30 March 2010

PENGGUNAAN NAMA ALLAH : Penulis pro kepada Tuan Guru Ustaz Nazrul..



Di bawah ini adalah link kenyataan rasmi MANHAL tentang isu penggunaan kalimah Allah bagi non muslim. Boleh klik di sini untuk keterangan lanjut.


Assalamualaikum semua....

Semalam(30 hb 3 2010) di Markaz DPM Mansurah telah diadakan 1 program roadshow penerangan tentang MANHAL. Dan ketika sesi akhir program, pihak penganjur telah memanggil 2 orang ahli panel yang cukup hebat dan terkenal di bumi Mesir ini iaitu Tuan Guru Ustaz Hairul Nizam dan Tuan Guru Ustaz Nazrul. Kedua2 ahli panel terbabit mengutarakan tentang masalah atau isu penggunaan kalimah Allah bagi non muslim di Malaysia. Walaupun isu ini telah lama, namun bagi penulis ia wajar diterangkan lagi kepada kami mahasiswa Al Azhar untuk membuka mata para mahasiswa. Kedua2 ahli panel telah memberikan hujjah masing2. Tuan Guru Ustaz Hairul Nizam lebih kepada bersetuju jika kalimah Allah itu digunakan oleh mereka non muslim. Manakala Tuan Guru Ustaz Nazrul pula tidak bersetuju jika non muslim di Malaysia ingin menggunakan kalimah Allah itu. Setelah mana penulis dengar dan teliti dari kedua2 ahli panel, maka penulis lebih cenderong menyokong hujjah dari Tuan Guru Ustaz Nazrul iaitu tidak membenarkan mereka non muslim menggunakan kalimah Allah ini untuk agama mereka khususnya. Penulis dari bermulanya tercetus isu ini pun, sudah tidak bersetuju jika non muslim menggunakannya. Penulis secara peribadinya menyokong hujjah dari Tuan Guru Ustaz Nazrul. Tapi bukan bermakna menolak 100% hujjah dari Tuan Guru Ustaz Hairul Nizam. Hakikatnya penggunaan kalimah Allah ini bagi non muslim telah menjadi khilaf(perbezaan pendapat) di kalangan ulamak. Kawan2 boleh lihat kepada link yang penulis berikan itu tentang pendirian MANHAL berkenaan isu ini. Penulis sendiri tak menafikan keharusan bagi non muslim ingin menggunakan kalimah Allah ini. Kerana ia adalah perkara khilaf. Tapi kenapa penulis lebih cenderong tidak bersetuju jika non muslim menggunakannya?? Ini kerana dari apa penelitian dan pengkajian penulis selepas tercetusnya isu tersebut dan berlaku pula di negara Malaysia yang berbilang kaum ini, maka penulis dapat lihat bahawa akan berlaku masalah yang besar atau kesan dikemudian hari. Apakah dia kesan2 atau masalah besar itu? Insyaallah penulis akan berikan hujjah penulis pula. Ini pandangan peribadi penulis. Bukannya sesuatu yang muktamad.

Apa yang penulis dapat simpulkan bahawasanya, memanglah menjadi khilaf di kalangan ulamak tentang penggunaan kalimah ini. Tapi jika kita melihat keadaan realiti masyarakat Malaysia, maka hukum itu boleh berubah kerana ingin menjaga sesuatu mudarat yang bakal berlaku walaupun mudarat itu hanya bersifat zhonniah. Penulis tidak mahu huraikan berdasar politik. Tapi lebih kepada sudut aqidah umat islam Malaysia khususnya. Bagi penulis , Umno seolah2 ingin menjadi juara dalam isu ini. Adakah mereka benar2 ikhlas dalam isu ini atau hanya ingin meneguk di air keruh? Jika benar2 ikhlas ingin memperjuangkan aqidah umat islam Malaysia khususnya, sudah pasti hukum hudud sudah lama dilaksanakan bermulanya Umno mendapat kuasa memerintah Malaysia dahulu. Tapi sekarang sudah lebih 50 tahun merdeka. Apa yang mereka sudah lakukan untuk islam secara menyeluruh? Kalau sekadar laksanakan islam yang sesuai dengan kehidupan mereka saja, lebih baik cari dunia lain. Tak rasa malukah duduk di dunia milik Allah taala, tapi tak taat pada apa yang disuruh tuan pencipta dunia ini.


Baik, kita masuk kembali kepada perbincangan kita. Kenapa agama kristian di Malaysia tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah ini dalam agama mereka? Ini kerana orang2 kristian ada agenda tersembunyi disebalik keinginan bersungguh2 mereka untuk menggunakan nama Allah ini. Ya, penulis tak nafikan keharusan bagi mereka ingin menggunakan nama Allah itu. Bahkan para ulamak terdahulu sudah berhujjah dalam perkara ini. Cumanya bagi penulis, dalam konteks masyarakat islam di Malaysia, kita perlu kaji semula keharusan itu. Bukan kerana ingin menafikan pandangan ulamak dalam hal ini. Tetapi lebih kepada ingin menjaga kemaslahatan umat islam di Malaysia khususnya.

Perlu diketahui bahawa orang kristian tidak pernah redho dengan kita. Mereka kalau boleh ingin saja menghapuskan terus umat islam. Tapi mereka tidak boleh lakukan begitu. Kerana masyarakat dunia sentiasa memerhatikan. Peperangan adalah jalan yang telah digunakan oleh orang kristian dalam menghancurkan umat islam. Peperangan besar yang membabitkan umat islam dan kristian ini ialah perang salib yang terkenal itu. Beratus2 tahun umat islam dan kristian terlibat di dalam peperangan ini. Dan ia berterusan selepas dari kejatuhan khilafah islamiah pada 1924 dahulu di Turki. Dan hari ini walaupun bukan lagi peperangan salib seperti beratus2 tahun dahulu, tapi ia juga adalah rentetan dari peperangan salib. Orang kristian sememangnya masih berdendam dengan umat islam di atas kekalahan mereka ketika zaman Sultan Solahuddin Al Ayubi yang membawa kepada penaklukan semula Baitul Maqdis. Peperangan Hittin juga adalah kekalahan besar bagi orang kristian eropah khususnya. Akhirnya dendam kesumat mereka itu terus menular sehingga hari ini. Atas nama memerangi pengganas, semua umat islam yang tidak bersalah menjadi mangsa dendam kesumat dan kekejaman orang kafir amnya. Bukan kristian sahaja, bahkan yahudi, hindu, buddha dan sebagainya masing2 berdendam dan tidak suka dengan agama islam. Ini realitinya walaupun kita melihat mereka manis senyuman di bibir, tapi dalam hati penuh kebencian terhadap islam. Tapi bukan bermakna kita harus memerangi mereka kesemuanya. Orang kafir juga ada yang zimmi dan harbi. Cumanya kita kena berhati2 dengan tindak tanduk mereka. Sebaik2 mereka pada kita pun, akhirnya mereka pasti akan menghancurkan kita.



Belajar dari sejarah....


Sejarah pernah membuktikan bahawa 4 kuasa besar dunia pernah menakluk Malaysia atau tanah melayu dahulu. British, Portugis, Belanda dan Jepun merupakan negara yang pernah menjajah Malaysia. Orang eropah yang datang ke Malaysia dahulu adalah ejen2 Illuminati iaitu orang2 kafir yang menyembah syaitan! Benar bahawa mereka ada alasan lain ketika menjajah kita iaitu ingin mencari rempah ratus dan lain2. Tapi hakikatnya, tujuan utama mereka adalah untuk memurtadkan seluruh umat islam Malaysia. Tapi mereka tak berjaya lakukannya seperti di Philipina, Indonesia dan lain2. Lihat saja ketika Sepanyol menjajah Philipina. Boleh dikatakan keseluruhan negara itu menjadi seperti negara Sepanyol kedua. Lihat pula Belanda ketika menjajah Indonesia. Walaupun tak mampu memurtadkan semua umat islam Indonesia, tapi sekurang2nya sebahagian rakyatnya yang sama bangsa tapi adalah kristian. Tapi bagaimana pula nasib Malaysia(tanah melayu) ketika itu? Selepas dari merdeka(diwaktu awal merdeka) pun kita susah nak dengar tentang kemurtadan umat melayu yang islam. Sebab itulah sejak dahulu lagi bila sebut melayu sahaja, pasti islam. Tapi itu dulu. Sekarang dah berubah. Kenapa kita tak boleh katakan lagi melayu itu pasti islam? Kerana mengikut rekod dari Sohibus Samahah Mufti negeri Perak, lebih 200 ribu umat melayu Malaysia isi borang ingin murtad.

Dalam kes murtad, tidak perlu persetujuan hakim mahkamah atau isi borang. Cukup saja dia berniat ingin murtad maka murtadlah dia. Baik, sekarang kita lihat keadaan Malaysia sekarang ini. Penjajah, sebelum keluar dari Malaysia sepenuhnya, tidaklah keluar begitu saja. Mereka sudah sedia maklum bahawa umat melayu islam susah untuk dimurtadkan atau dimusnahkan dengan cara kekerasan. Ini kerana orang melayu terkenal dengan kekentalan dan kegagahannya ketika berjihad. Jadi mereka memikirkan strategi baru iaitu peperangan saraf atau pemikiran. Dengan cara bagaimana? Mudah saja. Mereka merancangkan perkara ini sudah lama. Dan hasilnya juga mereka sudah tahu pasti akan memakan masa bertahun2 lamanya. Maka penjajah pun berikan kemerdekaan kepada Malaysia disamping menyerang pemikiran umat islam Malaysia dengan cara mengabdikan perlembagaan suruhanjaya reid atau perlembagaan adunan penjajah kuffar di dalam negara kita. Maka kesannya sekarang apa dia?? Sudah lebih 50 tahun negara kita merdeka, pelbagai perkara atau bala yang menimpa. Hanya kerana masih menggunakan perlembagaan penjajah laknatullahi alaihim! Mudah saja bagi orang2 kristian untuk jahanamkan umat islam di Malaysia. Hanya letakkan perlembagaan penjajah saja dalam negara. Maka kesan atau hasilnya mereka sudah dapat iaitu pelbagai musibah yang melanda Malaysia di saat ini. Antaranya ialah orang melayu islam sukakan hiburan melampau, juara melahirkan anak zina, buang anak, rempit, gejala sosial, bunuh, samun, penagihan dadah dan banyak lagi. Hasil dari apa? Hasil dari adunan perlembagaan atau undang2 penjajah. Walaupun perlembagaan penjajah itu tidak memainkan peranannya secara langsung. Tapi kerana perlembagaan penjajah itulah umat islam Malaysia susah untuk berhukum dengan hukum Allah. Bila sudah jadi begitu, sebab itulah umat islam Malaysia semakin cacamerba(kacau bilau).

Beratus2 tahun yang lepas, penjajah agak sukar untuk gugurkan iman umat melayu islam sekaligus. Tapi pada tahun 1957, mereka telah melancarkan peperangan pemikiran yang paling berjaya walaupun terpaksa memakan masa lebih dari 50 tahun. Ada mereka kisah dengan jangka masa yang lama ini? Tidak. Orang kristian tak kisah. Asalkan mereka berjaya sesatkan umat islam Malaysia. Dan kini lihatlah hasilnya. Hasil peninggalan penjajah, menyebabkan negara kita tidak diredhoi Allah. Lantas pelbagai bala terus melanda kita iaitu kacau bilau dalam masyarakat hanya kerana tak dilaksanakan hukum2 Allah. Ingat! Ini adalah perancangan jahat puak kuffar ke atas umat islam. Bila perancangan mereka ini? Dahulu lagi iaitu beratus2 tahun yang lampau. Kesan dan hasilnya? Lihatlah Malaysia hari ini.

Jadi kita melihat pula kepada penggunaan kalimah Allah ini untuk orang kristian Malaysia. Adakah anda percaya bahawa ini juga adalah rancangan mereka ingin memurtadkan umat islam Malaysia dalam jangka masa yang lama? Ya, penulis percaya. Ini adalah rancangan jangka panjang mereka. Adakah penulis buruk sangka dengan orang2 kristian? Bukan penulis nak buruk sangka. Tapi ini adalah hakikatnya. Jika benar mereka dibolehkan menggunakan kalimah Allah ini untuk agama mereka, maka percayalah kesannya 10, 20, 30, 40 atau 50 tahun akan datang. Bagaimanakah umat islam Malaysia ketika itu nanti. Baik, penulis akan ceritakan apakah kesan2 buruknya yang akan berlaku nanti. Jika hari ini kita membenarkannya memang tidak nampak kesannya lagi. Tapi kecelakaan yang berlaku itu akan berlaku di zaman anak2 dan cucu2 kita nanti. Kerana ini adalah perancangan jangka panjang oleh orang2 kristian dan Illuminati. Mereka tak kisah jika bukan hari ini mereka dapat memurtadkan umat islam Malaysia. Tapi mereka sudah nampak hasil atau kesannya suatu hari nanti walaupun terpaksa memakan masa bertahun2 lamanya.


Percayakah anda bahawa puak kuffar begitu iri hati dengan keamanan zohiriah negara Malaysia ini? Malaysia adalah salah sebuah negara umat islam yang berbilang kaum dan agama. Sehingga kini keadaan negara masih terkawal walaupun ada pelbagai kaum dan agama di dalamnya. Jika keadaan negara Malaysia hari ini seperti negara2 lain, tak mustahil orang2 dari kaum lain sudah lama dihapuskan atas dasar penghapusan etnik beramai2. Tapi berlakukah begitu? Tidak. Dan Malaysia juga negara yang masih aman dari segi serangan dari pihak2 yang tidak bertanggungjawab seperti bom atau penculikan besar2an. Kita minta jauh semua itu. Namun tidak dinafikan bahawa Malaysia tetap kacau bilau dengan pelbagai kes jenayah, gejala sosial dan kekeluargaan.

Baik, sekarang kita melihat pula kepada kesan yang bakal berlaku nanti jika membenarkan orang non muslim menggunakan kalimah Allah ini. Penulis lebih kepada orang kristian jika menggunakannya kerana merekalah yang beriya2 ingin menggunakannya. Seperti mana yang kita ketahui, mubaligh kristian di Malaysia ini bukanlah baru bertapak. Sudah sekian lama sejak tahun 1500 dahulu lagi. Sehinggalah ke hari ini, mereka masih berada di Malaysia. Mubaligh kristian ketika menyampaikan dakyah mereka, mereka akan menjadi manusia yang paling sopan santun, baik, penyabar dan sebagainya. Untuk apa mereka lakukan begini? Tidak lebih hanya untuk mempengaruhi umat islam supaya melihat mereka ini seorang yang 'mulia akhlaknya'. Lupakah kita pada bala tsunami dahulu? Beribu2 mubaligh kristian bertapak di Indonesia memberikan bantuan. Atas tujuan apa? Kemanusiaan? Tak. Itu bukan tujuan utama mereka. Tapi adalah untuk menunjukkan bahawa agama kristian begitu mulia dan mengambil berat sesama manusia sejagat.

Cuba kita teliti betul2. Jika hari ini kita benarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini secara sesuka hati, nescaya tidak mustahil suatu hari nanti bahawa anak2 atau cucu kita tidak boleh membezakan lagi yang mana 1 Allah yang esa dan Allah yang triniti atau tuhan bertiga. Mustahilkah boleh jadi begini?? Tak mustahil jika kita melihat kepada realiti umat islam itu sendiri. Yang bergelumang dengan pelbagai masalah. Dari segi keruntuhan moralnya, rumah tangganya, pembunuhannya dan sebagainya. Jika masalah ini yang akan dilihat oleh anak2 atau cucu2 kita nanti, ketika itu nanti mereka akan persoalkan kepada kita iaitu, kenapa umat islam begitu teruk perangainya? Sedangkan bila lihat kepada orang kristian baik2 saja. Kaya2 pula. Mereka juga ada Allah yang sama dengan umat islam. Tapi lebih baik dari umat islam. Lebih baik ikut agama kristian saja. Mereka juga ada Allah. Islam pun ada Allah. Lihat! Tak terkejutkah kita nanti jika anak2 dan cucu2 kita mempersoalkan begini? Lebih teruk lagi jika anak2 kita mula persoalkan tentang islam itu sendiri. Mereka membanding2kan antara agama islam dan krisitan.

Umat islam Malaysia sedang bergelumang dengan masalah dalaman agama. Bukan kerana salah agama islam itu. Tetapi salah umat islam itu sendiri. Kenapa memungkinkan generasi akan datang mempersoalkan tentang dua agama ini? Kerana kristian juga ada Allah dan islam juga ada Allah. Jika menilik kepada keadaan umat islam sekarang, tidak mustahil mereka(generasi akan datang) lebih meminati agama kristian. Mereka takkan merasakan mereka ini akan murtad kerana kristian juga ada tuhan Allah! Jadi apa bezanya dengan islam? Ketika itu nanti adakah kita ingin terkejut lagi?? Sedangkan 20 atau 30 tahun yang lepas kita tak halang dari kristian menggunakan kalimah Allah ini.

Mungkin ada yang mengatakan bahawa di Indonesia juga menggunakan kalimah Allah oleh orang2 kristian. Tidak pula rakyatnya bising2. Ya, kita katakan benar. Tapi masih tak nampak kah apakah kesannya? Kesannya ialah dalam 1 keluarga itu boleh ada pelbagai agama. Bapa yang islam kahwin dengan ibu yang kristian. Anak2 pula bebas nak pilih agama apa. Masjid dan gereja menjadi satu. Ada ketika digunakan sebagai masjid dan ada ketikanya boleh digunakan sebagai gereja. Islam liberal di sana seperti tiada apa2 kesalahan. Adakah negara kita ingin jadi seperti itu??

Cuba fahami dialog antara ibu dan anak ini ;

"Mak, semalam saya pergi masuk gereja." kata si anak.

"Untuk apa kamu masuk ke sana? Tidak tahukah kamu gereja itu untuk orang kristian saja?" balas si ibu pula.

"Saya lihat di pintu gereja ada tulis Allah juga. Mereka juga ada Allah seperti kita ? Apa salahnya untuk saya masuk ke dalam gereja." ujar si anak lagi.

"Tapi tuhan mereka tak sama macam kita. mereka mensyirikkan Allah. Tak sama macam kita." jelas si ibu pada anaknya.

"Tapi kan mak, saya tengok mereka ini lebih baik dari orang islam. Duit pun banyak. Orang islam penuh dengan pelbagai kes2. Mereka(orang kristian) ini lembut saja ketika berhadapan dengan orang ramai." kata si anak lagi.

"Itu hanyalah perancangan mereka saja. Mereka baik dengan umat islam kerana ada tujuan. Kamu jangan percaya." terang si ibu.

"Ibu juga yang ajar supaya jangan buruk sangka pada orang. Bukankah ibu sudah buruk sangka pada mereka?" si ibu diam sebentar. Si anak menyambung lagi kata2nya,

"Saya rasa nak pilih jalan merekalah ibu. Walaupun kita lain2 jalan, tapi kita menuju Allah yang samakan ibu??" ibu terus terdiam bila mendengar kata2 anaknya itu.

Jadi percayakah kita bahawa jika hari ini dibenarkan kristian Malaysia menggunakan kalimah 'ALLAH' juga, tak mustahil 10 atau 20 tahun akan datang, anak2 kita dah tak tahu bezakan mana 1 ALLAH org Islam dan 'Allah' kristian guna. Dan masa itu nanti jangan terkejut jika anak2 kita juga akan mintak pada kita untuk 'solat' di gereja juga sebagai 'menyembah Allah' kristian itu. Oleh itu ambillah langkah awal iaitu sekarang ini kita takkan benarkan mereka gunakan nama ini. Di waktu itu nanti jangan menyesal kenapa generasi kita jadi begitu, ini kerana 30 tahun dahulu kita telah izinkan mereka(kristian) gunakan kalimah Allah.

Apa2 pun penulis cukup kagum dengan hujjah kedua2 ahli panel semalam. Membuka mata kita masing2 untuk berfikir. Sekarang ini jika benar ikhlas untuk kerajaan menjadi juara rakyat, mereka perlulah buang perlembagaan penjajah itu dan kembali kepada hukum Allah. Terangkan semula kepada umat islam tentang aqidah islamiah iaitu dari mazhab Imam Abu Hasan Al Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi. Insyaallah, umat islam Malaysia masih mampu untuk diselamatkan aqidah mereka. Maka sudah tentu menjadi tugas kepada para Al Azhariyyin... Bersedialah untuk menjadi duta Al Azhar di tanah air kelak. Apa yang penulis tuliskan ini bukanlah bersifat muktamad atau putus. Hanya sekadar penelitian penulis selama ini sahaja... Wassalam.



29 March 2010

NEGARA 7 GUNUNG DAN POLITIK KOTORNYA................




Bermulanya sebuah kisah........


Negara 7 Gunung adalah sebuah negara yang dipimpin oleh seorang presiden dan bersama 10 lagi menteri kabinetnya atau dikenali juga dengan nama Menteri Bersepuluh. Negara 7 Gunung juga bersempadan dengan beberapa buah negara di bahagian utara, selatan, barat dan timurnya. Negara2 jirannya juga merupakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi seperti negara 7 Gunung. Negara 7 Gunung mempunyai rakyat berjumlah 20 juta orang. Setiap tahun akan berlakunya pertukaran kerajaan. Maknanya berlaku pilihanraya bagi setiap tahun. Kini hanya tinggal beberapa bulan saja lagi untuk diadakan pilihanraya umum negara 7 Gunung yang ke 200 dari bermulanya tahun jatuhnya kerajaan beraja. Kerajaan beraja negara 7 Gunung jatuh pada 200 tahun yang lalu bila berjuta2 rakyat bangun memberontak. Setelah raja ditumbangkan, maka negara itu bertukar kepada sistem pemerintahan demokrasi berpaksikan dengan seorang presiden sebagai ketua kerajaan dan dibantu oleh para menteri bersepuluhnya.

Presiden negara 7 Gunung bernama Wira Tempur Kelibat Kilat. Nama sebenarnya ialah Kelibat Kilat. Wira Tempur adalah gelaran bagi mereka yang berjaya menduduki kerusi presiden negara. Setiap tahun kerusi presiden pasti bertukar ganti. Tahun ini sekali lagi akan menyaksikan seluruh kerusi menteri bersepuluh dan kerusi presiden akan dikosongkan dan akan digantikan dengan pemerintah baru. Masing2 menginginkan kerusi presiden dan kerusi menteri bersepuluh. Ini kerana Negara 7 Gunung kaya dengan sumber asli dari bumi. Untuk menggubal perlembagaan negara perlulah menguasai kerajaan walaupun dengan hanya memenangi majoriti 6 kerusi dari sepuluh kerusi jawatan menteri bersepuluh dan kerusi presiden, itu sudah cukup untuk memerintah negara 7 Gunung.

Ketika ini, di bilik rahsia pejabat presiden negara 7 Gunung sedang menyaksikan Wira Tempur Kelibat Kilat sedang bermesyuarat bersama kesemua menteri bersepuluhnya. Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan beberapa perkara berkenaan pilihanraya umum yang akan berlangsung tidak lama lagi..

"Kita kena kekalkan kerajaan kita yang ada ini.." kata Presiden negara 7 Gunung iaitu Wira Tempur Kelibat Kilat kepada semua ahli mesyuaratnya.

"Maksud tuan presiden??" celah seorang menteri dari menteri bersepuluh yang bernama Pangeran Hati Muda. Dia memegang portfolio sebagai pengawal harta negara.

"Maksudnya, kita kena calonkan mereka dari kalangan orang kita saja. Orang yang sama fikrah dengan kita saja. Mana2 calon yang dicalonkan dari bukan orang2 kita, pastikan mereka itu kalah dalam pilihanraya nanti..." jelas presiden negara 7 Gunung itu. Sebahagian ahli mesyuarat tercengang. Ada menteri lama yang reaksi mukanya biasa saja. Seolah2 taktik ini telah lama diguna pakai di dalam sistem pilihanraya negara 7 Gunung.

"Ini bukan demokrasi namanya tuan presiden..." rungut seorang lagi menteri dari menteri bersepuluh iaitu Pangeran Jiwa Tandus. Dia memegang porfolio penjaga harta awam. Bukan dia saja yang menunjukkan reaksi tidak puas hati. Bahkan 3 orang lagi menteri dari menteri bersepuluh menunjukkan reaksi yang sama. Keadaan mesyuarat sedikit gamat setelah kedengaran suara2 yang mencelah. Wira Tempur Kelibat Kilat kelihatan tenang. Dia seolah2 sudah biasa menghadapi situasi seperti itu. Dia meneruskan lagi kata2nya..

"Kaedah ini telah lama kita gunakan sejak berpuluh2 generasi yang lepas. 100 tahun yang lepas kerajaan kita pernah mengalami kekacauan akibat kuasa negara diambil oleh mereka yang tak sama fikrah..." sambung Wira Tempur Kelibat Kilat lagi. Semua hadirin memaku tepat ke arahnya..

"Dan tahun ini kita akan gunakan lagi kaedah ini. Kita tak boleh lenyapkan amalan warisan kita selama berpuluh2 generasi ini. Kita perlu memastikan kuasa pemerintahan dipegang oleh orang2 kita.." kata Wira Tempur Kelibat Kilat sambil meminum air.

"Tapi bukankah semua rakyat2 kita adalah mereka yang sama fikrah dengan kita, tuan presiden?" tanya Pangeran Pasir Berbisik iaitu salah seorang dari menteri bersepuluh yang memegang portfolio sebagai pengawal luar negara. Wira Tempur Kelibat Kilat hanya memandangnya sinis.

"Tidak, mereka hanya bertopeng saja. Kebanyakan dari rakyat2 kita adalah musuh dalam selimut yang perlu kita singkirkan!" tegas Wira Tempur Kelibat Kilat..............


1 bulan kemudian, Wira Tempur Kelibat Kilat memanggil tergesa2 kesemua menteri bersepuluhnya untuk mengadakan mesyuarat tergempar.

"Pangeran Rimbunan Daun, cuba kamu bacakan siapakah calon2 pilihan kita dan bukan pilihan kita.." suruh Wira Tempur Kelibat Kilat kepada salah seorang menteri bersepuluh yang menjawat jawatan pengawal dalam negara.

"Saya cuba ringkaskan tuan presiden. Kesemua calon yang bertanding dalam pilihanraya umum kali ini seramai 15 orang. 11 daripadanya ialah calon2 pilihan kita. Dan selebihnya ialah calon2 pilihan rakyat yang tidak puas hati dengan pemerintahan kita." jelasnya.

"Kamu semua tengok! Apa dah jadi sekarang? Selama ini calon2 kita semuanya menang tanpa bertanding. Tapi sekarang ada rakyat yang berani meletakkan calon pilihan mereka. 4 orang calon ialah mereka yang sering mengkritik kerajaan kita. Kamu semua nak tengok kerajaan kita ini hancur jika mereka yang mengambil alih kerajaan??" soal Wira Tempur Kelibat Kilat kepada semua menteri bersepuluhnya. Mereka tertunduk sebentar. Tiba2 bangun seorang menteri iaitu Pangeran Jiwa Tandus.

"Tuan presiden. Mereka yang bukan dari calon pilihan kerajaan itu juga ada hak sebagai rakyat negara 7 Gunung. Mereka layak untuk mengundi dan diundi. Lagipun kritikan mereka itu selama ini untuk kebaikan kerajaan kita juga. Saya kenal benar dengan kesemua calon2 pilihan rakyat itu. Mereka tak ada niat untuk jatuhkan kerajaan apatah lagi nak jahanamkan negara kita ini!" bentak Pangeran Jiwa Tandus. Marah benar dia. Bangkit seorang menteri cuba menenangkannya.

"Kita ini negara demokrasi. Kenapa perlu buat begini? Kenapa kita takut dengan bayang2 sendiri?? Bukankah cara kita ini boleh menimbulkan kemarahan rakyat besar2an??" celah Pangeran Hati Muda pula. Dia juga bangun sebagai tanda tidak puas hati dengan presiden negara 7 Gunung itu. Seorang lagi menteri bangun iaitu Pangeran Pasir Berbisik.

"Ini zalim kepada rakyat kita. Saya tak puas hati. Salah cara ini. Kalau kita betul2 berani, biar rakyat yang tentukan dalam pilihanraya nanti. Kenapa perlu gunakan cara kotor ini hanya kerana nak menangkan calon2 pilihan kerajaan saja??" bentak Penggiran Pasir Berbisik pula. Tiba-tiba 3 orang menteri dari menteri bersepuluh iaitu Pangeran Jiwa Tandus, Pangeran Hati Muda dan Pangeran Pasir Berbisik bertindak keluar dari dewan mesyuarat sebagai tanda ketidakpuas hatian mereka dengan tindakan Wira Tempur Kelibat Kilat itu.

"Biarkan mereka keluar.." tegur Wira Tempur Kelibat Kilat setelah melihat Pangeran Rimbunan Daun ingin menghalang ketiga2 menteri itu dari keluar dewan.

"Sekarang ini kita atur strategi bagaimana nak singkirkan 4 orang calon yang bukan pilihan kita itu. Baik, Pangeran Mahkota Sari, saya nak dengar pendapat kamu tentang hal ini. Sila kan beri pendapat." Wira Tempur Kelibat Kilat mula menyuruh menteri kanannya itu untuk memberikan cadangan. Pangeran Mahkota Sari yang memegang portfolio menteri kanan negara 7 Gunung mula membetulkan kerusinya untuk memberikan cadangan.

"Begini tuan presiden... Kita boleh pengaruhi rakyat2 kita supaya mengundi calon2 pilihan kita. Hakikatnya kita mampu untuk kalahkan calon2 lain itu dengan cara terus. Tapi kita tak mahu nanti rakyat dapat hidu cara kita ini. Jadi kita kena gunakan tipu muslihat untuk menyingkirkan mereka. Tapi sebelum itu tuan presiden.. Ada sedikit masalah yang berlaku di kalangan calon2 pilihan kita.." tiba2 Pangeran Mahkota Sari mempersoalkan 1 perkara.

"Apa dia?" tanya tuan presiden.

"Jawatan menteri bersepuluh hanya ada 10 kerusi. Tapi calon2 kita sekarang ini ada 11 orang. Jadi menjadi masalah kepada rakyat untuk memilih calon2 kita. Ini kerana boleh menyebabkan berlakunya pecah undi. Dan kita nak berkempen untuk memenangkan calon2 kita akan jadi susah. Harap tuan presiden faham maksud saya ini." balas Pangeran Mahkota Sari.

"Betul juga kata kamu itu. Jika 11 orang calon kita bertanding, maka kempen kita untuk meyakinkan rakyat2 kita menjadi susah. Rakyat2 kita akan jadi serba salah untuk mengundi calon yang mana dari calon2 kita. Jika calon2 kita sudah cukup 10 orang maka senang lah untuk kita singkirkan terus 4 orang calon bukan pilihan pemerintah itu. Jadi bagaimana untuk selesaikan masalah ini wahai menteri kanan?" Wira Tempur Kelibat Kilat sedikit berkerut keningnya bila mengenangkan masalah lain mula timbul.

"Tuan presiden. Bila kita ada calon yang cukup2 untuk mengisi kerusi menteri bersepuluh maka senang lah kerja kita untuk menyingkirkan 4 orang lagi calon lain itu. Jadi saya cadangkan supaya kita suruh salah seorang dari calon pilihan kita itu tarik diri.. Bagaimana?? Tuan presiden setuju?" Pangeran Mahkota Sari memberikan idea dalam memastikan 4 orang lagi calon2 lain itu tersingkir. Wira Tempur Kelibat Kilat mula menguntum senyum bila mendengar cadangan dari menteri kanannya itu.

"Baik, bagus cadangan itu. Saya mahu kamu pujuk seorang calon kita itu untuk tarik diri. Jangan beritahu apa2 pada SPR. Biar calon itu sendiri yang beritahu pada SPR bahawa dia nak tarik diri. Kalau tidak kita nanti boleh di dakwa di mahkamah antarabangsa kerana cuba mempengaruhi calon. Ingat! Ini projek rahsia kita. SPR pun tak tahu. Sebab itu sampai sekarang SPR nampak kita bersih. Tak ada penyelewengan yang berlaku. Ha ha ha ha ha ha ha!!" gegak gempita dewan mesyuarat bila presiden negara 7 Gunung itu ketawa sepuas2nya. Menteri bersepuluh yang lain hanya tengok saja.

"Baik tuan presiden. Esok juga saya akan suruh seorang calon pilihan kita itu untuk tarik diri. Dan nanti saya akan cuba ciptakan alasan yang sesuai kenapa calon itu tarik diri. Sekarang tugas para menteri yang lain menggunakan segala alat eletronik dan media untuk mempengaruhi rakyat supaya mereka mengundi calon2 kita. Ingat, hanya 10 calon ini saja nama2 mereka tersiar ketika berkempen." Pangeran Mahkota Sari benar2 telah memainkan peranannya sebagai menteri kanan bagi negara 7 Gunung.

"Nanti!" tiba2 Wira Tempur Kelibat Kilat bersuara deras. Semua ahli jemaah menteri terkesima.

"Saya ada cara lain lagi untuk memastikan 4 orang lagi calon 'penyibuk' itu kalah dalam pilihanraya umum nanti. Perkara ini kita kena lakukan senyap2. Jangan sampai pihak SPR dapat tahu.." Wira Tempur Kelibat Kilat pula memberikan cadangannya.

"Apa dia tuan presiden?" soal salah seorang dari menteri bersepuluh itu, Pangeran Indera Muda.

"Begini, kita cuba ugut rakyat2 kita supaya jangan mengundi calon2 lain itu. Tapi kita ugut dengan cara lembut. Jangan bagi nampak sangat. Kita cuba buruk2kan calon dengan mengatakan bahawa jika 4 orang calon lain itu berjaya naik kerusi menteri bersepuluh, negara kita boleh jadi huru hara dan ceritalah lagi apa2 pun supaya rakyat mula menaruh syak wasangka kepada mereka." cadangan dari presiden negara 7 Gunung.

"Saya ada cadangan lain tuan presiden.." celah Pangeran Rimbunan Daun.

"Apa dia?" soal Wira Tempur Kelibat Kilat pula.

"Apa kata kalau kita sengaja ciptakan propaganda di negara2 jiran kita dengan mengatakan bahawa 4 orang calon lain itu adalah mereka dari fikrah lain atau cawangan parti pembangkang di negara2 jiran kita ini. Jadi bila sudah tersebar cerita ini ke negara jiran kita, tentu mereka akan bersimpati dengan negara kita kerana kita sedang menghadapi musuh yang sama di negara mereka. Maka ketika itu nanti, 4 orang calon lain itu pasti akan tertekan dengan desakan negara2 jiran kita itu. Ketika itu nanti ramai rakyat dari negara2 jiran akan bersimpati dan tak mahu negara kita ini akan jatuh ke tangan calon2 lain itu.." Pangeran Rimbunan Daun mula membetulkan kedudukannya di atas kerusi setelah memberikan cadangan tadi.

"Tak sia2 saya melantik kamu. Ha ha ha ha ha ha ha!!" Wira Tempur Kelibat Kilat ketawa deras.



Kini mula tersebar berita di negara2 jiran yang mengatakan 4 orang calon yang lain dari 14 orang calon yang bertanding ada rancangan untuk menjatuhkan kerajaan 7 Gunung. Ramai rakyat di seluruh negara masing2 mula kasihan dan simpati kepada negara 7 Gunung. Mereka juga mula mempengaruhi rakyat2 negara 7 Gunung supaya tidak memilih calon2 tersebut. 4 orang calon tadi yang bukannya pilihan kerajaan mula sedar dengan tindakan ini. Namun mereka tidak ada bukti untuk dilaporkan kepada pengerusi SPR. Mereka laluinya dengan hati yang tabah. Ejen2 kerajaan mula mempengaruhi rakyat2 7 Gunung dengan cerita yang pelbagai tentang diri 4 orang calon yang bukan pilihan kerajaan itu. Pelbagai cerita direka untuk memastikan 4 orang calon itu kalah dalam pilihanraya umum ke 200 itu nanti. Cerita yang paling hangat ialah '4 orang calon itu adalah fikrah songsang dan nak jatuhkan kerajaan 7 Gunung'.. Sungguh melampau dakwaan itu. 3 orang menteri dari menteri bersepuluh iaitu Pangeran Pasir Berbisik, Pangeran Hati Muda dan Pangeran Jiwa Tandus itu sudah dapat menghidu bahawa ini semua rancangan presiden negara 7 Gunung iaitu Wira Tempur Kelibat Kilat. Mereka juga tidak mampu untuk lakukan apa2. Media eletronik digunakan sepenuhnya oleh pihak kerajaan untuk memburukan 4 orang calon itu. Jika ada rakyat yang ingin mengundi 4 orang calon itu, mereka pasti akan dipulau atau disisih oleh kerajaan. Jadi rakyat makin takut untuk berhadapan dengan situasi sebegitu. Ada yang diugut dan sebagainya.

Akhirnya tibalah saatnya pada hari mengundi. Hari ini menyaksikan peristiwa bersejarah bagi rakyat negara 7 Gunung kerana akan bertukar kerajaan. Proses pengundian berlaku. Tiada masalah apa2. Tiba2 wakil kerajaan sempat lagi menghasut pengundi supaya mengundi calon2 pilihan kerajaan saja. Sedangkan jika mengikut undang2 negara 7 Gunung bahawa ketika hari mengundi dilarang sama sekali untuk berkempen. Tapi tindakan wakil kerajaan itu tidak disedari oleh pihak SPR. Ada rakyat yang tidak kenal langsung dengan calon2 kerajaan itu, tapi dipaksa oleh ejen2 kerajaan supaya mereka mengundi saja calon2 pilihan kerajaan. Rakyat tidak mampu buat apa2 selain buat apa saja yang di suruh oleh ejen2 kerajaan itu. Setelah tamat masa mengundi, malamnya itu tibalah waktu pengumuman siapakah mereka yang berjaya memenangi pilihanraya umum negara 7 Gunung.

SPR mula membacakan nama2 pemenang. Seperti biasa. Calon2 pilihan kerajaan pasti menang. 4 calon bukan pilihan kerajaan pun tersingkir. Maka bergembiralah rakyat2 dan menteri2 yang pro presiden Wira Tempur Kelibat Kilat itu kerana calon2 boneka mereka telah menang. Bagi 4 calon yang tersingkir itu, mereka dari awal lagi sudah menjangkakan kekalahan mereka itu. Bagi mereka, inilah pengalaman mereka berhadapan dengan pilihanraya yang paling kotor. Dunia melihat perjalanan pilihanraya negara 7 Gunung seperti biasa dan tiada apa2 iaitu demokrasi terpimpin. Tapi hakikatnya pemerintah 7 Gunung iaitu presiden bersama menteri bersepuluhnya mengamalkan politik kotor dalam sejarah tamadun manusia. Untuk memenangkan calon2 pilihan kerajaan, mereka akan melakukan apa2 saja. Hakikatnya mereka boleh kalahkan calon2 lain yang masuk bertanding dengan mudah sekali. Tapi mereka terpaksa gunakan segala tipu muslihat untuk mengaburi mata dunia dan SPR. Dan akhirnya dunia dan pihak SPR melihat pilihanraya umum negara 7 Gunung aman dan adil saksama. Hakikatnya tidak. Itulah dia negara 7 Gunung. Tidak tahu sampai bila penyelewengan ini akan terus berlaku. Apa yang peliknya ialah jumlah majoriti kiraan undi bagi setiap calon2. Calon2 yang menang iaitu calon2 pilihan kerajaan semuanya menang dengan majoriti 15 juta undi. Tapi lain pula jumlahnya bagi 4 orang calon yang kalah itu. Hanya mendapat 10 ribu undi saja atau lebih sedikit. Secara puratanya keempat2 calon yang kalah itu sama saja jumlah undi yang mereka dapat.

Di sini berlakunya kelemahan dalam rancangan jahat pemerintah. Iaitu mereka tak sedar bahawa jumlah yang sedikit yang diperolehi oleh calon2 yang kalah itu telah membuktikan bahawa sememangnya keempat2 calon yang kalah itu telah diboikot di dalam pilihanraya yang berlangsung tadi. Jika rakyat masih tak nampak lagi penyelewengan itu, maknanya rakyat takut dengan kerajaan yang ada sekarang dan akan datang. Walaupun pemerintahan bertukar ganti setiap tahun, tapi hakikatnya pemerintah2 yang ada ialah mereka yang sama. Mewarisi pemerintahan generasi2 dahulu. Walaupun jasad tak sama. Tapi pemikiran tetap sama. Dan hari ini juga menyaksikan bahawa pemerintah yang baru naik itu adalah boneka bagi kerajaan dahulu dan seterusnya. Terus menjadi boneka bagi kerajaan negara 7 Gunung sejak 200 tahun yang lampau............................ Tamat cerita..

28 March 2010

ANUGERAH DARI SAUDARA-SAUDARAKU YANG DIKASIHI LAGI DIHORMATI.


Assalamualaikum semua.....

Entri kali ini ditulis khas untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara2ku yang sudi menganugerahkan 'award' kepadaku. Penulis sungguh terharu dengan anugerah ini. Cumanya penulis tak mampu untuk zahirkan anugerah yang diberikan ini mengikut arahan2nya. Penulis rasa cukup sekadar penulis zahirkan begini saja.

Alhamdulillah, 3 orang saudara seaqidah penulis telah memberikan award ini pada penulis. Apa2 pun blog penulis ini tidaklah seberapa jika ingin dibandingkan dengan blogger2 yang lain. Cumanya apa yang penulis tulis dan nyatakan selama ini di dalam blog ini sebagai perkongsian buat rakan2 semua. Walaupun ada rakan blogger yang penulis tak kenal mukanya, tapi penulis tetap rasakan manisnya ukhuwwah islamiah itu. Inilah perkara penting di dalam perpaduan umat islam itu sendiri.....



"Tidak dinamakan beriman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri....."





Anugerah yang telah diberikan oleh Ukhti Syauqahwardah1209

Antara kata2nya kepada penulis ialah.......

"............bagiku blognya memberikan inspirasi kepada pembacanya, insyaAllah."





Anugerah yang telah diberikan oleh K.E. Al Mansuri.

Antara kata2nya kepada penulis ialah.......

"...Sebab mung ghajing nengok blog ambe...
blog mung memang cool, ilmiah...infomasi, farmasi :P...manyok nasihak...
sebab mung smue saing2 ambe...."





Anugerah yang telah diberikan oleh Ukhti Syeera.

Antara kata2nya kepada penulis ialah.......

"...Terimalah dengan bebesar hati ye... Terima Kash Semua ^_^."


Sekali lagi penulis ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada pemberi anugerah. Moga ukhuwwah islamiah antara kita semua makin mekar dalam aqidah kita yang sama.

Penulis teringat bait2 lagu seniman Ramli Sarip....

" ....Aku menulis bukan kerna nama. Kerna sifat kasih kita sesama insan dan menyatakan kasih sayangku....."

24 March 2010

JAWATAN BP PMRAM : Jangan jadi kawan makan kawan..




Assalamualaikum semua.....

Penulis ingin mengulas sedikit berkenaan pilihanraya bagi menjawat jawatan Badan Pengurus(BP) ataupun jika di peringkat negara dipanggil Menteri2 kabinet. Apa yang penulis tahu, sudah 2 tahun rasanya jawatan ini tidak ada 'perlawanan' walaupun ia dipertandingkan. Maksudnya jawatan2 ini dijawat kerana calon2 yang masuk bertanding menang tanpa bertanding. Ada mulut2 busuk yang mengatakan bahawa jawatan BP PMRAM ini, orang tak berminat nak menglibatkan diri, sebab itu hanya menang tanpa bertanding saja. Adakah begitu? Hanya orang yang bermulut busuk itu saja yang tahu jawapannya.

Penulis memandang perubahan ini dari sudut positifnya bahawa sudah mula ada kesedaran mahasiswa dalam menglibatkan diri dalam persatuan peringkat tertinggi ini. Kenapa? Kerana bagi penulis bahawa mahasiswa sekarang ini masing2 berebut untuk memberikan sumbangan berbentuk tenaga dan buah fikiran dalam memastikan persatuan yang ada ini semakin utuh. Bukan bermakna mereka yang masuk bertanding ini gilakan jawatan yang ada. Tapi mereka ini, bagi pendapat penulis ingin melakukan perkara yang mereka rasakan baik untuk persatuan seterusnya untuk seluruh mahasiswa/wi di perlembahan Nil ini. Mereka bukan saja telah mengkritik PMRAM. Tapi mereka juga telah memberanikan diri untuk sama2 menampung kekurangan yang ada. Dengan makna katanya bahawa mereka bukan saja menegur kepimpinan, tetapi ingin masuk sendiri dalam persatuan. Bukan dengan cara menyisihkan diri lantas menubuhkan persatuan lain. Tak. Jika berlaku begitu, maka mereka adalah orang2 yang berjuang bukan kerana dasarnya(Al Quran dan As Sunnah). Tapi kerana kepuasan dunia...

Jika kita menilik kepada fenomena ini(berlakunya 'perlawanan' dalam menjawat jawatan BP), maka penulis boleh samakan seperti pernah berlaku di bumi tempat mukiman penulis sendiri iaitu Mansurah. Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sudah sekian lama tidak 'berlawan' dalam pilihanraya. Kesemua calon hanya menang tanpa bertanding. Tapi pada Mesyuarat Agung Tahunan(MAT) ke 17 (2009) baru2 ini,iaitu ketika turunnya kepimpinan lama dan naiknya kepimpinan baru, telah menampakkan perubahan drastik iaitu jawatan bagi AJKT dan HEWI dipertandingkan(ada 'perlawanan'). Perubahan yang berlaku itu juga telah 'menyentak' sebahagian mahasiswa dari keselesaan mereka.. Mahasiswa sudah mula berani untuk melakukan perubahan. Tapi sayang.... Niat mereka untuk menampung kekurangan yang ada itu telah disalah tafsirkan sehinggakan membawa kepada prasangka yang berlebihan. Akhirnya menimbulkan fitnah dan sebagainya. Sedangkan sebelum itu kita adalah kawan. Hanya kerana ingin memenangkan calon pilihan mereka akhirnya kawan pun sudah jadi lawan...... Sudah muhasabah kah kita dengan pengajaran lalu??? Hurm.

Kini jawatan BP PMRAM dipertandingkan tanpa ada lagi calon yang menang tanpa bertanding. Tidak dapat tidak, pasti ada calon yang akan ditolak pengundi. Cumanya pesan penulis, berkempenlah untuk memenangkan calon pilihan hati. Bukannya berkempen memburukkan calon yang lain. Apa yang pernah penulis sendiri lalui ialah ada sebahagian mahasiswa iaitu kawan sendiri yang berkempen memburukkan calon2 sehinggakan mengatakan bahawa " Ada calon yang bertanding itu berfikrah lain! Singkirkan mereka! Kalau tidak persatuan kita akan jahanam." Begitulah lebih kurang taqdir kalam mereka dari penulis. Namun maksudnya sama saja.

Ingat! Jangan menganggap kita saja berfikrah PMRAM! Ramai lagi kawan2 kita yang berfikrah PMRAM. Kalau kita sesuka hati menuduh mereka yang lain itu 'berfikrah lain' hanya kerana mereka pernah tidak bersetuju dengan sedikit perkara saja apa yang kepimpinan buat, maka ketahuilah bahawa kita ini berjuang bukan kerana dasarnya tapi lebih kepada asobiyah atau kekitaan saja. PMRAM atau DPM bukan milik individu. Bukan milik presiden saja. Bukan saja milik pengerusi. Tapi adalah milik kita semua. Sama2 kita tampung kekurangan yang ada dan bersama2 dalam merealisasikan harapan dan dasar perjuangan kita iaitu wadah perjuangan kita di sini.......................

Apa2 pun penulis cukup berbangga dengan calon2 yang bertanding semua. Mereka semuanya hebat dalam bidang masing2. Tambahan pula, kenal benar penulis dengan bakal presiden PMRAM iaitu Tuan Guru Ustaz Shahrizan. Seorang yang alim, hebat dalam pelajaran dan berfikiran terbuka. Kenapa penulis berani berkata begitu? Kerana penulis sendiri pernah berguru dengannya : -) Tahniah kepada semua calon yang bertanding! Selamat mengundi....


KITA PMRAM!!!!

21 March 2010

Mengubah mentaliti masyarakat kita....Vol : 1




Assalamualaikum semua....

Di malam musim sejuk bumi Mansurah yang semakin hampir ke penghujungnya ini, penulis(gantian panggilan bagi 'aku' sebelum ini) menulis juga untuk entri terbaru ini. Tujuan penulis menulis entri ini untuk kita sama2 membawa masyarakat Malaysia umumnya memikirkan tentang beberapa perkara yang penulis lihat perlu diubah mentaliti masyarakat kita khususnya melayu Islam itu sendiri. Penulis telah melihat dan mengkaji selama ini, mendapati ada beberapa perkara yang penulis dapat simpulkan berdasarkan realiti yang berlaku dalam kehidupan kita dan bagi penulis, ia agak 'mushkilah' dan merbahaya untuk umat melayu Islam. Apakah dia mentaliti masyarakat kita yang perlu diubah itu?? Insyaallah penulis akan kupaskan serba sedikit walaupun tak banyak. Sekadar yang penulis termampu untuk tatapan kawan2 semua.



Bila muksiat gejala sosial itu lebih mudah dari berkahwin.


Mengapa penulis memilih fokus tentang gejala sosial ini? Ini dari pengamatan penulis selama ini. Semua sudah maklum bahawa gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini semakin membarah. Jika ingin dihitungkan 1 persatu mungkin tak tertulis di dalam entri ini. Namun penulis tulis juga serba sedikit. Antaranya yang kita sudah sedia maklum ialah berkawan lelaki perempuan dalam keadaan tak terkawal, melahirkan anak zina, berpeleseran sesuka hati dan seangkatan dengannya. Jika ingin dikelaskan dosa2 mengikut perbuatan2 mereka itu, banyaklah. Perlu diketahui bahawasanya kita tidak boleh saja hanya pandai mengkritik golongan2 ini saja tanpa ada usaha untuk membaik pulihkan mereka. Jika kita ini hanya pandai mentohmah dan mengkritik tanpa ada usaha untuk membaik pulih mereka maka ketahuilah bahawa kitalah sejahat2 manusia berbanding mereka.

Apa yang perlu kita lakukan ialah bukan saja tidak redho dengan perbuatan mereka ini bahkan perlu juga atas kita ini membaik pulihkan mereka. Namun masih ada kebanyakan orang sekarang ini bahkan terjadi juga kepada mereka yang berpelajaran aliran agama yang hanya pandai memandang serong kepada golongan2 ini tanpa ada usaha untu menegur atau membaik pulihkan mereka. Inilah sebesar2 kesalahan bagi orang yang belajar aliran agama khususnya. Oleh itu, marilah sama2 kita ini(semua mukallaf, lelaki dan perempuan), bukan saja tidak redho dengan perbuatan mereka bahkan menegur dan membetulkan mereka. Bukanlah kita ini seorang yang sempurna namun di sebalik kita membaik pulihkan diri kita sendiri, kita juga cuba membaik pulihkan orang lain.. Insyaallah.

Baik, apa yang telah menjadi kesalahan pada masyarakat kita dalam hal ini? Penulis lebih khususkan kepada keluarga masing2. Walaupun pemerintah itu sendiri juga memainkan peranan penting dan tanggungjawabnya. Anak2 merupakan permata keluarga. Dan ayah sebagai ketua keluarga merupakan orang terpenting dalam membentuk atau mencorakkan anak2nya. Sebuah keluarga itu juga bukanlah semata2 keluarga, namun ia merupakan sebuah masyarakat kecil yang terbentuk dari sebuah keluarga. Jika ayah dan ibu mampu membawa keharmonian rumah tangga dengan baik berlandaskan syariat, maka insyaallah ayah dan ibu itu juga mampu untuk mejadi pemimpin di peringkat yang lebih tinggi.

Sebagai seorang anak, pastilah punyai pelbagai perangai dan sikap yang perlu diharungi dan dihadapi oleh ibu bapa mereka. Ketika itu ibu bapa perlu memainkan peranan penting sebagai 'pemerintah' bagi sebuah 'masyarakat kecil' ini. Jika ibu bapa itu sendiri 'lepas tangan' maka jahanamlah anak2 mereka. Penulis lebih fokuskan kepada realiti yang berlaku sekarang ini iaitu bila ibu bapa lebih mudah membenarkan anak2 mereka bersosial di luar rumah dengan makna kata anak2 keluar sesuka hati dengan pasangan masing2 daripada mudah untuk ibu bapa membenarkan anak2 mereka berkahwin sahaja. Alasan yang kita sering dengar ialah bila anak2 mereka minta untuk berkahwin dalam usia muda; "Kau nak kahwin? Kau nak bagi anak orang nanti makan apa, pasir?" ataupun " Kau tu hidup pun abah kau yang sara, ada hati nak sara anak orang pula nanti.."

Begitulah alasan2 yang sering kita dengar bila anak2 mereka ingin berkahwin dalam usia muda. Ada benarnya juga bila melihat kepada sudut lain dengan apa yang ibu bapa cakapkan itu. Tapi apa yang menjadi kesalahannya ialah mereka lebih mudah untuk memberi anak2 mereka bersosial tanpa batas dengan pasangan masing2 daripada memudahkan anak2 berkahwin. Bila anak ingin keluar bersama teman lelakinya, ibu bapa tanpa rasa segan silu membenarkan saja. Bahkan diberi pula duit belanja(wang saraan). Anak pulang lewat tengah malam pun tidak di tanya dari mana. Anak bawa pulang lelaki hilah atau ajnabi (asing) ke rumah pun tidak mengapa. Anak membonceng motosikal bersama teman lelakinya pun ibu bapa tidak kisah. Ternampak anak keluar 'dating' dengan teman lelakinya pun tidak ditegur... Tapi bila cuma 1 saja yang anak2 pinta dari ibu bapanya.. " Mak, saya nak kahwin?" Apa jawab si ibu atau ayah? Seperti yang sudah penulis nyatakan di atas tadi. Jadi seolah2 seperti salah atau dosa pula bila anak2 minta ingin melakukan sesuatu yang sunnah, dapat pahala dan menyempurnakan sebahagian agama Islam itu sendiri!

Sedangkan dalam masa yang sama bila si anak berpeleseran dengan pasangan masing2 tidak pula dimarahi atau ditegur. Inilah kesilapan besar yang berlaku pada sesetengah orang kita. Tidaklah berlaku kepada semua ibu bapa. Cumanya ingin diceritakan bahawa ada ibu bapa yang begini. Pendek kata, mereka lebih 'redho' melihat anak2 mereka bersama teman masing2 dalam keadaan 'tiada sah' di sisi agama daripada 'meredhoi' anak2 mereka berkahwin sahaja. Di dalam kitab Muhimmah fi ilmi hadis Nabi S.A.W. ada menceritakan tentang hadis Nabi yang berbunyi begini;

"Dan menyuruh pula oleh Nabi s.a.w. akan bernikah dan bersabdanya, hai segala orang yang muda, bernikah2 barang yang kuasa daripada kamu akan bernikah maka hendaklah beristeri. Maka sungguhnya beristeri itu iaitu memejamkan ia bagi mata(maksudnya menundukkan pandangan) dan memeliharakan ia bagi farajnya(kemaluannya). Dan barangsiapa tiada kuasa maka lazimkanlah atasnya dengan berpuasa maka bahawasanya berpuasa itu melemahkan ia akan syahwat.." au kama qol....

Jika kita melihat kepada lafaz 'barang yang kuasa daripada kamu akan bernikah' itu, ada sedikit khilaf di kalangan ulamak tentang maksudnya.. Ada yang mengatakan murod(kehendak) perkataan itu ialah kemampuan dari segi batin iaitu kemampuan kekuatan seks dan ada pula yang mengatakan murodnya ialah kemampuan dari segi menyediakan belanja kahwin samada mahar dan wang hantarannya(berdasarkan realiti masyarakat kita). Jadi bila kita melihat kepada hadis baginda ini, tiadalah syarat bahawa nak berkahwin itu perlulah bekerja dahulu. Bahkan orang yang berkahwin ini Allah telah jamin akan rezekinya. Sama juga kepada mereka yang sedang menuntut ilmu.

Walaubagaimanapun, perlulah si pemuda tadi bekerja juga selepas berkahwin. Ini kerana bekerja itu sebagai wasilah atau jalan atau ikhtiar atau usaha untuk mendapatkan rezeki yang telah Allah taala jaminkan itu. Bukan bermakna hanya duduk di rumah sahaja dan menantikan rezeki datang. Kita sebagai ahlus sunnah wal jamaah wajarlah menggunakan ikhtiar yang ada untuk mencari rezeki. Disamping itu juga untuk menjadi seorang suami, perlulah persiapkan diri dengan ilmu agama walaupun hanyalah 'basic'..

Dan kita melihat lagi pada hadis tadi bahawa Nabi mengatakan 'orang muda'. Bukankah anak2 umat Islam yang melakukan masalah sosial sekarang ini terdiri daripada golongan muda?? Kerana ketika itu(umur muda) nafsu mereka bergelora menginginkan keseronokan sahaja. Jadi jalan yang terbaik untuk mereka ialah berkahwin saja. Tapi jika anak2 sibuk dengan pelajaran saja, dan tiada masalah dari segi sosial tanpa batasan ini, biarkan saja mereka dengan pelajaran. Yang penulis ingin sarankan ialah kepada ibu bapa yang lebih redho melihat anak2 mereka bersosial tanpa batasan syara' daripada mengizinkan anak2 mereka berkahwin saja.

Menyediakan belanja kahwin ini, penulis rasakan mungkin tiada masalah jika benar2 memahami tuntutan pemberian mahar itu sendiri. Mahar tidaklah menjadi syarat untuk ditetapkan kepada berapa jumlah yang khas. Ulamak itu sendiri ketika membahaskan tentang mahar ini tidak pula menetapkan secara muktamad berapakah nilai sebenar mahar itu atau mas kahwin. Bahkan sebaik2 mahar itu ialah yang paling sedikit..."walaupun dari cincin besi.."(berdasarkan hadis). Panjang pula jika ingin dibahaskan tentang mahar ini. Namun apa yang penting mahar adalah wajib.

Jadi bukankah kahwin itu jalan yang paling baik untuk memastikan anak2 kita tidak terlibat lagi dalam masalah gejala sosial yang semakin membarah ini. Seperti penulis katakan tadi, ibu bapa lebih rela melihat anak mereka bergelumang dengan muksiat daripada mudah untuk membenarkan mereka berkahwin sahaja. Inilah mentaliti atau permikiran masyarakat kita yang perlu diubah. Kenapa persoalkan tentang rezeki anak2 selepas dari mereka berkahwin?? Tidak yakinkah dengan jaminan yang telah Allah berikan pada orang yang berkahwin itu? Insyaallah anak2 kita akan bekerja. Lainlah jika mereka hanya duduk saja di rumah menunggu rezeki datang. Jika berlaku sedemikian rupa, barulah kita boleh mempersoalkan si suami tadi.

Kahwinkan saja anak2 jika kita lihat mereka sudah terpesong jauh bersama teman2 mereka. Selepas itu sebagai ikhtiar demi mencari rezeki yang Allah telah jaminkan itu, suruhlah mereka bekerja menyara keluarga mereka nanti. Si suami wajib memberikan nafaqoh kepada isteri dan anak2 mereka. Menunggu sehingga menjadi seorang yang kaya dalam sesebuah keluarga bukanlah syarat untuk mencukupkan makan, minum, pakaian dan tempat tinggal mereka. Arridho bil qolil (redho dengan apa yang ada walau sedikit atau ada sifat qona'ah iaitu berpada dengan apa yang ada) itu penting dalam kehidupan kita. Selepas anak2 kita itu(jika lelaki) bekerja walaupun tidak bergaji besar, maka yakin dan serahkan pada Allah taala berkenaan nasib anak2 kita. Kerana mereka sudah berusaha dalam mencari rezeki.

Sedarlah kita bahawa, anak2 muda merupakan aset terpenting kepada agama, bangsa dan negara. Telah berkata setengah ulamak; " Jika ingin melihat kepada keadaan masa depan sesebuah bangsa itu, lihatlah pada keadaan anak mudanya ketika ini(realiti sekarang). Jika baik anak mudanya sekarang ini, maka baiklah bangsanya itu akan datang. Jika rosak anak bangsanya sekarang, maka rosaklah bangsanya itu akan datang..." Na'uzubillahi min zalik.....

Insyaallah penulis akan sambung lagi tulisan penulis ini untuk volume ke-2. Penulis cuba pula mengupas tentang salah faham masyarakat kita dalam memahami poligami dalam Islam. Ada masyarakat kita yang memandang serong kepada poligami sehinggakan boleh membawa kepada jatuhnya aqidah. Bagaimana ia(jatuh aqidah) boleh berlaku? Tunggu untuk entri akan datang..... Wassalam....


17 March 2010

Jemputan ke re- union pelajar SMAYK dari lapis tahun 2000-2005.






Assalamualaikum semua...

Diharapkan kawan2 semua dalam rahmat Allah selalu. Kali ini entri ini ditulis kerana ingin mengumumkan 1 perkara. Insyaallah jika Allah perkenankan, aku ingin adakan 'reunion' pelajar Yayasan Khairiah(SMAYK) dari lapis tahun 2000-2005. Ketetapan tahun ini dipilih kerana merupakan tahun pertama bagi kami menjejakkan kaki ke Sek. Men. Agama (ARAB) Yayasan Khairiah ataupun lebih dikenali dengan nama Yayasan Khairiah untuk sesi tahun 2000(tingkatan 1) hinggalah kami menduduki STAM pada tahun 2005.

Aku, insyaallah balik ke Malaysia tahun ini. Dan aku dah bersembang dan berbincang beberapa perkara tentang rancangan ini dengan 2 orang kawan di Malaysia dan mereka menunjukkan reaksi positif. Jika jadi rancangan ini, maka kami ingin menjemput kesemua bekas pelajar Yayasan Khairiah dari lapis tahun 2000(tingkatan 1) hinggalah tahun 2005(tingkatan 6). Tujuan utama alumni ini diadakan bagi menemukan kembali kawan2 lama yang setelah sekian lama terpisah kerana membawa haluan masing2. Ada yang sudah berkahwin, mempunyai anak dan sebagainya. Ukhuwwah antara pelajar2 Yayasan Khairiah tidak pernah pudar. Bilangan kami ketika lapis tingkatan 1 pada tahun 2000, ramai. Bayangkan kelas bagi tingkatan 1 saja ada 6 kelas dengan purata 30 orang setiap 1 kelas. Ini pada bilangan pelajar lelaki sahaja. Aku tak tahu pada bilangan sebenar pelajar puteri kerana sekolah kami tidak bercampur antara lelaki dan perempuan. Bila kami meningkat ke peringkat seterusnya iaitu dari segi tingkatan pelajaran dan kelas kami, maka pelajar semakin berkurang. Sehinggalah ke tingkatan 5(2004), pelajar putera hanya mampu membentuk 3 kelas saja. Iaitu 5 AL, 5 BL, 5 CL dengan purata 30 orang juga bagi setiap kelas. Ini kiraan kasar sahaja. Dan ketika tingkatan 6 hanya sebuah kelas saja.

Jika ingin diceritakan tentang kenangan2 yang kami tempuhi bersama rasanya tak larat untuk menaip di keyboard ini. Tapi cukuplah aku menceritakan secara ringkasnya bahawa pelbagai pengalaman yang kami hadapi dan semua itu telah mematangkan kami dalam meniti kehidupan yang semakin mencabar ini. Bumi ilmu Yayasan Khairiah bukan saja mencurahkan ilmu, tetapi mengajar kami untuk menjadi 'orang' dalam tak sedar. Susah, senang, gelak, tawa, senda dan gurau masih segar terpahat di ingatan ini. Sejujurnya inginku katakan bahawa aku rindu untuk bertemu kawan2 lama yang sudah lama tidak ketemu. Ada yang sudah hampir 10 tak berjumpa.. Allahu robbi... Mujurlah ada laman 'facebook' yang telah menemukan kembali kawan2 lama aku. Bila bertemu di laman itu, ada yang sudah hampir2 tidak cam mukanya. Namun bila mereka mengungkit kembali kisah lama yang pernah menjadi 'trade marked' tersendiri sebagai contoh, kami masing2 tersenyum sipu dalam hati. Ketawa kecil di dalam hati bila melawak dan bergurau kembali bersama. Memang mengimbau kenangan benar.

Oleh itu, aku dengan berbesar hatinya ingin mengumpul kembali kesemua pelajar2 lapis 2000-2004 insyaallah. Itu harapan besarku. Bukan bermakna bila kami adakan majlis seperti ini lantas kami mengenepikan lapis yang lain. Cumanya aku ingin khususkan sahaja. Kalau ada lapis lain yang ingin 'join' ahlan kami ucapkan. Aku harapkan moga rancangan ini berjaya. Insyaallah bila aku sudah sampai ke tanah air nanti, aku akan terus hubungi kawan2 ku di sana untuk memudahkan kerja.

Secara realitinya, anak didik lepasan SMAYK ini ramai dan bertebaran di seluruh negara. Bermula dari tertubuhnya SMAYK sebagai pondok pengajian umumi sehinggalah sekarang yang telah memperkenalkan sistem nizomi iaitu teratur dari segi kelas dan pengajiannya. Jika orang Kedah khususnya Baling, siapa yang tidak kenal dengan 'Pondok Kg. Pisang'? Itulah nama lain yang terkenal di bibir masyarakat. Pengasas SMAYK iaitu Tuan Guru Hj. Yahya b. Toha merupakan seorang waliyullah di zamannya dahulu. Tuan Guru Hj. Yahya b. Toha juga merupakan tok guru kepada Tuan Guru Omar Zuhdi iaitu pengasas pondok Lanai yang terkenal di Kedah yang terletak di Parit Panjang.

Sebagai pengetahuan semua, ramai dikalangan anak didik Yayasan Khairiah yang telah menjejakkan kaki ke bumi anbiyak ini(Mesir). Jika ingin dihitung 1 persatu jumlah bekas anak didik SMAYK yang sedang menuntut dan sudah tamat pengajian di Mesir ini, cukup ramai. Cukuplah bagi aku rasanya untuk menghitung jumlah pelajar Yayasan Khairiah bagi lapis pelajar SPM tahun 2004 sahaja yang sedang menuntut di bumi berkat ini. SPM pada tahun 2004 merupakan tahun kemuncak bagi kami sebelum menamatkan pengajian di YK dengan menduduki STAM pada tahun 2005.

Para pelajar YK pada tahun 2004(SPM) dan STAM pada tahun 2005 yang sedang menuntut ilmu di bumi Mesir ini begitu ramai dan insyaallah aku cuba senaraikan seorang demi seorang... Dan ternyata ukhuwwah kami di sini tetap kuat. Kalau di sekolah dulu tidak rapat, tapi bila datang ke Mesir ini, ia bertambah rapat. Bukan asobiyah tapi hanya ingin bercerita tentang apa yang telah berlaku. Dan aku yakin, masing2 ada blog dan kawan2 dari sekolah terdahulu. Jadi anda juga mampu untuk kumpulkan semula kawan2 lama anda. Tulislah di blog masing2... Kepada kawan2 di Malaysia yang membaca blog ini, bersedialah untuk menghadiri majlis yang dijangka pada bulan 8 nanti. Insyaallah.. Ini perancangan awalku... Moga kita berjumpa kembali nanti di majlis gilang gemilang itu nanti...






Di bawah ini senarai pelajar2 Mesir yang pernah menjadi anak didik SMAYK ketika SPM tahun 2004 dahulu.



























p/s : Kepada kawan2 yang mampu hadir nanti di majlis itu, sila tinggalkan pesan di blog ini. Jemputan kepada semua bekas pelajar termasuk pelajar puteri dan putera YAYASAN KHAIRIAH.

14 March 2010

AKU, DIA, KAMU & PERSATUAN....



Assalamualaikum semua....

Bila kita menjejakkan kaki saja dibumi berkat ini(Mesir), maka bermulalah pelaksanaan niat kita dahulu ketika di Malaysia untuk menuntut ilmu di bumi anbiyak ini. Itulah tujuan utama permusafiran dan permukiman kita di Mesir ini. Bila barang2 kita sudah berada di luar lapangan terbang, maka ketibaan kita itu sebenarnya telah dinantikan oleh ramai orang. Terdiri daripada 'abang2 lama' atau 'kakak2 lama'. Ini realiti yang berlaku. Ada siapa yang ingin nafikan???

Baik, kita berbalik kepada penulisan kita. Setelah siap semua barang2 kita dipunggah dan terus membawa kita pulang ke rumah negeri masing2... Ada yang diambil dari lapangan terbang terus dan bawa pulang ke muhafazah(cawangan) yang mereka mohon. Bila sudah sampai ke rumah negeri masing2 atau cawangan masing2, maka bermulalah program2 yang diadakan untuk memudahkan urusan para pelajar. Samada program berbentuk ilmiah,penambahan thaqofah dan pendedahan awal berada di bumi Mesir ini.

Kelangsungan program ini tidak berhenti setakat itu saja. Bahkan berterusan sehinggalah hari ini. Cumanya ada waktu dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak persatuan. Baik, bila sebut saja persatuan ini. Persatuan manakah yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan kita selama ini??? Maka aku dengan segala hormatnya menyebutkan di sini bahawa persatuan yang telah menjaga dan mempedulikan kami selama ini ialah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir atau singkatannya PMRAM.

Jika mereka bertanya, bukankah persatuan2 anak negeri yang bertanggungjawab ke atas pelajar2 negeri masing2? Benar..... Tapi kena tahu bahawa BKAN atau Badan Kebajikan Anak Negeri berada di bawah naungan PMRAM. Siapa penaungnya??? PMRAM.. Jadi secara tidak langsung PMRAM terlibat. Faham?? Baaaik..

PMRAM secara hakikatnya berpusat di Kaherah. Kerana pejabatnya sendiri berada di Kaherah. Jadi bagaimana pula nasib pelajar2 Malaysia yang berada di luar Kota Kaherah seperti Mansurah, Zaqaziq, Tanta, Dumyat, Syibin el Kom, Iskandariah dan sebagainya?? Maka jawabnya ialah PMRAM telah melantik mandub(wakil persatuan) yang berstatus pengerusi di setiap cawangan2 yang diduduki oleh pelajar Malaysia amnya. Oleh itu tertubuhlah PMRAM peringkat cawangan sekitar awal tahun 90 'an dahulu sehinggalah sekarang. Atau lebih dikenali dengan nama Dewan Perwakilan Mahasiswa(DPM). Jika di Malaysia, Ahli JawatanKuasa bagi setiap organisasi peringkat negeri sebagai contohnya dinamakan 'exco kerajaan negeri'. Bagi PMRAM pula, ia ada BP atau badan pengurus(merangkumi ikhwah dan akhawat) yang memegang beberapa portfolio yang telah ditubuhkan. Maka mudahlah untuk PMRAM menguruskan hal ehwal semasa mahasiswa diseluruh Mesir ini. Bagi wakil PMRAM yang telah dilantik dan yang berstatus pengerusi itu, dia pula telah menubuhkan pula AJK nya yang diberi nama AJKT(ada HEWI jika cawangan yang memerlukannya) atau ahli jawatan kuasa tadbir untuk memudahkan segala urusan mahasiswa/wi yang berada di cawangan masing2.

Persoalan yang timbul. Adakah boleh bagi persatuan ini, PMRAM atau DPM melakukan segala gerak kerja jika tiada bantuan atau tenaga kerja dari kalangan ahli???? Maka jawabnya mestilah tak boleh dan tak mampu. Tidak dapat tidak bagi ahli2 yang berdaftar di bawah persatuan induk mestilah membantu dan mendokong persatuan yang ada ini. Mengapa?? Kerana ''alaikum bil jamaah',tidak dapat tidak kita ini perlu kepada kehidupan berjemaah.... Itu jawapan mudah aku..

Kita melihat pula pada zaman awal Islam dulu. Saiyiduna Nabi Muhammad telah melantik beberapa orang sahabat untuk membahagikan tugas dakwah Islam. Ketika itu penyebaran Islam masih dalam keadaan sirr atau rahsia.. Apa yang kita nampak dalam kisah ini?? Yaaa, sebuah organisasi......... ia(organisasi) penting untuk memudahkan segala gerak kerja seharian kita. Perlantikan seorang ketua itu penting. Maka kita di sini pun sudah ada semua itu(organisasi) iaitu PMRAM dan DPM.

Bila kita mengetuai sesebuah kumpulan atau organisasi itu maka secara automatiknya sudah tentu mempunyai ahli. Benar??? Maka kita bukan saja berhadapan dengan masalah gerak kerja. Tapi kita juga akan berhadapan dengan masalah ahli atau di peringkat yang lebih tinggi ialah rakyat. Aku fokuskan pada PMRAM dan DPM, maka ahli lah pernamaan mereka itu. Bila sudah menjadi seorang pemimpin, maka tugas beratlah yang sedang dan bakal memberati kita. Iaitu sebuah tanggungjawab. Kepimpinan bukanlah sesuatu perkara yang perlu dibanggakan dan disombongi. Silap langkah dalam menunaikan amanah ahli maka jawablah dengan Allah taala nanti. Apakah kesalahan yang bisa terjadi sebagai seorang pemimpin?? Semua ini sudah maklum. Seorang pemimpin itu bisa(mungkin) melakukan pecah amanah, rasuah, penyelewengan kuasa, diktaktor dan sebagainya. Namun di peringkat persatuan mahasiswa ini aku jamin bahawa tiada kesalahan ketara yang dilakukan oleh ketua organisasi. Apatah lagi PMRAM dan DPM ini mahasiswanya yang berada di dalam aliran agama. Cumanya ada beberapa kesalahan yang tidak berat. Namun(kesalahan tak berat itu) mampu untuk meruntuhkan ukhuwwah islamiah itu.

Ini boleh berlaku bila pemimpin mahasiswa tidak menghiraukan pandangan dari ahli. Yaaa, memang benar setiap keputusan oleh kepimpinan telah disepakati ahli mesyuarat yang terdiri dari AJKT atau HEWI(Hal ehwal wanita Islam), namun di celah2 itu kepimpinan juga perlu melihat kepada pandangan ahli. Perlu ada budi bicara sesama ahli. Kerana apa?? Kerana kita naik sebagai pemimpin kerana undian ahli. Kalau kita naik sebagai pemimpin kerana sistem monarki atau diktaktor maka aku sebutkan bahawa kita adalah pemimpin yang syok sendiri. Maaf cakap. Kenapa aku sebutkan sebagai pemimpin syok sendiri? Kerana ahli tak suka. Hanya kita saja yang beriya2 ingin jadi ketua. Itulah dia pemimpin syok sendiri. Kita kuat menerangkan tentang pentingnya perpaduan tetapi dalam masa yang sama pandangan ahli kita tak hiraukan. Kalau kita mengatakan kita belajar tentang ilmu siyasah, maka ahli juga ada belajar. Sebab itu tak boleh ketepikan suara ahli. Jika kita naik jadi pemimpin pun kerana ahli maka tak mustahil kita juga boleh digulingkan kerana ahli!!! Aku tidak menuduh sesiapa. Sebagai pemberitahuan tentang beberapa kesalahan yang boleh terjadi jika kita ini mengetuai pimpinan mahasiswa. Dan sebagai pemimpinan kita perlu tegas dalam sesuatu hal. Bukan bermakna semua perkara. Tapi dalam beberapa perkara. Mengapa tegas ini penting?? Kerana kita tak mahu pemimpin itu boleh berubah fikiran hanya kerana dipengaruhi oleh orang lain. Sebagai contoh, seorang sahabat Nabi, tidak boleh jadi pemimpin kerana dia tidak tegas. Tidak tegas di sini bukan bermakna bermudah2 dengan hukum Allah, tapi mudah kasihan pada orang sehingga terpaksa gugurkan prinsip perjuangan dan kepimpinan. Itu yang tak boleh ada pada seorang ketua atau pemimpin.

Ada pemimpin yang mudah berlembut yang tidak patut pada mereka yang tidak layak untuk membuat keputusan. Bukan salah berlembut bahkan dituntut, tapi janganlah terlalu berlembut dan mudah 'cair' kepada mereka sehinggakan mereka naik kepala kita. Kita wajar bahkan sunnah Nabi mendengar pendapat dari orang lain. Sebagai seorang pemimpin, kena tegas jika keputusan itu seolah2 naik kepala kepimpinan sebenarnya. Ada orang yang boleh jadi pemimpin tetapi bukanlah pimpinan atasan atau mutlak. Hanya boleh menjadi pemimpin peringkat bawahan saja. Saranan aku supaya tidak mudah 'cair' dengan mereka. Tegas dan berprinsip dalam membuat keputusan. Jika tidak, kita ini hanya nama saja pemimpin, tetapi menjadi boneka kepada sesetengah orang. Di sebalik kita memerintah, tapi sebenarnya ada 'tangan ghaib' yang mengawal kita. Nau'zubillah..

Namun dicelah2 kepayahan pemimpin menjalankan tugas, masih ada segelintir ahli yang tak memahami tugas kepimpinan. Maka timbullah salah faham di antara ahli dan kepimpinan. Di manakah perpaduan dan ukhuwwah itu jika ahli sendiri tidak cuba untuk memahami kepayahan pemimpin dalam memikul amanah??? Adakah kita pernah tilik bahawa mengapa kita masih degil melanggar etika yang pemimpin tetapkan??? Inilah kesalahan ahli yang sengaja dibutakan oleh ahli. Mengapa jadi begitu. Aku sebagai ahli biasa sedar akan masalah ini. Ahli merupakan pemerhati terbesar dalam organisasi(persatuan) sentiasa nampak kerja buat oleh kepimpinan. Ada yang tak kena dengan kepimpinan maka ahli dengan cepat menegur. Tapi adakah kita benar2 ikhlas menegur atau hanya kita ini memang suka mencari kesalahan pemimpin?? Tilik diri kita. Atau kita ini sememangnya tak suka dengan kepimpinan sehinggakan semua perkara termasuklah perkara baik yang pemimpin buat pun kita kritik dan terus kritik?? Sebagai ahli, kita juga ada kelemahan. Mana yang tidak kena(yang dilakukan pemimpin), maka kita boleh tegur. Tapi ada baiknya jika kita ingin menegur kepimpinan, kita masuk sama dalam gerak kerja persatuan. Baru kita tahu di mana ada salah dan silapnya gerak kerja persatuan. Ini tidak, kita tak pernah bersama persatuan, tiba2 kitalah orang yang paling lantang mengkritik kepimpinan. Itu yang tak kena! Jika kita ini benar2 ikhlas untuk menegur kepimpinan maka sewajarnya kita terlibat sama dalam kerja persatuan. Jangan hanya pandai mengkritik saja sehinggakan tak tahu hujung pangkal masalah. Ini terjadi masalah pada kita bila pihak persatuan memberikan jawatan, kita menolak. Macam2 alasan yang kita bagi. Tapi bila pemimpin ada melakukan kesilapan yang tak besar, maka kitalah orang yang kuat mengkritik. Sedangkan adakah kita pernah tahu punca masalah atau keadaan gerak kerja persatuan???? Bila kritik,kita lah juara, tapi bila persatuan bagi jawatan, kita menolak dengan seribu alasan. Kalau begitulah sikap kita sebagai ahli, lebih baik duduk diam saja di rumah. Mulut itu kunci rapat2. Jangan bising2 dengan gerak kerja persatuan kalau kita tak tahu hal sebenar.

Bila kita dapat tahu punca permasalahan kepimpinan dan ahli maka kita perlu pula melakukan sesuatu untuk memulihkan keadaan atau menyatakan keadaan sebenar ahli dan kepimpinan. Tiada guna kita hanya pandai bunyi2 belakang. Tidak kira pemimpin atau ahli. Masing2 ada kelemahan. Sedarkah kita bahawa cara kita yang hanya pandai bunyi belakang ini sebenarnya merenggangkan ukhuwwah kita dalam tak sedar. Yaaaa, seolah2 kita ini 'tawa dalam tangisan'. Ikatan ukhuwwah kita ini sebenarnya sudah lama renggang. Tapi masih kelihatan terikat padu dek kerana bayang2 kemanisan senyuman kita itu. Adakah kita mahu ia terus berlaku. Tak!..

Oleh itu marilah sama2 kita memberikan komitmen dalam persatuan. Salah pemimpin, ahli tegurlah dengan landasannya. Pemimpin pula, tak salah untuk mendengar luahan dan suara ahli. Kerana aku percaya bahawa ahli2 juga ada idea2 yang bernas untuk memantapkan persatuan kita. Sama2 berganding bahu. Kita bukan saja penyokong tetapi pendokong persatuan kita. Persatuan adalah satu gerak kerja yang begitu penting. Walaupun tujuan utama kita datang Mesir ini untuk belajar, tapi jangan lupakan persatuan kita yang ada ini. Dan jangan pula melebih2kan urusan persatuan sehinggakan pelajaran terabai. Secara peribadinya, bagi aku pelajaran lebih penting dari persatuan. Persatuan tetap jatuh no. 2. Kenapa pelajaran menang berada pada no. 1?? Pelajaran menang kerana TUJUAN UTAMA datang Mesir. Sebab itulah pelajaran berada pada no. 1. Kerana tujuan itulah melebihkan pelajaran dari persatuan. Tapi tidak bermakna persatuan tidak penting pula. Menguruskan persatuan(hal ehwal mahasiswa) adalah sebesar2 pahala kerana dengan wasilah persatuan inilah kita sudah membantu dan memberikan kebajikan kepada ramai rakyat Malaysia di bumi Mesir ini. Bukankah itu kebaikan yang telah, sedang dan bakal kita lakukan?? Allah tilik semua itu. Kita tidak dibayar gaji atau elaun. Tapi kita diganjarkan pahala yang Allah taala jamin bagi kita kerana lillahi taala kita dalam menguruskan persatuan ini.

Akhir sekali, ahli dan pemimpin perlu saling membantu. Salah silap, kita saling tampung kekurangan itu. Kita cari titik persamaan. Pandanglah kepada kebaikan pemimpin yang telah mereka korbankan masa dan wang ringgit mereka, bukan pandang kepada salah mereka sedangkan kesalahan itu boleh diselesaikan elok2....


Jika persatuan kita ini hanya tinggal 5 orang saja sekalipun yang menyokong dan mendokong, aku tetap dengan persatuan ini menjadi tulang belakangnya dalam memastikan ia terus wujud dan mampu berdiri di bumi Mesir ini................ kita PMRAM!!! Wallahu a'lam..



Satu langkah yang takkan berundur....... PMRAM!!





9 March 2010

KELEBIHAN YANG ALLAH BERIKAN TANPA DISEDARI OLEH KITA (PELAJAR-PELAJAR MANSURAH).

Assalamualaikum semua.........

Aku nak tulis entri ini dah lama. Idea ini tercetus bila ada beberapa sahabat yang berkahwin dengan pelajar perubatan. Tentang perkara itu(perkahwinan antara pelajar pengajian Islam dan perubatan) telah aku tulis dalam entri yang lepas. Boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut. Di dalam entri aku terdahulu, aku lebih fokuskan kelebihan yang ada pada pelajar perubatan tanpa menyentuh sensitiviti pelajar akhawat pengajian Islam khususnya. Namun kali ini aku cuba kupas pula tentang isu ini(kelebihan yang Allah berikan tanpa kita sedari).

Sebagai pengenalan awal, bumi Mansurah merupakan salah satu daerah(yang berada di dalam negeri Daqohliyah) yang ada Universiti Al Azhar(cawangan). Bukan sahaja Universiti Al Azhar, malah ada juga Ma'ahad Qiraat lil banat(setaraf ijazah di Malaysia). Jarak bumi Mansurah dengan Kaherah lebih 100 k.m. Mengambil masa 2 jam lebih perjalanan(taqriban) untuk sampai ke Kaherah. Bumi Mansurah juga merupakan daerah yang dikurniakan Allah dengan keindahan sungai nil. Di Universiti Al Azhar cawangan Mansurah ini telah disediakan kuliah pengajian islam penuh bagi pelajar akhawat meliputi kuliah lughah arobiah, usuluddin dan syariah islamiah. Berbeza sedikit untuk pelajar ikhwah hanya menyediakan kuliah usuluddin dan lughah arobiah sahaja. Kemasukan pelajar2 Malaysia ke Al Azhar Mansurah telah direkodkan sekitar tahun 1992. Namun ketika itu hanya beberapa orang sahaja(kalau tak silap aku hanya 60 orang, kalau salah tolong betulkan) termasuk ikhwah dan akhawat. Jumlah ini tidak lah besar seperti sekarang ini. Saban tahun pertambahan berlaku dari kalangan pelajar Malaysia, ikhwah dan akhawat. Dan akhirnya mengikut statistik dari jabatan perangkaan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 08/09 jumlah pelajar pengajian Islam yang bermukim di bumi Mansurah lebih 500 orang! Di dalam jumlah yang besar ini, akhawat mempelopori dari segi bilangannya. Mungkin ada yang tertanya2 mengapa pelajar akhawat boleh ramai lagi?? Maka aku akan jawab bahawa pelajar ikhwah hanya meliputi dua kuliah terbesar ini saja iaitu usuluddin dan lughah arobiah. Berbanding pelajar akhawat meliputi 3 kuliah terbesar iaitu usuluddin, lughah arobiah dan syariah islamiah. Ditambah lagi dengan minoriti yang tidaklah kecil sangat iaitu pelajar akhawat kuliah qiraat(ma'ahad qiraat milik Al Azhar juga). Kita tinggalkan dahulu bilangan pelajar2 ini. Jika ingin dibandingkan dengan muhafazah2 lain selain dari Kaherah, maka Mansurahlah satu2nya muhafazah yang bergandingan ikhwah dan akhawatnya dalam kuliah pengajian Islamnya(Universiti berasingan malah jarak antara universiti juga agak jauh). Betul??? Yaaa, cubalah cari cawangan mana lagi yang ada pelajar2 Malaysia ikhwah dan akhawat bersama dalam 1 muhafazah di dalam kuliah pengajian islam??

Bila menyebut tentang tautan ikhwah dan akhawat, maka tidak dapat lari dengan hubungan(umum) sesama mereka. Sebab itulah bukanlah sesuatu yang mustahil bila berlakunya perkahwinan di antara pelajar2 Malaysia di sini. Malah statistik bilangan mereka yang berkahwin juga begitu ramai. Tapi bilangan pasangan berkahwin ini tidaklah sampai majoriti. Mereka ini hanya mampu membentuk minoriti kecil saja.



APA KELEBIHAN YANG KITA TAK SEDARI ITU???

Aku sudah nyatakan serba sedikit tentang bagaimana keadaan(ahwal) pelajar Malaysia di bumi Mansurah ini. Sekarang aku akan mengupas serba sedikit berkenaan tajuk di atas. Apakah itu kelebihan yang Allah taala telah berikan kepada pelajar2 Malaysia di sini sehinggakan tak semua yang menyedarinya??? Yaaa, tak semua yang sedari. Aku berani katakan begitu. Sebab?? Sebab masih kurang bilangan orang berkahwin dari kalangan 'penduduk' Mansurah sendiri. Maksudnya perkahwinan sesama pelajar Mansurah. Tak termasuk orang 'luar' yang berkahwin dengan pelajar Mansurah. Ini lah masalah yang aku percaya, pihak Unit Bait Muslim Mansurah sendiri sedikit mengeluh. Tapi tidak lah sampai peringkat keluhan yang kronik. Entri ini ditulis bukanlah ingin 'memaksa' supaya pelajar2 kita berkahwin. Tidak.... Tetapi ingin membuka mata sesama kita. Kerana masih yang tidak nampak kelebihan yang Allah taala telah berikan itu. Kelebihan itu adalah perkara yang jarang2 ada bagi pelajar Malaysia di Al Azhar semua peringkat. Tak kira samada di peringkat cawangan atau pusat(Kaherah). Kelebihan ini hanya ada pada pelajar2 Mansurah sahaja. Kebarangkalian itu(kelebihan) ada, dan mungkin juga kekerapan bagi kebarangkalian itu kuat lagi. Aku akan ceritakan selepas ini tentang apakah kelebihan jika melihat dari sudut lain. Cumanya permulaannya aku ingin ceritakan kelebihan umum bila berkahwin sesama pelajar pengajian Islam di Mansurah ini.

Semua orang sudah maklum bahawa para pelajar di sini(Mansurah) merupakan pelajar aliran agama. Ada yang secara am dan khusus. Secara realiti umumnya, kita(pelajar pengajian Islam Mansurah) merupakan 'sekufu' atau padanan yang baik. Dan inilah kelebihan yang telah Allah berikan kepada pelajar pengajian Islam di Mansurah ini. Kelebihan yang terkadang itu kita terlepas pandang. Aku tidak setuju bila ada yang mengatakan bahawa pelajar perubatan juga belajar agama dan sama saja jika ingin dibandingkan dengan pelajar pengajian Islam yang lain. Tentang perkara ini(sama saja belajar agamanya) pernah aku bersembang dengan seorang rakan. Dan dia mengatakan bahawa, "..Budak tib sekarang pun dah ngaji agama. Sama saja ngan budak kuliah..." Yaaa, benar pelajar perubatan juga belajar agama, tapi takkan sama seperti mana akhawat dan ikhwah pengajian Islam belajar agama. Maaf yaa, aku bukan nak merendah2kan pelajar perubatan. Cumanya aku ingin menceritakan secara hakikat. Apa yang membezakan pengajian agama di antara pelajar pengajian Islam dan perubatan?? Perbezaannya ialah akhawat pengajian Islam lebih mendalam dalam belajar agama berbanding pelajar perubatan. Maaf sekali lagi, aku bukan ingin membanding2 kan antara dua kos ini. Cuma sebagai jawapan aku menafikan kata2 kawanku itu. Penafian aku ini juga bukanlah bersifat 'membenci', tetapi lebih kepada perbincangan ilmiah.

Perbezaan itu ialah bila akhawat pengajian Islam lebih mendalam dalam pengajian agamanya. Berani aku katakan begitu. Sebab akhawat pengajian Islam belajar agama bukan saja yang fardhu ain malah mereka juga belajar agama yang fardhu kifayah. Walaupun fardhu kifayah ini tidak wajib belajar. Tapi kita kena tahu bahawa ada ketikanya ilmu fardhu kifayah ini menjadi wajib belajar. Pelajar perubatan belajar agama yang fardhu ain sebagai pengetahuan mereka dalam bidang agama(melepaskan diri dari berdosa jika tidak belajar ilmu yang fardhu ain ini). Jika ada dari kalangan pelajar perubatan yang belajar ilmu agama yang bersifat fardhu kifayah pun tidak banyak yang mereka pelajari dari ilmu agama yang fardhu kifayah itu.

Apakah dia ilmu yang fardhu ain itu?? Ialah ilmu tauhid(ilmu kalam), feqah dan tasawuf. Ketiga2 ilmu ini wajib dipelajari oleh setiap mukallaf. Tidak kira lelaki atau perempuan. Dan pengajian ilmu tauhid, feqah dan tasawuf juga turut dipelajari oleh akhawat pengajian Islam. Jadi apa yang telah melebihkan akhawat pengajian Islam dalam hal ini?? Inilah ilmu yang tidak dipelajari oleh pelajar perubatan. Iaitu ilmu2 alat yang lain. Sebagai contoh ilmu nahu, sorof, tafsir, falsafah, balaghah, mantiq, bayan, badi', milal dan nihal, fiqh muqoron, khitobah, usul dakwah, ulum hadis, hadis, ulum tafsir, tayyarat fikriah, firaq islami, syair jahili, adab jahili, fannul maqol, naqod adabi, auzan syair, arudh, tarikh sunnah, usul fiqh, hadis ahkam, qo'ah bahas, ahwal syakhsiah dan banyak lagi jika ingin dinyatakan di dalam entri aku ini. Maka inilah kelebihan bagi akhawat mahupun ikhwah pengajian Islam. Sekali lagi aku bukan ingin merendah2kan pelajar perubatan. Tidak sama sekali. Cuma ingin berhujah bahawa tidak sama cara dan pengetahuan pengajian ilmu agama di antara pelajar pengajian Islam dan perubatan. Kerana kawanku itu mengatakan sama saja mereka(antara akhawat tib dan pengajian Islam) sekarang ini(merujuk kepada pengajian agama mereka). Aku pernah menulis tentang gandingan mantap antara pelajar perubatan dengan pelajar pengajian Islam ini jika mereka berkahwin. Boleh klik di sini.

Inilah(cara belajar agama) kelebihan yang ada di kalangan pelajar pengajian Islam tidak kira ikhwah dan akhawat. Jadi kenapa masih tidak rebut lagi kelebihan yang Allah berikan ini iaitu 'sekufu' atau padanan yang baik dalam memilih pasangan??? Bukan bermakna bila aku mengatakan bahawa berkahwin sesama pelajar pengajian Islam itu adalah terlebih baik, lantas aku menafikan kelebihan untuk mereka yang kos lain? Tidak... Aku tak nafikan kelebihan yang ada juga pada mereka yang selain dari pengajian Islam. Sama jugalah jika kita mengatakan makan nasi lebih baik dari makan roti. Adakah roti tidak baik?? Faham ya kawan2ku semua... Hmmm.

Walaubagaimanapun, tidak menjadi masalah atau kesalahan jika ingin memilih pasangan dari kos lain sekalipun. Itu hak masing2.... Cumanya aku ingin menceritakan tentang kelebihan yang ada di bumi mansurah ini yang kadang2 itu kita terlepas pandang. Ada yang tak sedarinya.....



KELEBIHAN DARI SUDUT LAIN JIKA BERKAHWIN SESAMA Al AZHAR MANSURAH.


Sebelum ini tadi aku ada menceritakan serba sedikit apakah dia kelebihan dari sudut lain jika berkahwin sesama 'Mansurah' ini.. Jadi kini aku akan ceritakan apakah dia kelebihan lain jika kita melihat dari sudut lain. Kelebihan dari sudut yang bakal aku ceritakan ini, tidak ada dan mungkin ada pada pelajar Malaysia Al Azhar di semua peringkat. Samada di Kaherah, Tanta, Dumyat, Iskandariah, Syibin el Kom dan Zaqaziq.. Apakah dia??? Ini dia.. Heheheh..

Mansurah terkenal dengan keberadaan sungai nil. Tak semua muhafazah ada terusan sungai nil.

Mansurah sewa rumah setakat ini masih murah jika berbanding Kaherah sebagai ibu kota Mesir. Sebagai contoh. Jika rumah sewaan di Mansurah yang berharga L.E. 400 .Di Kaherah, rumah harga sewaan seperti itu sudah tentu L.E. 1000 ke atas. Maka boleh memberikan masalah pada pasangan yang berkahwin dan bujang sekalipun.

Mansurah mempunyai suq(pasar) yang berhampiran. Ini memudahkan isteri2 pasangan masing2 untuk pergi ke suq sepeninggalan suami tiada di rumah.

Mansurah mempunyai bank HSBC yang merupakan akaun simpanan wang bagi majoriti pelajar Malaysia di Mesir. Jarak bank ini dengan kediaman pelajar tidak jauh. Keadaan ini(bank HSBC dekat) tidak terjadi kepada pelajar2 di muhafazah lain.

Mansurah mempunyai Universiti Al Azhar yang dekat dengan kediaman pelajar2. Ini memudahkan para pelajar ulang alik dengan selamat. Insya Allah. Bukankah jauh dan kepayahan jika suami orang luar?? Susah untuk para suami ke kuliah kerana universiti mereka jauh.

Mansurah masih lagi murah dari segi tambang van(tramco) dengan harga 25 sen dan teksinya dengan harga L.E. 2.00 .

Mansurah mempunyai markaz pelajar yang dekat. Hanya memerlukan pelajarnya berjalan kaki saja untuk pergi.

Mansurah............... Hurm apa lagi yaa??? Kawan2 cari laa sendiri yaa.. Hehehehe..


Itulah serba sedikit kelebihan dari sudut lain yang ada di Mansurah ini. Kalau pasangan yang berkahwin itu, tidaklah membebankan sangat keluarga. Ini kerana keadaan kehidupan seharian tidak memberatkan pelajar2nya.



MENGAPA MASIH RAMAI IKHWAH DAN AKHAWAT TIDAK INGIN AMBIL KELEBIHAN INI???

Berkahwin ini bukanlah sesuatu yang paksaan. Ia datang bila hati sudah mula rasa ingin berkahwin. Aku pernah bersembang dengan Ustaz Yasir, seorang pasangan berkahwin di Mansurah. Aku bangga dengannya kerana merupakan pasangan tempatan(Mansurah sama Mansurah). Lebih 2 jam kami bersembang tentang masalah mengapa ikhwah dan akhawat tidak melamar antara 1 sama lain jika hati sudah mahu... Aku lebih kepada hujah sebagai orang bujang dan ikhwah. Dan ustaz Yasir pula lebih kepada akhawat kerana beliau memahami juga situasi akhawat bagaimana. Setelah agak lama kami berbincang maka aku dapat buatkan 1 kesimpulan. Iaitu masing2 ada kelemahan. Masing2 ada rasa memilih, cerewet, malu dan tak bersedia.... Itu antaranya. Tak kira ikhwah atau akhawat. Ada juga yang tak ambil kisah sangat. Mungkin kerana sudah ada kenalan pelajar Malaysia atau hanya menyerahkan soal jodoh pada keluarga. Mungkin..... Antara sebab2 inilah yang menyebabkan kurangnya pasangan tempatan(Mansurah sama Mansurah). Yang ada saban tahun ialah ustaz2 dari muhafazah lain yang masuk melamar ustazah2 Mansurah. Sebagai contoh dari Dumyat, Tanta, Syubra, Kaherah dan sebagainya. Aku tak kata salah jika ustaz2 muhafazah lain nak melamar anak dara Mansurah ini. Cumanya aku nak nyatakan di sini kenapa susah untuk kedengaran ikhwah Mansurah kahwin dengan akhawat Mansurah?? Bila jarang-jarang berlaku maka dia seperti tiada langsung....

"An Nadir kal ma'du
m.." maksudnya, sesuatu yang jarang2 berlaku itu seperti tiada langsung..

Mengapa begitu??? Jika bagi kita tiada masalah langsung, maka jangan ada suara yang bunyi kenapa ustaz2 mencari orang Malaysia atau kos yang lain. Dan ustaz2 pula jangan terlalu menghukum ustazah2 hanya kerana melihat kepada beberapa orang akhawat yang buat perangai. Masing2 muhasabah diri sendiri. Ustazah2 jangan terlalu bermain2 dengan perkataan 'siqoh' itu(ini tak siqoh,itu tak siqoh) jika kita tak tahu apakah dia siqoh itu. Dan ustaz2 pula jangan memandang serong pada ustazah2 hanya kerana ada sejuzuk sahaja yang buat perangai. Pandanglah pada kebaikan. Mengapa nak cari sangat keburukan orang?? Aku tetarik dengan senikata yang ada pada lagu nasyid Kumpulan In Team... Berbunyi begini...

"Suami, jangan menagih setia. Umpama Hajar dan setianya Zulaikha. Terimalah seadanya yang terindah di lubuk hatimu....."

Apa yang dapat kita faham dari bait2 senikata ini?? Mungkin sekali dengar kita kurang faham. Aku pun mula2 kurang faham. Tapi bila aku kaji2 balik, aku dah dapat jawapannya... Maksud dari senikata ini ialah mereka(in team) nak para suami janganlah terlalu mengharapkan isteri itu setia(hebat,tabah,baik) seperti kedua2 wanita agung itu iaitu Siti Hajar dan Zulaikha. Kerana semua kita sudah maklum bahawa mereka berdua ini merupakan wanita hebat dan tabah dalam sejarah Islam. Betul?? Yaaaa... Mana mungkin si isteri mampu untuk jadi terbaik seperti kedua2 wanita agung ini?? Oleh itulah si suami ini janganlah marah2 atau paksa2 jika berlaku kelemahan dan kekurangan pada si isterinya. Si suami mungkin nak isterinya jadi yang terbaik seperti wanita2 agung ini. Tapi hakikatnya isteri2 tidak mampu dah. Oleh itu, terimalah isteri2 kita itu seadanya... Buruk baik pun dia tetap isteri kita. Sediakan tempat khas untuk para isteri bertamu indah dalam lubuk hati kita ini(bukan kita, tapi suami lah. Sebab aku tak kawen lagi. Hehehe).

Sama juga kepada para ustazah. Janganlah terlalu memilih atau mengharapkan ustaz2 yang sempurna bak Nabi2 atau sahabat2. Mana nak cari lagi lelaki begitu?? Nak sempurna bagaimana lagi pada pandangan ustazah2??? Oleh itu, sama juga seperti maksud senikata tadi.......... Terimalah seadanyaaaaaa...... InsyaAllah dimudahkan segala urusan. Kerana kita masing2 mengaji agama. Ustaz Yasir ada beritahu ku bahawa ada seorang ustazah ini, terlalu memilih ustaz2. Sehinggakan ustaz2 yang baik2 masuk meminang pun dia masih menolak. Ustazah itu nak yang benar2 baik saja bagi pandangan dia. Akhir sekali Allah beri dia jodoh dengan seorang penagih dadah.... nau'zubillahi min zalik. Pepatah Melayu dah sebut. "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...."..Muhasabah diri kita semula. Apa yang tak kena sebenarnya.... Hurm...

Inilah serba sedikit kajian dan analisis yang telah aku buat dan berfikir selama ini. Apa yang aku tulis ini berdasarkan dari analisis aku. Bukan bermakna muktamad. Untuk membawa kawan2 juga berfikir.. Aku pun, bila ditanya, nak cari orang mana?? Secara jujurnya aku nak cari orang Mansurah juga. Kerana apa? Kerana aku kenal ustazah2 Mansurah bagaimana walaupun tak secara detail. Biarlah apa orang nak kata kepada pelajar akhawat Mansurah. Aku sebagai pelajar Mansurah juga kenal dengan ustazah2 kami ini... Aku kenal siapa ustazah2 Mansurah walaupun ada yang cuba mencemuh..... Cumanya nak pesan. Janganlah terlalu menghukum ustaz2, "Ini tak siqoh, itu tak siqoh..." Sedarkah kita bahawa kata2 ini boleh menyebabkan ustaz2 terasa hati???

Sebelum aku akhiri tulisan aku ini, aku nak petik kata2 seorang Tuan Guru yang Alim di utara tanah air kita yang mempunyai pondok terkenal di Kedah. Beliau pernah menyebut, "Aku buat pondok bagi pelajar pompuan ini untuk hampa(pelajar pondok ikhwah) laah juga.." Maksudnya tuan guru bina pondok2 atau bukakan kelas pengajian agama juga untuk pelajar2 akhawat itu sebagai 'sekufu' bagi pelajar2 pondok ikhwah.

Dari kata2 tuan guru di atas maka cuba kita tengok keadaan kita di sini. Al Azhar Mansurah ini telah Allah jadikan ada ikhwah dan akhawat... Berdasarkan kelebihan yang telah aku nyatakan diawal tulisan aku tadi, jadi aku nak katakan pada semua, sedarkah kita bahawa Allah dah berikan isyarat pada kita bahawasanya ustazah2 Mansurah ini dihadirkan di bumi Mansurah ini untuk kita juga laaa ustaz2 oi... Depa2 ni untuk kita laaa.. Hampa sedaq tak lagi?? Hurmm...Dah sedaq baguih laa.. Wallahu a'lam.............