22 December 2009

Coretan ringkas buat tatapan Tuan Guru yang disayangi lagi dihormati, Tuan Guru Ustaz Ahmad Kamil Al Malizi.....




Assalamu'alaikum ya Syaikhuna.



Harap tuan guru sentiasa bahagia dalam rahmat ALLAH bersama is3 tercinta. Apa yang kami berikan itu(peralatan mengajar) takkan sama sepertimana tuan guru telah mengajar kami. Bahkan apa yang terhambur keluar dari mulut guru itu takkan setanding 'mahal'nya ilmu itu jika digantikan dengan emas setinggi gunung sekalipun. Walaupun 1 ayat sekalipun! Apatah lagi beribu2 ayat yang telah kami pelajari daripada tuan guru. Jutaan terima kasih kerana sudi mengajar kami. Pengorbanan tuan guru memang tidak boleh dibayar dengan wang ringgit kerana ilmu bukanlah boleh dibeli seperti di pasar2 malam.

Kami menjunjung kasih dan tinggi nasihat daripada tuan guru. Mudah2an tuan guru sudilah harapnya mendoakan kami yang faqir ini. Tanpa guru siapa lah kami. Nabi tak wariskan harta benda, tapi telah wariskan ilmu yang sungguh bernilai. Dan kami sedaya upaya takkan lepaskan peluang ini untuk mengambil seboleh mungkin warisan harta Nabi yang kini dipegang oleh para ulamak seperti tuan guru. Ulamak lah yang sekarang ini memegang harta warisan Nabi ini. Jika kami yang dhoif ini tak rebut lagi, maka kamilah termasuk dalam golongan orang yang rugi....

Terima kasih sekali lagi tuan guru. Doakan kami ya Syaikhuna Ustaz Ahmad Kamil...

Kami menjunjung kasih peringatan dari tuan guru yang begitu bermakna...

Sedikit coretan khas,
dari anak murid yang faqir ini,

(Mohammad Hakimi bin Abdul Mutalib)

Respon dari blog Tuan Guru dalam entri 'Syukran Jazilan' : http://akhi-tolibul-ilmi.blogspot.com/2009/12/syukran-jazilan.html

1 comment:

Ahmad Kamil bin Muallah said...

Assalamualaikum ust..

Semoga ilmu yang diperoleh menjadi manfaat kepada kita dan umat. Ana sendiri pun berterima kasih kepada ust kerana banyak manfaat yang dapat ana peroleh sepanjang keberadaan ana di Bumi Anbiyak ini.

Boleh jadi yang mendengar ilmu itu akan lebih faham ilmu itu sendiri daripada guru yang mengajar. Oleh kerana itu beruntunglah mereka yang saban waktunya dihabiskan dengan apa jua asbab yang membawa kepada keberhasilan ilmu.

Kirim salam pada ust2 yang lain ye. Ana doakan antum sukses dalam pengajian dan sentiasa dalam rahmat Allah. Amin..

Wassalamualakum wrt.. :)