25 April 2010

ISU PANAS MANSURAH!!


Assalamualaikum semua.....

Penulis tidak dapat mengulas panjang tentang isu perpindahan mahasiswa wafidin(selain Mesir) di dalam blog ini. Cukup sekadar bagi penulis copy dan paste dari blog sahabat penulis sahaja. Namun penulis berusaha juga untuk memberi gambaran sebenar kepada kawan2 semua. Apakah yang terjadi sebenarnya? Adakah ada 'tangan2 ghaib' yang cuba mengeksploitasikan keadaan kami?? Jadi terimalah sedikit usaha penulis sampai tidak tidur malam ini untuk menyiapkan video ketika muktamar berlangsung. Sebab bagi penulis, ramai kawan2 penulis bertanyakan keadaan sebenar di Mansurah ini. Mudah2an video ini dapat memberikan sedikit info kepada kawan2 semua... Penulis minta maaf dari awal lagi kerana kualiti visual kurang terang. Penulis pun pelik. Sebelum di up load kan ke dalam youtube, terang dan jelas visualnya.. Apa2 pun moga kawan2 dapat menonton.. Selamat menonton....






Ini ulasan dari sahabat penulis dari blog Al Jauhari.

Mansurah 24April2010: Satu muktamar tergempar telah diadakan anjuran The World Association For Al-Azhar Graduates(W.A.A.G.) الرابطة العاليمة لخريجي الأزهر antara pelajar wafidin dan amid kuliah banat, usuluddin dan lughah. Program berjalan dengan bantuan persatuan mahasiswi mesir sebagai unit protokol dan pengurusan program. Lebih kurang jam 11.30pg dewan mula dipenuhi dangan pelajar-pelajar wafidin ianya berlarutan hingga jam 12.00t/hari. Memandangkan azan zohor telah berkumandang, pengurusan program mempersilakan semua peserta bagi menunaikan solat fardhu zohor. Setelah selesai menunaikan kewajipan, dewan kembali dipenuhi dengan wakil-wakil amid kuliah serta pelajar-pelajar wafidin.
Photobucket


Photobucket

Muktamar dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi muktamar, untuk pusingan pertama wakil amid menyampaikan kalam taujihad dan ucapan wakil W.A.A.G. bagi pusingan ke dua, amid menerangkan peri pentingnya bahasa arab(fus hah) dalam menghadam ilmu2 islam seperti Alquran, hadis, tafsir dan semua ilmu. Peserta mula bosan kerana tujuan besar datang ke muktamar adalah untuk mendapat penjelasan isu perpindahan semua pelajar wafidin Azhar ke Kaherah. Amid kuliah berulang kali mengumumkan sekiranya ada permasalahan boleh tulis dalam borang yang diedarkan. Namun peserta muktamar masih buntu. Suasana sedikit bising mula menghiasi dewan kerana masing-masing tidak dapat melihat apa tujuan sebenar muktamar dianjurkan. Ditambah pula pengerusi majlis yang mengganggu kosentrasi peserta sama ada melalui tutur kata, ulasan mahupun pergerakan beliau.

Amid telah menekankan bahawa pentingnya pelajar wafidin menguasai bahasa arab fus hah kemudian pengerusi membuat ulasan bahawa pelajar-pelajar perlu bertutur dalam bahasa arab fus hah namun dalam masa yang sama pengerusi sedang menggunakan bahasa arab ammiyah (seperti ketam ajar anak jalan lurus). Akhirnya bangun seorang akhawat dari benua afrika ke hadapan menyampaikan harapan dan kebimbangan dari sahabat2nya tentang isu perpindahan ke kaherah dengan menjelaskan bahawa kehidupan di kaherah sangat membebankan berbanding di mansurah, beliau menambah bahawa kehidupan di mansurah sudah serasi dengan mereka. Di akhir ucapan beliau, peserta menyambut dengan tepukan gemuruh tanda sokongan yang jitu dengan apa yg diperkatakan.


Wakil pelajar malaysia Ustaz Usman Alamani mengambil tempat untuk membuat ucapan. Namun belum sempat Us. Usman memulakan ucapan, wakil WAAG memberikan harapan samar bahawa tiada apa2 masalah yang bakal timbul jika berpindah ke kaherah, tiada kehidupan yang membebankan kerana akan disediakan infrastruktur pengajian dan penginapan kepada semua pelajar tanpa membentang secara terperinci apa kemudahan tersebut dan berapa jumlah penginapan dan penempatan yang disediakan. Untuk maklumat, bilangan pelajar malaysia di cawangan2 melebihi 9000 orang itu belum dicampur wafidin lain samaada indonesia, singapura, thailand, juzu' qamar dan lain2 negara. Persoalan mula timbul di setiap minda hadirin, jika dilihat kepada masalah lambakan pelajar mesir di seluruh cawangan, maka akan dapati bahawa masalah tersebut hingga kini masih belum diatasi. Mengapa mereka sanggup menanggung risiko lain sedangkan masalah yang ada tidak dapat diatasi dengan sempurna?? Apakah cara kerja mereka ialah mengurangkan masalah dengan mencipta masalah baru?? Nak tutup lubang, terpaksa gali lubang lain dan dengan penggalian tersebut belum pasti tertutupnya lubang yang awal.. Inikah mentaliti lepasan azhar?? Atau ada campurtangan pihak lain dalam menjalankan misi ini???
Us. Usman memulakan ucapan beliau dangan bertanya benarkah berita mengenai perpindahan pelajar wafidin di mansurah ke kaherah. Amid sebulat suara mengesahkan perkara tersebut dan disambut dengan ketukkan meja oleh peserta muktamar tanda tidak bersetuju. Kemudian Us.Usman meneruskan pertanyaan "Siapakah yg mengarahkan perpindahan pelajar wafidin dari mansurah ke kaherah?? Adakah ianya hasil cadangan deligasi2 asing di mesir atau Azhar pusat sendiri mengeluarkan arahan tersebut??" Wakil WAAG terpaksa mengambil masa untuk berbincang sesama sendiri mengenai soalan tersebut. Soalan tersebut diulang oleh amid kepada beliau. Kelihatan wajah wakil WAAG sedikit gementar untuk menjawab soalan tersebut. Namun pertanyaan itu dijawab dangan "Tujuan utama dihimpunkan semua pelajar wafidin ke satu tempat adalah untuk memperkasakan bahasa arab fus hah" (dalam waktu yang sama beliau menggunakan bahasa arab ammiyah) beliau menyambung, "Agar kalian boleh berinteraksi dengan doktor lebih mudah dengan menggunakan bahasa arab fus hah" Us. Usman mempertikaikan jawapan yg diberi kerana itu bukanlah jawapan kepada soalan yang diajukan sebentar tadi. Lantas amid kuliah mencelah menerangkan ianya adalah arahan dari Azhar kaherah, jika pelajar wafidin keberatan untuk berpindah mereka diberi pilihan. Namun wakil WAAG tetap menegaskan bahawa keputusan itu adalah muktamad dan semua wafidin perlu berpindah dan sekiranya ada apa2 masalah mereka akan selesaikan. Us. Usman memulakan hujjah, hujjah pertama beliau adalah 'Sara hidup dan ekonomi'. Sara hidup dan ekonomi di kaherah lebih tinggi berbanding di mansurah, sebagai contoh rumah sewa di kaherah di antara 700-2000 sebulan manakala di mansurah 250-350 sahaja sebulan. Perbelanjaan di kaherah pula sangat tinggi berbanding di mansurah dalam perbelanjaan dapur atau keperluan harian lain. Lantas hujjah itu disambut oleh wakil WAAG "Untuk penginapan dan penempatan, pihak kami telah menyediakan untuk semua pelajar wafidin" Beliau mendatangkan bukti perpandukan akhbar Ar-Ruwaq keluaran WAAG di bawah tajuk berita "WAAG telah menyediakan 117 penginapan untuk pelajar wafidin di hayyu sadis" Persoalan akan timbul, mampukah 9000 lbh pelajar wafidin di setiap cawangan dikumpulkan di satu tempat yang mana premis tersebut hanya mampu menampung 117 pelajar sahaja buat masa ini??? Masuk akalkah hujjah tersebut???
Hujjah ke dua dari Us. Usman, suasa tenang di mansurah membangkitkan keselesaan dalam menuntut ilmu berbanding di kaherah yang tersangat sibuk dengan kepadatan masyarakat arab mesir juga asing ditambah dengan jenayah yang meningkat berlipat kali ganda. Tiada jawapan yang disuarakan.
Seterusnya us. Usman cuba membentangkan permasalahan ketiga iaitu pembelajaran di mesir, namun microfon segera dirampas oleh seketeriat WAAG yang cuba menutup mulut dan kebangkitan pelajar wafidin yang terus menyerang dengan persoalan-persoalan ibarat peluru berpandu yang menyerang pearl harbor juga ibarat bom atom yang jatuh di hirosyima dan nagasaki. Keegoan mereka telah dirobek dengan hujjah2 yang dibentangkan serta sokongan moral dan padu dari seluruh pelajar wafidin yang hadir. Asakan demi asakan menyebabkan mereka merasakan kedudukan serta perancangan mereka untuk memindahkan pelajar wafidin tergugat sama sekali dengan bantahan yang bersepadu dari semua hadirin. Lantas merampas pentas dan microfon yang digunakan. Tindakan ini menyebabkan hadirin membantah dengan mengetuk meja tanda protes dengan apa yang dilakukan. Sedangkan wakil Malaysia masih belum selesai memberikan hujjah. Semua hadirin sangat hampa bila muktamar bersama amid dicalarkan dengan insiden yang tidak dijangka itu. Us. Usman terpaksa mengambil tempatnya semula setelah kejadian itu. Seterusnya wakil negara lain berucap. Antara isi ucapan ringkas beliau, beliau begitu kecewa apabila diperlakukan sebegini dengan memindahkan pelajar tanpa mendengar terlebih dahulu masalah pelajar.

Photobucket

Beliau melontarkan persoalan, "Jika kami dianggap tetamu di mesir ini, mengapa kami tidak diberi pilihan untuk memilih di mana kami dibenarkan menuntut ilmu serta meneruskan pelajaran. Mengapa kami dipaksa berpindah sedangkan kami telah selesa berada di mansurah???" Tiada jawapan yang dibuat melainkan wakil WAAG mula menguatkan hujjah mereka dengan mengatakan arahan itu datangnya dari Rektor Al-Azhar (Syeikh Ahmad Tayyeb).. Setelah itu, muktamar segera diselesaikan..

No comments: