2 September 2011

MEMOIR JIHAD DI MESIR...

Pagi 13 Mac 2012.

Pagi itu bumi Mansurah tenang seperti biasa. Penduduk setempat mula melakukan kegiatan harian mereka. Kedai-kedai mula dibuka. Kereta, van, motosikal mula memenuhi jalanraya. Penjalan kaki juga begitu. Cuaca masih berbaki musim sejuk. Namun di sebalik suasana begitu, Mesir telah mendapat ancaman perang dari israel. Ramai penduduk Mesir tidak percaya dengan ancaman tersebut. Bagi mereka, israel takkan berani untuk menyerang Mesir. Di muka depan surat khabar harian Mesir juga seringkali mengulas berkenaan ancaman ini. Ini berikutan daripada ketidakpuashatian israel terhadap tindak tanduk kerajaan Mesir yang baru itu. Banyak perkara yang telah merugikan pihak israel. Bermulanya kejatuhan pemerintah yang dulu. Diikuti pula pembukaan sempadan Rafah secara berterusan dan perdamaian di antara Hamas dan Fatah di Palestin. Paling terbaru bila kerajaan baru Mesir dikuasai oleh parti-parti yang pro Islam. Israel merasakan kedudukannya di semenanjung tanah arab terancam. Oleh sebab itu mereka mula melakukan propaganda memberi ancaman peperangan kepada Mesir jika kerajaan Mesir masih berterusan dengan agenda islam. Perkara itu tidak membimbangkan kerajaan baru Mesir. Walaupun baru memerintah beberapa bulan selepas selesai pilihanraya umum negara itu pada bulan 9 tahun lalu. Parlimen Mesir dikuasai parti-parti yang pro kepada perjuangan islam.

Bahkan kerajaan Mesir juga turut memberi amaran balas sekiranya Mesir diserang, mereka tidak tunggu lama untuk menyerang balas negara haram itu. Presiden baru Mesir telah mempersiapkan angkatan bersenjata negaranya. Siap siaga untuk berhadapan apa jua kemungkinan. Bila tersebar luas ancaman serangan dari israel, penduduk Mesir telah menyatakan kesanggupan untuk berjuang bersama-sama bagi mempertahankan agama dan negara mereka. Bukan pertama kali negara itu berperang dengan israel. Dahulu Mesir pernah berperang dengan israel. Mesir menerima kekalahan walaupun ada siri peperangan yang dimenangi mereka. Di sebalik ancaman israel itu, bukan sahaja kepada penduduk Mesir, bahkan termasuk kepada seluruh manusia yang berada di Mesir terutamanya rakyat dan pelajar Malaysia yang masih ramai menuntut di universiti-universiti utama negara Mesir. Lebih kurang 10 ribu orang rakyat Malaysia yang masih bermukim di Mesir. Ancaman itu turut memberi kesan negatif kepada rakyat Malaysia. Dunia amnya turut mengetahui ancaman perang dari israel. Kerajaan Malaysia khususnya sudah dimaklumkan tentang perkara itu. Sebahagian besar rakyat Malaysia mahukan rakyat Malaysia di Mesir dibawa pulang sekali lagi ke tanah air. Pertama kali peristiwa rakyat Malaysia dibawa pulang beramai-ramai ketika rusuhan terbesar negara itu sehingga menjatuhkan presiden yang lepas. Perkara ini menyukarkan kerajaan Malaysia untuk membawa pulang sekali lagi. Di samping bilangan rakyat Malaysia yang ramai, kos belanja yang tinggi juga menyebabkan kerajaan Malaysia mula mengira-ngira tindakan yang perlu diambil.


Malam 17 Mac 2012.

Tiba-tiba peluru berpandu pertama dilancarkan dari israel menuju ke Mesir. Jarak mampu pergi sejauh 1000 k/m itu sudah memadai untuk sampai ke bandar Kaherah. Kementerian Pertahanan Mesir telah menyedari ancaman peluru berpandu tersebut. Namun sudah terlewat kerana peluru berpandu itu sukar dikesan radar untuk jarak yang jauh. Sudah hampir menjunam ke bandar Kaherah barulah kerajaan Mesir sedarinya. Akibat dari itu, bergegarlah bandar Kaherah dibom peluru berpandu dari israel. Kesan dari serangan pertama itu telah memusnahkan bangunan-bangunan yang berdekatan. Kelihatan mayat-mayat sudah bergelimpangan. Penduduk mula mencari tempat yang selamat. Keadaan menjadi kacau bilau. Kesan serangan pertama itu menyebabkan waktu malam bumi Mesir disinari cahaya api yang menjulang tinggi.

Angkatan bersenjata Mesir mula memberikan arahan. Semboyan dibunyikan menandakan negara diserang. Tidak cukup dengan itu, pesawat-pesawat tempur israel mula memenuhi ruang udara negara Mesir. Keadaan yang mengejutkan itu tidak dapat ditepis sepenuhnya oleh tentera Mesir. Pesawat-pesawat tempur israel mula mengebom tempat-tempat strategik kerajaan Mesir. Tidak lama selepas itu, pesawat-pesawat tempur tentera Mesir mula beraksi di udara. 5 pesawat tempur israel berjaya ditembak jatuh. Dibantu pula oleh unit penangkis kapal terbang yang menembak dari bawah.


Pagi 18 Mac 2012.

Kesemua pesawat tempur israel yang dihantar malam itu berjaya dimusnahkan oleh tentera Mesir walapun terpaksa makan korban 3 buah pesawat tempur mereka. Tidak cukup dengan itu, israel mula menyerang melalui darat. Tentera Mesir sudah awal-awal lagi ke sempadan Rafah dan sempadan-sempadan yang lain untuk berhadapan dengan tentera israel. Di seluruh negeri-negeri di Mesir mula diisytiharkan darurat. Dijangka lebih 300 orang yang syahid akibat serangan israel pada malam itu. 3 batalion askar dihantar ke sempadan Mesir-israel. Bersama mereka berpuluh-puluh kereta kebal dan pelancar roket jarak dekat. israel bukan saja menghantar tentera melalui darat, malah mereka juga ingin masuk Mesir melalui jalan laut. israel mula melalui jalan laut dari Gaza ke Port Sa'id. Namun tentera Mesir awal-awal lagi menanti di perairan yang melepasi terusan Suez. Kapal laut tempur milik Mesir sudah melakukan pertahan di sebelah utara laut semenanjung Sinai. Di laut Gaza, pejuang Palestin turut melakukan serangan ke arah kapal-kapal perang israel sebagai bantuan kepada tentera Mesir. Berlaku pertempuran hebat di laut yang memisahkan sempadan Mesir dan israel. israel melepaskan torpedo dari unit kapal selam mereka. Namun dipintas laju oleh unit roket jarak sederhana yang terlebih awal menunggu sebarang serangan melalui udara.

Bagaikan tsunami yang melanda, laut di utara semenanjung Sinai menjadi saksi kehebatan tentera Mesir mengawal perbatasan negara mereka dari serangan israel. Pesawat tempur israel mula memasuki ruang udara Mesir sekali lagi. Kali ini mereka menguatkan serangan dengan menghantar puluhan pesawat tempur dari unit elit tentera udara mereka. Walaupun tentera udara Mesir turut beraksi di udara, namun israel masih mampu masuk ke Mesir sehinggalah sampai ke bumi Mansurah. Sekali lagi Mesir dibom. Kali ini di Mansurah pula. Jelas orang awam menjadi mangsa. Tentera Mesir yang berpengkalan di Dumyat mula menghantar pasukan kereta kebal ke Mansurah. Unit penangkis kapal terbang sudah bersedia di Ghamsah. Ruang udara Mansurah dipenuhi serangan oleh penangkis kapal terbang. Pesawat tempur Mesir masih menguasai ruang udara. 2 buah pesawat tempur israel telah tewas.

Tentera Mesir tidak saja bertahan, malah unit tentera udara mereka yang berpengkalan di Kaherah mula melakukan serangan balas terhadap negara haram israel itu. 3 Batalion askar Mesir sudah mula menyusup masuk ke israel melalui Gaza dan kawasan sekitarnya. Keadaan ini menyebabkan israel terkejut kerana tak menyangka Mesir akan menggunakan strategi perang begitu. Berlakulah pertempuran hebat di perbatasan Mesir-Palestin antara tentera Mesir dan israel. Peluru berpandu Scud milik Mesir mula dilancarkan dari semenanjung Sinai. Jarak mampu pergi sejauh 700 k/m yang dimiliki peluru berpandu Scud sudah memadai untuk menghentam negara haram itu. Jatuh tepat di tengah-tengah bandar israel. Mayat mula kelihatan di sana sini.


Petang 18 Mac 2012.

Bersambung......