Assalamualaikum semua....
Entri kali ini ingin menceritakan pula tentang BAHASA.... Semua orang sudah maklum apa itu maksud bahasa. Samada bahasa dengan kata2 atau isyarat dan sebagainya..... Allah menciptakan makhluk yang bernama manusia ini dengan pelbagai bangsa dan keturunan. Beribu2 bangsa di dalam dunia ini yang telah Allah jadikan dengan sifat qudratNya itu. Allah maha pekuasa untuk ada dan tiadakan sesuatu. Ini jelas. Jika kita mempelajari ilmu kalam, maka kita akan berjumpa dengan perbahasan perkara 'mumkin'. Harus bagi Allah taala untuk mengada dan meniadakan sesuatu.. Setiap bangsa yang Allah jadikan itu berlainan bahasa mereka. Bahkan dalam bangsa itu pula ada suku sakatnya pula. Di dalam suku sakat itu sendiri sudah berlainan bahasanya. Sedangkan di dalam sesebuah negara itu sendiri ada pelbagai bahasa yang dituturkan.. Inilah antara kebesaran Allah taala.
Kita pergi pula kepada keadaan negara kita iaitu Malaysia tercinta. Malaysia terdiri daripada 16 negeri termasuklah 3 buah Wilayah Persekutuan(Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya) yang membentuk sebuah negara merdeka iaitu Malaysia. Bahasa rasmi kebangsaan ialah bahasa melayu. Bahkan bahasa melayu ini juga bukan saja dituturkan di Malaysia. Negara2 jiran yang berdekatan seperti Indonesia, Brunei, selatan Philipina dan selatan Thailand(wilayah Patani) juga bertutur menggunakan bahasa Melayu. Jika pergi lagi kepada setiap negeri di Malaysia ini pula maka kita akan berjumpa dengan masyarakatnya yang berbilang bangsa dan kaum ini bertutur di dalam bahasa melayu, tetapi bahasa melayu kampung atau pasar. Di dalam bahasa arab dipanggil lughah 'ammiyah(bahasa pasar). Sebagai contohnya, jika negeri Kedah bertutur dengan loghat utaranya. Orang Johor dengan loghat selatannya dan orang Kelantan dengan loghat pantai timurnya. Tak lupa juga Negeri 9 dengan bahasanya. Masing2 negeri ada bahasa setempatnya tersendiri. Itu perkiraan kita secara kasar. Tidaklah ingin oleh penulis untuk membahaskan 1 persatu tentang semua bahasa dalam setiap negeri di Malaysia ini. Kerana penulis bukanlah pengkaji sejarah atau bahasa. Apa yang penulis tuliskan ini adalah kajian penulis selama ini berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis yang tak seberapa ini. Penulis lebihkan kepada bahasa tanah air penulis sendiri iaitu Gerik. Sebelum itu sukalah penulis sebutkan bahawa di sebalik bahasa setiap negeri pun masih ada perbezaannya. Lagi akan datang penulis sebutkan pada kawan2 semua.
Berbalik kepada tajuk asal entri penulis ini iaitu bahasa Gerik Ulu(pedalaman). Mengapa penulis menulis tentang semua ini? Kerana ramai yang masih tidak mengetahui bagaimanakah rupa dan bunyi dialek bahasa Gerik Ulu ini.. Penulis tergerak hati untuk menulis bila ramai di kalangan kawan2 penulis tidak mengetahui dengan apa yang penulis tuturkan. Mereka menyangkakan bahawa penulis ini sedang bertutur dalam bahasa Kelantan atau Terengganu. Sedangkan tidak! Sama sekali tidak. Penulis bertutur dalam bahasa Gerik Ulu yang digunakan separuh daripada penduduk daerah Gerik. Di bawah ini di antara kalam2 kawan2 penulis ketika mempertikaikan cara penulis bertutur menggunakan bahasa Gerik Ulu.

"Mu ni kalu nok kecek kelate pong,bukenyo bunyi lagu tuu.."
"Sejak bile belaja bahase ganu ni?"
"Kenapa nak cakap Kelantan bunyi macam siam ja pun."
Inilah antara kalam2 sahabat penulis yang tidak mengetahui bahawa penulis bukanlah bercakap bahasa Kelantan atau Terengganu. Tetapi bahasa kampung penulis sendiri iaitu bahasa Gerik Ulu.
Sebelum penulis menjelaskan lagi bagaimanakah rupa dan bunyi bahasa Gerik Ulu ini, sukalah penulis menceritakan sedikit kedudukan daerah yang bernama Gerik ini. Daerah Gerik terletak di utara negeri Perak. Jika di dalam pembahagian kawasan iaitu Perak Hilir, Perak Tengah dan Perak Hulu maka daerah Gerik terletak di kawasan Perak Hulu atau Hulu Perak. Daerah Gerik ini juga berjiran dengan daerah dari negeri jiran iaitu Kedah dan Thailand di sebelah utara dan Kelantan di sebelah timur. Daerah Gerik bersempadan dengan daerah Baling, Kedah dan daerah Betong, Thailand. Dan bersempadan dengan tanah jajahan Jeli, Kelantan. Jadi sekarang kawan2 semua sudah dapat mengetahui kedudukan bumi Gerik ini.
Kedudukan daerah Gerik di dalam peta Malaysia. Boleh klik gambar untuk gambaran lebih jelas. Cuba lihat pada lingkaran merah yang penulis tandakan.
Sememangnya bahasa Gerik Ulu ada persamaan dengan bahasa Kelantan. Sebab itu tak mustahil, bila penulis bertutur bahasa kampung penulis, mereka menyangkakan penulis bercakap dalam loghat Kelantan yang tak berapa nak jadi. Bukan kerana tak berapa nak jadi. Tetapi ada pada beberapa perkataan tak sama dengan dialek Kelantan. Sebab itu nampak seperti cakap Kelantan yang tak berapa nak jadi, tapi tidak begitu. Jadi penulis harapkan selepas penjelasan penulis dalam entri ini, dapat memahamkan kawan2 penulis semua. Bahasa Gerik Ulu ini juga digunakan secara meluas di beberapa daerah di Negeri Kedah. Oleh itu kawan2 semua janganlah menyangka bahawa semua orang Kedah bercakap utara. Sebab ada beberapa daerah di dalam negeri Kedah tidak bercakap loghat utara. Tetapi bertutur di dalam loghat kampung ulu. Sebagai informasi awal penulis nyatakan di sini daerah manakah yang bertutur sama juga seperti orang ulu Gerik bertutur. Daerah Baling dan Sik antaranya yang bertutur loghat yang sama dengan orang ulu Gerik. Nanti penulis akan nyatakan perkataan2 yang sama dan tak sama dengan loghat masing2..
ASAL USUL PENULIS.
Penulis berasal dari Gerik, Perak. Lahir di Kampung Kerunai, Gerik, Perak(berdarah Acheh, Patani dan Pakistan). Kedudukan kampung kami di Gerik sememangnya 1 kawasan yang pedalaman ataupun ulu. Kedudukan geografi bumi Gerik berbukit bukau dan bergunung ganang. Di kampung penulis, jika pagi2 menjengah rupa, pasti kesejukan menusuk tulang temulang. Dan wap pun mampu keluar dari mulut. Tetapi tidaklah sebanyak wap di negara Eropah ataupun Mesir ini. Siaran television dan line telefon pun susah untuk didapati kerana kedudukan kampung kami begitu dalam(ulu) dan ceruk. Sebab itu jangan terkejut kalau melihat setiap rumah di kampung penulis menggunakan siaran berbayar Astro. Kampung kami susah untuk dapatkan siaran tv. Jika ada pun hanyalah tv 1 dan 2. Kadang2 dapat juga siaran Thailand. Siaran tv dan line telefon hanya dapat jika di pekan Gerik dan tempat yang sudah hampir dengan pekan Gerik. Tapi kini setelah tiang pencawang didirikan di kampung Jong(sempadan Kampung Kerunai), maka line telefon mula didapati. Walaupun kedudukan kampung penulis di pedalaman atau ulu, namun ramai yang tidak tahu bahawa jalanraya di depan rumah penulis ialah laluan utama orang ramai menggunakannya. Jika dulu sebelum lebuhraya Pulau Pinang ke Kelantan yang bersambung pula dengan lebuhraya Timur Barat tidak siap lagi, maka jalanraya depan rumah penulislah menjadi laluan utama. Orang Kedah jika ingin pulang ke Kelantan pasti ikut jalanraya itu. Dan sebaliknya.... Lori2 balak sentiasa ulang alik di jalan itu. Kini highway(lebuhraya Pulau Pinang-Kelantan) baru sudah siap. Tidaklah sibuk sangat jalanraya di depan rumah penulis.
Abah penulis seorang angkatan tentera. Sekarang sudah pencen. Kami pernah menetap di Melaka selama 7 tahun lebih. Dan di Kedah pula selama 7 tahun. Penulis juga boleh berbahasa orang selatan kerana dulu mula2 sampai Kedah penulis bertutur dalam loghat selatan saja. Bila sudah lama menetap di Kedah, loghat selatan penulis bertukar pula kepada loghat utara dan sehingga kini pun penulis masih menggunakan bahasa utara sebagai bahasa rasmi penulis. Penulis jarang berada di kampung kerana kehidupan besar penulis banyak berada di Kedah. Sebab itu kalau orang yang tak kenal penulis mereka mengatakan penulis ini orang Kedah. Tapi hakikatnya penulis anak jati Perak. Namun penulis tetap tahu bahasa 'ibunda' penulis iaitu bahasa Gerik Ulu. Dan penulis tak mampu untuk bertutur dalam loghat Perak Tengah dan Hilir(Kuala Kangsar, Ipoh, Teluk Intan, Bota dan sebagainya).
PERSAMAAN PERBEZAAN BAHASA ANTARA BEBERAPA DAERAH DAN NEGERI.
Sekarang kita lihat pula perkataan2 yang digunakan di dalam kehidupan seharian kita. Penulis ingin buat perbandingan dengan perkataan ini samada sama atau tidak dengan bahasa Kelantan, Gerik Ulu, Baling, Sik dan seangkatan dengannya...

Perkataan baku bahasa melayu : Pergi
Bahasa Gerik Ulu, Baling dan Sik : Gi
Bahasa Kelantan : Gi
Bahasa popular utara : Pi
Perkataan baku bahasa melayu : Mereka
Bahasa Gerik Ulu, Baling dan Sik : Dema ('ma' dibaca seperti nak bunyi 'mo', tapi tidak berbunyi
begitu. Hanya hampir2 nak bunyi 'mo' saja)
Bahasa Kelantan : Demo
Bahasa popular utara : Depa, lepa ('pa' dibaca seperti nk bunyi 'po')
Perkataan baku bahasa melayu : Awak
Bahasa Gerik Ulu, Baling dan Sik : Mu
Bahasa Kelantan : Mu
Bahasa popular utara : Hang
Perkataan baku bahasa melayu : Kamu
Bahasa Gerik Ulu : Mika ('ka' dibaca seperti nak bunyi 'ko', tapi tidak berbunyi begitu. Hanya hampir2 nak bunyi 'ko' saja)
Bahasa Kelantan : Puak mu
Bahasa Sik dan Baling : Moha atau Huma ( 'ma' juga dibaca seperti nak bunyi 'mo')
Bahasa popular utara : Hampa
Perkataan baku bahasa melayu : Tersangat manis
Bahasa Gerik Ulu,Baling dan Sik : Manih leting
Bahasa Kelantan : Manih leting
Bahasa popular utara : Manih melecas
Perkataan baku bahasa melayu : Kampung Sungai Limau ( nama tempat di Baling)
Bahasa Gerik Ulu,Baling dan Sik : Kapong Sunge Limo ( 'nge' dibaca dgn bunyi seperti menyebut perkataan 'where' dlm B.I.)
Bahasa Kelantan : Kapung Sunga Lima
Perkataan baku bahasa melayu : Pulang, balik
Bahasa Gerik Ulu,Baling dan Sik : Kelik
Bahasa Kelantan : Kelik
Perkataan baku bahasa melayu : Faham
Bahasa Gerik Ulu,Baling dan Sik : Paha ( Tulisannya seperti berikut,tp bunyi 'ham' itu seolah2
dibuangkn dan tak disebut huruf 'M' nya dan didengungkan sedikit ketika menyebut 'ha' itu)
Bahasa Kelantan : Pehe
Perkataan baku bahasa melayu : Benci
Bahasa Gerik Ulu,Baling dan Sik : Beci
Bahasa Kelantan : Beci
Ayat baku bahasa melayu : Tidak mahu
Bahasa Gerik Ulu,Baling dan Sik : Tak mboh (sama dengan Terengganu)
Bahasa Kelantan : Tok ser
Bahasa Gerik Ulu, Baling atau Sik ada kelainan lagi dengan bahasa Kelantan dari segi bunyi huruf vokal yang berada di hujung perkataan. Sebagai contoh bagi kalimah Sampai dalam bahasa bakunya. Di dalam dialek Gerik Ulu, Baling dan Sik berbunyi Sape. 'Pe' dibaca seperti imalah dalam ilmu tajwid atau dibaca seperti bunyi perkataan 'where' di dalam bahasa inggeris. Harap kawan2 semua dapat faham betul2. Bezanya dengan Kelantan ialah Kelantan berbunyi Sapa. Dan contoh yang lain bagi kalimah Tupai(sejenis binatang). Di dalam dialek Gerik Ulu, Baling dan Sik ia berbunyi Tupe. 'Pe' berbunyi sama seperti pe yang ada di kalimah sampai tadi. Bagi Kelantan pula berbunyi Tupa. Samalah juga dengan perkataan Pandai. Kalau Gerik Ulu dan senagkatannya berbunyi Pande dan Kelantan pula berbunyi Panda. Nampak tak perbezaanya. Walaupun ada perbezaan, tetapi persamaannya juga banyak. Cuma bunyi dialek itu berbeza sedikit.
Perhatian ya, tak semua orang Kedah bertutur dalam bahasa 'utara' seperti kebanyakan orang faham dan dengar. Jika di kampung2 pedalaman(ulu) mereka lebih selesa bertutur dalam bahasa kampung saja. Seperti itu juga negeri Perak. Bukan semua orang Perak bertutur bahasa Perak yang seperti kebanyakan orang faham dan dengar. Daerah Gerik antaranya daerah yang berbeza dengan bahasa Perak yang lain. Kenapa nak pelik jika orang Gerik Ulu bertutur seperti bunyi orang Baling atau Kelantan? Mudah saja penulis jawab. Daerah Gerik bersempadan dengan daerah Baling(Kedah) dan daerah Jeli(Kelantan), jadi tak mustahil lah dialek bahasa hampir sama. Sekadar perkongsian dengan sahabat2 sekelian... Moga manfaat. Wassalam...

12 comments:
bagan serai ada jgak no..hehe..ada rezeki mai jalan bagan serai..
bagus entri ni,lebih2 lg utk org yg tak berapa nak fhm mcm akak:)teruskan menulis
best posting ni. lawak pun ada.
part plg lawak:
"Mu ni kalu nok kecek kelate pong,bukenyo bunyi lagu tuu.."
"Sejak bile belaja bahase ganu ni?"
"Kenapa nak cakap Kelantan bunyi macam siam ja pun."
alhamdulillah tambah ilmu bhs .
sapa tahu makna: mu ni begeno? dalam bahasa gerik, saya bagi RM2.
begeno laa mu ni ustazK.. :))
dalam bahasa gerik jarang guna pahe tu. yang banyak guna ialah: tak gheti ku de.
aku orang Selama Perak pun cakap loghat petani gak..orang Kedah sana panggil aku orang ulu..siut je..haha..
Salam. Yang sebenarnya, orang2 Melayu di Daerah Hulu Perak (Gerik, Pengkalan Hulu, Lenggong, Selama), di Daerah Baling dan Sik di Kedah adalah berketurunan Melayu Patani yang melarikan diri dari Patani sekitar abad ke 18 akibat peperangan antara kerajaan Melayu Patani dan Siam. Kawasan-kawasan tersebut secara geografinya pun memang bersempadan dengan negara Thai. Orang Patani adalah serumpun dengan orang Kelantan, jadi mereka mempunyai dialek Melayu yang sama. Maka tidak hairanlah jika dialek Melayu di Hulu Kedah dan Perak itu hampir menyamai dialek Kelantan. Perbezaan antara kedua-dua dialek itu berlaku disebabkan oleh faktor masa dan jarak tempat setelah hampir 200 tahun. Hakikatnya, mereka adalah orang-orang yang berasal dari rumpun yang serupa. Dialek ulu ini juga sebenarnya dituturkan oleh penduduk-penduduk di beberapa kampung di Batu Kurau sehinggalah di Bukit Gantang.
sy stuju ngn saudara.. :)
Orang2 gerik ,baling, kuala nerang, sik ,naka ,beberapa kg di hulu kulimdan selama,batu kurau memang org patani.tapi bukan semua melarikan diri semasa perang..contoh gerik asalnya sebahagian dari negeri reman..reman asalnya pecahan negeri patani..
G
Dialek tuan ialah dialek Melayu Pattani. Dialek ini maseh kuat di Baling, Bukit Gantang [Kg Bendang Siam] Batu Kurau Perak. Mereka semuanya berasal dari Pattani [nenek moyang mereka].
Beza besar ialah perkataan "deh" dalam penghujung ayat-ayat tertentu. Kalau orang Kedah cakap 'kita makan dulu na", orang Pattani kata "kita makan dulu deh"
Jika boleh kekalkan dialek ini dengan anak-anak supaya dialek ini kekal
Post a Comment