27 November 2009

APAKAH ITU DAYUS??



Assalamualaikum semua...




Berkenaan dengan tajuk di atas, kita akan menceritakan serba sedikit apakah itu dayus yang sebenarnya. Perkataan dayus ini berasal dari bahasa arab dan telah diguna pakai juga di dalam bahasa melayu kita hari ini. Masyarakat kita amnya begitu mengetahui dan pernah mendengar perkataan dayus ini. Bila? Ketika seorang lelaki memukul seorang perempuan maka lelaki tersebut akan dikatakan dayus. Adakah hanya itu saja maksud dayus yang sebenarnya? Dan apakah pula balasan bagi mereka yang dayus ini? Entri kali ini kita huraikan serba sedikit apakah itu dayus di sisi ISLAM. Dan apakah balasan bagi mereka yang melakukan perkara ini.
Telah menceritakan oleh imam Ahmad dan Nasaie dan Hakim daripada Ibnu Umar, "Tiga orang yang telah mengharamkan oleh ALLAH tabaroka wa taala akan mereka itu masuk ke dalam syurga. Pertamanya orang yang mengekali minum arak, keduanya orang menderhakai bagi kedua ibu bapanya, dan yang ketiganya ialah orang yang dayus yakni orang yang membiarkan ahlinya(keluarganya) melakukan kejahatan zina sedangkan dia mengetahui perbuatan ahlinya tersebut."

Dan berkata setengah ulamak, makna dayus itu ialah seorang lelaki yang tidak melarang akan lelaki yang lain daripada terlalu beramah mesra dengan isterinya. Dan kata setengah ulamak lagi makna dayus itu orang yang membeli akan seorang jariah yakni hamba perempuan dan menyuruh si hamba perempuan tadi bernyanyi2 bagi segala manusia. Berdasarkan petikan daripada Hadis di atas boleh lah kita faham bahawa dayus itu ialah seorang suami atau lelaki yang membiarkan saja ahli keluarganya melakukan muksiat kepada ALLAH tanpa ada rasa ingin tegur atau perbaiki kesalahan tersebut. Semua kita sudah maklum bahawa syurga itu ada pintu2nya untuk di masuki oleh orang yang beriman. Menyuruh oleh ALLAH akan pintu2 syurga tersebut dengan kataNYA, "Engkau(pintu syurga) diharamkan masuk oleh mereka yang mengetahui kejahatan zina daripada ahlinya sedangkan dia diam saja tanpa berbuat apa2 dan tidak rasa cemburu pula."

Bila kita telah mengetahui serba sedikit tentang perkara ini maka kita yang telah diberikan akal yang salim dari ALLAH taala mampu untuk berfikir. Kejahatan atau muksiat yang dilakukan oleh ahlinya bukan sahaja berbentuk zina, bahkan apa2 saja perbuatan yang secara jelas bertentangan dengan ajaran ISLAM dan si suami itu tadi pula membiarkan saja ahlinya melakukan perkara tersebut, maka dia termasuk di dalam golongan yang ALLAH taala haramkan untuk masuk syurga iaitu DAYUS! Sebagai contoh jika anak perempuannya tidak menutup aurat ketika keluar dari rumah sedangkan dia tahu bahawa menutup aurat itu WAJIB, tapi dia hanya membiarkan saja perbuatan anak perempuannya tadi. Maka itu dayus. Lagi contoh yang boleh kita bawakan ialah bila seorang suami membiarkan si isteri(tanpa ada rasa cemburu) beramah mesra yang bersangataN dengan lelaki lain. Apatah lagi jika lelaki lain tersebut menyentuh pula isterinya? Seperti yang berlaku pada hari ini. Contoh mudah yang boleh kita bawakan ialah adegan pegang memegang, peluk memeluk dan sebagainya lagi adegan yang dilakukan di dalam filem mahupun drama. Bukan saja dosa yang mereka dapat. Bahkan para suami mereka atau ayah mereka yang membiarkan perbuatan ahli2 mereka di dalam adegan tersebut juga adalah DAYUS seperti yang telah NABI ceritakan di dalam hadis baginda. Bagaimanakah gamaknya perasaan mereka tatkala melihat dengan gembira adegan isteri mereka yang peluk atau bermesra2 dengan pelakon lelaki yang lain??? ALLAHu Robbi....

Tidak perlu tunggu lelaki memukul perempuan barulah dinamakan sebagai dayus. Jika berlaku perkara seperti ini(membiarkan ahli keluarga melakukan muksiat terhadap ALLAH dalam keadaan dia mengetahuinya) juga adalah sebesar2 DAYUS! Ingatlah, syurga itu bukan saja kita yang ingin memasukinya. Ahli keluarga kita juga menginginkannya. Apa guna kita ini melakukan ibadat yang tanpa henti sedangkan anak bini kita keluar rumah tidak tutup aurat dan kita pula tak pernah endahkan. Bagi kita, "mereka adalah mereka dan aku adalah aku". Adakah begitu? Pernahkah kita mendengar kisah lelaki yang 'kurus' amalannya dan tidak dibenarkan masuk ke dalam syurga kerana amalannya itu telah diambil atau telah dituntut oleh ahlinya di akhirat kelak?? Amat rugilah kita jika kita ini saja yang sentiasa jemaah di masjid, usung kitab menadah ilmu tapi anak bini kita, kita hanya biarkan saja terkapai2. Nantilah balasannya di akhirat kelak.

Perbahasan tentang dayus ini perlu diketahui bahawa dikecualikan bagi mereka yang tidak mengetahui langsung kejahatan ahlinya. Ini kerana perbuatan kejahatan ahlinya yang dilakukan dibelakangnya sememang dia tidak mengetahuinya.. Yang menjadi dosanya(dayus) bila dia mengetahuinya(perbuatan muksiat tersebut) tapi hanya diam saja.. Jika kita memang tidak tahu perbuatan mereka dibelakang kita, apa yang mampu kita lakukan lagi? Kita tak punya satelit untuk meninjau mereka setiap saat dan ketika. Yang mampu ialah mengajar mereka ilmu agama dan berdoa kepada ALLAh moga ALLAH perlihara seluruh ahli keluarga kita. Peringatan pada diri saya dan semua, inilah antara tanggungjawab sebagai seorang suami. Bukan sekadar berseronok2 dengan isteri sahaja.... Wallahu a'lam.....




*Rujukan kitab Muhimmah fi ilmi hadis Nabi صلى الله عليه و سلم
Karangan Syaikh Abdullah bin Abdur Rahman Al Fathoni.

8 comments:

Zara Zul said...

sye musykil..kalu brkenaan lelaki yang slalu dimarahi,dicaci,dicerca dan di maki hamun dgn kata kesat spt ba** dan sbgnya oleh bakal isteri..tpi laki trsebut hny mendiamkan diri dan bersabar apabila stiap kali dilakukan begitu..adakah ini dinamakan dayus?

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

yaa,sbb laki tu mestilah menasihati pomp tu..tp klu pomp tu berdegil jg,x guna dh brsama pomp cmtu.maka pisah sja.ramai lg pomp yg baik2..sbb akn mmberi kesan ke dpan nnti...mmg kena brsabar ngn sikap pomp.tp klu dh lebih2 cmtu,x perlu lg brsabar...pisah atau klu dh kawen,ceraikn sja.

norwahiza_wahiza said...

salam uztaz..!jika seorang wanita mengatakan dayus kepada seorang lelaki..wajar kah lelaki itu menceraikan atau memutuskan hubungan??

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

wslm..x wajar laki tu ceraikan dia

siti said...

saya hendak bertanya, dalam rumahtangga perlu ada perbincangan,bukan. Tetapi perbincangan dibuat bersama dan suami memberi kata putus, ada ahli keluarga yang lain, tidak tahu pokok pangkalnya, memanggil suami saya dayus kerana mengikut kata isteri, walhal semua perkara yang kami lakukan atas persetujuan bersama. Adakah ini dayus namanye?

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

dayus tidak diukur pd pandangan org len... maka jika isteri suruh suami basuh kain bknlah 1 benda yg dayus.

sma jgk mcm kes ni. x nma dayus.melainkn suami taat pd benda maksiat yg disuruh isteri.itu dayus laa

MAHSYUR said...

as salamu alaikum

Saya mushkil...dalam masyarakat kita seolah-olah mentafsirkan lelaki dayus ialah lelaki pengecut.. dan lelaki yg memukul wanita.
Yang saya fahami dari tulisan ustaz, bukan semua lelaki boleh jadi dayus. Ia hanya jadi pada bapa atau suami saja, macam tu kan? Kalau lelaki pukul wanita,orang tua, orang lemah... tu lelaki jahat namanya, bukan dayus. Begitu kan?

Pak Wan said...

Ustat saya nak bertanyakan tentang karenah isteri saya.. isteri saya seorang tentera bila pegi kerja selalu balik lambat saya sering tegur isteri saya..jwpn.. aku kerja memangla..nak buat macamana...selain itu ditempat kerja dia banyak kaum adam dr hawa..dia berkawan mestiah banyak kaum adam..pas tu bila ditegur org tahu la jaga diri.. tp bila tgk ada juga menyentuh bau n apala tp berlspik atas kerja dan gurau rakan sepejabat.. lagi isteri saya srlalu menunding jari dan tinggi suara dgan saya jadi bila kita marah lagi dia tinggikan suara dan memperlekehkan suami..lagi ustat isteri saya memaki hamun saya so apa yg saya buat dan apa yg saya buat saya marah...dia kembali...dan isteri saya adalah org yg sukar ditegur oleh suami ttp saya ttp yegur walaupon mcm mana ribut sekali pon saya ttp marah kan isteri saya sehingga keadaan rumah tangga saya sentiasa tegang...dan saya pon gampir putus asa...di mn status diri saya..selama ini saya bertahan kerana masih sayangkan klrga ....