12 October 2009

PERBANDINGAN ANTARA SOLAT DAN MANUSIA......

Sekadar gambar hiasan..


Assalamualaikum semua....

Entri kali ini ingin berbicara tentang solat. Perbandingan antara solat dan manusia. Yaaa.. Mungkin sesetengah kita tidak menyedari tentang hakikat ini. Solat dan manusia ada persamaannya. Dan kita akan cuba cungkil serba sedikit rahsia persamaan ini....

Jika dibandingkan solat itu dengan manusia, maka bagi solat itu ada solat zohir iaitu mengerjakan syarat, rukun, sunat ab'ad dan sunat hai ah. Maka syarat sah solat itu seperti nyawa. Jadi jika tiada nyawa, tentu manusia itu tidak akan hidup. Begitulah jua jika tidak ada syarat solat, tentulah tidak sah solat kita itu....

Dan rukun solat itu pula seperti kepala dan badan manusia. Jadi jika tidak ada rukun, tentulah tidak dinamakan solat. Begitulah jika tiada kepala dan badan, tentulah tidak dinamakan manusia.

Dan sunat ab'ad itu pula seperti anggota kaki, tangan dan lainnya. Jadi jika tiada anggota apalah faedah bagi seorang manusia itu.?? Begitulah jika tidak mengerjakan sunat ab'ad,apalah molek solat kita itu?? Tentulah tidak molek solat kita itu walaupon tidak membatalkan solat. Oleh itu janganlah kita suka2 meninggalkan sunat ab'ad ini.

Dan sunat hai ah itu pula seperti bulu perhiasan manusia itu sendiri. Misalnya rambut, bulu kening, bulu roma dan lainnya. Jadi jika kita tinggalkan dari mengerjakan perkara sunat hai ah ini, pastilah licin dan huduh solat kita itu. Dan pastinya kelihatan tidak molek kan? Oleh itu janganlah kita bermudah2 lagi dengan meninggalkan perkara sunat hai ah ini. Kerana dunia sekarang ini manusia begitu mementingkan perhiasan diri. Rambut dan bulu2 inilah yang mereka akan hiaskan bersungguh2 dan mengelokannya. Maka pada solat itu lebih aula untuk kita hias2kan dan elokannya dengan mengerjakan segala sunat2 hai ah....

Aku harapkan moga kawan2 semua dapat memahami serba sedikit tentang persamaan ini. Insya ALLAH akan datang aku ceritakan pula apakah dia sunat ab'ad dan hai ah......

No comments: