26 December 2011

SYURGA ITU KEKAL ATAU AKAN MUSNAH??

Allah berfirman di dalam Al Quran pada surah Ar Rahman ayat 26 dan 27,


كُلُّ مَنۡ عَلَيۡہَا فَانٍ۬ (٢٦) وَيَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَـٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ (٢٧)

(Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. )


Manakala pada ayat 88 dari surah Al Qasas Allah berfirman,


كُلُّ شَىۡءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجۡهَهُ ‌ۚ

(Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah.)



Pada ayat yang lain lagi Allah berfirman pada surah Al Bayyinah ayat 6 dan 8,


إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ وَٱلۡمُشۡرِكِينَ فِى نَارِ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ‌ۚ

(Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam Neraka Jahanam, kekallah mereka di dalamnya.)



جَزَآؤُهُمۡ عِندَ رَبِّہِمۡ جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدً۬ا‌ۖ

(Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya;)

Jika kita melihat kepada makna zahir bagi ayat2 yang telah didatangkan ini, seperti ada percanggahan antara ayat2 lain. Allah berkata bahawa semua yang ada di alam ini akan musnah melainkan zatNya. Di dalam ayat yang lain pula Allah mengatakan ada benda lain yang kekal iaitu syurga dan neraka. Jadi mana satukah yang betul? Musnah semuanya atau masih ada benda2 yang kekal?

Sebenarnya tiada percanggahan antara ayat2 yang didatangkan ini. Baik, kita akan menerangkan satu persatu berkenaan ayat2 Allah ini. Pada ayat 88 dari surah Al Qasas betul maknanya. Memang semua benda akan musnah. Yang tinggal hanyalah zat Allah ta’ala sahaja. Mengapa kita katakan begitu? Pertamanya kita kena tahu dahulu apa maksud alam? Keduanya apakah ciri2 alam itu?

Ta’rif(pengertian) alam seperti yang disebut oleh ulama kalam ialah :

Sesuatu atau benda yang selain daripada Allah dan sifat2Nya.

Mudah fahamnya, benda2 yang selain daripada Allah dan sifat2Nya dinamakan sebagain alam atau benda baharu. Maka kita boleh faham bahawa benda2 itu termasuklah kita, malaikat, jin, syaitan, iblis, bumi dan seisinya, syurga dan neraka dan lain2nya. Kerana semua benda2 ini adalah selain daripada Allah dan sifat2Nya.

Bila kita sudah tahu ta’rif alam, maka kita pergi pula kepada ciri2 alam. Alam ini ialah benda yang ada permulaan kewujudannya. Bukan itu sahaja, ia juga ada pengakhirannya. Contohnya manusia itu wujud ada permulaan dan pengakhiran. Bahkan setiap makhluq itu ada permulaan dan pengakhiran. Maka di dalam perbahasan ilmu kalam, perkara ini disebut Al Huduth iaitu perkara baharu. Setiap kejadiannya ada mula dan ada akhir. Lawan bagi Al Huduth ialah Al Qadim. Al Qadim inilah disebut sebagai tuhan sekalian alam iaitu Allah. Maka Al Qadim ini ialah kewujudanNya yang tiada permulaan dan tiada pengakhiran. Disebut juga sebagai Qidam iaitu sediakala di dalam pengajian sifat 20. Dikuatkan lagi dengan sifat Al Qadim yang seterusnya iaitu Baqa’, kekal. Maka fahamlah kita bahawa Al Qadim atau Allah ta’ala itu wujudNya tiada permulaan(Qidam) dan tiada pengakhiran(Baqa’).

Bila kita sudah faham tentang pengertian ini, maka saya letakkan bahawa Al Huduth itu ialah alam dan Al Qadim itu ialah Allah. Sekali lagi kita tekankan bahawa setiap perkara Al Huduth itu wujudnya ada mula dan ada akhir. Manakala Al Qadim itu wujudNya tiada mula dan tiada akhir. Saya bagi nampak lagi gambarannya kepada kawan2 semua.


Al Huduth : Semua benda selain daripada Allah dan sifat2Nya. Wujudnya ada mula dan ada akhir.

Al Qadim : Allah. WujudNya tiada mula dan akhir.

Jelas sudah di sini pengertian antara Al Huduth dan Al Qadim.

Jadi bila kita semua sudah tahu pengertian Al Huduth, kita akan faham iaitu samalah seperti maksud ayat Al Quran tentang semua benda akan musnah melainkan zat Allah ta’ala sahaja. Kenapa akan musnah? Kerana semua benda2 itu adalah benda baharu atau Al Huduth. Ia musnah kerana ada pengakhirannya. Kemusnahan yang berlaku itulah disebut sebagai pengakhiran kepada kewujudannya sebelum itu. Sedangkan Allah? Allah kekal selama2nya bahkan kekekalannya itu adalah wajib. Wajib bagi zatNya yang agung untuk kekal kerana Allah ada sifat yang bernama Baqa’(kekal).

Tapi tiba2 kita terbaca pula ayat Al Quran yang mengatakan ada benda atau alam atau makhluq lain yang kekal iaitu syurga dan neraka(sila rujuk ayat Al Quran di atas). Allah berkata bahawa penghuni syurga itu kekal selama2nya di dalamnya. Begitu juga dengan penghuni neraka itu kekal selama2nya di dalam neraka. Kita semua sudah maklum bahawa syurga dan neraka juga termasuk dalam perkara Al Huduth kerana kedua2nya adalah makhluq Allah. Allah yang ciptakannya.

Jika melihat kepada makna zahir sahaja, sudah semestinya kita mengatakan ada percanggahan antara ayat2 lain. Ayat lain kata semua akan binasa. Ayat lain pula kata syurga dan neraka kekal. Sebenarnya tiada percanggahan. Ulama2 kalam atau Al Mutakallimin sudah perbahaskan untuk memudahkan kita memahami ayat Al Quran tanpa ada rasa ragu2. Secara pengertiannya, syurga dan neraka juga akan musnah. Kita berbalik kepada makna Al Huduth itu tadi. Kewujudan Al Huduth ada mula dan akhir. Syurga pun begitu. Wujudnya ada mula dan ada akhir. Sebab ia adalah makhluq. Makhluq ini ialah setiap benda yang Allah ciptakan. Jelas.

Kita sudah maklum bahawa syurga dan neraka merupakan antara makhluq yang akan kekal selama2nya. Dalilnya seperti dalam ayat Al Quran di atas. Ini jelas. Tapi kita mengatakan ia boleh binasa. Kenapa? Kerana berdalilkan ayat Al Quran yang lain(rujuk ayat2 Al Quran di atas). Syurga boleh binasa jika itu adalah kehendak(sifat Iradah Allah ta'ala) Allah. Sebab syurga termasuk di dalam perkara yang mumkinul wujud(boleh ada dan boleh tiada). Pendek kata tiap2 benda Al Huduth ialah perkara yang mumkinul wujud.

Boleh tak kita mengatakan syurga itu WAJIB KEKAL? Tak boleh. Kerana yang wajib kekal hanyalah Allah sahaja. Tapi kita boleh mengatakan SYURGA ITU KEKAL KERANA KEHENDAK ALLAH. Jika Allah berkehendak untuk binasakan syurga, tak mustahil akan berlaku. Kita tak boleh kata syurga wajib kekal kerana di situ seolah2 Allah dipaksa untuk kekalkan syurga. Paksaan adalah mustahil bagi Allah. Allah bukannya zat yang boleh dipaksa. Seperti islam mewajibkan solat 5 waktu. Maka sebenarnya kita dipaksa untuk solat. Ikhlas atau tidak, kita wajib solat. Jika tidak kita berdosa. Tapi zat Allah bukan kena paksa untuk melakukan sesuatu. Maka fahamlah kita bahawa syurga itu makhluq Allah yang kekal. Tapi kekekalannya bukanlah bersifat WAJIB KEKAL. Semua itu di dalam qudrat dan kehendak Allah ta'ala. Jika Allah berkehendak untuk binasakan syurga, Allah dengan qudratNya boleh membinasakan syurga atau apa2 sahaja.

Maka bertepatanlah antara ayat2 Al Quran di atas. Tiada sebarang percanggahan. Semua benda akan binasa kecuali zat Allah kerana benda2 selain Allah dan sifat2Nya adalah baharu iaitu yang ada permulaan dan pengakhiran. Manakala Allah kata syurga dan neraka itu kekal kerana itu adalah kehendak dan qudrat Allah. Allah berkehendak bahawa syurga dan neraka itu kekal, maka kekallah 2 makhluq Allah ini. Jika Allah berkehendak membinasakan kedua2nya, binasalah kedua2nya..... Wallahu a'lam.



Rujukan :تحفة المريد على جوهرة التوحيد

دراسات كلامية في السمعيات من العقيدة الإسلامية

No comments: