29 November 2009

KAMI MENJUNJUNG KASIH TUAN PRESIDEN.....


Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

7x الله أكبز
الله أكبز ولله الحمد
الحمد لله الذي جعل يىم عيد الأضح أسعد أيام لنا. أشهد أن لا إلو إلا الله و أشهد أن محمدا عبده ورسىلو


Pertama dan selamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana telah memberi kesempatan yang sangat berharga dalam hidup ini, masih diizinkan untuk bernafas mengecapi nikmat Eid al-Adha.

Sahabat-sahabiah seaqidahku sekalian,

Matlamat utama kita hidup di dunia ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. meletakkan diri sebagai hamba, yang senantiasa patuh meletakkan wahyu mengatasi segalanya. Tidak kira samada kita sebagai pelajar, sebagai penjawat atau apa sahaja kedudukan yang wujud di dunia ini, patuh kepada Islam itu tidak akan boleh dirubah. Kita menyoroti perjuangan Nabi Allah Ibrahim A.S, yang menyaksikan kesanggupan seorang ayah mengorbankan anak kesayangan setelah mendapat perintah dari Sang Pencipta. Kisah ini kerap diulang dan diolah, setiap kali takbir Eid al-Adha bergema. Namun adakah moral semangat sanggup mengorbankan segala apa yang dimiliki seperti kisah tersebut mampu diteladani oleh kita semua? Atau hanya mampu dijadikan bahan cerita seperti mitos yang tidak punya nilai aplikasi dalam kehidupan seharian? Seharusnya orang-orang yang telah diberikan akal, wajib memikirkan kedudukan diri sendiri apabila diutarakan kisah perjuangan agung Nabi Ibrahim A.S. Nyawa, harta, waktu dan segala kurniaan yang telah Allah berikan hakikatnya adalah modal untuk diberikan kepada perjuangan agama Allah S.W.T.

Sahabat-sahabiah seperjuanganku sekalian,

Hidup kita di dunia ini ibarat seseorang yang memasuki pintu hadapan sesebuah rumah dan akhirnya akan keluar melalui pintu belakang. Ia hanya sebuah laluan yang pasti ada akhirnya. Jangan merasakan hidup ini merdeka dari dosa pahala. Kebelakangan ini, kerosakan akhlak di kalangan siswa siswi kita kian membarah. Kemelaratan yang tidak dibendung dengan sebuah kesedaran bersama, melayakkan kita untuk terkeluar dari senarai umat yang terbaik pilihan Allah SWT. Syarat umat yang terbaik adalah menjalankan tanggungjawab menyeru kepada ma’ruf, mencegah kemungkaran dan beriman sepenuh keyakinan. Sayyidina Umar al-Khattab pernah berwasiat ;

“Aku sangat kecewa dan benci kepada orang yang pintar tetapi tidak bertaqwa. Kerana tanpa taqwa maka kepintaran akan membawa banyak kerosakan kepada umat. Aku juga sangat kecewa kepada orang yang bertaqwa tetapi dungu kerana itu dirinya baik tetapi tidak tahu melaksanakan urusan umat secara teratur dan sempurna”
Begitu juga di dalam perutusan ini, kita sangat kecewa dengan hal keadaan segelintir siswa-siswi yang berpendidikan dan ’alim dalam agama akan tetapi tidak berakhlak, jauh sekali menyimpang dari ilmu yang dimiliki. Harus diingatkan, ilmu sebagai alat untuk merapatkan diri kepada Allah. Yang ingin dipersembahkan kepada Allah di akhirat kelak ialah amal seseorang, bukan semata-mata ilmu. Justeru, usah berasa selamat, tanpa ada rasa hamba di dalam hati. Sungguhpun di sini tiada ibu bapa atau keluarga yang memantau keperibadian kita, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) bertanggungjawab, memastikan masalah moral dan akhlak di kalangan siswa siswi dapat dibendung secara kolektif. Biarlah kita dikenali sebagai masyarakat mahasiswa yang boleh diteladani dari aspek keperibadian. Bukan mereka yang digelar sebagai pelakon apabila tiba ke tanah air kelak.

Sahabat-sahabiah yang dikasihi sekalian,

Cubit peha kanan, terasa peha kiri. Sesiapa yang tidak mengambil peduli masalah ummah, maka dia bukanlah dari umat Islam. Pesanan-pesanan sedemikian merupakan satu peringatan dari Junjungan Besar S.A.W, betapa Islam agama realistik. Dengan jaringan aqidah, kita tidak hidup sendirian. Penderitaan yang sedang dilalui oleh saudara-mara kita di bumi bergolak, sebenarnya mencabar rasa kebersamaan kita dengan mereka. Senaraikanlah, berapa bumi umat Islam yang bergolak. Pasti masih ada berbaki yang di luar pengetahuan kita. Syeikh Ahmad Yasin ketika ditanya oleh seseorang yang bukan Palestin, ”Bagaimana aku ingin menyertai perjuangan kalian di bumi ini?”. beliau menjawab, ”Tidak perlu, berjuanglah dan tentanglah musuh Islam di bumi kalian, pasti kami rasa dibantu”. Di sini sambutan Eid al-Adha ditumpahkan darah binatang korban. Di seberang sana, darah manusia yang tidak berdosa dikorbankan demi memastikan nafsu serakah orde kuffar dilayan semahu-mahunya. Justeru menjadi kewajiban ke atas kita untuk membantu mereka semampu mungkin. Dari sudut doa, moral dan material, warga PMRAM seharusnya tidak ketinggalan bertanggungjawab terhadap isu. Dengan agenda kebajikan dan kemanusiaan PMRAM, usaha ini berterusan dan ia tidak akan bermusim.

Sahabat-sahabiah yang dihormati,

Kini telah tiba tempoh persediaan peperiksaan untuk sesi ini. Kepada yang baru, selamat datang ke alam mahasiswa. Kepada yang lebih dewasa, kalian bertanggungjawab membimbing dan memberi tunjuk ajar. Kepada yang pernah tergelincir, teruskan usaha dan jangan putus asa. Kegagalan dalam peperiksaan bukanlah pengakhiran buat segalanya. Teruskan usaha, langsaikan tanggungjawab sebagai penuntut ilmu agama Allah di bumi bertuah ini.

Buat akhirnya,

Saya mewakili barisan kepimpinan Badan Pengurus dan Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas kesilapan dan kekurangan sepanjang kita bersama dalam sesi ini. Kami mendoakan agar hidup kalian sentiasa di bawah lembayung rahmat, moga dengan ukhuwwah ini kita akan bertemu ditempat yang indah di akhirat kelak.
Selamat Hari Raya Eid al-Adha, Maaf Zahir dan Batin.

5x الله أكبز
الله أكبز ولله الحمد
Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh
Abdul Mu’izz Bin Muhammad
Presiden,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2009.



P/s : Kami menjunjung kasih tuan presiden......

27 November 2009

APAKAH ITU DAYUS??



Assalamualaikum semua...




Berkenaan dengan tajuk di atas, kita akan menceritakan serba sedikit apakah itu dayus yang sebenarnya. Perkataan dayus ini berasal dari bahasa arab dan telah diguna pakai juga di dalam bahasa melayu kita hari ini. Masyarakat kita amnya begitu mengetahui dan pernah mendengar perkataan dayus ini. Bila? Ketika seorang lelaki memukul seorang perempuan maka lelaki tersebut akan dikatakan dayus. Adakah hanya itu saja maksud dayus yang sebenarnya? Dan apakah pula balasan bagi mereka yang dayus ini? Entri kali ini kita huraikan serba sedikit apakah itu dayus di sisi ISLAM. Dan apakah balasan bagi mereka yang melakukan perkara ini.
Telah menceritakan oleh imam Ahmad dan Nasaie dan Hakim daripada Ibnu Umar, "Tiga orang yang telah mengharamkan oleh ALLAH tabaroka wa taala akan mereka itu masuk ke dalam syurga. Pertamanya orang yang mengekali minum arak, keduanya orang menderhakai bagi kedua ibu bapanya, dan yang ketiganya ialah orang yang dayus yakni orang yang membiarkan ahlinya(keluarganya) melakukan kejahatan zina sedangkan dia mengetahui perbuatan ahlinya tersebut."

Dan berkata setengah ulamak, makna dayus itu ialah seorang lelaki yang tidak melarang akan lelaki yang lain daripada terlalu beramah mesra dengan isterinya. Dan kata setengah ulamak lagi makna dayus itu orang yang membeli akan seorang jariah yakni hamba perempuan dan menyuruh si hamba perempuan tadi bernyanyi2 bagi segala manusia. Berdasarkan petikan daripada Hadis di atas boleh lah kita faham bahawa dayus itu ialah seorang suami atau lelaki yang membiarkan saja ahli keluarganya melakukan muksiat kepada ALLAH tanpa ada rasa ingin tegur atau perbaiki kesalahan tersebut. Semua kita sudah maklum bahawa syurga itu ada pintu2nya untuk di masuki oleh orang yang beriman. Menyuruh oleh ALLAH akan pintu2 syurga tersebut dengan kataNYA, "Engkau(pintu syurga) diharamkan masuk oleh mereka yang mengetahui kejahatan zina daripada ahlinya sedangkan dia diam saja tanpa berbuat apa2 dan tidak rasa cemburu pula."

Bila kita telah mengetahui serba sedikit tentang perkara ini maka kita yang telah diberikan akal yang salim dari ALLAH taala mampu untuk berfikir. Kejahatan atau muksiat yang dilakukan oleh ahlinya bukan sahaja berbentuk zina, bahkan apa2 saja perbuatan yang secara jelas bertentangan dengan ajaran ISLAM dan si suami itu tadi pula membiarkan saja ahlinya melakukan perkara tersebut, maka dia termasuk di dalam golongan yang ALLAH taala haramkan untuk masuk syurga iaitu DAYUS! Sebagai contoh jika anak perempuannya tidak menutup aurat ketika keluar dari rumah sedangkan dia tahu bahawa menutup aurat itu WAJIB, tapi dia hanya membiarkan saja perbuatan anak perempuannya tadi. Maka itu dayus. Lagi contoh yang boleh kita bawakan ialah bila seorang suami membiarkan si isteri(tanpa ada rasa cemburu) beramah mesra yang bersangataN dengan lelaki lain. Apatah lagi jika lelaki lain tersebut menyentuh pula isterinya? Seperti yang berlaku pada hari ini. Contoh mudah yang boleh kita bawakan ialah adegan pegang memegang, peluk memeluk dan sebagainya lagi adegan yang dilakukan di dalam filem mahupun drama. Bukan saja dosa yang mereka dapat. Bahkan para suami mereka atau ayah mereka yang membiarkan perbuatan ahli2 mereka di dalam adegan tersebut juga adalah DAYUS seperti yang telah NABI ceritakan di dalam hadis baginda. Bagaimanakah gamaknya perasaan mereka tatkala melihat dengan gembira adegan isteri mereka yang peluk atau bermesra2 dengan pelakon lelaki yang lain??? ALLAHu Robbi....

Tidak perlu tunggu lelaki memukul perempuan barulah dinamakan sebagai dayus. Jika berlaku perkara seperti ini(membiarkan ahli keluarga melakukan muksiat terhadap ALLAH dalam keadaan dia mengetahuinya) juga adalah sebesar2 DAYUS! Ingatlah, syurga itu bukan saja kita yang ingin memasukinya. Ahli keluarga kita juga menginginkannya. Apa guna kita ini melakukan ibadat yang tanpa henti sedangkan anak bini kita keluar rumah tidak tutup aurat dan kita pula tak pernah endahkan. Bagi kita, "mereka adalah mereka dan aku adalah aku". Adakah begitu? Pernahkah kita mendengar kisah lelaki yang 'kurus' amalannya dan tidak dibenarkan masuk ke dalam syurga kerana amalannya itu telah diambil atau telah dituntut oleh ahlinya di akhirat kelak?? Amat rugilah kita jika kita ini saja yang sentiasa jemaah di masjid, usung kitab menadah ilmu tapi anak bini kita, kita hanya biarkan saja terkapai2. Nantilah balasannya di akhirat kelak.

Perbahasan tentang dayus ini perlu diketahui bahawa dikecualikan bagi mereka yang tidak mengetahui langsung kejahatan ahlinya. Ini kerana perbuatan kejahatan ahlinya yang dilakukan dibelakangnya sememang dia tidak mengetahuinya.. Yang menjadi dosanya(dayus) bila dia mengetahuinya(perbuatan muksiat tersebut) tapi hanya diam saja.. Jika kita memang tidak tahu perbuatan mereka dibelakang kita, apa yang mampu kita lakukan lagi? Kita tak punya satelit untuk meninjau mereka setiap saat dan ketika. Yang mampu ialah mengajar mereka ilmu agama dan berdoa kepada ALLAh moga ALLAH perlihara seluruh ahli keluarga kita. Peringatan pada diri saya dan semua, inilah antara tanggungjawab sebagai seorang suami. Bukan sekadar berseronok2 dengan isteri sahaja.... Wallahu a'lam.....




*Rujukan kitab Muhimmah fi ilmi hadis Nabi صلى الله عليه و سلم
Karangan Syaikh Abdullah bin Abdur Rahman Al Fathoni.

24 November 2009

TERUBAT RINDU BILA BER 'YM' BERSAMA TUAN GURU........

Assalamualaikum semua...

Tengah pagi tadi lebih kurang jam 1 lebih hampir2 ke pukul 2 pagi waktu mesir, tok guru ku iaitu Tuan Guru Ustaz Al Amin Al Kalantani menegurku di YM.... Wah, akhirnya..... Tok guru tegur juga... Baru tengahari tadi saja aku ambil nombor malaysianya dari Abe We. Akhirnya dapat juga lepaskan rindu bila ber 'ym' bersama tok guru...... Akanku abadikan YM pertama
bersamanya selepas beliau selamat pulang ke Malaysia di dalam blog ini...


Kenangan bersama Tuan Guru ketika majlis khatam bacaan Al Quran anjuran DPMM suatu ketika dahulu...





Syaikhuna Al Amin: assalamualaikum ya ustazi
Syaikhuna Al Amin: kef haalak
Ufuk Merah: wslm ya syaikhuna
Ufuk Merah: alhamdulillah kher
Ufuk Merah: ustaz sht kaa
Ufuk Merah: lma x dgr brita
Ufuk Merah: blik senyap jaa
Ufuk Merah: huhuhuh
Ufuk Merah: sht ka
Syaikhuna Al Amin: demam2 sket sbb hujan lebat sgt
Ufuk Merah: yaka
Syaikhuna Al Amin: harini ok sket
Ufuk Merah: bnjir x
Syaikhuna Al Amin: smlm dh banjir
Ufuk Merah: kg ustaz cmna??
Ufuk Merah: bnjir?
Syaikhuna Al Amin: ok lg
Syaikhuna Al Amin: xnaik lg
Syaikhuna Al Amin: kat malaysia ni komitmen tnggi syeikh
Syaikhuna Al Amin: busy sgt
Syaikhuna Al Amin: tido pun kdg xckp
Syaikhuna Al Amin: hehehehe
Syaikhuna Al Amin: ana ngaja kafa skrg ni kat masjid utk 4 minggu
Syaikhuna Al Amin: 27hb 12 ni ana ngaja kat UDM
Ufuk Merah: wah2
Ufuk Merah: mantop tok guru sy ni
Syaikhuna Al Amin: sebagai pengajar sementara je
Ufuk Merah: bru blik jaa dh berkhidmat
Syaikhuna Al Amin: semalam ana naik terengganu
Ufuk Merah: ada apa??
Syaikhuna Al Amin: urusankan sjil
Ufuk Merah: oo
Syaikhuna Al Amin: amik surat twaran
Ufuk Merah: aa
Ufuk Merah: apa cita mlsia
Syaikhuna Al Amin: alhamdulillah
Syaikhuna Al Amin: husam musa nak letak jawatan
Syaikhuna Al Amin: hihihihi
Ufuk Merah: sungguh ka
Ufuk Merah: atau khabar angin jaa
Syaikhuna Al Amin: xtahu
Syaikhuna Al Amin: xbetul kot
Syaikhuna Al Amin: sbb dia dah nafikan
Syaikhuna Al Amin: dalam akhbar
Syaikhuna Al Amin: rindu sgt kat mansurah
Ufuk Merah: hehehe
Ufuk Merah: mai laa kot ni lg
Syaikhuna Al Amin: syeikh mantapkan bahasa arab sementara duk kat sana
Ufuk Merah: tu aaa
Syaikhuna Al Amin: bila balik itu ukuran org malaysia terhadap al-azhari
Ufuk Merah: aa
Syaikhuna Al Amin: ana ada jumpa dr arab
Ufuk Merah: kt mna
Syaikhuna Al Amin: dr jordan kat udm
Syaikhuna Al Amin: dia ngaja stu
Ufuk Merah: pastu
Syaikhuna Al Amin: pensyarah baru
Ufuk Merah: sembang arab la noh
Syaikhuna Al Amin: alhamdulillah boleh la sembang
Ufuk Merah: aa
Ufuk Merah: ammi mesit ka
Ufuk Merah: hehehe
Syaikhuna Al Amin: dia ckp fushah
Syaikhuna Al Amin: ana hentam ammiyah
Syaikhuna Al Amin: hahahha
Syaikhuna Al Amin: tp dia faham
Syaikhuna Al Amin: so ana ikut rentak dia
Syaikhuna Al Amin: fushahkan ayat
Ufuk Merah: hehehe
Ufuk Merah: syok2
Syaikhuna Al Amin: senang je nak fushahkan ayat
Ufuk Merah: blik mlsia bru tau noh
Ufuk Merah: heheh
Syaikhuna Al Amin: sbb dah blaja dalam kitab
Ufuk Merah: hmm
Syaikhuna Al Amin: so kuasai dua2
Ufuk Merah: tu aaa
Syaikhuna Al Amin: ammiyah dan fushah
Ufuk Merah: hmm
Ufuk Merah: rsau gak
Ufuk Merah: tkut x dpt kuasai lg
Ufuk Merah: malu laa blik mlsia nnti
Syaikhuna Al Amin: kena kawan dgn arab kuliah
Syaikhuna Al Amin: semban selalu
Syaikhuna Al Amin: xfaham tanya
Syaikhuna Al Amin: insyAllah
Syaikhuna Al Amin: enta boleh dah cuma nak mantapkan lg
Syaikhuna Al Amin:
Ufuk Merah: hehehe
Ufuk Merah: bru dok merangka ustaz
Ufuk Merah: merangkak*
Syaikhuna Al Amin: bila nak duk kerah
Syaikhuna Al Amin: dah start talaqqi ke
Syaikhuna Al Amin: doa2kan ana masa ngaji tu
Ufuk Merah: x blik lg
Ufuk Merah: urusan kuliah sni dlu
Ufuk Merah: yaa
Ufuk Merah: ustaz pon doa2 knlah kt sy
Syaikhuna Al Amin: lepas imtihan la noh
Ufuk Merah: rindu aa suasana dulu
Syaikhuna Al Amin: insyAllah
Ufuk Merah: tp skang ustaz dok jauh dh
Syaikhuna Al Amin: ya rindu gak
Syaikhuna Al Amin: xpe ym ada
Syaikhuna Al Amin: hehehe
Syaikhuna Al Amin: dekat di hati
Syaikhuna Al Amin: ukhuwwah tetap berpanjangan
Ufuk Merah: hehehe
Syaikhuna Al Amin: dah balik sni bgtau la
Ufuk Merah: jiwang laa plak
Syaikhuna Al Amin: mai jalan kelantan
Ufuk Merah: pg2 sna
Ufuk Merah: heheh
Syaikhuna Al Amin: hahaha
Ufuk Merah: thn sy blik kot
Ufuk Merah: insya ALLAH smpai
Syaikhuna Al Amin: tahun ni ka
Syaikhuna Al Amin: lepas imtihan
Ufuk Merah: thn dpan
Ufuk Merah: silap tulis td..
Syaikhuna Al Amin: bagus2
Syaikhuna Al Amin: leh jumpa
Ufuk Merah: xpa
Syaikhuna Al Amin: insyAllah
Ufuk Merah: sy dh amek no ustaz td kt abe we
Syaikhuna Al Amin: ana nak gi jalan kedah gak
Syaikhuna Al Amin: tok guru ramai sana
Ufuk Merah: haaa
Ufuk Merah: bleh sy bwa kn nnti
Ufuk Merah: klu jd thn dpan blik laa
Syaikhuna Al Amin: org peghak mesti tau
Syaikhuna Al Amin: hehehehe
Syaikhuna Al Amin: dekat je kan
Ufuk Merah: nnti sy amek alamat plak
Ufuk Merah: no dh amek
Syaikhuna Al Amin: ya
Ufuk Merah: abe we ngn abe ki watpa la ni??
Syaikhuna Al Amin: dah ada ka no ana
Ufuk Merah: yaa
Ufuk Merah: kt abe we td
Syaikhuna Al Amin: abg wan ngaja seklah kat keramat
Syaikhuna Al Amin: abg kie ngaja kat beit taubah
Ufuk Merah: wah
Ufuk Merah: jauhnya
Ufuk Merah: haaa??
Syaikhuna Al Amin: rumah pemulihan
Ufuk Merah: ooo
Ufuk Merah: hehehe
Ufuk Merah: pkat2 ada keja blaka dh
Syaikhuna Al Amin: abg kie jd mudir stu
Ufuk Merah: xlaa tnam anggur sgt kn
Syaikhuna Al Amin: yg ni utk sementara je dl
Ufuk Merah: aa
Ufuk Merah: xpala
Syaikhuna Al Amin: nk cr tetap kena kira lain
Syaikhuna Al Amin: xpela
Syaikhuna Al Amin: pengalaman tu
Ufuk Merah: dripda dok sja,bek wat keja apa2 yg ptt
Syaikhuna Al Amin: yg pntg leh dakwah
Ufuk Merah: ustaz x nek pntas ceramah politik lg ka
Syaikhuna Al Amin: hehehe
Syaikhuna Al Amin: ana penyokong dr blkg je
Ufuk Merah: alaa.bila lg
Ufuk Merah: lantang2 dh
Syaikhuna Al Amin: dakwh ana nk bawa org umno jd pas
Syaikhuna Al Amin: secara senyap
Ufuk Merah: haaaa
Ufuk Merah: kna join org umno la jg
Ufuk Merah: tp hati2
Ufuk Merah: nnti depa kta kita umno plak
Syaikhuna Al Amin: xjoin
Ufuk Merah: hehehe
Syaikhuna Al Amin: ana dakwah secara umum bg faham agama tanpa sentuh politik
Syaikhuna Al Amin: so org umno leh terima
Ufuk Merah: yaaaa
Ufuk Merah: sy stuju
Syaikhuna Al Amin: bila dia faham agama
Ufuk Merah: bila depa dh phm,x yah ajk
Syaikhuna Al Amin: kita slow2 masuk politik
Syaikhuna Al Amin: ya
Ufuk Merah: nnti mai ja isi borang kt kita kn
Ufuk Merah: hehehe
Syaikhuna Al Amin: ya
Ufuk Merah: mai sndiri kt kita
Syaikhuna Al Amin: kita nak dia join pas dalam keadaan faham
Syaikhuna Al Amin: bukan atas semangat smata2
Syaikhuna Al Amin: ilmu mesti menjadi tali ukur utama
Syaikhuna Al Amin: bukan emosi
Ufuk Merah: yaa
Ufuk Merah: kuarga ustaz cmna??
Syaikhuna Al Amin: syeikh ana nak mkn jap ek..jap lagi nak ngaja kafa lak kat masjid
Ufuk Merah: shak2 sokmo ko?
Syaikhuna Al Amin: keluarga sihat semua
Ufuk Merah: aa
Syaikhuna Al Amin: alhamdulillah
Ufuk Merah: makan paa??
Ufuk Merah: nasi goreng kaa??
Ufuk Merah: budu??
Syaikhuna Al Amin: nasik kerabu
Syaikhuna Al Amin: hehehe
Ufuk Merah: wah2
Syaikhuna Al Amin: ayam bakar
Ufuk Merah: hhohohoh
Ufuk Merah: pecah air liur ni
Syaikhuna Al Amin: kirim salam semua ya
Ufuk Merah: yaaa
Syaikhuna Al Amin: hehehe
Ufuk Merah: alaaa
Ufuk Merah: nnti ym lg
Syaikhuna Al Amin: ok..minta diri dl
Ufuk Merah: xleh on sllu ka??
Syaikhuna Al Amin: insyAllah
Ufuk Merah: yaa
Syaikhuna Al Amin: ada je kat umah
Ufuk Merah: doakn sy ustaz...
Syaikhuna Al Amin: cuma masa kdg xsempat
Syaikhuna Al Amin: Allahu ma'ak
Syaikhuna Al Amin: ok
Ufuk Merah: moga thabat dlm perjuangan dlm menuntut ilmu ni..
Syaikhuna Al Amin: insyAllah
Syaikhuna Al Amin: betulkan niat krn Allah
Ufuk Merah: yaaa
Syaikhuna Al Amin: insyAllah Dia akan bantu
Syaikhuna Al Amin is typing a message.
Syaikhuna Al Amin: assalamualaikum
Ufuk Merah: waalaikumussalam

Aku doakan moga tok guru thabat dalam perjuangan dan mewaqafkan diri untuk masyarakat dan perjuangan.....

ZAMAN PENYATUAN........

Sekadar gambar hiasan


Assalamualaikum semua...

'Negeri' Jazirah Al Ward merupakan sebuah 'negeri' yang menjadi tumpuan 'dunia' kerana isu-isu yang sering berbangkit. Apatah lagi ketika musim pilihanraya umum baru-baru ini menyaksikan 'negeri' ini mendapat tumpuan secara amnya. Anggaran penduduk yang menjadi warganegara(mengikut kiraan jabatan perangkaan 'negeri') sekitar lebih dari 500 orang adalah satu jumlah yang bukan mudah untuk memerintah dan memayungi 'rakyat'nya yang berbilang fe'el itu. Namun berdasarkan pengalaman dan rasa amanah dengan tugas masing-masing yang telah dipikul oleh exco 'kerajaan negeri',sehingga kini 'kerajaan negeri' dapat mengekalkan pemerintahannya tanpa ada campur tangan dari pihak luar.

Penubuhan 'kerajaan merdeka' ini bermula dari tahun 1993(jika tak silap akulaa..). Ketika itu 'rakyat'nya tidaklah seramai sekarang. Namun dengan tekad dan keazaman,mereka mampu menubuhkan sebuah 'kerajaan merdeka'. Dari jasa dan gerak kerja mereka generasi terdahulu telah membuahkan hasil. Kesannya 'kerajaan' ini terus ada dan bertukar pemimpin silih berganti sehinggalah sekarang. Generasi demi generasi berlalu. Dari tahun bermulanya ia 'berkerajaan' sendiri sehinggalah sekarang telah dipimpin selama 16 generasi dan pemimpin terkini merupakan pemimpin generasi yang ke-16(betoilaa kot noh?). Pelbagai dugaan dan cabaran telah mereka lalui. Suka duka,gelak tangis dan rajuk rindu bersama. Mematangkan lagi 'rakyat' dan pemimpinnya.

Ketika masih diawal pemerintahan generasi terdahulu,'rakyat'nya sentiasa bersatu padu dalam semua keadaan dan tiada kacau bilau di dalam urusan pentadbiran harian. Namun sejak akhir-akhir kebelakangan ini mula menampakan sedikit kecelaruan hubungan antara 'rakyat' dan pemimpin. Walaupun sesetengah pihak merasakan ini adalah sesuatu yang kecil,namun ketahuilah jika tidak menjaga dan mengatasi masalah ini dengan sebaiknya,musuh atau anasir asing senantiasa memerhati dan tak mustahil akan mengambil kesempatan di atas kelemahan yang berlaku. Walaupun berada dalam 'kerajaan' dan warganegara yang sama,ketidaksefahaman tetap berlaku. Itu lumrah. Namun itu bukanlah alasan untuk kita terus membiarkan masalah ini berlarutan. Ini bukanlah satu masalah yang boleh dipandang ringan. Sejarah telah membuktikan betapa perpaduan dan ukhwah itu penting dalam sesebuah negara. Banyak kerajaan Islam terdahulu tumbang kerana tiada perpaduan. Bila pemimpin dengan cara tersendiri dan 'rakyat'nya pula dengan fe'el masing-masing tanpa mahu muhasabah kelemahan diri,maka akan goyahlah sesebuah negara itu.

Dan 'negeri' Jazirah Al Ward ini juga tidak terlepas dengan masalah ini. Walaupun masyarakat 'dunia' melihat 'negeri' ini seperti tiada apa yang berlaku,namun hakikatnya tetap ada masalah yang sedemikian itu. Jika generasi dahulu tidak gusar tentang hal ini,tapi sekarang tidak boleh lagi duduk sedap tanpa memikirkan masalah ini. Bersatulah di bawah satu panji! Bersatulah di bawah satu dasar! Bersatulah di bawah satu fikrah! Andai perkara usul ini dapat diselesaikan dengan elok,maka 'kerajaan' ini akan terus memerintah dengan meneruskan kebajikan untuk 'rakyat'nya sesuai mengikut zaman dan realiti kehidupan mereka.

Apa yang menyedihkan ialah setelah melakukan pelbagai program kebajikan oleh 'kerajaan negeri' untuk 'rakyat',ia kurang mendapat sambutan dari kalangan 'rakyat'nya sendiri. Mengapa begini? Di mana perginya 'rakyat'nya yang berjumlah lebih dari 500 orang ini??? Jika ramai dikalangan 'rakyat'nya sibuk sekalipun,tidak bolehkah mencukupkan sehingga 200 orang sekali program berlangsung?? Pernah kita muhasabah tentang perkara ini?? Salah siapa? Pemimpinkah yang memerintah tidak mesra rakyat atau 'rakyat'nya yang sukar untuk meruntuhkan ego masing-masing?? Itu yang kita tak tahu! Jadi di manakah jalan penyelesaian kita?? Bagaimana ingin diselesaikan? Jika kita membiarkan perkara ini berterusan tanpa mengambil langkah-langkah penjagaan dan pembaik pulihan,maka tunggulah saat-saat kejatuhan 'kerajaan merdeka' ini. Andai jatuh jua (tak pernah mintak)seperti yang kita semua tidak inginkan ini,nescaya berdukalah mereka generasi terdahulu. Berbelas generasi telah berlalu,akhirnya di zaman kita ia berakhir sebuah 'kerajaan merdeka' ini. Adakah kita inginkan begitu?? Na'uzubillahiminzalik...........

Oleh itu marilah sama-sama kita cari balik titik persamaan. Rapatkanlah kembali ukhwah sesama kita. Masing-masing muhasabah kembali silap kita semua. Usah menuding jari sesama sendiri. Yaaaa,kita tetap ada kelemahan. Tapi itu bukanlah alasan untuk kita terus 'bercakaran' sesama sendiri. Kita terus berkempen supaya ukhwah kita rapat dan teguh seperti generasi terdahulu. Amat malang bagi kita jika mereka melihat keadaan kita sekarang. Bila ukhwah sudah mantap,tidak usah gusar lagi tentang komitmen 'rakyat' terhadap apa jua program kebajikan pemerintah untuk 'rakyat'nya tersayang. Usah biarkan jiwa memendam rasa terhadap mereka yang lain. Itu tak selesaikan masalah. Mungkin zahir terlahirnya senyum,namun hati terluka siapa tahu???

Zaman ini ialah zaman penyatuan kembali. Insya ALLAH 'kerajaan' dan 'rakyat' tidak suuzhon sesama sendiri lagi dan sebarang program kebajikan 'kerajaan' mendapat komitmen sepenuhnya dari 'rakyat' sendiri. Kelemahan yang paling ketara ialah bila 'tak da dah muka orang lain,asyik muka tu jaa mai program',jadi jika 'zaman penyatuan' ini menjadi kenyataan,maka tiada lagi masalah dari segi ini....

ZAMAN PENYATUAN...



Sekadar gambar hiasan

21 November 2009

MENCARI KETURUNAN HAJI HASAN BIN AWANG BESAR




Assalamualaikum semua...




Entri kali ini lebih kepada jejak kasih lah lebih kurang orang cakap.... Saya ingin mencari keturunan saya.... Moyang saya yang bernama Haji Hasan bin Awang Besar.... Di bawah ini saya sertakan sedikit maklumat tentang keturunan saya..

Nenek saya(Halimah) adalah anak kepada Al Marhum Haji Hasan bin Haji Awang Besar, seorang yang sangat disegani dan berpengaruh di Kampung Ulu Mengkuang, Selama, Perak. Haji Hasan adalah pengasas Sekolah Kebangsaan Ulu Mengkuang. Pada tahun 1952 semasa beliau menjadi ketua kampung. Beliau lebih dikenali dengan nama Haji Ahmad di Daerah Selama.

Saya telah diberitahu oleh Paksu saya(Ustaz Kamal), dan paksu saya
pula mendengar dari Al Marhum Haji Syafii bin Hashim(sepupu kepada nenek saya) bahawa keturunan Haji Hasan adalah seperti berikut:

HAJI HASAN bin Awang Besar, bin Abu, bin Ismail, bin Pedu


Kata Haji Syafii bahawa Pedu ialah asal bagi nama Daerah Pedu yang terkenal dengan Tasik Pedu. Pedu berasal dari Negeri Patani Darus Salam. Namun ada setengah penulis sejarah mengatakan bahawa Pedu adalah sempena nama seorang raja keturunan Kedah Siam. Nama baginda(Pedu) yang sebenar ialah Sultan Madzafar Shah III ibnu Khalifah Syarif Abu Bakar Shah, atau di gelar Tuanku Sulong atau Koya Long. Dalam bahasa Siam, Pedu bererti abang atau abang sulong. Baginda pernah menjadi Raja di Kemboja Cempakasari pada tahun 1758 Masihi, juga pernah menjadi raja di Kuala Kangsar Perak.

Perkara ini tidak semestinya bercanggah, kerana Patani dulu adalah daerah/negeri di bawah naungan Kerajaan Islam Kedah Siam dan terletak hampir dengan Kemboja.. Barangkali itu(Pedu) adalah orang yang sama. Jika perkara ini benar maka ertinya Haji Hasan adalah keturunan raja Kerajaan Islam Kedah Siam yang memerintah Patani atau Kemboja. Ini diperkuatkan lagi oleh cerita nenek saya bahawa kami adalah keturunan Long Jaafar. Mungkin dia orang yang sama dengan Tuanku syed Long Jaafar. Baginda(Tuanku Syed Long Jaafar) ialah anak kepada Panglima Bukit Gantang (1824-1862). Dan baginda(Tuanku Syed Long Jaafar) juga merangkap cucu kepada Pedu (Tuanku Sulong). Ditambah lagi adanya anak Pedu yang bernama Syed Long Ismail, barangkali orang yang sama dengan Ismail(moyang kami),dia pula merangkap adinda kepada Panglima Bukit Gantang (Syed Alang Alauddin). Kemudian dengan adanya Abu(moyang kami) dalam silsilah yang diterangkan Haji Syafii sebelum ini yang mungkin adalah Abu Toha yang menjadi Raja Selama/Bagan Serai, dan digelar Keramat Perang, merangkap adinda kepada Long Jaafar.

Namun perkara ini perlukan kajian dan bukti yang tepat.. Sesiapa mempunyai maklumat lanjut mengenai Pedu, saudara mara dan zuriatnya silalah catatkan dalam blog ini.

Moyang saya, Nenda Saerah dan Nenda Sabariah adalah saudaranya(Hj. Hasan bin Awang Besar) yang masih hidup, kedua-duanya berada di Batu Kurau, Perak. Semoga Allah memanjangkan usia mereka berdua dengan kesihatan yang baik..

Anak-anak Haji Hasan ialah (Datuk Long) Badruzzaman kini tinggal di Taman Menteri, Changkat Jering, Taiping. (Datuk Ngah) Azzahari, telah meninggal. (Tok Lang) Halimah, nenek saya. (Tok Teh) Aishah tinggal di Kuala Lumpur; (Datuk Andak) Muhammad Nor, tinggal di Ulu Mengkuang, Selama. Sekarang ketua kampung di sana, mewarisi bakat bapanya. (Tok Cik) Badariah tinggal di Guar Petai, Selama. (Tok Anjang) Zaharah, ibu kepada ustaz Arif Shah, Perak(Usuluddin syukbah Dakwah Al Azhar Kaherah Tahun 4 sekarang) tinggal di Taiping.

Maklumat2 ini saya ambil dari blog Paksu saya(ustaz Kamal). Diharapkan kepada sesiapa yang ada kena mengena dengan keturunan ini bolehlah tinggalkan maklumat di ruangan komen. Kami harapkan sangat dapat menyambung kembali silaturrohim antara adik beradik.


20 November 2009

DAH BESAR DAH IMTIYAZ NI....




Assalamualaikum semua..




Saja nak tulis tentang si budak kecil ni. Dedikasi khas untuk si kecil bernama Imtiyaz Sufiyah binti Mohd Sazamir. Imtiyaz merupakan anak kepada kawan kami, Sazamir dan bininya, Kak Ida(tak tau nama betoi,hehehe). Imtiyaz lahir di Mansurah, Daqohliyah, Mesir.... Baru2 ini Imtiyaz sudah selamat kembali ke Mesir bersama2 ibu bapanya. Setelah lebih 3 bulan bercuti bersama opah dan datuk tersayang di kampung. Kelmaren aku baru saja berjumpa dengannya. Sudah lama memahat keinginan ingin berjumpa dengannya. Cuma kelmaren baru ada peluang. Sehari sebelum itu aku sudah bertandang ke rumah Sazamir, namun kecewa menyelubungi apabila Imtiyaz sudah tidur. Hati ini bertambah gembira ingin berjumpanya bila mengetahui Imtiyaz sudah boleh berjalan. Ketika aku bertamu ke rumah Sazamir, dia menceritakan perihal Imtiyaz yang sudah pandai ke dapur seorang diri. Allaah... Mesti kelihatan comel Imtiyaz bila terkodek2 berjalan2 ke sana ke mari. Maklumlah baru mampu berjalan. Hehehee.

Bila peluang yang ada itu, aku tak lepaskan. Pada awalnya Imtiyaz susah untuk membiasakan diri dengan kami. Dia sentiasa ikut ayahnya ke mana pergi. Walaupun ayahnya tidak memegangnya namun tangan kecilnya itu sentiasa menggenggam erat jari terlunjuk ayahnya. Allaaah, comelnya Imtiyaz. Tapi oleh kerana menggunakan kecekapan aku yang pernah 'menjaga' 5 orang adik2 ku sebelum ini, Imtiyaz mula menerima kami.Hehehehe. Bila kami makan kuih raya bersamanya, dia merengek2 juga inginkan kuih tersebut..

"Nak, naak...." Comelnya suara dia...

Aku lantas mendakap Imtiyaz melepaskan rindu di hati. Sudah lama tak menatap wajahnya. Sayang Imtiyaz... Aku mengomolnya sepuas mungkin. Geram sangat pada Imtiyaz. Mukanya lebih kepada ayahnya. Dikuatkan lagi oleh kalam ibunya yang mengatakan Imtiyaz seperti Sazamir ketika kecil dahulu. Hehehehe. Jangan ikut perangai ayahnya sudahla yaa Imtiyaz. Hehehe. Bila aku mendakapnya dan menghayunkan perlahan2 tubuhnya sambil menyanyi kan muzik(muzik apa benda entah, aku main reka jaa). Dia ikut kembali perlahan2 rentak muzik yang aku mainkan itu. Aduuuuh, Imtiyaz... Comelnya kamu...

Bila melihat wajahnya, teringat kembali waktu dia kecil dahulu.... Memang sudah lain sangat berbanding gambarnya ketika kecil dahulu. Sekarang sudah besar yaa Imtiyaz. Moga Imtiyaz jadi anak yang solehah.. Harapan ayah dan ibu. Jadilah orang yang sentiasa cemerlang dalam urusan agamamu,duniamu dan akhiratmu seperti nama mu itu.. Pak Teh Kimi(bahasa gantian bagi ammu,hehehe) sentiasa doakan Imtiyaz.

Masa ni imtiyaz baru berapa bulan... Kecik lagi dia...

Tidur nyenyak dia...

Gambar ini dirakam pada tarikh 14 hb 11 2008....

Sayang Imtiyaz....

Gambar terakhir sebelum Imtiyaz balik cuti di Malaysia...

Gambar terbaru Imtiyaz bersama Pak Teh Kimi....

HANYA KERANA BERBEZA TEMPAT DAN STATUS.....



Datang seorang teman padaku meluahkan rasa. Dari raut wajahnya dia benar2 kecewa. Kecewa kerana apa? Soalan yang akan menjengah kepadanya sebentar lagi. Mengapa kau begini teman? Tak pernahku lihat kau bermuram durja begini. Perasaan apa yang telah menyerangmu sebegini rupa? Luahkan lah padaku...

Dia mula membuka bicara. Lemah bicaranya. Wajahnya juga menceritakan kesedihan hatinya itu. Yaaaa, aku tak pernah lihat dia begini. Ku kenalnya seorang yang ceria. Namun ketika hari ini menyapa, dia dalam keadaan begini. Mengapa? Bibirnya mula bersuara.

"Aku sedih kerana cintaku ditolak hanya kerana aku bukan dari negerinya dan aku bukan dari mereka yang hafaz Al Quran... Ibunya inginkan begitu. Dari negeri yang sama dan hafaz Al Quran.. Dia sudah bersedia menjadi suri hidupku. Namun ibunya inginkan anaknya bernikah dengan orang negeri yang sama dan sama sepertinya seorang hafizah.."

Longlai bicaranya. Aku cuba memahami. Dia jadi begitu bila cintanya ditolak. Bukan kerana si gadis membuangnya. Tapi kerana turutkan kata ibu. Itu hak ibunya berbicara dan berkeinginan. Cinta juga makhluk ALLAH. Kasih, sayang juga begitu. Memang memeritkan jika hajat yang sudah lama diimpikan tidak kesampaian dihujung destinasi. Namun hidup perlu diteruskan. Bak kata orang terdahulu, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Namun setelah kehilangan bunga yang disulam elok dan dijaga rapi dan perlu digantikan yang baru, memang cukup menyedihkan. Hakikat perlu diterima.. Jodoh dengannya takkan kunjung tiba lagi. Kita yang tak merasai ini mungkin mudah berbicara indah. Namun mereka yang merasainya lebih tahu pahitnya perpisahan.

Buatmu temanku.... Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku tahu si dia yang terbaik bagimu. Tapi kau juga perlu ingat. Sebaik2 dia, ada lagi yang lebih baik darinya. Oleh itu, apa yang terjadi mungkin ALLAh nak ketemukan dikau dengan gadis yang lebih baik......

19 November 2009

MISI MEMBURU MUMTAZ (3M)

Assalamualaikum W.B.T.H

Kepada seluruh ahli DPMM sekalian. Berikut adalah Program motivasi anjuran Unit Pengetahuan & Pendidikan DPMM sesi 2009/2010 yang akan berlangsung dengan jayanya seperti tertera pada iklan di bawah. Sahabat dan Sahabiat sekalian dijemput untuk mengahadiri majlis ini. Mudah-mudahan kehadiran kalian dapat mengambil semangat sempena menghadapi imtihan ini dan seterusnya terus bersemangat untuk mengembara mencari ilmu di Pelembahan Nil ini.

Photobucket

JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH

17 November 2009

ADEGAN TARIK MENARIK YANG SUNGGUH MENARIK...




Assalamualaikum semua..





Saat aku tulis entri ini, baru saja balik dari adegan tarik menarik yang berlaku antara 'tukang tarik' ISMA dan Hewi DPMM. Adegan yang cukup menarik. Yala kan, orang perempuan yang lakukannya. Aku ikhwah ini lihat dan awasi saja lah... Memang nak marah pun pada mereka. Tapi dalam masa yang sama aku tergelak dalam hati saja melihat gelagat 'tukang tarik' ISMA yang berkeras juga nak ambil pelajar baru tersebut. Kami dari pihak DPMM mengatakan pada mereka, biar kami uruskan dulu tentang urusan USMB nya. Kami pun dah letih dengan situasi begini. Kami akan lepaskan juga pelajar baru tersebut. Tapi biar pengarah USMB nak lihat dulu sejauh mana perjalanan urusan USMB nya.

Masa adegan ini berlaku, bawa kepada masuknya waktu maghrib. Azan maghrib berkumandang. Ustaz Labib selaku BP PMRAM dah berbuih mulut mensyarahkan pelbagai perkara kepada mereka. Kalau diberi peluang tadi, 2 jilid kitab dah habis disyarahkan oleh ustaz Labib(Hehehe). Mereka tetap berdegil. Aku pun mula bersuara di celah2 kekalutan itu. Tapi tidaklah syarah seperti ustaz Labib pada awalnya tadi.. Bila mereka cuba menarik pelajar baru tersebut, dengan cepat ustazah Fadhilah(s/u Hewi DPMM) menghalang pergerakan mereka. Beliau menarik kembali pelajar baru itu ke pangkuan Hewi DPMM. Mereka tarik lagi, Hewi DPMM menarik kembali. Tarik dan tarik.. Tarik lagi.. Adegan tarik menarik yang sungguh menarik.. Walaupun nak marah, geli hati itu tetap ada...

Tapi tak mengapalah, secara peribadinya aku pun dah letih dengan keadaan begini. Pihak DPMM pun akan melepaskan jua pelajar tersebut. Cumanya kami akan melepaskannya dengan bersyarat. Terpulang pada kepimpinan membincangkan perkara ini dengan mereka.



Sedikit gambar adegan 'mencemaskan' tadi...



Aku bersama ustaz Kader,ustaz Ismail dan ustaz Nuzul ketika kejadian(jurugambar ustaz Tolha)

15 November 2009

SEHARI DI ALEX......





Assalamualaikum semua....


Baru2 ini ke Iskandariah kerana mengambil barang yang keluarga kirimkan pada orang kampung. Di kesempatan yang ada itu kami(aku,daud exco,syaker,mael) telah berjalan sekitar pantai Mandarah dan menziarahi kawan dan 'abang seperguruan'. Pertama kali ke Iskandariah ketika tahun p1 di Mesir. Masa itu kami masih lagi belum ditauzikan ke furu' masing2. 18 hb 10 200 7 menjadi tarikh keramat kami keluar dari Kaherah ke Iskandariah tanpa mushrif menemani. Dan kali kedua ke Iskandariah ketika bersama kakakku yang datang ke Mesir. Dan ini pula kali ketiga aku ke Iskandariah...

Iskandariah merupakan satu2nya muhafazah yang mempunyai kuliah banat sahaja. Pantai yang terhampar indah menyebabkan pemandangan di Iskandariah cukup cantik. Pernah seorang sahabat berkata padaku,
"Jika kat Alex ada kuliah banin, dah lama aku mintak Alex..."

Aku ketawa kecil ketika itu. Yaa.. Sebab Iskandariah memang indah permandangannya... Itu antara kelebihan pelajar kita di sana....

Kami bertolak dengan menaiki bas dari Talagah. Pertama kali menaiki bas ke Alex. Perjalanan hampir 4 jam memang meletihkan. Aku tak tidur langsung ketika dalam bas. Tak tahulah kenapa susah nak tidur ketika itu. Sampai saja di Alex, kami turun di Sidi Gaber untuk menaiki 'keretapi ayam'(aku tak tau laa sebab pa depa bagi nama lagu tuu) pula ke Asofiroh. Sampai saja di Asofiroh kami tumpang berteduh di rumah pak adam baru merangkap kawan baik kami di Mansurah iaitu Ustaz Farizul. Alhamdulillah ada tempat berteduh. Cumanya kami minta maaf awal2 padanya kerana menganggu beliau malam2 jumaat ni. Hehehehe.


Stesen keretapi Sidi Gaber, Alex...

Dalam keretapi ayam untuk ke Asofiroh....

Kami tiba di Alex pun dah lewat. Letih pula menyelubungi. Apa lagi, tidur dengan nyenyaklah kami malam itu..

Di rumah baba(bakal) Farizul...

Esoknya, lepas solat jumaat, kami terus ke rumah ustazah yang dikehendaki itu. Mengambil barang kiriman keluarga dari kampung dan pulang semula ke rumah Farizul. Tak lama di rumahnya kami mintak diri untuk keluar dari rumahnya kerana ingin bersiar2 dahulu sekitar pantai Mandarah. Seterusnya ke rumah 'abang seperguruan' pula di Mandarah berhampiran dengan markaz DPMI. Ketika bersiar2 di pantai Mandarah, aku terkenang kembali nostalgia ketika mula2 sampai Mesir dahulu. Sebelum ditauzikan pun kami dah berjalan2 hingga ke Alex.. Memang seronoklah ketika itu. Bila teringatkan balik, budak2 lagi masa itu(2007). Hehehehe. Budak2 lah sangat..



Lepak2 pantai Mandarah.....

Setelah puas menikmati keindahan pantai kami terus ke Mandarah untuk ke rumah 'abang seperguruan' pula. Sebetulnya kami memang tidak tahu kedudukan rumahnya. Beliau hanya menyebut berhampiran markaz DPMI. Jadi kami ambil keputusan untuk menunggu berhampiran lorong masuk ke markaz DPMI saja.

Sedang menunggu abang seguru..

Beliau sibuk dengan program adik2 Tib. 'Abang seperguruan' yang aku maksudkan itu ialah Tuan Guru Ustaz Naim As Suriy. Beliau merupakan pelajar lepasan Syria. Seorang yang alim. Beliau juga merupakan anak murid lama kepada tok guru kami ketika beliau belajar di pondok Ustaz Awang Lanai dahulu. Maknanya kami merupakan seperguruan lah. Tak sangka akan bertemu di Alex. Beliau mengikut zaujahnya yang masih belajar di Alex. Sekarang pun beliau ada mengajar di markaz DPMI. Kealiman beliau dalam ilmu memang di i'tiraf. Rasa seronok dapat menziarahi 'abang seguru'. Beliau jamu kami nasi malam itu. Makan nasi di rumah orang alim kena makan sungguh2.. Ambil berkat.. Malam itu sebelum pulang kami mengambil kesempatan bergambar kenangan. Cumanya kami tak sangka bahawa malam itu telah berkumpul 'geng Parit Panjang'.. Semuanya kami pada malam itu pernah belajar di Parit Panjang.

Kenangan bergambar bersama Tuan Guru Ustaz Naim As Suriy.... Tak sangka berkumpul 'geng Parit Panjang' malam itu..

Malam itu juga kami bertolak pulang ke Mansurah. Tapi kami perlu singgah ke Damanhur dahulu kerana Syakir pula ingin mengambil barang kiriman dari Malaysia juga. Jadi malam itu kami terus ke Damanhur. Ingatkan ingin singgah sebentar sahaja di Damanhur. Tapi bila letih datang bertamu, kami batalkan saja niat itu. Bermalam pula di Damanhur. Aku pertama kali baru sampai di Damanhur, semenjak berada di Mesir ini. Aku terkejut bila melihat teksinya berwarna hijau putih.. Hehehehe. "Pas ada di mana2, Hehehe". Bisik hati kecilku..

Baru sampai mauaf Damanhur...

Teksinya berwarna hijau putih. Di Malaysia boleh ka warna teksi macam ni??

Bergambar bersama tuan rumah. Bait Astana Idaman..

Satu perkara aku nak beritahu. Rumah yang kami bermalam ini betul2 cantik. Memang cantik. Dari ruang tamu sehinggalah ke dalam tandas. Memang cantik hiasan rumah mereka. Pagi esoknya kami pulang semula ke tanah air sendiri. Rindu rasanya walaupun baru 2 hari meninggalkan bumi Mansurah.....





Nostalgia Alex tahun 2007.....



13 November 2009

MUZAKARAH BERKELOMPOK SUDAH BERMULA.. JOM IKUTINYA.

Assalamualaikum semua...

Malas nak tulis panjang2.. Cuma nak habaq mai kat semua khususnya 'anak buah' Usrah.. MB dah mula... Jangan dok cuba ponteng nooh. Hehehe. Apa2 pon kita akan sedaya upaya penuhi MB tahun ni naaa.... Kat bawah ni senarai nama anak2 usrah aku.. Anak laa sangat kan.. Member2 jaa semua.. Kita cuba bagi komitmen tau tahun ni... Pastikan kumpulan Syeikh Said Hawa yang terbaik.. Hehehehe.. Kat bawah ni ada senarai nama ahli usrah aku.. Mana2 yang terlibat. Bolehlah tengok2... Free ja.. Tak kena bayaq pon...


11 November 2009

5 JAM BERKAWAL DI BAIT ANIS......

Assalamualaikum semua...




Disaat aku menulis entri ini,aku baru saja pulang dari bertugas di bait Anis. Tugasan dari seorang pengarah USMB kepadaku,dipikul seamanah mungkin. Tambahan pula aku sebagai pengarah UAK sememangnya menjadi tugasanku... Ia bermula apabila ustazah Fadhilah bt. Esa (s/u hewi DPMM)menelefonku supaya pergi ke bait darul Afnan kerana di sana berhadapan dengan masalah pelajar baru akan diambil keluar dari bait tersebut. Selepas itu aku terus bergegas ke sana bersama ustaz Ismail dan ustaz Rushdi selaku exco Perumahan DPM Mansurah. Waktu itu isyak baru saja bertandang. Ketika ingin bersiap2 untuk ke sana, mereka menyatakan semula bahawa pelajar baru tersebut sudah diambil. Namun aku dan ustaz Rushdi berkeras juga ingin ke bait darul Afnan. Kami bertiga meneruskan perjalanan ke bait darul Afnan. Sampai saja di suq Dirosat kami mematikan langkah. Memikirkan apa yang harus dilakukan selepas ini. Samada meneruskan perjalanan ke bait tersebut atau pulang semula ke rumah. Kami bertiga berbincang ringkas di tengah hiruk pikuk suq. Tiba2 ustaz Kader(pengarah USMB) menelefonku supaya segera ke bait Anis untuk bersedia pula di sana. Kemungkinan mereka akan mengambil pula pelajar baru di sana. Dia juga sempat berpesan supaya meminta bantuan dari anggota UAK.

Tanpa membuang masa kami bertiga(aku,ustaz Ismail dan ustaz Ruhsdi) terus ke sana. Kami harus cepat. Tugas ini aku terima disamping aku sebagai adhoc Perhubungan USMB. Kami menyangka mereka masih tak hadir, rupanya sudah berada awal lagi di bawah rumah kerana tidak boleh masuk ke bait Anis. Bila mereka menyedari kedatangan kami, mereka terus menghampiri kami. Bersalaman dengan kami. Ayat pertama yang keluar dari mulutku ialah
"Kami minta maaf....." tak sempat lagi aku menghabiskan ayat, mereka menyambung, ".... kami faham ini(kedatangan kami) kerana tugas. ". Yaa... Walaupun kami berkawan baik dengan mereka tapi dalam hal ini kami takkan berkompromi. Halang tetap halang. Sebab itu dari awal lagi aku dah minta maaf, sebab ini memang tugas aku. Aku mula menelefon anggota2 UAK yang lain sebagai meminta bantuan mereka. Lama juga kami bertiga menunggu bantuan tiba. Akhirnya bantuan dari bait Maqobir tiba(ustaz Rahman,ustaz Fathi,ustaz Afuww dan ustaz Ridhwan). Tak lama kemudian datang pula anggota dari bait darul Zikr(ustaz Syakir,ustaz Sofiuddin dan ustaz Shahimie). Sementara menunggu, ustazah Fadhilah menelefonku menyatakan bahawa beliau ingin menghadirkan diri juga ke tempat kejadian. Tak lama kemudian beliau tiba bersama ustazah Mazirah(hewi pendidikan DPMM) dan ustaz Izzat sebagai mushrif.

Kami hanya menunggu dan melihat tindakan mereka seterusnya. Bila masing2 mendiamkan diri. Mas'ul dikalangan mereka ingin berjumpa denganku. Ustaz Fathi datang kepadaku menyatakan hajat mas'ul mereka itu. Aku dengan tegas mengatakan jika beliau yang nak bercakap dengan aku, datanglah jumpa aku! Akhirnya kami mengadakan pertemuan tak jauh dari tempat kami semua berkumpul. Aku,ustaz Rushdi dan ustaz Ismail memulakan perbincangan. Sebenarnya aku malas nak tulis apa yang kami bincangkan. Mereka tetap berkeras nak ambil juga pelajar baru tersebut. Lebih kurang 10 minit kami berbincang. Namun masih tiada jalan penyelesaian. Aku masih merendahkan suara kerana menghormati mas'ul tersebut. Ikutkan hati aku yang mula panas tika itu memang jadi lain nanti. Aku meninggalkan dia bersama anggota yang lain. Dan mula berbincang sedikit dengan ustazah Fadhilah. Setelah agak lama menunggu sambil berkawal di bawah bait Anis, aku mula nampak takkan wujud jalan penyelesaian. Aku menghubungi ustaz Kader meminta bantuan darinya pula. Badanku mula rasa sejuk kerana hanya berlengan pendek. Panas darah mudaku menghangatkan sedikit tubuhku. Sambil menunggu ustaz Kader tiba, aku memberitahu pada ustazah Fadhilah bahawa aku ingin naik ke atas berjumpa sendiri dengan pelajar baru tersebut. Sedangkan waktu itu ustazah Fadhilah dan ustazah Mazirah pun tidak boleh masuk ke rumah tersebut kerana dihalang oleh tuan rumah sendiri. Aku kehairanan. Kami dari pihak DPMM pun tidak dibenarkan masuk. Aku bercakap sendiri dengan tuan rumah bertanyakan mengapa tidak boleh masuk? Dia menyatakan alasan atas sebab tidak mahu berlaku tidak adil kepada pihak lain. Lama juga kami menunggu kehadiran ustaz Kader. Kelibatnya masih tidak kelihatan.

Setelah sekian lama menunggu, dia tiba bersama BP PMRAM ustaz Labib,ustazah Solehah(roisah DPMM), ustazah Shamsudia(timbalan pengarah USMB) dan ustazah Aini(timbalan roisah). Ketika itu ramai dikalangan anggota aku sudah pulang ke rumah. Yang tinggal hanyalah ustaz Fathi, ustaz Ridhwan, ustaz Bahry(baru tiba), ustaz Izharuddin(baru tiba), ustaz Syakir, ustaz Ismail dan ustaz Sofiuddin. Aku sudah letih. Lantas minta izin dari pengarah USMB untuk pulang dahulu ke rumah. Ustaz Kader menyuruhku tunggu sebentar saja lagi. Ustaz Labib menyatakan kepada mereka sekian2 perkara. Aku hanya mendengar dari jauh saja. Tak lama kemudian mereka selesai berbincang. Dan setelah bersalaman semuanya kami pulang ke rumah masing2 tanpa berlaku apa2 perkara yang tidak diingini. Mereka tak jadi ambil pada malam ini.

Ketika dalam perjalanan pulang aku melihat jam di
handset. Sudah menunjukkan jam 12 lebih. Ya Allah... Baru aku sedar bahawa sudah 5 jam aku berada di perkarangan bait Anis. Terasa seperti baru sejam lebih berkawal di situ. Apa2 pun aku ucapkan ribuan terima kasih kepada anggota UAK yang hadir dan yang sudi tunggu sampai habis tugas. Dan kepada ustazah Fadhilah dan ustazah Mazirah yang menunggu juga begitu lama, terima kasih diucapkan. Serikandi firdausi yang cekal dengan perjuangan..... Kepada pihak tersebut, aku dah letih dengan sikap kalian ini... Ikut kalianlah nak buat apa pun.......

USAH BERLAGAK DENGAN JAWATAN YANG TAK SEBERAPA ITU...




Warkah buat teman...

"Kalau kerana jawatan memisahkan kau dan aku, kalau kerana jawatan kau sudah tidak memandang aku, kalau kerana jawatan kau wujudkan tembok pemisah antara kau dan aku, kalau kerana jawatan juga kau dan aku tidak seperti dulu lagi, aku lebih mengharapkan kau tidak berjawatan."

Masihkah kau ingat waktu dulu? Kita berdua seakrab mungkin. Tapi ia berubah tatkala kau memegang jawatan itu. Yaa, aku sedar, aku hanya orang bawahan. Yang tak mungkin akan berdiri tinggi sepertimu... Dan aku juga orang biasa yang tak sepopular dirimu.. Ketika kau mula memegang jawatan itu, aku sudah dapat melihat perubahan dirimu....

Mengapa begitu teman?? Mengapa?? Takkan kerana jawatan yang tak seberapa itu kau berubah begitu? Takkan kerana baju batik yang kau pakai itu, kau dah jijik hendak pegang barang2 dan lakukan kerja2 orang bawahanmu?? Takkan kerana jubah dan tudung seragammu itu menyebabkan kau dah susah hendak menolong kawan2 mu yang lain?? Dan takkan kerana kad nama yang kau pakai itu menyebabkan kau sudah tidak menghiraukan kesusahan orang bawahmu???

Kalau kau berjawatan hanya kerana ingin duduk sebaris mereka yang lain, memakai kot dan jubah, tudung seragammu, aku rasa lebih baik kau letak saja jawatanmu. Kalau kerana jawatan yang tak seberapa itu menyebabkan kau dah jijik tengok pekerjaan orang bawahan ini, dan kalau kerana kad nama yang tertera namamu sebagai orang berjawatan menyebabkan kau sudah susah untuk bekerja dan menolong orang bawah, lebih baik kau jadi orang biasa saja. Orang biasa sepertimana aku kenal dahulu.,

Teman,usahlah begitu...... Jawatan mu itu tak seberapa pun. Janganlah kau berlagak begitu... Aku mohon padamu teman.. Kerana kau temanku......

9 November 2009

TUAN GURU USTAZ AL AMIN AL KALANTANI : Ku sentiasa merinduinya...

Assalamualaikum semua.....

Kebelakangan ini aku sibuk sedikit dengan tugas persatuan di Mansurah ini. Hari ini mampu juga untuk aku menulis sebuah dedikasi khas untuk tok guru yang disayangi. Entri kali ini aku tuju khas kepada tok guru aku ini. Beliau ialah Tuan Guru Ustaz Al Amin B. Daud Al Kalantani. Kini beliau sudah berada di Malaysia meneruskan perjuangan dan dakwahnya kepada masyarakat. Beliau merupakan lepasan kuliah Usuluddin syu'bah Aqidah dan Falsafah Universiti Al Azhar cawangan Mansurah. Aku mula mengenali beliau ketika beliau mula mengajar di kelas tafaqquh DPMM. Beliau mengajar kami berkenaan perbahasan ulamak tentang ilmu tauhid sifat 20(Ahli Sunnah wal Jama'ah). Ketika mula melihat wajahnya terdetik di hati ini betapa ketokohannya mula terserlah. Bermula dari episod itu aku mula mendekatinya. Hati ini benar2 ingin mengenali beliau dengan lebih rapat. Dan alhamdulillah ALLAH izinkan. Aku bersyukur kerana ALLAH pertemukan aku dengan 'orang hebat' sepertinya.

Sejak dari itu kami sentiasa berhubung. Samada melalui YM atau aku terus ke rumahnya. Kehebatannya ketika mengulas berkenaan ilmu tauhid sememangnya 'mengancam'. Jarang aku bertemu orang muda sepertinya hebat ketika mensyarahkan ilmu kalam. Inilah orang yang akan menjadi pertahanan agama. Bisik hati kecilku. Aku benar2 'membesarkannya'. Kerana beliau merupakan seorang ulamak muda yang sudah 'tua' nisbah ilmu beliau. Apa yang beliau ajari kami tidak lari pun dari apa yang telah aku pelajari masa di madrasah tahzibunnufus dahulu. Kelantangannya mengupas isu2 semasa usah dipertikaikan lagi. Beliau juga merupakan moderator agama di laman web Iluvislam. Segala permasalahan agama yang wujud di laman itu beliau akan cuba menjawabnya disamping dibantu oleh beberapa tokoh ulamak muda yang lain. Secara jujurnya beliau memang alim dalam ilmu kalam. Memang sepadan dengan beliau, syu'bah yang di taqdimnya dahulu(Aqidah dan Falsafah).

Bila ber YM bersamanya, kami lebih kepada muzakarah tentang ilmu kalam. Apa yang seronoknya, kami dapat bertukar2 pandangan tentang perbahasan ilmu tersebut. Bila kami terlalu lama di YM, baru ku sedar betapa hebatnya beliau dalam ilmu kalam. Begitu padat syarahannya. Di samping itu juga aku mampu mengingati kembali tentang ilmu kalam yang perlu di syaghalkan dalam kepala otak selalu. Sama juga lah dengan ilmu yang lainnya. Apa yang menarik bagiku ialah ketika kami mula mengetahui toriq pengambilan ilmu kami masing2. Ia bermula ketika aku menterjemahkan sifat qudrah ALLAH taala dengan terjemahan 'Pekuasa'. Sedangkan terjemahan biasa yang kita dengar ialah berkuasa. Terjemahan aku ketika itu menarik minat beliau. Barulah beliau tahu bahawa pengambilan ilmu aku melalui toriq Pak Da Eil Al Fathoni(seorang ulamak melayu yang hebat berasal dari Patani dan pengajar di Masjid Al Haram suatu ketika dahulu). Sebetulnya beliau mempelajari ilmu kalam mengikut toriq Tok Kenali(seorang ulamak melayu yang hebat di Kelantan). Berkenaan dengan toriq Pak Da Eil memang ada sedikit kelainan. Ia kelihatan lain bila melihat kepada terjemahan qudrah ke bahasa 'Pekuasa'. Basor ke 'Pelihat' dan beberapa sifat ma'ani yang lain. Sememangnya aku mempelajari ilmu kalam melalui toriq Pak Da Eil. Ini kerana tok guru aku dalam ilmu kalam juga berguru kepada gurunya yang sampai susur jalur ke Pak Da Eil. Aku sempat khatam 3 buah kitab tauhid bersama guruku. Kitab Asasul i'tiqod dan Taqribul ikhwan yang dikarang oleh Syaikh Abdul Qodir Wangah Al Fathoni(ulamak hebat Patani dan anak murid kepada Pak Da Eil). Syaikh Abdul Qodir Wangah merupakan guru kepada tok guru ku. Dan sebuah lagi kitab iaitu risalah Al misbahul munir fi ma'rifatillahil qodir yang disusun oleh Syaikh Abdul Aziz bin Ismail Al Fathoni. Kitab ini pula aku khatamkan dengan guruku merangkap menantu kepada tok guruku. Ketiga2 kitab ilmu kalam ini merupakan toriq Pak Da Eil.

Namun semua itu hanyalah perbezaan dari segi bahasa sahaja. Inilah yang diperkatakan oleh Ustaz Al Amin kepadaku ketika di YM. Kami dapat bertukar2 pendapat dan pandangan bersama. Aku seronok bermuzakarah bersamanya. Banyak ilmu yang aku dapat. Tak cukup sekadar di dalam YM aku bertandang pula ke rumahnya. Menatap wajah tok guru lebih aula. Apatah lagi jika dapat bersama orang alim setiap waktu. Berkat dan Rahmat ALLAH yang turun padanya sekurang2 terkena juga pada kita. Dapat tempiasnya pun sudah bahagia rasa. Semakin hari semakin rasa sayang pada tok guru Ustaz Al Amin. Di samping muzakarah tentang ilmu kalam, ilmu fekah dan tasauf(3 ilmu yang wajib dipelajari,tauhid,fekah dan tasauf)juga kami sering bertukar pandangan. Peluang ini aku takkan lepaskan. Isu semasa juga sering kami perkatakan. Berasa untung kerana dapat mengenali Ustaz Al Amin. Tak sia2 harapanku selama ini ingin mengenali beliau lebih rapat. Beliau juga sering memperingatiku tentang kepentingan mempelajari ilmu kalam yang kini ada sesetengah golongan mengatakan ia sebagai bidaah. Sungguh dangkal dakwaan mereka itu. Dia berpesan supaya bila kita alim dalam tauhid, insyaALLAH kita ini akan menjadi pembela agama Islam ketika dipersoalkan oleh orang2 kafir dan orientalis. Yaaa, begitulaah wahai guruku... Siapa lagi yang ingin kita harapkan...

Beliau juga ada menyuruhku membuka kitab risalah Al misbahul munir dalam bab ilmu kalam di sini. Beliau pernah menyebut kepadaku supaya penting untuk aku membacanya pula kepada orang lain. Yaaa, aku tahu wahai guruku.. Tapi aku bukanlah dari golongan mereka yang ahli. Ilmu kalam ini perlu bagi mereka yang benar2 ahli untuk membacanya. Dan kau wahai guruku adalah ahlinya.

Tapi kini aku mula merasakan kelainan yang terjadi. Ini kerana beliau sudah pulang ke tanah air... 8 hb 11 2009 baru2 ini beliau telah pulang ke tanah air. Walaupun baru hampir setahun mengenali beliau, hati ini benar2 teruja bila mengenangkan pemergiannya untuk pulang ke tanah air. Waktu keberangkatannya ke mator aku tiada bersama. Kerana aku ada kerja banyak yang perlu diselesaikan. Aku benar2 sedih kerana tak dapat menatap wajahnya sebelum beliau pulang. Namun sehari sebelum itu aku sudah menziarahinya. Aku tahu hari lain aku memang tak sempat lagi untuk berjumpa dengannya. Jadi sehari sebelum beliau pulang aku curi juga masa untuk menziarahinya. Hari beliau ingin pulang ke Malaysia aku sempat menghantar mesej kepadanya....

"Salam syaikh. Saya tak dapat hantar ustaz la. Sebab ada kerja di sini(Mansurah). Saya minta maaf banyak2. Halalkan segala ilmu pada saya. Doakan saya. Terima kasih atas segalanya. Ada masa kita jumpa lagi."

"Wasalam. Takpa. Doakan ana selamat sampai. Ana halalkan segala ilmu yang ana sampaikan. Semoga ana manfaat untuk kita. Kita jumpa kat Malaysia pula di pentas dakwah....." balas beliau.

"Yaaa. Kirim salam juga pada abang Ki dan abang Wan. Saya pasti rindukan kenangan kita kat sini..." aku membalas kembali mesej beliau..

"InsyaAllah. Ana juga rindukan antum semua.. Maafkan ana ada salah dan silap.." balasan mesej akhirnya padaku sebelum berangkat pulang.

Aku betul2 sedih dengan situasi ketika itu.. Aku sudah beritahu padanya akan ikut juga ke mator. Tapi rupa2nya kerja aku untuk program PASAK '09 masih belum siap. Akhirnya kena batalkan jua hajat besar aku itu.

Aku gembira sangat2 kerana mengenali beliau... Kemurahannya memberikan senyuman menenangkan hati. Gelak tawa dan gurau senda bersamanya tetap segar dalam ingatan ini. Aku harapkan dapat bertemu lagi dengannya balik Malaysia nanti. Tak ada apa lagi yang aku ingin katakan. Cumanya itulah dia kenangan aku bersama Tuan Guru Ustaz Al Amin b. Daud Al Kalantani di bumi Mesir ini.... Ya ALLAH ampunilah dosa guru2 kami dan sejahterakanlah hidup mereka.....




Gambar kenangan bersama tuan guru....

Ketika sambutan hari lahir abang Wan

Bersama tuan guru di rumahnya....

Bersama tuan guru di majlis kutub sittah

Bersama ahli bait tuan guru.. Abang Wan, abang Ki dan tuan guru...

Piece... Keamanan dari anak murid dan tok gurunya

Pelukan ukhwah dan kasih sayang....

Ni gambar budak sibuk... Tuuu. Budak tepi tuu. Sibuk juga dia nak pakai jubah orang.

Posing istimewa dari anak murid dan tok gurunya...

Moga dirimu sentiasa dalam rahmat ALLAH wahai guruku...