11 November 2009

USAH BERLAGAK DENGAN JAWATAN YANG TAK SEBERAPA ITU...




Warkah buat teman...

"Kalau kerana jawatan memisahkan kau dan aku, kalau kerana jawatan kau sudah tidak memandang aku, kalau kerana jawatan kau wujudkan tembok pemisah antara kau dan aku, kalau kerana jawatan juga kau dan aku tidak seperti dulu lagi, aku lebih mengharapkan kau tidak berjawatan."

Masihkah kau ingat waktu dulu? Kita berdua seakrab mungkin. Tapi ia berubah tatkala kau memegang jawatan itu. Yaa, aku sedar, aku hanya orang bawahan. Yang tak mungkin akan berdiri tinggi sepertimu... Dan aku juga orang biasa yang tak sepopular dirimu.. Ketika kau mula memegang jawatan itu, aku sudah dapat melihat perubahan dirimu....

Mengapa begitu teman?? Mengapa?? Takkan kerana jawatan yang tak seberapa itu kau berubah begitu? Takkan kerana baju batik yang kau pakai itu, kau dah jijik hendak pegang barang2 dan lakukan kerja2 orang bawahanmu?? Takkan kerana jubah dan tudung seragammu itu menyebabkan kau dah susah hendak menolong kawan2 mu yang lain?? Dan takkan kerana kad nama yang kau pakai itu menyebabkan kau sudah tidak menghiraukan kesusahan orang bawahmu???

Kalau kau berjawatan hanya kerana ingin duduk sebaris mereka yang lain, memakai kot dan jubah, tudung seragammu, aku rasa lebih baik kau letak saja jawatanmu. Kalau kerana jawatan yang tak seberapa itu menyebabkan kau dah jijik tengok pekerjaan orang bawahan ini, dan kalau kerana kad nama yang tertera namamu sebagai orang berjawatan menyebabkan kau sudah susah untuk bekerja dan menolong orang bawah, lebih baik kau jadi orang biasa saja. Orang biasa sepertimana aku kenal dahulu.,

Teman,usahlah begitu...... Jawatan mu itu tak seberapa pun. Janganlah kau berlagak begitu... Aku mohon padamu teman.. Kerana kau temanku......

6 comments:

islamicpoem said...

sabar2 ust kimi ...kan ketengan tu dr Allah dan tergesa2 tu dr syaitan...takut nta salah fahm skit je terus melarat..kita selidiki dahulu..ngkan teman tu syk pkra y nak pk dan wat..kita sebagai kwn insyaAllah kena memahami...kan imam hassan al-banna kata alwajibat aksara minal aiqot...so sama2 tolak ansur k...mg2 kita di rahmati Allah-ust zahimie

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

wa man lam yazuq,wa lam yadri...

islamicpoem said...

tetapi saya telah merasai dan telah pun menyedari...ingat x sape BP kita?
tiada sapa di mansurah y p[aling rapat dgn die kcuali ana...jadi ana tulis berdasarkan pengalaman k..klu ajkat ade salah ana selaku wakil memohon maaf atas kekurngan kami..k..siiru ala barakatillah

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

benda ni hanya teguran umum... xda khususkan pada spa2 pon... hnya muhasabah diri masing2...

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

kepada semua, teguran ini bersifat umum.. aku x tujukan pon pada spa2... xda pon aku sebut jawatan apa, siapa, persatuan apa dan sebagainya.. jd aku harapkan jgn plak adA pihak yg nk terasa lebih...

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

kepada semua, teguran ini bersifat umum.. aku x tujukan pon pada spa2... xda pon aku sebut jawatan apa, siapa, persatuan apa dan sebagainya.. jd aku harapkan jgn plak adA pihak yg nk terasa lebih...