25 September 2009

PMRAM = PAS ???


Assalamualaikum semua....

Hari ini aku tulis satu entri baru yang mungkin akan menimbulkan kurang senang sesetengah orang. Tapi bagi aku, aku menulis ini sebagai pembelaan untuk 'persatuan' aku di sini (Mesir). Dan idea nak tulis entri kali ini pun dicetuskan oleh sahabat aku selaku 'antara orang tertinggi' dalam DPM Mansurah. Dia bertanya padaku,

"Hang tak sakit hati ka?" ujarnya padaku.

Bukan tak sakit hati,cumanya aku malas layan orang tengah 'pening'. Bak kata Al Fadhil Tuan Guru Ustaz Nazrul,

"Jangan layan orang bodoh,nanti kita pun jadi bodoh macam dia jugak." begitulah mafhum ayatnya.

Tapi kali ini aku kena pertahankan juga persatuan aku ini. Aku minta maaf kalau kepimpinan kurang senang dengan tulisan aku kali ini.

Berbalik kepada tajuk kita tadi, PMRAM = PAS ???. Sebenarnya,sebelum sahabat aku berikan link sebuah blog seorang blogger terkenal (mungkin) di Mesir ini, aku sudah pun membacanya. Kebanyakan isu yang sering ditulis di dalam blognya itu menghentam PMRAM. Mesti ada punyalah beliau nak hentam PMRAM. Aku pun tak tahu lah, sebab apa beliau sakit hati sangat dengan PMRAM ini?? Sakit hati lah kan?? Kalau tak, buat apalah susah2 taip hanya untuk kata pada PMRAM saja? Tapi sekurang2nya beliau telah memperkenalkan 'PMRAM' kepada blogger2 seantero dunia yang lain. Maceh2..Tocey2...

Aku ingin menjawab serba sedikit isu2 yang beliau telah ketengahkan itu. Walaupun tak banyak,sekurang2 aku cuba untuk membela 'persatuan' aku ini.

Antara kalam2 beliau,

Beliau : "Saya rasa terpanggil untuk menulis entri kali ini untuk menyentuh isu berkaitan pengkaderan mahasiswa MALAYSIA di Mesir untuk menjadi seorang yang PRO parti PAS.Isu ini adalah isu lapuk yang selalu dibicarakan oleh banyak pemimpin politik."

Aku : Sapa yang panggil tu? Habaq mai sat kat cek.. Cek pon nak tau jugak ni. 'Pengkaderan' ni kalau tak silap aku la, rekrut laa nooh?? Kalau salah tolong betoi kan. (Maaflah guna bahasa 'ammiah Kedah. Bukan apa, baru sedap nak berhujah). Sapa dia yang dok rekrut pelajar sini jadi PRO parti PAS ni?? PMRAM ka?? Kalau PMRAM, sebenaqnya PMRAM tak payah susah2 nak rekrut kami. Sebab majoriti kami ni faham mana satu parti yang 'sempoi' bagi kami. Jadi bila kami dah faham, kami pilih ja laa... Dari Malaysia lagi kami dah dok dalam parti yang 'sempoi' bagi kami ni. Jadi, PMRAM tak yah susah2 nak rekrut kami. Hat ni isu lapuk?? Dah tu awat pi barukan?? Sapa dia pemimpin politik yang selalu bicarakan tu?? Pemimpin politik yang takut ngan bayang2 sendiri ka??? Jaga2, jangan kerana takutkan bayang2 sendiri sampai nak terjun gaung plak noh??

Beliau : "Ada orang mula lupa bahawa dirinya adalah berbangsa melayu.Sehingga berkata “kita tidak perlu berbicara soal melayu,kita hanya perlu berbicara tentang Islam”.Islam adalah agama dan bangsa adalah identiti seseorang dan asal usulnya."

Aku : Bak kata bekas PM kita tu, "Melayu mudah lupa". Satu ucapan yang aku rasa takda lagi mana2 pemimpin PAS cakap. Kalau sapa pernah dengaq tolong mai habaq kat aku sat. Aku rasa puak beliau lah melayu yang mula lupa diri tu. Kalau tak, bekas PM kita tak kena katalah oleh puak dia juga. Dulu masa jadi PM,bukan main lagi. Tapi bila dah turun,puak hampalah juga yang juara kata kat bekas PM kita tu. Awat jadi lagu tu?? Dah lupa diri ka?? Tu dia laa... Minum ayaq ngan semut lagi. Tok wan dok pesan banyak kali dah kan. Degil......Sapa yang tak pentingkan bangsa?? Masalahnya sekarang ni,kita terlalu bangga dengan bangsa sendiri,sehinggakan bangsa kita 'juara' dalam semua hal(anak zina,zina,judi,dadah dan banyak lagi) kita masih wat2 tak nampak. Nak bertuhankan bangsa ka?? Bila dah jadi lagu ni,terpaksa lah wat kuaq kenyataan supaya jangan dok 'tenggelam' dalam 'melayu' kita ja..Sapa yang tak sayangkan bangsa sendiri?? Tapi kita ni lebih sayangkan bangsa dari Islam itu sendiri(tapi beliau cintakan Islam lagi,aku tahu)!! Biaqla Islam di pandang sepi,asalkan melayu tak pupus. Gitu?? Hampa nak lagu tu ka?? Kerana tersangat melayulah,mualaf(ada ka melayu mualaf?) kita di Malaysia tak dibela sepenuhnya. Sehinggakan depa nak masuk balik agama asai. Awat jadi lagu tu?? Kes baru ka atau dah berzaman??? Mualaf ada hak sebagai penerima zakat. Tapi apa yang depa dapat??(bukan semua terpinggir). Jangan kata mualaf ja, melayu sejati pun tak dapat zakat kalau bukan 'orang hampa'. Bela melayu laa tu??? Khianat ngan bangsa sendiri ada laa. Orang kulit hitam pun kalau depa bertaqwa,lebih mulia lagi di sisi ALLAH berbanding ngan kita yang ngaku melayu,tapi Islam amek sekerat2 ja.. Amek yang masuk ngan depa jaa..Bukannya tak pentingkan bangsa,tapi kenyataan terpaksa diubah bila begitu taksub ngan bangsa. Aku jugak bangga pa ngan kehebatan bangsa aku,orang melayu di seluruh dunia ni. Kat Somalia(selamatkan askar US),Congo(tentera pengaman) dan banyak lagi kisah anak2 melayu melawan penjajah dan pernah menguasai empayar yang besar suatu ketika dahulu. Aku tertarik ngan kenyataan Tok Guru Mursyidul am PAS, " Kalau orang cina muslim yang bertaqwa nak jadi MB pun kita bagi..." Ya laaaa... Daripada pemimipin melayu yang hanya pandai penuhkan poket sendiri ngan duit rakyat!

Beliau : "Parti PAS yang menggunakan nama ISLAM dalam partinya menyebabkan ramai yang berhujjah bahawa parti tersebut adalah parti ISLAM manakala parti lain tidak ISLAM dan lebih parah apabila ada yang berkata bahawa parti lawannya adalah penganut ISLAM PLASTIK."

Aku : Yaaa,memang PAS parti Islam pon. Sebab dasar dia.. Bukan sebab nama dia PAS. UMNO pon kalau dasar Islam sepenuhnya,aku dah lama UMNO. Pasai pa??? Pasai UMNO ni parti yang lebih awai. Jadi takda alasanlah nak wat parti baru kan??? Tu pon kalau dasar dia cam PAS la. Tapi ni pasai takda lagu tu.. Sebab tu orang kurang 'minat' ngan UMNO. Laaaaa,ngaku pon orang ramai berhujjah kata PAS ni parti Islam. Parti hampa jaa yang tak Islamik,bukan hampa tu tak Islam. Idealogi politik kan banyak. Antaranya sekular. Kaaa tak tau??? Politik sekular pon ada oooo... Berkenaan ngan Islam plastik ni aku takmau komen. Sebab bukan gheja aku nak hukum orang ni. Tapi bagi aku,Umno,Islam dan aku ikut jaa imam Umno pon... Tok imam kg aku pon Umno. Baik jaa... Takpa2,balik Malaysia nanti I.ALLAH dia dah masuk PAS la tu nooh...

Beliau : "Berbalik kepada isu asal iaitu isu pengkaderan mahasiswa kearah PRO PAS.Perkara ini harus disedari oleh semua pihak terutamanya kerajaan BN."

Aku : Laaaaa.. selama ni tak sedaq pasai pa?? Pengsan ka?? Kaa mabuk ngan dunia melayu jaa?? Ok takpa2... La ni bagi sedaq dulu. Satgi payah plak tak sedaq. Dah sedaq ka?? Ok baguih.. Dengaq molek2 orang nak habaq. Satgi tak paham plak...

Beliau : "Malaysia negara DEMOKRASI.Bebas memilih mana-mana parti.Di Mesir,IKHWAN MUSLIMIN tidak diiktiraf sebagai sebuah parti.Kumpulan ini diharamkan.Namun,mereka tetap bergerak secara senyap walaupun berhadapan dengan seribu bahaya."

Aku : Yaka demokrasi???? Leh caya kaaaa?? Cam xleh caya jaa pon. Betoi ka bebas bleh pilih mana2 parti yang kita nak?? Atau kalau pilih satgi kena tukaq tempat gheja plak. Silap haribulan,penoreh getah profesional di Kedah pon bleh kena tukaq pi menoreh kat Sabah Sarawak paa?? Mana nak tau kan? Kan3.Tu Mesir... Dok pi amek tau pasai paa...Kaa hampa ada amek sikit petua dari depa??? Haaaaaaaaaaaa. Cam nak ngaku jaa tadi..Aik tak jadi plak?? Takpa2..

Beliau : "Di Mesir,erti demokrasi Malaysia gagal difahami oleh mahasiswa Malaysia di Mesir.PMRAM yang bergerak laju ini bersembunyi disebalik KEBENARAN PIHAK KESELAMATAN MESIR yang memang suka menjadikan budak-budak PMRAM barua mereka."

Aku : Memang...Memang kami tak paham pon erti demokrasi yang kerajaan bawakan. Sebab tu dok 'bunyi' macam2 tu. Negara uncle SAM pon demokrasi,tapi tak macam negara kita pon. Malu laaaa. Negara kapir lagi elok demokrasi dia. Agak2,bleh tak beliau terangkan camna erti demokrasi pada istilahnya..Kami kan gagal untuk pahami. Nak wat camna...Tolonglah pahamkan kami..Bleh?? Kaaa bleh blah?? Janganlah camtu. Nanti kami bising lagi kang.. Beliau dok tulis2 lagi dalam blog. Kalau tulis kat kedai cc kan dah kena bayar. Sejam 2 genih(kedai line tak charr laa..). PMRAM tak laa bergerak laju sangat. Besa lah,nek tut tut.. Tak leh nak rapat meter cam 125 Z. Setakat 20 km/s ja laa.. Kepeh,kepeh,kepeh...(sounds effect tut tut). Tapikan kawan2.. Beliau dah akui PMRAM selama ni memang bergerak laju bersama peredaran zaman. Wah2... Beliau dah akuinya. Tak payah aku nak habaq.. Maceh tu beliau...Yaa..PMRAM memang bergerak laju. Tu dia laaah.. Beliau jalan slow lagi.. Kan dah kena tinggai. Pastu mula lah tak tau apa yang ada di depan bersama2 kami(PMRAM). Awat??? Pihak keselamatan Mesir memang benarkan kami buat apa2 aja program kerana kami ni jenis reti dan tau mintak kebenaran tuan rumah dulu. Yelaaa. Dok rumah orang,nak wat apa2 pon kena lah mintak kebenaran. Takkan lah nak dok atas kerusi sambil terkangkang depan TV sambil tengok piala dunia remaja camtu jaa... Ish,beliau tak malu ka camtu. Pihak keselamatan Mesir bagi sebab kami ok ngan depa.. Kaaa beliau jeles?? Haaaaaaaaaa. Nampak cam jeles jaa??? Eceh2.. Malu2 plak nak ngaku. Pihak keselamatan Mesir jadikan kami barua2 depa??? Tu dia haih ayaaaaaat... Bleh tahan... Barua tu tak laaa.. Tapi kalau Pihak keselamatan Mesir ajak berjihad lagi seperti suatu masa dulu,kami sanggup jaa...Beliau nak join tak??? Takpa,kalau nak join,join jaaa..Tak isi borang PMRAM pon takpa.. Sebab kalau mati syahid nanti ALLAH tak tanya,dulu ada isi borang PMRAM ka tak??

Beliau : "Namun,perkara ini gagal difahami oleh kebanyakkan pihak.Siri pengkaderan ini berjalan secara lancar dan TIDAK DIGANGGU oleh mana-mana pihak.Sebahagian kerajaan negeri patut memandang keadaan ini secara serius."

Aku : Laaaa,tadi kata kami gagal paham erti demokrasi. Caih,hampa pon sama jugak laa. Tak paham..... Kita serupa. Hehehehe. Pihak mana tak paham tu?? Pihak yang takut ngan bayang2 sendiri ka?? Siri rekrut berjalan dengan lancar dan tidak diganggu oleh mana2 pihak. Wah2...Memang laa tak diganggu mana2 pihak sebab siri pengkaderan itu memang tak wujud. Aku nak bagi contoh kat kawan2 semua.. Kalau solat tak sah lagi dari awai,nak mai mana batainya solat tuu?? Nak terjadinya batai solat kena solat tu sah dulu..Sebagai contoh,tengah2 solat,terkentut.. Maka bataila solat tu. Tapi kalau solat tak sah lagi,hang kentut pi laa 1 juta kali pon,memang tak dinamakan batai pon solat hang tu. Pihak2 lain nak ganggu camna sebab benda tu memang takda(siri rekrut). Kalau ada pon hanya dakwaan tak berasas dari beliau. Beliau begitu takut dengan kebangkitan PAS, sampai sanggup kuaq kan macam2 kenyataan dalam blog. Dok kata kat PAS ngan PMRAM. PAS,PMRAM,PAS,PMRAM....Takpala.. Lepaih ni wat zikir teruih. Moga2 hati tu lembut skit. Tak banyak pon skit jadi laa.. PMRAM secara rasminya tak pernah bawa kuaq kenyataan, 'Marilah kita sama2 berjuang di dalam PAS'. Sebab pa tak pernah habaq lagu tu?? Sebab PMRAM bukan badan politik atau parti politik. PMRAM hanya NGO di Mesir yang daftar sendiri bawah kementerian depa. Gheja PMRAM hanyalah bantu dan berikan kebajikan kepada orang Melayu khususnya di Mesir ni. Nama pun PMRAM. Bukannya Nadi UMNO. Tapi kami pon ada nadi. Tak caya,cuba check kat pergelangan tangan tuuuuu.;-). Kalau ada pon kenyataan dari ahli PMRAM yang menyokong penuh PAS di Malaysia, itu hanyalah kenyataan peribadi. Bukan menggambarkan diri PMRAM yang sebenaq.PMRAM ada blog rasmi. Pi laa check blog depa tu... Ada ka kenyataan rasmi lagu tu?? 'Sokonglah PAS.'... Ada ka?? Atau beliau tak pernah bukak langsung?? Ada bukak?? Haaaaa.. Baguihlaaa. Lega hati cek.. Bab ahli PMRAM nak PAS ka tak,benda tu dari Malaysia lagi. Hampa pon sama lah. Ada nadi umNo. Lagi sakan. Nama real teruih hampa letak. Tu nak kira lagu mana tuu?? Pengkaderan secara terang2an untuk masuk umNO. Gitu ka?? Aku secara peribadi tak memusuhi nadi umno. Sebab ada ja kawan2 aku dalam sana. Tapi pasai pa beliau dok kata kat kami?? Cuba lah makan nasi tu,dok molek2 tepi kami ni haaaa... Ni tak, dok pi curi sikit2 lauk kami... Haaaaaa. Marahla kami ni pon. Kalau makan sengap2 tak curi lauk kami,kami pon tak kelapaq haih nak kacau hampa. Aku tulis ni pon sebab nak bela persatuan aku. Hampa ingat tak letih kan menaip ni?? Yaaa. Di akui ahli PMRAM ramai yang PAS. Bahkan mungkin majoriti?? Ada tak sapa2 nak mengiakn kenyataan aku ni?? Tapi bila kami sampai di sini (Mesir),kami kena bersikap profesional... Kerana kami kena bekerja pula untuk PMRAM yang bukannya badan politik. Dasar PMRAM pon bukannya dasar politik. Kenapa?? Nampak PMRAM ni cam PAS ka??? Laaaa,besa laa tu,kalau dah dasar dan manhaj sama,mestilah nampak sama. Di dunia ni banyak lagi gerakan Islam yang nama saja berlainan. Tapi dasar dan manhaj tetap sama. Kenapa sama?? Sebab Al Quran dan Sunnah yang sama. Cumanya ada beza laa dalam fiqh. Benda furuk.. Nak pening2 kan pala pasai pa. Yang penting dasar tu.... Sesebuah persatuan atau pertubuhan tu, orang ushar kat dasar atau perlembagaan dia..Apa laaaa.. Kalau umno nak jadi parti islamik,tukaqlaa dasar... Aku lah orang pertama masuk umno..PAS pon akan bubar... Orang mesir pon main guli juga. Tapi depa ada nama dan panggilan sendiri laa.. Tak sama ngan kita.. Tapi,kalau kita pi main sekali ngan depa(orang2 Mesir),mestilah kita akan kelihatan sedang bermain guli. Orang Malaysia akan cakap,"Eh,depa tengah main guli laa."
PMRAM ada beza ngan PAS dari segi pembawakan. Tapi nak wat camna,ramai orang PAS dok dalam PMRAM. Kesian PMRAM dituduh PAS laa plak. 2 tahun aku dok sini,takda lagi PMRAM wat program meng'PAS'kan ahli PMRAM kat sini. Nak wat camna,yang PMRAM dok habaq,cerita,syarahkan tu sama ngan PAS di Malaysia. Yalaaaa.. Tak pi mana jugala kan?? Main laa guli kat negara mana sekalipun.. Orang akan cakap dia main guli.. Bukannya main gasing atau galah panjang..Kalau ada pon nak ajak masuk PAS,itu dari ahli...Bukan rasminya dari PMRAM. Dan secara dasarnya memang kita bebas nak pilih parti mana pon kan?? Tadi beliau juga cakap demokrasi. Lupa dah?? Melayu mudah lupa la ni..

Beliau : "Saya sedang merancang strategi memastikan DEMOKRASI tertegak dan mahasiswa Malaysia diselamatkan dari pengkaderan yang maha dahsyat ini."

Aku : Baguslah nak rancang strategi. Bila dah siap rancangan tu,pi balik Malaysia sat. Tak lama pon sat takpa dah... Pi habaq kat kerajaan yang beliau suka itu.. Cara2 nak main demokrasi yang betoi... Pastu bila demokrasi kat Malaysia dah pulih, baru mai habaq kot ni plak. Kami pon nak dengaq juga.. Ada ilmu dekut watpa kan??? Nak selamatkan kami??? Tolong2.... Kami takmau persatuan lain dah.. Nak PMRAM jaa... Bak kata iklan kopok.....'Mesti mau'...

Beliau : "Tanpa perlu saya perincikan apakah jenis strategi tersebut,saya harap mahasiswa boleh menerima isu ini dengan baik.Saya lihat masih ada ruang untuk KELAB UMNO dibaik pulih dan diperkasakan semula di Mesir kalau kena dengan gayanya."

Aku : Takpalaah..Tak yah dok habaq lagi laa kalau tak siap lagi.. Satgi tak suspen plak.. Pi rancang betoi2 dulu naa...Awat?? Nak meng'umno'kan kami plak ka?? Eeeeeeee.. Tak kuasa nyah(satu ayat yang terpaksa guna walaupun tak suka). Takpalah. Baik pulih sungguh2 naah... Pastu dah ok dah.. Pi balik baik pulih umno Malaysia plak. Kita kan ngaji Al Azhar....Pakat tau belaka dah hukum hakam ni.. Dalam nadi umno pon ramai yang hebat2. Termasuklah beliau ini.

Beliau : "Kalau mahasiswa INDONESIA di Mesir ada kelab GOLKAR,PDI,PKS dan lain-lain lagi,apa salahnya KELAB UMNO wujud dipihak mahasiswa Malaysia? Semua pihak harus faham isu ini.PPMI yang berdaftar dibawah SYU’UN DAKHILI atau JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI dan bukannya SYU’UN IJTIMAI’E atau JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT seperti PMRAM tidak sekali-kali mempersoalkan kewujudan kelab-kelab GOLKAR,PDI,PKS dan lain-lain lagi."

Aku : Laaaaaa. Sapa cakap salah? Tak salah haih hampa nak wujudkan nadi umno kat sini. Kita kan demokrasi. Yang salahnya bila beliau dok kata PMRAM rekrut ahli jadi PAS. Hat tu yang salahnya... Ok skang ni biaqlah beliau ngan nadi umno beliau. Janganlah dok hingaq2 kat PMRAM plak.. Kan orang dah pesan. Tok wan pon dok pesan jugak... "Makan nasi sebelah orang tu,makan diam2...jangan dok curi2 lauk orang.. Nanti orang sebelah tu katok(pukul) tangan.." Dan aku secara jujurnya tak setuju dengan kewujudan nadi PAS di sini(Mesir). Aku tak kuat PAS ka?? Huuussshhhh,, awat cakap lagu tu.... Dah cukup PMRAM saja sebagai wadah perjuangan untuk orang melayu di sini. Watpa nak banyak2 lagi?? Kita dah laa sikit kat sini.. Dok berpecah belah,l
agi laa sikit....Bak kata kumpulan Aboi...."Malaysia kita ni kecik aje,kalau gaduh sapa nak jage...?" Aku tak tau laa kalau adanya kelab PAS kat sini... Lagi laa beliau meronta2 kepanasan cam cacing kepanasan tuu.. Sedangkan PMRAM yang tak pernah meng'PAS'kan ahli pon dia dah hingaq... Cubalaah bayangkan kalau kelab PAS wujud kat sini... Lagilaah beliau hingaq.. Tak tau laa isu apa plak beliau nak utarakan.. Tengok tu beliau... Kami kesiankan kat beliau.. Sebab tu laa tak mau adanya nadi PAS di sini... Kalau ada jugak,beliau dok melilau merata plak. Dok mengacum pa plak laaaa...Ish2...

Beliau : "Oleh kerana saya ingin
melaksanakan strategi perubahan kelab UMNO,saya harus menjalankan siasatan menyuluruh terhadap segala jenis kelemahan sedia ada."


Aku : Baik beliau baiki kelemahan PMRAM jaa... Beliau bukannya tak cerdik.. Gunakanlah kecerdikan beliau tu.. PMRAM memang ada kelemahan. Jadi,kita yang nampak kelemahan tu,perbaikilaah... Kalau kapai kita rosak,kita pakat2 baiki sama2.. Bukannya wat kapai lain untuk keselesaan sendiri. Tu pentingkan diri sendiri tuuu namanya..

Beliau :"Segala prasarana harus saya lihat agar boleh saya fikirkan untuk memanfaatkan semaksima mungkin.Antaranya prasarana yang hampir dengan tempat yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia di Mesir.Antaranya ialah : 1)Hayyu asyir 2)Rumah-rumah negeri di bawah BN 3)Prasarana awam dibawah penguasaan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Edisi siasat ini dibuat secara SOAL TERUS kepada pihak berkuasa hingga ke SOAL BALAS secara orang perseorangan. Dalam misi tersebut,saya telah bertanya kepada seorang “PIHAK BERKUASA” dan jawapan itu “KURANG MEMUASKAN” saya.Namun,saya sabar dan meneruskan peringkat kedua. Agak malang,apabila pihak kedua MEMBUAT ANDAIAN yang kurang tepat dan terjadilah “SAMPAI – MENYAMPAI”.Lebih malang kerana ia terjadi di sebuah negeri di bawah BN. Saya dipanggil oleh “PIHAK BERKUASA” tersebut.Agak panas perbualan kami di awal bicara. Namun,keadaan seperti sedia kala apabila saya menceritakan perkara sebenar. Mungkin KELAB UMNO tidak akan menggunakan PRASANA yang saya server tersebut.Kerana pihak berkuasa berhak buat keputusan dan saya harus akur.Namun,yang saya kesalkan,isu tersebut gagal difahami oleh SEBAHAGIAN PEGAWAI KERAJAAN NEGERI yang sedang bertugas di Mesir : 1) Mesir adalah pusat pengkaderan pembangkang jangka panjang. 2) Persatuan kebajikan pelajar,menggunakan nama KEBAJIKAN dan melaksanakan agenda tersembunyi disebalik nama KEBAJIKAN. 3) Pegawai Kerajaan Negeri pula hanya melihat apa yang ada diatas kertas dengan tanpa melihat apa yang mereka BISIKKAN kepada mahasiswa terutamanya mahasiswa baru. 4) Tindakan POPULAR di mata mahasiswa hanya menyenangkan kebanyakkan mereka untuk terus melaksanakan agenda tersembunyi sementara PIHAK YANG BERKEPENTINGAN terus masak nasi dan selamatlah PERIUK itu.Apa yang penting,popular macam SITI NORHALIZA."

Aku : Tu dia haaaih.... Ayat dia... Sapa nak rekrut sapa ni??? Ish2... Rancangan beliau ni nampak besar.... Nak jadikan orang melayu kat sini UMNO RAYA ka?? Tak tau laa plak... Bak kata Zifi..."Tak baik punyeeeeer...". Hamboi2... Suuzhon kat PMRAM sampai camtu sekali noh?? Tuduh habih apa yang nak tuduh.... Takpala... PMRAM wat ja keja PMRAM.. Tak betoi,kami ahli ni teguq... Bukan dok saja.... Sia2 bayaq yuran oooooo... Awatla dia takut sangat ngan PMRAM ni?? Hantu ka PMRAM ni?? Kaa pengundi hantu?? Tapi tu puak2 depa jaaa..

Beliau : "YAB Menteri-menteri besar dan Menteri wliayah perlu segera merawat keadaan cemas di mesir ini.Jika tidak,tunggulah,akan lahir penceramah-penceramah PAS lepasan Mesir yang akan berteriak “TUAN-TUAN! KITA BOLEH SOKONG DAP SEBAB DAP AKAN SOKONG PARTI PAS!!!”

Aku : Laaaaaaaaaaaaa. Orang umno ka beliau ni.. Baru aku tau... Cemas sangat kaa??? Awat orang melayu jadi kot mana dah??? Jadi sawan babi ka?? Demam kura ka?? Kepialu ka?? Aku dok tengok orang melayu sini ok jaa... Mungkin kena selamatkan beliau dulu paaa?? Laaa.. Biaq kat kami laa nak jadi penceramah PAS ka UMNO ka MIC ka MCA ka sakit tuan ka sakit puan ka... Tadi kata demokrasi.. Awat dok risau sangat pelajar Mesir jadi penceramah PAS plak ni??? Tu diaaa laaa... Takut kat bayang2 sendiri.. Habih bayang2 tepi tingkap dia kata hantu,ish2.. Oooo,jadi penceramah UMNO demokrasi. Kalau jadi penceramah PAS tak paham demokrasi. Gitu ka??? Laaa.. Kot tu plak..Siaaaaan... Mestilah sokong DAP sebab sokong PAS... Orang cina kapiaq tolong kuarga kita lemas.. Kita tengok ja laa dari jauh.. Gitu?? Takkan laa kita tengok saja dia tolong kuarga kita yang mendapat susah tu. Mestilah kita tolong juga.. Bukan orang lain dia tolong.. Kuarga kita juga...Tu pon payah paham ka??

Beliau : "Mahasiswa Malaysia di Mesir akan terus mandul kalau misi pengkaderan ini tidak dibendung dan dibenteras.Bercakap soal akademik,bukankah misi pengkaderan ini turut menjejaskan akademik mahasiswa kita?"

Aku : Mandul camna tuu?? Jangan mandul dalam perkahwinan sudah... Mintak jauh laaaa. Nak bendung pa nya.. Dah memang takda misi ni(rekrut). Orang dah habaq banyak kali dah kan... PMRAM tak yah susah2 nak rekrut ahli dia... Sebab ahli dia memang dah PAS dari Malaysia lagi.. Mai sini kerja cara persatuan pelajar laa plak.. Nak parti sangat,balik Malaysia nanti. Berjuang sungguh. Masalah jejas tak jejas akademik mahasiswa tu bukan sebab persatuan. Tu sebab dia malas dan tak pandai bahagikan masa. Bukan sebab nak jadi PAS ka tak.. Al Fadhil Tuan Guru Ustaz Hairul mantan presiden, mantap jaa dalam akademik... Bekas presiden tuuuuuuuu. Bukan calang2 orang. Kita ni nak jadi ketua kelas pon entah2 tak pernah paaaaa??

Beliau : "Saya pasti,setiausaha-setiausaha sulit beberapa MB,sedang membaca entri kali ini.Segera siasat kandungan entri ini.Apakah benar isu saya ini?"

Aku : Awat tak panggil CIA ka,MOSSAD ka KGB ka.... Haaaa.siasat sungguh... Agak tak puas hati, telan sekali ngan entri2 beliau sendiri tuu..

Beliau : "Saya berfikir untuk mengutus surat dan rayuan serta “DOKUMEN PENTING” untuk tatapan YAB Menteri-menteri besar sedikit masa lagi…."

Aku : Haaaa.. Molek sangat laa tu. Nak pesan sama nih... Masa nak utus surat tu, jangan lupa merayu dan mintak sekali nama2 orang yang dinafikan zakat negeri tu moga dapat balik nooh.. Hak orang tuu... Tak baik tau dok sekat2... Kalau ada laa.. Kalau takda takpa laaa... Nak pesan yang tu jaaa..


Aku minta maaf banyak2 kalau terkasar bahasa. Kalau beliau tak 'menghentam' PMRAM dan PAS,aku pun tak teringin nak tulis entri ini. Aku cuma nak bela persatuan aku sahaja. Kalau dia boleh guna kebebasan bersuara, aku juga boleh.. Siapa lagi nak pertahankan persatuan sendiri kalau bukan ahli ini sebagai benteng persatuan.... Kami bukan bersifat penyerang... Tapi mempertahankan diri bila diserang...... Walaupun aku bukanlah dari kalangan mereka yang 'kuat' persatuan... Tapi sekurang2 aku tetap akan pertahankan PMRAM daripada dinafikan peranannya.. Aku pertahankan PMRAM dan PAS bukan kerana nama dia PMRAM atau PAS. Tapi kerana dasar yang mereka bawa....

22 September 2009

Mencari kembali 'ASKAR' ku yang dahulu....

Assalamualaikum semua...

Hari ini aku teringat pula kisah lama... Kisah dizaman muda2 dulu(macam sekarang dah tua). Tiba2 rasa nak menaip. Taip saja laa.. Bukan kena bayar pun kan.

Sebentar tadi aku ada terlihat kembali potret lama. Potret aku ketika masih lagi dibangku sekolah menengah. Kelihatan aku segak bergaya(perasan laa tu..:-)) bersama sepasang baju askar abah aku punya(pinjam tu dah bagi balik ka?). Dahulu aku pernah bercita2 untuk menjadi seorang askar. Semangatku berkobar2 ketika itu. Mungkin terkena sedikit biasan dari abah yang juga seorang tentera(pesara). Sememangnya aku benar2 teringin untuk menjadi seorang askar. Minat untuk memegang senjata. Di samping aku menyukai kerja yang mencabar. Filem2 berkenaan ketenteraan pasti aku tengok dengan khusyuk(khusyuk laa sangat sampai orang panggil pun tak perasan). Cerita perang apa yang aku tak tengok?? Boleh dikatakan keluar saja cerita perang baru,aku pasti tengok. Memang minat giler laa(giler pun tak minat camtu). Abah pula suka menceritakan pada aku sejarah dan keberanian anak melayu ketika di dalam peperangan. Aku kagum. Orang melayu bukanlah selemah yang disangka. Buku2 tentang ketenteraan puas aku baca. Game perang pun aku layan(tu dia aih,sampai tera tu laaa). Nak ceritakan bahawa memang aku minat sangatlah dengan askar ini. Sehinggakan aku pernah bercita2 lepas SPM saja aku nak masuk KAGAT(Kor Agama Angkatan Tentera). Senjata mesingan M-16 dan GPMG aku pernah pegang. Tapi sayang,hanya pegang saja. Tak pernah membidik peluru lagi(frust giler).


Ketika tingkatan 2 di SMAYK(kenangan di asrama Ehsan).

Abah pernah cakap,

"Kalau hang balik(dah abis ngaji laa) degree ja,kapten Kagat teruih la hang."
Abah ketika dalam askar suatu ketika dahulu...

Aku dengar saja lah. Benar juga kata2 abahku itu,kerana ustaz aku yang belajar di Mesir dahulu(Mansurah juga), balik Malaysia sekarang dah sandang kapten Kagat. Aku pun tambah semangat lagi lah. Lepas SPM aku bertekad nak masuk Kagat. Masa tingkatan 3 dulu aku pernah temuduga untuk memasuki perantis(sek.tentera di N9 kalau tak silap aku la). Tapi gagal.

Aku masih kekal lagi di Yayasan Khairiah(ada hikmahnya aku tak dapat masuk perantis). Tamat saja SPM,aku masuk pondok(nak sucikan hati yang kotor ni.Memang susah.Jangan berlagak baik laa yaa kawan2). Setelah setahun berada di pondok, cita2 untuk menjadi askar mula kabur,samar...... STAM yang dahulunya pun aku tak duga untuk dudukinya,mula membibitkan rasa ingin padanya(STAM). Keinginan aku untuk ke Mesir mula menyelubungi. Akhirnya aku padamkan niat aku untuk memasuki angkatan tentera Malaysia(ATM). Dan aku mula bersedia untuk STAM pula. Aku sedar, ALLAH lorongkan hati ini ke arah 'Mesir'. Bukan lagi 'askar'. Aku sedar hakikat ini. Aku tak toleh kebelakang lagi. Lantas siap siaga untuk ke Mesir pula. Dan akhirnya aku selamat sampai di sini(Mesir). Aku bersyukur kerana ALLAH lorongkan aku ke sini. Suatu tempat yang tak pernah aku terduga akan sampai. Aku mula terfikir,ada hikmahnya aku tak lulus temuduga perantis dulu. Jika tidak,aku pasti bukan lagi pelajar yang beraliran agama(bukannya tak beragama). Kerana selepas perantis aku mungkin pula ke maktab tentera darat atau akademik tentera Malaysia. Dan seterusnya mungkin cebisan aliran agama dalam tubuhku akan lenyap terus. Namun ini semua ALLAH telah aturkan untukku. Benda ini(ke Mesir) sudah ada dalam Suluhi Qodim(patut dan padan bagi ALLAH mengadakan perkara ini sedia kala lagi) ALLAH lagi dan ALLAH simpan dahulu dalam Qobdoh(genggaman) Nya. Cuma ALLAH tak Tanjizi Hadis(luluskan pekerjaan iaitu mengadakan perkara mumkin) saja lagi perkara itu(ke Mesir). Dan sekarang ALLAH dah Tanjizi Hadis aku ke Mesir. Kalau nak tahu dan faham istilah2 tadi(suluhi qodim,tanjizi hadis dan qobdoh),belajarlah ilmu kalam atau ilmu tauhid. Nanti jumpa lah ia.

Berbalik kepada kisah tadi, kini sudah 2 tahun aku berada di sini(Mesir). Cita2 untuk menjadi askar terus berkubur tanpa kesan. Namun abahku masih mempromosikan 'kapten Kagat' padaku. Secara jujurnya aku tak berminat lagi untuk menjadi askar(tapi kisah,cerita,game dan filem perang aku tetap meminatinya). Sudah tak nampak lagi bibit dalam hatiku ini untuk menaruh minat pada askar. Aku pun tak pasti mengapa. Yang aku nampak hanyalah sekolah lama aku(yayasan khairiah) untuk mencurahkan bakti di sana kembali. Kalau boleh aku tak mahu terikat dengan kerajaan(tak jadi kesalahan langsung kerja dengan kerajaan). Nanti kehidupan aku tak bebas untuk berpolitik(berjuang dengan PAS naa..). Kalau kawan2 nak kerja dengan kerajaan, sila lah. Gaji tetap halal walaupun kerajaan BN yang memerintah. Jika kerajaan kafir sekalipun, harus, makan gaji dengan kerajaan tersebut.

Adakah aku perlu mencari kembali 'askar' ku yang dahulu? Atau biar saja ia terus berkubur sepi? Dulu aku pernah terfikir, jika berada dalam askar, mudah untuk aku mengangkat senjata melawan musuh ALLAH. Tapi kini jika ingin berjihad melawan musuh sekalipun, dengan senjata parang pun sudah boleh(memadai). Tidak perlu mengharapkan pada M-16 atau GPMG saja. Dan paling utama ialah pengharapan kita pada ALLAH. Pengatur segala2nya............ Jika 'askar' itu ingin meresapi tubuhku kembali, bukan kudratku untuk menolaknya lagi....

21 September 2009

BILA KHATAMNYA KITAB MUHIMMAH......

Assalamualaikum semua....

Masih sempat untuk aku ucapkan selamat hari raya 'eidul fitri kepada seluruh muslimin dan muslimat amnya. Maaf di atas salah dan silap selama ini.

Sudah agak lama aku tak menghantar 'posting' terbaru. Alhamdulillah,pada malam raya ke2 ini ALLAH beri kesempatan untuk aku menaip entri terbaru. Kali ini aku ingin menceritakan serba sedikit kisah aku bersama kitab Muhimmah. Aku mula membacakan kitab ini di kelas tafaqquh Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sekitar bulan 11 tahun 2008 dahulu. Dan Alhamdulillah, dengan izin ALLAH,aku berjaya mengkhatamkan kitab ini pada bulan ramadhan baru2 ini(16.9.2009). Secara jujurnya,aku bukanlah mengajar di kelas tafaqquh. Tapi lebih kepada muzakarah bersama kawan2 yang lain. Aku bukanlah seperti mereka yang lain, yang mampu untuk mengajar. Aku hanya baca kepada kawan2 yang lain dan beri peluang kepada mereka untuk memberikan pendapat masing2. Sebelum ini aku telah khatamkan pengajian kitab ini pada 25.6.2005 dari guruku ketika di Madrasah Tahzibunnufus,Parit Panjang dahulu.
Madrasah Tahzibnnufus,Parit Panjang..(Pondok Ustaz Awang Lanai)

Sukanya aku ingin menceritakan serba sedikit isi kandungan kitab ini. Kitab Muhimmah ini telah dikarang oleh seorang ulamak hebat, Al Alim Al Allamah Syaikh Abdullah ibnu Abdurrohim Al Fathoni( Mengampuni oleh ALLAH baginya dan umat muslimin, amin). Antara isi kandungannya ialah kitab ini menceritakan tentang hukum, azab dan kecelakaan bagi isteri yang menderhakai suaminya. Selepas itu diceritakan pula pahala dan ganjaran bagi isteri yang taat dan mengikut bagi suaminya. Di bahagian yang seterusnya pula diceritakan kecelakaan dan kebinasaan akibat mempunyai isteri kerana berkahwin. Ini khas untuk para suami. Dan tidak lupa juga pada bab kelebihan dan faedah kerana berkahwin. Selepas itu,menceritakan tentang suami yang beristeri lebih yakni giliran yang adil bersama isteri2nya. Dan dinyatakan pula tentang hukum dan balasan kerana berkelahi dan tidak bercakap lebih dari 3 hari dengan taulan. Seterusnya menceritakan tentang hukum dan azab bagi mereka yang memutuskan silaturrohim antara keluarga. Dan diakhir kitab ini pula menceritakan nama2 yang baik yang perlu diletakkan pada seorang anak mengikut hari,siang mahupun malam anak itu dilahirkan. Dan sedikit doa untuk anak ketika dia berusia 7 hari dan ketika ingin diberi nama dan aqiqahnya.

Itulah serba sedikit isi kandungan atau sinopsis dari kitab Muhimmah ini. Alhamdulillah aku berjaya tamatkan pembacaan kitab ini selepas berbuka puasa. Bermula dari lepas asar sehinggalah terpaksa masuk pada waktu berbuka. Aku rehat sebentar kerana berbuka dahulu. Dan disambung sedikit lantas menghabiskan terus kitab ini. Selepas solat maghrib bersama2,disediakan sedikit jamuan untuk kawan2 yang hadir. Aku mengharapkan ALLAH memberikan kami kebajikan dan menjadikan kami orang yang beramal dengan apa yang telah dipelajari...Amiiin..Ya Robbal 'alamin...

Pada malam harinya selepas majlis khatam kitab ini, ada seorang teman menegurku di YM.

"Ustaz,kitab Muhimmah dan masyi,bila lagi nak kahwin?"


Aku tersenyum sendirian mendengar pertanyaan darinya. Siapa yang tak mahu berkahwin? Cuma belum tiba masanya lagi. Walaupun keluarga aku sudah memberikan 'lampu hijau',tapi aku tak terburu2... Dulu mungkin aku pernah fikirkan tentang kahwin, tapi sekarang aku nak tumpukan dulu pada pelajaran dahulu. Tapi jika jodoh datang dalam masa terdekat ini, aku tak tolak kemungkinan itu. Terima jaaaa. Hehehehehe... Mungkin benar rasa hati ini.... Bila khatamnya kitab Muhimmah, jodoh makin hampir?? Wallahu a'lam. Hanya ALLAH yang maha mengetahui....

Bersama Tok guru aku,Tuan Guru Ustaz Al Amin Al Mansuri Al Kalantani

10 September 2009

NAK GANYANG MALAYSIA???




Assalamualaikum semua....

Aku terpanggil untuk mengulas serba sedikit berkenaan isu yang semakin memuncak sejak kebelakangan ini berdasarkan penelitian aku. Isu yang sengaja dimain2kan oleh media Indonesia terhadap Malaysia. Menyebarkan rasa kebencian rakyat Indonesia terhadap Malaysia. Peranan media memang begitu penting. Ia juga merupakan alat propaganda yang paling berkesan di zaman ini. Bukanlah aku bertujuan untuk menyemarakkan lagi api kebencian itu, tapi aku merasakan aku ada hak juga sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat untuk bersuara bagi negara aku sendiri. Negara Malaysia dan Indonesia adalah negara yang merdeka dan berdaulat walaupun sistem pemerintahan berbeza. Indonesia bersama presidennya dan kami bersama agung kami. Namun kedua2 negara ini adalah negara yang merdeka. Dan yang paling penting ialah kedua2 negara ini ialah Islam agama majoriti rakyatnya!!! Jika di Malaysia ada pondoknya, di Indonesia ada pesantrennya. Jika di Malaysia ada Universiti Islam, apa kurangnya di Indonesia?? Kami mengucapkan 2 kalimah syahadah,solat,berpuasa,menunaikan haji,mengeluarkan zakat. Dan kamu juga sebegitu. Bahkan kuantiti rakyat mereka yang mengamalkan rukun Islam yang 5 itu lebih ramai. Sehinggakan mereka terkenal dengan gelaran umat Islam paling ramai di dunia.

Tapi sejak akhir2 ini,sentimen perkauman atau kenegaraan dimainkan semula oleh media Indonesia. 'Ganyang Malaysia' dilaungkan kembali!! Dan bagi mereka jika ada peluang ingin dibunuh saja semua rakyat Malaysia. Begitu kah baru puas hati kamu semua?? Timbul isu baru tentang Malaysia dituduh mencuri tarian dari mereka. Tapi isu ini masih baru sedangkan banyak lagi isu2 lama yang cuba dipopularkan kembali oleh media mereka. Supaya apa? Supaya Rakyat Indonesia bencikan Malaysia. Antaranya perebutan pulau,penderaan,pelanggaran kapal perang laut dan sebagainya... Jika kita melihat kepada semua isu2 ini, ia boleh diselesaikan melalui pendekatan diplomatik. Tapi isu2 ini sengaja dibesar2kan oleh media mereka. Dan hajat mereka itu semakin nampak berjaya. Cuba kawan2 semua tengok tentangan mereka ini lebih bersifat kebangsaan. Sedangkan Islam tidak pernah membeza2kan bangsa itu sendiri. Jika kamu kulit hitam(maaf cakap) sekalipun dan kamu bertaqwa, maka kamu lah insan paling mulia di sisi ALLAH. Apa yang kita nak lagi selain mendapat tempat mulia di sisi ALLAH???

Melihat pada perkembangan sekarang, seolah2 rakyat mereka seperti kebuda2kan(maaf cakap). Kerana terlau emosional. Sedangkan boleh diselesaikan dengan cara elok. Kerana kita ini saudara sesama Islam. Kenapa lebih pentingkan bangsa?? Sedangkan kamu juga Islam dan faham Islam sepertimana kami juga faham. Tapi kerana kamu terikut2 rentak musuh Islam bermain api,akhirnya kamu juga akan kecundang kerana musuh2 Islam ini. Sekarang musuh sedang bermain gendang permusuhan. Dan siapa yang menari2 ikut rentak itu kalau bukan kita umat Islam sendiri. Dan akhirnya yang rugi adalah kita.. Sedarkah kita apa peranan musuh selama ini? Jika kita berperang merekalah yang paling untung kerana tak payah susah2kan diri untuk menghancurkan negara Islam berjiran dan bersaudara ini. Mereka hanya senyum bahkan mungkin tergelak besar melihat gelagat kita yang semakin rumit ini.

Wahai kamu rakyat Indonesia merangkap saudara seakidah kami(Malaysia). Takkan kerana isu2 yang boleh diselesaikan elok2 ini menyebabkan kamu ingin menyerang kami? Kamu nak bunuh semua rakyat kami? Adakah kerana isu2 kecil ini? Sedangkan satu inci tanah kamu pun kami tak pernah jajah apatah lagi serang? Atau kamu semua masih berdendam tentang isu penubuhan negara Malaysia pada tahun 61 dulu? Sedangkan isu itu sudah diselesaikan diperingkat antarabangsa lagi. Atau kerana kami ini pernah menyerang negara kamu??
Boleh baca di link ini ; http://id.wikipedia.org/wiki/Konfrontasi_Indonesia-Malaysia

Sejarah pernah membuktikan bahawa walaupun beribu2 tentera kamu pernah diutuskan untuk menyerang dan sememangnya sudah 'kurang ajar' kerana menyerang negara berdaulat kami, namun tidak berjaya. Bahkan ramai dikalangan tentera kamu ditangkap dan dibunuh.Pernahkah kami pula menyerang balas walaupun kamu pernah dengan kurang ajarnya serang negara kami??? Walau bagaimana pun,kerana dasar persaudaraan,jiran senegara dan serumpun kami tidak berdendam dengan kamu dan terus bekerjasama dengan kamu. Kami tetap menolong kamu walaupun kamu pernah membunuh dan melukakan hati rakyat kami. Bencana alam yang menimpa kamu,siapa lagi negara terpantas menghulurkan bantuan kalau bukan Malaysia yang kamu hina2kan ini?? Rakyat mana yang cepat2 menghulurkan derma ketika kamu dilanda tsunami dahulu?? Rakyat mana yang datang ke Acheh menghulurkan bantuan?? Atas dasar apa kami buat semua itu?? Atas dasar kamu ini juga adalah saudara seagama kami. Jiran negara kami. Wajib ke atas kami menolong saudara kami. Nabi,pada khutbah terakhir baginda juga pernah berpesan bahawa org Islam ini adalah amanah kita. Kita kena jaga elok2.

Tapi kenapa madu dibalas tuba?? Kami bukanlah orang yang menagihkan balasan kamu melainkan balasan pahala dari ALLAH. Supaya bila ditanya ALLAH nanti kami boleh jawab bahawa kami pernah membantu saudara seagama kami di Indonesia!! Tapi hanya kerana dendam dan rasa kebencian kamu pada kami selama ini,kamu seolah2 sudah hilang pedoman sebagai muslim! Sedarkah kita pihak musuh sengaja mainkan isu ini?? Sedangkan isu ini tidak penting pun! Hanya kerana berebut status tarian saja?? Lainlah jika kami pernah menyerang negara kamu. Tapi benda itu takkan berlaku. Kes penderaan Manohara sebagai contoh. Itu kes suami isteri dan keluarga mereka saja(bahkan tiada bukti lagi). Tapi kenapa kamu jadi macam orang bodoh sehinggakan mengaitkannya dengan isu negara??

Ya...Jika hanya kerana isu2 seperti itu kamu nak 'ganyang' kami,kamu nak hina rakyat kami,kamu nak kutuk kami,kamu nak ugut kami,kamu nak bunuh kami,kamu bakar bendera negara kami(memang satu penghinaan bagi kami). Maka kamu juga kena sedar bahawa kami juga ada isu2 tertentu untuk di ketengahkan. Kamu bakar bendera negara kami,ada kami bakar balik bendera negara kamu?? Kamu berdemonstrasi besa2ran menghina kami, ada kami membalasnya kembali?? Jangan ingat bila selama ini kami diam saja,hati kami ini tak terluka dengan tindakan kanak2 kamu itu??? Siapa yang buat kacau di negara kami ini?? Sudahlah diberi kerja di negara kami ini,pelbagai kes pula dibuatnya. Bunuh,rompak,rogol,samun dan banyak lagi kes jenayah yang dilakukan oleh orang kamu. Kamu tak pernah tahu kah?? Media dan TV kamu tak pernah siarkan kah berita ini atau kamu semua ini 'katak di bawah tempurung'??

Kami takkan menganggu kamu jika kamu tidak bertindak liar seperti ini. Cukuplah kamu makan nasi di tepi kami. Jangan dicuri2 pula lauk2 kami. Itu yang buatkan kami marah pada kamu!! Kamu nak melancarkan perang terhadap kami??? Atas dasar apa?? Jihad fi sabilillah?? Kamu jangan jadi bodoh kalau kamu nak lancarkan perang atas dasar itu. Kami ini siapa??? Jika kamu mengaku kamu Islam,kami juga Islam. Jika kamu mengaku bahawa rakyat2 kamu ada belajar di Universiti tertua dan teragung Islam itu(Al Azhar),rakyat kami juga ada di situ. Kamu nak Jihad dengan kami?? Apa? Kamu anggap jika kamu mati kerana berperang dengan kami, kamu akan mati syahid?? Begitukah?? Begitukah yang kamu rasakan?? Jika begitulah kamu rasakan,memang kamu ini dangkal dalam bab qital. Kami,walaupun kerajaan kami zalim dengan rakyatnya sendiri,kami tidak pernah isytiharkan perang mengangkat senjata terhadap mereka. Sebab apa?? Sebab mereka masih Islam!!! Adalah perkara yang bodoh jika kamu ingin menyerang kami atas dasar perang sabilillah atau jihad. Kamu ingin meminta doa dan bantuan pada ALLAH yang tuhan kami juga?? Tuhan semua umat Islam!! Minta bantuan pada ALLAH untuk menyerang MALAYSIA?????? Atau kamu berperang hanya atas dasar kebangsaan?? Wallahu a'lam.

Wahai saudaraku di Indonesia. Aku tahu,bukan semua rakyat kamu inginkan permusuhan dengan kami. Bukan semua. Tapi peranan media di Indonesia itu benar2 membahayakan kita yang berada dalam 1 syahadah ini. Jika kamu benar2 nak menyerang kami, kerahkan dulu tenaga rakyat kamu itu membela saudara seakidah kita di Ambon. Mana perginya para demonstrasi yang meluap2 darahnya ketika saudara,bangsa dan rakyat kamu sendiri dibunuh kejam oleh orang kristian Ambon suatu ketika dahulu?? Mana perginya pasukan pembela kamu ketika tentera kamu sendiri menzalimi rakyat Acheh?? Mana perginya pasukan ilmu kebal kamu itu??? Aku tahu, ada saja rakyat kamu yang pergi membantu saudara kita di Ambon dahulu. Tapi adakah publisiti ia sehebat kini?? Yang membuak2 menyatakan kebencian terhadap Malaysia???

Mengapa dengan kami saja kamu membenci sesungguh2nya?? Seolah2 tiada langsung umat Islam di Malaysia. Selagi kita boleh berdamai secara elok,maka kami hulurkan perdamaian itu. Kami ingin ketenangan. Islam titik beratkan keamanan. Buanglah sikap emosional kamu itu. Jangan ingat bila kami senyap bererti kami tak rasa apa2 dengan tingkah laku kamu itu. Dan jangan pula ambil kesempatan di atas dasar kami yang tidak cepat 'menyerang balas'. Kami tidak mudah melatah dengan isu2 kebudakan kamu itu. Kerana kami berfikiran jauh. Bukan berfikiran untuk hari esok saja. Kita jangan jadi seperti di Palestin. Yang jadi mangsanya ialah umat Islam itu sendiri. Dan yang untungnya ialah Yahudi! Jika kita bermusuhan,yang untungnya ialah negara2 kafir di keliling kita.

Dan akhir sekali aku ingin berpesan pada kamu. Buanglah rasa benci kamu itu terhadap kami. Kamu tak untung apa2 pun kalau benci kami. Bahkan dosa pula boleh dapat kerana sengaja membenci2 sesama Islam. Jika benar2 kamu nak ganyang kami,kamu kena tahu bahawa kami akan bangkit untuk melawan kembali. Bukan kerana bencikan kamu. Tetapi kerana kami akan pertahankan diri,keluarga dan rakyat kami daripada di nodai tanpa hak!!!! Allah maha tahu hati kita masing2.. Niat kita..Semua DIA tahu.. Jika tanah air kami dicerobohi lagi,kami akan bangun untuk pertahankannya. Ingat!!! Mati kerana pertahankan diri,keluarga dan saudara seIslam juga adalah mati SYAHID!!!

9 September 2009

MOGADISHU : SEJARAH KEBERANIAN ANAK MELAYU....

Assalamualaikum semua....


Jika menonton filem Black Hawk Down, kita pasti mendapat gambaran bagaimana tentera Amerika Syarikat (AS) menyelamatkan pasukan tentera negara asing ketika bertempur dengan kumpulan militia di kawasan Pasar Bakara di Mogadishu, Somalia.

Namun di sebalik filem itu, tercatat satu kisah benar yang membabitkan pengorbanan dan perjuangan anggota tentera Malaysia yang berlaku pada 3 Oktober 1993.

Kulit filem 'Black Hawk Down'

Keberanian itu membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyelamatkan tentera AS daripada menjadi mangsa serangan para pengikut setia puak penentang Jeneral Farrah Aidid.

Apa yang pasti, anggota ATM berada di barisan hadapan sekali ketika operasi menyelamat di dua lokasi berasingan yang terletak kira-kira tiga kilometer antara satu sama lain.

Operasi menyelamat dan pertempuran sengit itu mengambil masa lebih tujuh jam bermula pada sebelah malam dan hanya awal pagi keesokan harinya semua anggota ATM berjaya membawa keluar puluhan tentera AS dengan selamat.

Walaupun sebelum ini ATM dianggap tidak mempunyai pengalaman berperang di peringkat antarabangsa atau di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun peristiwa di Mogadishu itu mencatatkan kejayaan dan kehebatan sebenar tentera Malaysia pada mata dunia.

Seorang anggota ATM yang turut terbabit dalam operasi itu, Leftenan Kolonel Mohd. Halim Khalid, 44, buat pertama kalinya mendedahkan kisah sebenar yang berlaku.

Ketika itu Mohd. Halim berpangkat kapten dan bertugas sebagai Penolong Ketua Kompeni B, Batalion Malaysia di Somalia.

“Saya bersama beberapa rakan ketika itu bertugas di bilik gerakan pada pukul 4 petang apabila menerima arahan untuk menggerakkan kompeni ke Pelabuhan Mogadishu yang dikawal oleh tentera pengaman dari Pakistan.

“Kami tidak diberitahu gambaran lebih terperinci operasi itu. Ekoran itu, satu Kompeni B bersama 16 kereta perisai APC Condor dengan kira-kira 100 anggota ATM telah bergerak ke pelabuhan berkenaan,” kata Mohd. Halim memulakan ceritanya.

Kereta perisai APC Condor

Semasa berada di pelabuhan berkenaan Mohd. Halim dan rakan-rakan setugas sudah dapat mendengar bunyi tembakan yang datang dari sekitar kawasan Pasar Bakara selain melihat percikan api tembakan.

Ketika itu, Ketua Kompeni, Mejar Abdul Rashid Ahmad yang sebelum itu membuat tinjauan di sebuah lokasi di Mogadishu kemudian turut serta di pelabuhan berkenaan.

Kira-kira pukul 6 petang, satu lagi pasukan dari Kompeni A ATM bersama 16 kereta perisai APC Condor bersama sejumlah anggota diketuai Mejar Aziz Abdul Latif turut tiba di pelabuhan tersebut.

“Semasa di pelabuhan itu, dapat dilihat sebuah helikopter Black Hawk AS mendarat cemas dengan seorang daripada tiga anggotanya sudah terkulai kakinya akibat kecederaan parah.

2 helikopter 'Black Hawk' yang berjaya ditembak jatuh oleh pemberontak.

“Daripada keadaan sekitar itu, saya dan rakan-rakan mula mengumpul maklumat berhubung keadaan yang berlaku namun situasi sebenar belum diketahui,” kata Mohd. Halim.

Menurutnya, kira-kira waktu senja barulah datang sepasukan konvoi 200 tentera AS bersama beberapa trak dan ini diikuti tentera Pakistan dengan empat buah kereta kebal jenis M48.

“Pada pukul 9.30 malam, sebuah helikopter AS mendarat bersama seorang anggota berpangkat kolonel. Dengan menggunakan lampu suluh dan peta, kolonel Casper terus memberi perintah operasi menyelamatkan sejumlah tentera AS di dua lokasi di Pasar Bakara iaitu kira-kira 10 kilometer dari pelabuhan tersebut.

Pasukan ATM hanya diberitahu mereka akan dipandu arah ke dua lokasi kejadian dari udara oleh helikopter AS.

Menaiki

“Sebelum bergerak kira-kira pukul 10.30 malam, enam hingga tujuh anggota ATM bagi setiap kereta perisai yang berjumlah 32 buah kesemuanya diminta pulang ke kem bagi memberi tempat duduk kepada tentera AS menaiki kereta perisai tersebut.

“Ramai kalangan anggota ATM yang merayu hendak turut serta tetapi disebabkan arahan dan tiada tempat dalam kereta perisai itu, mereka hampa.

“Disebabkan itu juga, hanya tiga hingga empat anggota ATM sahaja berada dalam setiap kereta perisai bersama enam hingga tujuh anggota AS,” kata Mohd. Halim.

Pergerakan konvoi menyelamat itu didahului dua kereta kebal tentera Pakistan, diikuti Kompeni B ATM dengan 16 buah APC Condor dan bahagian belakang disertai oleh Kompeni A tentera AS bersama trak-trak. Konvoi pertama itu pula diikuti konvoi kedua yang didahului Kompeni A ATM bersama 16 buah APC Condor dan ini diikuti pula tentera AS bersama trak-trak di belakangnya.

Bagaimanapun, dua kereta kebal Pakistan itu hanya mengiringi konvoi-konvoi itu hingga ke satu check point sahaja, iaitu di luar killing zone. Difahamkan kereta-kereta kebal itu tidak memasuki ‘killing zone’ atas alasan tidak mempunyai kelengkapan night vision.

Walaupun serba kekurangan dan hanya menggunakan kereta perisai APC Condor yang kurang ketahanannya berbanding kereta kebal, namun anggota ATM meneruskan juga operasi menyelamat tersebut.

Kereta perisai ATM menggunakan mesingan 7.62mm berbanding kereta kebal tersebut yang mempunyai persenjataan lebih besar iaitu 12.7mm.

“Saya berada dalam salah sebuah kereta perisai Kompeni B ATM - konvoi pertama dan kami kemudian meneruskan gerakan memasuki killing zone.

“Sebaik sahaja hendak memasuki killing zone, kami digempur bertubi-tubi di kiri dan kanan jalan raya termasuk daripada senjata mesingan, mortar dan sebagainya. Kami digempur termasuk dari sebuah bangunan, Hotel Olimpic.

Menurut Mohd. Halim, mereka digempur dengan hebat kira-kira tiga jam.

“Dalam keadaan gelap-gelita itu, kami turut membalas tembakan,” katanya.

“Walaupun tidak pernah bertempur, tetapi saya tak tahu bagaimana tiba-tiba semangat sanggup berjuang terpahat pada diri setiap anggota.

“Begitu juga dengan anggota-anggota yang begitu berani mengendalikan mesingan di bahagian belakang APC Condor kerana sanggup keluar mempamerkan diri mereka kepada pihak militia,” katanya.

Menurut Mohd. Halim dari persimpangan berhampiran Hotel Olimpic itu pasukannya terpaksa bergerak kira-kira satu kilometer sebelum dapat tiba ke sebuah lokasi di mana sekumpulan tentera AS sedang berlindung setelah terperangkap sejak siang hari.

“Apabila tiba di lokasi kedudukan tentera AS, kita dapat tahu 18 tentera AS telah terbunuh manakala 73 yang lain cedera.

“Mereka yang cedera dan mayat-mayat itu dibawa menaiki APC Condor ATM. Hanya kira-kira pukul 7 pagi barulah kami dapat bergerak pulang ke pangkalan,” katanya.

Sementara itu, tanpa Mohd. Halim sedar, daripada 16 kereta perisai dalam kompeninya itu, dua kereta perisai berada paling belakang sekali telah tersasar ke laluan sebelah kiri ketika berada di persimpangan berhampiran Hotel Olimpic.

Bertempur

Persimpangan ke sebelah kiri itu menuju ke lokasi kedua bagi menyelamat di mana terdapat sekumpulan tentera AS yang terperangkap.

Seorang anggota ATM yang turut melalui pengalaman bertempur semasa di kawasan Pasar Bakara, Mejar Muhammad Juraimy Aripin memberitahu, pasukannya ditugaskan ke lokasi kedua bagi menyelamat sekumpulan tentera AS.

Beliau yang ketika itu berpangkat leftenan muda dan tidak sampai setahun menyertai ATM berkata, beliau dan rakan-rakan telah diarah oleh Mejar Aziz Abdul Latif ke lokasi tersebut.

“Kami diserang bertubi-tubi. Seperti kereta perisai dari Kompeni B, kereta perisai kami juga hanya dinaiki oleh tiga hingga empat anggota ATM manakala tentera AS yang sebelum itu ada bersama telah turun disebabkan prosedur menetapkan apabila diserang mereka perlu mencari perlindungan di kawasan selamat,” katanya.

Sebelum itu, kata Juraimy pada masa operasi menyelamat tersebut, hanya tiga daripada empat sahaja kereta perisai yang ada dapat bergerak ke hadapan.

Ini disebabkan salah sebuah kereta perisai berkenaan telah digempur menyebabkan pemandunya tidak dapat melihat apabila alat smoke launcher ditembak musuh dan asap alat itu telah terkena pada mata pemandu kereta perisai.

“Walaupun hanya tiga kereta perisai tetapi kami tetap bergerak ke hadapan untuk operasi menyelamat seperti diarahkan,” katanya.

Apabila tiba di lokasi kedudukan tentera AS yang dikepung, beberapa tentera AS terus berlari mendapatkan dan berlindung dalam kereta perisai ATM berkenaan.

“Saya tak tahu berapa ramai tentera AS menaiki kereta perisai kami tetapi keadaan ketika itu macam sardin. Mereka (tentera AS) didapati lesu dan keletihan. Yang pasti, jumlah anggota tentera AS dalam setiap kereta perisai itu melebih 10 orang.

“Sebaik sahaja hendak berpatah balik, kami sekali lagi diarah bergerak ke depan semula setelah mendapat maklumat terdapat dua kereta perisai dari Kompeni B ATM yang tersasar dari laluan asal dan kini berada di hadapan sekali serta telah digempur dengan hebat.

“Memang ketika itu tiada apa yang dapat difikirkan. Demi rakan dan setia kawan dalam ATM, perasaan takut ketika itu sudah hilang. Yang ada cuma semangat untuk terus bertempur dan berjuang bermati-matian di samping dapat menyelamatkan rakan-rakan setugas.

“Begitu juga rakan dalam setiap kereta perisai lain yang sanggup keluar sebahagian badan mereka semata-mata untuk mengendalikan mesingan yang berada di bahagian belakang APC Condor,” katanya.

Operasi oleh konvoi Kompeni A itu telah berjaya menyelamatkan anggota ATM termasuk Prebet Rizal Ismail yang berada dalam konvoi di bahagian hadapan sekali.

Namun, seorang rakan setugas, Koperal Mat Aznan Awang telah terkorban setelah kereta perisai dinaiki dan berada di bahagian hadapan telah ditembak dengan senjata antikereta kebal.

Kata Juraimy, mereka akhirnya dapat keluar dari killing zone itu kira-kira pukul 6 pagi. Bagi Mohd. Halim dan Juraimy, pengalaman bertempur dan menyelamatkan tentera AS yang terperangkap di dua lokasi di Pasar Bakara merupakan satu pengalaman yang sukar dicari ganti.

Kedua-dua anggota ini yang dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1994 menganggap pengorbanan ATM di Somalia amat besar dan tidak ternilai.

Kisah benar keberanian anggota ATM di Somalia ini merupakan catatan sejarah yang tidak boleh dinafikan walaupun tiada filem seumpamanya dapat memberi gambaran seperti yang dihasilkan melalui filem Black Hawk Down.

Bagi anggota-anggota ATM ini, sejarah tetap sejarah walaupun mereka ini tidak disanjungi melalui layar perak.

5 September 2009

APAKAH ITU TARIAN POCO-POCO???

Assalamualaikum semua....

Bagaimana puasa kawan2 semua?? Kuwaisin yakni?? Sekarang sudah memasuki 'penggal kedua' bulan Romadon....Ibadat kita bagaimana?? Adakah sehebatnya kita ketika membeli atau berniaga di bazar Romadon??

Entri kali ini aku ingin mengulas sedikit tentang satu tarian yang diberi nama 'Tarian poco-poco'..
Secara jujurnya,aku tak pernah mendengar langsung apa jenis tarian ini. Namanya begitu asing bagiku. Cumanya aku mula mengenali dan tahu serba sedikit bila terbaca di blog2. Di samping itu juga,YM dari kawan2 pun aku terima. Mengatakan tarian ini begini dan begitu. Pada mulanya aku tidak ambil kisah sangat kerana tidak pernah tahu dan mendengar tentang kewujudan tarian ini. Tapi bila aku mula membaca tentangnya di blog2 saudara yang lain,maka aku mula tahu sedikit demi sedikit. Bila aku buka blog ini. http://idhamlim.blogspot.com/2009/08/poco-poco-yg-tersirat.html
Aku mula membacanya dengan teliti. Apa yang enak atau indah sangat sehinggakan orang mula perkatakannya? Adakah ia begitu popular sedangkan aku tak pernah tahu tentang kewujudan tarian ini. Aku selalu juga mengambil tahu hal semasa. Tapi aku tak pernah tahu pula tentang tarian ini.

Orang mula memperkatakan tentang tarian ini. Rupa2nya(mengikut dakwaan mereka) tarian ini berasal dari Philipina. Sebetulnya 'haram satu habuk pun' aku tak pernah tahu ia datang dari mana. Jadi aku tak boleh buat andaian sendiri. Adakah benar ia adalah tarian keagamaan orang kristian di Philipina? Atau hanya tarian kebudayaan?? Itu aku tak tahu. Kawan2 boleh rujuk di blog2 ini. Tentang asal usulnya.

- http://kampungayer.com/tamu2kitani2/2009/08/26/rahsia-asal-usul-tarian-poco-poco-dari-email-kawan/

- http://maihani-hunnybee.blogspot.com/2009/08/rahsia-asal-usul-tarian-poco-poco.html

- http://ungkes.blogspot.com/2008/09/poco-poco-versus-pato-pato.html

- http://www.topix.com/forum/world/malaysia/T7M7J5VBHNO9I3374/p4

- http://www.khairuladli.com/2009/08/haramkah-tarian-poco-poco.html

Dan banyak lagilah link2 tentang tarian ini. Pada mula aku membaca kisah tarian ini,aku tak dapat bayangkan lagi bagaimana bentuk tarian ini. Adakah seperti tarian zapin,inang,kuda kepang,ballet,silat,perang briged Para,hip hop atau sebagainya..? Mengapa mereka mengatakan haram? Aku tercari2 di mana boleh aku melihat keadaan tarian ini. Aku mula membuka youtube. Mencari saja di situ. Dan akhirnya aku jumpa. Setelah aku melihat rupa tarian itu bersama iringan lagunya,barulah ku tahu dan kenal begini rupanya bentuk tarian poco2 ini.

Sekarang aku bukan nak ulas tarian itu kerana berasal dari Philipina dan tarian agama kristian. Sebab aku masih kurang jelas tentang itu. Setelah aku melihat bentuk dan cara tarian ini,aku nak ulas tentang masalah lain yang berlaku. Apakah masalah itu?? Masalah yang berlaku ialah percampuran lelaki dan perempuan ketika menari. Ini terang2 memang ada masalah. Bercampur lelaki dan perempuan bukannya haram mutlak. Namun ia haram bila tidak syarie. Mesyuarat dan kelas pengajian juga bercampur antara lelaki dan perempuan. Tapi ada batasnya. Ikhtilat tidak syarie inilah yang tidak dibenarkan. Tapi bila aku tengok 'selamber ja' mereka menari bersama2 tanpa rasa segan. Yang bertudung cara bertudung lah. Yang mak orang cara mak orang lah. Yang bapak orang juga apa kurangnya?? Masing2 menunjukkan skill masing2. Ah! Memang menarik pandangan sesiapa yang melihat tarian ini. Apatah lagi jika yang menari itu perempuan. Dengan gaya lenggak lenggoknya,lelaki mana yang tidak 'jatuh terduduk'??
Boleh dikatakan disetiap kenduri kahwin,pasti tarian ini disembahkan. Seperti sudah menjadi adat orang kita. Tolonglah. Jangan biarkan perkara seumpama ini menjadi adat kita. Kelak buruk kesannya. Di majlis2 keramaian pegawai2 kerajaan juga dihidangkan tarian ini. Yang menari itu siapa,kalau bukan orang perempuan? Jika lelaki yang menari berapa orang yang nak saksikan?? Sungguh rugi bila anak dara atau bini orang menjadi tontonan free orang ajnabi! Rugi mampuih!! Suaminya hanya tengok saja bininya menari depan orang. Sepatutnya kemahiran yang bini dia itu ada,guna kanlah ketika di dalam rumah. Menarilah sampai 'lembik lutut' sekalipun. Untuk suami. Peduli paaa.

Jika menari yang tak diambil dari mana2 agama sekali pun kalau berlaku perkara yang sedemikian(percampuran bebas lelaki perempuan),ia tetap haram juga. Mungkin tarian ini kita boleh kiaskan kepada senaman contohnya. Bersenamlah puas2 sebagai riadhoh untuk sihatkan badan. Tapi lakukan secara berasinganlah. Dok pi campuq laki pompuan tu pasai paa?? Yang perempuan pula megah menayang lemah lembut badan mereka itu. Laki mana yang tak 'pecah air liur'?? Itu baru dilihat dari sudut praktikalnya saja. Tapi kalau betullah seperti yang didakwa(datang dari upacara agama kristian) maka,ahli agama negara kita bolehlah keluarkan kenyataan. Dan mereka lebih tahu untuk mengeluarkan hukum. Supaya tidak membuatkan masyarakat kita terus leka dengan tarian 'ntah apa2 ntah' ini. Baik tarian perang komando lagi seronok tengok. Ataupun tarian seni mempertahankan diri capoeira."Paranaweeee....paranawe parana....."

Dan tarian ini juga telah diperkenal secara meluas di negara kita. Budak sek. ren. pun sudah diajar. Ajaq depa ilmu aqidah 'Asyairoh ngan Maturidiah lagi baguih.... Dapat pahala. Dan depa pon bleh kenai ALLAH....Hurm...Kebanyakan U pun ada juga. Camna aku bleh tak tau ni??

Aku ingat lagi masa BTN 2007 sebelum datang Mesir. Petang2 riadhoh bersenam aerobik diiringi muzik. Tapi kenapa perlu campur laki perempuan? Buat malu betul. Macam dah jadi program joget lambak lah pula. Ciss!! Pelajar agama diperkotak-katikan begitu saja. Janganlah bagi adat kebiasaan majlis2 kerajaan,iaitu joget2 ini menular ke dalam jiwa orang lain. Hampa yang ketegaq tak mau dengaq cakap orang ni,sorang2 sudah laah. Dok babitkan orang lain plak. Apa cer??

Tapi itulah realitinya... Majlis2 makan contohnya jika membabitkan orang kenamaan ini pasti ada nyanyian atau joget2. Yang jadi mangsa bini oranglah. Suami orang lain tumpang tengok saja. Biasalah.... Tayangan free.... Chaaarr betoi!!!

Sudahlah. Malaslah aku nak tulis panjang2. Kita fikirlah elok2. Jika benar kajian ulamak tentang tarian ini mengatakan haram nanti,haramlah... Tak payah nak cari alasan. Nak sihat badan lah apa lah. Senaman lain banyak lagi tak mahu buat. Tuuu. Solat sunat ratusan rokaat tu. Di situ senaman paling baik. Dok galak wat tarian 'mengiurkan' ini pasai paa?? Bak kata ustaz Azhar Idrus, "Tok imam pun solat maghrib boleh baca qunut..." sebab tengok tarian ini.

Romadon Kareem...........

P/s ; Jangan jadi hantu pocong sudah laa ek....Hehehehehe