5 June 2009

"BUKANNYA DIAMBIL DARI KAKI LIMA KEDAI RUNCIT!!!"

Assalamualaikum semua.....

Entah mengapa selepas solat jumaat saja aku berkeinginan untuk menulis 'posting' yang terbaru ini.Jadi tanpa membuang masa lagi,jari jemariku terus ligat menari bersama 'keyboard' ini.

Apa itu i'tiqod Ahlus Sunnah wal Jamaah?

Aku rasa semua orang sudah maklum khususnya bagi mereka yang berada di dalam maqam ta'lim ini.Bila disebut saja Ahlus Sunnah wal Jamaah,terbayang dan tahulah di benak kita nama 2 orang ulamak hebat yang mempelopori ilmu aqidah ini.Iaitu Imam Abul Hasan Al Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi.

Tidaklah menginginkan oleh aku untuk bercerita tentang sejarah hidup 2 orang ulamak hebat ini secara 'tafsili'.Cukuplah rasanya aku bercerita tentang kepentingan dan kewajipan belajar ilmu ini(Tauhid).Ilmu Tauhid atau sinonimnya ilmu 'sifat 20' adalah salah satu ilmu fardhu ain(selain daripada ilmu Fekah dan Tasauf)yang wajib dipelajari oleh kita,yakni orang yang telah diberati syara' ke atas kita(mukallaf).

Di dalam pengajian ilmu aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah ini,kita akan jumpa dan mempelajari tentang sifat² ALLAH,apa yang wajib baginya,apa yang mustahil baginya dan apa yang harus baginya.Di samping itu juga,kita akan jumpa dan mempelajari juga tentang kenabian.Apa yang wajib baginya,apa yang harus baginya dan apa yang mustahil baginya.Dan banyak lagi tentang perkara² sam'iyat dan sebagainya.

Ilmu Tauhid atau ilmu Usuluddin ini wajib dipelajari secara ijmal(ringkas)dan dengan cara tafsil(huraian satu persatu)berserta dengan dalil ijmal.Menjadi fardhu kifayah mengetahui dalil secara tafsil.Ada juga(qila) pendapat ulamak mengatakan bahawa belajar secara dalil yang tafsil itu juga menjadi fardhu 'ain kerana umat di zaman ini sudah ramai sesatnya.Bagaimana tidak sesatnya jika tidak mengaji betul² ilmu ini.Apatah lagi bagi mereka yang tidak pernah tahu langsung ilmu ini?

Sebab itulah sekarang sudah muncul pelbagai ajaran sesat.Mengaku jadi rosul lah,menerima wahyu dari ALLAH lah dan banyak lagi dakwaan mereka.Mereka lebih suka mendakwa dakwi kepada orang ramai.Kerana apa?Kerana mereka mengaji aqidah hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga.Bila aqidah pun tidak mantap,maka mereka dengan mudah menyalahfahamkan kebenaran yang sebenar.Tidak hairanlah jika umat Islam sekarang mudah terikut dan percaya dengan dakwaan mereka ini.Terkadang itu mereka yang bijak pandai pun boleh terjebak dengan fahaman sesat ini.Mengapa?Kerana iblis dan syaitan sudah mula bertindak.Fikirkanlah.....

Di dalam Islam jelas menyuruh kita mempelajari ilmu ini di awal kehidupan kita.

'Awwaluddin ma'rifatullah'

Di dalam matan zubad juga ada menceritakan tentang kewajiban ini.

"Awal²(perkara agama)yang wajib ke atas manusia itu ialah mengenal ALLAH dengan sebenar²nya(yaqin)."

Dengan apa lagi kita hendak mengenal ALLAH taala jika bukan dengan ilmu Tauhid ini?Bahkan ibadat seseorang itu juga tidak akan sah(terima) oleh ALLAH jika tidak mempelajari ilmu aqidah ini..Sedangkan mereka yang kenal ALLAH taala dan dalam masa yang sama masih buat muksiat dengan ALLAH terkadang itu tidak diterima amalan mereka,apatah lagi bagi mereka yang tidak mahu dan mengaji langsung ilmu ini??Nau'zubillahi min zalik...

Namun dalam kita semua berkalut sibuk mempelajari ilmu ini,ada sesetengah mereka yang mengatakan ilmu aqidah ini ialah bida'ah dolalah.Tidak ada tempat ambilan.Dan banyak lagi dakwaan mereka.Wahai saudaraku yang dikasihi,jika mereka berkeras mem'bida'ah'kan kita dalam perkara furu',kita masih boleh berlapang dada lagi walaupun berat untuk kita terima dakwaan mereka itu.Namun jika dalam perkara aqidah seperti ini pun masih lagi mem'bida'ah'kan kita,kita tidak boleh berdiam diri.Ini soal pokok.Jangan bermudah² dengannya.!Oleh itu aku menyeru kepada semua sahabat² sekelian,kejapkan(kuatkan)dan mantapkan lah ilmu di dada untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Kita lah yang akan menjadi pembela dalam bab ini.Kerana kita ini orang yang berada di dalam maqam ta'lim.Takkan kita nak mengharapkan orang kampung(bukan memperlekehkan mereka)?Sedangkan mereka ini pula mengharapkan dan dahagakan ilmu dari kita semua???

Kita bukan bersifat penyerang....Tetapi mempertahankan diri bila diserang atau diganggu.Jika mereka mengatakan kita tiada dalil,mereka silap!Jangan ingat kita tiada dalil!Kita ada dalil!!Semuanya dalil diambil dari Al Quran dan Hadis.Bukannya diambil dari kaki lima kedai runcit!!!!!!!!!






No comments: