ibu?? Jika tiada perempuan yang bernama ibu itu, mana mungkin mereka akan lahir di dunia ini!!"

lantang juga Nur Hakimah. Para hadirin masing2 tercengang dengan penjelasan Nur Hakimah itu. Masing2 mula terfikir betapa bodohnya masyarakat jahiliyah dahulu. Nur Hakimah meneruskan lagi ceramahnya......

"Bila Nabi Muhammad diutuskan maka baginda telah membuang sejauh2nya kepercayan karut ini. Dan baginda menceritakan pula betapa tingginya darjat seorang wanita ini. Hanya Islam saja yang meninggikan martabat seorang wanita. Sebab itu lah Islam benar2 menjaga para muslimatnya supaya menutup aurat yang mengikut benar2 landasan syarak. Bukan sekadar menutup urat2 atau kudis2 yang meliputi badan. Kalau menutup badan kerana kudis, parut, kesan luka semata2, maka di manakah nilai tuntutan Islam itu sendiri? Sia2 saja kerana pahala tidak diberikan. Hendaklah kita lakukan segala perkara di dalam muka bumi ini kerana ALLAH! Kerana itu adalah tuntutan syarak ke atas kita. Jika kita lakukan kerana manusia,bukan saja sia2 bahkan syirik kecil dengan ALLAH taala!"

begitulah semangatnya Nur Hakimah ketika menyampaikan ceramahnya. Caranya itu bukan saja ingin memudahkan hadirin untuk fahaminya, tapi ingin juga membuka mata mereka supaya tidak terlena. Bagi Nur Hakimah, di dalam dewan itu hanya perempuan saja. Apa salahnya untuk dia meninggikan sedikit suaranya. Mungkin dengan cara itu juga mereka yang hadir semangat untuk terus mendengar. Tapi benar sangkaan Nur Hakimah kerana rata2 mereka yang hadir begitu memberikan perhatian. Nur Hakimah lagi semangat meneruskan ceramahnya........

"Sebagai seorang wanita Islam tidak kiralah yang sudah berkahwin ataupun masih anak dara, wajib ke atas kita ini menjaga keperibadian kita sebagai seorang muslimah. Kita jaga sungguh2 apa yang telah Nabi ajarkan dan ulamak susunkan untuk kita. Walaupun kita ini takkan mampu dah untuk menjadi seperti isteri2 Nabi, sekurang2 kita ini cuba belajar dan mendalami untuk menjadi seperti mereka. Maka percayalah, disaat itu nanti ALLAH akan memudahkan jalan kita. Jika kita tak mampu untuk lakukan semua, janganlah pula kita meniggalkan semua.... Nabi juga pernah bersabda dalam Hadis baginda. Yang bermaksud, ' Orang perempuan yang solehah itu lebih daripada lelaki yang soleh'...au kama qol... Kenapa orang perempuan juga mampu untuk jadi yang terbaik? Bahkan boleh jadi lebih baik dari orang lelaki? Kerana Islam lah. Kerana Islam itu meninggikan martabat wanita Islam itu. Yaaaa, memang benar orang lelaki ini hebat dalam semua bidang, bahkan jika melihat ulamak2 yang tersohor di dalam dunia ini dari kalangan lelaki. Tapi itu tak bermakna ALLAH kurangkan kedudukan orang perempuan. Jika kita ini mampu untuk jadi yang terbaik iaitu solehah, maka kita akan lebih baik dari lelaki yang soleh. Adakah kita semua tak mahu semua ini? Oleh itu saya berpesan kepada diri saya dan semua yang hadir hari ini, sama2lah kita perbaiki diri supaya boleh menjadi wanita yang solehah. Cuba kita lihat sejarah kehidupan waliyullah Robi'atul Adawiyah. Seorang perempuan yang telah mencapai taraf waliyullah. Dan dialah orang yang mulia ketika itu. Walaupun ada ulamak hebat yang hidup sezaman dengannya, tapi mereka tetap merasakan kewujudan Robi'atul Adawiyah sebagai seorang yang tinggi darjatnya di sisi ALLAH..." hadirin yang hadir bertambah minat mendengar isi2 ceramah Nur Hakimah. Mereka tidak berganjak walau sedikit. Anak2 dara yang hadir juga bertambah ramai dari sebelumnya. Nur Hakimah lagi bersemangat berada di atas pentas. Dirinya seperti telah diresapi rasa zouq. Dia meneruskan lagi.............

"Kita melihat lagi dalam hadis Nabi, menceritakan seorang sahabat Nabi bertanyakan kepada Nabi perihal antara abah dan mak. 2 kali ditanya siapakah lebih utama, barulah nabi menjawab yang seterusnya barulah abah kita... 2 kali yang pertama itu yang lebih utama ialah mak kita lah. Allah dan Rasul tu jangan dipersoalkan lagi. Semua orang tahukan bahawa Allah dan Rasul lebih utama dari segala2nya. Kenapa Nabi berkata begitu? Mak yang lagi utama? Kerana Islam lah. Kerana Islam lah yang meninggikan kaum wanita. Keperitan dan kesusahan seorang wanita atau ibu ketika mengandungkan anak dan melahirkannya adalah salah satu asbab mengapa perempuan itu mulia di dalam Islam. Jika kita melihat kepada doa. Doa seorang ibu lebih dimakbulkan ALLAh kerana sifat kasih sayang yang ada pada orang perempuan itu lebih kuat dari orang lelaki. Dan cuba kita melihat lagi, seorang anak itu lebih mudah untuk mengadukan masalah kepada ibunya. Jarang2 orang menjadikan ayahnya sebagai peneman atau tempat meluahkan perasaan. Bukannya tiada langsung. Cuma tak ramai yang begitu.. Kenapa anak2 lebih mencari ibu ketika meluahkan rasa dan masalah?? Kerana kasih sayang ibu pada anak2nya lebih hebat lagi., Dan matinya seorang ibu ketika melahirkan anak mendapat pahala syahid."

ramai di kalangan hadirin mula terharu dengan kisah yang diceritakan oleh Nur Hakimah itu. Ada yang baru sedar betapa mereka itu orang perempuan begitu bernilai dalam Islam. Nur hakimah masih lagi bersemangat.......

"Apa hikmahnya ALLAh menyuruh kita menutup aurat? Walaupun perkara ini memang wajib kita buat dan tak boleh ingkar tapi sebenarnya ada hikmahnya ALLA taala suruh. Cuba kita umpamakan wanita yang menutup aurat dan wanita yang tidak menutup aurat dengan makanan." tiba2 semua hadirin terpinga2. Apa kena mengena makanan dengan perintah tutup aurat ini? Nur Hakimah menyedari perubahan muka mereka. Kerana masing2 tak sabar2 menunggu Nur Hakimah meneruskan ceritanya..

"Mak cik2 dan kawan2 semua, jangan risau. Saya akan huraikan kenapa saya cakap camtu tadi. Begini..... Makanan yang ditutup rapi dengan menggunakan tudung saji sebagai contoh akan lebih diinginkan orang untuk memakannya. Berbanding makanan yang terbiar begitu saja.. Lalat pun datang hinggap. Orang yang melihat makanan itu pun tak ada rasa keinginan untuk memakan makanan tersebut. Sebab apa? Sebab telah dikerumuni lalat2 yang kotor itu. Samalah juga seperi wanita yang menutup aurat akan lebih disukai untuk dijadikan pilihan hati berbanding dengan wanita yang dedah sana,dedah sini... Macam2 orang dan macam2 jenis mata yang telah melihat tubuhnya. Sama tak seperti lalat2 yang telah mengerumuni makanan tadi? Sedangkan setiap bakal suami mengidamkan bahawa merekalah orang pertama yang akan melihat gerangan gadis pilihan mereka itu sepuas mungkin.. Harap difahami yaaa..."

mereka yang lain mengangguk faham. Kagum dengan cara penyampaian Nur Hakimah. Nur Hakimah tersenyum puas. Tudung labuh berwarna putih yang dipakainya itu turut membantu menzahirkan keayuan wajahnya yang berkulit kuning langsat.

"Dan perkara ini pula saya lebih kepada para isteri. Para isteri adalah insan yang cukup mudah untuk memasuki syurga ALLAh.... Kenapa saya berkata begitu? Kerana memang mudah saja. Berdasarkan apa yang telah saya belajar dan kaji.... Orang perempuan yang bergelar isteri cukup mudah untuk masuk ke syurga ALLAH. Tapi perlu diingatkan juga bahawa mereka juga mudah untuk memasuki neraka ALLAH. Na'uzubillahiminzalik....." tiba2 ada seorang anak dara bersuara ditengah2 majlis berlangsung..

"Ustazah, ceritalah pada kami, kami tak sabar2 nak tahu nii.." Nur Hakimah sedikit terkesima. Terkejut sedikit dengan keadaan yang berlaku. Dengan tenang kembali dia meneruskan ceramahnya....

"Begini... Ada hadis Nabi pernah menyebutkan yang maksudnya, ' Apabila mengerjakan oleh perempuan iaitu isteri akan solat lima waktu dan mengerjakan akan puasa ramadhan dan memeliharakan kemaluannya dan mengikut segala suruhan suami yang tidak bertentangan denga syarak maka dikatakan kepada si isteri itu tadi, ' Masuklah kamu wahai perempuan ke dalam syurga daripada mana2 pintu yang kau kehendaki'... Nampak tak begitu senang untuk si isteri tadi untuk masuk ke dalam syurga ALLAH. Tapi perkara yang mudah ini pun ramai yang tidak mampu untuk lakukan. Taat suami, taat Rasul, taat ALLAH.... Maka syurgalah yang selayaknya baginya....."

"Ramai isteri zaman sekarang ini melawan cakap suami. Mereka tidak sedar bahawa jika mereka mati dalam keadaan suami mereka tidak redho kepada mereka, nerakalah tempatnya. Walaupun ketika di dunia dahulu amalannya begitu banyak. Tapi 1 saja perkara yang dia buat iaitu menyakitkan hati suami.. Maka bila dah mati neraka lah tempatnya.. Mintaklah kita berlindung dari semua ini.. Moga2 kita bukan dari golongan ini."

"Saya mintak maaflah kerana bercakap seolah2 seperti dah kahwin pula." Nur Hakimah tersenyum sendiri.. Hadirin pula ada yang tergelak kecil. Setelah hampir sejam Nur Hakimah memberikan ceramahnya, dia pun ingin menghabiskan ceramahnya. Ceramahnya yang tidak dirasakan letihnya itu sudah tamat. Pengerusi mula menjemput hadirin yang hadir untuk bertanyakan soalan jika ada. Sesi soal jawab pun bermula. Bangun seorang mak cik bertanyakan soalan.

"Assalamualaikum ustazah. Mak cik ada 1 soalan ni. Apa hukum kalau mak cik keluar belajar ilmu tanpa izin suami??" soalan pertama telah ditanyakan pada Nur Hakimah. Dia tenang untuk menjawabnya.

"Waalaikumussalam mak cik.. Yaaaa.... Pertamanya sukalah saya sebut bahawa para isteri wajib mintak izin suami dahulu jika hendak ke mana2.. Melainkan dalam perkara darurat seperti anak sakit yang memerlukan kepada keluar rumah sedangkan suami tidak dapat dihubungi. Dalam kes mak cik ni, kalau mak cik keluar kerana ingin tuntut ilmu yang fardhu ain seperti feqah,tauhid,tasauf atau khas dalam bab2 haid,nifas dan sebagainya, maka tidak mengapa kalau mak cik keluar tidak beritahu pada suami. Bahkan wajib pula mak cik keluar kerana ingin melepaskan mak cik dari perkara yang fardhu ain itu. Dan suami akan berdosa kalau menghalang mak cik keluar. Kalau mak cik hanya sekadar keluar ke majlis2 zikir atau ceramah politik yang fardhu kifayah misalnya, dan tanpa izin suami, maka mak cik dosa kerana derhaka pada suami. Tapi kena ingat. Itu jika suami tidak alim, maka bolehlah mak cik keluar menuntut ilmu fardhu ain itu. Tapi kalau suami alim, maka mak cik boleh belajar saja dengan suami mak cik dan tidak boleh keluar dah masa tuu. Kalau mak cik keluar juga, maka haram hukumnya. Jelas yaa mak cik?" mak cik tersebut mengangguk faham. Bangun pula orang lain. Seorang anak dara pula..

"Assalamualaikum ustazah.. Saya nak tanya ni. Camna ek kalau saya nak ke masjid untuk solat tarawih misalnya. Boleh tak??" soalan kedua telah diutarakan. Nur Hakimah faham dengan soalan.

"Waalaikumussalam....Yaaa.. Memang benar solat di masjid lebih besar pahalanya. Kerana masjid itu rumah ALLAH. Di dalam masjid ada i'tikafnya dan tahiyatul masjidnya. Itu pahala besar jika kita lakukannya. Cumanya dalam kes adik ni, perlu melihat kepada keadaan semasa. Memang niat adik baik untuk ke masjid. Tapi kalau boleh menimbulkan fitnah, maka baik solat di rumah saja. Macamana yang dikatakan fitnah tu? Contohnya kalau adik ke masjid boleh menyebabkan orang laki kacau atau ganggu adik atau mereka bertanya2 sesama sendiri tentang kecantikan adik, maka itu tak boleh. Tengok keadaan. Kalau adik datang dengan ayah naik kereta misalnya dan turun pula terus ke tempat perempuan, saya rasa tak da masalah. Apa2 pun sebaik2 masjid bagi wanita ialah rumahnya sendiri. Bukan apa, Nabi nak elakkan supaya tak terjadinya fitnah. Jadi orang perempaun di rumah lebih baik. Tapi kalau dah terang2 masjid tu kurang orang laki yang datang, datang ja laah.. Faham yaa adik??" selesai 2 soalan yang telah dijawab Nur Hakimah. Dia juga lega kerana mampu memahamkan orang kampungnya sendiri. Tak sia2 dengan apa yang dipelajarinya di Al Azhar. Bangun pula seorang lagi. Kelihatan seperti isteri orang. Tapi masih muda. Dia memulakan soalannya.

"Assalamualaikum ustazah... Saya nak tanya. Saya baru saja kahwin dan baru saja abis di UPSI.. Soalan saya bolehkah saya bekerja seperti mengajar contohnya.?" lembut bicara si penanya soalan. Nur Hakimah sudah bersedia untuk menjawab.

"Waalaikumussalam.. Yaaa, Islam tidak pernah menyekat kebebasan orang perempuan. Cumanya perlulah ikut garis panduan yang telah Islam letakkan. Semua itu untuk kebaikan wanita Islam juga. Berkenaan masalah puan ni, memang tak da masalah langsung untuk puan keluar bekerja. Apatah lagi mengajar kan. Cumanya perkara ini tertakluk kepada suami puan lah. Kalau dia izinkan berkerja, berkerja lah. Kalau dia tak izinkan, puan kena taatlah. Tapi saya percaya, suami puan pasti paham.... Jelas yaa puan?" dia mengangguk faham. 3 soalan sudah dijawab tenang oleh Nur Hakimah. Pengerusi majlis pun memberikan 1 peluang soalan lagi yang boleh ditanya kepada penceramah. Keadaan dewan lengang sementara. Masing2 melihat antara 1 sama lain. Siapakah pula akan bangun bertanyakan soalan... Bangun seorang mak cik ingin bertanyakan soalan. Masing2 memaku tepat pandangan ke arahnya.

"Asalamualaikum ustazah... Apa hukumnya jika suami dengan sengaja membiarkan anak2 dan isteri tidak terurus hidup mereka. Sebagai contoh, tidak berikan nafaqoh ka, lari dari masalah keluarga ka atau seolah2 macam buat tidak hirau dah pada keluarga sendiri.?" soalan terakhir dari seorang mak cik. Nur Hakimah cuba mengingati kembali hukum berkenaan supaya mak cik tersebut boleh faham dan tidak pening kepala. Akhirnya Nur Hakimah sudah dapat jawapannya.

"Waalaikumussalam mak cik... Yaa mak cik... Tentang soalan mak cik tadi, saya jawab secara ringkas saja dan saya rasa mak cik boleh faham. Dan semua orang pun boleh memahaminya... Hukum bagi para suami yang sengaja membiarkan anak2 dan isterinya terkontang kanting yang tidak terurus hidup mereka dan tidak memberikan nafaqoh atau cuba lari dari masalah keluarga atau memang seolah2 tidak pedulikan keluarga sendiri dan yang dia tahu hanyalah mendatangi isteri saja. Jadi orang atau suami seperti ini telah disebut dalam kitab para ulamak bahawa tidak diterima solat dan puasa mereka oleh ALLAh taala. Nabi juga ada menyebut dalam hadis yang bermaksud, 'Cukuplah bagi seseorang lelaki atau suami itu dinamakan dan mendapat seksa sebagai seorang yang derhaka dan berdosa kerana menghilangkan atau tidak pedulikan hak orang yang wajib nafaqoh ke atasnya'..... Jadi dalam konteks ini tadi. Anak2 dan isteri ialah orang yang diwajibkan nafaqoh ke atas mereka oleh seorang suami. Jika suami tadi sengaja melepas diri daripada memberi nafaqoh, maka dia berdosa dan derhaka... Solat dan puasa mereka tidak diterima ALLAH... Jelas yaa mak cik dan semua????" Nur Hakimah lega kerana mampu menjawab semua soalan dengan baik tanpa ada rasa ragu2.... Pengerusi majlis pun mempersilakan Nur Hakimah mengambil tempat di bilik VIP kerana ada sedikit jamuan. Semua hadirin tersenyum puas kerana faham dengan apa yang telah disampaikan oleh Nur Hakimah tadi. Ketika Nur Hakimah ingin melangkah turun dari pentas utama, dia tidak henti2 berdoa dan bersyukur kepada ALLAh kerana memahamkan dia di dalam menuntut ilmu dan dia pula mampu untuk memahamkan pula orang kampungnya sendiri.... Teringat pula kepada arwah ayahnya yang susah payah bergadai tanah hanya kerana ingin menghantarnya ke Universiti Al Azhar, Mesir....... Pengorbanan ayahnya itu tidak sia2..... Air matanya mula bergenang kerana terharu....... Ketika hampir dia memasuki bilik VIP, dia berhenti tiba2 di hadapan pintu bilik dan lantas berpaling satu badannya ke arah hadirin yang belum lagi berganjak dari tempat duduk masing2.... Dia berdiri seketika di situ sambil melihat betul2 kepada hadirin....... Sambil mengesat lembut air matanya, dia pun berkata perlahan.......

"Aku bersyukur kerana mampu memahamkan orang lain. Inilah antara tujuan aku menuntut ilmu. Di samping aku dapat amalkan apa yang aku tahu, aku juga wajib sampaikan pula pada orang ramai. Dan mereka juga akan faham seperti mana aku faham..... Aku bersyukur ya ALLAH .....
Terima kasih Al Azhar......."





* Nukilan khas dari ku buat tatapan semua pelajar puteri kebanggaan Malaysia yang berada di bumi anbiyak ini... Selamat menghadapi imtihan..




Mohammad Hakimi bin Abdul Mutalib,
Izbatul Syal,
Syari' Romli,
Mansurah,
Mesir.

1

Coretan ringkas buat tatapan Tuan Guru yang disayangi lagi dihormati, Tuan Guru Ustaz Ahmad Kamil Al Malizi.....




Assalamu'alaikum ya Syaikhuna.



Harap tuan guru sentiasa bahagia dalam rahmat ALLAH bersama is3 tercinta. Apa yang kami berikan itu(peralatan mengajar) takkan sama sepertimana tuan guru telah mengajar kami. Bahkan apa yang terhambur keluar dari mulut guru itu takkan setanding 'mahal'nya ilmu itu jika digantikan dengan emas setinggi gunung sekalipun. Walaupun 1 ayat sekalipun! Apatah lagi beribu2 ayat yang telah kami pelajari daripada tuan guru. Jutaan terima kasih kerana sudi mengajar kami. Pengorbanan tuan guru memang tidak boleh dibayar dengan wang ringgit kerana ilmu bukanlah boleh dibeli seperti di pasar2 malam.

Kami menjunjung kasih dan tinggi nasihat daripada tuan guru. Mudah2an tuan guru sudilah harapnya mendoakan kami yang faqir ini. Tanpa guru siapa lah kami. Nabi tak wariskan harta benda, tapi telah wariskan ilmu yang sungguh bernilai. Dan kami sedaya upaya takkan lepaskan peluang ini untuk mengambil seboleh mungkin warisan harta Nabi yang kini dipegang oleh para ulamak seperti tuan guru. Ulamak lah yang sekarang ini memegang harta warisan Nabi ini. Jika kami yang dhoif ini tak rebut lagi, maka kamilah termasuk dalam golongan orang yang rugi....

Terima kasih sekali lagi tuan guru. Doakan kami ya Syaikhuna Ustaz Ahmad Kamil...

Kami menjunjung kasih peringatan dari tuan guru yang begitu bermakna...

Sedikit coretan khas,
dari anak murid yang faqir ini,

(Mohammad Hakimi bin Abdul Mutalib)

Respon dari blog Tuan Guru dalam entri 'Syukran Jazilan' : http://akhi-tolibul-ilmi.blogspot.com/2009/12/syukran-jazilan.html

3

DIALOG SEORANG PELAJAR AL AZHAR BERSAMA SEORANG PAK CIK....






Abd Halim(bukan nama sebenar) baru saja seminggu berada di rumah setelah pulang bercuti di kampungnya. Ramailah sanak saudara dan sahabat handai yang datang menziarahinya bertanyakan khabar. Abd Halim gembira melayan tetamu yang hadir. Rindu yang telah lama disimpan akhirnya dilepaskan jua dek kerana kepulangannya ke tanah air. Hari ini Abd Halim telah didatangi seseorang yang agak ternama juga di kampungnya iaitu ketua kampungnya sendiri, pak cik Deraman(bukan nama sebenar). Pak cik Deraman datang berseorangan. Dia juga tidak lepaskan peluang menziarahi Abd Halim. Abd Halim juga begitu menghormati ketua kampungnya itu. Lagi pun ketika sebelum pemergian Abd Halim ke qiblat ilmu(Universiti Al Azhar) dahulu, pak cik Deramanlah yang banyak membantunya mencari dana untuk kegunaannya di sana. Pak cik Deraman begitu berbangga kerana Abd Halim satu2nya anak jati kampungnya yang telah menuntut ilmu di Universiti Al Azhar, Mesir. Abd Halim terasa terhutang budi dengan pak cik Deraman. Hari ini dia juga tidak sabar2 menyambut seseorang yang begitu dia hormati selama ini iaitu pak cik Deraman.

"Assalamualaikum Halim. Sihat ka ni.. Allaaah.. Lama tak jumpa dia.. Ish2... Lain dah la ni noh.. Nak macam arab pon ada dah muka tuu." pak cik Deraman menyapa Abd Halim dalam loghat utaranya sambil berseloroh. Abd Halim tersenyum lebar lantas memeluk erat tubuh tua yang sudah menjangkau lebih 60 tahun itu. Abd Halim merasakan pak cik Deraman tidak seperti umurnya kerana masih kelihatan tegap dan gagah.

"Waalaikumussalam pak cik... Saya Alhamdulillah sihat. Dok lagu ni laa saya.. Cuma badan naik sikit laa dari masa mula2 pi dulu.. Pak cik lagu mana? Sihat ka?" balas Abd Halim sambil menjemput pak cik Deraman mengambil tempat di sofa.

"Pak cik lagu ni laaa.. Sihat cara orang tua.. Nak sihat macamana sangat kan. Kadang2 batuk.. Lenguh sana, lenguh sini.. Hmmm.. Lagu tu laa Halim ooii.. Pak hang pi mana?" tanya pak cik Deraman.

"Pak saya pi kebun baru tat sat(sebentar tadi) jaa. Baru keluaq sangatlah. Elok dia keluaq jaa dalam 5 minit, pak cik sampai teruih..." balas Abd Halim tenang.

"Nih, apa ceghita Mesit? Ngaji lagu mana? Bila hang nak habih nih? Orang kampung dok tunggu bila la anak teruna pak lang Chop nak balik ngajaq di kampung ni. Hat dok ada la ni pon enjin lama dah. Depa pon tak larat dah dok berdiri ataih mimbar tuu. Orang muda la plak kena ambek alih dah la ni." semangat benar pak cik Deraman bertanyakan keadaan Abd Halim di Mesir. Abd Halim tenang saja melayan telatah pak cik Deraman itu. Setelah agak lama mereka bersembang, pak cik Deraman tergerak hati ingin bertanyakan tentang isu semasa yang melanda sekarang ini terutamanya di kampung mereka sendiri.

"Nih Halim. Pak cik ada banyak benda nak tanya hang ni. Alang2 hang dah ada ni. Tanya teruih laa nooh. Tak pa kot noh?"

"Yaa pak cik.. Tanya la. InsyaALLAH hat mana saya boleh jawab, saya jawabla. Hat mana tak tau, nantilah saya rujuk lain.." balas Abd Halim lembut.

"La ni dok dengaq ceghita macam2.. Pak cik pon tak tau laa yang mana 1 betoi, hat mana salah. Yala kan, pak cik pon ngaji sampai sekolah Melayu jaa.. Tau sikit2 lagu tu ja laa.. Kalau hang nak tau laa kan, masjid kita la ni ada sorang ustaz dari pejabat agama mai ngajaq. Yang tu takpa la kan. Yang pak cik peliknya, hari len banyak lagi, dia dok pi amek jugak hari khamis malam jumaat wat kelas pengajian. Ustaz tu kata, malam jumaat bukannya baca Yasin ja, benda len pon boleh wat jugak. Tapi bagi pak cik la kan, biaqla depa ahli jemaah masjid nak baca Yasin. Kan baguih lagu tu Halim kan..." tanya pak cik Deraman panjang lebar.

"Hurmm.... Ok, camnilah pak cik. Saya jawab bagi pak cik paham naaa.. Memang tak salah untuk kita wat ibadat len pon malam jumaat ni. Tak semestinya malam jumaat ja kena baca Yasin. Nak baca tiap2 malam lagi baguih. yang pentingnya kita ni dituntut untuk berlumba2 wat ibadat kerana malam jumaat ni banyak berkatnya. Penghulu segala hari pak cik. Besaq pahalanya kita wat ibadat hari tu. Macam ustaz tu nak ngajaq tiap2 malam jumaat pon tak salah pak cik. Sebab majlis ilmu ni kan perkara ibadat. Yang ngajaq dapat pahala, hat dengaq pon dapat pahala."

"Tapi pasai pa dia kata salah bila kami baca Yasin malam2 jumaat ni? Dia kata lagi, Nabi tak pernah wat lagu tu." tanya pak cik Deraman lagi."

"Apa yang salahnya? Walaupun benda ni Nabi tak pernah wat, tak semestinya benda tu salah. Ada Hadis tentang kelebihan baca yasin malam jumaat ni. Cumanya kedudukan hadis tersebut dipersoalkan. Tapi tak lah sampai ke martabat hadis palsu. Cuma lemah saja. Hadis dhoif boleh dijadikan amalan kita. Cumanya tak leh wat hujah ja. Takpa, pak cik dengaq dulu sebab saya tau pak cik tak berapa nak paham kan. Saya nak ceghita panjang takut pak cik pening pulak satgi... Bukan wajib pon baca Yasin malam jumaat ni. Nak baca, bacalah. Tak mau baca, sudah. Sekurang2nya kita baca juga surah yang ada dalam quran ni ramai2. Bukan senang pak cik nak kumpui orang kampung ramai2 pastu wat bacaan ayat quran. Dah boleh baca Yasin ni kira ok dah ni... Lagi pon tiap2 surah dalam Quran ni kan ada kelebihan masing2. Yang salahnya bila tak bagi orang baca. Kalau kita malas baca,jangan heret orang lain sama jadi malas macam kita. Kira ok lah kita ni baca juga 1 surah dari quran malam2 jumaat yang berkat ni daripada depa yang dok pandai hingaq ja, tapi 1 surah pon tak baca... Cumanya pak cik janganla pulak anggap baca Yasin malam jumaat ni wajib plak noh?" syarah Abd Halim panjang lebar juga.

"Alaa Halim ni, kalau pak cik anggap baca Yasin malam jumaat tu wajib, pak cik tak singgah dah kedai kopi lepas2 maghrib tuu... Hehehehehe. Kadang2 tu pak cik balik terus ja umah dok main ngan cucu..Hehehe." pak cik Deraman ketawa kecil. Abd Halim senyum saja melihat jawapan dari pak cik Deraman itu.

"Ni ada lagi Halim.... Minggu lepas kami ada wat qiamullail di masjid. Ustaz dari pejabat agama tu yang anjurkan. Ramai yang mai. Memang meriahlah sambutan orang kampung. Cumanya ada sikit masalah la masa solat subuh tu.. Ustaz tu jadi imam. Masa waktu qunut tu, dia tak baca doa qunut... Kami ingatkan dia terlupa. Kot2 laa nak wat sujud sahwi pulak sebelom salam tu. Tapi tak wat pon. Lepas bagi salam tu dia teruih bagi kuliah subuh. Ada orang kampung yang dok bisik2.. Depa tanya tok imam masjid. Tok imam kata sah ja solat tu sebab doa qunut ni sunat ab'ad jaa. Pastu pasai ustaz tu tak wat pulak sujud sahwi pon tak jadi masalah tok imam kata. Masa kuliah subuh tu, ustaz tu bagitau la yang Nabi tak wat pon doa qunut ni. Jadi dia suruh ahli jemaah pon jangan dok baca dah doa qunut masa solat subuh. Ramai yang tercengang jugak bila ustaz tu kata camtu..... Hang ceghita sikit kat pak cik lagu mana hat betoinya nii." soal pak cik Deraman untuk memecahkan kebuntuannya selama ini.

"Hehe. Camni sebenaqnya pak cik. Sebelom tu saya ceghita dulu kat pak cik hukum baca doa qunut ni. Ni saya amek pendapat dari mazhab kita ni. Saya takmau la ceghita dari mazhab len. Satgi pak cik pening pulak. Doa qunut waktu subuh ni sunat bila kita baca. Dan dia jugak termasuk dalam sunat ab'ad. Bila kita lupa wat benda yang sunat ab'ad, digalakkan pula kita ni sujud sahwi. Tiba2 kita terlupa pulak nak sujud sahwi, pon takda masalah ngan solat kita tu. Sah solat kita. Dia bukannya rukun. Jadi kalau tak baca pon masa subuh tak batai solat pon. Cumanya rugilah sebab kita tinggaikan benda sunat ni. Lagipon dalam doa qunut kan ada selawat ke atas Nabi. Kan di situ pahala free yang kita dapat lagi kan. Yang jadi salahnya bila kita larang orang dari wat perkara sunat tu... Tu yang jadi masalah dan kacau bilau dalam masyarakat kita sekarang ni pak cik. Pak cik boleh paham kot penjelasan saya tadi?" Abd Halim memaku tepat matanya ke arah pak cik Deraman

"Haaaa, clear teruih otak pak cik ni bila dengaq hang syarah lagu tu.. Tu dia laa noh. Tak sia2 kami hantaq hang ngaji sampai Mesit tuu... Sebab tu hang kena balik cepat2 ni. Tahun berapa dah hang lani? pak cik Deraman tersenyum bila mendengar penjelasan dari Abd Halim.

"Saya lagi setaun nak habih pak cik. Taun pertama dulu saya pernah sangkut. Tu yang jadi lebih setaun tu. Kalau hat betoinya 4 taun jaa.." jelas Abd Halim

"Takpa haih.... Pak cik dok dengaq ngaji sana payah. Bukannya hang tak pulun kan. Cuma takda rezeki hang ja.. Takpa2.. Kami doakan hang tak sangkut dah. Pulun lagi laa lepas ni noh.. Berapa paper semua hampa kat sana?"

"Macam saya ni kos Usuluddin taun pertama saja dah 16 paper.."

"Tu dia haih.. Biaq betoi.. 16 paper tu banyak Halim oi.. Bukannya jawab dalam melayu. Dalam arab nuuu. Kalau pak cik dah lama tunggin awai lagi. Hahaha." pak cik Deraman ketawa spontan. Abd Halim hanya senyum saja memandang pak cik Deraman. Geli hati juga dia bila melihat telatah pak cik Deraman itu.

"Nih ada 1 lagi nak tanya hang ni.... Maafla noh nyusahkan hang Halim oi. Hang ada gheja pa?"

"Eh, xpa ja.. Takda gheja pa pon pak cik. Dok lagu ni laa saya. Perabih beras ja. Hehehe. Tanya apa lagi pak cik?" soal Abd Halim kembali.

"Niiih, anak pak cik si Lokman tuu.. Dia ada ceghita kat pak cik. Dia la ni bertugas di 1 negeri ni.. Dia dok habaq laa kan.. Ada la setengah masjid kat negeri sana tu lepas solat ja depa tak wirid dah.. Dengan tok imam sekali balik awai. Wirid tak dah. Doa apatah lagi.. Awat depa jadi pelik lagu tu Halim oi... Ceghita sikit kat pak cik kot2 laa hang tau kaa.." Abd Halim tersenyum saja mendengar pertanyaan pak cik Deraman tersebut.

"Hmmm.... Sebenaqnya tak pelik pak cik. Cumanya kita tak pernah wat ja di kampung kita ni... Adat kita dari dulu sampai la sekarang ni, lepas solat ja kita wirid ramai2... Pastu beratib ramai2.. Last kali kita doa ramai2... Tu hat selalu kita wat. Majoritinya masyarakat islam negara ni wat lagu tu laa.. Dia jadi pelik bila len sikit dari orang lain. Tak salah pon kalau lepas2 solat kita terus balik umah atau pi mana2 ka... Sebab benda tu kan dilakukan di luaq solat. Bukannya kita wat masa tengah solat. Lagi pon bukan wajib kita wirid lepas solat ni. Dia hanya sunat yang dituntut sangat untuk kita wat. Sebab pa saya kata lagu?? Ya laa.. Cuba tengok betoi2... Kita baru lepas solat. Ayaq sembahyang pon dok ada lagi. Dok pula dalam masjid ngan niat i'tikafnya.... Kita wirid pulak ramai2...Ish, pahala berlipat ganda tu pak cik.. Kan baguih adat orang melayu kita ni... Kalau di Mesit len pak cik. Lepas2 solat ja, makmum ngan tok imam keluaq awai. Tapi ada ja dok wirid sendiri2.. Cuma doa ja depa tak berjemaah cam kita dok wat selalu ni. Orang sana tak pelik la sebab adat depa memang lagu tu dah. Kalau saya bawak balik adat sana mai kampung ni pelik la pakcik. Silap2 depa kata saya ni tak betoi dah.. Saya kena tengok juga 'uruf atau pon adat sesebuah tempat tu selagi mana tak salah dari segi syara'. Macam kes doa qunut tadi. Saya pernah solat di kampung arab. Kami pi umah kawan kami yang arab ni. Subuh hari p1 kawan saya yang arab ni jadi imam. Dia tak baca doa qunut. Subuh hari kedua pulak dia suruh saya jadi imam. Oleh kerana saya nak rai dia yang tak wat doa qunut tu, saya pon tak wat doa qunut... Berkenaan wirid tadi pak cik, kalau kita malas wirid atau pon doa, kita yang rugi. Yang salahnya bila kita dok kata kat orang macam tu la, macam ni lah.. Biaq kita saja yang malas sudahlah.. Jangan ajak orang len pulak jadi malas macam kita. Dan saya nak pesan, kalau ada makmum yang masih belum sudahkan solat, jangan wirid kuat sangat. Takut ganggu orang tu pulak. Pak cik paham tak saya cakap ni? Dari tadi dok ternganga ja. Hehehehe."

Abd Halim geli hati melihat gelagat pak cik Deraman yang begitu khusyuk mendengar penjelasannya yang panjang lebar itu.

"Eh, pak cik paham..Pak cik paham. Bukan pa, terpegun pak cik ngan penjelasan hang ni. Otak pak cik yang mengaji tak tinggi ni boleh terima lah cara hang abaq tuu. Tak lah pening pala pak cik. Ish kesian kat hang noh dok kena tanya banyak lagu ni...."

"Takpa ja pak cik. Memang dah tugas saya. Setakat mana yang saya tau, saya habaq laa.. Lagi pon kami pelajar Al Azhar ni dah jadi cam Duta Al Azhar untuk rakyat malaysia ni.. Tanggungjawab kami dah nak memahamkan orang kampung ni pak cik." balas Abd Halim.

"Tu laaa noh. Ngaji laa pulun2 Halim oi.. Hang laa harapan orang kampung ni. Pak cik pon dah tua. Anak2 pak cik yang laki takda yang ngaji agama. Bila pak cik mati nanti pon dok harap hang laa uruskan pak cik." sedih nada pak cik Deraman.

"Ish, pak cik ni.. Awat dok cakap lagu tuu... InsyaALLAH.. Saya sedia berkhidmat pulak untuk orang kampung saya ni. Mereka pon dah banyak tolong saya masa mula2 saya nak pi Mesit dulu."

"Ni Halim, len kali ja la kita sembang lagi. Kesian pulak kat hang ni. Hang ada gheja ni. Saja malaih nak habaq kat pak cik kan. Hehehe." soal pak cik Deraman ingin menduga.

"Betoi tak da gheja pa. Dok umah jaa. Esok baru nak pi kebun tolong abah. Haa, sebelom tu pak cik. Saya nak pesan ni. Lepas ni kalau dok nampak orang kita yang dok wat benda pelik sikit dari adat kita, jangan dok kata plak kat dia naa.. Selagi mana dia wat tu tak salah di sisi agama, tak pa jaa.. Bukan pa, kadang2 tu kita tengok orang tu wat pelik skit, kita hukum dia macam2 plak.. Sabaq sat. Tilik dulu pasai pa dia wat lagu tu. Biaq depa sudahlah hukum kita bid'ah ka apa ka.. Kita jangan dok ikut rentak depa dok ngata balik. Depa tak mau baca Yasin ka, wirid ka, doa ramai2 ka, baca qunut ka, apa ka.... Biaq kat depa.. Kita nak bagi amaran jangan dok kata kita ni bid'ah masuk neraka sudah laa. Fitnah tu sedang lena pak cik.. Jadi jangan kita cuba2 bangunkan dia..."

"Pak cik paham Halim. Tima kaseh laa bagi pak cik banyak ilmu hari ni.. Tima kaseh banyak2 Halim oi... Satgi kalau pak hang balik kem salam laa kat dia naaa.. Haaaa, ni 1 lagi pak cik nak tanya hang ni...." tiba2 saja pak cik Deraman menyoal Abd Halim semula.

"Apa dia pak cik?? Dengar macam bahaya jaa ni.." balas Abd Halim kehairanan.

"Hang la ni tak da buah hati lagi ka? Anak pak cik si Fatimah tu baru jaa habih Darul Quran... Kalau hang berkenan, habaq la. Pak cik lagi suka.. Hantaran tak yah bagi pon tak pa Halim oii.."

Mereka berdua masing2 ketawa bila mendengar pak cik Deraman berkata begitu. Hingar sedikit rumah Abd halim ketika itu. Dalam sungguh makna tersirat itu walaupun dalam gurauan pertuturannya.........................

4

MOTOR dan AKU........






Assalamualaikum semua......


Motor dan aku??? Hurmm.... Bahasa kali ini santai2 sudah laah....

Pendek citanya.... Aku nak cita tentang motor aku ni.... Dah lama nak tulis tentangnya.. Tapi dok kalut benda lain lagi.. Tu yang tak dan tuu... Dok ilek2 ni aku tulis juga 'MOTOR dan AKU'. Ada member tegoq. Dia cakap, xda benda len ka nak tulih?? Aku jawab balik, biaqlaa cik oi, tulih kat blog ni free ja. Tak kena seduit pon. Kalau pi cc ja kena bayaq. Sejam 2 genih...

Motor aku ni dah beli lama dah... Awai tahun dulu..... Aku beli kat Mansurah.. Tempat aku tinggai... Kan aku belajaq kat Al Azhar cawangan Mansurah.. Hurmm.. Harga dia masa tu L.E. 3600. Kalau tukaq ke duit Malayisa, lebih kurang dalam RM 2250.. Mahai tak?? Entah...... Motor ni aku minat sebab besaq satu.. Pastu sedap bawa.. Cumanya kalau jauh2 tu lenguh jugak laa pasai handle dia tu keras sikit. Pastu kalut tarik clutch lagi.. Jari rasa jugaklah lenguh2 tu.. Tapi apa2 pon memang seronoklaa nek motor ni.. Sekali tengok bentuk dia seghupa motor RXZ kan?.. Betoi dak??? Haaa... Aku tunjuk kat adik aku, dia kata motor Z dah aaa.. Hurm...

Aku simpan lama dah motor ni di Mansurah. Tak bawa kuaq mana2 pon.. Aku try dah nak wat no. plat kat Mansurah. Tapi susah..... Berapa kali aku ulang alik Murur Daqohliah tu.... Dok bukroh2 jaaa... Aku ingat lagi masa bulan posa baru2 ni... Dah la tengah panaih terik... X leh wat jugak no. plat.. Balik2 umah seghupa nak mati tuu.. Dahaga tekak ni... Sabaq ja laaa... Tapi apa2 pon, tima kaseh kepada ustaz Kader(bekas pengerusi DPMM) kerana sudi teman aku wat no. plat. Dia lah peneman setia aku.... Last kali aku frust, bawak balik Kaherah plak. Cuba wat kat Kaherah tengok. Depa habaq kata senang jaa... Aku pon sewalaa keta pengangkut ni angkut motor aku bawak balik Kaherah. Nak bawak sendiri lesen xda lagi.... Sampai2 jaa Kaherah masa tu PMRAM wat majlis umah terbuka kat Asyir. Segan nak pi.... Majlis pon cam nak habis jaa pon.. Takpala yang tuu....

Bila dah lama dok kat Kaherah motor aku ni, tibalah masanya aku wat no. plat untuk diaa. Hehehe. Pi ,pi sehari jaa siap.. Laaaa, mudah sungguh.... Tu dia laaaa. Ish2... Alhamdulillah akhirnya siap jugak no. plat motor aku setelah banyak jugaklah duit aku habis.. Sebelom tu aku nek merata dah motor ni.. Yalaaa, kena bagi panas juga enjin diaa.. Kalau tak lingkup laa enjin.... Bawa motor sekitar kota Kaherah ngan lesen pon takda.. Hehehehe. Tapi takpa, pengalaman besa kena tahan polis ngan sahabat baik aku, ustaz Zubair(kuliah Dirosat ala tul) telah mematangkan aku. Hehehe. Dok pi Arma nek moto jaa.... Paling terbaru pi Majlis ilmu Kutub Sittah nek motor ni jaaa... Wat kering jaa orang Kedah cakap...... Mudah nek moto ni.. Tak yah susah2 dah tunggu bas. Start ja, nak pi mana pon, pi laaaaa.... Sesak2 kota Kaherah bleh selit celah2 keta.. Memang mencabar...... Aku ingat lagi pesan abah aku.."Naik motor di sana elok2lah.. Orang Mesir bawak keta x displin...." Hehehe, abah aku tau mana laaa tuu.. Banyak faedahnya kalau beli motor ni.. bagi pelajar Kaherah laa.. Yang dok cawangan ni tak yah pon takpa.. Tapi pasai pa aku pon beli jugak ni??? Haaaaaa.... Sebab tahun depan aku nak dok Kaherah. Sebab tu aku beli dah siap2....

Sebenaqnya aku cemburu betoi kat geng2 dok pi ngaji kt Masjid Azhar.... Kat masjid Asyraf... Ada motor mudah jaa nak pi ke sana.. Nek bas ghenyah(susah).. Bukan pa... Ada motor ni kot laa ghajin sikit kan.. Besa laaa... Kalau malas2 ni, jumpa plak benda payah(sesak nek bas) terus dia x jadi pi... Ada motor jaaa... Pi ramai2 plak kan.. Konvoi plak.. Pergh!! Memang hilang terus malas tuu.... Berbahagialah mereka yang ghajin mengaji tuuu... Allah... Aku respect betoi laaa... Tuan Guru ustaz Nazrul ngan Tuan Guru ustaz Hairul jangan dok habaq pa dah. Depa dua memang tok guru kita yang memang dah ghajin ngaji. Bukan nak jek, tapi benda sungguh, kena cita laaa..... Kita bertuah kerana usaha mereka inilah kita kenai ramai masyaikh di sini. Betoi x?? Takpala kalau hampa takmau mengiakan pon.. Hurmm... Ni pendapat aku laa kan.. Hampa x setuju mana bleh aku halang...

Tahun depan i.ALLAh aku nak dok Kaherah. Bukan dok sana terus. Tapi lebihkan dok di Kaherah laa. Tahun ni xleh.. Sebab sibuk skit di Mansurah.. Tahun depan i.ALLAH.. Doa2lah moga di mudahkan... Kalau ada bini, bleh ajak sekali bini kita tu ngaji di sana. Motor ada kan??? Nek laa sekali ngan tok laki.. Jangan tok laki jaa pi ngaji.... Kesian bini di umah.. Dia pon nak ilmu jugak....... Tahun depan i.ALLAH lah kalau ada rezeki. Hehehehe. Ni lah serba sedikit kisah aku ngan motor kesayangan aku ni. La ni motor ni dok lepak kat umah Kedah Sabiek. Umah geng2 Kedah dok sementara. Umah Kedah Asyir tengah dok islah la ni... Member aku dok jaga molek jaaa....

Lesen aku tak amek lagi.. Tapi jalan merata dah ngan motor ni. Ish2.. Hehehehe. Lepas Peksa fasa p1 ni cadang nak amek lesen.... Moga dipermudahkan segala urusan....

Motor dan aku..............

Ronda2 Sabiek bersama motor tersayang...... Madinah Nasr....

0

TILIK LAH DIRI SENDIRI DAHULU.....







Mawar(bukan nama sebenar) sedang bersemangat memberikan ceramah tentang barangan boikot. Hadirin yang hadir begitu kagum dengan cara penyampaiannya itu. Penuh dengan dalil. Paling kurang pun kalam2 ulamak. Semuanya mengangguk faham. Khusyuk benar mereka. Mawar masih lagi meneruskan ceramahnya. Dalam masa yang sama, dewan orang ramai penuh sehingga terpaksa duduk di luar. Hebat!

"1 ringgit yang kita bayar untuk membeli barangan yang telah diboikot, samalah seperti sebutir peluru kita berikan kepada Israel untuk mereka menembak saudara kita di Palestin!!!" ujar Mawar penuh bersemangat. Hadirin bagaikan direntap kuat ketika mendengar kalamnya itu. Semuanya gerun!!

Setelah lebih sejam berceramah, Mawar hampir kepada ucapan akhirnya. Dia sempat berpesan kepada hadirin,

"Oleh itu,saya menyeru kepada diri saya dan semua marilah sama2 kita memboikot barangan yang ada kena mengena dengan Israel!!" kalam akhirnya yang begitu teruja bila mendengarnya.

Selepas saja majlis selesai, Mawar didatangi seseorang. Dahlia(bukan nama sebenar) menghampirinya. Lagaknya seperti ingin bertanyakan sesuatu. Mawar tenang berhadapan dengan orang ramai.

"Assalamualaikum cik Mawar. Maaflah mengganggu cik. Saya ada benda nak tanya ni. Tapi soalan saya ni pedas juga lah. Boleh tak?" Dahlia menyapa Mawar. Mawar sedikit terkedu bila mendengar jenis soalan yang akan ditanya itu.

"Waalaikumussalam... Eerr, sila2.." Mawar mempelawa Dahlia untuk bertanyakan soalan tersebut.

"Cik Mawar guna nombor telefon pra bayar syarikat apa yaa?" tiba2 soalan itu yang ditanya Dahlia. Memang agak2 pedaslah juga. Mawar terdiam seketika. Dia tidak dapat mengagak lagi apa tujuan Dahlia bertanya begitu. Kemudian dia menjawab dengan tenang soalan itu tadi.

"Hmm, syarikat 'tuuuut'....." jawab Mawar bersahaja.

"Eh, itu bukankah syarikat yang diboikot juga cik Mawar? Kenapa cik Mawar boleh guna pula no. telefon daripada syarikat terbabit?" Dahlia sengaja bermain akal dengan Mawar. Kini Mawar mula sedar soalan pedas tersebut. Dan apa tujuan Dahlia bertanyakan sedemikian. Dialog mereka berdua ini terhindar daripada pengetahuan orang ramai. Awal2 lagi Dahlia sudah mencari tempat yang sesuai untuk bertanyakan soalan pedas ini.

"Eerr, saya memang gunakan no. tersebut.Dah lama dah. Tapi saya bukannya beli sendiri dari syarikat 'tuuuut' itu. Saya warisinya dari orang2 lama. Jadi no. ini sudah turun temurun digunakan. Sehinggalah kepada saya pula hari ini. Oleh yang demikian, tak timbullah soal saya sumbang atau tidak pada barangan boikot itu. Kerana bukan saya yang beli pada awal2nya. Eerr... Harap enti faham ya?? Jangan suuzhon pula lepas ni." panjang juga jawapan yang diberikan Mawar itu. Dahlia hanya diam sambil mendengar saja kalam2 Mawar dari tadi.

"Tapi kan cik Mawar, adakah cik Mawar tidak pernah topup no. tersebut? Untuk pencerahan soalan, saya ulang sekali lagi. Adakah dari awal2 lagi ketika cik Mawar guna no tersebut, cik Mawar tidak pernah topup no. itu??" Dahlia masih bertanyakan soalan yang agak2 pedaslah juga.

"Eh, mestilah saya pernah topup. Kalau saya tak pernah topup, macamana saya nak hubungi orang selama ni? Kamu ni tanya soalan pun, biarlah logik sikit.." jawab Mawar.

"Baguslah cik Mawar jujur dengan saya. Sekarang camni lah senang. Saya terus terang saja dengan cik Mawar." muka Mawar jadi lain tatkala mendengar kata2 itu dari Dahlia. Dahlia meneruskan percakapannya.

"Cik Mawar mengatakan no. tersebut cik Mawar warisi dari orang2 lama. Dan 1 sen pun cik Mawar tak keluarkan duit untuk membeli no. tersebut apatah lagi menyumbangkan kepada barangan boikot? Kan cik Mawar kan?" Mawar mengangguk segan.

"Tapi cik Mawar.... Cik Mawar lupa 1 perkara iaitu topup itu sendiri.... Cik Mawar topup guna duit cik Mawar sendiri. Bukannya di sponsor oleh orang2 lama2 atau sesiapa saja. Jadi persoalannya di sini, tidakkah setiap kali cik Mawar topup itu sebenarnya turut menyumbang kepada barangan boikot?? Tidakkah begitu cik Mawar?" Dahlia bertanyakan seperti berada di mahkamah pula. Mawar dari tadi lagi sudah terdiam. Tak tahu untuk jawab apa2.Dahlia menyambung lagi...

"Berapa ringgit cik Mawar guna kalau sekali topup?" tanya Dahlia lagi.

"10 ringgit.." jawab Mawar gopoh gapah.

"Ok, 10 ringgit yang cik Mawar topup itu bukankah akan masuk ke dalam akaun syarikat 'tuuuut' tersebut?? Dan duit yang cik Mawar bayarkan kepada syarikat 'tuuuut' tersebut untuk membeli topup akan disumbangkan pula kepada Israel seperti mana cik Mawar ceritakan dalam ceramah cik Mawar tadi? Betul tak camtu cik Mawar?" Mawar dari tadi sudah menundukkan kepalanya. Kali ini dia pula diberi ceramah.

"Cik Mawar ada cakap tadi, 1 ringgit yang kita beli dari barangan yang diboikot, samalah seperti kita menyumbangkan sebutir peluru kepada Israel untuk menembak orang Palestin. Sedarkah cik Mawar bahawa cik Mawar bukan saja menyumbangkan sebutir peluru, tapi 10 butir peluru dalam 1 masa kepada israel! Yalah, sekali topup 10 ringgit, 10 butir peluru disumbangkan kepada Israel. Tak gitu cik Mawar?"

"Saya tak pernah terfikirkan tentang perkara tu pun..." balas Mawar perlahan.

"Ok. macamana cik Mawar nak fikirkan benda ini kalau dah cik Mawar nampak salah orang lain saja? Salah sendiri buat2 tak nampak. Sebab tu cik Mawar tak perasankan benda ini. Tak mengapalah cik Mawar. Saya cuma nak sedarkan cik Mawar saja. Di negara ini banyak lagi pilihan no. telefon dari syarikat yang tidak diboikot. Jadi cik Mawar ada ikhtiar untuk menggunakan no. yang lain. Kalau cik Mawar punya banyak alasan untuk membenarkan perbuatan cik Mawar ini, cik Mawar jangan pula terkejut kalau orang ramai juga punya banyak alasan untuk memakai atau membeli barangan boikot..... Saya minta maaf cik Mawar kerana kata2 saya ni kasar..."

Mawar terdiam seribu bahasa................