30 May 2009
PERTEMUAN YANG BERHARGA.........;-)
Assalamualaikum semua...
Hari ini aku nak menceritakan satu peristiwa bermakna yang berlaku beberapa hari lepas.Iaitu pertemuan berharga bersama Ustaz Al Amin Daud Al Mansuri Al Kalantani.Siapakah ustaz Al Amin ini?Beliau merupakan tok guru aku dalam bidang ilmu tauhid ahlussunnah wal jamaah di bumi Mansurah ini khususnya.Di samping itu juga beliau adalah tenaga pengajar bagi kelas tutorial sekitar Mansurah selain dari tenaga pengajar di Markaz DPMM.Dan beliau juga merupakan moderator 'soal jawab agama' di dalam web yang semakin meningkat naik namanya sekarang iaitu laman web 'iluvislam.com'.
http://www.iluvislam.com/v1/news.php
Aku sebenarnya sudah lama ingin mengadakan pertemuan bersama ustaz Al Amin,namun keadaan masih tidak mengizinkan sehinggalah ALLAH telah mengizinkan aku untuk menziarahinya di rumahnya berdekatan mau af.Dalam keadaan yang tidak dirancang,aku menyatakan hasrat aku di dalam yahoo messenger,lantas ustaz Al Amin memberikan respon yang baik.Sebetulnya aku masih tidak tahu lokasi sebenar rumahnya.Maka aku memberitahunya seeloknya beliau tunggu saja di mau af.Dia mengambil aku betol² di tempat perhentian tramco.Rupa²nya rumah beliau antara rumah yang paling akhir di hujung mau af.Akhirnya keinginan aku selama ini tercapai dengan izin ALLAH.Masa itu waktu masih lagi petang.
Aku kagum dengan keilmuannya.Beliau hebat!Sebab itu hati ini benar² ingin berjumpa dengannya.Ketika sampai saja di rumahnya,kelihatan Abe Ki dan Abe We ada bersama.Tapi mereka masing² dengan hal mereka.Ustaz Al Amin ceria melayanku di ruang tamu rumahnya.
Kami memulakan perbincangan.Suasana ketika itu lebih kepada muzakarah ilmu(bukan muzakarut noh.he³)dan itulah juga yang aku inginkan.Dapat juga bermuzakarah dan bertukar² pendapat dari beliau.Tapi aku lebih mendengar hujah darinya.Terkadang aku juga bersuara.Namun berdiam diri juga yg aku pilih(he³).Aku banyak diam kerana kagum dengan hujah yang dikeluarkan oleh ustaz Al Amin.Cuma mencelah bila dirasakan perlu.Perbincangan kami lebih kepada isu semasa yang semakin menjadi² sekarang ini.Isu Wahabi contohnya.Ustaz Al Amin petah ketika berhujah.
Aku pada mulanya hanya ingin 'sepetang bersama ustaz Al Amin' sahaja,namun oleh kerana khusyuk bermuzakarah,tidak sedar maghrib datang menyapa.Ustaz Al Amin juga seorang yang pandai berseloroh.Tergelak kecil aku dibuatnya terkadang itu(he³).
Selepas maghrib bersama,aku tidak terus ke ruang tamu.Masih di dalam biliknya membelek² kitabnya.Rupa²nya ada majlis makan² sempena ulangtahun kelahiran abe we kita.Rezeki aku lah malam itu(he³).
Sekitar majlis ulangtahun kelahiran Abe We
Selepas dari majlis ini,aku meneruskan kembali muzakarah kami.Kali ini lebih kepada isu semasa yang melanda Mansurah khususnya.Dalam tidak sedar,jam sudah menunjukkan pukul 12 lebih.Ustaz Al Amin mempelawa aku tidur sahaja di rumahnya.Aku beralasan ahli bait merinduiku(he³).
Aku pulang ke rumah dengan kepuasan hati yang amat kerana dapat juga bersama ustaz Al Amin berbincang dari hati ke hati.Aku puas!Jika anda ingin mengenali beliau dari alam maya,boleh saja melayari blog beliau.
http://www.al-amindaud.blogspot.com/
Itulah pertemuan berharga untuk diriku.......:-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment