Assalamualaikum semua.......
Oleh kerana penulis akan memasuki seminar kursus perkahwinan anjuran BKAN Johor di ARMA pada 19 dan 20 hb 4 ini, maka penulis berbesar hati untuk menulis tentang nikah pula. Hehehehe.... Siapa di dalam dunia ini yang tak mahu nikah? Orang Kedah kata, 'habaq mai kat cek sat...?'
InsyaAllah penulis akan berbicara sedikit tentang nikah dengan realitinya di Mesir ini......
Once upon a time in Mansurah...........
Wartawan (W) : Di manakah anda belajar sekarang dan kuliah apa?
Penulis (P) : Penulis belajar di Universiti Al Azhar cawangan Mansurah, Mesir. Kuliah Usuluddin tahun 2.
W : Jika diberi peluang kahwin dalam usia muda, adakah anda ingin kahwin muda? Jika ya, mengapa?
P : InsyaAllah jika diberi peluang, penulis akan berkahwin muda kerana bertepatan dengan hadis Nabi sendiri yang menganjurkan orang muda macam penulis ini supaya berkahwin. Penulis masih muda lagi ni. Hehehe. Cumanya apa yang paling penting, nak kahwin muda itu perlulah dilengkapi dengan ilmu rumah tangga dan ilmu agama yang asas terlebih dahulu. Dunia hari ini bukan dunia 50 tahun yang dahulu. Pelbagai cabaran yang mendatang tak kiralah dari segi persekitaran atau sebagainya. Jadi jika ada kesempatan berkahwin awal, baik kahwin awal saja. Berkenaan dengan cakap2 sumbang mulut orang kepada mereka yang ingin kahwin muda ini contohnya seperti ini,
"Eeee, nak kahwin dah? Galaknya..."
"Kau nak kahwin dah ke? Tak sabar2 dah ek?" atau pun begini,
"Gatai nya dia ni nak kahwin awai.." dan banyak lagi lah....
Bagi penulis, orang yang berkata begini sebenarnya dia bohong dan tipu dengan dirinya sendiri. Sebenarnya dia pun ada keinginan untuk berkahwin awal. Tapi berlakon seolah2 dia 'siqoh la konon'. Takut nanti kalau kahwin muda orang mengata pula, gatal atau galak nak kahwin. Penulis ingin tekankan di sini ialah keinginan untuk berkahwin adalah fitrah. Bermula balighnya seorang lelaki itu, dia sudah membibitkan rasa ingin kepada perempuan secara berperingkat. Jadi bukan suatu yang pelik jika seseorang itu menyatakan hati untuk berkahwin. Bahkan berkahwin itu lebih baik dari berkawan lama2 tapi nak jumpa keluarga masing2 pun penakut. Dan bagi penulis, kepada mereka yang bersuara sumbang seperti itu, dia hanya nak berlakon saja yang dia itu seorang siqoh(tak sembang2 bab kahwin lah konon) atau mungkin dia tak normal(suka sama sejenis). Minta jauh lah dari jadi tak normal. InsyaAllah kita lelaki sejati.;-)
Jika dia memberikan nasihat dengan katanya kemungkinan di sana akan berlaku kesulitan atau kepayahan jika kahwin muda ini, maka penulis boleh terima nasihat dari seorang kawan. Contohnya seperti ini,
"Tak salah nak kahwin awal, cumanya kau tak risau kah takut mengganggu pelajaran kau?" ataupun,
"Kau dah pikir betoi2 ka ni? Susah juga kadang2 kawen muda ni.." Ini antara kalam2 nasihat yang terpacul dari mulut seseorang. Dan ini penulis boleh terima.
Jadi saranan penulis jika berpeluang kahwin muda(jika tiada sebarang masalah) maka kahwinlah muda...
W : Jika sudah diberikan 'lesen' untuk langsungkan ijab dan qobul dan kenduri, di manakah anda ingin adakan? Di Malaysia atau di sini(Mesir)?
P : Secara jujurnya penulis akan memilih di Mesir. Sebab? Ijab qobul di bumi anbiyak ini ada banyak keberkatannya. Dan 1 lagi alasan yang cukup2 popular iaitu kos belanja kahwin di sini lebih murah dari Malaysia. Di Malaysia, baru2 ini sahabat penulis yang pulang berkahwin menyatakan bahawa jumlah belanja kahwin sekurang2nya RM 10 ribu dan ke atas saja!! Allah... Sekarang bukan zaman dahulu. Penulis ingat lagi ketika penulis darjah 5 dahulu(1998), jumlah hantaran sepupu kalau tak salah ingat dalam RM 4 ribu. Itu dulu.... Sekarang lain. Harga barang melambung tinggi. Tapi tak semualah keluarga tetapkan harga begitu. Tapi Al Azhariyun seperti sahabat2 penulis pun harga tinggi begitu. Apa cerita? Garu kepala jugak laaa... Di Mesir ini kurang2 pun kos belanja kahwin tak sampai RM 4 ribu saja. Itu pun dah mampu jemput begitu ramai kenalan. Jadi kesimpulannya, kahwinlah di sini..;-) Tapi kalau keluarga jutawan, nikah ja la kat mana2 pun.
W : Jika sudah diberikan peluang berkahwin di sini(Mesir), pasangan dari kuliah apa yang ingin dicari dan dari cawangan mana?
P : Di Mesir ini pelajar kuliah perubatan dan pengajian islam adalah 2 kelompok terbesar rakyat Malaysia. Secara terus terangnya penulis akan memilih 'sekufu' penulis lah iaitu kuliah pengajian islam. Ini pilihan yang harus. Bukan pilihan kerana menafikan orang lain. Berkenaan dari cawangan mana pula, jika diberi peluang penulis akan memilih dari cawangan sendiri iaitu Mansurah ;-)
W : Mengapa pilih dari cawangan yang sama?
P : Perlu diketahui bahawasanya pelajar akhawat dari kelompok terbesar berada di Kaherah, Mansurah dan Iskandariah. Jarak Iskandariah dari Mansurah melebihi 2 marhalah dan sama juga seperti jarak Kaherah ke Mansurah. Dari fikiran logik akalnya, tentulah Mansurah sama Mansurah memberikan banyak kelebihan. Jika berkahwin tak sama cawangan ini, kita risaukan kepayahan untuk ke universiti(jauh untuk berulang alik). Adapun nak berkahwin juga dengan mereka yang cawangan lain atau kuliah lain, tiada masalah.. Faddol.. Yajuuz.... Cumanya sama2 cawangan ini banyak kelebihannya..;-)
W : Adakah anda inginkan anak ketika masih belajar? Jika ya berapa orang?
P : Yaa... Hehehe(tersenyum penuh misteri). Sebagai penyeri rumah tangga dan penyejuk mata. Berapa orang? Hurmm.. Seorang sudah lah kot(pengakuan ikhlas ni,hehe). Tak mahu menyusahkan zaujah kalau lebih dari seorang anak ni. Ini pendapat penulis lah... Sama2 nak belajar dan imtihan. Kalau anak ramai2 ni boleh nyusahkan suami isteri nak ulangkaji pelajaran. Adapun jika rezeki, terima saja....;-)
W : Jika diberi peluang berkahwin lebih adakah anda ingin?
P : Seorang pun tak kahwin lagi ni ;-). Kalau diberi peluang ek? Beginilah penulis ingin beritahu. Berkahwin lebih ini ialah fitrah(keinginan) orang lelaki. Tapi tak semestinya perlu (wajib)menunaikan keinginannya itu. Cumanya keinginannya(berkahwin lebih) itu tetap ada dalam lubuk hati seorang lelaki. Itu hakikat. Suka penulis ingin menaqal kata2 Imam Al Ghazali di dalam kitab Muhimmah fi ilmi hadis Nabi s.a.w. dengan katanya,
"Barangsiapa yang sangat inginnya kepada perempuan maka jikalau tiada ia berkahwin nescaya hendaklah ia berkahwin dan lagi katanya(Imam Ghazali) pula barangsiapa sangat baginya syahwat(kuat nafsu) kepada perempuan pada hal tiada terpelihara syahwat itu dan tiada pecah(tak puas) dengan 1 perempuan maka sunat ia beristeri lebih dari 1 hingga 4 orang...."
Jadi kesimpulannya sahabat2 fikir2kanlah..;-)
W : Akhir sekali, apakah pesanan anda pada semua.
P : Pesanan penulis ialah berkahwinlah sebagai wasilah untuk kita taqarub ilallah.......... Dengan berkahwin ini, hati menjadi tenang, ibadat semakin berganda dan rezeki datang tanpa disangka2.. Apa2 pun fikir dalam2 dahulu sebelum ingin berkahwin..... Wassalam..
p/s : Penulis ubah entri dalam bentuk soal jawab...
3 comments:
-->> soalan tambahan : Apakah persediaan anda bagi melangsungkan pernikahan di sini?
-->> adakah anda telah mengisi borang bait muslim? dan apakah ciri2 yang anda letakkan dikolum ciri2 pasangan yang diminati? hehe...
-->> soalan cepu emas : adakah anda telah ber"punya" ? huhu...
semoga berbahagia selalu :D
tolong jawab bagi pihak penulis. dia ak yang lembut. sopan santun. berpurdah.
dia belum berpunya lagi. kalau ada sape2 nak minang boleh la.
p/s : mi, jangan marah. saje nak gurau2 dengan nta. haha
Makanya, bila penulis nak nikah ni? hehe.
jangan mare ya, nanti lagi tua dari K. lang :P
buat kenduri sekali pa..
Post a Comment