18 October 2009

SESAL SEBUAH CINTA........




"Mak, Rizal nak kahwin... "


Rizal menekan butang 'hantar' pada telefon bimbitnya. Mesej ringkasnya itu diharapkan dapat jawapan yang baik dari keluarganya di Malaysia. Dia pun tidak menyangka mengapa dengan tiba2 boleh menghantar mesej sebegitu kepada keluarganya. Dan inilah kali pertama dia menyatakan hasratnya itu secara terang-terangan. Tangannya masih kemas memegang
hanset. Sabar menunggu jawapan dari Malaysia. Matanya tertumpu tepat pada skrin hanset. Berkali2 dia menelan air liur kerana bimbang dengan jawapan yang akan sampai nanti. 10 minit kemudian hanset nya berdering. Bunyi lagu A. Ramlie sayup2 itu sudah cukup untuk menyedarkan Rizal yang berada di dapur. Dia belari2 anak mendapatkan hanset nya.

"Jika itu yang Rizal nak, apa lagi yang mak mampu katakan? Kahwin lah jika itu yang terbaik untuk Rizal...."

Rizal terkedu setelah membaca mesej dari maknya, puan Halimah. Dia masih diam. Kepalanya tertunduk. Akhirnya Rizal bersuara lembut sambil tersenyum.

"Alhamdulillah....... Keluarga aku bagi. Betul2 buat aku
suspen jaaa... "

Rizal lantas merebahkan badan sujud syukur pada Ilahi. Dia memang benar2 tidak menyangka bahawa keluarganya akan bersetuju untuk dia berkahwin di sini(Mesir). Dahulu Rizal pernah juga menyatakan hasratnya untuk berkahwin di sini. Walaupun nadanya dulu sebetulnya dalam jenaka, namun puan Halimah berkeras tidak membenarkan. Hasrat jenaka itu pernah dilafaznya 2 tahun yang lalu, iaitu sebelum dia berlepas ke Mesir. Tapi kini dia sudah ditahun 2 kuliah Usuluddin, Universiti Al Azhar cawangan Mansurah. Dan kini diulanginya lagi lafaz itu dalam nada yang benar2 serius. Hatinya bimbang jika keluarganya tidak mengizinkan dia berkahwin di sini. Namun jangkaannya itu meleset sama sekali. Rizal mencapai
hanset nya sekali lagi. Kali ini dia ingin menghantar mesej kepada seseorang yang begitu dia kenali.

"Salam awak, keluarga saya dah izinkan. Keluarga awak macamana pula?"

Rizal cepat2 menekan butang 'hantar'. Mengharapkan mesejnya itu cepat sampai kepada seorang perempuan yang bakal menjadi isterinya kelak. Rupanya2 Rizal sudah mengenali perempuan itu, dahulu sebelum menyatakan hasrat itu kepada keluarganya. Zahlia menerima mesej itu dengan hati senang bercampur risau. Sebelum ini Zahlia pernah menyatakan kesudiannya untuk menjadi isteri Rizal. Cumanya dia masih lagi tidak memberitahu kepada keluarganya di Malaysia. Rizal juga begitu. Dia 'taqdim' Zahlia awal lagi sebelum menghantar mesej hasratnya itu tadi. Zahlia risau jika keluarganya berat untuk melepaskannya berkahwin. Walaupun Zahlia sudah berada ditahun akhir kuliah Syariah Universiti Al Azhar cawangan Mansurah, dia masih tidak yakin keluarganya akan mengizinkan dia berkahwin sebelum habis belajar. Fikirannya begitu runsing bila memikirkan masalah ini. Terasa berat jari jemarinya untuk membalas mesej Rizal. Akhirnya dia gagahkan jua....

" Wasalam awak, saya senang hati mendengar berita ini. Tapi saya kena tanya pula keluarga saya. Esok saya telefon mereka... Boleh yaa?"

Zahlia menaip lambat. Takut jika perkataan2 ini akan melukakan hati lelaki yang bakal menjadi ketua keluarganya nanti. Rizal membaca mesej Zahlia dengan teliti. Hatinya mula membibit rasa kurang senang. Dia menunggu hari esok dengan penuh sabar.

*******************************

Zahlia baru saja selesai bercakap dengan keluarganya di Malaysia. Sudah tidak sabar2 rasanya Zahlia ingin memberitahu Rizal jawapan dari keluarganya di Malaysia. Rizal dari tadi lagi sudah tercegat di depan
hanset. Mesej dari Zahlia masuk ke dalam inbox nya.

"Salam awak......."

Itu saja yang ditulis oleh Zahlia. Rizal yang dari tadi menuggu menjadi tidak tentu arah. Fikirannya mula diserang satu perasaan 'ngeri'. Dia sudah tidak mampu lagi untuk mendengar jawapan yang sebenarnya dari Zahlia. Satu lagi mesej masuk ke
inbox nya.

"Awak, keluarga saya izinkan kita kahwin. Tapi mereka nak kita buat kenduri di Malaysia... Macam mana tu?"

Rizal senyum lebar membaca mesej kedua dari Zahlia. Dia mula mengucap kalimah syukur ke hadrat Ilahi. Akhirnya impiannya untuk berkahwin dengan gadis pilihan hampir tercapai. Dan semua ini tidak pernah diimpikannya sebelum datang ke Mesir. Walaupun berita itu benar2 mengembirakan hati Rizal, namun jauh di sudut hatinya memikirkan masalah lain yang akan dihadapinya. Iaitu adakan kenduri di Malaysia. Baginya bukanlah kerana apa sangat dia mengelak untuk adakan kenduri di Malaysia. Cumanya dia ingin mengelak dari berbelanja besar. Jika berkahwin di Mesir, modal untuk adakan kenduri tidaklah sebesar mana. Rizal hanya seorang pelajar. Tak mampu untuk dia berbelanja besar jika di Malaysia.

"Tak mengapa, malam ini saya bagi jawapan lain.. Saya nak fikirkan dulu.."

Zahlia membaca mesej Rizal sambil tersenyum. Senyumannya dari tadi masih lagi belum hilang. Mungkin seronok kerana dapat keizinan dari keluarga. Zahlia juga begitu gembira kerana lelaki yang berjaya menambat hatinya itu bakal menjadi pasangannya yang sah. Bukan senang untuk Zahlia menerima mana2 lelaki. Tapi entah mengapa Rizal akhirnya berjaya 'menjatuhkan' egonya. Mungkin kerana pada diri Rizal itu ada ciri2 yang diidamkannya. Zahlia berada di Kaherah kerana ada urusan persatuan di sana. Sejak akhir2 ini dia memang sibuk di Kaherah. Perlahan Zahlia letakkan
hanset nya di hujung meja. Dia menyambung kembali tulisan minit mesyuarat yang di adakan kelmaren.

Rizal menelefon abahnya, encik Azman untuk memberitahu secara terperinci lagi keinginannya itu. Encik Azman mudah memberikan kerjasama pada anak lelakinya itu. Rizal pun tidak menyangka, mengapa semudah ini keluarganya memberikan 'lesen'. Mungkin berkat belajar di Mesir. Bisik hati kecilnya. Abahnya juga bersetuju jika kenduri dilakukan di Malaysia. Berkenaan dengan duit, abahnya akan keluarkan sedikit. Rizal mula menguntum senyum. Berkali2 dia mengucapkan kalimah syukur. Rizal sudah tidak sabar2 lagi ingin menceritakan pada Zahlia. Bagi Rizal, Zahlia seorang yang suka mengambil berat. Mungkin semua itu kerana umur Zahlia yang lebih tua dari Rizal. Zahlia lebih tua dari Rizal 3 tahun. Namun sedikit pun Rizal tidak rasa kekok untuk menerima Zahlia sebagai permaisuri hidupnya. Umur bukanlah penghalang untuk mengecap kebahagiaan. Dia cepat2 mendail nombor Zahlia. Perasaannya membuak2 ingin memberitahu kepada bakal isterinya itu.

"Assalamualaikum awak. Saya dah buat keputusan. Kita buat kenduri kat Malaysia ja lah."

Ujarnya penuh bersemangat. Zahlia tersenyum riang mendengar jawapan dari Rizal. Harapan mereka berdua untuk bersama sudah mula nampak jalannya. Ketika Rizal mula 'taqdim' Zahlia dahulu, bukannya dia tidak mahu beritahu kepada keluarganya di Malaysia. Tapi oleh kerana risau mungkin keluarganya tidak izinkan, dia lupakan saja niat itu. Zahlia juga begitu. Tidak menyatakan apa2 pada keluarganya di Malaysia. Dia mula menerima Rizal setelah 3 kali solat istikhoroh. Bisik hatinya begitu yakin menyatakan bahawa Rizal lah lelaki yang bakal menjadi 'pelindung' dalam hidupnya. Dan kini mereka berdua sudah berani meluahkan rasa masing2 pada keluarga. Takdir menetukan bahawa tiada halangan untuk mereka bersama di bumi para Anbiyak ini. Rizal pula tahun ini, entah mengapa perasaan ingin berkahwin mula menyelubungi dirinya. Mungkin sudah tiba masanya dia perlu berumah tangga walaupun dalam usia yang muda. Walaupun masih ditahun 2, dia yakin tiada masalah untuk memberikan tumpuan pada pelajarannya. Harapannya dengan cara berkahwin di sini, memudahkan lagi urusan sehariannya.

Cuti musim panas sudah mula masuk ke penghujungnya. Rizal dan Zahlia mengambil peluang ini untuk pulang ke Malaysia untuk mendirikan rumah tangga dengan segera. Rizal menyuruh Zahlia pulang dahulu ke Malaysia kerana dia masih ada kerja yang perlu diselesaikan di Mansurah. Zahlia telah selamat tiba di Malaysia. Tinggal Rizal saja lagi di Mansurah menghabiskan baki kerjanya. Sebulan kepulangan Zahlia, Rizal masih lagi berada di Mansurah. Dan dalam tempoh itu juga Rizal tidak sempat untuk menhubungi Zahlia.

*********************************

Kini sudah 2 bulan Zahlia berada di Malaysia. Zahlia termenung sendirian di balakon rumahnya sambil mengambil angin sepoi2 bahasa suasana malam kampungnya. Malam itu fikiran Zahlia begitu berkecamuk. Masalah lain pula yang timbul setelah mereka diizinkan berkahwin. Sejak akhir2 ini perasaan itu mula bermain di fikirannya. Dia merasakan masih belum layak lagi untuk bergelar seorang isteri. Banyak tugas dan tanggungjawab yang harus dipikulnya bila bergelar isteri nanti. Dia merasakan dirinya masih lagi banyak kekurangan. Dan impiannya masih belum tercapai. Dia inginkan dirinya dalam keadaan baik sebelum di'serah'kan kepada lelaki yang disayanginya itu. Dia mahu dirinya nanti boleh mengembirakan hati suami. Bila difikirkan lagi semua itu, rasa ingin dibatalkan saja perkahwinan yang bakal dilangsungkan itu. Adakah dia perlu buat begitu hanya kerana bermain dengan perasaan sendiri saja?? Rizal masih tidak tahu lagi tentang perkara itu. Zahlia menjadi takut untuk berumah tangga bila memikirkan segala2nya perkara yang sentiasa bermain di benak fikirannya sebelum ini. Sengaja tidak diceritakan pada Rizal tentang perkara ini. Dia ingin Rizal tiba dahulu ke tanah air, barulah dia akan menceritakan segala2nya pada Rizal.

Sudah seminggu Rizal di kampung halamannya. Dia begitu sibuk melayan tetamu yang hadir ke rumahnya. Adik beradiknya juga ada yang datang menziarahinya. Puan Halimah pernah bertanya padanya. Tidak mahu bertunang dahulu kah? Rizal tidak mahu seperti itu. Baginya, jika bertunang dahulu, perlu tunggu tarikh yang ditetapkan pula untuk melangsungkan perkahwinan.Dia inginkan akad nikah terus jalan cepat untuk bersama2 Zahlia. Semakin hari, rasa sayang dan cintanya pada Zahlia semakin membuak2. Namun berbeza pula situasi Zahlia. Semakin hari dia fikirkan perkara tersebut, semakin rasa ingin jauh dari Rizal. Bukan tiada rasa sayang dan cinta itu pada Rizal, tapi oleh kerana perasaan runsing itu sentiasa menyelubungi hatinya membuatkan dia tidak menyedari lagi keinginan bakal suaminya itu. Zahlia sudah nekad untuk membatalkan saja niat untuk berkahwin dalam masa terdekat ini. Dia belum bersedia untuk berumah tangga. Walaupun keputusannya ini bakal mengecewakan hati Rizal, dia sudah sedia menghadapi
respon dari Rizal. Tiba2 hanset nya berdering. Kelihatan nombor telefon Rizal tertera di skrin hanset. Zahlia jadi serba salah untuk mengangkat telefon. Perlahan2 dia menekan butang call.

"Assalamualaikum awak. Sihat tak? Lama tak tanya khabar awak. Macam mana persediaan untuk majlis kita nanti?"

Rizal memulakan bicaranya. Zahlia terharu bila mendengar semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Rizal. Namun kerisauan yang menyelubungi dirinya selama ini lagi kuat menapak dalam hatinya. Bagaimana harus dia meluahkan pada Rizal tentang perkara sebenar yang dihadapinya. Baru saja bibirnya ingin meluahkan kata, terlintas raut wajah Rizal di benaknya. Raut wajah seorang lelaki yang benar2 ingin memperisterikannya. Adakah dirinya begitu kejam kerana ingin membatalkan perkahwinan mereka? Sedangkan Rizal sudah bersungguh2. Lagi kusut fikiran Zahlia bila difikirkan semua itu.

"Awak ada ke tak ada ni? Kenapa diam jaa?"

Zahlia terkesima bila ditegur Rizal dalam talian. Dia cepat2 menumpukan perhatian pada panggilan Rizal.

"Erk, ada ja. Maafkan saya. Awak, sebenarnya macam ni......"

Zahlia mula berkata2. Rizal pula sedikit kehairanan dengan sikap Zahlia malam ini. Ingin saja ditanya mengapa kelakuan Zahlia sedikit berubah. Tapi dibiarkan..... Zahlia menyambung semula perbualannya.

" Awak, saya nak beritahu sesuatu yang mungkin awak tak boleh terima. Saya tak sedia lagi nak kahwin tahun ini. Diri saya ni masih banyak kekurangan. Impian saya juga masih belum tercapai. Kalau boleh saya nak 'serahkan' diri ini pada lelaki yang saya sayang dalam keadaan yang 'terbaik'. Saya rasakan diri saya masih tak 'sempurna' untuk awak. Berat tanggungjawab jika dah berkahwin. Saya harap awak memahami saya. Bukan saya membenci awak,tapi hati ini masih belum bersedia untuk berkahwin. Berikan saya masa. 1 atau 2 tahun lagi macam mana? Maafkan saya Rizal. Saya tak berniat nak kecewakan perasaan awak......."

Rizal tergamam mendengar penjelasan dari Zahlia. Kelu lidahnya untuk berkata2. Perlahan2 dia menurunkan tangannya yang dari tadi kuat menggenggam
hanset ke sisi paha. Dalam masanya yang sama, air mata Zahlia juga turut menitis. Ini menandakan dia juga tidak sanggup meluahkan pada Rizal. Namun dia gagahkan jua dalam terpaksa. Rizal mematikan panggilan dengan tiba2. Dia masih tundukkan kepala. Menahan geram dan marahnya. Kelopak matanya mula menampakkan manik2 jernih. Air mata lelakinya gugur jua malam itu. Sambil kedua2 tangannya digenggam erat, dia berbisik sendirian,

"Sampai hati awak buat saya begini, Zahlia. Apa salah saya pada awak? Kenapa sekarang baru awak nyatakan begini?"

Titisan air matanya mengalir membasahi pipi. Rizal mengetap bibir. Cepat2 dia kesat kembali air matanya. Orang lelaki tak boleh menangis kerana perkara sebegini. Bisik hati kecilnya. Dia capai kembali
hanset nya. Didail semula nombor Zahlia. Rizal mahu selesaikan semua persoalan yang bermain di fikirannya malam ini juga. Zahlia terus mengangkat telefon walaupun dia sudah tahu apa akibatnya.

" Kenapa awak buat macam ni kat saya?"

Rizal memulakan bicaranya. Nada suaranya agak perlahan.

" Awak nak sempurna macam mana lagi? Kita ni manusia biasa ja. Tak da yang sempurna. Melainkan nabi2 ja. Awak nak diri awak macam mana lagi?? Apa yang kurangnya. Saya tengok awak
ok ja. Awak tak ada hidung? Mata? Kaki tangan? Nak macam mana lagi? Awak nak jadi sebijik macam saidatina Aisyah isteri nabi, barulah nak kahwin dengan saya? Gitu? Kalau awak cakap tak sedia lagi, sampai bila nak bersedia?? Bila? Saya nak tanya awaklah kan. Kalau kahwin nanti, akan menjadi penghalangkah pada impian awak tu? Kenapa denga awak ni? Sebelum ni ok ja. Tak ada pula bunyi2 macam ni. Kenapa sekarang jadi macam ni pula?"

Zahlia nak menjawab. Tapi dia ambil jalan untuk berdiam diri saja. Badannya sedikit ketar kerana mendengar suara Rizal.

"....... Sempurna macam mana lagi yang awak nak? Kita sama2 belajar agama. Jika ada salah dan silap tu, sama2 lah tegur. Awak tegur saya, saya tegur awak. Itulah tugas suami isteri. Awak nak berikan yang terbaik untuk saya? Saya dah terima awak seadanya. Buruk baik pun, saya tetap akan kahwini awak. Saya tak kisah lah awak macam mana sekalipun! Hati ini dah sayang pada awak. Rupa ke, umur ke, apa ke tak penting dah bagi saya. Cukuplah bagi saya sedap mata memandang. Dah memadai bagi saya. Bila lagi awak nak bersedia?? Tahun depan? 2 tahun lagi? 3 tahun lagi? Atau tunggu saya mati dulu baru awak nak bersedia??"

Suara Rizal sudah sedikit meninggi. Marahnya mula menguasai diri. Ingin saja Zahlia memotong percakapan Rizal tadi. Dia tidak mahu Rizal mengatakan yang bukan2.

"....... Awak dah lupa masa mula2 saya taqdim awak dulu?? Apa yang awak cakapkan pada saya? Dah lupa ke atau memang sengaja buat2 lupa?? Saya tak paksa awak masa tu, bahkan saya bagi peluang kat awak untuk istikhoroh dulu. Kalau awak tak padam lagi mesej tu, awak bacalah balik apa yang awak pernah hantar kat saya dulu. Kalau dulu awak bagitau awal2 tak boleh terima saya lagi,kan senang. Saya pun tak payah susah2 nak taqdim siapa2!! Saya taqdim awak sebab saya nak kahwin cepat2. Saya tak mau bercinta lama2. Bercinta lepas kahwin baru nikmat! Sekarang awak buat perangai macam ni pula. Kenapa dengan awak ni? Saya betul2 kecewa dengan tindakan awak ni. Saya benar2 sedih dan terkilan. Awak mudah la cakap tunggu 1,2 tahun lagi untuk awak bersedia. Hati saya ni macam mana?? Nak letak di mana 'sayang' dan cinta' saya pada awak ni?! ............... Tak mengapa lah awak. Apa lagi yang saya mampu lakukan jika awak masih tak sudi dengan saya."

"Awak jangan cakap camtu. Saya tak pernah cakap pun tak sudi dengan awak...."

Percakapan Rizal di potong Zahlia. kali ini dia benar2 ingin menafikan kata2 Rizal tadi. Rizal pula lantas tak memberi peluang lagi kepada Zahlia untuk berkata2.

"....... Saya tak boleh teruskan hubungan ini. Saya tak mahu nanti tersilap langkah dalam bercinta. Biarlah saya simpan saja 'sayang' saya ini. Mungkin awak masih tak nampak kesungguhan saya ini. Saya sanggup balik Malaysia hanya kerana nak kahwini awak! Awak pun tau kan kuliah dah nak mula? Duit saya banyak dah habis..... Cakaplah dari awal2 masih tak sedia.... Janganlah buat saya begini. Saya juga punya perasaan... Walaupun saya ni lelaki, tapi hati seorang lelaki juga mampu untuk 'jatuhkan' air mata. Saya ada sesuatu nak berikan pada awak. Niat saya ni dah lama saya simpan. Walaupun tak jadi kahwin, saya tetap nak berikan benda yang saya niatkan ini pada awak. Kalau saya tak sempat nak bagi pun, mungkin mak dengan abah saya boleh berikan pada awak... Terima kasihlah kerana buat saya begini... Semoga awak berbahagia tak kira lah dengan sesiapa pun.... Akhir sekali saya nak pesan pada awak. Keputusan yang awak buat hari ini, awak jangan sesalkan kemudian hari nanti... Assalamualaikum."

Tup!! Rizal mematikan panggilan. Kali ini Rizal benar2 kecewa dengan keputusan Zahlia tadi. Hatinya hancur luluh mendengar kata2 Zahlia. Zahlia pula dari tadi lagi sudah berderai air matanya mendengar kata2 Rizal. Laju air matanya mengalir. Bukannya tiada sebab untuk dia buat keputusan sebegitu. Mungkin bagi Rizal alasan Zahlia itu alasan bodoh dan tak masuk akal. Sebab itu dia tak boleh terima. Bagi Rizal, Zahlia terlalu merendah diri sehinggakan menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Rizal terus merebahkan badannya ke katil. Tidak mahu diingatkan peristiwa singkat yang berlaku tadi. Zahlia pula masih berendam air mata. Berdosakah dia kerana menghancurkan hati insan yang benar2 menginginkannya? Zahlia membuka kembali
outbox dalam hanset nya. Ternyata dia masih belum padam mesej tersebut. Tertera perkataan......

"Wassalam awak. Saya dah buat solat istikhoroh dan saya dah fikir masak2. Saya sudi terima awak. Kalau boleh kita jangan berkawan lama2 ya......Saya tak suka kawan lama2 tanpa ada ikatan... "

Bertambah laju deraian air matanya bila dia membaca semula mesej yang pernah dihantarnya kepada Rizal dahulu...... Ingin saja dia menangis semahu2nya. Dia benar2 menyesal kerana perlakukan Rizal begitu... Zahlia akhirnya terlelap sambil matanya masih lagi berbaki air mata.

*********************************

Sikap Rizal mula berubah. Kalau dulu dia sentiasa ceria bersama keluarga dan kawan2nya, tapi kini dia lebih banyak diamkan diri. Sepatah Encik Azman bertanya, sepatah juga yang dibalasnya. Puan Halimah dan adik2nya juga mula menghidu perubahan diri Rizal. Dia juga sering menyendiri.

"Abang Long, bawa adik jalan2 naik motor petang ni?"

Tegur adik bongsunya sambil menarik2 lembut bajunya. Rizal tidak menunjukkan reaksi. Diam... Adiknya masih menarik2 bajunya. Kali ini agak kuat sedikit. Rizal mula menjeling adiknya itu.

"Pergi main jauh2...."

Balas Rizal serius. Adiknya terus lari mendapatkan puan Halimah. Rizal bersuara pula kepada maknya.

"Mak, saya tak jadi kahwin..."

Ujarnya ringkas. Rizal terus mencapai
helmet ARC dihujung sudut rumahnya. Dia sudah bersiap2 untuk keluar ke pekan. Motosikal Honda EX5 nya terus berlalu meninggalkan maknya yang masih terpinga2 dengan kata2nya tadi. Puan Halimah tidak sempat bertanya ke mana dia ingin pergi. Selalunya Rizal akan beritahu dahulu ke mana dia ingin pergi. Puan Halimah masih berdiri di muka pintu.

"Apahal dengan budak ni? Tiba2 ja kata tak jadi kahwin. Sebelum ni bukan main semangat lagi."

Bisik hati kecil puan Halimah. Sebetulnya puan Halimah tidak pernah lihat lagi bakal menantunya itu. Rizal juga tidak pernah menceritakan lebih2 tentang diri Zahlia pada puan Halimah. Puan Halimah pula tidak bertanya lebih. Encik Azman juga begitu. Mungkin Rizal nak kenalkan betul2 bila sudah jadi isterinya nanti. Rizal sudah sampai ke sebuah kedai. Kedai menjual barang2 kemas. Rupa2nya Rizal ingin hadiahkan sebentuk cincin pada Zahlia. Inilah benda yang sudah lama dia niat untuk berikan pada Zahlia. Saiz jari Zahlia, Rizal main agak2 saja. Selesai saja Rizal membeli cincin tersebut, dia bergegas pulang ke rumah. Dia amati kotak berisi cincin itu sungguh2.

" Aku cadang nak beli lambat lagi benda ni dan bagi pun masa kita kahwin nanti. Tapi bila kau dah buat macam ni, lebih baik aku bagi awal2. Lagipun benda ni dah lama aku niat nak bagi. Tak ada guna aku simpan lama2 niat aku ini sebab kau pun tak sedia lagi untuk berkahwin denganku...Tangguhkan perkahwinan seumpama tak sudi berkahwin denganku.... Aku ni lelaki, macam2 dugaan yang datang. Sebab tu aku tak mahu tangguhkan perkahwinan. Aku sanggup balik Malaysia walaupun kuliah dah nak mula. Hanya semata2 nak kahwin dengan kau, Zahlia...."

Getus hati kecilnya. Dia cepat2 masukkan kotak cincin itu ke dalam poket baju jaketnya. Rizal memandu motosikalnya dengan tenang. Walaupun dia begitu kecewa dengan keputusan Zahlia 2 minggu yang lepas, namun jauh di sudut hatinya gembira kerana akhirnya niat yang disimpan sekian lama itu akan tertunai jua. Gembira kerana dapat menghadiahkan sesuatu untuk gadis kesayangannya. Ketika Rizal sedang berhenti di perhentian lampu isyarat sambil menanti lampu merah bertukar hijau, tiba2 datang sebuah kereta yang gagal dikawal meluru menghampirinya. Rizal hanya sempat menoleh sedikit ke belakang waktu itu, tanpa mampu berbuat apa2. Duuuummm!!! Akhirnya tubuh Rizal tercampak jauh ke tengah jalan setelah dilanggar kereta tersebut.... Hentaman yang kuat itu menyebabkan Rizal mengalami luka teruk di bahagian dadanya. Dia masih lagi mampu untuk bangun. Namun datang pula kereta dari arah yang lain membahamnya dari belakang. Akhirnya tubuh Rizal terkulai layu di tengah2 persimpangan jalanraya. Tiada apa lagi yang mampu diucapkan melainkan terlantar sekujur tubuh yang tidak bergerak lagi...

****************************

Berkali2 Zahlia cuba menghubungi Rizal, namun tiada jawapan. Dia ingin meminta maaf kepada Rizal dengan apa yang pernah dia lakukan sebelum ini. Dia mula sedar kesilapannya itu. 'Kuasa' cintanya pada Rizal mengatasi segala perasaan kecamuk yang melandanya sebelum ini. Berpuluh mesej yang telah dihantarnya. Satu pun tiada balasan. Hati Zahlia mula di landa resah. Zahlia masih belum menyedari bahawa Rizal telah pergi meninggalkannya dan semua buat selama2nya. Kemalangan sebulan yang lepas telah meragut nyawa Rizal serta merta. Zahlia tak jemu2 menunggu untuk Rizal pula yang menghubunginya. Rizal juga pernah berjanji padanya untuk memberikan sesuatu. Yaaa. Rizal pasti akan menghubungiku. Dia takkan mungkiri janjinya. Hati Zahlia sedang bermain perasaan. Kini Zahlia tidak sabar2 lagi untuk mengajak Rizal melangsungkan perkahwinan. Sedia atau tidak itu tidak penting. Rizal ada untuk mengajarkan aku tentang ilmu rumah tangga dan macam2 lagi. Zahlia masih lagi bermain perasaannya. Dia kelihatan yakin kali ini. Tak sabar rasanya untuk dia menatap wajah lelaki yang dicintainya itu.

"Abang, masa orang kampung berikan baju jaket arwah pada kita dulu, saya dapati ada sesuatu dalamnya....Ini dia.."

Puan Halimah menunjukkan sesuatu pada suaminya. Kotak plastik yang berisi sebentuk cincin. Kotak itu kelihatan sudah pecah. Akibat kemalangan yang menimpa Rizal dahulu. Tapi cincin di dalamnya tidak cacat walau sedikit. Mungkin poket jaketnya dulu terselamat sedikit dari kesan pelanggaran kereta ketika itu. Encik Azman kehairanan mengapa cincin ini boleh berada dalam poket baju anaknya itu.

"Mungkin kot benda ini untuk Zahlia yang ingin dikahwininya tu, bang??"

Puan Halimah cuba mencerahkan keadaan. Suaminya memegang dagu kehairanan. Akhirnya mereka mula mendapat jawapannya. Puan Halimah baru menyedari ketika Rizal keluar tergesa2 dari rumah dahulu. Rupanya Rizal keluar pergi 'mencari' benda ini. Air mata puan Halimah menitis lagi bila terkenangkan peristiwa itu. Wajah anaknya itu masih lagi terngiang2 di fikirannya. Tapi puan Halimah terima takdir ini.

"Kita kena serahkan barang ini kepada Zahlia, bang. Benda ini milik Zahlia. Arwah anak kita tu memang nak bagi barang ini padanya. Sebab, masa hari kejadian dulu dia keluar rumah tergesa2. Patutlah perangainya berubah. Ni mesti sebab dia ada masalah dengan Zahlia...."

Puan Halimah cuba membuat andaian.

" Tapi macam mana kita nak bagi padanya sedangkan kita tak tahu nak hubunginya. Nombor telefon pun tak ada. Alamat lagi laaah."

Kata Encik Azman sambil melabuhkan punggungnya ke sofa. Puan Halimah lantas ke bilik arwah anaknya itu. Dibuka laci almari Rizal. Setelah agak lama mencari sesuatu, akhirnya puan Halimah terjumpa alamat rumah Zahlia pada satu lipatan kertas dan sepucuk surat yang ditulis sendiri oleh Rizal. Puan Halimah sekali lagi menitiskan airmata bila mengenangkan anaknya itu. Sekarang baru lah dia faham mengapa Rizal pernah berkata dahulu....
" Mak,saya tak jadi kahwin......". Surat yang dibacanya tadi menceritakan segala2nya...........

****************************

Zahlia sedang berkemas barang2nya untuk pulang semula ke Mesir.. Sudah sebulan lebih dia tidak dihubungi Rizal. Dia merasakan Rizal benar2 sudah benci dan melupakannya. Jadi dia pun mengambil keputusan untuk pulang semula ke Mesir. Tambahan pula kuliah sudah rancak berjalan. Dahulu dia pulang ke Malaysia pun kerana ingin berkahwin. Tapi kerana kesilapan dirinya sendiri, perkahwinannya ditangguhkan dahulu.....
Tiba2 sebuah kereta memasuki halaman rumahnya. Dia menjenguk ke tingkap untuk mengetahui siapa yang datang. Puan Halimah dan encik Azman sudah tercegat di depan pintu rumah. Daun pintu dibuka........

"Assalamualaikum, maaf yaa anak. Ni rumah Zahlia bte Kamaruddin ke?"

Soal puan Halimah. Zahlia menganggukkan kepala tanda membenarkan persoalan puan Halimah tadi.

"Eh, apa2 hal masuk lah dulu, pakcik, makcik.."

Pelawa Zahlia. Puan halimah dan encik Azman lantas masuk ke dalam rumah.

"Kami berdua ni mak dan abah Rizal. Kami datang ni ada hajat besar untuk ditunaikan..."

Kening Zahlia mula berkerut2 mendengar kata2 puan Halimah. Tidak lama kemudian mak Zahlia pula datang dari dapur. Puan Halimah dan encik Azman mengukir senyum sebagai membalas senyuman dari mak Zahlia. Dia duduk di samping Zahlia mendengar perbualan mereka.

"Zahlia, pergi buatkan air. Biar mak saja yang layan mak dan abah Rizal ni."

"Eh, takpa2.. Tak payah susah2.. Kami benar2 nak bercakap dengan Zahlia ni. "

Puan Halimah cepat2 memanggil Zahlia semula yang kelihatan sudah bangun untuk ke dapur.

"Rizal macam mana makcik, pakcik? Dia dah lama tak hubungi saya. Saya telefon dia berkali2 tak dapat. Dia sihat ke makcik?"

Soal Zahlia pada kedua orang tua Rizal. Dia masih lagi tidak mengetahui hal yang sebenar. Puan Halimah dan encik Azman mula menundukkan kepala. Rasa berat untuk mereka berdua khabarkan kepada Zahlia. Namun puan Halimah kuatkan juga hatinya...

"Sebenarnya begini Zahlia... Rizal dah sebulan lebih pergi meninggalkan kita. Dia kemalangan dalam perjalanan dari pekan nak balik ke rumah. Dia meninggal di tempat kejadian.."

Puan Halimah sebak ketika menceritakan hal yang sebenarnya pada Zahlia. Air matanya kelihatan mula turun dari kelopak mata. Encik Azman cuba tenangkan perasaan puan Halimah. Tanpa disedari, kelopak mata Zahlia juga sudah bergenang air mata.... Akhirnya gugur jua manik2 jernih itu dari kelopak matanya.

"Maafkan kami kerana tak beritahu pada Zahlia. Bukan kami tak mahu beritahu, tapi kami tak ada nombor untuk hubungi Zahlia. Alamat rumah Zahlia ni pun kami cari2 dalam laci almari arwah... Maafkan kami Zahlia.. Ni ada barang yang arwah ingin berikan pada Zahlia...."

Puan halimah menghulurkan barang2 tersebut iaitu kotak plastik yang sudah pecah yang berisi sebentuk cincin dan sepucuk surat. Zahlia menangis tak henti2. Dia memeluk erat tubuh ibunya. Puas ibunya cuba menenangkan Zahlia. Puan Halimah juga menangis kerana mengenangkan anaknya, Rizal.

******************************

Zahlia membelek2 cincin di jarinya itu. Cincin yang diberikan oleh Rizal kepadanya. Walaupun bukan Rizal sendiri yang memberikan kepadanya, hatinya tetap gembira menerima barang itu. Dia benar2 hargai barang tersebut. Rizal terkorban ketika kalut membelikan cincin ini untuknya. Kelopak matanya mula bergenang air mata. Hatinya begitu sedih dan menyesal dengan apa yang telah dia lakukan pada Rizal. Walaupun itu sudah ditakdirkan, tapi sesalannya itu akan tetap bersama dirinya. Cintanya pada Rizal masih menebal walaupun Rizal sudah tiada lagi. Impiannya untuk bersama Rizal hancur sama sekali. Yang tinggal hanyalah cinta dan kenangan indahnya ketika mengenali diri Rizal walaupun tak lama. Perlahan2 Zahlia membuka surat yang tak sempat dibacanya sebelum ini.

Zahlia,
Awak tahu tak betapa diri ini menyayangi awak?
Sejak mula saya melihat awak di markaz banat dulu, hati ini benar2 ingin mengenali awak.
Saya tak mudah untuk mengenali perempuan.
Tapi dengan dirimu, keinginan untuk mengenali perempuan hadir.
Awak istimewa dari yang lain.Saya suka dengan cara awak. Lemah lembut awak itu memikat hati ini.
Bila saya dapat tahu awak rupanya lebih tua dari saya, hati ini lagi suka. Sebab kata orang, orang lebih tua ni penyayang lebih.
Saya tak kisah semua itu. Bagi saya, awak dah sempurna pada pandangan saya.
Saya ingat lagi waktu saya taqdim awak dulu. Seminggu selepas itu barulah awak berikan jawapan.
Awak sudi terima saya dan sudi menjadi isteri saya. Awak sempat pesan tak mahu kawan2 lama2.
Yaaaa, saya juga begitu. Saya nak kahwin segera, sebab itu saya berani taqdim ustazah Mansurah.
Kalau saya tak mahu kahwin lagi, untuk apa saya taqdim awak kan?
Keluarga kita dah bagi. Saya sanggup balik Malaysia untuk perkahwinan kita dan menunaikan permintaan keluarga awak supaya kenduri diadakan di Malaysia.
Tapi akhirnya awak pula yang buat perangai disaat2 akhir.
Saya tak tahu kenapa. Awak nak tangguhkan sehingga 1 tahun atau 2 tahun lagi atas alasan masih tak bersedia.
Bukan saya nak memaksa awak, tapi alasan awak tu tak masuk akal. Dulu awak dah fikir elok2 dan dah sedia bergelar isteri.
Tapi sekarang apa dah jadi?? Kalau nak tangguh2 macam ini, tak ingin saya nak kenal mana2 perempuan.....
Lebih baik saya kenal perempuan setahun atau 2 tahun akan datang.Bukannya sekarang.
Saya sayang dan cintakan awak. Tapi saya tak mahu perasaan saya ni begitu lama bertapak dalam hati ini tanpa ada ikatan yang sah...........

''Perhatian kepada semua penumpang..........!"

Zahlia tersentak. Tumpuannya ketika membaca surat tadi dikejutkan oleh pramugari kapal terbang yang sedang menuju ke Mesir. Rupa2nya penerbangannya menaiki Egypt Air tak lama lagi akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo. Pramugari mula menyuruh semua penumpang memakai tali pinggang keselamatan kerana kapal terbang ingin mendarat. Zahlia cepat2 memakai tali pinggang keselamatan. Namun sebelum itu, sempat lagi untuk dia mengesat air mata yang menitis....................... SESAL SEBUAH CINTA....

- TAMAT-

*Pesanan pada semua, SESUATU NIKMAT ITU AKAN MENJADI LEBIH BERHARGA APABILA IA TELAH HILANG..... OLEH ITU HARGAILAH IA SELAGI MASIH ADA....

Maaaflah kalau bahasa aku tak cantik.. sapa2 yang pakar kritik,kritik laa.. aku baru belajar2 nak wat cerpen..

Nukilan : Penjejak Zaman....




8 comments:

Z said...

banyak nk komen tapi tak tertype.

good try anyway

yg benar,
k lang comel yg online di rumah.

k lang tgh cuti ni.

ahad ni blk bintulu

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

alaaaa k lang ni... tak reti komen ckap ja laa...ish... spa ada d umah?? cuti bnyk hari ka?? kem slm kt depa smua naa

Lukluk Baidoa said...

Salam.
ana byk gak bace cerpen2 n novel ni...

isi-isi enta ..best..cantik... slaen kesinambungan plot yg tersusun, gaya penulisan jg menarik...

namun kat sini, ana cume nk bg pndgn pd bab sedih.. maybe kene bg feeling lebih sket..

tp utk penulis2 baru, ana rasa cerpen enta sudah cukup bagus. teruskan usaha...n good luck in whatever u do.

bittaufiq wannajah.

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

wslm..tima kaseh laa sudi komen.d alu2kan..hehehe.nk kena bg feeling lg ka?? hehehe.ssah nk wat tu...xpa2.cba lg..mmg pon..bru nk blaja2..bnyk kekurangn lg ni..tima kseh skali lg yaa..

Hamba Allah said...

Salam alaik..sirru'ala barakatillah..kullu sanah wa antum bikhairr....Bagus! Menarik ya..Teruskan Istiqomah..^_^

fahdin said...

Bismillah ...
Saya pun penulis baru yang merangkak2 dalam bidang pemulisan..Apapun penulisan yang baik, dan menarik. Jalan cerita... Kalau ade perincian suasana di bumi mesir lagi cantik ... Sebab org suke mengimaginasikan tempat baru dlm penulisan ...
Apapun ...Saya suke penulisan nih ... mabruk ya

ustazah said...

Salam..
Pada pandangan ana, cerpen ini ada kualiti.Cuma perlu lebih peka pada tatabahasa.Mohon maaf,ana sendiri kurang ilmu dalam bidang penulisan.Ala kullihal..mabruk alaika ya akhi.

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

tima kseh kepda yg sudi komen....tu laa kn..org baru belajar..bnyk slahnya..tima kaseh krn tgur kekurangan...