2 April 2010

MANA USAHA KITA SELAMA INI???


Assalamualaikum semua....


Sejak akhir2 ini kecoh dengan pelbagai pendedahan tentang kemaksiatan yang berlaku di bumi anbiyak ini. Tak kira sama ada si pelaku itu dari kalangan pelajar perubatan mahupun pelajar pengajian islam. Mendedahkan sebarang kesalahan yang telah si pelaku lakukan ada ketikanya dilarang dan diharuskan. Dan untuk menyatakan bahawa seseorang itu teruk perangainya di pandangan umum pun ada ketikanya diharuskan dan ada ketikanya dilarang(bab mengumpat yang dibenarkan syara' dalam kitab penawar bagi hati). Tapi adakah kita benar2 faham situasi bagaimanakah mengharuskan kita untuk menyatakan kepada si fulan atau fulanah itu teruk perangainya? Menghujum individu seseorang atau jamaah(berkumpulan) adalah suatu yang dilarang agama. Namun di sana ada ketikanya harus menghujum seseorang.


Menjadi kesalahan besar orang hari ini ialah hanya pandai menghujum tapi tiada langsung usaha untuk memperbaiki kesalahan si pelaku tadi. Ketahuilah bahawa jika seseorang itu mengatakan bahawa, "Sudah teruk umat zaman sekarang ini.." sedangkan dia tiada usaha dalam membaik pulihkan umat ini, maka dialah sejahat2 manusia. Kerana apa? Kerana dia hanya pandai mengatakan 'dia itu teruk' atau 'jahatnya dia tu' tanpa ada usaha untuk mengislahkan kembali mereka yang melakukan kesalahan itu. Ini terjadi kepada mereka tidak kira siapa. Bila nama saja mukallaf, maka tertanggung kewajipan ini(amar ma'ruf nahi mungkar) ke atas dirinya, iaitu mengislahkan orang lain di samping mengtarbiyah diri sendiri. Rasanya penulis tidak perlu huraikan secara terperinci peranan kita di dalam 'amar ma'ruf nahi mungkar' ini. Semua sudah ma'ruf dan ma'lum tentang perkara ini. Tapi adakah akan selesai masalah hanya dengan kita ini menghujum dan terus menghujum? Ya, walaupun hakikatnya mereka itu terang2 melakukan kesalahan. Kalau di sini(Mesir) lebih terkenal dengan 'kesalahan hisbah'. Baik, sekarang penulis ingin bertanya pada diri penulis sendiri dan semua(sebagai muhasabah smua). Adakah kita ini pernah menziarahi golongan2 yang melakukan kesalahan hisbah ini? Adakah kita pernah menyantuni golongan ini? Adakah kita pernah beramah mesra dengan mereka? Adakah kita ini pernah ambil tahu dan bertanyakan mengapa mereka jadi begitu? Adakah kita pernah bersama2 Unit Hisbah dalam membanteras segala gerak kerja mereka yang salah di sisi syariat ini? Dan adakah kita ini pernah dihina atau dikeji ketika melakukan teguran atau gerak gempur hisbah? Cuba kalian semua hisab diri semula. Adakah kita ini pernah lakukan semua yang penulis nyatakan tadi?? Kalau tak pernah lakukan, maka ketahuilah bahawa kita ini tidak layak langsung untuk mengatakan bahawa 'Jahatnya dia ni...' 'Kenapa teruk sangat dia ini?' 'Apa nak jadilah dengan mereka ini.' Kenapa penulis mengatakan bahawa kita tidak layak untuk menghujum mereka? Kerana kita tak pernah ambil tahu tentang mereka. Yang kita tahu ialah bila dengar satu2 berita dan terus berkata...."Ish2, apa nak jadilah mereka ini.." "Kenapa teruk sangat tuu?" Mereka ni tak tahu hukum kah?" dan pelbagai lagi kata2 yang kita hamburkan kepada mereka. Ya, memang benar kita mengatakan begitu dengan apa yang telah mereka lakukan. Tapi adakah layak bagi kita yang hanya berehat di rumah, tidur, riadhah dan belajar, tiba2 kitalah jadi seorang juara menyatakan kemarahan kita dengan apa yang telah golongan ini lakukan.


Bagi penulis, kita ini layak untuk menyatakan kemarahan kita atau kesusahan hati kita dengan apa yang telah berlaku sekarang ini jika kita ini sudah letih menasihati mereka. Atau kita ini sudah puas menziarahi mereka, bertanyakan masalah mereka. Atau kita ini sudah lali dihina, diherdik atau dimaki. Atau kita ini sudah puas menyantuni golongan ini dengan mengambil tahu apakah masalah sebenar mereka. Kalau kita sudah puas lakukan semua itu, maka bagi penulis, kita layak untuk menyatakan ketidak redhoan hati kita ini terhadap segala maksiat yang mereka lakukan. Tapi sayang.. Hari ini kita hanya dengar di hujung telinga terhadap 1,1 berita lantas menghujum dan terus menghujum. Kenapa kita sendiri tidak pergi kepada mereka? Ziarahi mereka? Santuni mereka? Cuba ambil tahu apa masalah mereka? Ada kita lakukan sebegitu?? Bagaimana kita nak lakukan begitu kalau hati kita ini jijik memandang mereka! Inilah kesalahan yang kita tak sedari. Yang kita tahu adalah berterusan memandang serong, jijik untuk berjumpa mereka, memulau mereka dan sebagainya. Akhirnya siapa yang rugi? Kita juga yang rugi kerana dakwah tidak sampai kepada mereka. Oleh itu bagi penulis, adalah lebih layak bagi kita untuk menunjukkan ketidakpuashatian kita terhadap golongan ini jika kita sudah puas,letih dan usaha dalam mendekati golongan ini. Yang lain itu kita berserah kepada Allah taala. Kesan dan hasil dakwah itu tidak semestinya bersegera untuk mad'u kita berubah. Bukan senang. Tak mustahil boleh memakan masa selama bertahun2 lamanya.


Adalah tidak patut bagi kita hanya pandai kata 'Ini salah, itu salah' 'Teruknya perangai' tapi dalam masa yang sama kita hanya duduk rehat di rumah tanpa ada sebarang usaha. Jika begini sikap kita, maka tak mustahil pulang ke Malaysia nanti pun kita akan diam saja. Yalah, sudah dapat gaji besar buat apa nak pedulikan lagi tentang masalah umat kan? Dalam hal ini penulis lebih suka dengan cara jamaah tabligh(pelajar Malaysia di Mesir). Mereka benar2 memikirkan masalah umat dan mereka membuktikan keperihatinan mereka itu dengan cara berdakwah, mengambil berat dan santuni elok2 golongan pelaku maksiat itu. Sebenarnya penulis juga sedang menasihati diri penulis sendiri. Sebab penulis sendiri tidak mampu untuk menjadi mereka yang benar2 ambil tahu tentang masalah hisbah ini. Penulis walaupun dilantik sebagai ketua gerak gempur hisbah Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sekalipun tidak mampu untuk menziarahi mereka selalu, menyantuni mereka. Atau bertanya khabar kepada mereka. Namun penulis cuba dan terus cuba. Penulis bersyukur kepada pengarah hisbah DPM Mansurah(Ustaz Adham Al Haraki) kerana sudi libatkan diri penulis dalam gerak kerja ini. Kita bukannya ‘suci’ untuk terus menghujum orang. Masing2 ada kelemahan dan sama2 mengislahkan diri. Apa2 pun bagi penulis, kepada mereka yang sudah puas menegur dan menyantuni golongan pelaku maksiat ini, maka wajarlah dia menunjukkan ketidakredhoan hatinya itu. Itu layak bagi dirinya. Tapi bagi kita yang tak pernah tegur, ambil tahu dan santuni golongan ini, janganlah sesuka hati berkata “Ish,ish.. Apa nak jadilah mereka ini. Teruknya mereka ini. Tak tahu hukum kah?” sambil rehat2 di rumah. Pantang dengar ada kes hisbah saja, mulalah mulut itu nak berbicara sumbang. Yang kita peliknya, dia tak pernah pun keluar ambil tahu tentang golongan pesalah hisbah ini. Yang dia tahu hanya merungut dan terus merungut. Inilah sejahat2 orang.


Kita wajib menyatakan ketidakredhoan hati kita ini. Tapi mestilah bersama usaha untuk membaik pulihkan mereka. Bukannya hanya tahu duduk rehat2 di rumah dan berkata “Teruknya perangai…”… Apa usaha kita bagi memastikan mereka ini berubah? Apa usaha kita selama kita duduk di Mesir ini? 4,5,6 ,7 tahun berada di Mesir pernah tak kita bawa mereka dan diri kita ini mengislahkan diri?? Pernah tak? Kalau tak pernah, maka layaklah untuk kita minta ampun pada Allah..

“Ya Allah ya tuhanku, ampunilah dosa2 ku. Semua ini salah aku. Selama aku berada di Mesir ini, tak pernah pun aku mengambil tahu tentang mereka. Yang aku tahu hanyalah salahkan mereka dan terus hujum mereka. Ya Allah, ampunilah dosa2ku ya Allah. Aku bersalah kepada mereka. Aku bersalah kerana inginkan aku saja yang masuk syurgamu, tapi tidak bawa mereka sekali. Aku biarkan mereka begitu. Ya Allah, sungguh2 aku minta ampun.” Inilah doa yang perlu kita mohon pada Allah. Tidakkah kita ini rasa berdosa selama mana kita berada di Mesir ini, adakah kita ini pernah ambil tahu tentang mereka? Kalau rumah mereka pun kita tak pernah pergi, bagaimana kita ini boleh menjadi juara dalam isu ini? Sedangkan bukan jauh pun rumah2 mereka dengan kediaman kita. Tanya diri kita. Tenyeh hati kita ini. Muhasabah diri kita. Apa yang telah kita lakukan dalam memastikan mereka tidak melakukan masalah hisbah ini!


Iman kita lemah atau kita ini malu??

Seringkali kita berhadapan dengan masalah ini. Semua orang tahu tentang hadis ini. Cukup popular. Antara terjemahannya.."Barang siapa yang telah melihat dari kamu akan kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya(kuasa), jika dia tidak mampu, gunakanlah lisannya, jika dia tak mampu, gunakanlah hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah2 iman…” au kama qol.

Ramai orang yang salah faham dengan ayat terakhir dalam petikan hadis ini. Jika kita tak mampu untuk menegur, dengan mudah kita mengatakan “cukuplah aku tak redho dengan hati aku di atas perbuatan mereka itu..” Benarkah kita ini tak mampu atau kita ini malu dan segan(bahasa utara) nak tegur sebenarnya?? Tilik diri kita.. Adakah kita sudah lemah imannya atau sebenarnya kita ini malu nak tegur?

Tuan guru Ustaz Salman Maskuri pernah membahaskan tentang perkara ini. Beliau mengatakan bahawa kebanyakan kita bukannya tidak mampu untuk tegur dengan kata2, tapi kita ini malu. Malu ini tidak akan diterima alasannya oleh Allah taala nanti. Jika Allah tanya nanti, kita nak jawab tak mampu kerana iman kita lemah atau sebenarnya kita ini malu nak tegur? Di hadapan Allah taala nanti, hati kita ini tak boleh tipu lagi. Mana mungkin iman kita ini lemah dalam menghadapi sesetengah perkara itu. Masuk aqalkah jika kita tegur sepasang pasangan kekasih tengah bermadu asmara lantas mereka itu memukul kita balik? Lainlah jika kita berhadapan dengan sekumpulan manusia yang sedang lakukan maksiat, mungkin itu masuk akal jika kita mengatakan bahawa kita tak mampu untuk tegur. Kerana kemungkinan mereka itu akan menyerang kita balik. Ketika itu alasan ‘tidak mampu tegur menggunakan lisan dan cukuplah hati ini tidak redho dengan perbuatan mereka’ masuk aqal untuk diterima. Tapi kalau kita ini ternampak pasangan kekasih ataupun jika di Mesir ini popular dengan keluar malam sesuka hati bagi pelajar perempuan, tiba2 kita nak guna alasan ‘gunakan hati sebagai tidak redho dengan perbuatan mereka itu’. Masuk aqalkah? Adakah memungkinkan bahawa mereka(pelajar perempuan) itu akan menyerang kita balik? Iman kita lemah atau kita ini malu sebenarnya?? Jangan tipulah. Penulis berani katakan bahawa kebanyakan kita ialah malu. Penulis juga ada rasa begitu. Sebab itu penulis cepat2 muhasabah diri setelah mendengar Tuan guru Ustaz Salman Maskuri kata begitu. Banyak kesilapan kita dalam tak sedar. Kita nak berdakwah, tapi kita tak belajar tentang ilmu usul dakwah. Inilah masalah kita. Sering melakukan kesilapan dalam berdakwah.


Penulis menyeru(berwasiat) pada diri ini dan semua...Usiykum wa NAFSI, marilah sama2 kita berikan kerjasama terhadap pihak HISBAH PMRAM samada peringkat pusat atau furu'. Adapun kepada ahli biasa, jangan hanya tunggu pihak hisbah turun padang. Kita ahli biasa juga mampu untuk lakukan 'amar ma'ruf nahi mungkar' ini. Kebanyakan orang mampu lakukan amar ma'ruf.. Tapi jarang yang mampu lakukan nahi mungkar. Bukan kerana tak mampu. Tapi kerana malu, malas dan sebagainya. Kita sama2 muhasabah diri kita yang serba kekurangan ini... Wassalam..


- Rujukan kitab Nuzum islamiah bahagian Hisbah (kitab usuluddin tahun 1 Universiti Al Azhar lelaki cawangan Mansurah).

- Tuan guru Ustaz Salman Maskuri.

No comments: