20 November 2009

HANYA KERANA BERBEZA TEMPAT DAN STATUS.....



Datang seorang teman padaku meluahkan rasa. Dari raut wajahnya dia benar2 kecewa. Kecewa kerana apa? Soalan yang akan menjengah kepadanya sebentar lagi. Mengapa kau begini teman? Tak pernahku lihat kau bermuram durja begini. Perasaan apa yang telah menyerangmu sebegini rupa? Luahkan lah padaku...

Dia mula membuka bicara. Lemah bicaranya. Wajahnya juga menceritakan kesedihan hatinya itu. Yaaaa, aku tak pernah lihat dia begini. Ku kenalnya seorang yang ceria. Namun ketika hari ini menyapa, dia dalam keadaan begini. Mengapa? Bibirnya mula bersuara.

"Aku sedih kerana cintaku ditolak hanya kerana aku bukan dari negerinya dan aku bukan dari mereka yang hafaz Al Quran... Ibunya inginkan begitu. Dari negeri yang sama dan hafaz Al Quran.. Dia sudah bersedia menjadi suri hidupku. Namun ibunya inginkan anaknya bernikah dengan orang negeri yang sama dan sama sepertinya seorang hafizah.."

Longlai bicaranya. Aku cuba memahami. Dia jadi begitu bila cintanya ditolak. Bukan kerana si gadis membuangnya. Tapi kerana turutkan kata ibu. Itu hak ibunya berbicara dan berkeinginan. Cinta juga makhluk ALLAH. Kasih, sayang juga begitu. Memang memeritkan jika hajat yang sudah lama diimpikan tidak kesampaian dihujung destinasi. Namun hidup perlu diteruskan. Bak kata orang terdahulu, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Namun setelah kehilangan bunga yang disulam elok dan dijaga rapi dan perlu digantikan yang baru, memang cukup menyedihkan. Hakikat perlu diterima.. Jodoh dengannya takkan kunjung tiba lagi. Kita yang tak merasai ini mungkin mudah berbicara indah. Namun mereka yang merasainya lebih tahu pahitnya perpisahan.

Buatmu temanku.... Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku tahu si dia yang terbaik bagimu. Tapi kau juga perlu ingat. Sebaik2 dia, ada lagi yang lebih baik darinya. Oleh itu, apa yang terjadi mungkin ALLAh nak ketemukan dikau dengan gadis yang lebih baik......

No comments: