31 May 2009

JIKA MEREKA BERBAJU KURUNG,APA MASALAHNYA??

Assalamualaikum semua..

Tadi ada seorang ustazah tanya pada aku,

"Apa pandangan ustaz tentang akhwat yang memakai baju kurung di sini(Mesir)?"

Aku nak jawab permintaan dia tu,tapi tiba² dia hilang dari YM...Orang utara kata,pi mana pon xtau laa.

Tidak mengapa,aku cuba memberikan pandangan aku tentang permintaan ustazah tersebut.Aku bukanlah ingin membahaskan tentang aurat wanita islam khususnya.Kerana semua sudah maklum tentang aurat.Bahkan mereka yang kurang kerajinan ingin menutup aurat dengan sempurna pun tahu tentang kewajiban menutup aurat ini.Dalam Al Quran dan Hadis sudah jelas menyatakan perkara ini.Cumanya di sini aku ingin memberikan sedikit pandangan tentang ustazah²(pelajar Malaysia) di bumi Mesir ini yang berbaju kurung.

Semua orang sudah maklum,bila disebut sahaja ustazah² Mesir(panggilan ini merujuk kepada para pelajar puteri Malaysia yang belajar di bumi Mesir.),mereka ini bertudung labuh,berjubah dan berniqob(walaupun tidak semua berniqob.Tetapi majoritinya begitu.).Dan saya fokuskan lagi bahawa majoritinya ustazah² sini berjubah walau ke mana mereka pergi.Bahkan mendaki gunung sinai juga berjubah(hebat ustazah² sini.He³).Sudah menjadi 'adat' bagi ustazah² sini memakai jubah.Dan 'adat' ini bermula dari tahun berapa itu aku tidak pernah tahu.

Jika kita melihat situasi di Malaysia,lain dari sini.Lain yang bagaimana?Cuba kita melihat kepada pelajar puteri kita dalam pengajian Islam khususnya di pusat pengajian Islam tempatan,KUIN contohnya.Mereka kebanyakkan berbaju kurung dan bertudung labuh.Contoh yang aku ambil ini kerana aku pernah pergi sendiri ke KUIN dan meninjau lebih dekat di sana.Tapi aku berani kata juga bahawa di UIA,UKM,UM dan sebagainya pun majoritinya berbaju kurung dan bertudung labuh.Maka,perkara ini tidaklah menjadi pelik.Kerana apa?Kerana adat orang melayu kita sudah lama berbaju kurung dari zaman dahulu lagi(aku tak dapat nyatakan dari tahun bila.).Jadi perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik bagi orang Islam di Malaysia khususnya.

Salahkah berbaju kurung??

Di dalam Al Quran mahupun Hadis tidak menyatakan jenis pakaian yang perlu dipakai oleh muslimah.Tidak juga menyatakan perlulah berjubah,berbaju kurung,berkain sarung atau sebagainya.Yang dinyatakan dalam Al Quran ataupun Hadis ialah ciri² pakaian yang perlu dipakai oleh muslimah supaya pakaian itu mestilah menutup aurat dengan sebenar²nya mengikut syara'.Jika Quran menyatakan jubah sahaja pakaian yang menutup aurat yang sebenar²nya,maka ternafilah baju kurung itu sendiri.Jadi berbaju kurung tidaklah menyalahi syariat kerana ia mempunyai ciri² menutup aurat yang syara' gariskan.Begitulah juga perihalnya jika bertudung.Adakah tudung orang Malaysia sahaja yang menepati syara'?Atau tudung orang Indonesia sahaja?Ataupun tudung negara² Arab sahajakah atau negara² Islam yang lain?

"Dan katakanlah kepada perempuan² yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka(daripada memandang yang haram)dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;dan hendaklah menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka ataua bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak² mereka atau anak² tiri mereka atau saudara² mereka atau anak bagi saudara² mereka yang lelaki atau anak bagi saudara² mereka yang perempuan atau perempuan² Islam atau hamba² mereka atau orang gaji dari orang² lelaki yang telah tua yang tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak² yang belum mengerti tentang aurat perempuan dan jangalah mereka menghentak kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekelian kepada ALLAH,wahai orang² yang beriman,supaya kamu berjaya." (An nur 24:31)



"Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang-oarang beriman, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka" (QS Al Ahzaab 27).

Sila klik gambar untuk lebih jelas

Ayat ini jelas kepada kita bahawa kewajiban menutup aurat dengan sebenar²nya.Bukan hanya sekadar menutup urat.Dan ramai sekarang ini mereka hanya menutup urat sahaja.Dan tidak dinyatakan juga jenis tudung yang perlu dipakai.Adakah perlu pakai tudung bawal?3 segi?Bidang 60?Tudung Turki?Tudung Wardina?Mahupun tudung Mawi?Cukup sekadar pakaian itu sememangnya menepati syara',maka pakailah pakaian itu wahai wanita Islam sekeliannya.Jika kurang jelas hukumnya,rujuklah para alim ulamak.


Dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda,"Diantara yang termasuk ahli neraka adalah wanita yang berpakaian tetapi telanjang (kerana tembus pandang atau ketat mencengkam tubuh), yang berjalan berlenggak-lenggok (goyang, tari dan lainnya) sehingga menarik (syahwat). Mereka ini tidak akan masuk surga dan juga tidak akan mencium baunya."(HR. Muslim)



Di Malaysia amnya menjadikan baju kurung ini sebagai baju kebangsaan.Dan sememangnya ia menutupi aurat.Tidak ada lagi kenyataan² dari alim ulamak bahawa 'berbaju kurung tidak menepati syara''.Jika berbaju kebaya mungkin ada kerana ia ketat dan mencengkam di bahagian pinggang.Ia lebih menampakkan bahagian punggung si pemakaiJika dah ketat paham² saja lah.Hadis aku sudah datangkan.Dan baju kurung ini juga ada kelemahannya.Di mana?Kemungkinan dia kelihatan jarang.Maka seeloknya si pemakainya memakai kain dalam yang berwarna koko kalau tidak silaplah(apa nama entah?).

Jadi kesimpulannya tiada masalah jika berbaju kurung.Cuma warnanya perlulah jangan terlalu terang dan menarik pandangan.Berbaju kurung di Malaysia khususnya tidaklah menyalahi syariat apatah lagi nak dikatakan sebagai yang pelik??

Sekadar gambar hiasan


Dan kita pergi pula ke situasi negara Mesir yang rakyatnya(wanita)berjubah.Walaupun bukanlah semua.Sejarah pelajar puteri Malaysia berjubah di bumi Mesir ini tidak pernah dicatatkan tarikhnya.Maka aku tidak tahu bilakah mereka benar² berjubah.Jika dilihat kembali kepada sejarah pelajar² puteri di zaman 60 'an misalnya,mereka tidaklah berjubah.Tetapi celik² saja mata aku mengenal bumi Mesir ini,pelajar puterinya sudah berjubah jika ke mana² sahaja.Maka perkara ini sudah menjadi 'adat' bagi mereka.Adakah 'adat' ini salah??Oh tidak sama sekali. Bahkan aku lagi suka begitu.Setelah sekian lama ustazah² berjubah,tiba² datang zaman terkemudian ini membawa 'adat' Malaysia ke bumi Mesir ini.Ada dikalangan ustazah²(bukan semua)yang terkesan dengan fenomena ini.Ada juga dikalangan mereka yang kurang senang dengan gejala ini(berbaju kurung).Adakah salah jika berbaju kurung di bumi Mesir ini??Mengapa mereka yang berbaju kurung ini dipandang sinis oleh mereka yang tegar berjubah(tidak semua).Adakah kerana sudah sekian lama dihidang dengan mereka yang berjubah dan tiba² datang 'geng' berbaju kurung ini,maka 'geng' ini perlu dipandang serong?Ataupun ini adalah satu 'adat' yang pelik di pandangan ustazah² di sini?Adakah semua benda pelik itu salah di sisi Islam??Adakah begitu??Inilah persoalan yang perlu dirungkaikan.Jika benar mereka yang berbaju kurung ini salah etika pakaiannya,maka berduka lah pelajar puteri pengajian Islam khususnya di Malaysia sana.

Ada yang berhujah baju kurung tidak sesuai di sini.Benarkah?Kerana warna dan bunga² yang berada pada ukiran kainnya itu boleh menarik pandangan lelaki arab jika memandangnya.Benarkah begitu?Adakah di Malaysia tidak ada lelaki seperti di Mesir ini?Jika begitu bagaimana pula jubah yang berwarna terang meghelit(loghat utara)?

Aku pernah mendengar sendiri dari mereka yang berhaluan 'jubah' ini mengkritik mereka yang berhaluan 'baju kurung'.Aku hanya mendengar saja.Pihak PMRAM sendiri,setahu aku tidak pernah membuat pekeliling tentang larangan memakai 'baju kurung' ini(kalau salah betulkan).Jadi jika benar² ini adalah larangan dari pihak PMRAM sendiri,maka perlulah diwartakan diperingkat muhafazah.Tapi sehingga kini aku pun tidak pernah mendengar dari mulut pimpinan PMRAM itu sendiri.Maka aku menganggapkan 'larangan' ini lebih bersifat peribadi.Jika mereka yang berhaluan 'jubah' ini benar² ingin kikiskan pengaruh berhaluan 'baju kurung' ini,santunilah golongan ini elok².Usahlah berkata belakang atau menyindir secara pedas kepada mereka.Bahkan ada yang terlalu syadid meminggirkan 'geng baju kurung' ini.Pernah satu ketika,anak murid aku menceritakan peristiwa yang berlaku dikala hari raya.Golongan berhaluan 'baju kurung' tidak disalami kerana berbaju kurung.Adilkah begitu bagi mereka?

Jika benar mereka yang berhaluan 'jubah' ini ingin mengikis pengaruh golongan berhaluan 'baju kurung',lakukanlah dengan elok.Usah meminggirkan golongan ini.Apatah lagi mengata belakang.Kerana kita juga akan rugi.Aku tahu,mereka yang berhaluan 'jubah' ada hujah yang tersendiri.Aku hormati hujah mereka.Jika ditanya aku apakah pilihan aku?Aku akan memilih jubah.Aku juga lebih suka jika jubah menjadi pilihan pelajar puteri Malaysia di sini..Bagi aku jubah lagi sesuai d sini.Jika dipakai di Malaysia lagi terserlah ahsannya itu.

Tapi bagi golongan berhaluan 'baju kurung' ini juga ada hujah mereka.Kerana apa?Kerana berbaju kurung tidak salah di sisi syara'.Itu antaranya.Pernah kawan aku memberitahu padaku.

"Aku lebih suka akhwat berbaju punjab(kain baju yang jatuh sampai paras lutut).Sebab kalau kena kejar dengan arab senang nak lari." ujarnya.

Bagaimana anda ingin mengulas hujah ini?





Antara jubah yang diperagakan

Aku menasihati kepada pihak yang kurang menyenangi golongan 'berbaju kurung' ini,gunalah cara yang baik.Berjumpalah dengan mereka.Santuni elok².Tak akan selesai masalah jika kamu semua hanya berkata belakang,menyindir,mengumpat atau memandang dari jauh dengan penuh sinis.Itu jika benar² ada masalah bagi kamu.Jika tiada masalah bagi golongan ini untuk berbaju kurung,Tidak timbullah persoalan ini.Biarkan saja mereka dengan baju kurung mereka.

Dan jika perkara ini berlanjutan hingga memaksa kepimpinan Hewi DPM atau PMRAM melarang(kasar sangat tu)atau tidak menggalakkan pemakaiannya sekalipun,tidak salah untuk mereka yang berbaju kurung turut mematuhi arahan ini.Jika ada arahan seperti yang demikian itu...Tapi aku rasa seperti tiada saja.Sebab selagi arahan dari kepimpinan itu tidak menyalahi syara' kita wajib taati.Jika ada juga arahan tersebut,mungkin semua itu untuk kebaikan bersama.Tidak rugi pun untuk kita patuhi arahan pemimpin apatah lagi jika dari kepimpinan PMRAM khususnya.

Bagi aku,aku lebih suka jika berjubah saja.Tapi tidak bermakna aku memandang serong pada mereka yang berbaju kurung.

Jika masalah ini tidak diselesaikan dengan cara elok,aku takut akan berlakunya perpecahan dikalangan ahli.Aku tidak inginkan kerana isu pemakaian sahaja,ada di kalangan ahli bermasam muka dan tak bertegur sapa.Mungkin bagi sesetengah mereka tidak menganggap isu ini penting.Kalau tidak penting isu ini,aku ingin bertanya pada semua............Jika mereka berbaju kurung,apa masalahnya??





3 comments:

Z said...

uish..isu negara..tapi saya setuju la, walau tak puas hati atau ada ketidakfahaman..sila jumpa depan2 dan bawak bincang..bukan lah berkata di belakang..hurmm

Mohd Al-Amin Daud Al-Azhari said...

Assalamualaikum..

Ustazah kita ni pun satu..pakai baju kurung pun nak jadikan isu..pakai purdah pun nak jadikan isu..orang yang tak pakai tudung dan berpakaian ketat (spt yg ana nmpk sendiri) tidak plk nak pi dakwah mereka..macamana nak berdakwah di Malaysia gamaknya..yg lebih teruk dan lebih menjolok mata..sepatutnya yg pakai jubah lebih menunjukkan sikap dan akhlak yg baik..jgn sampai org kata "ingat semua yg pakai jubah dan purdah baik ke??"huhuhu..

Apa kata kalau kita kata sebahagian yg berjubah dan bertudung labuh tidak menutup aurat? sebab masik nampak susuk tubuh dan dada mereka..

Islam ajar kita supaya menutup aurat bukan menetapkan supaya pakai jubah atau baju kurung.itu hukumnya..bila kita faham ni jelas la..takkan ada masalah..

Bahkan Syeikh Ali Jumaah pernah memfatwakan pakai seluar juga diharuskan kepada wanita dengan syarat ia longgar dan menutup aurat.Apa lagi baju kurung..

Walaupun ana lebih suka yang berjubah tetapi menganggap ustazah yang ber"kurung" tidak menutup aurat merupakan pandangan yang tidak ada dalil..

Pakaila nak pakai apapun janji tutup aurat..ini kaedah yg Islam ajar..

Ana menyokong apa yang dijelaskan oleh Syeikh Hakimi dalam masalah ini..

Semoga Ustazah2 kita lebih matang dalam masalah ini..kita ckp ni bukan semua tapi sebahagian besar yg berada di bumi mesir ni..so jgn terasa pulak orang lain..ke guane Syeikh Kimi?

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

alamak....ni yg segan ni bila tok guru komen kt ruangan sy ni..aduuhh...tp tu laa masalahnya ustaz....mngkin krn mreka telah sekian lma disajikan dgn jubah ja,maka dtg bju kurung plk depa nmpk plik..tp sy tringat kta² ustz.."Adakah semua benda pelik itu salah?"