11 June 2010

ISU WAHHABI : Jangan cepat menghukum PAS...



Assalamualaikum semua...



Sekarang ini kecoh semula isu kedua2 tok guru kita iaitu Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz dan Tuan Guru Dato' Seri Abd Hadi. Seorang Mursyidul am PAS dan seorang lagi Presiden PAS. Tak perlu rasanya untuk perkenalkan lebih lanjut sebab semua sudah kenal. Cumanya penulis nak ulas sedikit tentang isu menuduh kedua2 tok guru ini sebagai Wahhabi. Ramai kawan2 penulis bertanyakan tentang isu ini. Ya benar, penulis menentang fahaman Wahhabi. Adakah penulis nak biarkan fahaman Wahhabi menular di dalam PAS? Tidak... Cumanya terus terang penulis katakan, penulis pening memikirkan hal ini. Penulis tak layak nak menghukum sapa2 apatah lagi kepada 2 orang tokoh ulamak dalam PAS ini. Aqidah penulis jelas Al Asyairah dan Al Maturidiah. Mazhab fiqh penulis ialah Syafie dan parti haraki penulis ialah PAS. Sahabat penulis yang sama2 bersama penulis di dalam menyebarkan aqidah Asyairah dan Maturidiah sering bertanyakan penulis tentang isu ini yang melibatkan dua orang tokoh ini.

Penulis terus menghubungi tuan guru penulis iaitu Tuan Guru Ustaz Al Amin Al Azhari di YM. Alhamdulillah penulis mendapat pencerahan sedikit tentang isu ini setelah bermuzakarah dengan beliau. Dalam masa yang sama penulis bermuzakarah juga dengan sahabat penulis iaitu Tuan Guru Ustaz Helmi di facebook. Di sini penulis sertakan copy paste isi2 muzakarah bersama Tuan Guru Ustaz Al Amin Al Azhari.









Sila klik gambar untuk paparan lebih jelas.


Dan ini sedikit kata2 Tuan Guru Ustaz Helmi.






Dan ini pula sedikit ulasan penulis.

Sekarang ini kena bezakan antara PAS, WAHHABI dan UMNO. Sekarang PAS berlawan dengan UMNO. Berkenaan wahhabi pula memang tak nafikan ada di dalam PAS. Tapi bukan semua sehinggakan menghukumkan PAS adalah wahhabi. Dasar PAS ialah Al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Ini jelas... Kalau nak katakan wahhabi, dalam umno pun ada wahhabi sehinggakan boleh tubuhkan sebuah negeri. Itu apa cerita pula?? Baca molek2 pendapat Ustaz Al Amin. Walaupun bukanlah bersifat muktamad tapi sekurang2nya membuatkan kita berfikir.. Beradablah dengan ulamak.... Wassalam.

9 June 2010

DIA BUKANLAH WAHHABI KALAU..........

Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah hari ini( 9 hb 6 2010 ) penulis selesai menjawab kertas matapelajaran At tayyarot Al fikriah. Alhamdulillah Allah lorongkan penulis untuk mudah menjawabnya. Masih berbaki beberapa kertas lagi. Kawan2 doakan penulis yaa..

Berkenaan tajuk entri kali ini, penulis telah melakukan penelitian terhadap sikap Wahhabi dalam menghadapi era sesama kini. Sejak penulis mula kenal apa itu fahaman Wahhabi 6 tahun yang lepas, penulis telah pun membuat kajian ringkas selama 6 tahun bagaimana mahu kenal mereka yang berfahaman Wahhabi ini. Di sini penulis akan cuba huraikan berdasarkan penelitian penulis. Ini bagi pandangan penulis sendiri setelah menelitinya selama 6 tahun.



Dia bukanlah Wahhabi kalau dia tak baca qunut ketika solat subuh.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahhabi kalau membid'ahkan orang yang membaca qunut ketika solat subuh.

Dia bukanlah Wahhabi kalau dia tak mahu wirid (sir atau jahar) selepas solat.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahhabi jika melarang orang daripada berwirid selepas solat.

Dia bukanlah Wahhabi kalau dia tak mahu bertariqat.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahhabi jika mengharamkan tariqat secara mutlak.

Dia bukanlah Wahhabi kalau dia singkatkan jubah hingga ke paras tengah betis.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahhabi jika menghina orang yang berjubah labuh hal keadaan berjubah labuh itu bukanlah kerana khuyalak(sombong).

Dia bukanlah Wahhabi kalau dia tak mahu buat tahlil.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahhabi bila membid'ahkan orang yang melakukan tahlil.

Dia bukanlah Wahhabi kalau dia tak mahu baca yasin malam jumaat.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahhabi jika mengatakan salah membaca yasin malam jumaat.

Dia bukanlah Wahhabi kalau dia tak baca talqin di kuburan.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahhabi kalau mengatakan haram membaca talqin dikuburan.

Dia bukanlah Wahhabi kalau dia solat tarawih 8 rakaat sahaja.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahhabi kalau mengatakan solat tarawih 20 rakaat bid'ah yang sesat.

Dia bukanlah Wahhabi kalau tak mahu berarak ketika maulidurrasul.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahhabi kalau melarang orang lain menyambut maulidurrasul.

Dia bukanlah Wahhabi kalau dia tak baca 'saiyiduna' dipangkal nama Nabi Muhammad S.A.W.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahhabi jika mengatakan haram menyebut saiyiduna.

Dia bukanlah Wahhabi kalau dia tak mahu berzikir beramai2.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahhabi bila dia mencela majlis zikir.

Dia bukanlah Wahhabi kalau dia tak mahu menjawab persoalan ayat mutasyabihat.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahhabi kalau dia mengi'tiqodkan bahawa Allah bertempat.

Dia bukanlah Wahhabi kalau dia belum mempelajari ilmul kalam.
Tapi dia itu boleh dikatakan Wahhabi bila dia mencela ilmul kalam.

Dan banyak lagi perumpamaan yang boleh dilakukan kepada golongan Wahhabi ini. Untuk pengetahuan semua, bila Wahhabi membid'ahkan sesuatu amalan, maka bagi mereka amalan itu adalah haram lagi dosa dan masuk neraka. Sedangkan bagi ahlus sunnah wal jamaah, membahagikan bid'ah kepada 2 bahagian(hasanah dan dolalah). Panjang pula huraian jika ingin membahaskan tentang ini.

Cukuplah sekadar ini sebagai pemahaman ringkas tentang Wahhabi. Sejak 6 tahun lepas hinggalah kini kajian penulis, beginilah sikap Wahhabi yang dapat penulis simpulkan.... Wassalam.

6 June 2010

Kenapa susah sangat nak cadangkan Hudud dilaksanakan??


Assalamualaikum semua...

Tadi penulis ada membaca berita di portal berita harian online. Tajuknya, Tokoh Islam setuju penubuhan Baby Hatch. Bagi penulis secara pratikalnya memanglah baik kerana ingin menyelamatkan bayi2 luar nikah daripada mati begitu saja. Ini antara komen2 ahli agama negara kita;

-Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata bayi yang tidak lagi diingini mesti diselamatkan, manakala ibu bapa bayi berkenaan harus dikenakan tindakan yang keras supaya memberi pengajaran kepada orang lain.
“Saya menyokong langkah Kementerian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Baby Hatch dalam isu ini kerana bayi berkenaan tidak berdosa.


-Bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz pula berkata, usaha mewujudkan Baby Hatch adalah baik kerana ia menjadi tempat perlindungan bayi yang tidak bersalah serta boleh menjamin masa depan bayi itu. “Kalau kita pandang dari segi satu sudut memang menggalakkan zina tapi kita tak boleh biarkan bayi yang dilahirkan dibuang dan meninggal begitu saja. Malahan bayi berkenaan boleh diberikan kepada pasangan suami isteri yang mahukan anak dan Islam menganjurkannya,” katanya.

-Penasihat Majlis Agama Negeri Johor, Datuk Noh Gadut, berkata gejala buang bayi pada masa kini sudah semakin teruk dan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan wajar mengambil tanggungjawab menyelesaikan perkara berkenaan. “Anak-anak kecil ini tidak berdosa dan wajib kita sediakan perlindungan kepada mereka, mana tahu mereka ini membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi pejuang negara pada masa depan. “Yang bersalah adalah ibu bapa anak kecil itu. Masyarakat harus bersama mencegah penyakit sosial ini termasuk melaksanakan undang-undang cegah zina yang ketat,” katanya.

Boleh baca keratan berita penuhnya di sini.


Tapi apa yang memelikkan penulis ialah kenapa susah sangat ahli2 agama negara kita untuk mencadangkan saja supaya hukum hudud milik Allah itu dilaksanakan saja. Mereka(ahli2 agama negara) juga mengatakan bahawa gejala sosial zina semakin menjadi2 sekarang. Yaa, benar. Dari sudut lain kita melihat bahawa cadangan menyelamatkan anak2 tak berdosa itu baik. Tapi yang paling utama perlu dilakukan ialah pencegahan dari awal.

Kita yakin dengan hukum Allah, jika hudud dilaksanakan bukan saja dapat mencegah pembuangan bayi, malah zina pun dapat dihentikan..

Selepas ini jangan pelik jika penzina2 tegar ini tak kisah jika mereka melakukan perkara fahsya' (keji) ini mereka mengatakan;

"Kita jangan risau kerana ada badan yang bertanggungjawab untuk menerima anak2 luar nikah ini.."

Penulis merayu pada ahli2 agama negara kita, tolonglah cadangkan kepada kerajaan supaya laksanakan hudud. Kenapa perlu cadangkan cadangan lain untuk mencegah zina atau perkara2 keji yang lain? Dulu kecoh isu rogol, dicadangkan supaya dikasikan kemaluan saja. Apa ini? Ini bukan jalan penyelesaiannya. Penulis teringin benar nak dengar suara2 dari mufti negara kita begini;

"Kini sudah tiba masanya negara kita perlu laksanakan hudud...."

Cadangan yang ringkas dan padat. Tapi sayangnya tak ada lagi para mufti kita mencadangkan begini(cadangkan secara hebahan. Bukan persendirian).

Cuba lihat pada kes dadah. Jika seseorang disabitkan punyai dadah atau ganja pun boleh dihukum gantung sampai mati sedangkan kesalahan itu bukannya ada terang2 dalam al quran. Tapi ini (zina) kesalahan yang nyata2 ada dalam al quran dan Allah pula berikan jalan penyelesaiannya, maka lebih utama(bahkan wajib) perlu dilaksanakan. Kenapa nak reka cadangan atau undang2 lain? Tepuk dada tanyalah iman... Di dunia tak mengapalah selamat. Tapi akhirat nanti tunggu saja balasan bagi kita yang ada kuasa ini... Wassalam..

5 June 2010

APAKAH ITU SUNAT AB'AD ( سنة ابعاض )??

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah dikesempatan yang ada ini, Allah mengizinkan penulis untuk menulis lagi. Untuk manfaat dan tatapan kawan2 semua. Dulu
penulis pernah menulis tentang perbandingan di antara solat dan tubuh manusia. Kawan2 boleh rujuk di sini.

Kali ini penulis ingin menyatakan pula apakah itu sunat ab'ad? Sunat ab'ad merupakan sesuatu perkara yang dilakukan di dalam solat. Tidak kira perkara itu dari segi fi'liah atau qauliah. Jika kita meninggalkan sunat ab'ad, maka disunatkan untuk kita tampalkan dengan sujud sahwi. Kata tuan musonnif kitab
فاتي منية المصلى ketika membahaskan tentang perkara ini;

"Dan sunat ab'ad kalau ditinggalkan dia, disunat kita tempel(tampalkan) dengan sujud sahwi..."

Berkata guru penulis ketika mensyarahkan kata2 tuan musonnif ini;

"Kita lakukan sujud sahwi itu bukan kerana nak gantikan perkara sunat ab'ad yang kita terlupa lakukan itu, tetapi sujud sahwi itu dilakukan kerana untuk mendapatkan pahala sunat ab'ad yang kita lupakan itu.."

Dan tidak membatalkan solat jika kita masih terlupa lagi untuk melakukan sujud sahwi. Cumanya kata guru penulis;

"Syaitan akan berduka jika kita lakukan sujud sahwi. Ini kerana dia tak berjaya meragu2kan kita dalam solat secara keseluruhannya.."

Baik, apakah itu sunat ab'ad??

Sunat ab'ad ada 8 perkara.

1. Membaca تشهد اول

2. Duduk
تشهد اول

3. Membaca قنوت

4. Berdiri baginya(qunut)

5. Selawat atas Nabi
صلى الله عليه وسلم kemudian daripada tasyahud awal. Adapun pada tasyahud akhir maka ia(selawat Nabi) adalah rukun solat.

6. Selawat ke atas Nabi
صلى الله عليه وسلم kemudian daripada qunut iaitu و صلى الله على سيدنا محمد

7. Membaca selawat ke atas آل kemudian daripada tasyahud akhir iaitu وعلى آل محمد

8. Membaca selawat ke atas آل kemudian daripada qunut iaitu وعلى آله وصحبه أجمعين

Maka inilah kelapan-lapan perkara dari perkara2 sunat ab'ad.. Jika kita terlupa membaca atau melakukan salah satu dari lapan perkara ini maka disunatkan melakukan sujud sahwi. Andai terlupa juga sujud sahwi, maka tidak membatalkan solat. Cumanya solat kita itu seperti tiada kaki atau tangan ditubuh kita. Walaupun tak menghilangkan nyawa, tapi tubuh kita sudah tidak sempurna. Seperti itu juga solat kita. Walaupun tak batalkan solat, tapi tidak menyempurnakan solat kita. Oleh itu, janganlah ambil mudah dengan perkara sunat ab'ad ini... Wallahu a'lam..

Rujukan kitab
فاتي منية المصلى

2 June 2010

Terkenang waktu dulu : Kisah menarik ketika pilihanraya.




Assalamualaikum semua,

Ada orang menulis blog kerana ingin berdakwah dan meyampaikan perkara agama. Ada kerana mengiklan sesuatu. Ada yang menyampaikan maklumat seperti berita atau isu semasa. Ada pula kerana suka-suka. Dan tidak lupa juga yang menulis tentang pengalaman hidupnya. Seolah2 seperti diari hariannya. Apa yang penulis nyatakan ini ialah 'atau'. Bukan maksud 4 dalam 1 atau 6 dalam 1. Tapi bagi penulis yang mempunyai blog ini, ingin menulis tidak kira kerana dakwah, perkara agama, maklumat isu semasa, iklan, suka2 atau diari hidup. Bahkan blog penulis mahu merangkumi kesemua itu selagi mana yang termampu oleh penulis. Penulis cuba 'satukan' di dalam blog penulis ini. Maknanya blog penulis ini bukanlah khusus untuk mana2 'jenis' penulisan sahaja. Bagi penulis, bila terasa ingin menyatakan tentang agama, penulis tulis. Bila ingin nyatakan tentang isu semasa, penulis tulis dan begitulah seterusnya jika terasa ingin menulis sesuatu, penulis akan menulis. Mungkin kerana minat penulis juga dalam bidang penulisan ini. Tambah2 lagi di dalam penulisan cerpen.. :-)

Tulislah apa yang ingin ditulis. Asalkan tidak keluar dari norma2 kehidupan sebagai seorang Islam. Pendek katanya tulislah kerana Allah. Bila kita faham konsep ini(tulis kerana Allah), maka ia adalah merangkumi kesemuanya. Dosa dan pahala. Untuk kali ini, penulis ingin menulis pengalaman penulis ketika bersama Parti Islam Se-Malaysia PAS suatu ketika dahulu. Tujuan penulis menulis tentang ini kerana ingin berkongsi pengalaman penulis bersama kawan2 semua. Dan tidak lupa juga ingin mengajak kawan2 supaya berada di dalam perjuangan atau gerakkan Islam yang sebenar di Malaysia sana.

Berjuang tidak semestinya melalui parti. Ada orang berjuang melalui menuntut ilmu. Ada orang berjuang melalui tuntutan hak. Ada orang berjuang melalui anak dan isteri, ada juga orang berjuang melalui kerjayanya dan begitulah seterusnya. Perjuangan tidak saja berlegar2 di dalam kepartian. Apa yang penting, di mana jua kita berada, berjuanglah dengan apa realiti kehidupan yang kita hadapi dan letakkan niat hanya kerana Allah semata2.

Berbalik kepada tajuk entri. Suatu ketika dahulu sebelum penulis datang ke Mesir, penulis pernah bergiat aktif dengan Parti Islam Se-Malaysia PAS. Hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan kawan2 semua. Penulis juga percaya ramai di kalangan kawan2 semua pernah bergiat aktif di dalam gerakkan Islam di Malaysia ini. 1 kisah yang ingin dikongsi bersama kawan2 semua ialah peristiwa ketika pilihanraya umum yang ke-11 dahulu. Ketika itu penulis masih lagi di bangku sekolah menengah.

Salahkah untuk penulis berbicara tentang politik? Tak salah. Lagipun penulis sudah layak untuk mengundi. Jika ada pihak yang cuba menyekat penulis, ketahuilah bahawa negara Malaysia bersistemkan demokrasi berparlimen. Maka mereka tiada hak untuk menghalang penulis dari memilih mana2 parti yang penulis inginkan. Sebagai manusia yang Allah berikan aqal yang salim, alhamdulillah Allah lorongkan penulis bersama perjuangan Islam yang syumul. Bukannya hanya mengambil Islam itu sebagai umpan atau sebahagian yang kita inginkan saja.

Walaupun kadang2 kita seronok dengan kehidupan duniawi, namun hakikatnya terimalah hukum Allah di muka bumi ini. Hukum tetap hukum. Walaupun kadang2 ada terlintas di hati kita tidak berapa senang dengan hukum agama, maka wajib kena akur dan tunduk. Sebab kita ada nafsu dan syaitan yang menghasut. Jadi bukanlah sesuatu yang mustahil jika hati ini meronta2 dan memberontak inginkan kebebasan dan keseronokan duniawi. Tapi kita adalah orang islam lagi mukmin. Kita ada Allah yang sentiasa menerima taubat kita. Betapa penyayangnya Allah itu. Jika melakukan kesilapan, cepat2 bertaubat.

Sejauh mana pun kita larikan diri, kita takkan dapat lari dari kongkongan syara'. Hukum taklifi yang 5 iaitu haram, wajib, sunat, makruh dan harus senantiasa berlegar2 di dalam kehidupan kita. Berubah2 mengikut keadaan. Cuma bid'ah sahaja bukan hukum. Namu telah di ada2kan oleh sesetengah golongan. Maka mereka mengada2kan hukum sendiri. Ternyata merekalah sebenarnya pembid'ah.

Kita kembali semula kepada tajuk entri.. :-)

Peristiwa menarik(tapi sadis jugak la) ini berlaku 6 tahun yang lalu(Pilihanraya umum ke 11 tahun 2004). Ketika itu BN menang besar. Ini kerana ketika itu Tun Pak Lah baru naik sebagai perdana menteri Malaysia dan terkenal dengan Mr. Clean dan merupakan keturunan dari ulamak. Ini telah mempengaruhi undi Melayu ketika itu. PAS hanya menang sedikit sahaja kerusi Parlimen. Ketika itu, penulis ditugaskan untuk mengawal markaz besar bagi Parlimen Baling yang terletak di Kupang, Baling, Kedah. 10 hari penulis diamanahkan bertugas di sana menjaga pintu pagar utama markaz. Memang benar2 memberikan pengalaman besar dan cabaran bagi penulis. Komanden yang bertugas ketika itu mengarahkan kami supaya jangan terlalu dekat dengan pagar jika berurusan dengan orang yang tak dikenali. Dikhuatiri mereka ada senjata tajam. Kami ikuti arahan tersebut..

Penulis bersama 3 orang lagi rakan penulis, bergilir2 24 jam tanpa henti mengawal pintu utama markaz besar PAS Baling. Kami hanya beralaskan khemah camping sebagai tempat tidur kami. Kami ditugaskan supaya memastikan orang luar tak boleh masuk sesuka hati ke dalam pekarangan markaz. Jika musuh yang masuk memudahkan mereka untuk mencuri rahsia parti. Jika ada mereka yang datang dari mana2 cawangan, mereka dikehendaki tunjukkan pas dari cawangan masing2. Jika tiada pas, mereka kena serahkan pengenalan diri dan ditukarkan dengan pas yang telah disediakan. Dan pesanan dari pegawai atasan supaya ambil no. plat mana2 kereta yang mencurigakan. Semua arahan itu sedaya upaya kami laksanakan. Bertindak mengikut arahan!!

Ketika hanya tinggal kurang dari 24 jam lagi untuk proses pengundian bermula, kawan penulis dari pemuda (PAS) cawangan Kg. Tawar menghubungi penulis untuk konvoi bermotosikal. Ketika itu waktu kira2 jam 11 malam dan bukan giliran penulis bertugas, maka penulis bersama seorang lagi kawan penulis pergi mendapatkan mereka yang lain. Ketika inilah berlakunya peristiwa yang sedih, kalut, risau, takut, cuak dan lawak pun ada. Penulis bermotosikal berdua menuju ke kumpulan mereka. Namun kami tiada bendera untuk dikibarkan. Entah bagaimana idea untuk mengambil bendera PAS di tepi jalan pun datang(ish2, apa punya idea lah ni. Jangan tiru amalan ini). Penulis pun cuba menurunkan sehelai bendera PAS di kawasan Kg. Landak, Kupang.

Tiba2 sebuah kereta perdana v6 warna hitam melintasi kami. Dan akhirnya mereka berhenti mengejut ketika melihat tindakan 'tak bertamadun' kami itu. Kami yang gelabah ini terus melarikan diri dengan meninggalkan bendera yang tak sempat dicabut. Namun apa daya kami. Motosikal dan kereta perdana mana yang lebih laju? Akhirnya kami di blocked! Penulis memang dah gelabah sangat masa itu. Sekumpulan pemuda keluar dari kereta dan terus meluru kepada kami. Akhirnya tanpa bercakap banyak mereka terus membawa kami ke markaz Unit Peti Undi (UPU) Kg. Landak untuk disoal siasat. Memang perasaan penulis risau sangat masa tu.

Sampai saja di markaz UPU mereka, terus dikerumuni oleh ramai geng2 muda. Penulis risau takut2 dipukul terus tanpa bicara panjang. Bermulalah soal balas antara penulis dan mereka.

"Hampa mai dari mana ni? Hampa dok watpa tengah2 malam bawak turun bendera kami(PAS) ni?" sergah mereka.

"Kami mai dari markaz Kupang ni. Kami pon orang PAS juga. Kami amek bendera tu sebab nak bawak pi konvoi." jawab penulis dalam nada gelabah.

"Hampa toksah dok muhong(tipu). Entah2 hampa ni umno dok mai menyamaq PAS plak. Hampa wat elok2 sikit. Kami ghimbuk(pukul) satgi kot." jerkah mereka lagi. Penulis bertambah gelabah.

"Tunggu sat, ni pas kami. Bukti kami dari markaz PAS Kupang. Bukannya orang umno." balas penulis sambil menunjukkan pas milik kami tanda bahawa kami juga dari PAS.

Mereka hampir ingin percaya. Akhirnya mereka membawa kami ke markaz besar Kupang untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kami. Bila sampai saja di markaz besar Kupang, mereka terus bertanya kepada kawan penulis yang sedang bertugas ketika itu.

"Depa ni mai dari sini(markaz besar Kupang) ka?" soal mereka.

"Yaa, yaa, depa mai dari sini."
balas kawan penulis. Akhirnya mereka percaya dan melepaskan kami.

"Hampa ni pon kalau nak bendera habaq la elok2. Dok pi amek lagu tu kami ingatkan geng umno dah tadi. Nasib baik kami tak belasah hampa ja tadi.." tegur mereka sebelum pulang semula ke markaz UPU mereka.

Penulis pun cepat2 meminta maaf dengan apa yang telah terjadi. Mereka pun pulang ke markaz UPU mereka. Tiba2 datang pegawai atasan(merangkap bodyguard Us. Taib Azzamuddin) menghampiri penulis. Penulis bertambah gelabah bila pegawai atasan pula yang datang. Penulis dah cuak semacam ja. Dia bersuara,

"Hang ni kimi, kalau nak bendera pon awat tak habaq? Ish2.. Dok pi amek bendera orang pasai pa?" kata pegawai atasan itu sambil tersenyum.

Penulis sedikit lega. Penulis sangkakan dimarahi pula olehnya. Alhamdulillah selesai masalah yang telah membuatkan penulis gelabah dan cuak. Selepas dari peristiwa itu, penulis tak mahu buat lagi perkara yang hampir2 membuatkan penulis dibelasah beramai2. Mujurlah mereka menyoal penulis dahulu. Apa akan terjadi jika mereka terus menyerang kami? Tak dapat penulis bayangkan. Salah faham yang membuatkan kami hampir2 dibelasah. Memang salah penulis pun. Penulis akui kesilapan penulis.

Bila teringat kembali peristiwa itu, penulis pasti tersengeh sendirian.

"Heheheh. Apa punya idea lah aku ni, pi rentap bendera orang walaupun parti sendiri buat apa? Nasib baik tak kena belasah malam tu.. Tobat dah tak mau buat dah..."
getus hati kecil penulis.


Kini penulis berada di Mesir. Tak mampu lagi untuk bergiat aktif untuk parti. Paling akhir penulis terlibat ialah ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh. Ketika itu penulis pulang cuti ke tanah air. Selepas penulis selesai program bakti siswa di Bukit Gantang, kami terus ke Permatang Pauh untuk membantu di sana pula. Walaupun tak mampu membantu parti secara keseluruhan namun hati tetap gembira ketika menyaksikan kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika itu. Hati ini puas!! Alhamdulillah...

Ketika itu(2004) penulis masih muda lagi di dalam politik. Masih banyak perkara yang kurang faham. Alhamdulillah kini sudah 6 tahun berlalu. Perjuangan bersama PAS tidak cukup hanya aktif saja. Ia perlu kepada kestabilan dan pelan tindakan jangka panjang. Oleh itu pada tahun 2006 penulis daftar sebagai ahli PAS melalui cawangan Banggol Berangan, Parit Panjang, Baling Kedah. Penulis semakin faham apa itu politik dan semakin sayang dengan perjuangan PAS khususnya. InsyaAllah moga Allah thabatkan penulis di dalam PAS bersama kawan2 seperjuangan semua. Amiin.. Tunggu penulis pulang ke tanah air nanti. InsyaAllah kita akan bersama2 dalam perjuangan Islam. Kita gempur habis2an!!!

Sekarang ini pilih antara 2 saja... Hidup mulia di sisi Allah atau mati syahid di jalanNya....Wassalam..

Kad ahli Parti Islam Se- Malaysia PAS.

1 June 2010

"Setakat kecam dan kutuk, adik aku pun boleh!!"



Assalamualaikum semua,

Dunia baru saja dikejutkan oleh serangan dari komando Israel ke atas konvoi kapal yang membawa pelbagai bekalan untuk penduduk Gaza, Palestin. Diberitakan seramai 19 orang telah meninggal dunia dan 30 orang lebih cedera. Perlu diambil perhatian ialah ramai dikalangan aktivis keamanan pro-Palestin itu terdiri dari mereka yang beragama Islam. Jika ada di kalangan mereka yang terkorban maka mereka adalah mati syahid... Kita doakan mereka semua.. Allahumma amiin..

Penulis ingin bertanya kepada kawan2 semua.. Adakah ini serangan atau pembunuhan yang pertama kali dilakukan oleh Israel laknatullah ini?? Tidak..... Sudah beribu2 serangan dan pembunuhan yang telah dilakukan oleh mereka terutamanya terhadap umat Islam Palestin. Apa reaksi antarabangsa? Penulis tak mahu tahu reaksi negara2 kafir. Mereka bukanlah pembela kepada umat Islam. Tapi penulis nak tanya kepada negara2 Islam khususnya. Apa yang telah kita lakukan untuk umat Islam yang ditindas ini? Bukan negara umat Islam Palestin saja ditindas. Banyak lagi negara2 lain. Sebagai contoh, Patani, Bosnia, Kashmir, Chechnya, Afghanistan, sedikit di Wilayah China, Sudan, Somalia dan banyak lagi... Tapi apa tindakan kita? Bukankah orang2 Islam ini adalah amanah kita? Kita wajib jaga amanah ini. Tapi sayang. Kita lebih sayangkan kedudukan, pangkat, harta dan jawatan kita sehinggakan kita lebih suka tengok saudara2 seIslam kita disembelih hidup2 oleh puak kuffar laknatullahi alaihi ajma'in!!

Israel atau yahudi adalah 1 bangsa yang tak pernah tahu untuk hormat kepada bangsa lain apatah lagi agama. Bagi mereka selain daripada bangsa mereka, semuanya 'najis'! Wajib dinyahkan dari dunia ini. Dah lupakah kita pada sejarah bahawa yahudi dan kristian pernah berperang? Jangan sangka hari ini mereka berbaik2 sesama kristian itu adalah niat murni mereka. Amerika yang merupakan kuasa besar dunia pun dimain2kan oleh Israel.

Nak ajak berdamai? Tunggu air mata darah sekali pun Israel tak akan berdamai dengan umat Islam. Mereka memang sudah terkenal dengan bangsa yang tak boleh dipercayai. Itulah yahudi. Kita adakanlah berjuta2 perjanjian damai pun, mereka tetap begitu. Kisah mereka dengan para anbiyak alaihimus solatu wassalam bagaimana? Bunuh nabi2, suka khianat janji... Itulah yahudi!

Cuba kira berapa jiwa umat Islam Palestin khususnya yang telah dibunuh mereka? Ramai!! Sudah lupakah kita peristiwa Shabra dan Shatila? Yang terbaru ialah Gaza diserang habis2an. Dunia hanya melihat saja. Maka Israel lagi 'naik minyak'. Kerana baginya dunia pun tak mampu nak lakukan apa2 pada mereka.

Bila timbul isu2 begini, mulalah pemimpin dunia bersuara. Hanya bersuara? Setakat bersuara, adik penulis yang darjah 6 pun boleh... Kecam.. Kutuk... Itu saja yang mereka mampu lakukan. Saban hari umat Islam berterusan dibunuh. Ini antara komen2 pemimpin dunia terhadap isu yang baru terjadi ini;

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengutuk serangan itu dan menyifatkannya sebagai 'pembunuhan besar-besaran' sementara Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa menyifatkan ia sebagai 'jenayah' ke atas misi kemanusiaan. Moussa juga meminta mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil oleh badan yang dianggotai 22 negara Arab itu terhadap 'tindakan pengganas' Israel ke atas flotila bantuan antarabangsa itu.

Kesatuan Eropah (EU) menuntut diadakan siasatan segera mengenai kematian aktivis di atas kapal bantuan kemanusiaan Palestin yang dirampas tentera Israel hari ini dan mahu rejim tersebut membenarkan laluan bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza.

"Perwakilan Tinggi Catherine Ashton melahirkan rasa kekesalan terhadap berita korban nyawa dan keganasan yang berlaku serta menyatakan rasa simpati beliau kepada keluarga mangsa yang terbunuh dan cedera," kata jurucakap Ashton yang merupakan Ketua Polisi Luar EU.

Konsul Penerangan Sosial dan Budaya Indonesia ke Malaysia, Widyarka Ryananta turut mengutuk tindakan kejam rejim Zionis ini. Menurut beliau, Israel sepatutnya membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan bukan menghalangnya sehingga mengakibatkan ramai aktivis pro-Palestin terkorban.

Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur pula ketika dihubungi berkata, seorang wartawannya adalah antara yang terkorban dalam insiden hari ini. "Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas Israel ini. Ini adalah satu tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa dan di luar norma-norma masyarakat dunia.


Penulis bukanlah nak salahkan wakil2 kerajaan yang memberi komen tersebut. Tapi nak salahkan ketua2 kerajaan negara Islam tersebut. Berpuluh2 negara Islam di dalam dunia ini, tambahan pula kerajaan2 Islam yang berjiran dengan Palestin ini. Mana perginya? OIC buat apa? Adakah hanya Oh, I see that.... Begitu kah?

Penulis percaya, jika ditanya kepada rakyat2 beragama Islam ini, mereka pasti menginginkan Israel diserang saja.. Tapi apakan daya mereka mempunyai pemimpin yang bacul, menjaga jawatan dan periuk nasi mereka saja. Bagi mereka(pemimpin bacul), "Peduli apa nak jadi pada umat Islam yang lain. Kalau musuh serang negara aku pun, aku boleh lari ke negara lain meminta suaka politik." Yang jadi mangsanya rakyat juga. Pemimpin2 boleh larikan diri saja jika negara diserang.

Inilah akibatnya jika pemimpin tidak ditanam rasa taqwa dalam diri mereka. Nabi sudah sebut 1400 rahun dahulu... Kenapa kita jadi begini sekarang sedangkan umat Islam ramai? Sebab "Cintakan dunia dan takutkan mati.." Lihat, apa yang Nabi kata 1400 tahun dahulu dah jadi kenyataan.

Sudah berpuluh2 tahun berlaku isu umat Islam dibunuh. Tapi yang keluar dari mulut2 pemimpin Islam ialah 'Kecam.. Kutuk..' Itu saja kah yang pandai sebut? Israel peduli apa dengan kecaman dan kutukan kita itu! Melainkan mempersiapkan segala armada ketenteraan dan serang balas balik Israel. Itu saja cara terbaik nak 'layan' Israel ini. Kenapa? Takut sekutu2 Israel dan Amerika serang negara kita balik? Tak susah. Mati tetap akan mati. Cuma pilih saja. Hidup mulia atau mati syahid. Itu saja.... Kalau takut sangat, selepas ini jika ada musuh yang penggal kepala adik beradik kita, jangan balas apa2... Hanya kecam dan kutuk saja yaa? Kena tahu, mati kerana pertahankan ahli keluarga juga adalah mati syahid. Apatah lagi jika kita tolong saudara kita kerana aqidah yang sama! Allahu robbuna..

Apa guna siap siagakan angkatan tentera negara sendiri kalau hanya pandai 'belasah' rakyat sendiri saja? Adakah kita beli kelengkapan peperangan untuk 'serang' rakyat sendiri? Jika dengan rakyat sendiri berani lah pula ya?

Kini tibalah masanya pemimpin2 OIC memikirkan bagaimana cara terbaik untuk 'ajar' Israel. Jika kamu takut untuk hadapi kuffar, ramai lagi rakyat2 kamu yang berani. Tengok sudahlah kepada peserta konvoi ke Gaza itu. Adakah mereka(rakyat biasa) membawa kelengkapan perang untuk hadapi Israel? Bahkan mereka lebih berani dari kamu yang mempunyai angkatan dan armada tentera yang besar!! Kalau penakut begitu, kereta kebal, helikopter dan segala jenis peralatan perang letakkan saja di kedai kitar semula atau bagi saja pada pengutip besi lama.

Sekarang ini pilih saja. Mati syahid atau hidup mulia di sisi Allah... Amat rugi jika mati dalam keadaan lari dari perjuangan...

Sekarang cuba kita lihat antara kekuatan tentera2 negara Islam..



Tentera Malaysia



Tentera Indonesia



Tentera Turki



Tentera Pakistan




Tentera Mesir



Tentera Algeria (Al Jazair)



Tentera Iran



Tentera Maghribi (Morocco)



Tentera Tunisia



Tentera Sudan



Tentera Comoros (Juzr Qomar)



Tentera Brunei



Tentera Turkmenistan



Tentera Jordan



Tentera Syiria



Tentera Arab Saudi



Tentera Kuwait



Tentera Bahrain



Tentera Oman



Tentera Yaman



Tentera Iraq



Dan banyak lagi tentera2 Islam seluruh dunia..... Sebagai umat Islam, kita wajib berlembut sesama Islam dan berkeras sesama kuffar.. Tapi sekarang dah terbalik.. Dengan kuffar kita bukan main lembut lagi. Tapi dengan saudara seIslam sanggup kita 'belasah' dan 'serang'... Na'uzubillahi min zalik..

Cuba bayangkan jika semua tentera2 ini bergabung melawan Israel?? Tepuk dada tanyalah iman... Anda saja yang dapat menjawabnya.... Wassalam.