24 November 2009

ZAMAN PENYATUAN........

Sekadar gambar hiasan


Assalamualaikum semua...

'Negeri' Jazirah Al Ward merupakan sebuah 'negeri' yang menjadi tumpuan 'dunia' kerana isu-isu yang sering berbangkit. Apatah lagi ketika musim pilihanraya umum baru-baru ini menyaksikan 'negeri' ini mendapat tumpuan secara amnya. Anggaran penduduk yang menjadi warganegara(mengikut kiraan jabatan perangkaan 'negeri') sekitar lebih dari 500 orang adalah satu jumlah yang bukan mudah untuk memerintah dan memayungi 'rakyat'nya yang berbilang fe'el itu. Namun berdasarkan pengalaman dan rasa amanah dengan tugas masing-masing yang telah dipikul oleh exco 'kerajaan negeri',sehingga kini 'kerajaan negeri' dapat mengekalkan pemerintahannya tanpa ada campur tangan dari pihak luar.

Penubuhan 'kerajaan merdeka' ini bermula dari tahun 1993(jika tak silap akulaa..). Ketika itu 'rakyat'nya tidaklah seramai sekarang. Namun dengan tekad dan keazaman,mereka mampu menubuhkan sebuah 'kerajaan merdeka'. Dari jasa dan gerak kerja mereka generasi terdahulu telah membuahkan hasil. Kesannya 'kerajaan' ini terus ada dan bertukar pemimpin silih berganti sehinggalah sekarang. Generasi demi generasi berlalu. Dari tahun bermulanya ia 'berkerajaan' sendiri sehinggalah sekarang telah dipimpin selama 16 generasi dan pemimpin terkini merupakan pemimpin generasi yang ke-16(betoilaa kot noh?). Pelbagai dugaan dan cabaran telah mereka lalui. Suka duka,gelak tangis dan rajuk rindu bersama. Mematangkan lagi 'rakyat' dan pemimpinnya.

Ketika masih diawal pemerintahan generasi terdahulu,'rakyat'nya sentiasa bersatu padu dalam semua keadaan dan tiada kacau bilau di dalam urusan pentadbiran harian. Namun sejak akhir-akhir kebelakangan ini mula menampakan sedikit kecelaruan hubungan antara 'rakyat' dan pemimpin. Walaupun sesetengah pihak merasakan ini adalah sesuatu yang kecil,namun ketahuilah jika tidak menjaga dan mengatasi masalah ini dengan sebaiknya,musuh atau anasir asing senantiasa memerhati dan tak mustahil akan mengambil kesempatan di atas kelemahan yang berlaku. Walaupun berada dalam 'kerajaan' dan warganegara yang sama,ketidaksefahaman tetap berlaku. Itu lumrah. Namun itu bukanlah alasan untuk kita terus membiarkan masalah ini berlarutan. Ini bukanlah satu masalah yang boleh dipandang ringan. Sejarah telah membuktikan betapa perpaduan dan ukhwah itu penting dalam sesebuah negara. Banyak kerajaan Islam terdahulu tumbang kerana tiada perpaduan. Bila pemimpin dengan cara tersendiri dan 'rakyat'nya pula dengan fe'el masing-masing tanpa mahu muhasabah kelemahan diri,maka akan goyahlah sesebuah negara itu.

Dan 'negeri' Jazirah Al Ward ini juga tidak terlepas dengan masalah ini. Walaupun masyarakat 'dunia' melihat 'negeri' ini seperti tiada apa yang berlaku,namun hakikatnya tetap ada masalah yang sedemikian itu. Jika generasi dahulu tidak gusar tentang hal ini,tapi sekarang tidak boleh lagi duduk sedap tanpa memikirkan masalah ini. Bersatulah di bawah satu panji! Bersatulah di bawah satu dasar! Bersatulah di bawah satu fikrah! Andai perkara usul ini dapat diselesaikan dengan elok,maka 'kerajaan' ini akan terus memerintah dengan meneruskan kebajikan untuk 'rakyat'nya sesuai mengikut zaman dan realiti kehidupan mereka.

Apa yang menyedihkan ialah setelah melakukan pelbagai program kebajikan oleh 'kerajaan negeri' untuk 'rakyat',ia kurang mendapat sambutan dari kalangan 'rakyat'nya sendiri. Mengapa begini? Di mana perginya 'rakyat'nya yang berjumlah lebih dari 500 orang ini??? Jika ramai dikalangan 'rakyat'nya sibuk sekalipun,tidak bolehkah mencukupkan sehingga 200 orang sekali program berlangsung?? Pernah kita muhasabah tentang perkara ini?? Salah siapa? Pemimpinkah yang memerintah tidak mesra rakyat atau 'rakyat'nya yang sukar untuk meruntuhkan ego masing-masing?? Itu yang kita tak tahu! Jadi di manakah jalan penyelesaian kita?? Bagaimana ingin diselesaikan? Jika kita membiarkan perkara ini berterusan tanpa mengambil langkah-langkah penjagaan dan pembaik pulihan,maka tunggulah saat-saat kejatuhan 'kerajaan merdeka' ini. Andai jatuh jua (tak pernah mintak)seperti yang kita semua tidak inginkan ini,nescaya berdukalah mereka generasi terdahulu. Berbelas generasi telah berlalu,akhirnya di zaman kita ia berakhir sebuah 'kerajaan merdeka' ini. Adakah kita inginkan begitu?? Na'uzubillahiminzalik...........

Oleh itu marilah sama-sama kita cari balik titik persamaan. Rapatkanlah kembali ukhwah sesama kita. Masing-masing muhasabah kembali silap kita semua. Usah menuding jari sesama sendiri. Yaaaa,kita tetap ada kelemahan. Tapi itu bukanlah alasan untuk kita terus 'bercakaran' sesama sendiri. Kita terus berkempen supaya ukhwah kita rapat dan teguh seperti generasi terdahulu. Amat malang bagi kita jika mereka melihat keadaan kita sekarang. Bila ukhwah sudah mantap,tidak usah gusar lagi tentang komitmen 'rakyat' terhadap apa jua program kebajikan pemerintah untuk 'rakyat'nya tersayang. Usah biarkan jiwa memendam rasa terhadap mereka yang lain. Itu tak selesaikan masalah. Mungkin zahir terlahirnya senyum,namun hati terluka siapa tahu???

Zaman ini ialah zaman penyatuan kembali. Insya ALLAH 'kerajaan' dan 'rakyat' tidak suuzhon sesama sendiri lagi dan sebarang program kebajikan 'kerajaan' mendapat komitmen sepenuhnya dari 'rakyat' sendiri. Kelemahan yang paling ketara ialah bila 'tak da dah muka orang lain,asyik muka tu jaa mai program',jadi jika 'zaman penyatuan' ini menjadi kenyataan,maka tiada lagi masalah dari segi ini....

ZAMAN PENYATUAN...



Sekadar gambar hiasan

No comments: