23 December 2010

AS-SAHAR - JIHAD

esok awan akan bercerita
kedudukannya di mercu
yang sentiasa berubah
amatilah dan tahu sendiri
mengapa ada gejala
mengapa reaksi amarah
melaungkan intifada
itu hak kita sesama

zaman memakan zaman
kehidupan kita tertindas
tawarikh berganti tawarikh
masih di takuk lama

kalau dah yahudi itu yahudi juga
busuk hati hasad dengki
menjadi darah daging
kau pandai bermuka, kaulah penipu
agama apa? syaitan punya jalan
nantilah tel aviv
kau akn ditimpa bencana
berkat kuasa tuhan yang esa
hanya kepadanya sahaja kita berserah
akan erti jihad kita

kita ada di belakangmu
palestin! palestin!
kita bersama membasmi
zioness! zioness!

jihad!

walau bergelumang sengsara
walau bermandikan darah

17 December 2010

Senjata makan tuan.. Kita tengok sapa yang kena.. :-)



Diambil dari blog Kedahlanie.





KUALA LUMPUR, 17 Dis:
Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah boleh mengenepikan keputusan Speaker Dun Perak kini bakal makan tuan apabila Pakatan Rakyat mahu mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat.

Oleh itu, pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar oleh mahkamah telah tertolak dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Demikian kata peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar), Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Mohd Nazri melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.

Mengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

“Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Menurut Nazri, telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

Karpal yang merupakan seorang peguam sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.

Bagi Hanipa, Umno telah terbelit dengan tindakannya sendiri apabila seolah-olah membenarkan tindakan Mahkamah Persekutuan campur tangan dalam kes keputusan Speaker Dun Perak V Sivakumar apabila beliau menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exco haramnya.

"Adakah Nazri tidak sedar dalam kes Perak, Umno telah menyalahgunakan mahkamah untuk cabar keputusan V Sivakumar, Speaker Dun Perak.

"Bukankah Mahkamah Persekutuan telah memutuskan keputusan Sivakumar sebagai Speaker boleh dicabar. Sekarang kes Perak ini dah makan tuan," kata Hanipa dalam kenyataannya.

Ini kerana, kedudukan Speaker Dun dan Speaker Dewan Rakyat tidak ada bezanya dalam konteks sistem dewan perwakilan di Malaysia. Jika keputusan Speaker Dun boleh dicabar, maka keputusan Speaker Dewan Rakyat juga boleh dicabar.

15 December 2010

TERBARU : Ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim di Taman Melati.



16 November 2010

Gerakan Islam: Antara punca kekalahan....

Assalamualaikum semua.

Sudah lama penulis tidak mengemaskini blog ini. Alhamdulillah hari ini Allah izinkan jua.


Sebagai pejuang gerakan islam tak kira di mana jua kita berada, pasti kita menghadapi cabaran dan dugaan. Dan dugaan itu semuanya adalah tarbiyah dari Allah untuk sama-sama kita muhasabah dan bersyukur dengan apa yang berlaku. Gerakan islam berparti ini lebih menjurus kepada memasuki pilihanraya. Pendek kata menjurus kepada keterlibatan gerakan islam bersama sistem demokrasi yang asalnya bukanlah dari islam. Namun seperti kata seorang tokoh gerakan islam di Malaysia, " Kita ambil barang musuh ini dijadikan senjata untuk melawan balik musuh.."

Setelah sekian lama kita berjuang, akhirnya Allah izinkan kita untuk menang. Kita bersyukur, maka tertubuhlah sebuah negeri yang dipimpin oleh pemimpin dari gerakan islam di samping dibantu oleh gerakan-gerakan yang lain. Ramai dikalangan pemimpin gerakan islam menjadi pimpinan atasan kerajaan negeri. Samada sebagai exco kerajaan negeri atau wakil rakyat. Ketika kita sekarang berada di puncak kejayaan, Allah sentiasa memerhatikan kita. Adakah kita ini bersyukur dengan nikmat yang telah Allah kurniakan ini? Maka di sini penulis datangkan beberapa perkara yang memungkinkan kejayaan yang sedang kita kecapi sekarang ini bisa jatuh. Jatuh bukan kerana musuh itu kuat. Tapi kerana masalah dalaman yang berlaku.

Antara perkara yang membolehkan kita kalah dan jatuh ialah sikap wakil rakyat yang tak pedulikan masyarakat kawasannya. Ketika kempen pilihanraya dulu, kita boleh pergi ke sana ke mari untuk berkempen. Turun padanglah orang kata. Namun setelah menang, mengapa muka kita susah nampak di kawasan sendiri? Adakah kerana sibuk sehinggakan terlalu jarang nampak muka kita? Masyarakat di kawasan kita mula bersuara. Tak puas hati dengan cara kita memimpin. Maka jangan terkejut pilihanraya akan datang kita akan jatuh. Kalah bukan kerana musuh itu kuat, tapi kerana masalah yang kita datangkan sendiri. Rupa-rupanya penyakit kita ialah hubburriyasah(cintakan jawatan) dan hubbuljah(cintakan kemegahan). Kita hanya nak kepada jawatan wakil rakyat dan bermegah-megah dengan jawatan itu sahaja. Apa nak jadi pada orang kampung, kita tak pernah peduli. Maka kerana sikap kita beginilah, Allah jatuhkan kita sebagai muhasabah diri... Jangan salahkan para pengundi di kawasan kita sendiri.

Dan antaranya lagi ialah masalah dalaman gerakan islam itu sendiri. Ada yang dengki kerana tak dapat jawatan atau kelebihan seperti mana orang lain dapat. Maka menyebabkan kita sudah mula pandai untuk mengkhianati ahli jemaah kita sendiri. Ke sana ke mari kita menjaja dan memburukan namanya hanya kerana kita tak dapat jawatan dalam jemaah kita. Akhirnya jemaah jadi kacau bilau. Bila berterusan keadaan begitu berlaku tanpa ada baik pulih, maka Allah ajar dengan kekalahan..

Ingatlah wahai para pemimpin gerakan islam khususnya... Dulu kita pernah susah. Tapi bila Allah uji pula dengan kesenangan, mengapa kita mudah lalai? Jawatan yang ada bukan untuk dimegahkan. tapi sebagai amanah. Oleh itu marilah sama-sama kita pelajari ilmu tasawuf untuk hilangkan sifat-sifat mazmumah dalam diri kita. Antara sifat mazmumah itu ialah cintakan dunia, cintakan pangkat, cintakan kemegahan, riak, takabbur, umpat, mengadu domba dan lain-lain. Inilah penyakit dalam gerakan islam yang berlaku hari ini. Jika kita lambat menang, bukan kerana musuh itu kuat, tapi kerana kita telah ketepikan 1 ilmu yang wajib dipelajari iaitu ilmu tasawuf....... Marilah kita muhasabah kembali... Salam perjuangan dari penulis. Takbir!!.

14 October 2010

JEJAK KASIH 11 TAHUN....ALLAHU AKBAR.



Assalamualaikum semua.

Dah lama tak menulis di blog ini. Semenjak dua menjak ini penulis banyak update blog hanya copy paste dari blog orang. Kali ini penulis menulis jua.

Tadi(jam 830 malam-1130 malam), penulis telah mengadakan perjumpaan bersama kawan-kawan lama penulis di kedai mamak hadapan Berjaya Times Square,Kuala Lumpur. Sudah lama kami tidak berjumpa.Kira-kira 11 tahun. Tapi malam tadi, alhamdulillah Allah perkenankan keinginan kami untuk bersua muka buat kali pertama selepas 11 tahun.

Tempoh 11 tahun bukanlah 1 jangka masa yang singkat. Jika orang yang berkahwin, sudah berapa orang anak yang mampu mereka miliki. Kami berpisah membawa haluan masing-masing setelah melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah. Tahun akhir kami di sekolah rendah ialah pada tahun 1999 di Sek. Keb. Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah Darulaman. Ketika itu kami berada di darjah 6. Hari ini telah mencipta sejarah bagi kami berempat kerana dapat bersua muka kembali. Penulis bersama 3 orang lagi kawan penulis iaitu Rozaini,Ulul Azmi dan Tuan Azuanizam. Kini masing-masing telah membina hidup sendiri. Ada yang sudah berkerja dan masih belajar.

Pertemuan kasih sayang ini kami tak lepaskan begitu saja. Pelbagai memori dan kenangan indah bersinar kembali di ingatan masing-masing. Pelbagai cerita dikongsi bersama. Kami ketawa bersama-sama. Memang indah waktu itu. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Pertemuan kasih sayang ini begitu berharga. Laman sosial facebook antara asbab bertemunya kami kembali.

Wajah kami juga sudah tak sama seperti zaman sekolah rendah dahulu. Cuma kata Tuan, muka penulis tetap seperti dahulu.. ^_^

Moga kasih sayang kami terus mekar hingga ke syurga Allah.. Ampunilah dosa-dosa kami ya Allah. Sungguh berharga jejak kasih 11 tahun ini.. ^_^


-jam 257 pagi selesai menulis.
Taman Melati, Gombak, Selangor.

Pertemuan berharga 4 sekawan selepas 11 tahun...

Pelbagai kenangan diceritakan kembali.. ^_^

Ukhuwwah Islamiah yang tak pernah pudar...


Bekas anak didik Sek. Keb. Kem Lapangan Terbang Sg. Petani, Kedah tahun 1999(darjah 6).

10 October 2010

Orang bodoh ja dok hingaq pasai ayaq di Kedah!


Ramai yang meminta penjelasan berhubung kenyataan yang mendakwa kenaikan tarif air yang diumumkan di Kedah adalah atas ‘arahan dan restu Pusat’. Penjelasannya begini:

Cadangan penyemakan dan pelarasan tarif ini pernah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau juga membangkit rungutan kerajaan negeri (di semua negeri) yang menghadapi masalah kewangan akibat dari tarif air, cukai tanah dan cukai pintu yang kebanyakannya tidak disemak dan diselaraskan sejak sekian lama.

Jamaah Menteri memutuskan agar semakan semula tariff dijalankan dan dikuatkuasakan di semua negeri.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air (SPAN) telah mengadakan mesyuarat dengan semua operator air negeri berhubung dengan pelarasan tarif pada 7 Januari 2010. Semua negeri diminta mengemukakan cadangan untuk pelarasan tarif kepada SPAN selewat-lewatnya pada 7 Februari 2010.

Lanjutan itu SADA telah mengemukakan permohonan untuk pelarasan tarif kepada SPAN pada 7 Februari 2010. Beberapa siri perbincangan antara SPAN dan SADA diadakan.

Jemaah Menteri kemudian meluluskan cadangan semakan dan pelarasan itu berdasarkan Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Kadar Perkhidmatan Bekalan Air) Negeri Kedah 2010 yang akan berkuatkuasa mulai 1 Okober 2010.

SPAN juga telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa negeri Melaka, Johor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang adalah kumpulan negeri pertama yang akan mengumumkan pelarasan tarif mulai 1 Oktober 2010. Bagaimanapun kadar tersebut hanya berkuatkuasa sehingga 2012 sahaja kerana selepas itu SPAN akan turut menyeragamkan semua tarif air di Malaysia.

Pada tahun 2013 nanti, insyaAllah seluruh rakyat Malaysia akan dikenakan satu tarif air sahaja; sama seperti tarif elektrik, telefon (Telekom) atau harga minyak yang selama ini seragam di seluruh negara.

29 September 2010

PERGINYA SEORANG ULAMAK HEBAT NEGERI PERAK.

Diambil dari web Harakahdaily



GRIK, 30 Sept:
Pengasas Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah atau lebih dikenali Pondok Pak Teh, Tuan Guru Datuk Abdul Latif Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 1.00 pagi tadi selepas sesak nafas.

Tuan Guru Abdul Latif yang mesra dengan panggilan Pak Teh mendirikan pusat pengajian itu pada tahun 1967 dan lokasinya adalah berdekatan dengan perkarangan rumahnya. Pusat pengajian teletak di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu dalam daerah Hulu Perak.

Pondoknya pernah menjadi kontroversi. Setelah 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak telah meluluskan sebidang tanah seluas 45 hektar untuk membantu pondok sedangkan sekian lama dipohon semasa BN berkuasa sebelum itu tetapi tidak diluluskan.

Pak Teh merupakan anak jati kelahiran Kampung Kuak Hulu, Pengkalan Hulu.

Beliau dilahirkan pada tahun 1938 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dalam tahun 1947 hingga 1953 dengan menamatkan pengajian hingga darjah 5. Pada peringkat awal, beliau mula menghafal kitab-kitab agama dengan dibimbing oleh Ustaz Omar Mohd Noh.

Selepas itu, beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat menengah di Sekolah Arab (sistem pondok) yang dikenali dengan nama Pondok Asam Jawa di Pendang, Kedah antara 1956 hingga 1959.

Pak Teh sebenarnya seorang pelajar yang pintar kerana berpeluang melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar tetapi tidak meneruskannya kerana kemiskinan.

Kemudian Pak Teh meneruskan pengajian di Sekolah Agama Pondok Pasir Tumboh iaitu Sekolah ad-Diniah Bakriah, Kelantan dari tahun 1959 hingga 1967.

Beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulama terkenal seperti Tuan Guru Mohamad Saman, Tuan Guru Abdul Rahman Ahmad, Tuan Guru Sulaiman Mohd Rabik dan juga ulama terkenal yang bermastautin di Kelantan seperti Tuan Guru Mustafa, Tuan Guru Abdul Aziz dan Tuan Guru Hashim Abu Bakar.

Beliau telah dapat mengekalkan pengajian secara sistem pondok di mana pengajian ditumpukan dengan mempelajari kitab-kitab Thurath iaitu kitab-kitab tradisi Islam.

Beliau adalah pakar rujuk dalam berbagai hal mengenai masalah agama. Mewarisi minat bapanya, Pak Teh juga bercucuk tanam dan berkebun buah-buahan. Minatnya itu juga kini tertumpah pada anak-anak muridnya di mana pelbagai jenis tanaman ditanam di pusat pengajian tersebut.

Selain dapat memanfaatkan tanah-tanah yang ada, hasil tanaman ini juga dapat memberikan pendapatan sampingan apabila dijual. Antara tanaman yang ditanam seperti ubi kayu, pinang, pisang, nenas, kangkung, bayam, sawi, tebu dan bermacam-macam buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pokok-pokok akar kayu untuk perubatan.

Pada peringkat awal penubuhan Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah, bilangan murid yang menerima cara pendidikan yang diperkenalkan itu hanyalah seramai tiga orang.

Kini setelah madrasah tersebut melangkau usia lebih 35 tahun, bilangan murid yang belajar di situ melebihi 400 orang secara sepenuh masa.

Kebanyakan pengajian ilmu di madrasah Pak Teh adalah bersumber daripada Kitab-kitab Jawi yang lebih popular dikenali sebagai kitab kuning dan kitab-kitab Arab.

Kaedah pengajian di madrasah yang berasaskan sistem pengajian pondok selalunya menggunakan 2 kaedah utama iaitu umumi dan nazomi. Selain itu juga kelas hafalan dipraktikkan secara meluas dalam sistem pengajian pondok. Antara kitab yang digunakan di Pondok Pak Teh ialah Minhajul Abidin (tasawuf), Mughni Muhtaj (feqah), Syuzu (nahu), Hadis Muwatta Imam Malik, Fathul Muin, Fathul Wahhab, Tafsir Nasafi, Ibnu Akil, Syarkawi, Usul Fiqh, Matan Zubad (feqah) dan Matan Majmuk Azhari.

Pak Teh merupakan Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sejak 1994. Pengetahuannya yang luas khususnya dalam pemakaian kaedah kitab Arab dan cermat dalam mengeluarkan sesuatu usul atau pandangan telah banyak membantu perjalanan jawatankuasa syariah dan Majlis Fatwa Perak.

Di atas sumbangannya yang besar, Pak Teh telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan Paduka Sultan Perak ke-76. Istiadat pengurniaan tersebut telah berlangsung pada 19 April 2004 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Semoga rohnya ditempatkan bersama roh para rasul dan nabi, syuhada dan solihin di atas kegigihannya memperjuangkan agama Allah.

17 September 2010

SOKONG MUFTI KEDAH....

Diambil dari blog Kedahlanie.

MUFTI KEDAH SARAN HUKUM QISAS.





ALOR SETAR - Masyarakat kini harus kembali kepada ajaran al-Quran dengan melaksanakan hukum Qisas atau hukum balas bagi kesalahan jenayah melampau yang disifatkan kejam dan di luar tabii.

Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, hanya hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada pesalah dan orang sekeliling dapat membendung jenayah kejam daripada terus berleluasa.

“Hukuman sedia ada tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada masyarakat, tidak hairanlah jenayah makin berleluasa sehingga ada pihak sanggup membunuh warga emas, kanak-kanak mahupun membuang bayi tanpa ada belas kasihan,” katanya.

Sheikh Muhamad Baderudin berkata, hukuman Qisas seperti yang termaktub dalam kitab suci adalah sesuai untuk semua zaman, malah Allah SWT telah menyebut bahawa hukuman ini dapat memberi kehidupan yang selesa pada masyarakat.

“Apabila masyarakat melihat kesan daripada hukuman ini, contohnya mencuri hukumannya potong tangan. Mereka akan takut untuk melakukan jenayah itu kerana boleh menyebabkan mereka hilang anggota badan. Oleh itu mereka tidak berani buat begitu pada orang lain kerana hukum balas ini adalah supaya pesalah merasai keperitan mangsa,” katanya.

Sheikh Muhamad Baderudin mengulas kejadian tragis yang menimpa jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dipukul, dibunuh dan dibakar selain abu mayat kesemua mangsa dibuang ke dalam sungai, baru-baru ini.

Tragedi yang turut memberi kesan pada masyarakat ialah insiden seorang warga emas wanita, Lian Osman, 74, yang tinggal bersendirian di Yan, mati dibunuh selepas disamun di dalam rumah sendiri pada 15 Ogos lalu.

Kejadian lain membabitkan seorang wanita berusia 26 tahun, Suhana Mohd Shariff dari Kota Tanah, dekat sini, yang ditikam rakan baiknya sendiri sebanyak tujuh kali di perut menggunakan sebilah pisau pemotong sayur sepanjang 17.8 sentimeter. Kejadian pada 2 Mei itu menggemparkan rakyat Kedah kerana dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Sheikh Muhamad Baderudin berkata, manusia menjadi semakin kejam apabila kehidupan mereka bertunjangkan duniawi sehingga sanggup berbunuhan demi harta kekayaan.

“Banyak faktor yang menyumbang kepada kekejaman, antaranya tekanan hidup, gila harta dan kuasa. Sikap cintakan duniawi punca berlakunya kepincangan dalam masyarakat. Kita sudah hilang nilai-nilai murni dan agama yang sepatutnya dipupuk sejak kecil,” katanya.

Menurutnya, ajaran Islam tidak hanya mementingkan hukuman setimpal, sebaliknya sebelum pesalah dikenakan hukuman, mereka perlu diberi didikan.

“Jika didikan tidak beri kesan, barulah dikenakan hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran. Ini termasuk gejala sosial seperti buang anak dan berzina,” katanya.

Sheikh Muhamad Baderudin turut kesal kerana perbuatan kejam yang banyak dipaparkan di dada akhbar menunjukkan realiti kepincangan masyarakat kini.

“Orang yang bertamadun tidak akan melakukan kekejaman yang melampau,” katanya.

26 August 2010

SIFAT KAMALAT ALLAH TA'ALA.


Assalamualaikum semua,

Entri kali ini penulis ingin berbicara tentang ilmu tauhid. 1 ilmu asas paling utama di dalam hidup umat islam. Semua orang sudah maklum bahawa bagi Allah itu adalah sifat-sifat kesempurnaan(kamalat). Tak usah dibayangkan bagaimana sempurnakah keadaanya itu. Apa yang penting kita i'tiqodkan bahawa Allah punyai sifat kamalat nya itu. Mustahil bagi Allah ada sifat kekurangan. Fardhu taqdir jika Allah ada sifat kekurangan, maka Dia tidak layak jadi tuhan. Sebab itulah kita wajib i'tiqodkan bahawa Allah punyai sifat kamalat yang tidak terhingga. Tidak mampu dikira oleh kita.

Asma ullah al husna yang mempunyai bilangan 99 itu masih lagi boleh dikira. SedangJustify Fullkan bukan 99 sahaja. Bahkan lebih dari itu. Jadi tiada siapa yang aqalnya salim berkata Allah mempunyai batasan dari segi bilangan sifat kamalat nya. Benar,aqal yang salim takkan menghadkan bilangan sifat kamalat Allah ta'ala.

Namun di celah-celah itu telah timbul syubhat(keraguan) terhadap golongan yang mempelajari sifat 20. Ada segolongan yang tidak memahami ilmu tauhid dengan mudah mengatakan bahawa kami ini telah menghadkan sifat Allah hanya 20 sahaja. Sedangkan sifat kamalat Allah ta'la tidak terhitung banyaknya.

Benar kata mereka bahawa sifat kamalat Allah tidak terhitung dek bilangan. Tapi kami tak pernah menghadkan bilangan sifat kamalat Allah ta'ala dengan 20 sahaja. Bahkan tak terkira. Cumanya telah disusun dan disimpulkan oleh para ulamak sebanyak 20 sifat yang wajib dipelajari ini sebagai kemudahan untuk kita yang jahil ini. Yang senantiasa berhajat kepada Allah.

20 sifat ini pun ambil masa yang lama untuk memahami dan pelajarinya. Apatah lagi jika belajar semua sifat kamalat Allah ta'ala yang tak terhingga itu?

Ada 25 orang rasul yang wajib diketahui. Adakah rasul hanya ada 25 saja? Sedangkan rasul lagi nabi ada 313 orang(ada yang khilaf ulamak). Dan nabi pula ada 124 ribu orang. Ada 10 malaikat yang wajib diketahui. Adakah malaikat ada 10 saja? Sedangkan bilangan mereka melebihi bilangan manusia.

Jadi ulamak kalam tidak menghadkan sifat kamalat Allah ada 20 saja. Cuma ini sebagai sifat yang wajib diketahui. Bila dikatakan wajib tahu 25 rasul, maka tak menafikan rasul-rasul yang lain. Orang yang aqalnya salim, dia mampu faham perkara ini dengan mudah. Melainkan mereka yang tak mahu kebenaran saja yang sengaja bodoh kan diri dalam ilmu aqidah.

Kalau kita melihat karangan ulamak di dalam kitab mereka pun tidak mengatakan sifat kamalat Allah ada 20 saja. Sebagai contoh penulis naqal dari kitab yang dipelajari sendiri oleh penulis dari seorang tok guru dari Narathiwat merangkap anak murid bongsu Syaikh Abdul Qadir Wangah(Tok Dir Sekam). Sengaja penulis ungkapkan begini kerana ramai dikalangan orang sekarang hanya tahu copy paste sahaja.

Kitab yang bernama Bahjatul Mubtadin wa Farhatul Mujtadin menyebut,

"Maka setengah daripada sifat kamalat itu tiga belas sifat wajib atas kita mengetahui akan dia atas jalan tafsil..."

Bila tuan pengarang menyebut SETENGAH, maka fahamlah oleh kita bahawa sifat kamalat yang dipelajari oleh kita ini iaitu sifat 20 ini adalah setengah atau sejuzuk daripada sifat-sifat kamalat Allah yang tidak terkira itu. Suka penulis ingin syarahkan sedikit berkenaan 13 sifat itu. Qaul yang masyhur ada 20. 13 ini qaul yang rojih bagi Imam Asy'ari. Walaupun digugurkan sebutan segala sifat ma'nawiyah yang tujuh itu, tidaklah dinafikan sama sekali. Imam Asy'ari mengakui bahawa ada cuma tak dikirakan sahaja.

Maka tertutuplah pintu tohmah sesetengah orang yang tak memahami aqidah ahlu sunnah wal jamaah ini. Mereka mengatakan bahawa cukuplah kita belajar dari surah al ikhlas tentang keesaan Allah. Kita tanya balik, kalau itu sudah cukup, berapa sifat Allah yang ada dalam surah al ikhlas itu? Bukankah sifat kamalat Allah itu tak terhingga?? Ada aqal yang salim, fikir-fikirkanlah....Wallahu a'lam.

23 August 2010

Jawapan balas terhadap tuduhan melulu blog Nak Jadi Budak Baik.

Assalamualaikum semua..

Salam Ramadhan Kareem untuk semua kawan-kawan penulis. Moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Amiiiin.

Penulis terpanggil untuk memberikan sedikit respon terhadap tulisan sahabat kita dari blog Nak Jadi Budak Baik.

Penulis menyambut baik penjelasan admin blog tersebut tentang hadis yang beliau berikan itu. Hadis Nabi tak boleh sekadar dengar dan terus keluarkan hukum. Betul! Penulis setuju. Hadis nabi kita perlu rujuk ulamak. Berdasarkan apa yang penulis belajar pun memang tak boleh makan dah bila masuk waktu subuh. Kita setuju dengan penjelasan beliau.

Semasa penulis membaca entri beliau yang bertajuk Ilmu Sesat itu, penulis memuji tindakan beliau cuba menjelaskan apa yang kesamaran. Tiba-tiba mood penulis terpotong bila terlihat ayat beliau yang menulis, "Nak aktifkan persatuan,baguslah. Tapi janganlah bila ditanya benda yang tidak tahu, ringan je mulut mengeluarkan hukum."
Sekejap. Kenapa tiba-tiba beliau nak kaitkan dengan persatuan pula ni? Masa part ni penulis baca terus penulis berhenti! Memang dah bagus huraikan tentang hadis itu, tapi kenapa kesalahan yang dilakukan oleh ustaz yang dikatakan lepasan Mesir itu disandarkan kepada persatuan? Kalau benar pun ustaz itu lepasan Mesir, adakah beliau(admin blog) tahu yang ustaz itu dulu seorang yang aktif persatuan atau tak?

Ini tuduhan melulu! Terus terang penulis cakap bahawa tuduhan ini boleh disabit sebagai berniat jahat atau dengki dengan pelajar yang berpersatuan. Penulis pernah bersembang dengan seorang yang berfahaman wahabi. Dia mengatakan boleh makan jika dah masuk waktu sebab berdasarkan hadis, "Seandainya seseorang daripada kamu mendengar azan dan bekas makanan ada dihadapan kamu, maka janganlah letakkan bekas makanan tersebut (berhenti makan) sehinggalah kamu menyelesaikan hajat kamu (habiskan makanan)" (Riwayat Al-Baihaqi, Sohih mengikut syarat Imam Muslim)

Dia pegang zahir hadis dan terus keluarkan hukum. Jadi apa kena mengena dia aktif persatuan atau tidak? Jujur penulis cakap, bahawa bagi penulis, mengaji no. 1 dan persatuan no. 2 kerana dari sudut priority(keutamaan). Tapi dengan menyalahkan persatuan jika berlaku isu-isu begini, penulis bangkang. Berapa ramai yang aktif persatuan boleh berjaya? Beramai ramai yang tak aktif persatuan yang gagal? Perlu kah penulis sebut orang-orang yang alim tapi hebat dalam persatuan? Penulis rasa, pelajar Malaysia di Mesir cukup mengenali mereka. Ada yang pernah jadi Presiden PMRAM, BP PMRAM, Timbalan YDP BKAN dan lain-lain. Dan berapa ramai pula yang tak aktif persatuan sambil tidur yang tak pergi belajar??

Jika ustaz yang dimaksudkan itu salah dalam menghukum, itu individu dia saja. Bukan kerana dia aktif persatuan. Walaupun beliau(admin blog) tidak lah menyalahkan persatuan secara mutlak, tetapi tindakan beliau menyandarkan kesalahan yang dilakukan ustaz tersebut kepada persatuan maka penulis tak setuju walaupun penulis beranggap keutamaan kita ialah menuntut ilmu daripada persatuan. Tapi bukan bermaksud persatuan kena tinggalkan.. Ulamak menyebut ilmu aqidah lebih utama dari ilmu feqah, tapi bukan bermaksud tak perlu belajar ilmu feqah....

Huraian beliau berkenaan bab batal puasa itu sudah cantik. Tapi yang salahnya bila sandarkan kesalahan seorang ustaz itu dalam berhukum kepada persatuan.. Lain kali hati-hati dalam menulis.. Wassalam..





HUKUM ISLAM DI DALAM UMNO ADA 2 KATEGORI.

Diambil dari blog Kedahlanie.

Penulis Tamu - rahim othman,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimaPEhP8IpzWmCDPAacCWolf10OLlieQkZfPZ9vcT6StIubWuGFl7P5VPUcyIOqpSk0sPuJOtLKys7VpDzz7Jt5nkyIdm058wkxST29OhHGS0cejkvIHBDD5HFdxc_JP4C0thdrceTVSpp/s1600/2010-08-23_112137.jpg

Kepada orang Pakatan hukumnya lain. kepada orang UMNO BN hukumnya lain. Begitu juga undang-undang di Malaysia, satu undang-undang untuk pemimpin dan satu undang-undang untuk rakyat bawahan. Undang-undang untuk penyokong kerajaan lain, undang-undang untuk pembangkang lain..

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam kenyataan akhbar baru-baru ini -menegaskan hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram apatah lagi apabila ia dibaca di dalam khutbah Jumaat.

“Mendoakan supaya orang kafir mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan adalah haram di sisi Islam. Berdoa mengharapkan orang kafir menerima dan memeluk Islam tidak salah tetapi tidak kena pada tempatnya jika dibaca dalam khutbah Jumaat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tuan Mufti kata, tak kena pada tempatnya.. Ini juga membuatkan kita kurang faham..Apakah niat yang murni dan pengucapan yang begitu baik tak sesuai dilafazkan dalam masjid? atau dalam khutbah sekali pun??

Bagaimana pula dengan kes yang satu ini... Bertarikh 23 April 2010 dua hari sebelum PRK Hulu Selangor, dimana imam UMNO, pemimpin dan penyokong-penyokong UMNO berdoa di masjid untuk Kamalanathan calun BN bukan Islam. Majlis tersebut lengkap dengan solat hajat dan bacaan yasin lagi!! ... semata-mata untuk kemenangan Si Kamal..... Boleh pulak !. Tak haram kah ? ......... Jangan lah cuba nak mengelirukan rakyat. Rakyat boleh berfikir.

Ulamak UMNO di Jabatan Perdana Menteri kenapa tak bersuara dalam isu ini? Dah bisukah? atau dah hilang telor?. Ulamak muda UMNO pun sama ! Kenapa senyap menikus?

terbitan :

19 August 2010

IMAM DAN MAKMUM POLITIK....


Kau ingin menjadi imam
Kau juga ingin menjadi muazzin
Semuanya kau ingin boloti
Apakah terdaya kau nanti
Siapakah yang menobatkan
Siapa sudi engkau menjadi pemimpin
Biasan wajah di kaca
Memperlihatkan kedutmu

Tak ingin kami menjadi makmum
Sekiranya engkau imamnya
Kerana kami akur bersama
Engkau kekurangan syaratnya

Haruskah kami yang menanggung dosa
Sedangkan kami tahu engkau siapa
Si tua nyanyuk yang gila kuasa
Bukankah sudah masanya berundur

4 August 2010

Jom ulangkaji. Jangan berasa pandai..

Assalamualaikum semua.

Rasanya sudah lama tak 'update' blog ini. Alhamdulillah hari ini Allah izinkan penulis menaip lagi. Moga manfaat untuk semua.

Bersempena bulan Ramadhan yang makin hampir ini, penulis ingin membawa kawan-kawan semua mengulangkaji ilmu yang pernah kita pelajari dahulu. Kebanyakkannya kita dah tahu dahulu. Tapi tak salah untuk kita ulang. Kerana ilmu ini, jika diulang banyak kali pun ia memberikan pahala. Tambahan pula ilmu agama. Jadi marilah sama-sama kita menambahkan ilmu pengetahuan kita. Apa yang penulis ingin tuliskan ini ialah kesimpulan ringkas dari kitab ulamak kita, Sabilal Muhtadin. Supaya kawan-kawan dan penulis mudah memahaminya.


HUKUM JIKA MENINGGALKAN PUASA.

Ramai yang sudah maklum hukum mengerjakan berpuasa, tapi mungkin ramai yang kurang maklum tentang hukum jika meninggalkan puasa. Hukum bagi orang yang meninggalkan puasa ini ada 2. Pertamanya hukum tak puasa kerana ingkar kewajipannya. Dan keduanya ialah hukum bagi mereka tak puasa kerana malas.

Hukum bagi orang yang tak puasa kerana mengingkari keWAJIBan nya, maka boleh jadi KAFIR dan hendaklah disuruh bertaubat. Jika enggan bertaubat, maka hendaklah dihukum bunuh.

Hukum bagi mereka yang tak puasa kerana MALAS, hendaklah dipenjara dan tidak diberikan makan & minum pada waktu siang. Jika ia sudah berpuasa, barulah dibebaskan semula dari penjara.


SYARAT WAJIB PUASA.

Syarat wajib puasa ada 4 perkara:

1. Islam.
2. Beraqal. Orang gila tidak wajib berpuasa.
3. Baligh. Jika lelaki umur kebiasaannya ialah sekitar 15 tahun dan tanda mudahnya bila keluar mani akibat bermimpi di malam hari. Dan perempuan pula 9 tahun dan tanda mudahnya bila datang darah haid.
4. Berkuasa. Tak wajib puasa bagi orang yang sudah tua yang sudah tak larat. Dan juga bagi ibu yang sedang menyusukan anak. Diharuskan berbuka jika dikhuatiri anaknya tak mendapat susu secukupnya.


SYARAT SAH PUASA.

Syarat sah puasa pula ada 3 perkara:

1. Islam.
2. Beraqal.
3. Suci dari haid dan nifas. Bahkan diberikan pahala jika berniat 'tak puasa kerana ikut arahan Allah' iaitu orang haid dan nifas dilarang berpuasa.


RUKUN PUASA.

Rukun puasa ada 3 perkara.

1. Niat. wajib niat sebelum solat subuh. Niat tak terpakai jika berniat di pagi hari. Berlainan pula bagi puasa sunat. Boleh niat sebelum zohor selagi mana tak melakukan perkara yang membatalkan puasa.
2. Menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa.
3. Orang yang berpuasa.


PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA.

Perkara yang membatalkan puasa ada 4 perkara.

1. Bersetubuh di siang hari bulan Ramadhan. Kena kaffarah jika melanggar larangan ini. Namun masih ada jalan lain untuk mengelak dari dikenakan kaffarah iaitu batalkan dulu puasa si suami. Cara ini digunakan pada mereka yang tak mampu tahan lagi walaupun berdosa kerana sengaja membatalkan puasa. Cumanya tidak dikenakan kaffarah sebab bukan batalkan puasa dengan bersetubuh.
2. Muntah dengan sengaja.
3. Keluarkan air mani dengan sengaja. Dimaafkan jika keluar mani kerana bermimpi dan tak sengaja.
4. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga. Rongga utama ialah mulut, telinga, hidung, qubul dan dubur.


PERKARA YANG MAKRUH DILAKUKAN KETIKA PUASA.

1. Melayani keinginan yang harus seperti bau makanan atau wangian.
2. Membuang darah atau berbekam.
3. Merasai makanan atau lainnya tanpa menelan sedikit pun.
4. Bersedap-sedap antara suami isteri.
5. Bersugi atau gosok gigi kemudian dari tergelincir matahari.
6. Mandi junub selepas fajar.


SUNAT-SUNAT PUASA.

1. Makan sahur walaupun dengan sebiji kurma.
2. Melewatkan sahur.
3. Menyegerakan berbuka puasa.
4. Berbuka dengan kurma.
5. Menjamu orang berbuka puasa.
6. Melebihkan belanja ke atas keluarga.
7. I'tikaf di masjid.
8. Tadarrus Al Quran dan zikir.
9. Menghidupkan malam lailatul qadar.

Wallahu a'lam...

28 July 2010

13 tahun lamanya..

Assalamualaikum semua.

Cuti-cuti Malaysia ini, penulis berada di rumah saja. Tak berjalan ke mana lagi. Baru 3 hari berada di kampung. Masih awal lagi untuk berjalan-jalan jauh. Tengahari tadi penulis melihat ibu penulis sibuk mempersiapkan adik-adik penulis untuk ke sekolah agama waktu petang(kelas KAFA). Ibu penulis sibuk tolong gosokkan pakaian sekolah adik-adik penulis. Bila penulis lihat saja perbuatan ibu penulis itu, terkenang kembali peristiwa 13 tahun yang lalu. Ketika itu penulis masih lagi di darjah 4(tahun 1997). Saban pagi ibu penulis lah yang akan menggosok pakaian penulis untuk ke sekolah. Keadaan itu bukanlah terhenti ketika di zaman penulis saja. Bahkan setiap zaman adik-adik penulis sehinggalah tahun 2010 ini ibu masih lagi menggosok pakaian sekolah anak-anaknya. Penulis mempunyai 10 orang adik beradik. Yang bongsu masih bersekolah rendah darjah 3. Bayangkanlah tempoh masa 13 tahun(itu seingat penulis) kerja menggosok pakaian yang dilakukan oleh ibu penulis untuk anak-anaknya bukanlah jangka masa yang singkat. Namun itulah pengorbanan oleh seorang ibu. Itu baru saja gosok pakaian. Yang lain-lain lagi usah dikira lah. Itulah ibu.. Kasih sayang dan pengorbanannya membawa dia dan kita ke syurga. Waktu ibu menggosok pakaian penulis ketika penulis darjah 4 dahulu, ibu penulis masih berumur 34 tahun. Kini ibu sudah berusia 47 tahun dan masih lagi meneruskan tugasnya menggosok pakaian sekolah anak-anaknya. Tak pernah jemu... Ateh sayang mak.. Jasa dan pengorbanan yang tinggi dan tak mampu dibalas dengan wang ringgit. Ya Allah ya tuhan kami. Ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibu bapa kami. Kasihanilah mereka seperti mana merekaa mengasihani kami sejak kami kecil dulu... Amiiin.

22 July 2010

Malaysia yang dicintai... :-)

Assalamualaikum semua.


Alhamdulillah penulis selamat sampai ke tanah air pada jam 944 malam(20 hb 7) waktu Malaysia. Keluar saja KLIA, abang ipar penulis sudah tunggu di luar. Pada entri kali ini, mungkin tiada apa yang ingin penulis tuliskan. Lebih kepada keseronokan penulis setelah selamat sampai ke tanah air sendiri. Lebih kurang 2 tahun penulis tidak pulang ke tanah air. Namun tempoh penulis ini tidaklah lama berbanding ada di kalangan kawan penulis yang 5,6 tahun tidak pulang. Bahkan ada seorang kawan penulis yang tidak pernah pulang sampailah sekarang. Tempoh 10 tahun yang dilaluinya itu bukanlah 1 tempoh yang singkat.

Sekarang penulis masih lagi di rumah abang ipar penulis di Gombak. Insyaallah hari sabtu ini penulis akan berangkat pulang ke kampung halaman penulis di Gerik, Perak. Penulis akan pulang semula ke Mesir pada 25 hb. 11 2010. Dalam tempoh 4 bulan dari sekarang, dijangka pelbagai aktiviti yang penulis akan lakukan. Antaranya ialah program re union sek. men. dahulu, bertadarus al quran sempena bulan ramadhan di pondok Ustaz Awang Lanai, jadi imam tarawih di pondok, menadah kitab bersama tok guru(nak habiskan mana-mana kitab yang belum dihabiskan), menangkap ikan di Tasik Banding, aktiviti bersama parti Islam Se Malaysia PAS. Insyaallah moga Allah permudahkan segala urusan. 4 bulan bercuti ini, takkan disia-siakan oleh penulis.

Ada orang kata kalau pulang ke Malaysia, tak boleh talaqi kitab. Siapa kata? Di Malaysia penuh dengan pondok-pondok. Nak atau tak nak saja. Nak seribu daya, tak nak sribu dalih. Tak sabar rasanya nak berjumpa adik beradik, tok guru, kawan-kawan dan lain-lain. Ketika penulis pulang kali pertama ke Malaysia dahulu, anak saudara penulis yang sulong masih berumur 6 bulan. Sekarang dia sudah berumur 2 tahun 4 bulan. Dan dia pun dah dapat adik sepanjang tempoh 2 tahun penulis tak pulang ke tanah air. Pada awalnya Nur Amirah Alisya(anak saudara sulong) agak segan dengan penulis. Masakan tidak ketika penulis tinggalkan dahulu, dia masih kecil. Hehehehe. Adik dia yang bernama Erina Maisarah(5 bulan) memang mesra. Hehehe. Mudah mesra dengan orang. Namun dia lebih manja dengan ibunya. Penulis masih lagi ber'mata Mesir'. Maksudnya mata penulis tak boleh tidur lagi jika sudah lewat malam kerana jika Malaysia sudah pukul 12 tengah malam, waktu di Mesir baru pukul 7 malam. Penulis cuba nak tidur, namun tak mampu. Situasi ini memang biasa terjadi kepada sesiapa saja yang baru pulang dari Mesir ke tanah air. Ia berlanjutan lebih kurang 3 hari sebelum dapat membiasakan diri dengan waktu Malaysia.. :-)

Penulis telefon abah penulis semalam. Abah teringin benar penulis pulang awal ke Perak. Buah dokong pun dia dah balut kemas supaya tidak pecah. Terharu penulis.. :-)

Penulis tak tahu lagi nak tulis apa. Penulis doakan moga kawan-kawan semua dalam rahmat Allah. Jangan lupa doakan penulis juga. Moga najah dalam peperiksaan dan semua perkara.. Amiiin..

18 July 2010

RINDU YANG TAK TERUCAP...

Pagi itu, aku bangun awal dari kebiasaannya. Ku lihat jam di tangan, sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi. Kedengaran sayup-sayup suara ‘tarhim’ dari surau berhampiran, memecah kesunyian fajar yang hening. Ketika umat manusia sedang lena diulit mimpi indah, aku gagahkan diri menolak ‘pelukan’ syaitan yang menyelimuti tubuhku ini. Ku gosok lembut mata yang masih berat untuk dibuka.

“Kuat sungguh pelukan syaitan ni.Patutlah ramai orang yang hanyut.” bisik hati kecilku. Aku bingkas bangun. Tidak mahu dilayan syaitan yang menghasut. Namun aku masih termanggu di birai katil. Mengapa tiba-tiba kali ini perasaan aku berkecamuk? Tidak seperti sebelumnya. Adakalanya sayu, adakalanya sedih. Dan adakalanya terharu… Aaahh!! Mengapa begini?? Seolah-olah ada sesuatu yang bakal terjadi… Aku terus ke bilik air. Menyucikan diri untuk mengadap sang Pencipta. Ku tinggal perasaan tadi sendirian. Biarlah! Usah singgah lagi padaku.



“Adiiik, awal bangun hari ni?” sapa ku lembut pada adikku yang keriangan untuk ke sekolah. Adikku baru berusia 6 tahun. Dia bersekolah di Sekolah Rendah Islam berhampiran rumahku. Dan dia jugalah satu-satunya adik tunggalku. Jarak umur antara kami begitu jurang. Hanya kami 2 beradik sahaja dalam keluarga encik Ahmad, abahku. Ibuku pernah menjalani pembedahan di pangkal rahim. Doktor menasihatinya supaya mengelak dari mengandung lagi. Kerana itu bahaya untuk keselamatan ibuku katanya. Oleh kerana itulah aku dan adikku begitu rapat. Aku terlalu menyayanginya. Setiap kali aku di sekolah, pasti aku rindu dengan karenah dan celotehnya.



“Abaaang, nak pergi sekolah dengan abang boleh..?” soal adikku sambil menarik-narik lengan bajuku. Aku hanya mampu tersenyum. Tanganku perlahan-lahan diletakkan atas kepalanya.



“Mana boleh adik.Adik kan kena pergi dengan abah?” aku cuba memujuknya. Rengekkan manjanya itu membuatkan aku begitu sayu. Serba salah dibuatnya.



“Adik, jangan memandai-mandai. Pergi sekolah dengan abah.” celah ibuku yang dari tadi sentiasa sibuk menyediakan sarapan untuk kami. Adikku cepat-cepat menarik muncung bibirnya. Terzahir perasaan kecewa di hatinya. Dia menunduk tanda sedih kerana kemahuannya tidak ditunaikan.. Aku tidak henti-henti mengusap lembut rambutnya.



“Alaaa, adik abang ni. Petang ni abang bawa keluar jalan-jalan nak tak?” pujukku bersungguh. Ku harapkan dia kembali tersenyum ceria. Cepat-cepat dia mendongak ke arahku sambil tersenyum.



“Saaaayang abang.” satu ciuman singgah tepat di pipiku. Aku tidak henti-henti menguntum senyum.Ibu dan abahku hanya tersenyum melihat gelagat kami berdua. Kadang-kadang terdengar ibu ketawa kecil. Ibu cukup paham dengan kami berdua.

Setiap hari aku akan menaiki bas untuk ke sekolah. Kini aku berada di tingkatan 5. Dan tahun ini juga merupakan tahun penting bagiku. Peperiksaan SPM hampir tiba. Aku tidak boleh leka lagi. Nabi pernah bersabda,”Siapa yang berusaha,dia akan berjaya.”



Hadis ini bukan sekadar hadis semata-mata. Bahkan merupakan kata azimat yang harus dipegang oleh sesiapa pun. Aku leka menunggu bas di luar pagar rumahku. Bunyi hon kereta abahku benar-benar mengejutkan aku. Kelihatan adikku melambai-lambai riang dari tempat duduk hadapan. Gembira aku melihat dia begitu ceria. Wajahnya yang comel itu tidak pernah lekang dari ingatanku. Tidak pernah aku lihat dia seceria ini. Bas sekolah sudah kelihatan.Lamunanku terhenti di situ sahaja…..



*****************



Belum sempat aku membuka kasutku, adik pantas meluru ke arahku. Dia sudah tahu. Pulang sahaja aku ke rumah dari sekolah, pasti aku membeli coklat kegemarannya. Dan aku pun tahu itu adalah kegemarannya. Dia akan merajuk jika aku balik dengan tangan kosong. Ibuku pernah menasihatiku supaya jangan dimanjakn sangat adikku ini. Tapi aku tak merasakan perbuatanku ini satu benda yang menyusahkan. Bahkan inilah salah satu cara menambah keakraban dan kasih sayang antara kami berdua. Aku bahagia begini. Dan dari riak wajah adikku jua, ku tahu bahawa dia juga bahagia. Aku tersenyum puas kerana dapat menunaikan hajatnya.



“Tadi kat sekolah belajar apa dik?” soalku.



“Tadi adik belajar cara-cara nak solat baaang.” jawabnya sambil mulut mengunyah-ngunyah coklat yang ku berikan tadi.



“Adik dah hafal doa iftitah, doa qunut, niat nak solat dan banyak lagi laaa.” balasnya lagi. Dia masih tidak henti-henti mengomol coklat itu.



“Wah,pandainya adik abang ni…” aku pantas merangkul lehernya dan satu ciuman singgah di pipi gebunya itu.



“Apa abang ni. Tak nampak ke adik tengah makan coklat ni..?” adikku kelihatan tidak selesa dengan perbuatanku. Mungkin kerana menganggu tumpuannya yang sedang khusyuk mengomol coklat itu….



Selepas solat zohor aku terus ke bilik untuk ulangkaji pelajaran di sekolah tadi. Hari ini agak banyak juga kerja yang di berikan oleh Ustaz Zulkifli. Ustaz yang mengajarku mata pelajaran Pendidikan Al Quran dan Sunnah.



“Aku kena banyak rujuk kitab-kitab arab ni. Nampaknya aku kena pergi ke rumah abang Rizal lah. Dia kan baru balik dari Mesir..” getus hati kecilku. Abang Rizal merupakan jiranku dan pernah belajar di Universiti Al Azhar, Mesir dalam jurusan Usuluddin. Aku juga ingin jadi sepertinya. Dapat menyambung pelajaran ke sana.Universiti yang tertua di dunia itu. Ia telah melahirkan begitu ramai para alim ulamak untuk seluruh dunia amnya. Aku bertekad, selepas tamat SPM nanti, aku akan sambung ke tingkatan 6 pula untuk mengambil STAM. Kerana dengan sijil STAM sahaja yang boleh melayakkan aku ke sana. Aku tinggalkan buku-buku pelajaran aku di meja belajar, dan terus ke rumah abang Rizal.

“Ibuuuu… Tolong tengok-tengokkan bilik abang ni ya. Jangan bagi adik main-main dalam ni ya ibu.” Aku sempat memberi pesan pada ibuku sebelum ke rumah abang Rizal.



“Wah banyaknya kitab-kitab abang. Ni semuanya beli kat sana ke abang?” soalku inginkan kepastian. Abang Rizal hanya tersenyum mendengar soalanku tadi.



“Ye laa, kat mana lagi abang nak beli. Mestilah kat sana. Lagipun di sana kitab-kitab murah ja. Kalau tak beli masa mengaji di sana, sangat-sangatlah rugi dik. Balik Malaysia nanti baru tahu betapa pentingnya kitab-kitab ni.” Abang Rizal cuba memberi penerangan. Walaupun tidak panjang lebar, namun aku boleh tangkap maksudnya itu.



“Seronoknya bang. Kitab Majmuk Syarah Muhazab pun ada? Muhgnil Muhtaj pun ada? Tafsir Munir? Macam-macam kitab abang ada?” soalku lagi bagaikan tidak percaya.



“Kenapa, tak percaya ke? Kalau nak tengok lagi, dalam bilik abang tu lagi banyak. Fathul Bari dan Musnad Imam Ahmad yang panjang berjela tu pun ada.” pelawanya sungguh-sungguh sambil tersenyum. Aku sudah pening untuk memilih kitab. Mula bermain-main di benak fikiranku. Betapa hebatnya ulamak-ulamak dahulu mengarang kitab. Bukan satu jilid sahaja. Bahkan berpuluh-puluh jilid. Kagum!



*******************



“Abaaang, adiiik.. Datang sini,makanan dah siap.” sahut ibuku dari bawah. Abahku pula kelihatan tergesa-gesa ingin keluar.



“Makan sekali abahnya?” pelawa ibuku.



“Takpa lah. Saya ada mesyuarat dengan AJK surau. Tunggu saya balik nanti ya? Kita makan sekali. Anak-anak dah takdak baru la romantik. Teringat macam mula-mula kahwin dulu.” balas abahku manja. Ibuku tersipu-sipu malu sambil mencubit-cubit abahku. Aku sempat melihat gelagat mereka ketika ingin turun dari tangga. Walaupun ia berlaku dalam masa yang singkat, namun aku dapat rasa betapa romantiknya abah dan ibuku. Aku tersenyum sendirian sambil menuruni anak tangga.



“Apa yang yang kamu senyum-senyum kan tu?” sapa ibuku tiba-tiba.



“Eh, takda apa-apa la ibu. Saja ja nak senyum. Takkan lah tak boleh kot.” aku cuba mencari alasan. Ibu seolah-olah dapat menghidu sesuatu. Mungkin dia malu kalau anak-anak melihat gelagat mereka berdua tadi. Adikku datang sambil menunduk-nundukkan kepalanya. Apa yang tak kena pula pada dia malam ini? Fikiranku tiba-tiba datang seribu persoalan.

“Ni kenapa pula ni? Muncung ja dari tadi?” soalku sambil tanganku mengusap lembut rambutnya.



“Abang mungkir janji dengan adik.” balasnya acuh tak acuh saja.



“Mungkir janji apa pula ni? Abang tak faham lah?” kataku inginkan kepastian.



“Abang kata nak bawa adik keluar berjalan-jalan petang tadi. Tapi abang tak bawa keluar pun.” jelas terpancar rasa kecewa di wajahnya.



“Alamak adik. Abang benar-benar lupalah. Tadi abang ada banyak kerja. Sungguh adik! Abang terlupa.” aku cuba memberi alasan yang benar-benar meyakinkan dia. Aku pun tidak menyangka dia masih ingat lagi janji-janjiku pada dia yang aku ungkapkan pagi tadi. Aku benar-benar terlupa dek kerana banyak kerja yang harus di siapkan. Bahkan sekarang pun kerja sekolah itu masih belum disiapkan. Ku harapkan mudah-mudahan malam ini boleh siapkan semuanya. Aku pun tidak tahu lagi bagaimana nak pujuk adikku ini.



“Adiiiik….Abang tak sengaja tu. Tak tengok tadi abang ada banyak kerja?” mujurlah ibuku bersuara memujuk adikku. Moga-moga adikku faham dengan keadaanku tadi. Dia masih menunduk sayu. Aku sudah mula rasa lain. Perasaan sayu melihatnya mula menyelubungi hatiku.



“Dah,dah… Jom makan. Nanti sejuk pula nasi tu. Alaaaa, esok abang belikan lah adik coklat tu. Adik jangan risau la ya..” ibuku terus memujuknya. Adikku mula mengangkat kepala setelah mendengar perkataan ‘coklat’ tadi. Terkebil-kebil matanya memandangku.



“Betul ke abang nak belikan adik coklat?” soalnya dalam nada yang begitu sayu. Aku pun tidak tahu. Mengapa tiba-tiba kelopak mataku bergenang air mata. Ahh!!! Ini perasaan ketika subuh tadi. Mengapa ia singgah lagi di benakku??



“Yaaaa…. Abang akan belikan adik coklat lagi. Kali ni abang beli banyak-banyak untuk adik abang yang tersayang ni.” aku menarik nafas lega kerana dia mula menguntum senyum. Sayu aku melihat wajahnya begitu… Kasihan adikku… Ibuku hanya menggeleng-geleng kepala melihat kami.



”Macam-macamlah kamu berdua ni.” mungkin itulah yang di ungkapkan oleh ibuku dalam hatinya.



*****************





Aku solat isyak bersama adik dan ibuku. Abahku masih belum pulang dari surau. Gelihati aku bila mendengar adikku iqomat tadi. Suaranya yang sedikit pelat itu membuatkan aku hampir-hampir nak tergelak kecil. Namun aku masih sempat menyorokkannya. Aku terus ke meja belajar. Masih ada sedikit kerja yang perlu aku selesaikan. Walaupun esok cuti hujung minggu, aku tidak mahu melengah-lengahkan kerjaku ini. Biarlah ia selesai dengan segera. Esok aku tak perlu fikirkan lagi kerana aku ada temu janji dengan kawan-kawan yang lain. Sebelum pen aku mula menari mengukirkan kata-kata ilmu, aku terkedu! Teringat peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Perasaan ketika subuh tadi mula datang kembali. Sedih! Sayu! Terharu! Aahh! Mengapa ini?? Nyah kau dari aku! Aku pun tidak faham mengapa perasaan ini seringkali hadir dalam benakku sejak akhir-akhir ini. Aku benar-benar sayu melihat wajah comel adikku tadi merajuk kerana kemahuannya tidak ditunaikan. Kasihan…….. Aku terdiam sejenak.. Tarian pena diteruskan …..



Tiba-tiba leherku terasa dirangkul kemas. Aku cepat-cepat kalih ke belakang. Oh, rupa-rupanya adikku. Aku rasa begitu bahagia tatkala dia memeluk erat tubuhku. Tak pernah kurasa bahagia sebegini. Aku mahu saat ini akan berulang lagi.



“Adik, abang nak buat kerja sekolah ni. Pergi kat ibu boleh?” aku menyantuninya dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut.



“Tak mau. Adik nak abang tengok adik buat sesuatu untuk abang ni.” rengeknya manja. Pelukannya semakin kuat dari tadi.



“Apa dia? Alaaa.. Bagi la abang wat kerja sekolah ni habis dulu ya?” kataku sambil perlahan-lahan meleraikan pelukannya itu. Bukan aku tidak mahu tunaikan permintaannya. Tapi aku masih ada sedikit kerja lagi yang perlu diselesaikan.



“Tak mau,tak mau!” dia mula mengeras sedikit.



“Adik nak abang tengok sekarang juga!” dia semakin membentak. Suaranya yang seakan-akan hendak menangis pun ada. Kasihan pun ada bila aku melihat tingkah lakunya itu. Aku juga berkeras tak mahu pergi ke biliknya. Namun masih lagi menolaknya dengan lemah lembut.



“Adiiikk…. Abang sibuk ni kan. Lepas siap ni abang pergi lah.” adikku mula meronta-ronta.



“Adiiiikkk.. Janganlah buat macam ni..” aku masih berlembut dengannya. Rontaannya semakin kuat. Tanpa disedari, air kopi yang berada berhampiran buku tulisku tumpah! Hampir semua buku tulisku basah. Adikku pun tergamam dengan apa yang terjadi. Dia terdiam seribu bahasa!



“Apa adik dah buat ni?” aku mula mengeras. Mataku tepat memandang ke arahnya. Dia tertunduk takut.



“Adik tau tak betapa susahnya abang buat kerja ni? Adik senang-senang ja bagi basah!” suara aku semakin meninggi. Aahh, apa yang aku sedang buat ini? Aku tak sepatutnya meninggi suara dengannya. Suara aku yang kuat itu lantas dihidu oleh ibuku di bawah.

“Apa bising-bising kat atas tu abang?” jerit ibuku dari bawah. Dia mula naik ke atas. Ingin melihat apa yang telah terjadi.



“Adik cuma nak ajak……” belum sempat adikku menyambung kata-katanya, aku terus sampuk.



“Ajak,ajak apa! Tak nampak ke abang banyak kerja ni?” aku terus memarahinya. Aku mula tak ketahuan. Seolah-olah telah dirasuk syaitan. Semakin hilang pedoman. Adikku mula terketar-ketar kerana dimarahiku. Ibuku sudah tercegat di depan pintu bilikku.



“Adik min… min.. mintak ma.. maaf.” menangis-nangis adikku meluahkan rasa. Badannya jelas terketar-ketat kerana dimarahiku.



“Sudah!! Pergi dari sini!” sergahku padanya. Tanganku tertolak dirinya sedikit tanpa disedari. Walaupun tolakkan itu tidaklah sekuat mana, tapi telah membuatkan dia terjatuh. Aku terkesima dengan apa yang terjadi. Apa yang telah aku buat ini?



“Abang!!! Apa yang abang dah buat kat adik ni?” ibuku benar-benar terkejut dengan tindakkanku itu. Adikku terus meluru ke arah ibu. Dia memeluk erat ibuku sambil menangis teresak-esak. Aku terdiam lesu. Ibuku tak henti-henti menyuruh aku mengucap panjang.



“Mengucap abang, mengucap…..” wajah ibuku pun mula berubah pucat. Dia tidak menyangka bahawa aku sanggup bertindak seperti orang dirasuk syaitan. Aku benar-benar telah hilang pedoman. Kalau betul pun aku marah kepadanya, aku tak sepatutnya bertindak sedemikian rupa…. Timbul seribu penyesalan dalam lubuk hatiku. Ibu telah membawa adik ke biliknya. Yang tinggal hanyalah aku seorang tanpa pengertian. Aku termenung panjang. Apa yang telah aku buat tadi? Seolah-olah tidak sedarkan diri. Aku merenung tajam pada tangan yang telah menolak adikku sendiri. Mana hilang kasih sayang kau pada dia selama ini? Hatiku mula berbisik sendirian. Malam itu aku ambil keputusan untuk tidur awal. Peristiwa yang baru berlaku sebentar tadi betul-betul buat aku menyesal. Menyesal!! Perasaan ketika subuh kelmaren hadir kembali bertimpa-timpa. Aaahh!! Apa yang akan berlaku ini?? Aku terus bermain-bermain dengan perasaanku sendiri. Inilah kali pertama aku memarahinya dengan sedemikian rupa.. Adik, abang minta maaf…. Akhirnya aku terlelap…….



*****************





Awal-awal pagi lagi aku sudah keluar dari rumah. Sarapan pun tidak. Wajah adik pun aku tak sempat tatap. Ibu tidak bertanya banyak. Aku sengaja keluar awal. Peristiwa malam tadi masih segar di ingatan. Aku keluar hendak membawa hati yang telah berdosa pada adik sendiri. Biar aku hukum diri aku ini. Aku bertekad. Aku nak pujuk sungguh-sungguh adikku hari ini. Aku harapkan bila aku pulang nanti dia sudah sejuk hati. Pasti dia seronok kalau melihat aku balik dengan coklat kegemarannya itu. Tak sabar rasanya nak melihat wajahnya yang comel itu. Hatiku berbisik… Pasti dia seronok.. Yaaaa. Pasti dia seronok.. Yaaa.. Dia seronok.. Hatiku mula tersenyum riang….



Matahari sedang menegak. Aku harus pulang segera ke rumah. Aku sudah tidak sabar-sabar lagi memberikan coklat ini padanya. Sengaja aku beli banyak dari sebelumnya. Aku nak pujuk dan cium dia puas-puasnya. Hatiku semakin gembira. Pasti dia gembira juga. Aku tak akan memarahinya lagi. Anggaplah peristiwa malam tadi sebagai yang pertama dan terakhir dalam hidupku dan dirinya. Percayalah….



Kelihatan begitu ramai kenderaan di hadapan rumahku. Seolah-olah seperti ada kenduri doa selamat. Bila pula abahku ada buat kenduri doa selamat? Tanpa lengah lagi aku terus berlari anak menuju ke rumahku. Bungkusan coklat dipegang rapi. Aku ingin tahu, mengapa begitu ramai manusia yang datang ke rumahku? Aku sudah berada di depan muka pintu. Pandanganku meliar mencari seseorang.Hatiku mula berdebar-debar. Seperti ada sesuatu telah terjadi. Pandanganku terhenti tatkala melihat satu tubuh berselimut putih sedang terbujur kaku. Tubuh kecil itu begitu aku kenali. Adiiiiiikkk!! Bungkusan coklat yang aku pegang erat dari tadi terlepas dari genggaman. Aku melutut di hadapan pintu rumah. Badanku terasa lemah. Bagaikan tidak berpijak pada bumi yang nyata lagi. Aku gagahkan jua mendapatkan tubuh kecil itu. Kini sah lah jenazah yang ada di depanku ini adalah adikku yang disayangi! Aku terus menundukkan muka untuk memberikan ciuman terakhirku. Tapi kali ini aku benar-benar lemah. Dunia sekelilingku seakan berpusing.Aku tak mampu bertahan lagi… Tiba-tiba duniaku GELAP………………



********************



Sudah seminggu peristiwa itu berlalu. Namun segala kenangan indah aku bersama adik takkan hilang sampai bila-bila. Ibu sudah menceritakan segala-galanya padaku. Adik dilanggar kereta ketika ingin mengambil bola yang terkeluar dari pagar rumah. Kecederaan yang teruk di bahagian kepalanya menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian. Ibu juga memberitahuku bahawa aku pengsan di sisi jenazah adik. Aku terima takdir dari Allah bahawa Dia lebih sayangkan adik. Tapi aku tetap menyesal sampai bila-bila kerana tidak sempat untuk memberikan dia coklat dan mencium dia sepuas-puasnya. Tambahan pula bila peristiwa aku marah dan menolak dia sehingga jatuh itu bermain-main di fikiranku, bertambah lah rasa sesal dan sedih di hati ini. Aku melihat pada sekeping lukisan yang menggambarkan seorang abang bersama adiknya. Lukisan yang penuh dengan kasih sayang. Inilah benda yang berhajat sangat adik ingin menunjukkan padaku tempoh hari. Sehinggakan aku sanggup menolak adikku sendiri. Aku menyesal sungguh-sungguh. Tapi masa itu takkan dapat diundur…. Tanpaku sedari, manik-manik jernih mula gugur satu persatu dari kelopak mata ini. Kini barulah ku sedar mengapa hatiku sebelum ini di ganggu perasaan sayu, sedih dan terharu. Dan perkara yang aku rasakan bakal terjadi itu sudah pun terjadi dan berlalu. Adik, abang terlalu menyayangi dan merindui adik tatkala ini. Kita takkan dapat bersama lagi seperti dahulu. Maafkan abang dik……….. Adik, kini rindu abang pada adik memang tak terucap lagi...









16 July 2010

Istilah TUMPANG BERANI : Sejauh mana kefahaman kita?


Assalamualaikum semua.

Memandangkan penulis ingin pulang ke Malaysia 19 hb 7 ini, maka penulis ingin menulis berkaitan perkara yang akan dilakukan sesetengah orang. Dan istilah ini mungkin kurang didengari oleh kawan-kawan yang lain. Jadi dikesempatan yang ada ini penulis ingin ceritakan serba ringkas.... :-)

Istilah tumpang berani ini akan kedengaran ketika musim pulang ke tanah air. Iaitu dari Mesir ke Malaysia. Suka lah untuk penulis memberikan sedikit pengertian ringkas tentangnya. Istilah ini tak pasti diberikan oleh siapa. Tapi pertama kali penulis mendengarnya dari seorang kawan. Baik, secara ringkasnya istilah tumpang berani ini ialah bila seseorang yang ingin berjalan jauh atau bermusafir jauh secara bersendirian. Oleh kerana bermusafir seorang diri ini bahaya maka dia akan menghubungi orang lain atau kelompok lain yang berada sekali dalam permusafiran tersebut. Tujuan dia menumpang perjalanan orang lain itu kerana kekhuatiran yang berlaku. Dan dia bernasib baik jika ada pula orang lain yang ikut serta dalam permusafirannya itu.

Istilah ini lebih tertumpu kepada perempuan kerana keselamatan mereka lebih utama. Jika ada orang lelaki atau perempuan lain yang ikut serta dalam perjalanan itu namun dari kelompok yang lain maka si dia tadi akan cuba untuk menumpang kelompok tersebut semasa berada dalam permusafiran tersebut.

Penulis cuba berikan contoh sebagai pemahaman mudah. Contohnya bila seorang ustazah ingin pulang ke Malaysia. Namun tiada seorang pun yang bersamanya. Pendek kata dia keseorangan dalam permusafiran. Maka ketika itu jika dia terlihat seorang ustaz yang ikut serta pulang ke Malaysia, dia akan meminta bantuan ustaz tersebut sebagai pemerhati atau mengawasi gerak gerinya. Dan keadaan beginilah dinamakan sebagai TUMPANG BERANI.

Jangan salah faham dengan situasai begini. Ustaz tersebut bukanlah berjalan berdua dengan si ustazah tadi. Kemungkinan kedudukan ustazah tersebut di belakang atau di hadapan ustaz tersebut. Keadaan begini sama saja jika ustazah tadi pulang bersama ustaz tersebut dalam keadaan memang mereka tidak kenal antara satu sama lain. Cumanya beza sedikit ialah tumpang berani ini si ustazah tadi memberitahu ustaz terbabit mudah-mudahan mengawasi keadaannya sepanjang perjalanan. Dikhuatiri akan berlaku perkara yang tidak dingini. Maklumlah jika perempuan keseorangan, macam-macam boleh terjadi.

Sebenarnya penulis sendiri akan alaminya nanti. Baru tadi penulis mendapat panggilan dari seorang ustazah yang belajar di Kaherah. Penulis tak kenal siapakah beliau. Namun dia ingin menumpang sekali bersama kami kelompok dari Mansurah. Penulis mengatakan pada beliau bahawa jangan risau kerana kami dari Mansurah juga ramai yang akan pulang ke Malaysia pada tarikh 19 hb 7 nanti. Dia begitu risau jika tiada orang lain yang pulang juga ke Malaysia.

Pengalaman penulis sendiri bermusafir jauh secara berseorangan ketika penulis pergi ke England. Penulis keseorangan tanpa teman. Walaupun penulis rasa risau kerana ingin ke negara yang asing bagi kita dari segi adat dan bahasanya, namun penulis cuba beranikan diri sebagai seorang lelaki. Akhirnya pengalaman penulis di lapangan terbang Amsterdam dan Manchester secara bersendirian memang menyeronokkan.. :-)

Inilah serba sedikit pengenalan ringkas istilah TUMPANG BERANI. Mungkin ramai di kalangan kita yang baru dengar istilah ini.. :-)

Sebelum itu, jangan samakan istilah ini dengan mereka pasangan kekasih yang pulang bersama. Ini begitu berbeza sama sekali dengan istilah ini. Pasangan kekasih yang pulang bersama ini kemungkinan lebih kepada ingin berseronok dengan pasangan masing-masing sahaja. Maaf cakap. Maka bila jadi begitu(berseronok-seronok dengan pasangan masing-masing) faham-fahamlah sendiri apa natijahnya... Wallahu a'lam.

14 July 2010

YANG PALING DISAYANGI.......(episod 4)

Boleh baca dari episod awal cerpen ini,

YANG PALING DISAYANGI episod 1

YANG PALING DISAYANGI episod 2

YANG PALING DISAYANGI episod 3

Dari episod lepas,

"Maaakk, kenapa ni mak?" Anisah cepat-cepat mendapatkan mak cik Timah yang sudah terbujur kaku di lantai. Mak cik Timah tiba-tiba pengsan di lantai dapur. Puas Anisah cuba menyedarkan mak martuanya itu. Dengan sedikit kudrat yang ada, Anisah cuba mengangkat mak cik Timah ke tempat yang luas sedikit. Dia begitu panik tak tahu untuk lakukan apa-apa. Mak cik Timah terus tidak sedarkan diri. Akibat panik Anisah terlupa akan suaminya. Dia cuba merasa denyutan jantung mak cik Timah. Masih berfungsi. Urat nadinya juga masih berdenyut. Anisah sedikit lega. Tiba-tiba dia sekuat hati memanggil-manggil suaminya, Ahmad. Ahmad belum pulang dari kedai.

Sebentar kemudian kedengaran bunyi enjin motor Ahmad yang baru pulang dari kedai. Dia terdengar jeritan berkali-kali oleh Anisah, isterinya. Motor pun tidak sempat ditongkat, dia terus meluru ke tempat kejadian. Dilihatnya Anisah sedang memangku ibunya sambil air mata laju bercucuran.

"Apa dah jadi ni Anis?" soal Ahmad kekalutan.

"Anis tak tau abang. Anis keluar bilik air ja tadi terus nampak mak rebah di dapur." Anisah cuba memberikan penjelasan. Mak cik Timah terus kaku. Ahmad cuba memberikan pertolongan cemas kepada ibunya. Ahmad sedar bahawa ibunya pengsan kala ini. Anisah berkali-kali mengipas ke muka ibu mertuanya itu. Akhirnya Ahmad mencapai secawan air lalu direnjis-renjis ke muka ibunya. Mak cik Timah mula membuka mata sedikit. Kedua-dua wajah mereka memancar sinar gembira melihat reaksi mak cik Timah. Mak cik Timah terbatuk. Anisah cepat-cepat mengambil segelas air untuk ibu mertuanya itu.

*****************


Mereka anak beranak baru saja selesai menunaikan solat fardhu isya'. Ahmad masih lagi di posisi imam. Anisah juga masih di sisi ibu mertuanya sambil tangannya kemas memeluk lengan mak cik Timah. Terpancar jelas betapa dia menyayangi mak cik Timah.

"Kenapa tadi mak? Mak tak sihat ka?" soal Ahmad bersungguh-sungguh ingin tahu. Mak cik Timah masih kelihatan pucat akibat kejadian siang tadi. Anisah dari tadi sudah bergenang air mata. Tunggu masa untuk melimpah saja dari kelopak matanya.

"Mungkin mak buat kerja teruk sangat kot. Mak pun tak pasti sebab apa." jawab mak cik Timah. Lemah sungguh tutur katanya. Anisah pula diam membisu di sebelah mak cik Timah. Matanya memaku tepat pada wajah mak cik Timah. Kadang-kadang diurut lembut lengan ibu mertuanya itu. Ahmad mula menukar posisinya menuju dekat ibunya.

"Mak, esok kita pergi hospital ya. Check apa yang patut. Dik Mad risau la mak. Kan dik Mad dah pesan. Mak tak payah dah buat kerja-kerja tu semua. Tak padan dah dengan umur mak. Kami sayangkan mak. kami tak mahu mak dapat susah lagi. Lagi pun lepas ni kami duduk jauh dari mak. Tak boleh jenguk mak selalu.." ujar Ahmad sambil meletak lembut kepalanya di sisi bahu mak cik Timah. Anisah pula dari tadi sudah merebahkan kepalanya ke riba mak cik Timah. Tiba-tiba mak cik Timah menitiskan air mata melihat kelakuan anak dan menantunya itu. Tak pernah dia rasakan bahagia sebegini. Dipegang erat kedua-dua anaknya itu.

"Yaaa, mak tak buat dah kerja-kerja semua tu.." balas mak cik Timah sambil air matanya tidak henti-henti gugur. Esoknya Ahmad membawa ibunya ke hospital berdekatan untuk diperiksa.

******************

"Mak jaga kesihatan tu sama yaa. Jangan buat dah kerja-kerja berat tu. InsyaAllah ada masa kami balik kampung lagi yaa." pesan Ahmad. Dia mengemas-kemas barang dalam kereta. Anisah pula masih di sisi mak cik Timah. Seakan tak mahu dilepaskan mak mertuanya itu. Pernah Anisah mengajak mak cik Timah tinggal bersama mereka. Namun mak cik Timah tegas menolak kerana tak mahu meninggalkan rumah pusaka peninggalan arwah suaminya. Anisah memahami. Mereka pun mula bertolak pulang ke rumah mereka. Mak cik Timah keseorangan lagi. Setelah dinasihati oleh anaknya dan doktor, mak cik Timah tidak buat lagi kerja-kerja berat.

"Abang, kita kena ajak juga mak duduk dengan kita. Anis risau sangat-sangat dengan keadaan mak tu." kata Anisah. Ahmad dari tadi membatu sambil memandu kereta.

"Abang pun dah lama fikirkan semua tu. Tapi mak bertegas tak mau tinggalkan rumah pusaka tu. Kita nak buat macamana lagi?" balas Ahmad pula.

"Entahlah abang. Anis pun dah putus idea nak buat macamana."

Malam itu Ahmad tidur awal. Esok pagi mereka ada kelas di sekolah yang sama. Anisah sudah siap-siapkan tempat tidur suaminya itu. Dia takkan tidur selagi Ahmad masih belum tidur melainkan dia minta izin dari Ahmad dahulu untuk tidur awal. Begitulah betapa solehahnya Anisah. Ahmad sudah nyenyak di sebelahnya. Anisah mula merenung tajam pada wajah suaminya itu. Dia begitu gembira memiliki Ahmad kerana boleh terima dirinya seadanya. Bahkan baik dan begitu menyayangi dirinya. Dia rasakan begitu bertuah. Sempat lagi dia mencium lembut dahi suaminya sebelum tidur.

Beberapa jam kemudian,

"Maaaakk!!"jerit Ahmad. Tiba-tiba dia terjaga dari tidurnya. Anisah di sebelahnya turut terjaga akibat jeritan kuat Ahmad itu.

"Kenapa ni bang? Mengucap bang, mengucap..." Anisah cuba menenangkan suaminya itu.

"Astaghfirullahal 'azim..." Ahmad beristighfar panjang. Anisah cepat-cepat mengusap dada suaminya.

"Kenapa ni bang?" Anisah masih ternanti-natikan jawapan dari Ahmad.

"Abang mimpi tadi. Mimpikan mak ditimpa musibah." jawab Ahmad.

"Mimpi mainan tidur ja bang. Jangan percayalah dengan semua tu." balas Anisah meredakan keadaan.

"Tak, tak.. Kali ni abang rasa lain sangat. Abang nak balik tengok mak juga ni." Ahmad masih tidak keruan. Berkali-kali dia beristighfar.

"Anis nak ikut bang." ujar Anisah pula.

"Takpa, hari ni biar abang sorang ja balik tengok mak. Anis pergi sekolah macam biasa yaa.." balas Ahmad lagi.

"Tapi baaang.." rengek Anisah.

"Tak da tapi,tapi lagi.." tegas Ahmad.


Bersambung...... Tunggu episod akan datang... ^_^

12 July 2010

YANG PALING DISAYANGI.......(episod 3)

Cerpen 'YANG PALING DISAYANGI' ini pernah ditulis sebelum ini. Namum sambungan episod seterusnya terbengkalai kerana sibuk dengan perkara yang perlu diaulakn lagi. Alhamdulillah kali ini Allah telah berikan kesempatan untuk penulis mengarang lagi untuk episod seterusnya iaitu episod ke 3 bagi cerpen ini. Kawan2 semua boleh baca dari episod pertama sehinggalah ke episod yang ke 2 di link bawah ini.

YANG PALING DISAYANGI episod 1

YANG PALING DISAYANGI episod 2


Dan kali ini setelah sekian lama penulis tangguhkan sambungannya, penulis sambung pula untuk episod seterusnya... Selamat membaca.. :-)


Mak cik Timah awal-awal lagi sudah menunggu kepulangan Ahmad dan Anisah. Masakan kegemaran Ahmad sudah terhidang kemas di atas meja dapur. Tiba-tiba bunyi hon kereta wira Ahmad kedengaran. Mak cik Timah berlari-lari anak mendapatkan kedua-dua orang anaknya itu. Anisah keluar dahulu menerpa laju ke arah Mak cik Timah. Dipeluk erat tubuh tua itu. Mak cik Timah membalas eratan itu seperti sudah lama tidak ketemu. Ahmad memandang girang kelakuan isteri dan ibunya itu. Dia menguntum senyum. Cepat-cepat dia pula memeluk erat tubuh yang membesarkannya selama ini.

"Dik Mad rindu sangat kat mak..." sapa Ahmad. Anisah memandang penuh kegembiraan dua beranak tersebut. Tiba-tiba dia teringatkan kedua-dua orang tuanya. Terus bergenang airmata Anisah. Mak cik Timah seolah mendapat hidu reaksi Anisa menantunya itu.

"Anisah, jom masuk. Mak dah siapkan makanan untuk kamu berdua." tegur Mak cik Timah sambil tersenyum.

Malam itu menjadi saksi kegembiraan Ahmad dan Anisah bertemu semula ibu mereka selepas mendirikan rumah tangga. Anisah kerap berdamping dengan Mak cik Timah. Diurut-urut lembut belakang Mak cik Timah. Diturunkan pula tangan Anisah ke kaki Mak cik Timah. Dipicit-picit lembut. Mak cik Timah tersenyum melihat perbuatan menantunya itu.

Mak, Anis nak tanya boleh?" kata Anisah lembut.

"Apa dia Anisah.." balas Mak cik Timah.

"Tapi mak jangan terasa la yaa." kata Anisah lagi.

"Cakap ja. Mak baik-baik ja."

"Hurm, Anis nak minta maaf sebab Anis ni menantu Mak yang tak cantik macam menantu-menantu mak yang lain. Anis ni hitam ja mak. Kadang-kadang tu Anis malu dengan diri Anis sendiri.." ujarnya sambil menundukkan kepala.

"Astaghfirullahal 'azim.. Apa Anis cakap ni. Mak tak pernah pun ambil kisah siapa pun menantu mak. Kalau anak-anak mak suka pada seseorang tu tandanya baiklah bakal menantu mak tu. Anis, janganlah cakap macam tu dah yaa. Mak tak suka." balas Mak cik Timah menasihati Anisah.

"Ya, ya.. Anis tak cakap dah. Maafkan Anis ya mak kalau dah buatkan mak terasa." Anisah tertunduk segan dengan mak mertuanya itu. Mak cik Timah cepat-cepat merangkul kemas tubuh Anisah. Terharu Anisah dibuatnya. Ahmad yang dari tadi melihat jauh gelagat mak dan isterinya itu menitiskan air mata.

Esoknya Anisah menolong Mak cik Timah di kebun. Anisah sudah puas menasihati Mak cik Timah supaya rehatkan saja diri. Biar dia saja melakukan kerja-kerja itu semua. Namun Mak cik Timah cepat menjawab dengan katanya kerja berkebun ini sudah biasa dengan hidupnya. Anisah hanya memandang mak mertuanya itu tanpa jawapan balas. Anisah bersungguh-sungguh menolong Mak cik Timah samada di kebun, dapur dan sebagainya. Perkara ini tidak berlaku kepada menantu-menantunya lain. Bukan bermaksud mereka itu malas. Tap tidaklah serajin Anisah ketika melakukan kerja. Mak cik Timah kelihatan gembira melihat keadaan Anisah yang rajin itu. Berbeza dengan biras Anisah yang lain.

Ahmad pula berada di ruang tamu membelek-belek kitabnya yang masih berbaki di rumah ibunya. Dia bercadang-cadang untuk membawa kitab yang masih berbaki itu ke rumah barunya. Banyak juga kitab-kitab Ahmad ketika mula-mula sampai ke bumi Malaysia dahulu. Ahmad pergi ke dapur tiba-tiba terserempak denga isterinya Anisah yang baru pulang dari kebun bersama ibunya.

"Rajinnya isteri abang ni. Tapi janganlah pulun sangat. Anis dah laa kulit gelap. Nanti gelap lagi." sapa Ahmad sambil berseloroh kepada isterinya itu.

"Yalaaa, yang hitam ni jugak lah abang nak kan?" balas Anisah seakan merajuk. Ahmad masih tersenyum. Dipeluk erat bahu Anisah.

"Alaaa, jangan lah merajuk.. Abang lawak ja la... Maaf yaa." pujuk Ahmad semula. Anisah mula menguntum senyum.

"Dik Mad, tolong mak pergi kedai kejap. Beli barang-barang sikit untuk makan tengahari nanti." suruh mak cik Timah. Ahmad menunduk patuh suruhan ibunya. Anisah pula pergi membersihkan diri. Mak cik Timah terus ke dapur.

"Maaaakk!!" jerit Anisah seusai keluar bilik air..


Bersambung....... Tunggu episod seterusnya.. :-)

9 July 2010

Inilah akibatnya jika HAKIKAT tak melalui SYARI'AT terlebih dahulu!

Assalamualaikum semua.

Penulis terpanggil untuk menerangkan sedikit tentang beberapa perkara. Penulis ada meninjau ke blog-blog yang lain. Banyak perkara dan perbahasan yang mereka timbulkan. Alhamdulillah, penulis melihat mereka bersungguh dalam perbahasan mereka. Cumanya penulis ada terbaca komen dari seseorang ini. Tak perlulah penulis war-warkan siapakah dia kerana penulis bukan nak buka aibnya. Cukuplah sekadar menjadi pengajaran pada kita semua.

Apa yang telah penulis baca dan hayati maksud komen-komen dari beliau ialah beliau ini seorang yang ingin bersembang dalam kesemua perkara dengan cara hakikat. Namun perlu diketahui bahawa untuk mencapai peringkat hakikat kena lalui peringkat syariat terlebih dahulu. Ini boleh tengok dalam bab tasawuf.

Apa yang beliau katakan tentang ayat-ayat Al Quran dan hadis penulis tak menolaknya. Cumanya penulis pelik kenapa nak menghina ulamak pula? Kalau dia nak bercakap tentang hakikat,cakaplah kalau dah rasa layak. Tapi kenapa sambil-sambil cakap, sambil-sambil itu menghina ulamak mu'tabar? Ulamak 4 mazhab pun dihinanya. Dia mengaku yang dia tak bermazhab. Kerana baginya mazhab ini menyusahkan. Ini antara kata-katanya,

"Saya melihat berlaku perpecahan yang serius apabila muncul 4 Mazhab Ilmu Fiqh. Amat mendukacitakan apabila berlaku pula pengasingan Ilmu Tauhid/Hakikat dari 4 Mazhab Fiqh. Imam-imam 4 Mazhab Fiqh dahulunya tidak nampak bahawa pertambahan pengikut pada generasi sekarang (1.5 bilion umat) boleh menyebabkan pengasingan/perpecahan yg ketara dari segi warisan ILMULLAH dan juga dari segi pengikut."

Bagi penulis, nak bercakap tentang hakikat tak salah,tapi kenapa perlu sampai merendah-rendahkan ulamak? Apa yang penulis nampak, dia ini seorang yang mengamalkan tarikat. Penulis tak anti tarikat bahkan guru penulis sendiri bertarikat Ahmadiah yang diambil sanadnya dari Tuan Guru Umar Zuhdi. Berdasarkan kata-katanya di atas dia ingin menyalahkan imam 4 mazhab kerana mencetuskan perpecahan umat islam sekarang ini. Siapa kata pengikut-pengikut mazhab berpecah? Kalau berpecah kerana bermazhab lain tidak dinamakan berpecah. Bahkan masih lagi dalam jemaah yang Nabi janjikan akan masuk syurga dari 'Al Jamaah' itu sendiri.

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

"Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah."

Berjamaah bukanlah bererti tidak boleh wujud beberapa kumpulan atau gerakan tetapi berjamaah adalah bekerjasama sesama kumpulan dan gerakan. Dalam hal ini bersambung kata-kata para ahli hikmah: Bersatu dalam perkara yang kita sepakati, berdiam diri dalam perkara yang kita selisihi.

Apa yang penulis lihat, pengikut 4 mazhab yang masyhur ini iaitu Maliki, Syafie, Hanafi dan Hambali tiada masalah. Masing-masing faham dengan kefahaman masing-masing. Penulis di Mesir ini pun menyedari perkara ini tambahan pula di dalam perkara solat.

Dia menulis lagi,

" Pendapat saya yg dhoif:-
Maha Suci ALLAH! Sesungguhnya DIA tidak layak bergaul dengan makhluk ciptaan-NYA tetapi tiada suatu makhluk pun yang layak menghalang kehendak-NYA (Yang Maha Berkehendak)...jika DIA berkehendak untuk meninggalkan Arasy-NYA (tempat semayam-NYA) lalu turun ke Langit Pertama (tempat). "

Inilah akibatnya kalau terus nak pergi ke hakikat tanpa menyusuri syariat dan aqidah terlebih dahulu. Allah memang tak berhajat kepada makhluk. Benar seperti dia katakan itu. Tapi dengan mengatakan Allah berkehendak kepada semua benda adalah salah! Memang Allah ada sifat pekehendak, tapi dengan mengatakan bahawa Allah berkehendak kepada semua benda adalah salah. Sifat pekehendak Allah taala tidak berkehendak kepada perkara yang mustahil baginya. Mustahil bagi Allah berkehendak kepada anak! Mustahil bagi Allah berkehendak kepada tempat apatah lagi turun dari arasy?? Ini jelas! Macamana orang yang bersembang hakikat boleh tulis begini? Tak belajar aqidah kah?

Dia kata lagi,

"Salam.
Ibn Taimiyyah pening, Ibn Kathir pun pening. Syiah & Wahabi buat semua orang bertambah pening. "

Sedapnya mulut dia hina ulamak begitu.. Walaupun banyak pandangan Imam Ibnu Taimiyah menyalahi ulamak-ulamak mu'tabar yang lain, tapi dengan mengatakan 'pening' adalah perkataan kurang ajar! Kami di Al Azhar menggunakan kalam-kalam Ibnu Taimiyah dalam beberapa perkara. Nak merendah-rendahkan ulamak bukanlah manhaj Al Azhar.

Dia tulis pula,

"ASWJ pun manusia juga, siapa cakap mereka tak boleh kena penyakit pening?"

Dia nak tuduh siapa pula ini? Siapa yang pening sebenarnya??

Katanya lagi,

"Nabi Muhammad (S.A.W.) tiada mazhab.
Kalau baginda tahu dizamannya ada 5 mazhab (termasuk Syiah), habis dicincangnya 5 imam tsbt. Kenali dulu Nur Muhammad sebelum hendak menuduh fitnah.

Abdullah ibn Abi Qahafa (Abu Bakrah As-Siddique) (R.A) pun tiada mazhab. Kalau dia tahu dizamannya ada 5 mazhab, habis dipotong tangan dan kaki 5 imam tsbt bertimbal balik. Kenali dulu Nur Abdullah sebelum hendak menuduh fitnah.

Umar al-Khattab (R.A) pun tiada mazhab. Kalau dia tahu dizamannya ada 5 mazhab, habis diburaikan perut 5 imam tsbt. Kenali dulu Nur Umar sebelum hendak menuduh fitnah.

Uthman ibn Affan (R.A.) pun tiada mazhab. Kalau dia tahu dizamannya ada 5 mazhab, habis dipenjarakan 5 imam tsbt. Kenali dulu Nur Uthman sebelum hendak menuduh fitnah.

Ali ibn Abi Talib (R.A.) juga tiada mazhab. Kalau dia tahu cicitnya Zaid ibn Ali akan memulai Mazhab Syiah Zaidiyyah, sudah tentu cicitnya Zaid ditanamnya hidup-hidup. Kenali dulu Nur Ali sebelum hendak menuduh fitnah."

Lihat saja pada tulisannya. Ini pun dalil macam wahabi guna. Nak kata dia wahabi, dia amalkan sufi. Pelik betul dia ini. Adakah dia tak belajar sejarah tentang kekhilafan yang berlaku di kalangan sahabat? Kawan-kawan pun tahu kan apa yang berlaku selepas Nabi wafat?

Contoh mudah yang kita nampak bila sahabat Nabi iaitu Muaz ibnu Jabal ketika Nabi utuskan ke Yaman. Akhir sekali selepas pertanyaan Nabi tentang dengan apa ingin berhukum selepas Al Quran dan Sunnah? Maka Saiyiduna Muaz jawab dengan ijtihadnya sendiri. Bila sebut ijtihad orang dah faham iaitu dengan kefahaman yang kejap masing-masing oleh para sahabat dalam agama. Tak semua sahabat Nabi mendengar hadis yang sama. Zaman Nabi tak ada lagi susunan ilmu asbabul wurud hadis. Jadi kalau berlaku khilaf di kalangan sahabat pun kita tak pelik. Orang yang paling dekat dengan Nabi pun boleh khilaf, apatah lagi zaman selepasnya dan akhirnya tertubuh mazhab-mazhab.

Lihatlah perpecahan di kalangan sahabat ketika perang siffin, jamal. Bagi penulis, semua sahabat yang terlibat dan terbunuh kerana masalah ijtihad masing-masing. Jadi kita yang orang hina ini, berlepas tanganlah dari semua tuduhan jahat musuh islam. Sesetengah orang islam cuba memburukkan Saiyiduna Mu'awiyah yang telah berperang dengan Saiyiduna Ali sedangkan debu di kaki kuda Saiyiduna Mu'awiyah itu lebih mulia dari kita. Ada hati nak salahkan para sahabat. Ambil jalan mudah iaitu berlepas tangan. Biar Allah saja yang mengadili mereka.

Dia menulis lagi,

"Saya tidak akan pergi lagi menziarah Masjid/Makam Imam Shafie, sebab bau kaki busuk yang amat tidak menyenangkan dalam masjidnya. Saya hanya mampu doakan keampunan ALLAH ke atasnya."

Bau kaki siapakah itu? Masjid Imam Syafie saja kah yang didatangi manusia? Masjid di belakang rumah dia tak ada orang datangkah? Busuk mana sangat? Adakah dia pergi cium seorang demi seorang kaki manusia yang datang ke makam? Penulis pernah ziarah beberapa kali ke makam Imam Syafie. Tapi tak ada lah seperti dakwaan dia itu. Ayat akhir dia tadi seperi ingin katakan Imam Syafie sudah banyak buat dosa. Astaghfirullah...

Dia tulis lagi,

"Pengikut assabiah yg kurang akal inilah yg memandai-mandai menukar ayat contohnya,

"sesungguhnya Al Qur'an ini adalah bacaan yang sangat mulia, pada kitab yang terpelihara, tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan." (QS.56:77-79)

...menjadi bunyinya sebegini:

"sesungguhnya Al Qur'an ini adalah bacaan yang sangat mulia, pada kitab yang terpelihara, tidak menyentuhnya (memegangnya) kecuali hamba-hamba yang bersuci (berwuduk)."

Kalau mengikut ayat asal, "menyentuh" bermaksud: bergaul hati dgn ayat dan memahami penyampaian isi Al Qur'an. "Hamba-hamba yang disucikan" bermaksud: hamba-hamba yang dibersihkan hati oleh-NYA dan diberi petunjuk hidayah dari ALLAH SWT.

Apabila ayat Tauhid sebegini ditukar menjadi ayat Fekah maka semakin parahlah agama Islam. Rasanya semua orang sudah tahu hukum terhadap golongan yang menukar ayat. Tak perlulah saya fatwakan."

Astaghfirullahal 'azim... Yang menafsir Al Quran adalah ulamak mu'tabar. Bukannya manusia biasa. Kenapa gunakan istilah tukar makna ayat quran? Ulamak bukannya suka-suka hati(ikut hawa nafsu) tafsir al quran. Boleh pula dia katakan ulamak memandai-mandai tukar ayat quran. Memang dia tulis 'pengikut-pengikut asobiyah', tapi penulis nak tanya pengikut asobiyyah mana yang mampu tafsir quran melainkan para ulamak saja? Dia kata pula pendek aqal? Memang kurang ajar! Ayat pada surah Al Waqiah ayat 79 telah jadi khilaf ulamak,

لَّا يَمَسُّهُ ۥۤ إِلَّا ٱلۡمُطَهَّرُونَ

Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;

Ayat al quran ini telah menjadi khilaf ulamak. Fahamlah wahai semua insan bahawa ayat ini KHILAF ulamak! Kenapa dia boleh kata ulamak pandai-pandai tukar makna ayat al quran ni? Memang biadap betul dia tu!

Sebab atau 'illat ulamak yang mengharuskan memegang quran tanpa wuduk kerana mereka menggunakan pendapat Ibn Abbas, pentafsir nombor satu al quran yg mentafsirkan ayat 79 dalam surah al Waqi’ah iaitu al Mutohharun itu secara mutlak merujuk kepada Malaikat.

Ulamak yang melarang pula kerana menafsirkan makna dhomir dalam ayat di atas kembali kepada al quran dan menjadi khilaf pula siapakah al-Mutohharun dalam ayat itu? Ada yang kata: Orang yang suci dari hadas dan najis. Yang lain pula kata: Suci dari syirik dan kekufuran, iaitu orang-orang mukmin. Imam Sayuti menyebut di dalam kitab al-Ahkam: Imam Syafie berdalilkan ayat ini dgn mengatakan orang yang berhadas tidak boleh memegang al-Qur’an. Ini adalah pilihan yang zahir dari ayat ini. Dan ini juga lah pendapat dalam mazhab kita, Syafie.

Jelas berlaku khilaf di kalangan ulamak. Tapi datang pula dia yang terlajak hakikat ini menafikan tafsiran yang lain dan menggelarkan ulamak mufassirin sebagai pandai-pandai tukar makna dan pendek aqal! Cuba tengok tulisannya. Bukankah dia cuba tafsir ayat itu dengan cara hakikat? Sehinggakan menafikan tafsiran ULAMAK sambil menghina. Biadap!

Dia tulis lagi,

"Guru mursyid mengajar "ALLAH tidak berada di mana-mana, bersemayam-NYA di atas langit ke-7 bertempat di Arasy-NYA tetapi kamu semua lihatlah bukti kewujudan-NYA, bukti kebesaran-NYA dan bukti kerahmatan-NYA berada di mana-mana saja di langit dan di bumi. Namun DIA sentiasa memerhatikan hamba-hambaNYA dan sentiasa bersama hamba-hambaNYA yang selalu ingat dengan menyebut Nama-namaNYA". Lalu anak murid yang pendek akal menyimpulkan "ALLAH berada di mana-mana!". Setelah itu anak murid menjadi guru tarekat pula. Kemudian datang pula ustaz fekah yg menggelar dirinya ulamak (ulama': pewaris Nabi yang takutkan ALLAH) lalu berkata, "ALLAH tidak bertempat. Sesiapa yang iktikad ALLAH bertempat...KAFIR!"

Siapa kata Allah ada di mana-mana? 'di mana-mana' itu sendiri menujukkan tempat sedangkan Allah tak perlukan tempat. Yang cakap Allah tidak bertempat itu bukannya ustaz fekah! Tapi ulamak ilmul kalam! Ilmul kalam ini dalam bab aqidah ataupun tauhid, bukannya dalam bab fekah. Ini pun tak boleh bezakan lagi. Inilah akibatnya kalau nak hakikat tanpa lalui syariat dulu.

Dia tulis pula,

"Mereka bersangka 72 golongan sesat, 1 golongan yang selamat hanyalah Ahli Sunnah wal Jamaah yang paling besar padahal 1 golongan yang selamat cuma 1/73 ~ 1% dari umat Islam bertaraf para Auliya yang tidak pernah belajar di Al-XXXXX kerana disitulah yahudi berselindung disebalik jubah guru."

Tengok pada tulisannya memang dia ini nak sembang hakikat saja. Kononnya dia ini ahli sufi. Orang jenis inilah yang rosakan nama sufi. Ulamak tasawuf bukan saja alim tasawuf, bahkan alim syariat juga. Bukannya macam kita ni. Apa pun tak tahu. Tapi berlagak macam dah alim. Penulis pelik pada ayat dia, ' para Auliya yang tidak pernah belajar di Al-XXXXX kerana disitulah yahudi berselindung disebalik jubah guru.' Setahu penulis pusat pengajian yang selalu orang sebut bermula lafaz 'Al' ni ialah Al Azhar. Universiti islam lain tiada sebut begitu. Dan melihat kepada susunan perkatan x itu ada 5. Maka boleh disebut AZHAR yang tersusun dari 5 huruf juga. Adakah dia nak kata pada Al Azhar? Dan ulamak Al Azhar itu terpedaya dengan yahudi? Ini betul-betul tuduhan dan fitnah!

Penulis dapat simpulkan bahawa dia ini kononnya berada dalam hakikat. Tapi sebenar ditipu dengan ilmunya sendiri. Golongan inilah yang merosakan nama sufi di dalam masyarakat. Sebab itu sekarang ini orang nampak sufi ini sesat. Tak dinafikan memang ada ulamak yang menafsirkan cara hakikat. Tapi kalau sampai menafikan peranan hadis dan ikut kepala otak sendiri dalam menafsir al quran memang salah lah. Tambahan pula dengan menafikan ulamak fekah! Penulis masih ingat lagi kata-kata tok guru penulis,

"Nak amek tarikat ni bagi alim syariat dulu. Takut-takut nanti kalau pi bertapa dalam gua, mai jin atau syetan yang mengaku malaikat ka apa ka, dah kena tipu camtu jaa..."

Sekarang ini tasawuf tak belajar, fekah pun sama. Tiba-tiba ambil tarikat. Maka memang masalah besar. Nanti mulalah tafsir al quran ikut sedap hati ja. Sehinggakan mengatakan solat dah tak wajib, pakai niat saja dan banyak lagi. Ada pula yang kata arak tak haram sebab anggap saja zat air arak tu macam air biasa.. Na'uzubillahi min zalik.. Kerana golongan beginilah yang merosakkan nama sufi itu sendiri.. Terlajak hakikat sampai semuanya serahkan pada Allah tanpa ada usaha. Akhirnya jadilah puak jabariah dan qodariah.. Minta jauh lah semua ini...

Ilmul kalam nak kenal Allah melalui sifat-sifatnya. Ilmul fekah untuk sah kan ibadat kita seperti solat dan lain-lain. Dan tasawuf itu untuk menyucikan hati kita dari sifat-sifat mazmumah. Dan dengan tasawuf juga kita memandang Allah dengan pandangan mata hati. Tasawuf juga mengajar kita untuk ikhlaskan segala amal baik kita.

Ada juga kalam-kalam ulamak sufi yang tak sesuai diucapkan pada orang awam. Dikhuatiri akan timbul fitnah.

Pesanan penulis, belajar syariat kemudian bertemu tarikat dan akhirnya berjumpa hakikat. Kalau pergi hakikat terus, memang timbul masalah besar! Wassalam......