Assalamualaikum semua....
Agak lama penulis tidak mengemaskinikan blog ini. Alhamdulillah hari ini Allah izinkan penulis menarikan jari jemari di atas papan keyboard ini untuk menulis sesuatu yang berguna untuk kawan2 semua.
Untuk entri kali ini, penulis begitu berminat untuk menulis berkenaan ayat al quran yang mutasyabihat. Apakah ia ayat mutasyabihat itu? Untuk bahasa yang mudah fahamnya, ayat mutasyabihat ialah ayat al quran yang kesamaran maksudnya atau ayat yang maksudnya itu menyerupakan sifat2 atau keadaan Allah yang maha suci itu dengan keadaan makhluk yang baharu ini. Sebagai contoh ialah ayat yang menerangkan maksudnya seperti Allah mempunyai tangan. Penulis rasakan kawan2 sudah dimaklumi tentang perkara ini.
Penulis pernah berdebat dengan seorang aktivis wahabi berkenaan dengan ayat mutasyabihat ini. Dia dengan lantang dan tegasnya mengatakan ayat al quran itu semuanya muhkamat(terang dan tiada kesamaran). Tidak ada yang mutasyabihat. Itu katanya. Penulis membangkang 100% kenyataannya itu dengan mengatakan bahawa ada ayat al quran yang mutasyabihat. Di dalam kitab ilmu kalam, syarah bagi matan jauharah at tauhid bagi Imam Al Laqoni(kitab kuliah usuluddin Al Azhar tahun 1) ada membahagikan tentang ayat muhkamat dan mutasyabihat. Ini jelas. Namun penulis pelik bagaimana dia boleh menafikan ayat mutasyabihat? Mungkin kerana asuhan dari tok guru wahabinya menyebabkan dia menafikan terus ayat mutasyabihat itu.
Penulis masih ingat ketika di Malaysia dahulu. Tok guru penulis berkali2 menyebut tentang ayat mutasyabihat yang perlu kepada takwilan. Siapa yang takwil itu? Bukan penulis tapi ulamak2 yang muktabar yang mentakwilkan ayat mutasyabihat itu. Penulis sedikit kecewa dengan aktivis wahabi itu apabila dia mengatakan bahawa dia pernah belajar tentang sifat 20. Tapi akhirnya dia tinggalkan ilmu kalam itu kerana katanya, dalil dalam setiap perbahasan ilmu kalam sifat 20 itu tak kuat. Bukan dalilnya tak kuat. Tapi dia yang belajar atas angin saja. Kenapa tidak dalami betul2 ilmu kalam? Perhatikan ulamak2 dahulu. Tak usah tengok kepada ulamak luar. Lihat saja kepada ulamak Nusantara kita saja dan tok2 guru pondok. Mereka bukan saja alim di dalam ilmu kalam, bahkan ilmu2 yang lain. Jika ingin dibandingkan dengan kita ini, debu di kasut mereka itu pun lebih mulia dari kita!
Penulis merasakan perlu menulis tentang ini bila melihat keadaan masyarakat kita hari ini. Tok guru penulis di sini iaitu Tuan Guru Ustaz Al Amin Al Azhari pernah menyebut kepada penulis,
"Kita nak fahamkan orang ramai tentang ilmu tauhid ini, susah jika di dalam blog saja. Ia perlukan kepada memberitahu secara bersemuka..."
Penulis setuju dengan kata2 tok guru penulis itu. Ilmu kalam atau apa2 saja ilmu memerlukan kepada bersila dan menadah kitab depan guru. Memang susah untuk memahami ilmu kalam ini. Tapi kesusahan itu bukan sia2. Untuk kemantapan aqidah kita juga. Insyaallah kalau kita benar2 ikhlas inginkan keredhoan Allah ketika menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan segala hal. Penulis cuba juga menulis sedaya mampu penulis. Ini kerana bagi penulis, penulis begitu seronok jika mendalami ilmu kalam ini kerana membuatkan aqal kita sentiasa berjalan dan tak beku. Kepada kawan2 semua, cubalah cari tok2 guru pondok(jika di Malaysia) yang masih ada ini, untuk menuntut ilmu yang asas yang mengesahkan ibadat kita ini.
Berbalik kepada tajuk kita ini, sukalah penulis untuk menerangkan berkenaan 1 ayat al quran yang mutasyabihat ini. Ayat ini berada di surah al a'raf ayat 206 yang terjemahannya begini;
" Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihNya dan hanya kepadaNya lah mereka bersujud..."
Cuba lihat kepada ayat yang penulis tebalkan tulisannya itu. Iaitu berkenaan 'malaikat-malaikat yang ada di sisi tuhanmu' .
Jika kita melihat kepada terjemahan 'di sisi' ( عند ) itu, akan memberi faham kepada kita bahawa para malaikat ini duduk(hampir) di sisi Allah taala. Dan perkataan 'di sisi' itu sendiri ialah zorof makan. Benar? Jadi akan memberi maksud Allah juga bertempat? Begitukah? Tidak..........
Allah tidak bertempat. Allah wujud tanpa tempat. Allah tidak memerlukan kepada tempat. Ini ialah aqidah ahlus sunnah wal jamaah. Jelas!
SIAPAKAH MALAIKAT???
Malaikat ialah makhluk Allah taalaa juga. Mereka ini ialah makhluk yang mulia dan suci lagi terpelihara. Mereka ini juga ialah makhluk yang bebas dari dorongan nafsu dan marah dan mereka ini juga bebas dari kelakuan dendam dan hasad dengki. Dan mereka ini juga senantiasa tekun dalam perhambaan mereka kepada Allah.
Bila melihat kepada lafaz عند (di sisi) memanglah akan memberi maksud tempat atau bepihak(samada atas, bawah, tepi atau depan). Seperti contoh penulis mengatakan;
"Dia ada di sisiku ketika kejadian.."
Mungkin maksud di sisi itu ada di depan, tepi atau belakang penulis.
Jadi akan timbul persoalan. Jika ayat al quran tadi mengatakan malaikat2 ini ada di sisi Allah dan mereka ini tidak merasa enggan untuk menyembah Allah, maka orang akan mengatakan bahawa Allah taala bertempat kerana malaikat ada di sisiNya. Seperti contoh yang penulis nyatakan di atas tadi. Bukankah Allah wujud tanpa tempat? Bagaimana boleh malaikat ini boleh berada di sisi Allah sedangkan Allah itu zatNya tak bertempat dan malaikat itu pula makhluk yang baharu yang memerlukan kepada tempat. Bukankah ada sedikit persoalan di situ?
Kita jawab bahawasanya lafaz عند (di sisi) itu perlu kepada pentakwilan ulamak. Kerana apa perlu kepada takwilan ulamak? Kerana lafaz itu memberikan kesamaran maksudnya kepada kita.
APA TAKWILAN ULAMAK TENTANG LAFAZ عند (DI SISI) ITU??
Kita akan faham bahawa maksud 'di sisi' itu memberi maksud dekat. Betul? Sebagai contohnya bila kita kata; "Mak aku ada di sisiku.."
Maksudnya mak itu ada dekat dengan kita. Jadi seperti lafaz عند (di sisi) di dalam ayat al quran ini juga akan menunjukkan seolah2 para malaikat ini dekat dengan Allah taala. Adakah para malaikat itu dekat dengan Allah taala seperti kita duduk bersebelahan kawan kita? Tidak! Bukan begitu maksudnya. Kenapa kita tak terjemahkan begitu? Kerana jika kita mengatakan malaikat itu dekat dengan Allah dalam erti kata duduk bersebelahan dengan Allah, maka itu menunjukkan tempat atau pihak(depan, belakang, tepi, atas, bawah). Sedangkan Allah taala tidak memerlukan tempat! Oleh sebab itulah ulamak mentakwilkan ayat ini.
Dekat atau hampirnya (القرب) para malaikat dengan Allah taala di sini dengan maksud kemuliaan. Seperti contoh para menteri yang dekat dengan pemerintahnya. Bukan maksud dekat itu seperti penulis duduk di tepi kawan penulis. Kenapa misalkan dengan para menteri dan pemerintahnya? Ini adalah contoh mudah untuk memahamkan kawan2 semua.
Para menteri secara langsungnya mestilah orang yang mulia atau dipandang tinggi oleh pemerintah. Sebab itu dilantik menjadi menteri. Apatah lagi jika mereka itu ialah menteri kanan pemerintah. Bila sebut tentang kedudukan yang mulia itu maka fahamlah oleh kita bahawasanya para menteri itu ialah mereka yang paling hampir dengan raja atau pemerintah. Kedudukan mereka itu hampir dengan pemerintah kerana kedudukan mereka yang mulia(malaikat makhluk yang mulia).
Sebagai contoh, perdana menteri yang berada di luar negara, sedangkan raja atau pemerintah berada di dalam negara. Kita yang rakyat biasa ini akan mengatakan perdana menteri ialah orang yang paling hampir dengan raja. Betul? Walaupun secara hakikatnya dia tidak berada di sisi raja ketika majlis atau sebagainya. Tapi oleh kerana kedudukan perdana menteri yang mulia di sisi raja, maka perdana menteri itu duduklah di mana sekalipun, dia tetap dikatakan sebagai orang yang paling dekat dengan raja atau pemerintah.
Contoh lain ialah mak dengan abah kita. Jika kita inginkan sesuatu dari abah, kita akan gunakan bantuan mak. Sebab apa? Sebab kedudukan mak itu hampir(dekat) dengan abah. Walaupun mak bukanlah berada di sisi(di tepi) abah ketika itu.
Kenapa penulis datangkan dalil aqli(aqal)? Kerana inilah ilmu kalam. Tidak meninggalkan peranan aqal itu sendiri. Kita tak menafikan dalil naqli(al quran atau hadis). bahkan itu adalah sumber utama kita. Tapi kita nak beritahu kepada puak2 wahabi bahawasanya aqal manusia ini juga ada peranannya!
Dalam ayat yang lain, Allah taala mengatakan "وهو معكم "..
Ulamak mengatakan, tidak ragu2 lagi bahawa" المعية " (bersama) di situ dengan maksud kelebihan dan rahmat. Bukan dengan maksud Allah taala bersama2 kita dari segi pihak(atas, bawah, tepi dan sebagainya). Wallahu a'lam..
Penulis harap semoga entri kali ini dapat memberikan sedikit penjelasan kepada kawan2 semua. Pesan penulis ,aqidah ahlus sunnah wal jamaah tidak mengi'tiqodkan Allah duduk di langit. Tapi Allah wujud tanpa tempat dan Allah tidak memerlukan tempat. Kalau wahabi katakan Allah duduk dilangit, kita nak tanya balik, sebelum Allah ciptakan langit, Allah duduk di mana pula?? Wassalam.......
Rujukan : Kitab ايات مختارة من تفسير القرأن الكريم . Kitab tafsir tahun 2, kuliah usuluddin Universiti Al Azhar.
1 comment:
Terimakasih atas penjelasan, semoga Allah memberkati usaha tuan :)
Post a Comment