3 December 2009

ESOK MASIH ADA.....





Elektrik tiba2 terputus ketika ustaz Azrul,penceramah jemputan dari Kaherah sedang bersemangat memberi ceramah motivasinya. Keadaan hadirin sedikit tersentak dek kerana suasana begitu. Namun ceramah masih diteruskan kerana masih ada saki baki sinaran dari celah2 tingkap atas markaz banat. Oleh itu markaz tidaklah segelap seperti malam bertandang. Razman mula gelisah kerana kipas sudah tidak berfungsi. Tangannya mula mengibas2 lembut bajunya mengharapkan hasilan sedikit angin. Matanya juga mula memandang ke arah lain seolah2 sedang mencari sesuatu. Ketika itu juga matanya mula singgah ke suatu sudut. Lama juga dia memandang ke sudut itu. Penceramah yang dari tadi begitu rancak berada di depan pun dia sudah tidak pedulikan lagi. Kini matanya tertumpu tepat pada seseorang pula. Seorang ustazah! Matanya terkebil2 memandang ustazah tersebut. Kawannya disebelah mula menyedari kelakuan Razman. Ditolak perlahan muka Razman mengharapkan Razman alihkan pandangannya segera. Razman sedar tolakan kawannya itu supaya dialihkan pandangannya. Razman cepat2 mengalihkan pandangan. Dia tersipu2 malu kerana kawannya itu mula menyedari kelakuannya tadi. Peristiwa yang singkat tadi benar2 memelikkan Razman. Dia pun tidak menyangka matanya akan melirik ke sudut itu. Ustazah yang dilihatnya tadi pun benar2 membuatkannya terpaku. Razman tidak pernah lihat ustazah tersebut sebelum ini. Namun hatinya bersungguh2 ingin mengenali ustazah tersebut. Perasaan itu datang tiba2 ketika matanya memandang tepat ke arah ustazah tersebut.

"Sapa nama ustazah tu ek? Aku tak pernah tengok pon dia sebelom ni?"

tanya Razman pada kawannya tadi. Kawannya mula memandang Razman seiring membalas pertanyaannya.

"Dia tu?? Takkan hang tak kenai kot. Ustazah kerek tu? Awat, hang berkenan ka? Toksah dok layan laaa...Ramai lagi ustazah Mansurah ni.."

balas kawan Razman, Hadi. Dia seolah2 sudah kenal lama dengan ustazah tersebut.

"Ustazah kerek? Amboi sedap mulut jaa hang kata kat orang nooh. Kata ngaji agama?"

Razman cuba menyindir kawannya itu.

"Bukan aku yang cakap, satu Mansurah dok cakap lagu tu. Aku pon kenai dia sebab panggilan nama dia tu laaa."

Hadi cuba memberi alasan. Secara jujurnya Razman baru mengenali perempuan tersebut. Pertama kali tengok muka dan dengar namanya. Ceramah motivasi masih berlangsung. Walaupun keadaan hangat sedikit, hadirin tidak berganjak dari tempat duduk masing2. Mereka masing2 terpegun dengan penyampaian ustaz Azrul itu.


************************


Razman berbaring di birai katil. Masih terngiang2 peristiwa singkat di markaz tadi. Siapakah gerangan perempuan itu? Bisik hati kecilnya. Kenapa mereka memanggil dia dengan panggilan kerek(berlagak)? Dia masih bermain perasaan. Terlintas di hati Razman untuk mengenali perempuan itu lebih dekat. Tiba2 pintu biliknya diketuk. Kelihatan Hadi sedang memasuki biliknya. Kedatangan Hadi seolah2 ada sesuatu yang ingin disampaikan pada Razman. Razman sudah mampu mengagak. Hadi melabuhkan punggung di sisi Razman.

"Maaflah pasai tadi. Aku nak tanya hang betoi2 ni. Hang berkenan ka kat ustazah tu?"

Tiba2 Hadi timbulkan persoalan. Razman tergamam sedikit. Tak disangka soalan itu pula yang akan ditanya oleh kawan baiknya itu.

"Hmmm, Hang ni laaa, takkan baru tengok dah berkenan kot. Tapi hati aku ni betoi2 nak kenai dia laa. Pendapat hang macam mana?"

Berkali2 Hadi melihat Razman. Atas bawah, atas bawah. Hadi seolah2 tak percaya dengan luahan kawannya itu. Begitu ramai ustazah2 Mansurah yang lain, perempuan itu juga yang Razman ingin kenal. Hadi gelengkan kepala. Razman sedar kawannya itu tak setuju dengan kata2nya tadi.

"Kalau hang nak tau kenapa depa panggil kerek kat ustazah tu, meh aku nak cita kat hang. Dia ni suka balik lewat. Maghrib2 baru nak sampai umah. Pihak DPMM marahlah. Bila teguq ja dia menjawab balik. Macam2 laa alasan dia bagi. Geng Hewi pon tak larat kata pa dah. Berlagak nak mampuih dia tu. Hang nak ka orang camtu??"

Panjang juga penjelasan Hadi. Razman mendengar dengan teliti. Tiba2 Razman bersuara lembut.

"Macam tu ka kisahnya? Ok takpa.. Mai sini hang tengok nanti. Macamana aku tundukkan ustazah kerek tuu! Batu yang keras pon kalau hari2 kena ayaq dia berlekuk jugak Di......"

Razman begitu semangat untuk menakluki hati perempuan tersebut. Dia ada cara tersendiri untuk menjatuhkan ego perempuan itu. Hadi hanya mampu menasihati Razman. Selanjutnya terpulanglah pada Razman untuk menilai sendiri. Hadi meninggalkan Razman keseorangan. Razman mula menguntum senyum sambil melihat kelibat Hadi meninggalkan biliknya.


***********************


Najwa kelihatan lari2 anak. Takut jika kelibatnya dinampaki oleh ustaz2 yang lain. Dilihatnya jam di tangan. Lagi 5 minit maghrib akan bertandang. Lorong sunyi itu sentiasa dilaluinya kerana ingin lari dari pengetahuan ustaz2 atau pihak Hisbah(penguatkuasa agama PMRAM). Boleh dikatakan Najwa pasti pulang lewat ke rumahnya. Jika tak keseorangan,mungkin bersama kawan2nya yang lain. Kegiatan mereka ini sememangnya tidak disenangi oleh pihak kepimpinan khususnya. DPMM ada qorornya tersendiri. Semua itu untuk keselamatan pelajar Malaysia di sini. 10 minit sebelum azan maghrib berkumandang, pelajar akhawat perlu berada di rumah masing2. Namun masih ada lagi segelintir mereka yang melanggar qoror tersebut termasuklah diri Najwa sendiri. Dia berasa puas jika mampu lepas halangan ini. Andaikata bertemu dengan ustaz2 pun dia masih mampu untuk menjawab. Tindakannya yang degil itu menyebabkan dia begitu dikenali di Mansurah. Tidak kira ustazah atau ustaz, pasti ramai yang mengenalinya dengan panggilan ustazah kerek! Dia begitu lantang ketika berhadapan dengan ustaz2 yang menjumpainya bersama kawannya yang pulang lewat ke rumah. Egonya cukup tinggi. Tiba2 tak disangka. Hadi yang kebetulan melalui lorong yang sama untuk ke masjid telah terserempak dengan Najwa. Najwa tergamam seketika. Namun dia terus lalu bersebelahan Hadi tanpa rasa bersalah. Hadi bukannya tak mahu tegur. Cumanya dia takut tangannya pula akan naik ke muka Najwa. Sebelum ini pun dia pernah menegur Najwa. Sia2! Begitulah betapa degilnya Najwa. Dia juga sering membangkitkan rasa marah ustaz2 yang menegurnya.

"Aku baru ja terserempak ngan Najwa si ustazah kerek tu masa nak pi masjid tadi. Geram sungguh aku bila dia wat muka tak bersalah ja lalu tepi aku." ujar Hadi kepada Razman. Dia baru saja pulang dari masjid berdekatan. Mukanya merah padam bila mengenangkan kejadian tadi.

"Nama dia Najwa? Hang dok tengok saja kenapa? Awat hang tak teguq dia jaa?" Razman cuba menduga Hadi.

"Hang nak tengok ka muka dia merah sebab kena penampaq arab aku ni? Kalau aku teguq tadi, dia mesti menjawab balik. Tak pasai2 ja aku ni dayus sebab pukui pompuan!" bentak Hadi sambil menunjukkan isyarat tangannya diangkat tinggi.

Kemarahannya memuncak bila Razman sengaja menduganya dengan kata2 seperti itu. Bukan Razman tidak tahu sikap Najwa setelah diceritakan oleh Hadi semalam. Tapi Razman sengaja ingin menduga Hadi dengan kata2nya tadi.

"Bukan aku suruh hang tampaq dia. Hang gila ka nak wat anak orang camtu? Aku suruh teguq jaa."

Razman sedikit senyum tatkala membalas kata2 Hadi. Dia sengaja ingin mengusik Hadi. Dia memang kenal sangat sikap kawannya itu. Walapun Hadi seorang yang jarang bercakap, namun jika dia sudah mula marah, tiada siapa yang berani menegur lagi. Hadi pula seolah2 rasa menyesal kerana meluahkan pada Razman. Baginya, Razman seolah2 tidak mahu ambil cakna dengan keadaan akhawat yang sering pulang lewat ke rumah. Namun Razman bukanlah seperti Hadi sangkakan. Dia juga begitu sensitif dengan isu ini. Selalu dia berfikir dalam benaknya. Mengapa ustaz2 saja yang begitu risau dengan tindakan ustazah sedemikian. Sedangkan mereka tidak risaukan diri mereka sendiri. Walaupun hanya segelintir sahaja ustazah berperangai demikian, jika sudah diragut harga diri, barulah mereka hendak menyesal agaknya. Tanggapan itu terus bermain di fikirannya. Hadi dari tadi sudah beredar dari Razman. Razman pula terus menyambung kembali pembacaan kitab jauharah at tauhid, kitab bagi kuliah Usuluddin tahun 2.


************************


Ketika sibuk Razman memilih barang di suq(pasar), dia terlihat kelibat Najwa bersama kawan2nya. Mereka begitu seronok sambil membawa bungkusan yang dibeli entah dari mana. Razman hanya memerhati dari jauh saja.

"Dia ni bukan ustazah kerek tu ka? Ish, aku pon dah panggil dia ustazah kerek. Apa laa aku ni. " getus hati kecilnya.

Razman ketawa kecil dalam hatinya. Tiba2 saja dia pun mula memanggil Najwa dengan panggilan popular itu. Razman tidak menghiraukan mereka. Dia terus dengan urusannya. Kelibat mereka hilang di dalam pandangan di tengah2 hiruk-pikuk suq Dirosat. Tatkala perjalanan pulang ke rumah, Razman mula memikirkan satu rancangan. Rancangan awal untuk menakluki hati Najwa. Bagi Razman, sudah tiba masanya untuk menjatuhkan ego perempuan itu. Mula terbayang2 wajah Hadi di kepalanya untuk membantunya melicinkan lagi rancangannya itu. Hadi sebagai kawan baiknya itu sudah tentu akan membantunya. Ketika melalui lorong ke rumahnya, sekali lagi Razman terserempak dengan Najwa dan kawan2nya. Kali ini Razman benar2 tepatkan pandangannya ke arah Najwa. Najwa mula menyedari tindakan Razman itu. Lama juga Razman merenung Najwa. Najwa cepat2 alihkan pandangan ke arah lain. Dia benar2 tidak senang dengan cara Razman merenungnya begitu. Razman pula memang sengaja berbuat demikian. Sempat lagi Najwa mencebik bibirnya tanda tidak puas hati dengan cara Razman itu. Razman pula hanya tersenyum sinis memandang Najwa. Sakit hati benar Najwa dengan perbuatan Razman tadi. Ditambah pula egonya yang tinggi membuatkan lagi hatinya panas membara.

Sampai saja di rumah, Najwa menghempaskan barang2 yang dibelinya tadi ke lantai. Kawan2nya yang lain hanya tengok saja kelakuan Najwa. Mereka pun menyedari Najwa tidak puas hati dengan cara Razman tadi.

"Eh, korang kenal tak ustaz tu tadi? Nama ape ek dia tu?? Macam bagus je die tu. Die ushar2 aku camtu tadi apesal? Ingat muka hensem camtu aku minat?? Nak muntah lagi ade laa. Huh!"

Marah benar Najwa. Kali ini dia lepaskannya betul2 pada ahli baitnya yang lain. Mereka yang lain tidak berani bersuara. Hanya membiarkan saja Najwa meluahkan rasa.

"Alaaa rileks laa Awa.. Dia bukan kacau kite pon. Dia cume ushar pelik kat kite je kan? Alaaa, biarlah kat die tuu.. Kalau ye pon mungkin die minat kat kau kot?"

Sempat lagi Intan, ahli baitnya itu berseloroh dengan Najwa. Bukannya dia tak tahu darah Najwa tengah menyirap. Najwa merenung tajam pada Intan setelah mendengar kata2nya tadi.

"Minat kat aku?? Uweeekkk. Ingat aku hingin sangat ke kat die tu?? Sebelah mate pon aku tak pandang laaa..."

Sombong benar bicaranya. Kawan2nya yang lain terus meninggalkan Najwa keseorangan. Malas dilayan perasaan Najwa ketika itu. Najwa pula masih berdiri pacak di ruang tamu. Apa lagi yang dia masih tak puas hati pada Razman agaknya.


**********************



Sampai saja di rumah, Razman terus mendapatkan Hadi yang sedang sibuk memasak di dapur. Razman sudah tidak sabar2 lagi ingin menceritakan pada Hadi tentang apa yang berlaku tadi.

"Di, tadi aku selisih ngan Najwa tuu. Aku ushar dia lama2.. Hehehe, dia gelabah tuu.."

kata Razman pada Hadi. Tangannya kejap memegang bahu Hadi. Hadi pula masih meneruskan kerja2nya tanpa menghiraukan Razman.

"Masa aku tengok dia betoi2 tadi, baru aku perasan.. Lawa jugak budak tu nooh. Putih seghelah(putih yang sangat).Mata sepet cam anak cina. Tapi sayang, kerek...... Hehehehe.."

Hadi dari tadi seperti buat tidak layan saja pada Razman. Akhirnya dia bersuara juga.

"Hang dok ushar lama2 pompuan tu dapat pahala ka?" balas Hadi. Terkedu seketika Razman bila mendengar Hadi berkata begitu. Tajam sungguh sindiran Hadi padanya. Razman diam seketika. Hadi ke ruang tamu menyediakan makanan tengahari. Razman pula dari tadi mengekorinya. Ada sesuatu yang ingin dikhabarkan pada Hadi.

"Hang pi panggil sat ahli bait yang lain.. Makanan dah siap dah ni... Dari tadi dok ikut aku pasai paa.?"

Mata Hadi melirik ke bilik ahli baitnya yang lain. Isyarat pada Razman supaya jemput juga ahli bait mereka menjamah makanan. Sempat lagi Razman memegang lengan Hadi untuk menyatakan sesuatu.

"Aku ada benda penting nak sembang ngan hang ni. Lepas makan satgi laa kita sembang dalam bilik. " ujarnya pada Hadi. Hadi merenung tajam ke arah Razman. Dia rasakan kali ini Razman benar2 ingin luahkan sesuatu yang penting... Kali ini Hadi perlu menumpukan penuh perhatian.

"Apa dia??" balas hadi lembut....





Bersambung.....................


Tamat bahagian pertama..............


4 comments:

zuyyin wada'ah said...

hmmm...cam nak tau lg cerita seterunya...hmmm,,apa ek kesudahnya

Anonymous said...

Salam..

siapakah hadi dan razman??najwa tuh nama sebenar ke??hihi..mungkin dia balik lewat pi talaki tuh(husnu zhon)..tapi xpatutla dia angkat suara ngan us2..kalau jumpa us pon mintak la jadi mushrip..kat kaherah ni xtau la ada x yg ankat2 suara lagu tuh..sama2 muhasabah..teruskan part2..

Wan Munira said...

salam :) best la cerpen nih. berbakat sungguh anta . apaPun i'll be waiting for part 2. nk tau sangat ending nyewww

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

>aini= tunggulah ek episod seterusnya.hehehe.xda idea lgi..

>bintu=semua nma2 dan watak2 adalh rekaan semata2.xda kena mngena ngn hidup mahupon yg mati..

>Munira= baru blaja2 ja nk karang.tp mmg mnatlah mngarang ni.. kita tunggu ek episod seterusnya.heheheh.qoriban...