14 April 2010

Pengajaran dari Muktamar Sanawi PMRAM ke 77..



Assalamualaikum semua......

Selesai sudah muktamar tahunan PMRAM kali ke 77. Badan Pengurus PMRAM sudah bertukar ganti dengan menyaksikan presiden barunya ialah Tuan Guru Ustaz Shahrizan. Penulis bukanlah ingin mengulas kepada keseluruhan perjalanan muktamar. Cuma ingin mengulas beberapa perkara saja. Dan ia bukanlah suatu isu yang besar dan perlu diperdebatkan. Hanya sebagai perkongsian bersama2 sahabat2 sekelian. Masih tak terlambat lagi untuk penulis mengucapkan tahniah kepada semua BP baru. Semoga tabah dalam menghadapi dan menjalankan amanah ahli terutamanya kepada sahabat penulis dari Syoubra iaitu Dato' Huzaifah. Hehehehe, sengaja penulis berseloroh dengan Ustaz Huzaifah dengan memanggilnya dato'. Apa2 pun tahniah sekali lagi penulis ucapkan kepada semua BP termasuk HEWI PMRAM.

Cumanya di sini penulis ingin mengulas beberapa perkara yang perlu diambil pengajaran oleh semua perwakilan untuk muktamar sesi akan datang. Penulis secara peribadinya memuji kepada seluruh perwakilan yang berlumba2 ingin bersuara di dalam muktamar. Bahkan bagi penulis ini merupakan satu perubahan yang baik. Kerana kita berani bersuara di hadapan orang ramai. Dan penulis sendiri pun tidak bercakap pada muktamar kali ini walaupun sudah 2 kali penulis menghadiri muktamar tahunan PMRAM. Jadi mereka lebih baik dari penulis kerana bersemangat bersuara. Penulis muhasabah diri penulis. Penulis juga melihat perubahan yang baik di kalangan perwakilan akhawat dari PMRAM cawangan Mansurah. Tapi di sebalik kita ghairah ingin bercakap itu, kita tak sedar kesilapan kita. Apakah ia??

Sedikit kesilapan kita ialah bila kita tak menghiraukan arahan tuan presiden selaku pengerusi sidang muktamar. Penulis memerhatikan beberapa kali tuan presiden memberikan arahan dan menegur. Tapi seolah2 tidak dihiraukan. Para perwakilan yang ingin bercakap dipersilakan berdiri atau beratur mengikut giliran. Pada awalnya memang tiada masalah. Tapi setelah berlaku kelewatan dari segi pembahagian masa, maka tuan presiden terpaksa menghadkan masa dan kuantiti para perwakilan untuk bercakap. Arahan tuan presiden begini bagi mengelakan keterlewatan masa. "Bagi mereka yang dah berdiri(untuk berucap) teruskan berdiri dan bagi yang duduk teruskan duduk..."

Apa maksud tuan presiden itu? Maksudnya ialah untuk menjimatkan masa, yang sudah berdiri untuk bercakap biarkan dan yang masih duduk diharapkan tak perlu berdiri lagi untuk mengelak masa jadi panjang lagi. Tapi apa yang penulis lihat, masih ramai yang tak mematuhi arahan ini. 2 kali rasanya tuan presiden memberikan arahan seperti itu. Masih lagi ada yang bangun dan pergi beratur. Akibat dari tindakan ini, telah memaksa tuan penasihat PMRAM iaitu Tuan Guru Ustaz Hairul Nizam bangun lantas menegur para perwakilan yang masih tak mematuhi arahan tuan presiden. Bahasa mudahnya ialah telah menyebabkan tuan penasihat marah kerana sayang kepada semua para perwakilan. Ketika teguran sedang dibuat, masih berbaki seorang perwakilan dari akhawat yang menanti di mikrofon. Selepas tuan penasihat menyelesaikan teguran, ramai perwakilan bertepuk tangan. Seolah2 sedang menyatakan kepada mereka yang melanggar arahan itu 'PADAN MUKA KENA MARAH'..

Jadi dari peristiwa itu, penulis dapat ambil 2 pengajaran. Pertamanya, selepas ini para perwakilan perlu mengikut arahan yang telah diberikan. Kita tak mahu dicop sebagai orang yang tiada adab. Keduanya bagi penulis, jika ada perwakilan kita yang ditegur seperti kes yang penulis nyatakan di atas tadi, usahlah sambut dengan tepukan. Ini boleh menjatuhkan air muka seseorang. Walaupun dia telah melakukan kesilapan sekalipun. Sebagai contoh dari peristiwa muktamar semalam. Cuba para sahabat sekelian fikirkan. Semua tumpukan perhatian ketika tuan penasihat sedang memberikan teguran. Ketika itu siapa yang masih ada di mikrofon? Iaitu seorang ustazah. Dari perwakilan mana, itu penulis tak tahu. Sedangkan sebelum itu ramai lagi yang menunggu giliran dengan cara tak mengikut arahan. Semua orang sudah beredar. Cuma dia seorang masih tercegat di mikrofon. Cuba kita bayangkan. Ustazah itu sedang berseorangan ketika teguran diberikan. Tiba2 kita pula sambut dengan tepukan beramai2. Tidakkah kita memikirkan perasaannya ketika itu? Kita mudahlah bercakap kerana kita tak ada di tempatnya. Cuba bayangkan jika kita pula yang ada di situ? Yaa, dia wajar ditegur oleh tuan penasihat kerana kesalahan yang telah dilakukannya. Tapi kenapa kita sibuk2 nak sambut dengan tepukan? Seolah2 kita ini ingin katakan kepadanya 'PADAN MUKA'.

Penulis misalkan seperti seorang ayah sedang memarahi kakak kita. Adakah kita juga ingin menepuk tangan? Mesti kita duduk diam juga bukan?? Jadi ada baiknya kita juga diam saja ketika diberikan teguran begitu. Ustazah itu sudah berasa lain kerana dia seorang saja yang masih tercegat di mikrofon. Tiba2 kita pula menepuk tangan. Apa yang dia rasakan? Mantain? Orang yang tak ada perasaan saja yang tiada rasa apa2.

Bagi penulis, lebih baik kita diam saja dari menepuk tangan ketika Tuan Guru Ustaz Hairul Nizam sedang 'marah'. Penulis tahu teguran itu untuk semua. Tapi ketika kejadian, hanya tinngal ustazah itu seorang saja. Sudah pasti mata kita semua(para perwakilan) memaku tepat kepadanya. Tindakan menyambut dengan tepukan boleh menjatuhkan air muka seseorang walaupun dia bersalah sekalipun. Kalau hati seorang lelaki pun boleh terasa, apatah lagi hati seorang perempuan yang lembut itu? Fikir2kanlah....

Selepas ini diharapkan para perwakilan dapat memahami dan mematuhi arahan yang telah diberikan. Kita semua mahasiswa. Bak kata mantan presiden PMRAM, Tuan Guru Ustaz Muizz, "Nak jadi pemimpin adalah mereka yang mampu menjaga masa.."

Nasib baik tuan penasihat cepat2 bangun menegur. Kalau tidak kita mungkin masih buat tuan presiden macam kawan2 kita saja. Elakkan semua ini. Ambil iktibar dari 2 pengajaran yang penulis nyatakan tadi.

Ada lagi kisah yang menarik hati penulis untuk dikongsi bersama kawan2 semua iaitu ketika sesi menceritakan perwakilan mana yang paling ramai ketika muktamar berlangsung. Ini bukan 1 isu yaa... Cuma sekadar berkongsi bersama kawan2. Penulis ingin ketawa kecil saja bila perwakilan ikhwah kata mereka lebih ramai. Bangun perwakilan akhawat pula kata mereka lebih ramai. Ini tidak jadi masalah sebenarnya dan bukan 1 isu. Mengikut kiraan kasar oleh ketua ekskutif displin dan protokol muktamar ialah 400 ikhwah dan 300 akhawat dari segi jumlah perwakilan yang hadir. Dan bagi pengamatan kasar penulis pun bila melihat di dalam dewan muktamar, bilangan perwakilan ikhwah lagi ramai. Tapi kalau betul2 ikut kiraan adil dari segi pembahagian muhafazah, penulis rasa perwakilan ikhwah memang kurang berbanding akhawat. Kenapa penulis katakan begitu? Cuba sahabat2 bayangkan kalau perwakilan akhawat merangkumi PMRAM cawangan Syibin el Kom, Dumyat, Syoubra, Zaqaziq dan Tanta. PMRAM cawangan negeri2 usah dikiralah kerana masing2 ada pasangan ikhwah dan akhawat. PMRAM cawangan Mansurah penulis tidak kira kerana ada ikhwah juga. Tak mengapalah kita tolak 1 PMRAM cawangan ikhwah kerana ingin samakan dengan PMRAM cawangan Iskandariah yang merangkumi akhawat sahaja. Tapi masih berbaki lagi PMRAM cawangan ikhwah sahaja.

Jadi cuba bayangkan jika akhawat2 kita juga ada di muhafazah2 yang didiami pelajar ikhwah sahaja? Pasti mereka lebih ramai dari kita di muktamar semalam.... Untuk memberikan sahabat2 gambaran yang lebih jelas, penulis buat sedikit lakaran dan kiraan;
BKAN(negeri) : Masing2 ada ikhwah dan akhawat.

DPM(cawangan) : Mansurah(ikhwah dan akhawat),

Tanta(ikhwah sahaja. Akhwat medik masih tidak menjadi perwakilan Tanta).

Syibin el Kom(ikhwah sahaja),

Dumyat(ikhwah sahaja),

Zaqaziq(ikhwah sahaja. Satu2nya cawangan membawa perwakilan akhawat medik),

Syoubra(ikhawah sahaja),

Iskandariah(akhawat sahaja).

Di sini perwakilan akhawat terbentuk dari himpunan BKAN, cawangan Iskandariah dan Mansurah sahaja. Adapun akhawat medik, hanya beberapa orang sahaja dari Zaqaziq(catat sejarah Zaqaziq hantar perwakilan akhawatnya). Akhawat medik di Tanta tidak menghantar perwakilan.

Perwakilan ikhwah pula terbentuk dari himpunan BKAN, cawangan Tanta, Mansurah, Zaqaziq, Dumyat, Syibin el Kom, Damanhur dan Syoubra.


Ikhwah memerlukan 7 DPM, manakala akhawat pula hanya 2 DPM sahaja. itu pun sudah hampir menyaingi jumlah perwakilan ikhwah.

Jadi cuba sahabat2 bayangkan jika akhawat ada juga di muhafazah yang didiami pelajar ikhwah itu? Mereka mungkin lebih ramai. Sedangkan ketika mereka hanya mengharapkan kepada BKAN, Iskandariah, Mansurah dan sedikit Zaqaziq pun jumlah mereka hampir sama dengan ikhwah. Apatah lagi jika mereka juga sama bilangan dari segi cawangan perwakilan ikhwah??

Sebenarnya benda ini bukan 1 isu pun. Cuma sekadar ingin beritahu saja. Apa yang perlu kita hiraukan ialah kepada ahli PMRAM yang tak hadir muktamar. Kalau ada urusan atau kepayahan, lainlah cerita. Ini yang duduk saja di rumah. Kenapa tak pertikaikan saja mereka itu? Apa2 pun minta maaf jika ada salah silap. Wassalam.............

Gambar2 kenangan yang diambil dari blog sahabat penulis iaitu ustaz Amin.







Ini dia perwakilan dari Mansurah....








No comments: