Assalamualaikum semua.....
Semua orang gementar bila sebut tentang mati. Kenapa ya? Ada apa dengan mati itu? Benarkah semua orang gementar bila sebut tentang mati? Bagi penulis, tak semua orang gementar. Cubalah tengok sendiri. Berapa ramai orang yang masih berlagak sombong di muka bumi Allah ini. Tidakkah mereka tahu bahawa mereka tak selamanya hidup di dunia ini? Tapi mereka masih tegar melakukan kerosakan di muka bumi ini. Orang yang benar2 tinggi imannya berlainan pula. Mereka akan rasa seronok bila mengenangkan mati. Ini kerana bagi mereka, mereka sudah tidak sabar2 lagi ingin berjumpa dengan kekasih mereka iaitu Allah taala. Mereka buat segala yang Allah taala suruh dan meninggalkan segala yang Allah taala larang. Mereka benar2 zuhud, taqwa, wara' dan pelbagai lagi kenikmatan iman mereka. Mereka benar2 bahagia di dunia ini. Mereka benar2 rindu ingin berjumpa dengan Allah. Kemuncaknya bila mereka fana. Mata hati mereka telah memandang Allah taala. Mereka 'lemas' dalam lautan kecintaan mereka kepada Allah. Orang yang mati syahid pula ingin hidup semula dan mati syahid lagi. Kerana bagi mereka betapi manis dan sedapnya mati syahid itu.
Mati itu pasti. Al quran sendiri sudah sebutkan. Nabi juga sudah beritahu. Tak perlu rasanya untuk penulis mendatangkan dalil tentang kematian. Kerana semua sudah maklum. Apa yang penting sekarang ini ialah persediaan kita untuk berhadapan dengan kematian. Bagaimanakah persediaan kita? Antara cara terbaik untuk kita menghadapinya ialah cuba mengenangkan tentang kematian. Kenangkan kubur. Kenangkan dosa2 lalu dengan Allah dan makhluk lain. Adakah kita sudah minta ampun? Dosa dengan Allah, secara langsung dengan Allah. Jika dengan makhluk, perlu melalui makhluk dahulu.
Penulis ingin membawa kawan2 semua lalui suka duka kehidupan kita dari kecil sehinggalah dewasa ini. Apa dosa yang telah kita lakukan?
Dari kecil ibu dan abah membesarkan kita. Kita seringkali menyusahkan mak dan abah kita. Mak dan abah sudah puas bersabar dengan kita. Betapa sayangnya mereka pada kita sehinggakan mereka tak sanggup biarkan kita menderita. Bila sudah meningkat dewasa, kita mula mengenal dunia. Mak dan abah kita seperti kita sudah tidak kenal. Sedangkan merekalah susah payah membesarkan kita selama ini. Ibu hanya menyuruh kita pergi ke kedai membeli barang. Apa jawab kita? "Orang tak senang lah mak. Tak nampak ka tengah tengok cita ni.. Nanti2 laa orang pergi.."
Sedarkah kita dengan ucapan ini telah melukakan hati seorang ibu? Kita tak pernah terfikirkan bagaimana mak menjaga kita dahulu. Adakah mak pernah tangguhkan permintaan kita inginkan susu di tengah2 malam? Tak.. Mak gagahkan diri bangun tengah malam hanya kerana kita nak susu. Hanya kerana lampin kita sudah basah. Mak tak pernah tangguhkan semua itu. Abah pula sanggup bersusah payah dari pagi hingga petang mencari sesuap rezeki untuk anak2 tersayang. Pernahkah kita terfikir semua itu? Tanyalah diri kita. Adakah kita sudah mohon ampun dari mak dan abah kita? Jika sekarang umur kita sudah 20, apa yang telah kita buatkan untuk mak dan abah kita?
Kita mula masuk alam persekolahan. Dari sek. ren. hinggalah universiti... Pernah kah kita ucapkan 'terima kasih' pada mak dan abah kita kerana duit belanja bulanan kita yang mereka berikan tiap2 bulan? Percakapan kita seharian kadang2 itu telah melukakan hati mak dan abah kita. Kita sedar tak semua itu? Jika kita berada jauh dari mereka, adakah kita selalu hubungi mereka? Sedangkan mereka terlalu rindu pada kita. Anak2 mereka. Kita adalah anak2 mereka yang mereka tatang sejak kecil dahulu. Kadang2 hati seorang mak dan abah sering bertanya.. Mengapa sudah lama anakku tak hubungi kami? Pernah kita sedar semua itu? Kita leka untuk mendoakan keampunan bagi mereka setiap kali lepas solat. Betapa 'derhaka'nya kita bila melupakan mereka di dalam doa kita. Kita pelajar agama. Tapi beginikah cara kita? Seorang mak dan abah tak inginkan duit dan harta kita. Yang mereka inginkan ialah...." Wahai anak mak dan abah. Jadilah anak2 yang soleh. Jika mak dan abah mati nanti, kau lah anak yang akan menguruskan segala urusan kematian kami. Mak dan abah nak kau lah yang mandikan kami, kafankan kami, imamkan solat jenazah untuk kami, talqinkan kami, doakan kami dan hadiahkan pahala untuk kami selagi mana anak hidup di dunia ini.." Pernah kita fikirkan semua itu?
Kita punya kawan. Bahkan ramai kawan2 kita. Pelbagai pe'el yang mereka ada. Tapi terkadang itu kita tak sedar bahawa kita telah melukakan hati kawan2 kita. Kita buat perkara yang mereka tidak suka. Dalam masa yang sama mereka berkecil hati dengan kita. Kita berdosa dengan kawan2 kita. Pernah kita minta maaf pada mereka? Yang kita tahu ialah tetap dengan ego kita. Kenapa tak boleh salahkan diri kita sendiri walaupun hakikatnya mereka juga ada salah dengan kita. Kenapa kita tak cuba memahami hati seorang kawan? Seburuk2 dia pun, dia tetap kawan kita. Kita pertikaikan sikap kawan2 kita sedangkan pernahkah kita tilik sikap kita pula? Pernahkah kita tilik sikap kita yang orang lain pula tak suka? Berdosanya kita dengan kawan2 kita. Lazimilah meminta maaf pada kawan kita. Khuatir takut tak sempat untuk meminta maaf.
Kita tahu hukum. Dosa pahala. Semua kita tahu. Tapi kenapa kita masih lagi melakukan maksiat pada Allah? Kenapa kita masih lagi menjadi hamba yang berdosa di sisi Allah? Ini menunjukkan bahawa iblis, syaitan dan nafsu itu memainkan peranannya. Itu tandanya mereka wujud. Allah jadikan mereka sebagai cabaran kepada kita. Jika bertanya kepada semua orang, 'ingin masuk syurga?' Maka beramai2 orang akan menjawab 'nak'. Tapi adakah kita telah buat perkara yang membolehkan kita ini masuk syurgaNya? Kita banyak dosa. Sedaya upaya kita berusaha untuk menjadi hamba yang bertaqwa. Tapi akhirnya kita tewas dek kerana pujukan syaitan dan nafsu yang mengheret kita. Kita nak jadi hamba yang terbaik di sisi Allah. Tapi akhirnya kita terpesong sedikit dari jalan yang sebenar. Sesungguhnya anak adam ini pasti melakukan kesilapan. Tapi itu bukanlah alasan untuk kita terus melakukan kesilapan dan dosa. Kita mudah memandang serong pada orang lain. Tapi kita tak pernah memandang pada diri sendiri? Kenapa ya? Jika kita ini benar2 sibuk menghisab dosa sendiri, nescaya kita tak sempat untuk mengatakan 'salah' pada orang lain. Tapi sekarang ini kita hanya sibuk malukan orang, burukkan orang, kutuk orang lain sehinggakan lupa pada dosa sendiri. Ya Allah, banyaknya dosa2 ku.
Ya Allah, dosaku padamu menggunung tinggi. Dosaku pada makhlukmu juga begitu. Jika ditilik benar2 pada diri ini, kosong! Tak ada apa yang perlu dibanggakan. Hina, kerdil! Sudah bersediakah aku untuk menghadapi kematian yang bila masa2 saja akan hadir. Kalau aku kata tak bersedia lagi sekalipun, malaikat maut tak pernah kenal erti sebuah penangguhan! Bila2 masa saja akan mati. Oleh itu wajib bersedia bila2 masa saja. Aku lari ke hujung dunia sekalipun, maut pasti menjemputku. Lari ke lautan dalam pun dia akan mengejarku. Mati itu pasti!
Persediaan aku bagaimana? Dosa banyak. Pada Allah, makhluk2Nya lagi. Allah robbi... Bila ruh sudah direntap dari jasad, ketika itu tak berguna lagi segala2nya di dunia ini. Hanya ilmu yang manfaat, sedekah dan doa dari anak yang soleh saja yang bernilai. Nabi Muhammad yang maksum minta ampun 70 kali sehari. Kita yang berdosa ini bagaimana pula?
"Ya Allah ya tuhanku.. Ampunilah dosa2ku, ampunilah dosa ibu bapa dan keluargaku.. Panjangkanlah umur mereka dalam rahmatmu. ya Allah ya tuhanku sejahterakanlah semua guru2 ku dan rakan2 ku. Ampunilah dosa mereka....Berkati umur dan hidup mereka..."
1 comment:
"Ya Allah ya tuhanku.. Ampunilah dosa2ku, ampunilah dosa ibu bapa dan keluargaku.. Panjangkanlah umur mereka dalam rahmatmu. ya Allah ya tuhanku sejahterakanlah semua guru2 ku dan rakan2 ku. Ampunilah dosa mereka....Berkati umur dan hidup mereka..."
amin ya rab...
Post a Comment