4 July 2010

Barakallahu lakum Mad Daud serta zaujah dan Firdaus serta zaujah.



Assalamualaikum semua...

Semalam 4/7/2010, Mad Daud bersama zaujah dan Pidut bersama zaujah telah selamat diijab kabulkan oleh pegawai bertauliah iaitu Ustaz Hanif(pegawai Johor). Alhamdulillah... Barakallahu lakum... Ucapan khas mabruk buat Mad Daud serta zaujah, Zainab dan Pidut serta zaujah, Fathi Nur. Moga kekal sehingga akhirnya.. Berjumpa di syurga pula.. Amiiiiin.

Apa yang menarik bagi penulis ialah keempat-empat orang ini ialah 'anak tempatan' Mansurah. Penulis tumpang bangga kerana mereka mencari pasangan orang tempatan juga.. :-)

Dan 1 lagi ialah pengantin perempuan kedua-duanya dari Pulau Pinang. Ehem-ehem.. Laku sungguh anak dara Penang ni.. :-) Menikah pula tarikh yang sama. Alhamdulillah... :-)

Penulis telah menghadiri majlis perkahwinan mereka sebagai ahli bait dan saksi. Penulis juga ingin mengambil berkat. Mana lah tahu selepas ini penulis pula. :-)


Mad Daud yang penulis kenali.


Penulis mengenali Mad Daud ketika di Malaysia lagi. Kami sama-sama 1 kelas dan duduk bersebelahan ketika tingkatan 6 dahulu. Mad Daud seorang yang ceria. Suka berseloroh. Pandai masak. Sehinggakan di dalam rumah kami, dia digelar 'bapak'. Heheheh.. Bila dia berkahwin, kami mula merasakan kehilangan seorang kawan. Masakan tidak. Selama ini ketawa sekali, gurau senda bersama, tidur sebantal, baring sekatil, makan setalam.. Tiba-tiba sudah tiba saat dia 'diambil orang'. Huhuhuhuhu. Kami benar-benar terasa 'kehilangan' Mad Daud. Malam tadi penulis sempat bertanyakan kepada Mad Daud.

"Pas ni hang x mai dah umah kami noh?"

Dia jawab, "Aku mai haih.. Jangan dok risau..."

Sedih.. Apa-apa pun, selepas ini Mad Daud akan dijaga sepenuhnya makan minumnya oleh permaisuri hatinya.. Mabruk sekali lagi Daud... Jangan lupakan kami yang pernah menjadi ahli bait hang ni.. :-(

Mad Daud juga merupakan seorang exco Sukan bagi Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah.

Barakallahu lakum Mad Daud serta zaujah dan Pidut serta zaujah!!



Gambar kenangan sebelum dan selepas akad.

Pengantin masih lagi di Mansurah tika ini dan masih berpakaian biasa. Piduih dok melengung bila plak bleh kawen. :-)

Yang dukung anak tu tak lama dah... :-)

Dalam van perjalanan ke Kaherah.

Mad Daud siap sedia dah... :-)

Mad Daud dan Pidut berdebar2 dah tuu.. :-)

Tok Kadi, Ustaz Hanif masih mengisi borang yang dirasakan tak lengkap lagi.

Pengantin khusyuk mendengar khutbah nikah. Saksi belakang tu plak yg ketaq lebih.. :-)

Khusyuk betoi pengantin 2 orang tuuu...

Mad Daud jangan ketaq naaa... Saksi sorang lagi tu dok ghenyeh pa laaaa..

Steady... Jangan ketaq2.. :-)

Tok Kadi tengah mintak tanda tangan bakal pengantin perempuan plak.. Dua2 orang, orang Penang.

Mael sebagai saksi kedua.. Amiin apa ja tu Mael oi.. :-)

Tok Kadi tengah lafaz ijab.. Mad Daud siap sedia nak terima. Heheheh..

Mad Daud said, "Allahumma zidna zaujatan solihatan.." Heheheh..

Aku pon amiin jugak... Moga2 berkat yang turun kat Daud, kena kat aku jugak.. Heheheheh...

Mad Daud solat sunat bersama zaujah tercinta...

Tu diaaaa.. Saksi turunkan tanda tangan... Bila plak saksi ni nak akad nya??

Sengeh ada makna tuuuu. :-)

Aku dah kompom jadi laki orang nii.. Hehehehhe..

Salaman dan ciuman kasih dari sorang zaujah.. Heheheh.. Mabruk. Masa ni Daud dan Zainab malu2 nak bersalam. Lawak2..

Cincin belah rotan ka tuu? Atau cincin kokka ja? Hehehehe..

Mahar L.E. 200...

Pidut menyarungkan cincin kepada zaujah. Hehehhe.. Tennaaaaaaang.

"Aku sayang kamu..." "Saya pun sama.." Mungkin itulah yg diucapkan depa. Hehehehhe.

Ini dia kami ahlu bait Tahzibunnufus.... Cuma daud ja dah kuaq.. Hehehehe..



Semoga bahagia sahabat2 ku semua... :-)

4 comments:

mohd noor fathi b montalib said...

tahniah.. moga berbahagia dunia akhirat (^_^)

Ustaz Huzaifah said...

salam,

ust kimie pulak bila lagi??

i.Allah, didoakan semoga ust kimie akan munurut jejak langkah ahli bait xlama lagi...=)

mabruk dan tahniah buat ust daud dan isteri...

Affan Ruslan said...

*Bila plak saksi ni nak akad nya??

Hehe.

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

dato' huzaifah: sy? ada jodoh esok pon kawen.. :-)

affan : saksinya insyaAllah pas ni.. :-)