12 April 2010

............ Kerana adab kita pada Allah.


Assalamualaikum semua....

Seringkali kali kita mengungkap kata2 ini bila kita ingin tamatkan ucapan kita.... Apakah dia kata2 itu?? Bagi penulis ia cukup2 popular.. Benar? Yaaa, kata2 itu ialah ungkapan, "Apa yang baik itu datang dari Allah dan apa yang buruk itu datang dari saya sendiri......"

Kenapa kita bercakap begitu sedangkan bukankah semua perkara yang wujud dan berlaku dalam dunia ini kerana qudrat Allah taala?? Samada perbuatan itu baik ataupun buruk.. Semua itu kerana qudrat Allah taala. Kita ini tiada langsung kuasa untuk memberi kesan atau bekas kepada sesuatu perkara. Jika kita tilik dari segi makna hakikatnya maka ucapan beginilah lagi betul dan bersesuaian dengan qudrat Allah taala itu sendiri. Bagaimana ayatnya? Begini, "Apa yang baik dan buruk itu datang daripada Allah taala..." Itu jika tilik dari segi makna hakikat maka benar lah ayat ini. Kerana apa? Kerana segala sesuatu yang berlaku di dalam dunia ini samada baik atau buruk sememangnya datang dari Allah. Kita? Kita tiada kuasa dan kemampuan untuk melakukan sesuatu kalau bukan kerana Allah yang menggerakkan anggota kita. Benar? Yaa, begitulah hakikatnya. Makhluk di dalam dunia ini tidak mampu untuk lakukan apa2 melainkan kuasa dari Allah taala. Inilah pandangan ahlus sunnah wal jamaah. Jika kita mengatakan kita ini melontarkan sesuatu. Adakah kita yang lontarkan? Tidak. Hakikatnya Allah taala yang memberikan kita sedikit kuasa melalui tangan dan seterusnya kita mampu melontarkan sesuatu itu. Dan banyak lagi contoh2 yang lain. Pendek katanya, makhluk ini tak boleh memberi bekas. Hanya Allah taala saja yang memberi bekas.

Kita berbalik kepada ungkapan tadi iaitu "Apa yang baik itu datang dari Allah dan apa yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.." Sebenarnya ungkapan ini ialah kerana adab kita dengan Allah taala.. Sekali lagi penulis ulang, ungkapan ini ialah kerana adab kita dengan Allah. Walaupun hakikatnya kedua2nya itu(baik dan buruk) datang dari Allah. Tapi sebagai hamba yang hina ini, kita perlu ada adab dengan Tuhan Maha Agong ini iaitu Allah. Jika dengan orang berjawatan besar pun kita menjaga adab. Apatah lagi dengan tuan empunya dunia ini?? Saranan penulis, ada baiknya selepas kita ungkapkan begitu kita kata pula selepasnya begini ".....Hakikatnya kedua2 itu(baik dan buruk) datang dari Allah taala.."

Firman Allah taala di dalam surah An nisa' yang terjemahannya begini,

" Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari(kesalahan) dirimu sendiri....."


Semoga kita tahu adab dengan Allah taala. Jika dengan manusia kita boleh menjaga adab, apatah lagi dengan Allah tuan empunya alam ini?? Jika orang bertanya mengapa kita mengungkap begitu? Kita jawab, "...Kerana adab kita pada Allah...." Wassalam........



-Rujukan kitab Matan Jauharah At Tauhid(Imam Ibrahim Al Laqoni) bersama syarahnya Tuhfatul Murid(Imam Ibrahim Al Bajuri), kitab kuliah Usuludin tahun 2 Universiti Al Azhar, Mesir.

No comments: