21 April 2010

KEPENTINGAN KURSUS PRA PERKAHWINAN......



Assalamualaikum semua.....


Alhamdulillah, penulis sudah selesai menghadiri kursus pra perkahwinan yang telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Badan Kebajikan Anak Negeri Johor di ARMA kelmarin. Terima kasih penulis ucapkan kepada pihak yang terlibat.

Mengapa penulis mengatakan pentingnya kursus perkahwinan ini?? Yaaa, memang penting. Walaupun di zaman nabi atau tabi' tabi'in dan seterusnya tidak buat kursus ini. Kalau ada pun mungkin tiada nama dan program yang khusus lagi, tapi memandangkan zaman sekarang ini ada pelbagai ragam manusia dan permikiran ini, maka jabatan agama setiap negeri(mungkin bukan semua negeri) mengadakan kursus perkahwinan sebelum berkahwin. Mungkin sesetengah orang mengatakan,

"Alaaa, nak masuk apa lagi. Macam lah tak tahu nak kawen camna.."


Ah, sungguh sumbang dan bongkaknya orang berkata begitu. Memang berkahwin adalah 1 perkara yang mudah. Sekali ijab qabul saja sudah mengesahkan kita akan menjadi suami isteri. Tapi tahukah kita apakah kesan dan apa yang akan berlaku sebelum dan selepas kita berkahwin itu?? Maka jabatan agama telah mengadakan kursus pra perkahwinan sebagai inisiatif mereka untuk memudahkan cara, gerak kerja, urusan dan situasi pasangan masing2.

Orang akan kata, mak ayah kita dulu tiada kursus kahwin pun.. Dan perkahwinan mereka masih utuh sehingga sekarang. Ya benar. Tapi apa yang kita tahu di sebalik senyuman manis kedua2 ibu bapa kita di depan kita itu adakah hakikat sebenar atau majazi saja?? Masalah yang berlaku sesama mereka bukan diceritakan pada kita pun. Mungkin tawa dalam tangisan. Siapa tahu? Bagi penulis, setelah penulis memasuki kursus perkahwinan ini maka penulis dapat simpulkan betapa pentingnya kursus pra perkahwinan ini. Sesiapa yang mengatakan tak perlu(kursus kahwin) kerana merasakan dia sudah alim dengan ilmu rumah tangga maka hakikatnya dia adalah orang bodoh dan jahil. Betul? Yaaa, biar penulis yang mengiakan!

Di dalam kursus perkahwinan menceritakan pelbagai perkara. Banyak benda yang penulis tak tahu dan mereka(para penceramah) memberitahunya. Samada luar kain atau dalam kain. Lucahkah begitu? Tak, ini kerana penceramah memberitahu di dalam pentas yang khusus. Bukan di mana2 tempat yang umum. Dan ini perlu diketahui oleh bakal pengantin. Jangan cakap besar. Dan banyak lagi perkara tentang cara2 urusan nak berkahwin dan berkenaan dengan undang2 keluarga islam di setiap negeri. Walaupun penulis pernah belajar tentang ilmu rumah tangga ini di dalam kitab turas seperti kitab Muhimmah fi ilmi hadis Nabi s.a.w., tapi ditambah pula oleh pengalaman2 para penceramah yang begitu hebat, thaqofah kita makin bertambah. Bercerita dengan teori dan berdasarkan pengalaman adalah suatu perkara yang berbeza. Terima kasih diucapkan kepada semua penceramah yang mantap2 belaka.

Untuk berkahwin, persediaan perlu dilakukan. Samada dari segi ilmu fardhu ain atau fardhu kifayah. Walaupun kadang2 kita nampak seperti menyusahkan urusan prosuder itu. Tapi hakikatnya adalah untuk memudahkan kita dikemudian hari. Mungkin hari ini kita tak nampak kesannya. Tapi jangan nyesal dikemudian hari pula jika kita bermudah2 dengan setiap urusan untuk berkahwin ini. Tak kira dari segi sebelum, semasa menjadi pasangan sah dan selepasnya. Dan, penulis akui bahawa kebanyakan yang diceritakan di dalam kursus pra perkahwinan ini ialah asasnya sahaja. Samada aqidah, ibadah dan akhlak. Mungkin ada sahabat2 Al Azhari yang lain mengatakan,

"Kita dah ngaji agama, wat apa nak amek kursus2 ni dah.."

Nanti... Jangan berbicara bodoh sombong begitu.. Cuba fikir dulu kenapa kita ambil ijazah, tauliah mengajar, lesen kereta dan seangkatan dengannya sedangkan kita sudah tahu tentang semua itu?? Jika kita sudah tahu apa tujuan kita ambil semua itu, maka sama sahaja dengan tujuan dan apa faedahnya ambil kursus pra perkahwinan ini......

Di dalam kursus perkahwinan ada ketikanya terpaksa menceritakan tentang perkara di dalam kain atau dalam 'kelambu'. Seolah2 nampak seperti lucah. Tapi begitulah hakikatnya menuntut ilmu. Dan para penceramah bukan sesuka hati ingin bercerita begitu. Dulu, ketika penulis mengajar kitab Muhimmah di markaz pelajar di Mansurah ini, penulis pernah ditegur oleh seorang ustazah dan ustaz kerana dakwaan mereka bahawa penulis menghuraikan secara terperinci. Sedangkan kitab Muhimmah tidaklah menceritakan tentang cara2 yang perlu dilakukan oleh pasangan suami isteri ketika di dalam 'kelambu'. Sahabat2 sekalian boleh rujuk di sini untuk mengetahui serba sedikit isi atau sinopsis kitab Muhimmah itu. Dan penulis pun masih bertapis lagi ketika menghuraikannya. Sememangnya para bakal suami dan isteri perlu belajar tentang kitab ini. Nama pun sudah 'muhimmah'. Memang penting pun. Saranan penulis kepada sahabat2 Al Azhari atau At Tibbi yang tak sempat menghadiri kursus perkahwinan baru2 ini kerana ada masalah atau kepayahan, masuk lah jika dianjurkan sekali lagi. Tidak bermakna kita ambil sijil kursus perkahwinan ini dan selepas itu perlu kahwin segera. Sijil ini tiada tamat tempoh. Ambil dari awal untuk memudahkan kerja dikemudian harinya.......

Penulis ingin sentuh sedikit berkenaan mengajar secara 'detail' ini. Di dalam feqah, menuntut ilmu ini, tidak boleh malu yang tak kena pada tempatnya. Namun di sana masih perlu menjaga adab2nya. Cumanya penulis ingin katakan bahawa jika belajar dari guru yang ada menceritakan tentang rumah tangga atau tentang laki dan perempuan, cubalah husnuzzhon(berbaik sangka) terhadap guru itu dan ambilnya sebagai ilmu. Cumanya masih perlu dijaga batas2nya. Penulis masih ingat lagi ketika di pondok dahulu, kami sedang belajar tentang darah haid. Tok guru menceritakan secara 'detail' sehinggakan kami pun jadi malu. Sedangkan ketika itu ada juga muslimat di belakang kami yang hanya dipisahkan oleh dinding kayu dan kain langsir. Dan ada lagi peristiwa lain ketika tok guru menceritakan tentang apa yang perlu suami lakukan ketika isteri sedang berada di dalam haid. Dengan makna katanya, bagaimanakah cara2 untuk bersedap2 dengan isteri ketika dia sedang dalam haid. Tok guru cerita dengan 'detail'. Dan penulis masih ingat sampai sekarang kalam tok guru.

"Nak mengaji ilmu ni tak boleh malu2. Kalau malu2 ni tak payah mengajar(atau belajar) pon takpa..." kata tok guru merujuk kepada malu yang tak bertempat.. Beliau juga menaqalkan kata2 tok gurunya yang mengatakan kepada beliau dahulu..............

Walaupun begitu, penulis masih jaga batasnya ketika mengajar di markaz dahulu. Penulis bukannya seperti tok guru penulis. Tok guru penulis boleh menceritakan pelbagai perkara kerana beliau alim dan berpengalaman. Tapi penulis hanya menceritakan balik apa yang pernah dipelajari bersama huraian yang ada batas2nya(sebagai orang yang masih bujang). Dan penulis tidaklah secara 'detail' kerana penulis belum berkahwin. Hanya tahu melalui menuntut dari guru sahaja. Bagi penulis, orang yang mengatakan penulis ini 'detail', ada baiknya dia memasuki kursus perkahwinan ini. Baru dia tahu betapa 'detail' nya perkara yang diceritakan di dalam kursus kahwin. Betul?? Kepada sahabat2 yang pernah masuk kursus kahwin ini, kalian mesti tahu, betapa 'detail' nya penceritaannya?? Tepuk dada, tanyalah iman.... Wassalam...

1 comment:

Unknown said...

salam....
wah ust kimi...
SELAMAT PENGANTIN BARU!!
sampai ati x jemput kita..huhu