Assalamualaikum semua.....
Penulis baru balik dari perjumpaan Hisbah peringkat PMRAM(pusat) di Rumah Kelantan Baru Hayyu Sabie', Kaherah.
Penulis bersama 3 orang lagi(termasuk pengarah Hisbah Mansurah) bertolak ke Kaherah menaiki bas pada jam 6.10 pagi waktu Mesir. Sampai ke Kaherah jam 8.01 pagi.
Penulis dijemput ke perjumpaan tersebut atas tiket sebagai ketua operasi Hisbah peringkat cawangan disamping pengarah Hisbah cawangan dijemput juga untuk hadir .
Taklimat penting untuk pengarah dan ketua operasi di setiap BKAN mahupun DPM. Ustaz Majdi(senior ketika di Yayasan Khairiah dulu) sebagai ketua Hisbah PMRAM pusat manakala ustaz Jamal sebagai ketua operasi Hisbah pusat memberikan taklimat bagi perjalanan Hisbah diperingkat cawangan masing2.
Apa yang lebih menarik ialah bila 'otai lama' di dalam Hisbah PMRAM iaitu ustaz Nik Azran dan ustaz Nasrul turut memberikan taklimat dan pengalaman mereka ketika menjalankan tugas sebagai penguatkuasa hisbah PMRAM.
Perjumpaan bermula pada jam 9.00 pagi(taqriban) dan berakhir pada jam 1.30 tengahari(taqriban).
Apa yang menarik perhatian penulis ialah cerita dari ustaz Nasrul(bekas ketua Hisbah PMRAM) berkenaan isu warga Indonesia yang dirogol baru2 ini. Mengikut laporan darinya mengatakan bahawa ketika warga arab yang ditangkap itu, mereka mengatakan bahawa wanita Indonesia itu sendiri yang mahukan. Jika benar, maka tidak boleh disabitkan sebagai kes rogol. malah adalah zina! Jadi ustaz Nasrul berpesan kepada semua supaya berhati2 dengan sindiket perlacuran ini(kemungkinan).
Penulis membayangkan di benak fikiran. Jika benar berlaku kepada mahasiswi Malaysia tak kira kuliah perubatan atau pengajian islam, apakah nasib masa depan mereka? Na'uzubillahi minzalik... Tak dapat penulis bayangkan jika ada di kalangan mahasiswi kita ditangkap dan dijadikan sebagai pelacur! Ingat, jika mereka berani bertindak sebegitu(menjadikan wanita kita sebagai pelacur), maka mana lagi belas kasihan mereka untuk lepaskan semula wanita2 kita? Sampai bila2 lah menjadi pelacur bagi sindiket itu!
Penulis bukan minta supaya berlaku kepada wanita2 kita. Tak sama sekali. Tapi sebagai peringatan untuk semua. Jaga diri elok2. Jangan sesuka hati keluar malam mengikut rasa sedap hati. Malang tidak berbau. Jika berbau atau akan tahu, maka Hisbah PMRAM tidak payah susah2 buat qoror(ketetapan) untuk rakyat Malaysia yang berada di Mesir ini khususnya.
Penulis minta sangat2. Tolong patuhi qoror keselamatan PMRAM. Jika sudah berlaku, tiada tempat lagi untuk mengadu. Selama2nyalah akan menjadi hamba seks!
Banyak lagi masalah hisbah yang berlaku. Namun penulis lebih fokuskan kepada isu ini.
Penulis juga tertarik dengan 'syarat' yang ditetapkan oleh 'otai lama' Hisbah PMRAM iaitu ustaz Nik Azran dengan mengatakan untuk menjadi penguatkuasa Hisbah perlu ada 4 syarat ini. Iaitu;
>Telinga kayu : Tidak menghiraukan maki hamun dan cakap2 orang yang tak memahami tugas Hisbah.
>Hati batu : Tidak mudah merajuk atau putus asa bila seringkali dikeji atau dihina.
>Mulut 'laser' : Bercakap yang perlu ketika bertembung dengan masalah hisbah.
>Muka tebal : Jangan malu untuk berhadapan dengan pesalah hisbah.
Ustaz Nik Azran menambah lagi, "Jika tak boleh ada sifat2 macamni, baik letak jawatan sekarang ni juga. Jangan jadi penguatkuasa hisbah!"
Ustaz Nik Azran terkenal dengan kelantangan beliau ketika melakukan operasi hisbah.
Kami semua, pengarah dan ketua operasi di setiap cawangan masing2 mendapat banyak manfaat dan kata2 semangat dari 'otai2 lama' Hisbah pusat.
Pesanan penulis pada semua. Kami yang ditaklifkan menjadi penguatkuasa hisbah ini bukanlah sempurna. Tapi sebagai amanah yang diberikan kepada kami, maka kami wajib laksanakan. Ada orang mengatakan begini " Aku pon masih tak baik lagi, macamana lah aku nak tegur orang.."
Kalaulah kita nak tunggu kita ini baik barulah nak tegur orang. Alamatnya kena tunggu jadi waliyullah, solihin atau ulamak dahulu lah baru boleh tegur orang. Jangan sempitkan fikiran kita dengan kata2 begitu. Adakah kita ini tahu bahawa kita ini sudah baik? Adakah kita ini tahu bahawa kita ini sudah alim? Kita tak tahu. Di dalam perbahasan ilmu tasawuf, mengatakan bahawa sesiapa yang kata dia sudah alim, maka sebenarnya dia belum alim...
Selepas perjumpaan kami terus beredar untuk pulang semula ke Mansurah. Sempat lagi kami makan tengahari di restaurant Nile. Kami sampai semula ke Mansurah pada jam 6.33 petang tadi. Penulis kena balik hari juga kerana malam ini ada angkat beras DPM Mansurah selepas maghrib. Wassalam...
No comments:
Post a Comment