29 August 2009

BILA 4 TEKO AIR YANG BERLAINAN DITUANGKAN DALAM 1 CAWAN ........

Assalamualaikum semua.....Salam Ramadhan Kareem...

Sudah lama rasanya aku tidak meng'update' blog ini. Mungkin kerana sibuk atau buat-buat sibuk.:-)

Sebelum itu,suka untuk aku ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah puasa tahun ini dengan sebaik-baiknya. Pesanan dari aku,"selamat posa penuh tau..:-)".

Entri kali ini aku ingin bercerita satu perkara yang perlu dijawab bila ditanya dari mereka yang masih atau sengaja tidak memahamkan diri dengan Islam. Di dalam bab poligami khususnya. Semenjak dua menjak ini kita sering mendengar kritikan melampau dari golongan yang ingin menyamakan kaum perempuan dan lelaki atau menuntut keadilan untuk kaum perempuan. Bagi mereka, Islam kelihatan seperti menindas golongan perempuan di dalam beberapa perkara hukum. Itu bagi mereka. Hakikatnya,Islam sama sekali tidak pernah menindas kaum wanita. Bahkan munculnya Islam yang telah dibawa syariatnya oleh junjungan besar النبي صل الله عليه و سلم
meninggikan martabat seorang wanita itu sendiri. Seperti mana yang telah kita ketahui, orang arab ketika zaman jahiliyyahnya telah membunuh anak perempuan mereka dari kecil lagi. Bagi mereka kaum wanita di sisi mereka apalah sangat. Segalanya berubah bila Islam muncul.

Golongan ini sering mencanangkan bahawa Islam tidak adil terhadap kaum wanita dalam beberapa perkara. Kaum wanita kelihatan lebih terkongkong jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Orang lelaki semuanya boleh buat sesuatu perkara. Namun perempuan?? Kata mereka ketika lantang mempersoalkannya. Adil bagaimana yang diinginkan oleh golongan ini?? Jika lelaki memakai kain pelekat dan kopiah ke masjid, adakah mereka inginkan perempuan berpakaian seperti itu juga?? Begitu? Begitulah hendaknya jika konsep adil yang mereka kemarukkan sangat itu. Allah sudah tetapkan sesuatu perkara itu lengkap untuk hamba-hambanya. Bergantung pada kita untuk ambil atau buangkan saja ketetapan itu. Yang menjadi masalah bagi kita sekarang ini ialah bila kita tidak pernah rasa 'bersyukur dengan nikmat dan sobar dengan dugaan.' Semuanya tak kena mengikut logik akal mereka. Jika beginilah sikap golongan ini,turunlah malaikat sekalipun(fardhu takdir) ke bumi membawa khabar hukum dari Allah,mereka tetap tidak akan mempercayainya!!!

Jika Al-quran dan hadis kurang diyakini, apatah lagi golongan ulamak?? Sedangkan jika tiada ulamak yang menafsir dan mengistinbatkan hukum dari dua kitab agung ini, mungkin kita masih lagi hidup di dalam zaman kegelapan. Tapi apa dah jadi dengan kita??? Bila diri sudah mampu berkata-kata, takabbur mula menguasai diri. Kita merasakan kita sudah hebat dengan hanya menggunakan akal fikiran yang mereka tak sedar,Allah pemberi akal fikiran itu!!

Kita berbalik semula kepada isu kita yang awal tadi iaitu poligami. Poligami ini ialah panggilan bagi mereka yang berkahwin lebih dari seorang. Jika berkahwin seorang sahaja dipanggil monogami(kalau salah tolong betulkan). Dan golongan ini menyatakan konsep poligami ini menindas kaum wanita. Lancang sungguh mulut mereka. Mereka sedarkah dengan apa yang telah mereka perkatakan itu?? Jika terang-terangan hukum berkahwin lebih ini menindas kaum wanita,tidak akan ada izin dari Allah. Dalam Al-quran jelas membenarkan berkahwin lebih ini. Seperti firman Allah setelah diterjemahkan,


" Maka bernikah oleh kamu akan barang yang baik pada kamu daripada perempuan itu, dua atau tiga atau empat............"


Terang lagi bersuluh Islam membenarkan! Islam sengaja menindaskah jika membenarkan kahwin lebih ini? Itu hanya jawapan mereka yang mengikut hawa nafsu semata-mata! Setiap apa yang Allah izinkan itu ada hikmahnya. Antaranya ialah kita dapat membela kaum wanita
dan anak-anak mereka yang kematian suami. Wanita yang lebih usianya, akan berkahwin jika menjadi yang nombor dua sekalipun. Dan banyak lagi hikmah dan kelebihan bagi wanita itu jika bermadu. Mereka mengatakan poligami ini menindas bila melihat para suami yang tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami seelok-eloknya. Ya! Benar, Islam tidak membenarkan menzalimi isteri-isteri dan anak-anak. Tetapi bukan kerana salah berkahwin lebih ini. Ia bergantung kepada individu sesorang itu. Islam bukan sekadar membenarkan berpoligami, bahkan Islam memberikan pula tunjuk ajar dan hukum bagaimana berhadapan bila berbilang-bilang isteri ini. Islam tidak sekadar 'menyuruh kita ke kedai membeli barang tanpa membekalkan wang kepada kita'...

Sekadar gambar hiasan

Tapi kerana mengikut hawa nafsu,mudah saja mereka menghukumkan poligami ini menindas kaum wanita. Ketahuilah,wanita sekarang bertambah ramai dari lelaki. Jika tidak dimadukan mereka ini,terbelakah nasib mereka? Kita bukan syiah untuk membenarkan berkahwin mut'ah! Kalam-kalam mereka yang 'kotor' ini telah diamarankan oleh Allah dan Rosulnya melalui karangan ulamak di dalam kitab Muhimmah. Telah berkata tuan pengarang,


" Hai segala kaum perempuan,apa yang terlebih besar bala' daripada penasihat baginya jikalau tiada engkau mau menurut nasihat ini. Maka bahawa sungguhnya jika tiada ridho dengan suaminya beristerinya yang lain, maka terkeraslah datang bala' padanya dunia dan akhirat serta dengan beberapa kemaluan pada besok hari. Maka beberapa banyak daripada segala perempuan yang jatuh ke dalam murtad lagi kafir dengan mengikut hawa nafsunya yang tiada kesukaan kerana bernikah suaminya akan perempuan yang lain........"



Na'uzubillah min zalik...

Ada juga orang kafir yang menanyakan soalan mengapa wanita tidak boleh kahwin lebih, sedangkan laki boleh. Islam sudah susun rapi mengapa lelaki saja yang boleh berkahwin lebih dan tidak kepada perempuan. Diberikan akal yang salim ini, kita mampu berfikir. Cuba kita menggunakan akal yang sejahtera ini untuk berfikir. Apakah hikmahnya perempuan dilarang berpoligami. Secara fikiran logiknya wanita boleh bersama dengan sesiapa saja yang dia inginkan. Seperti mana orang kafir melakukannya. Tapi Islam melarang keras!!! Walaupun cuba mencari jalan yang sah sekalipun! Tetap tidak membenarkan. Kenapa?? Salah satunya yang kita mudah nampak ialah masalah dari segi nasab keturunan. Islam menitik beratkan tentang nasab keturunan. Sebab itulah Islam melarang keras untuk hampiri zina. Apatah lagi melakukannya. Cuba bayangkan jika seorang perempuan itu berkahwin dengan 4 orang lelaki dalam waktu yang sama. Jika anak yang dilahirkan nanti nak dibinkan kepada siapa??? 4 orang suami masing-masing telah memberikan benih. Semuanya akan mengaku bahawa yang lahir itu anak mereka. Apa akan terjadi? Berlakulah permusuhan atau pergaduhan..

Aku memberikan satu contoh kepada kawan-kawan semua. Contoh teko dan cawan. Perumpamaan Islam membenarkan lelaki berpoligami. Si suami diumpamakan sebagai sebuah teko dan para isteri pula seperti cawan. 1 teko berisi air teh sebagai contoh. Dan 4 buah cawan kosong sudah sedia untuk dituangkan air di dalamnya. Maka teko berisi air teh tadi pun dituangkan ke dalam 4 buah cawan kosong tadi. Maka wujudlah lah air teh di dalam 4 cawan kosong tadi. Jika orang bertanya sekalipun, air apakah itu? Pasti dijawab air teh...... Seperti itu jugalah bagi suami yang beristeri 4, bila orang bertanya kepada 4 orang isterinya itu, anak siapakah itu? Pasti dijawab, itu anak si fulan(suami tadi).

Dan kita buat pula perumpamaan jika mereka yang nak si isteri juga berkahwin 4. Contoh yang sama. Teko dan cawan. Teko masih diumpamakan sebagai suami dan cawan sebagai isteri. 4 teko berisi air yang berbeza. Teko A air oren, teko B air kopi, teko C air milo dan teko D pula air tebu. Masing-masing teko yang berbeza air tadi melambangkan berbezanya orang atau suami. Dan 4 teko berisi air yang berbeza tadi akan dituangkan pada 1 cawan yang kosong tadi(mewakili si isteri). Maka bermulalah episod 4 teko berlainan air tadi dituangkan ke dalam 1 cawan kosong tadi. Setelah semua teko tadi cuba membahagi-bahagikan air masing-masing dalam 1 cawan, maka cawan yang kosong tadi mula membuahkan air. Dan ketika orang akan bertanyakan, air apakah yang ada di dalam cawan tersebut? Pasti jawapan kita berbeza-beza. Dan mungkin tak tahu langsung untuk menjawab air apakah yang sebenarnya di dalam cawan tadi. Sebab apa?? Sebab sudah bercampur pelbagai jenis air. Seperti itu jugalah bila si isteri berkahwin dengan 4 orang suami. Anak yang bakal dilahirkan tidak diketahui nasabnya. Keempat-empat suami mengaku anak masing-masing. Maka kesannya nanti,rosaklah masyarakat kita. Aku rasa cukup sekadar itu saja aku menerangkan maksud tajuk aku di atas itu. Ada akal yang sejahtera,fikirkanlah.........


15 August 2009

ADA APA DENGAN MARAH???

Assalamualaikum semua..

Kali ini aku ingin berkongsi bersama kawan-kawan tentang satu sifat yang tidak elok bagi semua orang iaitu MARAH! Adakah marah satu keperluan?? Atau perlu dihindari sepenuhnya???





عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ. رواه البخاري

Daripada Abu Hurairah r.a. :Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah. -Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.


Kefahaman Hadis:

1) Marah - salah satu emosi – banyak punca / sebab yang boleh melahirkannya.


2) Marah/murka Allah – thabit (tetap) sifat ini pada Allah dan tidak boleh dita’wil lagi. Kita wajib meyakini sifat marah Allah tidak sama dengan makhluknya.


3) Sifat marah yang dicela : Apabila lahirnya diluar kawalan serta tidak dikawal dan mengikut hawa nafsu seperti memaki hamun, mencela, memukul, dan lain-lain.


4) Sifat marah yang dipuji : Apabila marah untuk mempertahankan yang hak (kebenaran), marah apabila melihat kemungkaran dan apa yang dibenci oleh Allah.


5) Cara untuk menghilangkan sifat marah :

a. Doa - agar dibimbing oleh Allah.
b. Membiasakan diri dengan zikrullah - membaca al-Quran, bertasbih, beristighfar, dan lain-lain.
c. Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang diceritakan Allah dalam Quran. Pahala dan ganjaran orang yang dapat mengawal marah dalam dirinya adalah bidadari Syurga.
d. Ta’wiz (memohon perlindungan dengan Allah) daripada syaitan dan mengambil wudhu’.
e. Ubah kedudukan – daripada berdiri kepada duduk, daripada duduk kepada baring.
f. Berikan hak badan - tidur dan rehat serta tidak memenatkan badan.


Pengajaran hadis:

Hadis ini menerangkan betapa sifat marah itu perlu dihindari oleh setiap mukmin, kerana marah membawa banyak keburukan terhadap diri sendiri juga terhadap orang lain. Jangan marah ertinya mengelakkan sebarang sebab yang membawa kepada kemarahan. la juga bererti menahan marah apabila seseorang itu marah. Erti menahan marah ialah menahan dari melaksanakan tuntutan ledakan marah seperti memukul, memaki hamun atau mengamuk. Seseorang yang gagah perkasa dan handal bukan hanya yang mampu beradu tenaga, bahkan juga orang yang mampu menahan marah. Marah diizinkan hanya apabila ia didorong oleh perasaan mahu membela kebenaran kerana Allah, namun mestilah menurut cara hikmah dan batas yang dibenarkan.


Ehsan dari : http://pismp02ipis.blogspot.com


P/s : Menahan marah itu satu kemestian. Usah membuakkan kemarahan orang itu juga satu kemestian...

14 August 2009

SETIA SEORANG ISTERI.......

Assalamualaikum semua....

Entri kali ini aku ingin membawa kawan-kawan semua menghayati satu lagu ini. Setelah aku dengar dan hayati lagunya,membuatkan aku terharu kepada seseorang yang bergelar isteri..




SETIA SEORANG ISTERI

Di sebalik redup mata mu
Tersimpan satu rahsia
Yang terbuku ruang hati mu
Di sebalik senyuman mu
Tersirat simpulan
Deritanya hanya kau yang tahu

Kau setia menanti
Kau setia mengharungi

Biarpun ribut badai melanda
Kau teguh berdiri
Walau deras angin menderu
Kau tetap di sisi

Setia mu kuhargai
Kaulah isteri yang ku sanjungi
Kerana kaulah bidadari
Permata di sanubari

Ku doakan agar kau kan bahagia
Ku doakan agar tiada lagi derita
Moga Tuhan kan merahmati mu
Di syurga yang selayaknya
Untuk seorang isteri yang setia

http://www.4shared.com/file/83521969/1110246/Wildan_-_Setia_Seorang_Isteri.html?s=1

Kepada para isteri sekeliannya,jasamu menggunung tinggi....Berbahagialah bagi mereka yang menjadi isteri SOLEHAH.

Setia seorang isteri......

12 August 2009

22 TAHUN HIDUPKU......

Assalamualaikum semua....

22 tahun yang lepas iaitu pada tanggal 13 hb.8 1987,aku telah dilahirkan di sebuah rumah bermukimkan kampung Kerunai,Gerik,Perak Darul Ridzuan. Kelahiranku disambut oleh tok bidan yang sentiasa menemani ibuku seadanya. Aku menangis seketika setelah mataku mula melihat dunia ini. Datang ayahku melafazkan kalimah suci di cuping telingaku. Sayup-sayup aku mendengarnya... Yaaaa.. Aku sudah keluar dari alamku yang lama dan mula memasuki alamku yang baru. Memasuki satu alam yang akan menceritakan segala-galanya padaku.

"Uktub rizqohu."

Begitulah ketika mana ALLAH menyuruh malaikat mencatatkan segala-galanya tentang hidupku ketika aku di alam rahim ibu lagi. Bila ajalku? Siapa jodohku? Di mana aku akan mati? Rezekiku bagaimana? Taqdirku?? Allah berfirman di dalam Al Quran,

Yang bermaksud : Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati yang berasal dari tanah. (Pati yang berasal dari tanah, ialah pati makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan tanaman yang tumbuh di bumi).Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih (air mani), pada tempat penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa ketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya (keadaannya yang asal serta ditiupkan roh padanya). Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik baik Pencipta.

Dan,

Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Secara marfuk Baginda s.a.w bersabda: Allah s.w.t mengutuskan Malaikat ke dalam rahim. Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Ia masih berupa air mani. Setelah beberapa ketika Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan! Ia sudah berupa darah beku. Begitu juga setelah berlalu empat puluh hari Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan! Ia sudah berupa seketul daging. Apabila Allah s.w.t membuat keputusan untuk menciptakannya menjadi manusia, maka Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Orang ini akan diciptakan lelaki atau perempuan? Celaka atau bahagia? Bagaimana rezekinya? Serta bagaimana pula ajalnya? Segala-galanya dicatit semasa dalam perut ibunya lagi.

Setelah aku keluar dari alam rahim itu,di alam dunia inilah yang akan mencatatkan pelbagai suka duka aku dalam kehidupan. Lahirnya aku disambut riang juga oleh 3 orang lagi abang dan kakak-kakakku. Kakak aku(Faridah) yang sulong,abang aku(Ahmad Fitri) yang nombor 2,kakak aku(Zakiah) yang nombor 3 dan aku(Hakimi) yang nombor 4. Ketika itu aku pula menjadi penyeri seterusnya di dalam keluarga encik Abdul Mutalib b. Ali Othman dan puan Hasnah bt. Muhd Taib.

Suka aku menceritakan sedikit secara ringkas tentang latar belakang keluarga keturunanku dari sebelah abah dan mak. Dimulakan dahulu dari sebelah abah. Arwah tok wan aku(bapa abahku),berasal dari Karachi,Pakistan. Datuknya seorang saudagar dari Pakistan telah datang ke Tanah Melayu untuk berniaga dan lantas berkahwin dengan penduduk tempatan. Bagi tok aku pula(Ibu abahku),dia mempunyai darah Acheh. Dan dia(Tok aku) juga merupakan keturunan salah seorang dari mereka yang telah membunuh J.W.W. Birch pada tahun 1875. Selepas peritiwa itu,pihak Inggeris tidak henti-henti mencari keturunan kami untuk membalas dendam. Keturunan kami terpaksa berpindah randah dan merahsiakan identiti sebenar supaya tak dihidu oleh pihak Inggeris ketika itu. Taqdir ALLAH merubah segala-galanya. Akhirnya keturunan kami selamat setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Keturunan kami kini lebih banyak bertebaran di sekitar Pasir Salak.

boleh rujuk di sini : http://akudiadanlagu1.blogspot.com/2009/07/membongkar-cerita-sebenar-pembunuhan.html

Di sebelah mak aku pula,arwah moyang(Hj. Hasan b. Awang besar) aku(Ayah kepada tok sebelah mak) berasal dari Patani. Dia berasal dari salah seorang 5 beradik yang lari dari Patani kerana dikehendaki oleh pihak kerajaan kafir Thailand ketika itu. Mereka berlima sampai ke sebuah negeri iaitu Kedah. Antara nama-nama mereka dari 5 beradik yang aku masih ingat ialah Pedu,Lasau dan Gulau. Nama-nama tempat di Kedah itu diambil dari nama-nama mereka. Bagi keturunan tok(Ibu makku) aku pula, mak kepada tok aku iaitu isteri kepada moyangku(Hj. Hasan b. Awang Besar),dia merupakan keturunan Ngah Ibrahim. Sedikit biodata Ngah Ibrahim;

  • Dilahirkan pada 1836 di Bukit Gantang, Perak dan kawasan kelahirannya adalah daerah pemerintahan bapanya, Long Jaafar pada zaman kegemilangannya sehingga pembinaan Kota Long Jaafar.

  • Ngah Ibrahim adalah anak hasil perkahwinan Long Jaafar Datuk Paduka Setia Long Abdul Latif dengan Cik Ngah Pura Datuk Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja Alang Alaiddin.

  • Long Jaafar adalah pengusaha bijih timah terkenal bermula pada 1840. Beliau juga pengusaha ladang tebu di Kerian dan Bagan Tiang serta pengusaha ladang kopi di Assam Kumbang, Taiping.

  • boleh rujuk di sini : http://pahlawanperak.blogspot.com/2008/12/ngah-ibrahim-pejuang-pemikir-melayu.html

    Itulah serba sedikit sejarah keturunanku. Keluarga ibuku berasal dari Selama Perak dan datang berhijrah ke Mukim Kerunai.

    Ketika aku berusia 5 bulan(jika tak silap aku),abahku mendapat arahan supaya berpindah ke Kem Terendak,Melaka(Abah seorang askar). Kami sekeluarga berhijrah pula ke negeri Melaka mencari pengalaman baru. Bumi Melaka sememangnya asing bagi kami. Namun kami terpaksa menyesuaikan diri. Di situlah bermulanya aku menyusuri usia kanak-kanakku. Kami cukup bertuah kerana di hadapan flat kami terbentangnya luas pantai selat Melaka. Setiap petang kala pantai surut,kami beramai-ramai mencari kepah dan remis. Mandi laut usah dikira lagi. Aku juga sering dibawa abah ke Tanjung Bidara dan Tanjung Keling. Begitu menyeronokkan. Cukup umurku 6 tahun(1993),aku dihantar ke Tadika Kem Terendak. Di situ aku mula mengenal lagi kawan-kawan yang ramai. Alam kanak-kanak memang menyeronokkan. Tambahan pula kami ini anak-anak askar. Pelbagai kemudahan disediakan. Di Melaka aku mendapat 3 orang adik,Siti Nadiah,Zulhelmi dan Hafizi. Mereka ini pula menjadi penyeri keluarga kami.

    Tahun 1994 aku mula memasuki Sek. Ren. Keb. Kem Terendak. Bermula dari darjah 1 sehinggalah pertengahan darjah 2 saja. Ini kerana abahku terpaksa berhijrah pula ke utara tanah air iaitu Kedah. Dari Perak ke Melaka dan kali ini ke Kedah pula. Benar-benar memberikan kami sekeluarga pengalaman baru. Kedah juga merupakan negeri asing bagi kami. Dari segi budaya dan loghatnya. Pertengahan tahun '94 aku sampai ke negeri Kedah. Kali ini kami menetap pula di Kem Lapangan Terbang,Sungai Petani,Kedah Darul Aman. Aku mula mendaftarkan diri di Sek. Keb. Kem Lapangan Terbang pula. Ketika itu masih di darjah 2 lagi. Di sini aku mula mendapat kawan baru. Cuma aku menghadapi masalah dari segi pertuturan seharian. Di Kedah terkenal dengan loghat utaranya. Aku pula dengan loghat Melakanya. Sebelum dapat menyesuaikan diri dari semua itu,memang sedikit payah untuk memahami loghat mereka. Rakan-rakan terkadang itu kurang memahami apa yang aku katakan. Namun itu hanya pada peringkat awal saja. Makin hari aku makin dapat sesuaikan diri. Bahkan kini,loghat utara inilah bahasa yang selalu aku gunakan setiap waktu. Ketika kelas pengajian pun aku lebih suka menggunakan bahasa utara ini. Ia memang sudah sinonim dengan jiwaku. Di Kedah juga pelbagai suka dan duka aku laluinya. Begitu banyak kenangan bersama kawan-kawan aku ciptakan. Antaranya aku pernah patah tangan kanan kerana terjatuh dari pokok. 'Main panas' bersama kawan-kawan. Ah! Kenangan semua itu. Zaman kanak-kanak yang tiada kematangan lagi. Aku menamatkan UPSR aku pada tahun 1999 di sek. yang sama.

    Tahun 2000 aku mula menduduki kerusi sekolah menengah. Ketika ini umur ku mula meningkat ke peringkat yang lebih tinggi dan memasuki umur matangku. Sek. Men. Agama(Arab) Yayasan Khairiah menjadi pilihan aku dan keluarga. Aku masih ingat lagi mak memelukku riang kerana mengetahui aku lulus selepas ditemuduga sebelum memasuki SMAYK. Air mata mak menitis saat itu. Aku takkan lupa peristiwa itu. Betapa mak inginkan aku masuk sekolah agama. Akhirnya impian mak tercapai. Ketika mula melangkah masuk 'gudang ilmu' itu,aku berumur 13 tahun. Abah sekerluarga menghantarku. Ketika mereka ingin melangkah pulang,hatiku mula membuah bibit-bibit kesedihan kerana akan berjauhan dengan keluarga. Yaa.. Memang sayu ketika melihat mereka pulang. Namun hakikat perlu ku terima bahawa aku akan berjauhan dengan mereka. Itu juga asing bagiku kerana tak pernah berjauhan bersama keluarga. Pengalaman tinggal di asrama adalah pengalaman baruku....

    5 tahun aku berada di Yayasan Khairiah menimba ilmu. Bermula dari tahun 2000 hinggalah tahun 2004. Begitu banyak kenangan suka dan duka aku hadapinya. Pelbagai pengalaman yang aku tempuh. Mengajar aku mengenal siapa diri ini sebenarnya di muka bumi ALLAH ini. Aku sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari lalai,silap dan dosa. Namun semua itu membuatkan aku bertambah matang dalam menyusuri hidup yang penuh pancaroba ini.

    TUHAN TANG ESA (IN TEAM)

    Di dalam cahayaMu Tuhan

    Ku harap petunjukMu
    Di dalam sinaran purnama

    Ku mohon keampunan

    Moga terlerai segala dosa-dosaku

    Moga ku jadi hamba yang bersyukur

    Tuhan Yang Esa udara yang ku hirup

    Terasa nikmatMu yang menggunung

    Tidak terhitung harga nilaiannya

    Oh Tuhan Kau Pengasih Maha Penyayang

    Oh Tuhan di depan ujian

    Terasa diri ini memerlukanMu

    Ku harap Kau lindungi
    Hamba yang lemah ini
    Kau Tuhan Maha Kuasa
    Maha Pengampun
    Ku harapkan pintu taubatMu terbuka luas

    Untuk hambaMu yang sering leka

    Dengan rahmatMu dan kasih sayangMu

    Kau ampunilah segala dosaku

    Moga selamat di dunia dan akhirat


    Kenangan bersama kawan-kawan ketika di tingkatan 5.

    Tingkatan 2 abahku sudah pencen dari askar. 21 tahun dia berkhidmat untuk negara,akhirnya akan pulang jua ke kampung halaman kami. Bagai sireh pulang ke gagang,kami sekeluarga kembali ke tempat asal kami iaitu di Perak. Di Kedah aku mendapat 3 orang adik iaitu Azman,Nurul Husna dan Siti Aisyah.

    Walaupun 5 tahun aku menuntut ilmu di Yayasan Khairiah,tempoh itu aku rasakan masih 'kosong' untuk jiwaku yang selalu melakukan kesilapan ini. Aku bertekad mesti melakukan perubahan untuk diri ini. Lantas selepas SPM,aku meneruskan kembara ilmu aku ke Madrasah Tahzib Annufus,Kg. Banggol Berangan,Parit Panjang,Kedah. Atau lebih dikenali dengan nama Pondok Ustaz Awang Lanai. Di sini aku belajar pula kitab-kitab turos. Dan aku bertambah kenal lagi erti hidup. Tok guru banyak mengajar dan mengasuh rohaniku. Aku sedar betapa banyaknya dosa diri ini. Di pondok ini pula pengalaman baru yang aku tempuh. Tapi begitulah manusia. Tidak dapat lari dari kesilapan. Iblis sudah berjanji akan menyesatkan bani Adam hingga hari kiamat. Bukan kita tak ingin jadi yang terbaik,tapi kerana nafsu dan syaitan yang mengheret kita kadang kala tersungkur jua. Tapi itu bukanlah alasan untuk kita terus melakukan kesalahan. ALLAH maha penyayang dan pengampun. Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka. Sebetulnya pada awal pengajian di pondok itu,tak terlintas di hati ini ingin menduduki STAM. Taqdir ALLAH menentukan segalanya. ALLAH melorongkan aku untuk menduduki STAM. Aku mengambil STAM ketika masih lagi menuntut di Pondok Ustaz Awang Lanai. Setelah minta izin dari tok guru,tok guru membenarkan aku. Dorongan ini juga kerana aku ingin ke Mesir. Aku mengenali Mesir adalah negara yang telah melahirkan ribuan ulamak hebat. Bahkan kitab-kitab turos yang aku pelajari di pondok kebanyakan karangan dari ulamak Mesir. Tekadku semakin membara. Dengan izin ALLAH,aku berlepas ke Mesir pada tanggal 4 hb. 8 2007. Dan 5 hb. 8 2007 merupakan tarikh keramat dalam hidupku kerana telah menjejakkan kaki di bumi berkat ini. Tok guru sempat berpesan kepadaku supaya jangan lupa bila jejak kaki saja di Mesir,tawasul lah pada nabi-nabi,para aulia dan ulamak di sana. Yaaa. Aku takkan lupa pesanan itu.

    Bersama kawan-kawan di Pondok Ustaz Awang Lanai.(Madrasah Tahzib Annufus)

    Tanggal 5 hb. 8 2009 baru-baru ini telah menggenapkan aku 2 tahun berada di bumi yang mencabar dan berkat ini. Di sini pula pelbagai pengalaman baru yang aku tempuh. Bukan kerana apa,tapi kerana ingin menjadikan aku ini 'orang'. Menjadi 'orang' yang berguna untuk agama dan manusia lain.Dan hari ini pula 13 hb. 8 2009,genaplah umurku 22 tahun hidup di muka bumi ALLAH ini. 22 tahun bukanlah satu masa yang sedikit.Bermula dari 13 hb. 8 1987 hinggalah sekarang 13 hb. 8 2009. Apa yang aku telah sumbangkan untuk Islam selama ini?? Bagaimana pula dosa-dosaku dari akil baligh sehinggalah sekarang?? Aku muhasabah diri ini. Kerdilnya jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain. ALLAAAH.... Ya ALLAH,Berkatilah umur dan rezekiku. Ampunilah dosa ku yang lepas dan akan datang...Amin...

    Aku........


    Aku 2009.....

    "Apabila kita melihat pada kehidupan para Aulia illah...Mereka setiap saat tidak pernah melupakan ALLAH..Bahkan di dalam tidur mereka senantiasa 'ALLAH di hati'..Kita jauh jika hendak dibandingkan dengan mreka..Jauh...Tapi tidak bermakna kita tidak boleh jadi seperti mereka...
    Nafsu Ammarah bisuk ini senantiasa menyuruh kita pada kejahatan..Jika kita tak asuh dan belainya dengan zikrullah,maka kita pula yang akan menjadi 'hambanya'...Dalam asuhan Guru Murobbi dan Mursyid mampu untuk membuatkn kita 'berpindah' ke peringkat nafsu yang lebih tinggi..Dan tak mustahil kita boleh mencapai sehingga kepada nafsu yg ALLAH mengaku sbagai hambanya(Nafsu mutma innah)"

    "Aku bukanlah dari kalangan mereka yang terbaik...Aku cuma insan yang hina di sisi ALLAH...Pengalaman lalu banyak mengajar aku....Aku dosa banyak! Ya ALLAH..Ampunilah dosa-dosa ku.... Aku cuba jadi yang terbaik di sisiMU..Namun adakalanya aku tersungkur kerana tewas pada syaitan yang menghasut dan nafsu yang mengheret...Tasauf mengajar semuanya..."

    ......Kimi 2009.



    22 tahun yang mengajar aku segala-galanya............



    2007...

















    2008...
















    2008...



















    2008...
















    2003...















    2007...


















    2008...
















    2009...


















    2009...

















    2003...
















    2003..















    2004...















    2009..















    2009...

















    2008...


















    2007....






















    2008..

















    2008...

















    2007...

















    2008...


















    2007...



















    2009...
















    2007...

















    2007...

















    2007...






















    2009...















    2003...














    2009....






















    2006...





















































    Moga dosa yang lepas ALLAH ampunkan dan dosa yang akan datang juga....

    Ya ALLAH,berkatilah rezeki dan umurku ini.

    Semakin meningkat umurku,bukan bermakna umur ku semakin panjang. Tapi hakikatnya semakin meningkat umurku,semakin dekat hari-hari hidupku untuk bertemu 'stesen' yang seterusnya iaitu 'MATI'!

    10 August 2009

    ZAMAN PENYATUAN........

    Sekadar gambar hiasan


    Assalamualaikum semua...

    'Negeri' Jazirah Al Ward merupakan sebuah 'negeri' yang menjadi tumpuan 'dunia' kerana isu-isu yang sering berbangkit. Apatah lagi ketika musim pilihanraya umum baru-baru ini menyaksikan 'negeri' ini mendapat tumpuan secara amnya. Anggaran penduduk yang menjadi warganegara(mengikut kiraan jabatan perangkaan 'negeri') sekitar lebih dari 500 orang adalah satu jumlah yang bukan mudah untuk memerintah dan memayungi 'rakyat'nya yang berbilang fe'el itu. Namun berdasarkan pengalaman dan rasa amanah dengan tugas masing-masing yang telah dipikul oleh exco 'kerajaan negeri',sehingga kini 'kerajaan negeri' dapat mengekalkan pemerintahannya tanpa ada campur tangan dari pihak luar.

    Penubuhan 'kerajaan merdeka' ini bermula dari tahun 1993(jika tak silap akulaa..). Ketika itu 'rakyat'nya tidaklah seramai sekarang. Namun dengan tekad dan keazaman,mereka mampu menubuhkan sebuah 'kerajaan merdeka'. Dari jasa dan gerak kerja mereka generasi terdahulu telah membuahkan hasil. Kesannya 'kerajaan' itu terus ada dan bertukar pemimpin silih berganti sehinggalah sekarang. Generasi demi generasi berlalu. Dari tahun bermulanya ia 'berkerajaan' sendiri sehinggalah sekarang telah dipimpin selama 16 generasi dan pemimpin terkini merupakan pemimpin generasi yang ke-16(betoilaa kot noh?). Pelbagai dugaan dan cabaran telah mereka lalui. Suka duka,gelak tangis dan rajuk rindu bersama. Mematangkan lagi 'rakyat' dan pemimpinnya.

    Ketika masih diawal pemerintahan generasi terdahulu,'rakyat'nya sentiasa bersatu padu dalam semua keadaan dan tiada kacau bilau di dalam urusan pentadbiran harian. Namun sejak akhir-akhir kebelakangan ini mula menampakan sedikit kecelaruan hubungan antara 'rakyat' dan pemimpin. Walaupun sesetengah pihak merasakan ini adalah sesuatu yang kecil,namun ketahuilah jika tidak menjaga dan mengatasi masalah ini dengan sebaiknya,musuh atau anasir asing senantiasa memerhati dan tak mustahil akan mengambil kesempatan di atas kelemahan yang berlaku. Walaupun berada dalam 'kerajaan' dan warganegara yang sama,ketidaksefahaman tetap berlaku. Itu lumrah. Namun itu bukanlah alasan untuk kita terus membiarkan masalah ini berlarutan. Ini bukanlah satu masalah yang boleh dipandang ringan. Sejarah telah membuktikan betapa perpaduan dan ukhwah itu penting dalam sesebuah negara. Banyak kerajaan Islam terdahulu tumbang kerana tiada perpaduan. Bila pemimpin dengan cara tersendiri dan 'rakyat'nya pula dengan fe'el masing-masing tanpa mahu muhasabah kelemahan diri,maka akan goyahlah sesebuah negara itu.

    Dan 'negeri' Jazirah Al Ward ini juga tidak terlepas dengan masalah ini. Walaupun masyarakat 'dunia' melihat 'negeri' ini seperti tiada apa yang berlaku,namun hakikatnya tetap ada masalah yang sedemikian itu. Jika generasi dahulu tidak gusar tentang hal ini,tapi sekarang tidak boleh lagi duduk sedap tanpa memikirkan masalah ini. Bersatulah di bawah satu panji! Bersatulah di bawah satu dasar! Bersatulah di bawah satu fikrah! Andai perkara usul ini dapat diselesaikan dengan elok,maka 'kerajaan' ini akan terus memerintah dengan meneruskan kebajikan untuk 'rakyat'nya sesuai mengikut zaman dan realiti kehidupan mereka.

    Apa yang menyedihkan ialah setelah melakukan pelbagai program kebajikan oleh 'kerajaan negeri' untuk 'rakyat',ia kurang mendapat sambutan dari kalangan 'rakyat'nya sendiri. Mengapa begini? Di mana perginya 'rakyat'nya yang berjumlah lebih dari 500 orang ini??? Jika ramai dikalangan 'rakyat'nya sibuk sekalipun,tidak bolehkah mencukupkan sehingga 200 orang sekali program berlangsung?? Pernah kita muhasabah tentang perkara ini?? Salah siapa? Pemimpinkah yang memerintah tidak mesra rakyat atau 'rakyat'nya yang sukar untuk meruntuhkan ego masing-masing?? Itu yang kita tak tahu! Jadi di manakah jalan penyelesaian kita?? Bagaimana ingin diselesaikan? Jika kita membiarkan perkara ini berterusan tanpa mengambil langkah-langkah penjagaan dan pembaik pulihan,maka tunggulah saat-saat kejatuhan 'kerajaan merdeka' ini. Andai jatuh jua (tak pernah mintak)seperti yang kita semua tidak inginkan ini,nescaya berdukalah mereka generasi terdahulu. Berbelas generasi telah berlalu,akhirnya di zaman kita ia berakhir sebuah 'kerajaan merdeka' ini. Adakah kita inginkan begitu?? Na'uzubillahiminzalik...........

    Oleh itu marilah sama-sama kita cari balik titik persamaan. Rapatkanlah kembali ukhwah sesama kita. Masing-masing muhasabah kembali silap kita semua. Usah menuding jari sesama sendiri. Yaaaa,kita tetap ada kelemahan. Tapi itu bukanlah alasan untuk kita terus 'bercakaran' sesama sendiri. Kita terus berkempen supaya ukhwah kita rapat dan teguh seperti generasi terdahulu. Amat malang bagi kita jika mereka melihat keadaan kita sekarang. Bila ukhwah sudah mantap,tidak usah gusar lagi tentang komitmen 'rakyat' terhadap apa jua program kebajikan pemerintah untuk 'rakyat'nya tersayang. Usah biarkan jiwa memendam rasa terhadap mereka yang lain. Itu tak selesaikan masalah. Mungkin zahir terlahirnya senyum,namun hati terluka siapa tahu???

    Zaman ini ialah zaman penyatuan kembali. Insya ALLAH 'kerajaan' dan 'rakyat' tidak suuzhon sesama sendiri lagi dan sebarang program kebajikan 'kerajaan' mendapat komitmen sepenuhnya dari 'rakyat' sendiri. Kelemahan yang paling ketara ialah bila 'tak da dah muka orang lain,asyik muka tu jaa mai program',jadi jika 'zaman penyatuan' ini menjadi kenyataan,maka tiada lagi masalah dari segi ini....

    ZAMAN PENYATUAN...



    Sekadar gambar hiasan

    7 August 2009

    DPMM memerlukan 'UNIT AMAL'..........

    Assalamualaikum semua....


    Umumnya semua sudah mengetahui kewujudan satu unit yang begitu unik ini iaitu Unit Amal. Unit Amal merupakan 'sayap kiri' kepada perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Amat malanglah bagi mereka yang mengaku sebagai penyokong atau pendokong parti Islam ini tetapi tidak tahu tentang kewujudan unit ini. Ianya dicetuskan melalui sebuah panduan kertas kerja induk Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan DPP Pusat sessi 1989/91. Kemudian disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa kerja DPP Pusat kali ke 4 pada 1 Julai 1989 dengan digerakkan oleh satu unit penajaan seramai 12 orang dari Terengganu yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform. Itulah serba sedikit sejarah bagaimana penubuhannya berlaku. Dan sekarang ini Unit Amal sudah gah namanya kerana kerja amal yang mereka lakukan. Tidak pernah meminta balasan,hanya mengharapkan keredhoan ALLAH semata-mata. Unit Amal juga pernah mendapat gelaran 'Tentera Merah' ketika operasi menyelamat dan memberikan bantuan kepada mangsa banjir di seluruh tanah air. Banjir besar yang melanda Johor suatu ketika dahulu menjadi saksi kehebatan 'Tentera Merah' ini. Tanpa menghiraukan perbezaan politik,Unit Amal memberikan bantuan semaksimum mungkin. Hanya ALLAH saja yang membalas jasa-jasa mereka. Kini Unit Amal terus mengorak langkah sebagai unit yang begitu berani mempertahankan yang hak! Dua peristiwa demonstrasi terbesar negara menjadi bukti bahawa unit ini sudah sedia untuk digerakkan bila-bila masa demi menjulang agama Islam tercinta. Tidak gentar dengan cabaran dan bahaya,Unit Amal terus mara. Sejuta pujian dan penghargaan pun masih belum cukup untuk disamakan pengorbanan yang mereka telah lakukan untuk Islam.

    Berdasarkan perjuangan inilah aku mencetuskan idea supaya ditubuhkan satu unit khas di bawah pentadbiran DPMM. Aku tak inginkan unit ini dilabelkan sebagai unit politik maka aku mencadangkan supaya namanya ditukar. Tapi gerak kerja tetap sama seperti Unit Amal. Walaupun gerak kerja Unit Amal lagi luas,kita boleh hadkan gerak kerja unit khas ini(belum diberi nama) mengikut suasana dan keadaan realiti pentadbiran DPMM kita di bumi Mansurah ini. Aku jamin jika unit khas ini berjaya ditubuhkan,masalah dari segi kehadiran ketika mengangkat beras dan pindahan barang rumah ahli akan selesai sedikit demi sedikit. Bahkan bukan dari sudut itu saja kita akan berkorban,malah ia akan terzahir satu demi satu nanti. Kita letakkan 'tadhiah' itu dahulu ke hadapan. Itulah antara tujuan ia ditubuhkan. Pengerusi yang baru sahaja menaiki kerusi orang nombor 1 Mansurah ini begitu tertarik dengan cadangan ini.

    "Cantik cadangan tu.."


    Itulah antara perkataan yang terpacul dari mesejnya ketika berYM denganku semalam. Aku harapkan cadangan ini dapat dipertimbangan oleh seluruh exco pentadbiran Mansurah untuk sesi kali ini. Semua ini untuk kebajikan ahli semata-mata. Anggaplah diri kita ini hanya kuli kepada 'rakyat' Mansurah ini. Usahlah bermegah-megah dengan jawatan yang kita ada. Jika 'kuasa' ini menyebabkan kita pasti ke syurga,maka akulah orang yang pertama akan mengejarnya...... Kepada exco Mansurah sekeliannya,jangan risau.... Aku takkan 'bising' dengan pentadbiran kamu semua. Jika diluluskan unit khas ini,aku hanya 'serahkan diri' untuk unit ini saja,tanpa membuat 'bising' lagi terhadap hal ehwal pentadbiran 'exco kerajaan negeri'.......










    Unit Amal...............................Segagah namamu......

    5 August 2009

    Untukmu DPMM tersayang....................Rentetan dari peristiwa MAT ke-17.




    Assalamualaikum semua.....

    Salam sejahtera diucapkan kepada kawan-kawan semua.




    ".....Aku menulis bukan kerna nama.... Kerna sifat kasih,pada sesama insan dan menyatakan kasih sayangku......."

    Bait-bait lagu puisi yang indah ini aku jadikan azimat untuk aku terus menulis dan menulis lagi.


    Aku ada terbaca tulisan dari seorang yang 'besar' di bumi Mansurah ini,iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohd Adham b. Hodari Al Haraki di dalam blognya. Terus terang aku menyatakan bahawa aku benar-benar terharu dengan tulisannya itu. Terharu kerana entri terbarunya itu khas untukku.Tak pernah lagi ada insan yang sudi berbuat begitu melainkan Ustaz Adham Al Haraki sahaja... Terima kasih buat seorang kawan yang bersama-sama dalam satu perjuangan....

    Kami warga Mansurah baru saja melalui satu pilihanraya untuk memilih AJKT dan AJK Hewi yang baru bagi sesi 09/10 ini. Dan aku juga termasuk di dalam calon-calon bagi merebut antara 8 kerusi yang dipertandingkan itu. Dan jangkaan aku pada awalnya bahawa akan kalah telah menjadi kenyataan. Aku kalah bersama 2 orang lagi,iaitu Wan dan Bahry. Kekalahan ini sudah aku jangkakan. Dan aku sebelumnya sudah sedia menghadapi detik-detik kekalahan itu. Bahkan aku pulang awal lagi ke rumah sebelum pengumuman yang dibuat oleh pengarah SPR cawangan. Aku menganggapkan bahawa kekalahan ini ada hikmahnya. Setiap apa yang ALLAH timpakan itu ada hikmahnya. Cuma kita perlu sabar dan redho dengan apa-apa yang akan mendatang.

    Kecewa tetap ada. Itu realiti. Aku kecewa kerana kekalahan kami seolah-seolah telah dirancangkan lebih awal. Bayangkanlah jurang perbezaan bilangan undi kami bersama calon-calon yang menang begitu ketara. Memang begitu ketara. Jika pelajar sekolah menengah melihat pada statistik undian kali ini mereka juga akan terkejut.Kalah dan menang adat perlawanan. Cuma aku mengharapkan kekalahan itu biarlah terhasil secara 'gentle',bukan kerana ada percaturan. Kalah bermaruah lebih mulia daripada menang bersama menggenggam lumur-lumur kezaliman. Aku muhasabah diri aku. Mungkin aku ini tidak di sukai kerana suara aku yang agak lantang mengkritik kepimpinan. Tapi perlu diketahui secara umum bahawa kritikan aku ini bukanlah untuk menjahanamkan DPMM. Aku tiada pentas formal untuk menyatakan ketidakpuas hatian aku dan ahli. Dan dengan dayaku yang ada,aku cuba meluahkan rasa ahli melalui kelas tafaqquh yang di situ aku juga menjadi tenaga pengajarnya. Aku mahukan supaya kepimpinan terkadang itu perlulah mendengar juga luahan ahli-ahli DPMM. Aku tak maksudkan pada semua perkara perlu dengar kemahuan ahli,cuma aku berpesan supaya terkadang itu.Fahamkan dengan ayat ini?Terkadang itu tidak semestinya wajib mengikut semua saja yang ahli mahukan. Dan seperti ini jugalah aku pernah luahkan ketika tafaqquh berlangsung. Aku ingin menjadi seorang yang jujur. Jika tidak puas hati,bukan hanya pandai bercakap di belakang tabir saja. Oleh itu aku tampil bersama masalah ahli supaya dengarlah rintihan hati kami ini. Ya!! Terus terang cakap,aku memang berani kritik jika tidak puas hati. Tapi bukan menyerang membabi buta. Aku sudah gunakan pentas aku sebagai ahli di kelas tafaqquh dan majlis-majlis formal yang lain. Aku tak ingin menjadi mereka yang hanya pandai 'bunyi-bunyi' belakang saja.Jika ada di depan,semuanya bisu seribu bahasa seperti tiada masalah. Itu berlakon namanya!! Dan itu bukanlah sifat seorang pejuang.Tapi lebih kepada petualang!!

    Namun aku akui. Aku ada kelemahannya. Mungkin mereka tidak senang kerana aku ini kelihatan seorang yang 'keras','kasar dan apa lagi??? Ataupun mereka yang sebenarnya tidak boleh menerima teguran? Aku insafi yang aku lah sebenar salahnya.... Pernah sekali aku ditegur.Aku didakwa nak pecah belahkan DPMM. Itu dakwaan yang cukup berat!! Hanya kerana aku mengkritik kepimpinan secara berdepan tanpa berselindung disebalik wajah yang hipokrik,aku dituduh sedemikian rupa. Mengapa begini? Maka aku membalas kembali dengan mengatakan bahawa......

    "Jangan ingat DPMM ini terlalu kebal sehinggakan tidak boleh dikritik!"

    Aku terpaksa berkata begitu kerana sedih dengan tuduhan berat begitu. Aku bukanlah orang yang boikot program! Jika aku tidak pernah datang program dan tidak pernah langsung memberikan kerjasama untuk DPMM,maka aku rela dituduh begitu. Tapi semua itu tak pernah berlaku. Aku sedaya upaya memberikan komitmen kepada DPMM. Kerana DPMM ini milik semua. Bukan milik individu seseorang sahaja. Atau bukan berlegar-legar dikalangan kepimpinan sahaja. DPMM milik ahli. Kepimpinan juga ahli. Ahli ada hak bersuara. Kepimpinan ada hak menerima dan memutuskan sesuatu perkara.

    Terus terang aku cakapkan bahawa dari mula lagi aku jejak kaki ke bumi Mansurah ini(8.11.2007 aku mula jejakkan kaki di Mansurah selepas ditauzik)aku dah bertekad bahawa aku akan berkhidmat untuk DPMM walaupun hanya menyapu sampah di tangga markaz DPMM sekalipun!!! Kerana aku dah anggap bahawa aku kerja untuk DPMM seperti mana aku pernah berkhidmat untuk PAS di Malaysia.. Aku aktif dengan PAS sejak dari dulu lagi. Sehinggakan sanggup pertaruhkan keselamatan diri untuk menjaga calon-calon pilihan raya dan maklumat-maklumat rahsia parti.

    Tapi takkan kerana aku berkhilaf sedikit dengan DPMM aku dituduh sudah lari dari dasar DPMM?? Wallahi aku tak pernah tentang dasar DPMM. Jika aku menentang dasar DPMM,lebih baik aku jadi orang umno! Lebih baik aku tak payah datang belajar di Al Azhar!!! Aku hanya menentang cara-cara perlaksanaannya saja yang terkadang itu tidak seperti dasar yang diperjuangkan. Aku tak pernah pun tubuhkan pakatan baru untuk jatuhkan DPMM sebab aku juga sayangkan DPMM. Bukan mereka saja yang mengaku sayangkan DPMM. Mungkin ahli nampak seperti aku ketika musim pilihanraya baru-baru ini ada tubuhkan pakatan pembangkang untuk jatuhkan DPMM. Tidak!! Tidak timbul isu ini kerana kita sama-sama ahli DPMM dan PMRAM. Itu hanya gembar gembur dari pihak yang memang dah meluat dari dulu lagi padaku. Bukan pakatan pembangkang,tapi pembangkang perlu ada untuk melicinkan kerja dalam persatuan atau parti. Jika sesebuah negara tiada pembangkang,maka hancurlah negara itu! Dan aku pula bukan semua benda aku bangkang dengan DPMM. Aku ulangi sekali lagi bukan dalam semua perkara aku mengkritik DPMM. Perlaksanaan yang selaras dengan dasar aku setuju 100 %. Yang nampak lari sedikit dari perlaksanaannya,aku tegur. Kita kena ingat,bukan kita yang berstatus pemimpin ini saja yang tahu tentang perjuangan! Ahli juga tahu,bahkan lebih tahu dari kita. Dan kena tahu juga bahawa kita sebelum menjadi pemimpin,kita juga adalah ahli biasa. Jangan kerana jawatan dan pangkat menyebabkan kita saja yang alim tentang perjuangan..

    Sebelum pilihanraya dahulu aku pernah menyatakan visi dan misiku. Rupa-rupanya misi dan visiku ini menjadi isu bagi sesetengah orang.Visi dan misi aku ialah rombak kabinet. Mungkin sesetengah yang mendengarnya terasa tiada apa-apa. Sedarlah,itu bukanlah visi dan misi aku yang sebenarnya. Yang sebenarnya ialah aku ingin ubah pemikiran sesetengah ahli yang kelihatan tidak berkembang berdasarkan hukum. Masih ditakuk lama.Teman yang menghubungi aku ketika di England dahulu menginginkan visi dan misi aku.Dia bertanyakan aku ketika di YM. Aku tanpa buang masa terus bagi saja. Sebetulnya aku berikan dalam gurauan. Tidak sangka menjadi visi dan misi aku secara rasmi ketika taaruf calon. Aku juga sempat berseloroh dengan temanku mengatakan bahawa,

    "...Kirim salam juga pada semua ahli yang hadir dan katakan pada mereka bekerjalah bersama saya,bukan bekerja untuk saya..."
    Diakhiri dengan ketawa yang kecil. Dia juga ketawa kecil. Ayat itu ialah ayat dari PM kita yang dulu,Tun Pak Lah. Aku hanya iktibas saja kata-katanya itu dengan tujuan berseloroh. Namun takku sangka ia menjadi isu juga.

    Mengapa aku ingin ubah pemikiran sesetengah ahli kita yang kelihatan jumud?(maaf aku cakapkan)

    Kerana aku lihat perkara ini begitu ketara dan menyedihkan. Kita lebih menghukum seseorang itu bukan kerana ilmu,tapi kerana merasakan bahawa kita ini lebih baik dari orang lain. Kita kena tahu,perjuangan kita bukan di DPMM ini saja.Bahkan kita akan pulang ke Malaysia. Dan akan berhadapan dengan pelbagai karenah masyarakat. Kita kena pandai menyesuaikan keadaan selagi tak gugurkan prinsip kita. Kalau kita masih berfikiran jumud,benda ini akan membawa masalah kepada kita untuk berdakwah terhadap orang yang pelbagai fe'el ini! Ini pengalaman aku ketika berjuang bersama PAS. Jika kita sempitkan pemikiran kita,maka orang akan lari terus dari kita. Percayalah....Kita mahasiswa. Bukan budak-budak tadika. Bukalah pemikiran kita selagi mana tidak lari dari prinsip agama.

    Apa gunanya kita bertempik,'marilah bersama-sama dalam perjuangan dan bersatu dalam persatuan kita' sedangkan kelas agama yang diputuskan oleh DPMM sendiri kita memandang sepi??? Berapa orang sangat yang mengaku hebat dalam perjuangan datang ke kelas tafaqquh di bawah jagaan DPMM ini?? Jika kelas tafaqquh yang di bawah jagaan DPMM ini pun kita kurang berikan komitmen,bagaimana kita nak jadi pejuang??? Kita lebih berkalut sibuk dengan program dari kelas tafaqquh itu sendiri. Tak percaya?? Cubalah bandingkan kehadiran tafaqquh setiap waktunya.... Mengapa aku tekankan pada kelas tafaqquh ini??? Kerana kelas tafaqquh ini di bawah kelolaan DPMM. Bukan persatuan lain.. Hendak jadi pejuang perlu ada ilmu. Jika akidah masih belum mantap,bagaimana nak jadi pejuang agama????

    Mungkin ada yang menganggap aku ini terlalu 'pro' Ustaz Bahry. Ya benar.... Aku 'pro' nya kerana melihat dia ada idea yang bernas untuk kebaikan untuk semua ahli DPMM. Tapi tidak semestinya semua ideanya itu aku setuju. Sebagai contohnya ketika dia membentangkan usul 'larangan supaya tidak boleh adakan program ketika waktu kuliah majoriti ahli DPMM'.. Sebetulnya niat Bahry itu memang baik untuk ahli DPMM. Dia nak ahli DPMM ini berada dalam keadaan yang baik pada setiap ketika. Kerana itu adalah hadaf kita datang belajar di Al Azhar ini. Namun di celah-celah itu aku bangun menyatakan tidak setuju dengan usul tersebut. Dan aku sudah berhujah ketika MAT baru-baru ini mengapa aku tidak setuju. Di akhir MAT aku datangi Bahry secara peribadi menyatakan mengapa aku tak setuju dengan usulnya itu.. Aku mengatakan secara jujurnya pada Bahry,

    "Bahry,aku tau ang nak yang terbaik untuk ahli DPMM.Cuma lepas ni ang kena hati-hati ketika kemukakan usul.Check betoi-betoi matan usul itu lain kali."


    Bahry pun tidak berkecil hati denganku walaupun aku tidak setuju dengan matan usulnya itu.

    Ustaz Adham Al Haraki ada menulis tentangku dalam blognya seperti berikut,

    "Jikalau DPMM tidak betul beliau akan mengkritik dengan membina. Jikalau DPMM benar, maka beliaulah akan membenarkan."

    Yaaa.. Sememangnya begitulah. Aku kritik DPMM untuk kebaikan DPMM,bukan untuk jahanamkan DPMM... Jika program itu untuk kebaikan ahli,aku dengan semangatnya akan menyeru kepada semua ahli marilah sama-sama berikan komitmen kepada DPMM. Tapi jika aku sebelum ini hanya diam dan tidak pernah mendekati atau meng'imarahkan program DPMM dan tiba-tiba aku bersuara,bak kata orang hanya pandai cakap saja,maka aku boleh dituduh sebagai petualang sekalipun.

    Aku sayangkn DPMM. Aku mohon kepada mereka yang lain,jangan kerana aku berkhilaf sedikit dengan DPMM,kamu semua melabelkan aku ini bukan lagi berfikrah PMRAM. Bukan kepada aku saja,bahkan kepada ahli-ahli DPMM yang lain. Tidak bermakna jika kami berkhilaf sedikit dengan DPMM kami ini sudah lari dari perjuangan! Tidak! Sama sekali tidak! Fitnah itu sedang tidur,maka jangan bangunkan ia... Ingatlah semua wahai pejuang-pejuang Islam yang lain.

    Di bumi Mesir ini kita adalah PMRAM. Dan PMRAM adalah kita. Jatuh bangunnya adalah dari kita. Sama-sama pertahankannya. Walaupun orang tidak begitu nampak aku ini 'kuat DPMM atau PMRAM',tapi sedarlah aku takkan biarkan PMRAM atau DPMM berkubur di bumi Mesir ini. Aku tetap akan pertahankan PMRAM dan DPMM. Dan aku beri amaran kepada mereka yang cuba-cuba nak menafikan peranan PMRAM di sini! Aku pertahankan PMRAM bukan kerana nama persatuan ini PMRAM,tetapi kerana dasar yang dibawanya! Aku tetap pertahankan PMRAM walaupun terpaksa 'disediakan gelanggang untuk bertarung'!!!!

    Kepada semua ahli-ahli DPMM. Aku minta maaf jika ramai yang terasa denganku yang 'kasar' ini.Aku jua punya kelemahan. Aku akui..... Aku sedar ramai dari kalangan akhwat khususnya tidak suka denganku. Sebab itu lah aku kalah dengan undian dari akhwat baru-baru ini. Aku tak pernah membenci kamu semua wahai pelajar puteri Mansurah. Mungkin kamu semua nampak begitu kerana aku ini kelihatan 'garang'. Apa-apa pun aku mengharapkan pelajar-pelajar puteri kita di sini dapat menyesuaikan diri dengan peredaran zaman. Jangan terlalu jumud dalam pemikiran kita(maaf cakap). Berfikiran terbuka maksudku di sini ialah kita tak menggadaikan prinsip perjuangan kita. Aku teramatlah berbangga jika suatu hari nanti kerusi Dewan Muslimat Pas Pusat akan diisi oleh salah seorang pelajar dari DPMM kita ini.....Insya Allah benda ini bukanlah sesuatu yang mustahil.

    Untuk Ustaz Adham Al Haraki,terima kasih saya ucapkan kerana sudi menulis tentang diri saya. Walaupun kadang-kadang itu ada yang saya kurang setuju dengan tindakan ustaz,bukan bermakna kita tak sama dalam fikrah perjuangan kita.... Kita berkhilaf dalam perkara furuk. Bukan dalam perkara usul perjuangan. Namun perjuangan kita tetap sama....Saya minta maaf atas segalanya.

    Khas kepada kepimpinan baru. Jalankan amanah dengan baik. Kamu semua boleh buat untuk kebaikan DPMM kita. Ahli kita ramai,pandai-pandailah menguruskan dengan elok. Rapatkanlah kembali ukhwah kita. Jika ada masalah,rujuklah mereka yang berpengalaman. Aku tetap memberikan sokongan kepada DPMM. Namun jika sudah tidak diperlukan lagi,aku sedia undur diri dari persada DPMM ini. Kamu semua jangan risau. Aku takkan 'bising' lagi dengan DPMM. Bahkan kamu akan lebih seronok tanpa kritikan dari aku ahli biasa yang hina ini...

    Pesanan aku kepada semua ahli DPMM,jika tidak puas hati sekalipun kepada DPMM,jangan sesekali ada niat nak tubuhkan persatuan lain. DPMM sudah mampu menguruskan 'rakyat'nya yang berjumlah 500 lebih orang ini(anggaran ahli yang berdaftar menjadi warganegara). Ada kekurangan,tolong tambahkan..... Mantapkanlah kelas tafaqquh DPMM kita. Terima kasih DPMM kerana mematangkan lagi dunia politikku.......


    KITA TETAP PMRAM!!!!!!




    P/s : Kepada mereka yang tak jadi ahli PAS lagi,cepat2lah jadi ahli...Balik nanti jangan lupa berjuang bersama PAS.....Takbiiiir!!!

    4 August 2009

    JIKA MALAM AKU PERGI......



    Jika malam aku pergi
    Mendamaikan keluhan
    Dan sejernih embun pagi
    Dari hujung cahaya
    Apa ada lagi sentuhan
    Apa perlu aku lakukan
    Gelora nasibku
    Di tengah lautan
    Menjunjung kasih

    Dayu angin membisik
    Seolah kau berkata
    Dari sebuah pandangan
    Capai bahasa kita
    Ada lagi yang kau tinggalkan
    Ada lagi yang aku simpan
    Kenangan berlalu
    Mana mungkin lupakan
    Aduhai saujana oh...

    Dayu angin membisik
    Seolah kau berkata
    Dari sebuah pandangan
    Capai bahasa kita
    Ada lagi yang kau tinggalkan
    Ada lagi yang aku simpan
    Kenangan berlalu
    Mana mungkin lupakan
    Aduhai saujana