23 October 2009

PMRAM DAN PARA ULAMA'......


Assalamualaikum semua...

Baru2 ini PMRAM telah menganjurkan 1 majlis ilmu yang mulia julung2 kalinya ia diadakan iaitu pembacaan kutub sittah. Aku secara peribadinya begitu gembira,syukur dan terharu dengan majlis tersebut. Kerana majlis ilmu yang mulia itu telah dihadiri oleh para Masyaikh dari Al Azhar. Dan majlis berkat itu juga dihadiri lebih daripada 500 peserta ikhawah dan akhawat, rata2nya pelajar pengajian Islam. Inilah peluang kami untuk bersama para masyaikh. Dan menunjukkan bahawa para pelajar Al Azhar tak kira dari cawangan mahupun pusat,sama2 mengambil peluang keemasan ini. Bermula 17 hb 10 sehingga 20 hb 10, dalam tempoh itu kami bersimpuh dan bersila bersama2 masyaikh, walaupun keadaan bilik yang kadang2 itu panas. Pernah sekali janggut aku basah kerana peluh yang mengalir. Sedangkan kami berada di dalam bilik yang ada
aircond. 2 kali aku kesat peluh yang mengalir. Namun kegagahan kawan2 yang lain, tabah dalam menuntut ilmu melupakan kami tentang kepayahan tersebut. Bermula waktu pagi dan berakhir malamnya,benar2 mencabar ketahanan fizikal kami. Aku berapa kali bertukar kedudukan dan posisi bersila aku. Tidur pun ada juga. Hehehehe. Terkadang itu jaaaa... Hehehe.


Berbalik kepada majlis yang mulia tersebut, aku secara peribadinya juga setuju dengan kenyataan Tuan Guru Ustaz Nazrul dalam blognya bahawa,


"Sepatutnya perlu dipersoalkan kepada JPMK , dan suruh mereka sendiri datang melihat bagaimana susah payah para ulama kita terpaksa menaiki tangga ke tingkat teratas di rumah Johor sebanyak 5 tingkat. Umur mereka bukan semuanya masih muda belia seperti kami. Semuanya sudah lebih separuh abad kecuali Syaikhuna Usamah al-Azhari hafizahullah yang masih muda."


Aku yang muda ini pun terasa mengahnya ketika naik tangga tersebut, apatah lagi para masyaikh?? Kalau kita tak mahu hadirkan diri dalam majlis ilmu sekalipun, janganlah menjadi mereka yang menghalang majlis ilmu! Amat malanglah bagi golongan yang menghalang majlis ilmu ini. Cukuplah SAR dulu diberhentikan bantuan perkapita, masjid dihalang dari mengajar, ustaz2 yang menceritakan hal yang benar ditukar tempat tugas... Kenapa di sini(Mesir) pula ingin membuat onar?? Betullah slogan mereka. Dulu,kini dan selamanya begitulah perangai mereka.

Malam kemuncaknya iaitu malam penutup majlis itu telah dihadiri sendiri Syaikhul Masyaikh al-Imam al-Allamah al-Muhaddis Dr Ali Jum’ah hafizahullah, Mufti Besar Kerajaan Mesir. Seseorang yang amat mulia. Aku boleh menatap secara berdepan dan dekat2 seorang yang usah dipertikaikan lagi keilmuan dan ketaqwaannya. Aku benar2 terharu. Tapi sayang, tak dapat cium tangannya ketika beliau ingin pulang kerana dihalang oleh pengawal peribadinya. Namun aku bersyukur dapat juga pegang dan cium tangan masyaikh yang lain walaupun tak semua. Yang paling aku terharu ialah para masyaikh ketika ucapan mereka tak lupa mendoakan kami.. Alhamdulillah. Terima kasih banyak2. Doa orang2 yang dekat dengan ALLAH tak ada hijab dengan ALLAH. Mereka juga berwasiat dengan kebaikan kepada kami. ALLAAAAh. Satu peristiwa yang tak dapat dilupakan oleh kami.

Masyaikh yang hadir pada malam penutup di Nadi Riadi H6

Syaikh Usamah Al Azhari sedang berucap...

Syaikh Yusri sedang berucap....




Sekitar pemandangan ketika majlis berlangsung...

Aku juga berbanyak berterima kasih kepada PMRAM dan adhoc perlaksanaan khususnya. Dan tidak lupa juga kepada Tuan2 Guru kami di sini iaitu Ustaz Nazrul,Ustaz Hairul,Ustaz Juzaili dan yang lain2 lagi. Kerana mereka ini yang rapat dengan para masyaikhlah kami juga dapat merasai kemanisan majlis ilmu ini. Terima kasih aku ucapkan sekali lagi. Aku yang baru beberapa hari bersama masyaikh pun dah merasai kesedihan ketika majlis perpisahan itu, apatah lagi bagi mereka yang lebih rapat dengan para masyaikh... ALLAAAh... Beruntunglah mereka itu semua. Dan amat rugilah mereka yang menghalang majlis ilmu yang mulia ini.

Aku benar2 terharu ketika sesi memberikan cendrahati kepada Syaikhul Masyaikh al Alim al Allamah Dr. Ali Jum'ah. Ketika itu sepatutnya papan cendrahati itu dalam keadaan berdiri. Tapi ketika ingin berikan kepada al Allamah, ia terjatuh. Dan semasa sudah berada di tangan al Allamah, al Allamah mengangkat sendiri papan tersebut. Dan yang paling aku terkejutnya ialah papan itu tertera lambang PMRAM!! AAAhhh... Aku benar2 terharu..... al Allamah memegang kembali lambang itu dan tunjukkan kepada kami semua. Masa itu juga tepukan gemuruh dari kami semua(lihat gambar di atas). Kami doakan moga ALLAH sejahterakan masyaikh kami ini serta keluarga mereka seluruhnya... Berkatilah hidup mereka. Jadikanlah
kami ini seperti mereka ya ALLAH.......



Benarlah.... PMRAM dan para masyaikh di sini tak dapat dipisahkan.... PMRAM dan para Ulama' sememangnya sentiasa dekat di hati.... Marilah sama2 bersama PMRAM. Kukuhkan persatuan yang sedia ada. Kepada mereka yang terlepas peluang ini, masih ada lagi peluang. Berkat dari para masyaikh itu penting.. Biarlah ilmu setinggi gunung sekalipun, tapi kalau hari2 'makan daging' para ulama', tak ke mana ilmu itu..Fikirkanlah....

1 comment:

aljauhary said...

Assalamualaikum..
Jutaan tahniah diucapkan kepada semua peserta 'Pembacaan Kutub Sittah'..
Aljauhary benar2 cemburu melihat sahabat2 dpt bersua muka dg mashayikh2 yg muktabar..
Sedangkan aljauhary tidak dapat bersama2 mereka..
melihat sahaja gambar Syaikhul Masyaikh al-Imam al-Allamah al-Muhaddis Dr Ali Jum’ah hafizahullah, Mufti Besar Kerajaan Mesir bersama sahabat2 di program kutub sittah hati aljauhary dilanda pilu..
"Sungguh bertuah mereka2 yg menyertai program ini"
walaupun pelbagai rintangan dtg melanda, walaupun ada pihak yg cuba menghalang seakan2 ingin cuba memadamkan cahaya Allah dari terus tersebar, namun Allah tetap memelihara cahayaNya melalui tangan2 insan yg ikhlas dlm perjuangan..
Jutaan tahniah juga diucapkan kepada PMRAM dg usaha mereka dlm menjayakan majlis ilmu seperti ini..