Sambungan dari yang lepas.....
Kelu lidahnya bila mengetahui Razman yang menelefon. Namun dia masih cuba buat seperti tiada ada apa yang berlaku. Mukanya sedikit risau. Handset masih di tangan. Dia teragak2 samada perlukah meneruskan talian atau mematikan saja. Mukanya masih kelihatan slumber. Tapi hatinya mula berdebar2. Apa agaknya tujuan Razman menelefonnya. Adakah kerana peristiwa lepas? Seminggu yang lepas Razman pernah dimalukan Najwa secara 'beradab'. Adakah hari ini Razman ingin membalas dendam pula? Mungkin dengan cara memarahi aku sepuas mungkin? Atau sebaliknya? Najwa masih bermain dengan perasaan sendiri.
"Ustazah.. Ada tak ni?"
Kecamuk fikirannya dipotong Razman yang langsung menegurnya kerana masih tiada jawapan balas. Najwa jadi serba salah. Perlu jawab atau matikan panggilan? Dia mula gelabah. Peluh mula mengalir di dahinya. Jauh disudut hatinya rasa bersalah pada Razman kerana peristiwa lalu. Dia perlu putuskan segera tindakan susulannya. Akhirnya dia meneruskan saja talian itu.
"Eerrkk, yee.. Adee.." lembut bicaranya. Dia mula risau jika Razman langsung memarahinya. Dia tetapkan hati untuk menerima apa saja yang berlaku. Peristiwa lepas menyebabkan dia mula kasihankan Razman. Keinginan untuk meminta maaf itu kadang2 menjelma di benaknya.
"Minta maaf kerana menganggu enti malam2 ni. Ana ada benda nak cakapkan ni." Razman tiada langsung tanda2 ingin menyerang Najwa. Najwa sedikit lega bila mendengar santunnya bahasa Razman.
Perasaan ingin meminta maaf itu kadang kala bermain di fikirannya. Tapi egonya lagi kuat menguasai diri. Tiba2 saja dia jadi tak keruan. Rasa tidak puas hatinya pada Razman mula membibit. Syaitan mula membisik supaya usah pedulikan Razman. Sedangkan dulu dia juga pernah melukakan hati Razman. Sepatutnya ungkapan maaf perlu dilafazkan diawal perbualan mereka tadi. Najwa masih bermain perasaan sendiri. Namun tak disangka2...
"Ade ape tepon ana malam2 ni? Ana rase dah takde ape lagi untuk kita bualkan. Kan ana dah tolak lamaran enta? Ape lagi yang enta nak?"
tiba2 terpacul kalam seperti itu dari bibirnya. Kalam2 yang bisa menyakitkan kembali hati Razman. Razman terdiam seketika. Mungkin ketidakpuas hatiannya pada Razman masih belum reda. Razman faham benar hati perempuan. Razman terus mematikan panggilan. Tak mahu jika 'musibah' lain pula yang akan menimpa. Najwa masih membatukan diri.
"Alamak, ape yang aku dah buat ni? Aku tak sepatutnya cakap camtu kat die. Die langsung tak tinggi suara atau marah dengan aku... Aku plak yang tak beradab ngan die. Ape aku ni???"
timbul sedikit penyesalan dengan tindakan terburu2nya itu. Berkali2 dia menampar pipinya. Seolah2 marah kepada diri sendiri dengan kalam2nya tadi. Sekali lagi dia telah melukakan hati Razman. Setinggi2 ego Najwa pun, namun masih ada sisa belas kasihannya pada Razman. Mungkin sekarang dia mula nampak sesuatu iaitu sinar bahagia yang semakin mendatang. Dia mula berbelah bahagi di antara ego dan belas kasihannya pada Razman. Paling Najwa terkejut bila kelopak matanya mula bergenang air mata. Cepat2 dia mengesatnya. Dia hairan mengapa perlu bergenang air mata hanya kerana seorang lelaki? Egonya mula menguasai diri. Mengalahkan rasa belasnya pada Razman tadi. Tapi Najwa tidak boleh tipu diri sendiri bahawa dia telah menitiskan air matanya untuk seorang lelaki yang bernama Razman! Mungkin dia sudah mula merasakan penyesalan dengan perbuatannya selama ini terhadap Razman...
********************
Razman menyandarkan kepalanya dikerusi. Hadi dari tadi memerhatikan saja kelakuan kawan baiknya itu. Sedikit kecewa Razman terhadap reaksi Najwa tatkala dia menelefonnya tadi. Apa lagi Najwa yang masih tak puas hati denganku? Bisik hati kecilnya. Hadi menegur Razman dari belakang. Diusap lembut bahu Razman. Razman lantas memandang Hadi.
"Man, apa lagi ni? Yang dah lepas, lepas la. Watpa hang nak pikiaq lagi. Dia dah terang2 tolak lamaran hang. Bukan tu saja, siap dia hina hang plak tu. Ramai lagi ustazah2 Mansurah ni Man..."
tegur Hadi. Razman mengambil tempat yang selesa kerana ingin berbual sedikit bersama Hadi. Razman menceritakan peristiwa singkat tadi kepada Hadi. Hadi mengangguk faham.
"Man, cuba hang tengok tu... Dia masih lagi tak puas hati kat hang. Dah laa.. Tak yah pikiaq dah pasai dia. Nanti mudorat plak diri hang tu. La ni pon aku dah tengok hang tak seceria dulu. Rileks Man..." pujuk Hadi. Razman faham maksud kawannya itu.
"Aku tau Di.. Tapi hati aku ni betoi2 dah sayang kat dia. Aku yakin dan berharap akan memiliki dirinya jugak suatu hari nanti... Aku dapat rasakan Di... Aku pasti dapat takluki hatinya juga nanti..."
balas Razman. Lemah bicaranya. Hadi pula kasihan dengan keadaan kawannya itu.
"Hurm, apa2 pon, hang pikiaq laa mana yang terbaik untuk diri hang Man..... Sebagai kawan, aku dah puas nasihati hang..... Dekatkan lagi hati kita ini dengan ALLAH. Pasti ada ketenangannya di situ. Takpala Man. Jaga diri2 elok2..." Hadi melangkah perlahan menuju ke biliknya meninggalkan Razman sendirian di ruang tamu.
"Najwa, Najwa....... Kau memang seorang yang unik... Aku pasti akan memiliki dirimu jua... "
bisik Razman sambil menundukkan kepalanya....
*********************
2 hari berlalu....... Malam sudah lama bertandang. Angin malam bumi Mansurah sedikit dingin walaupun musim panas sudah mula menjengah. Peperiksaan fasa kedua makin hampir. Pelajar2 pengajian Islam sekitar Mansurah masing2 sedang berkalut sibuk bersama kitab2 mereka. Masa yang ada itu digunakan sepenuhnnya menumpukan perhatian untuk peperikasaan yang bakal tiba. Pihak DPMM pun tidak jemu mengeluarkan iklan untuk menaikkan semangat setiap pelajar. Pelbagai program ilmiah diadakan bagi memastikan peratusan lulus tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. Orang Arab setempat sudah mula keluar berpusu2 membawa keluarga masing2. Mereka sibuk berkelah di padang rumput sambil menikmati angin malam. Permandangan ini adalah biasa di negara Mesir. Bila datangnya musim panas maka penuhlah rakyatnya di luar rumah bersama keluarga masing2.
Kelihatan Najwa termenung jauh di balkoni rumahnya. Memikirkan masalah yang sering bermain di fikirannya. Apatah lagi masalahnya bersama Razman. Seperti masih belum selesai. Dia pun tidak tahu, mengapa sejak peristiwa Razman menelefonnya kelmaren, hatinya sentiasa teringatkan Razman. Sudah puas dia menepis perasaan itu. Tapi semakin hari semakin membarah dalam hati. Seboleh2nya dia cuba menyembunyikan rasa itu dari kawan2nya yang lain. Seolah2 seperti tiada apa yang berlaku. Kenapa aku begini? Adakah hati aku sudah mula membenarkan seorang lelaki bertakhta di dalamnya? Oh tidak! Aku bukannya begitu. Lelaki semuanya sama! Suka permainkan hati dan perasaan perempuan. Najwa terkenang kembali peristiwa tatkala ayahnya memarahi ibunya sehingga membawa kepada penceraian. Ketika itu Najwa belum lagi datang ke Mesir. Geram hatinya bila ayahnya tidak pedulikan mereka sekeluarga. Yang dia tahu hanyalah marah dan terus marah. Susah untuk mereka mendapat kasih sayang dari seorang ayah. Dia bertambah pilu bila melihat adik2nya yang masih kecil. Hanya berpelukan takut tatkala ayah mereka memarahi ibu. Apatah lagi ketika ayahnya melafazkan cerai kepada ibunya. Adik2nya yang lain masih tidak tahu apa2. Sejak dari peristiwa itu dia begitu anti dengan lelaki. Ditambah pula egonya yang tinggi, semakin merebak rasa itu dalam hatinya. Seperti tidak boleh diubati lagi. Bukannya dia tidak tahu hukum hakam. Mungkin kerana terlalu mengikut perasaan. Syaitan dan nafsu lebih mudah masuk jarum ketika hati manusia jauh dari Tuhannya..... Ditambah pula Najwa merupakan pelajar agama, bukan calang2 syaitan yang dihantar untuk 'menguasai' dirinya.... Sebagai manusia biasa, usah jemu berdoa dan mengharapkan pertunjuk dari ALLAH....
"Awaa..... kau nak pegi betol2 ke sungai Nil ni?" tiba2 sapa Nur dari belakang.
Lamunannya terhenti di situ saja. Dipaling cepat2 ke arah Nur.Muka jadi lain ketika ditanya begitu. Malam ini sepatutnya memang mereka akan ke pinggiran sungai Nil seperti yang pernah Nur nyatakan pada hari sebelumnya. Nur yang mencadangkan malam ini. Tapi mengapa pula dia bertanya lagi seperti berat saja untuk pergi?
"Aik, kau jugak yang cadangkan malam ni kan? Mestilah jadik. Camne member2 yang lain? Diorang dah bersiap ke belum? Aku dari tadi dah siap dah." semangat benar Najwa.
"Eerrm.. Awa, sebenarnye diorang tak jadi pergilah. Sebab masing2 sibuk nak pekse kan.." itu pula jawapan Nur pada Najwa. Najwa benar2 kecewa dengan jawapan itu. Kelmaren dia beria2 ingin pergi. Mana mungkin malam ini tidak jadi pula. Dia dah bertekad. Akan pergi juga.
"Apa ni Nur.... Ari tu kau juga cadangkan malam ni. Tengok apa dah jadi sekang? Aku tak kira, aku nak pergi jugak. Kalau korang tak mau pergi pon, biar aku sorang je yang pergi!!!" bentak Najwa.
Dia meluru laju melintasi Nur. Mengakibatkan Nur ke tepi sedikit kerana tolakan perlahan oleh Najwa. Nur cuba menghalang. Namun sia2. Najwa menutup deras pintu rumah. Nur mula risaukan Najwa. Tak masuk akal untuk dia ke sungai Nil berseorangan begitu! Walaupun Nur juga pernah keluar ke sungai Nil malam2, tapi itu beramai2.. Nur lantas mencari Intan, menceritakan tindakan nekad Najwa tadi. Intan juga mula risau. Dicapainya handset. Cuba menelefon seseorang......
****************
Najwa terus berlalu pergi di tengah2 kelam malam bumi Mansurah. Angin sepoi2 bahasa yang terkadang datang menghempas lembut mukanya sedikit mendinginkannya. Lorong sunyi yang sering dilaluinya itu menjadi tempat yang selamat untuk lari dari pengetahuan ustaz2 atau pihak Hisbah. Tak sunyi di bibirnya berleter bila mengenangkan perbuatan Nur tadi. Sebelum ini Najwa pernah minta sungguh2 pada Nur untuk temankannya ke sungai Nil. Namun Nur memberikan alasan dan mencadangkan pergi saja pada malam ini. Tiba2 pula berlaku perkara yang tidak diingini. Sebab itu marah benar Najwa pada Nur dan kawan2nya yang lain. Dia cepat2 menahan teksi berseorangan. Berkali2 kepalanya melihat sekeliling. Takut2 dinampaki ustaz2 Mansurah. Hatinya puas untuk seketika kerana berjaya melepasi halangan awal.
Di tempat lain, Razman mula keluar dari rumah. Intan baru saja menelefonnya tadi memberitahu hal yang sebenar. Razman risau benar. Dia rasakan seperti ada sesuatu yang tak kena bakal terjadi. Dicepatkan langkahnya. Dia tidak ajak Hadi bersama. Entah mengapa tidak pula untuk malam ini. Selalunya jika berlaku perkara kecemasan begini, pasti Hadi ada bersama. Najwa sudah sampai di pinggiran sungai Nil. Nyaman! Itulah yang dirasakannya. Dapat lihat pula kapal2 kecil yang berlayar perlahan bersama penumpang2 yang majoritinya penduduk setempat. Kedengaran lagu2 arab didendangkan di atas kapal. Kanak2 riang joget ke sana ke mari. Tiba2 dirinya disapa seseorang. Cepat2 dia kalihkan kepala. Seorang gadis arab terpacak betul di depannya. Apa yang diinginkannya? Najwa kehairanan.
"Assalamu aleik... Izayyik.. Kuwaisin yakni?"
"Assalamualaik... apa khabar.. Ada baik kah?"
sapa gadis arab itu dalam bahasa pasar Mesir. Seolah2 sudah kenal benar dengannya. Najwa masih terpinga2. Namun dia masih mampu mengawal keadaan.
"Aliekissalam... Alhamdulillah kher.... 'Aiz eih"
"Alaikissalam..Alhamdulillah baik2 saja... Nak apa?"
balas Najwa dalam loghat pasar Mesir juga. Gadis itu kelihatan begitu sopan menyantuni Najwa. Najwa pun berbaik sangkalah pada gadis arab tersebut. Dia pun tak syak apa2. Muka gadis itu juga berseri2. Pakaiannya tidaklah ketat seperti kebanyakkan gadis arab yang lain. Najwa benar2 bersangka baik walaupun tidak pernah kenal atau berjumpa. Perwatakan begitu betul2 mempengaruhi Najwa.
"Ana 'aiz kallim ma'ak..."
"Aku nak cakap dengan kau...."
balas gadis arab itu kembali. Najwa masih tidak syak apa2. Dia pun ikut saja kehendak gadis tersebut. Najwa mula berjalan perlahan2 bersama gadis arab tadi.
"Kallim eih? Ana mush fahim.....?"
"Nak cakap apa? Aku masih tak faham....?" tanya Najwa sambil langkahnya perlahan mengikut gadis itu.
"Ta'ali ma'ayya...."
"Jom ikut aku sama2.."
gadis itu tidak bercakap banyak. Seperti itu juga Najwa. Diikut saja gadis arab itu membawanya. Sebetulnya sikit pun dia tak syak apa2. Melihat kepada perwatakan dan cara gadis itu bercakap. Tak mungkin dia ada niat lain? Fikirnya. Tapi semua sangkaannya mula berubah bila gadis arab itu membawanya melalui lorong sunyi. Najwa mula rasa lain. Tanpa berfikir panjang lagi, dia cepat2 melarikan diri. Namun gadis arab itu cepat lagi menghidu tindakannya. Ditarik kemas tangan Najwa. Langkah Najwa mati di situ juga. Apa yang memeranjatkan Najwa lagi bila muncul 2 orang pemuda arab keluar pula dari celah2 lorong gelap yang berhampiran. Najwa semakin risau. Bala apakah yang akan menimpa dirinya? Rupa2nya gadis arab itu hanya sebagai umpan saja. Sebetulnya gadis tadi juga merupakan 'geng' dari 2 orang pemuda arab tadi. Najwa sudah terjerat! Dia mula menangis bila menghadapi situasi itu.Mukanya jadi lain. Ketakutan yang amat! Tak disangka hajatnya untuk mencari ketenangan dan keseronokkan malam ini berlaku menjadi peritiwa hitam baginya. Dia mula meronta2 ingin melepaskan diri. Dia hampir berjaya kerana kudrat si gadis arab itu tidaklah begitu kuat. Tapi dia hampa bila salah seorang pemuda arab tadi mula masuk campur. Direntapnya lengan Najwa sekuat mungkin. Dan akhirnya Najwa tidak berdaya lagi untuk meronta2. Cukup bagi pemuda arab tadi memeluk erat tubuhnya, menyebabkan Najwa sudah tidak mampu untuk bergerak2 lagi. Ketika itu dia tidak putus2 berdoa moga ALLAH selamatkannya.. Berderai air mata Najwa membasahi pipi. Ia mengalir deras. Di saat itu dia mula menyesali perbuataannya. Baginya biarlah mereka ambil saja kesemua barang2nya. Tapi janganlah diragut atau cabul harga dan kehormatan dirinya. Dia ingin menjerit sekuat mungkin. Cepat lagi pemuda arab tadi memekup mulutnya. Beg tangannya mula dirampas. Gadis arab tadi terus membawa lari jauh beg tangannya tadi. Najwa menyangka, sudah tamat perbuatan mereka itu. Tiba2 datang lagi seorang pemuda arab mengheret Najwa ke tempat lain. Ketika itu Najwa sudah putus asa segala2nya. Dia dah dapat rasakan harga dirinya kali ini pasti diragut oleh mereka yang keji itu. Menangis bukanlah penamat segala musibah. Air matanya seolah2 sudah kering. Nak dijerit minta tolong, mulutnya terkunci rapat oleh mereka. Bayangkan bila tangan orang arab yang besar itu memekup mulutnya! Dia sudah mula hilang pengharapan. Nafasnya seakan berhenti kerana tangisnya yang terlampau. Hatinya meraung seboleh mungkin. Tapi siapa yang akan mendengarnya???
"Debuuukkkk!!!" tiba2 satu tendangan yang kuat singgah tepat di kepala pemuda arab yang dari tadi memegang erat tubuh Najwa. Tendangan itu menyebabkan Najwa bebas dari pelukan pemuda itu. Walaupun pemuda arab itu tinggi, akhirnya tersungkur juga dek kerana sepakan tadi. Najwa masih terpinga2 apa yang sudah terjadi. Dia juga pelik kenapa tiba2 saja dia sudah bebas. Rupa2nya Razman yang dari tadi lagi mengekori Najwa akhirnya sampai tepat pada masanya. Bila melihat saja kawannya masih pening2 kerana terkena tendangan tadi, salah seorang dari pemuda itu mula menyerang Razman. Berbekal ilmu persilatan yang pernah dipelajari oleh Razman, dia tenang menghadapi 2 orang pemuda arab itu. Najwa masih samar2 siapakah gerangan lelaki yang datang menyelamatkannya itu. Lorong sunyi yang gelap itu menyukarkan pandangannya untuk mengecam siapakah lelaki tersebut.
"Lari cepat!! Biaq saya uruskan depa niii!!!! Awak takda masa dah.." jerit Razman.
Najwa jadi serba salah. Ingin lari atau........
"Lari saya cakap!!!!!" bila dengar saja jeritan kedua Razman itu dia terus melarikan diri. Mujurlah dia memakai seluar di dalam kain jubahnya. Diangkatnya jubah itu dan terus memecut laju. Najwa lari secepat mungkin. Air matanya masih berguguran. Dia tidak memikirkan apa lagi melainkan selamatkan diri saja.
*****************
3 hari kemudian, Najwa masih trauma dengan kejadian yang berlaku. Pengalaman pahit dan hitam yang pernah dilalui dalam sejarah hidupnya. Tak pernah seumur hidupnya menyangka akan ditimpa sebegitu rupa. Dia sentiasa murung. Kadang2 dia menggigil ketakutan. Intan, Nur dan kawan2nya yang lain sentiasa berada di sisinya memulihkan kembali semangatnya. Namun walau bagaimana pun, jutaan terima kasih perlu diberikan kepada Razman yang telah menyelamatkan dirinya. Jika Razman tidak ada malam itu, pasti kehormatannya sudah diragut manusia durjana itu!
"Inn.... Inntaann.... Sape yang selamatkan aku malam tu?" tiba2 saja Najwa bersuara perlahan. Sedikit ketar bicaranya. Intan mendekatinya. Dia memeluk erat tubuh Najwa.
"Razman yang selamatkan kau malam tu. Aku yang bagitau die yang kau keluar umah sorang diri. Die terlalu risaukan kau, sebab tu die ekori kau dari awal lagi. Sekang die ada di hospital kerana dapat sikit kecederaan. Dengar kate kepalenye cedere sebab di hentak benda keras." balas Intan.
Terbeliak matanya, terkejut! Tak disangka lelaki pada malam itu adalah Razman. Lelaki yang pernah dia malukan dahulu. Timbul seribu penyesalan dalam hatinya. Dia menyesal. Kini barulah dia sedar segala2nya. Dia memang kejam kerana sikapnya selama ini. Tak kira samada dengan Razman atau sesiapa saja. Tambah2 lagi terhadap Razman. Peristiwa hitam pada malam itu benar2 mengajarnya sebuah keinsafan!
"Mane die? Mane? Aku nak jumpe die... Aku nak jumpe die.. Aku nak jumpe die Intaaaaann..." tangisannya mula kedengaran. Air matanya awal2 lagi sudah berderai membasahi pipi. Intan cuba mententeramkan keadaan. Mereka cuba menenangkan jiwanya. Keadaannya tidak tentu arah. Nur cepat2 memeluk erat tubuhnya.
******************
"Macamana keadaan kamu sekang ni Man? Dah rasa ok sket ke?" tegur ustaz Khairul pengerusi DPMM.
Dia datang menziarahi Razman bersama2 Hadi dan beberapa orang lagi Exco DPMM. Razman masih lagi mendapatkan rawatan lanjut di hospital berdekatan. Kepalanya cedera kerana di hentak objek keras. Ketika peristiwa itu, Razman berjaya menumbangkan seorang daripada mereka. Tanpa disangka2. Salah seorang dari mereka menghentak Razman di kepala dengan kayu. Razman masih mampu berdiri lagi ketika itu. Sempat lagi dia memberikan 'buah maut' kepada si arab itu sebelum Razman rebah ke bumi. Selepas dari itu dia tidak tahu apa2 lagi. Sedar saja sudah berada di hospital. Hadi menyatakan padanya, ada seorang arab yang menghantarnya ke hospital. Arab itu terlihat Razman terkujur kaku. Dibawanya terus ke hospital berdekatan. Razman mengangkat sedikit tubuhnya. Lemah pergerakkannya. Hadi cepat2 mengambil bantal untuk lapikkan kepalanya.
"Najwa camna? Dia ok ka?" tiba2 saja soalan itu yang terpacul dari mulut Razman. Bertanyakan khabar Najwa.
"Amboi2.... Ingatkan nak tanya khabar kita ka atau ahli bait dia. Ustazah Najwa jugak yang dia risaukan dulu? Ish2..." ujar ustaz Saifuddin, exco Sukan DPMM sambil berseloroh. Mereka yang hadir turut ketawa kecil dengan kata2 ustaz Saifuddin itu.
"Hang ni kena kawen cepat2 dengan si Najwa tu Man oi.. Maklumlah hero dah selamatkan heroin.. " sampuk ustaz Amar pula selaku exco Penerangan DPMM. Mereka ketawa lagi. Gamat sedikit suasana hospital ketika itu. Razman hanya mampu tersenyum saja mendengar usikan dari kawan2nya itu.
******************
Sudah sebulan peristiwa hitam itu berlalu. Najwa lebih banyak berdiam diri. Tidak banyak menegur sapa kawan2nya. Intan, Nur dan kawan2nya yang lain tidak mahu mengganggunya. Mereka sengaja memberikan Najwa masa yang banyak untuk menenangkan kembali hatinya yang masih berbaki sisa traumanya dulu. Kini Najwa sudah benar2 insaf. Dia benar2 menyesal dengan apa yang telah berlaku. Sikapnya yang keras itu telah banyak menyusahkan orang lain. Ramai yang telah makan hati dengan egonya itu. Apatah lagi ada yang hampir2 makan korban. Razman nyaris2 terkorban hanya demi menyelamatkannya. Sedangkan perkara yang dilakukannya itu sia2. Berkali2 dia menangis di sejadah sembahyang. Memohon ampun dengan apa yang telah dia lakukan. Dia juga berharap sangat2 dapat meminta maaf kepada umum terutamanya Razman! Nabi pernah bersabda dalam mafhumnya, "Dosa bagi orang yang menyakiti hati saudaranya lebih besar daripada berzina. Sedangkan jika seseorang itu berzina dan cepat2 bertaubat, nescaya ALLAh akan ampunkan dosanya. Tapi jika kita menyakiti hati saudara kita dan dia tidak maafkan kita, ALLAH juga tidak ampunkan dosa kita."
Bertambah deras air matanya mengalir bila terkenangkan hadis Nabi tadi. Seboleh2nya ingin saja dia berjumpa dengan mereka yang pernah disakitinya dulu. Terbayang dibenaknya wajah Razman. Dia betul2 ingin berjumpa dengan Razman. Dia dah banyak kali menyakiti hati Razman. Adakah Razman masih sudi memaafkannya? Tak mungkin! Bisik hati kecilnya.
"Ya ALLAH.... Apa yang aku dah lakukan ini? Aku telah banyak menyusahkan orang lain. Aku dah banyak sakiti orang lain. Adakah masih ada sinar keampunan itu? Peristiwa hitam yang kau timpakan pada aku itu benar2 telah menyedarkan aku... Ampunilah dosa2ku ya ALLAH....."
lemah bicaranya. Doa dipanjatkan. Air mata masih mengalir. Kali ini barulah dia sedar cinta Razman padanya. Walaupun dia pernah malukan Razman namun sedikit pun Razman tak pernah berdendam dengannya. Barulah dia tahu bahawa Razman benar2 ingin memperisterikannya.. Razman sanggup ekorinya kerana terlalu risaukan dirinya. Maafkan aku Razman. Najwa meraup tangannya ke muka. Dia terlena di atas sejadah sembahyang. Air mata masih menjadi penemannya. Intan juga menitiskan air mata melihat Najwa. Kejadian yang menimpa Najwa itu juga telah menyedarkan mereka. Iaitu mereka juga sering keluar malam2 tanpa mushrif(peneman dari kalangan ustaz2). Balik lewat sehingga maghrib datang menyapa. Apa yang akan terjadi pula jika berlaku pada mereka?
******************
Razman sudah berada di rumah. Hadi selalu berada di sisinya. Kawan baik yang sentiasa memberikan kata2 nasihat dan semangat padanya. Razman benar2 terharu. Kepalanya masih berbalut. Lukanya masih terasa walaupun makin sembuh. Razman dikenakan beberapa jahitan. Darahnya banyak mengalir ketika kejadian berlaku. Hadi datang membawa air kepadanya. Razman membetulkan kedudukannya. Bersandar sedikit di kepala katil.
"Rehat laa Man. Jangan banyak bergerak sangat. Kepala hang tu tak ok lagi tuu.."
"Yaaa. Terima kasih banyak Di.. Hang banyak tolong aku Di..." balas Razman.
"Dah laa Man. Jangan dok wat teruk plak.. Rehat jaa..."
Razman menguntum senyum. Terharu dengan Hadi. Tiba2 handset Razman berdering.
"Intan?Awat plak dia tepon aku ni?" tertera nama Intan di skrin handsetnya.
"Assalamualaikum ustaz.... Camne dengan keadaan ustaz sekang ni? Dah makin ok ke?" tanya Intan ingin mengetahui khabar Razman.
"Hurm, alhamdulillah dah ok skit. Camna keadaan Najwa sekang? Dia ok tak? Dah lama tak dengar berita dia." risau benar Razman dengan keadaan Najwa. Intan benar2 terharu dengan cara Razman itu. Walaupun Najwa pernah lakukan macam2 padanya, namun Razman masih mengambil berat tentang Najwa.
"Dia ok ja.. Cuma kami biarkan saja die. Tak mau ganggu die sangat. Nak bagi die mase. Untuk tenangkan balik hati tu.. Tapi kan ustaz.....'
"Kenapa ustazah? Apa yang dah berlaku kat dia??" tanya Razman bersungguh inginkan kepastian.
"Dia sekang ni kalau waktu tido malam2 mesti meracau sebut name ustaz... Bile die terjage je die menangis2... Kami risau jugak dengan keadaan die camtu..."
Razman sedikit tersentak. Dia pun tak tahu ingin buat apa. Dia mula menyedari Najwa pun sudah mula boleh menerimanya. Panggilan mereka berakhir setelah Razman menyatakan sesuatu pada Intan. Intan mengangguk faham.
********************
"Tuk, tuk!"
pintu bilik Najwa diketuk Intan.
"Masuklah..." Najwa membenarkan Intan masuk ke biliknya.
"Kau ok ke, Awa...?" sapa Intan lembut.
"Alhamdulillah. Bleh la sikit2... " balasnya.
"Awa, aku ade hajat nak bagitau kau ni. Berkenaan ngan Razman." Najwa terus mendongakkan kepalanya bila mendengar saja nama Razman. Dia betul2 berminat ingin mendengar penjelasan seterusnya dari Intan.
"Apa die Intan?? Cepatlah bagitau aku... Aku nak tau ni.." ujarnya sambil menarik lembut baju Intan.
"Camni..... Razman ade pesan kat aku... Kau masih marahkan die ke??? balas Intan bersahaja. Terkejut Najwa bila mendengar pertanyaan dari Razman itu. Kelopak matanya mula bergenang manik2 jernih. Dia sungguh terharu bila Razman masih sudi mengingatinya.
"Betol ke Intan die tanye camtu??? Betol ke?? Sungguh Intan, aku tak marahkan die pon.. Tak Intan, taaakk. Bahkan aku kini benar2 sayangkan die.." air matanya mula mengalir deras. Najwa menggoncangkan tubuh Intan untuk mengetahui kalam seterusnya dari Razman.
"Yeee... Semalam aku tepon die untuk tanyakan khabar.." Intan menyambung kembali bicaranya.
"Die ok ke? Camna keadaan die? Bagitau la aku Intan." bersungguh2 Najwa ingin mengetahuinya. Intan sedikit terkejut dengan tindakan Najwa itu. Dia juga mula terharu.
"Satu lagi die pesan kat kau, esok die nak tepon kau. Ade bende die nak bagitau kau..."
"Betol ke Intan?? Kau tak tipu aku ni? Terima kasih Intan....." dia memeluk erat tubuh Intan sambil air matanya tidak henti2 mengalir. Dia dapat rasakan bahawa Razman masih sudi menerimanya kembali. Tidak sabar2 untuk dia meminta maaf pada Razman.
Esoknya Najwa sudah tercegat lama di depan handset. Handsetnya dari pagi lagi sudah digenggam kemas menanti panggilan dari Razman. Ke mana saja dia pergi, pasti handset sentiasa berada d sisi. Handsetnya berdering............... Tertera nama Razman.
"Assalamualaikum awak.. awak sihat ke??" gopoh gapah Najwa bertanyakan khabar Razman.
"Waalaikumussalam.. Alhamdulillah sihat.... Awak sihat ka??' tenang saja Razman membalas pertanyaan. Najwa mula tidak senang duduk bila mendengar suara Razman.
"Awaakk, saye nak mintak.............."
"Takpa2.... Saya tak pernah berdendam ngan awak pon..." percakapannya lantas dipotong Razman. Razman sudah dapat mengagak bahawa Najwa ingin meminta maaf padanya. Hakikatnya Razman tak pernah marah atau berdendam dengan Najwa. Baginya, itu adalah ujian dari ALLAH untuk mengujinya bagaimana ingin berhadapan dengan sesetengah perangai wanita.
"Betol ke ni awak??? Awak tak pernah marah dan dendam ngan saye??"
"Betooii.... Awak jangan risaulah.." khusyuk benar Najwa mendengar kata2 Razman itu. Air matanya dari tadi sudah mula gugur.
"Ustazah Najwa..............." seru Razman.
"Yeeeee saye... Ade ape awak...." sahut Najwa lembut.
"Sudikah awak terima saya sekali lagi???" tanya Razman perlahan. Terbeliak mata Najwa bila mendengar Razman berkata begitu. Hampir saja handsetnya terlepas dari genggaman kerana terkejut dengan kata2 tadi. Kelu lidahnya sebentar. Tidak mampu untuk membalas pertanyaan Razman tadi. Bagaikan bulan jatuh ke riba! Perasaannya mula berbunga kegembiraan.
"Awaak....?" Razman menegurnya lagi kerana terasa seperti bercakap seorang diri.
"Yee, yee.... Saye ada je ni.." Najwa kelam kabut menjawab panggilan Razman itu.
"Saye secara jujurnya sudi, awak. Tapi......." Najwa berterus terang. Namun masih ada sisa dari kata2nya itu.
"Tapi apa?? Terus terang ja ngan saya."
"Saye malu... Sebab pernah menghine awak dulu. Adakah awak masih sudi menerima saye?" Najwa meneruskan kata2nya yang berbaki tadi. Dia masih mengesat air matanya. Razman senyum saja mendengar kata2 Najwa itu.
"Awak,awak..... Saya tak pernah pon berdendam ngan awak.... Dah la awak. Lupakan saja peristiwa lalu. Jangan di kenang lagi.." ujar Razman pula sambil meyakinkan Najwa.
"Awak plak.......... Adakah masih sudi ngan saye yang jahat ni?" tanya Najwa pula.
"Yaaa.... saya sudi menerima awak dan nak jadikan awak permaisuri hidup saya...." jawab Razman lembut. Najwa terkedu! Sekali lagi air matanya menitis kerana terharu dengan kesudian Razman menerimanya lagi.
"Assalamualaikum.." Razman meletakkan telefon bimbitnya.
*******************
Najwa sibuk di dapur membasuh sisa-sisa pinggan mangkuk. Tiba-tiba dia terasa pinggangnya dirangkul seseorang. Dikalihnya ke belakang. Kelihatan Razman memeluk erat pinggangnya. Sudah sebulan mereka mendirikan rumah tangga. Najwa terasa begitu bahagia setelah bergelar yang sah di sisi Razman. Terkadang itu dia tersenyum kecil mengenangkan perbuatan tidak matangnya dahulu terhadap Razman. Razman pula tidak pernah berdendam dengan Najwa bahkan sudi mengambil Najwa sebagai isterinya. Sikap Najwa pula tidak seperti dahulu. Benarlah kata Razman kepada sahabat baiknya iaitu Hadi suatu ketika dahulu. Dengan mengahwini dan sabar dengan sikap Najwa, Razman mampu untuk melembutkan hati Najwa.
"Apa abang ni. Tak nampak ke Awa tengah basuh pinggan ni.." ujar Najwa dalam nada manja.
Razman masih membatu di belakang Najwa. Semakin Najwa ingin mengelak, semakin kuat pelukan Razman.
"Biaq pi laa. Awa kan isteri abang. Suka hati abang laa." balas Razman bersahaja.
"Iya la. Tapi tengok la same. Kan Awa tengah membasuh ni." katanya sambil meletakkan pinggan ke tempat susunannya. Razman pula buat endah tak endah saja.
"Hehehehe, alaaa ustazah kerek ni juai mahai pulak." Razman memanggil isterinya dengan panggilan yang begitu popular bagi Najwa suatu ketika dahulu dengan tujuan ingin mengusik isterinya itu.
"Alaaa, sekerek-kerek Awa pon masih ada orang sudi lagi.." Najwa pula memperli Razman.
"Yaka ada orang sudi? Ish,ish... Sapa la ek laki tuuu.." soal Razman seperti tidak tahu. Bibirnya sentiasa menguntum senyum mengusik isterinya.
"Awa, abang ada sesuatu nak bagitau Awa ni.." kata Razman. Najwa masih belum selesai membasuh di sinki.
"Ape die?" balas Najwa..
"Hurm... Esok masih ada untuk abang terus menyayangi dan mencintai Awa.." kata Razman perlahan ke telinga Najwa.
"Awa pon same abang... Alhamdulillah kerana bertemu dengan abang.. Terima kasih abang kerana sudi menerima Awa ni..." Najwa terharu dengan ungkapan Razman tadi.
"Abang, cuba sebut sekali lagi yang abang kata tadi tu.." Najwa sengaja menguji Razman pula.
"Apa dia? Ustazah kerek tu ka? Oh, ya ustazah kerek.. Hehehe" balas Razman spontan.
"Ustazah kerek ek panggil kat orang, ambil ni." Najwa lantas merenjis-renjis air ke muka Razman tanda berseloroh sesama mereka suami isteri. Itulah antara kebahagiaan yang telah mereka kecapi.....
"Apa abang ni. Tak nampak ke Awa tengah basuh pinggan ni.." ujar Najwa dalam nada manja.
Razman masih membatu di belakang Najwa. Semakin Najwa ingin mengelak, semakin kuat pelukan Razman.
"Biaq pi laa. Awa kan isteri abang. Suka hati abang laa." balas Razman bersahaja.
"Iya la. Tapi tengok la same. Kan Awa tengah membasuh ni." katanya sambil meletakkan pinggan ke tempat susunannya. Razman pula buat endah tak endah saja.
"Hehehehe, alaaa ustazah kerek ni juai mahai pulak." Razman memanggil isterinya dengan panggilan yang begitu popular bagi Najwa suatu ketika dahulu dengan tujuan ingin mengusik isterinya itu.
"Alaaa, sekerek-kerek Awa pon masih ada orang sudi lagi.." Najwa pula memperli Razman.
"Yaka ada orang sudi? Ish,ish... Sapa la ek laki tuuu.." soal Razman seperti tidak tahu. Bibirnya sentiasa menguntum senyum mengusik isterinya.
"Awa, abang ada sesuatu nak bagitau Awa ni.." kata Razman. Najwa masih belum selesai membasuh di sinki.
"Ape die?" balas Najwa..
"Hurm... Esok masih ada untuk abang terus menyayangi dan mencintai Awa.." kata Razman perlahan ke telinga Najwa.
"Awa pon same abang... Alhamdulillah kerana bertemu dengan abang.. Terima kasih abang kerana sudi menerima Awa ni..." Najwa terharu dengan ungkapan Razman tadi.
"Abang, cuba sebut sekali lagi yang abang kata tadi tu.." Najwa sengaja menguji Razman pula.
"Apa dia? Ustazah kerek tu ka? Oh, ya ustazah kerek.. Hehehe" balas Razman spontan.
"Ustazah kerek ek panggil kat orang, ambil ni." Najwa lantas merenjis-renjis air ke muka Razman tanda berseloroh sesama mereka suami isteri. Itulah antara kebahagiaan yang telah mereka kecapi.....
TAMAT..........
p/s : Watak dalam cerita ini adalah rekaan semata2. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Kepada mereka yang pakar kritik, kritiklah cerpen aku kali ini. Banyak lagi kelemahan aku dalam menulis ni. Harap berikan tunjuk ajar....
10 comments:
salam..alhamdulllah cap gak cte ni..ape pon best sgt2..huhu terharu sampai bergeng armta..huhu..tahnah2..pelulsan pon makn baik..susun atur ayat pon bertambah baik..=')
salam..alhamdulllah ciap gak cte ni..ape pon best sgt2..huhu terharu sampai bergeng armta..huhu..tahniah2..pelulsan pon makn baik..susun atur ayat pon bertambah baik..=')
hehe...taruk markah A+ lah,woawww...udah bisa karang di buku dah ni ustaz kimi...hehe...hmmm,memang terharu sgt2lah cerita ini,yg terakhir tu hehe...tak sangka kluar pula air mataku...anyway,dah ada bakat terpendam dah ni ustaz kimi utk karang mengarang ni...hmmm...bila lg nak buat dlm buku novel pula...seronoklah baca...(~,~)
ermm..meh nk comment. hehe
macam dlm movie2 je..dan dan tu jugak hero mai noo..:P
ermm garapan yg teliti, cuma mungkin perlu improve penggunaan kata. cntohnya handset ditukar menjadi telefon bimbit. tak pun handphone.
best!best!...tp dlm cerpen jgn la guna bhs pasar..cth: menghina jgnla di tulis menghine...itu je..tq.
>nurislam :jgn banjir sdah laa.sediakn besen siap2 ek.hehehe
>Aini : Novel sy x mmpu bah.. Sbb sy bdk bru blaja...
>Z : Besalaa...bahasa pasar ja guna. mls nk baku2 sgt.. kan razman tu ikut najwa dri awl lg...mstilah dia dtg tpat pda masanya.hehehe
>Acikimah : Hehehe,'menghina' tu jadi KL skit. tu yg tulis menghine ja tuu.. tima ksih pda yg sudi komen yaa...
salam alaik..
klu laaa sy dpt zauj yg soleh, budi pekerti yg mulia,selalu menyangi seseorang walaupon seseorang itu still benci pdnya..
Terharu bace cerpen nie...
seakan-akan sy yg berada di tempat Najwa..
Ape pun teruskan penulisan..
nanti wat cerpan lg.."lusa still ada" haha
ler...awat xkwin ja lagi terharu..hihi
apapun..bravo! best.
>nur syira : semua org inginkan suami dan is3 yg baik..oleh itu jadilah seorang yg baik jua...
>Ummul : tu najwa dah kta sudi trima razman balik dan razman pon mmg sntiasa sudi ngn najwa...phm cita nya depa akn kawin jg la..hehehehe
Post a Comment