Assalamualaikum semua.....
Kebelakangan ini aku sibuk sedikit dengan tugas persatuan di Mansurah ini. Hari ini mampu juga untuk aku menulis sebuah dedikasi khas untuk tok guru yang disayangi. Entri kali ini aku tuju khas kepada tok guru aku ini. Beliau ialah Tuan Guru Ustaz Al Amin B. Daud Al Kalantani. Kini beliau sudah berada di Malaysia meneruskan perjuangan dan dakwahnya kepada masyarakat. Beliau merupakan lepasan kuliah Usuluddin syu'bah Aqidah dan Falsafah Universiti Al Azhar cawangan Mansurah. Aku mula mengenali beliau ketika beliau mula mengajar di kelas tafaqquh DPMM. Beliau mengajar kami berkenaan perbahasan ulamak tentang ilmu tauhid sifat 20(Ahli Sunnah wal Jama'ah). Ketika mula melihat wajahnya terdetik di hati ini betapa ketokohannya mula terserlah. Bermula dari episod itu aku mula mendekatinya. Hati ini benar2 ingin mengenali beliau dengan lebih rapat. Dan alhamdulillah ALLAH izinkan. Aku bersyukur kerana ALLAH pertemukan aku dengan 'orang hebat' sepertinya.
Sejak dari itu kami sentiasa berhubung. Samada melalui YM atau aku terus ke rumahnya. Kehebatannya ketika mengulas berkenaan ilmu tauhid sememangnya 'mengancam'. Jarang aku bertemu orang muda sepertinya hebat ketika mensyarahkan ilmu kalam. Inilah orang yang akan menjadi pertahanan agama. Bisik hati kecilku. Aku benar2 'membesarkannya'. Kerana beliau merupakan seorang ulamak muda yang sudah 'tua' nisbah ilmu beliau. Apa yang beliau ajari kami tidak lari pun dari apa yang telah aku pelajari masa di madrasah tahzibunnufus dahulu. Kelantangannya mengupas isu2 semasa usah dipertikaikan lagi. Beliau juga merupakan moderator agama di laman web Iluvislam. Segala permasalahan agama yang wujud di laman itu beliau akan cuba menjawabnya disamping dibantu oleh beberapa tokoh ulamak muda yang lain. Secara jujurnya beliau memang alim dalam ilmu kalam. Memang sepadan dengan beliau, syu'bah yang di taqdimnya dahulu(Aqidah dan Falsafah).
Bila ber YM bersamanya, kami lebih kepada muzakarah tentang ilmu kalam. Apa yang seronoknya, kami dapat bertukar2 pandangan tentang perbahasan ilmu tersebut. Bila kami terlalu lama di YM, baru ku sedar betapa hebatnya beliau dalam ilmu kalam. Begitu padat syarahannya. Di samping itu juga aku mampu mengingati kembali tentang ilmu kalam yang perlu di syaghalkan dalam kepala otak selalu. Sama juga lah dengan ilmu yang lainnya. Apa yang menarik bagiku ialah ketika kami mula mengetahui toriq pengambilan ilmu kami masing2. Ia bermula ketika aku menterjemahkan sifat qudrah ALLAH taala dengan terjemahan 'Pekuasa'. Sedangkan terjemahan biasa yang kita dengar ialah berkuasa. Terjemahan aku ketika itu menarik minat beliau. Barulah beliau tahu bahawa pengambilan ilmu aku melalui toriq Pak Da Eil Al Fathoni(seorang ulamak melayu yang hebat berasal dari Patani dan pengajar di Masjid Al Haram suatu ketika dahulu). Sebetulnya beliau mempelajari ilmu kalam mengikut toriq Tok Kenali(seorang ulamak melayu yang hebat di Kelantan). Berkenaan dengan toriq Pak Da Eil memang ada sedikit kelainan. Ia kelihatan lain bila melihat kepada terjemahan qudrah ke bahasa 'Pekuasa'. Basor ke 'Pelihat' dan beberapa sifat ma'ani yang lain. Sememangnya aku mempelajari ilmu kalam melalui toriq Pak Da Eil. Ini kerana tok guru aku dalam ilmu kalam juga berguru kepada gurunya yang sampai susur jalur ke Pak Da Eil. Aku sempat khatam 3 buah kitab tauhid bersama guruku. Kitab Asasul i'tiqod dan Taqribul ikhwan yang dikarang oleh Syaikh Abdul Qodir Wangah Al Fathoni(ulamak hebat Patani dan anak murid kepada Pak Da Eil). Syaikh Abdul Qodir Wangah merupakan guru kepada tok guru ku. Dan sebuah lagi kitab iaitu risalah Al misbahul munir fi ma'rifatillahil qodir yang disusun oleh Syaikh Abdul Aziz bin Ismail Al Fathoni. Kitab ini pula aku khatamkan dengan guruku merangkap menantu kepada tok guruku. Ketiga2 kitab ilmu kalam ini merupakan toriq Pak Da Eil.
Namun semua itu hanyalah perbezaan dari segi bahasa sahaja. Inilah yang diperkatakan oleh Ustaz Al Amin kepadaku ketika di YM. Kami dapat bertukar2 pendapat dan pandangan bersama. Aku seronok bermuzakarah bersamanya. Banyak ilmu yang aku dapat. Tak cukup sekadar di dalam YM aku bertandang pula ke rumahnya. Menatap wajah tok guru lebih aula. Apatah lagi jika dapat bersama orang alim setiap waktu. Berkat dan Rahmat ALLAH yang turun padanya sekurang2 terkena juga pada kita. Dapat tempiasnya pun sudah bahagia rasa. Semakin hari semakin rasa sayang pada tok guru Ustaz Al Amin. Di samping muzakarah tentang ilmu kalam, ilmu fekah dan tasauf(3 ilmu yang wajib dipelajari,tauhid,fekah dan tasauf)juga kami sering bertukar pandangan. Peluang ini aku takkan lepaskan. Isu semasa juga sering kami perkatakan. Berasa untung kerana dapat mengenali Ustaz Al Amin. Tak sia2 harapanku selama ini ingin mengenali beliau lebih rapat. Beliau juga sering memperingatiku tentang kepentingan mempelajari ilmu kalam yang kini ada sesetengah golongan mengatakan ia sebagai bidaah. Sungguh dangkal dakwaan mereka itu. Dia berpesan supaya bila kita alim dalam tauhid, insyaALLAH kita ini akan menjadi pembela agama Islam ketika dipersoalkan oleh orang2 kafir dan orientalis. Yaaa, begitulaah wahai guruku... Siapa lagi yang ingin kita harapkan...
Beliau juga ada menyuruhku membuka kitab risalah Al misbahul munir dalam bab ilmu kalam di sini. Beliau pernah menyebut kepadaku supaya penting untuk aku membacanya pula kepada orang lain. Yaaa, aku tahu wahai guruku.. Tapi aku bukanlah dari golongan mereka yang ahli. Ilmu kalam ini perlu bagi mereka yang benar2 ahli untuk membacanya. Dan kau wahai guruku adalah ahlinya.
Tapi kini aku mula merasakan kelainan yang terjadi. Ini kerana beliau sudah pulang ke tanah air... 8 hb 11 2009 baru2 ini beliau telah pulang ke tanah air. Walaupun baru hampir setahun mengenali beliau, hati ini benar2 teruja bila mengenangkan pemergiannya untuk pulang ke tanah air. Waktu keberangkatannya ke mator aku tiada bersama. Kerana aku ada kerja banyak yang perlu diselesaikan. Aku benar2 sedih kerana tak dapat menatap wajahnya sebelum beliau pulang. Namun sehari sebelum itu aku sudah menziarahinya. Aku tahu hari lain aku memang tak sempat lagi untuk berjumpa dengannya. Jadi sehari sebelum beliau pulang aku curi juga masa untuk menziarahinya. Hari beliau ingin pulang ke Malaysia aku sempat menghantar mesej kepadanya....
"Salam syaikh. Saya tak dapat hantar ustaz la. Sebab ada kerja di sini(Mansurah). Saya minta maaf banyak2. Halalkan segala ilmu pada saya. Doakan saya. Terima kasih atas segalanya. Ada masa kita jumpa lagi."
"Wasalam. Takpa. Doakan ana selamat sampai. Ana halalkan segala ilmu yang ana sampaikan. Semoga ana manfaat untuk kita. Kita jumpa kat Malaysia pula di pentas dakwah....." balas beliau.
"Yaaa. Kirim salam juga pada abang Ki dan abang Wan. Saya pasti rindukan kenangan kita kat sini..." aku membalas kembali mesej beliau..
"InsyaAllah. Ana juga rindukan antum semua.. Maafkan ana ada salah dan silap.." balasan mesej akhirnya padaku sebelum berangkat pulang.
Aku betul2 sedih dengan situasi ketika itu.. Aku sudah beritahu padanya akan ikut juga ke mator. Tapi rupa2nya kerja aku untuk program PASAK '09 masih belum siap. Akhirnya kena batalkan jua hajat besar aku itu.
Aku gembira sangat2 kerana mengenali beliau... Kemurahannya memberikan senyuman menenangkan hati. Gelak tawa dan gurau senda bersamanya tetap segar dalam ingatan ini. Aku harapkan dapat bertemu lagi dengannya balik Malaysia nanti. Tak ada apa lagi yang aku ingin katakan. Cumanya itulah dia kenangan aku bersama Tuan Guru Ustaz Al Amin b. Daud Al Kalantani di bumi Mesir ini.... Ya ALLAH ampunilah dosa guru2 kami dan sejahterakanlah hidup mereka.....
No comments:
Post a Comment