7 February 2010

1 petang yang bahagia di pameran kitab sedunia...

Assalamualaikum semua.

Aku dah tamat mengharungi medan imtihan. Alhamdulillah. Berdoa banyak2 moga Allah najahkan aku dan kawan2ku semua. Amiin. Semalam aku pergi ke ma'rod iaitu pameran kitab sedunia yang berlangsung di ibu kota Kaherah, Mesir. Ada apa di pameran kitab sedunia ini? Wah, mestilah menarik. Aku nak cerita serba sedikit sepanjang aku berjalan2 di pameran itu. Aku dan Ferdaus(ahli bait) menjadi mushrif untuk menemani sebilangan pelajar wanita(akhawat) Mansurah ke ma'rod. Ramai sungguh pelajar akhawat yang pergi. Dikhabarkan sebanyak 60 orang termasuk pasangan berkahwin. Bayangkan 2 buah coster(bas mini) dan sebuah van dari Mansurah menuju ke ma'rod. Bila sampai di sana, aku dan Ferdaus membawa diri kami berjalan2 sekitar tapak pameran. Memang luas kawasannya sehinggakan disediakan keretapi mini(seperti yang ada di zoo Taiping) untuk membawa para pengunjung bersiar2 sekitarnya. Aku tak ada kitab yang ingin dibeli. Alasanku ialah aku tak ada duit. Hehehehe. Hanya membeli kitab pesanan dari kawan saja. Dia memesan kitab hadis iaitu kitab fathul bari dan kitab nahu. Ferdaus beli kitab. Kira2 hampir 300 junaih(mata wang Mesir) dia laburkan untuk membeli kitab. Kami berdua memasuki banyak dewan pameran dan kedai2 kecil. Dewan pertama yang kami masuk ialah kedai2 yang menjual kitab2 dari negara luar seperti Syria, Morocco, Sudan, Turki, Jordan, Arab Saudi dan lain2. Apa yang paling berharga dan seronok sekali ialah bila kami berdua berpeluang berjumpa,bersalaman dan bergambar dengan Al Alim Al Allamah Syaikh Muhammad Fadhil Al Jailani hafizahullah. Tuan Syaikh merupakan insan yang telah mentahqiq kitab tafsir Syaikh Abdul Kadir Al Jailani. Rasa gembira hati ini usah dikatakan lagi. Hati mana yang tidak gembira bila berpeluang berjumpa dengan insan yang alim seperti Tuan Syaikh. Sebelum itu, seorang kawanku, ustaz Yasir yang sedang menuntut ilmu di Indonesia berpesan kepadaku bahawa jika berjumpa dengan Tuan Syaikh, kirimkan salamnya kepada Tuan Syaikh. Aku memberitahu pada Tuan Syaikh bahawa seorang kawanku dari Malaysia mengirimkan salamnya pada Tuan Syaikh. Tuan Syaikh sambil tersenyum menjawab salam itu dan Tuan Syaikh mengirim salam kembali kepada kawanku itu. "Ustaz yasir, saya sudah tunaikan hajat enta untuk kirimkan salam enta itu. Dan Tuan Syaikh pun dah kirim salam balik pada enta" Aku gembira kerana dapat juga menunaikan hajat kawanku itu.

"Barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah menunaikan hajatnya pula"

Kami berdua(bersama Ferdaus) meminta supaya Tuan Syaikh mendoakan untuk kami. Kami bertawasul dengan Tuan Syaikh dengan rasa kerdilnya kami berdua berhadapan dengan insan mulia ini. Meminta kalam2 taujihat dari Tuan Syaikh. Allaaah.. Rasa bahagianya hati ini hanya Allah saja yang tahu. Tuan Syaikh juga tidak ketinggalan mengirim salamnya pada semua pelajar2 Malaysia di sini. Seperti yang diceritakan oleh Tuan Syaikh bahawa beliau akan adakan majlis muhadharoh bersama dengan pelajar2 Malaysia dan Indonesia hari itu pada jam 4 petang. Kami juga menceritakan bahawa kami baru saja lepas menghadapi peperiksaan di Universiti Al Azhar. Minta supaya Tuan Syaikh mendoakan kejayaan kami. Tidak ketinggalan juga beberapa orang pelajar akhawat dari Mansurah berjumpa dan bergambar dengan Tuan Syaikh. Kami memminta izin dari Tuan Syaikh untuk beredar. Tidak henti2 Tuan Syaikh mendoakan kejayaan kami. Alhamdulillah. Allah izinkan kami berjumpa dengannya walaupun masa yang singkat bersua muka dengan insan mulia ini. Moga berkat yang ada pada diri Tuan Syaikh dapat juga tempiasnya pada kami walau sedikit. Amiin..

Selepas itu kami bersiar2 lagi di sekitar kawasan pameran. Kami pergi ke maktabah jualan kitab dari Turki. Sempat juga bersembang walaupun tidak lama dengan penjual kitabnya. Apa yang menariknya ialah penjual kitab dari Turki itu berinteraksi dangan kami di dalam bahasa arab fushah(baku). Sungguh lancar dia berbicara. Penuh dengan uslub dan gaya bahasa yang indah. Ya Allah, jadikanlah kami sepertimana mereka yang telah Kau berikan pertunjuk. Apa yang menariknya di pameran kitab sedunia ini ialah kita boleh membeli kitab2 yang tiada jual di Mesir dengan harga yang berpatutan. Seorang tuan guru dari Malaysia di Mesir ini pernah berpesan supaya carilah kitab2 yang tiada jual di Mesir dengan maksudnya bahawa inilah peluang yang ada di ma'rod. Jika kitab2 yang penuh dijual di Mesir tidak perlu tunggu ma'rod untuk membelinya. Ma'rod setahun sekali diadakan. Bukan hari2....

Sambil aku menunggu Ferdaus membeli kitab, sempat aku merenung lama pada maktabah dari Sudan yang bersebelahan aku. Sengaja melihat lama di maktabah tersebut. Jauh di lubuk hatiku teringin untuk pergi ke Sudan menziarahi saudara kita di sana. Tak tahu kenapa tiba2 hati ini terasa begitu. Rasa rindu kepada saudara2 seislam di sana. Beruntungnya kita menjadi orang islam kerana ukhwah islamiah itu telah menyebabkan hati2 kita semua dekat. Walaupun hakikatnya tak pernah berjumpa......

Tahun ini aku tak rancang lagi untuk membeli mana2 kitab. Tahun depan insyaALLAH aku bertekad nak borong semahu mungkin. Membeli kitab2 agama atau sebagainya(yang bermanfaat) bukanlah suatu yang rugi jika kita tahu atas tujuan apa kita membelinya. Kalau membeli hanya sekadar ingin buat perhiasan di rumah, bagi anai2 makan atau ingin menunjuk2 kepada orang lain bahawa kita mempunyai kitab yang pelbagai itu, ia adalah sia2. Pelaburan kita atau menghabiskan duit dengan membeli kitab2 bukanlah pelaburan yang merugikan. Apatah lagi jika kitab2 tersebut kita baca dan buat rujukan. Di Malaysia nanti harganya sungguh mahal. Dengan peluang yang ada ketika masih di Mesir ini boronglah kitab semahu2nya.. Jika tidak, pasti rasa kekesalan di hari kelak. Bila agak letih berjalan, kami rehat di taman yang ada di dalam kawasan pameran tersebut. Rehat sambil makan nasi tengahari yang telah disediakn oleh pelajar akhawat untuk para mushrif. Terima kasih aku ucapkan kepada mereka yang sudi menyediakan bekalan untuk kami..... Masak sedap pulak tu.. Hehehe. Anak sapa la yang masak tuuuuu... Hehehe.

Ketika ingin pulang ke Mansurah inilah aku terasa agak letih kerana terpaksa tanggung sekotak kitab fathul bari. Bukan main berat lagi. Takkan nak minta tolong ustazah2 pula kot?? Hehehehe. Pengangkut beroda tiada. Bahulah menjadi mangsanya. Tapi tak mengapa, bukan sebarangan benda yang kita tanggung itu. Berjilid2 kitab yang mulia. Akhirnya kami selamat sampai ke Mansurah semula... Alhamdulillah... Kita jumpa lagi di ma'rod tahun depan... InsyaALLAH......

Bersama Al Alim Al Allamah Syaikh Muhammad Fadhil Al Jailani hafizahullah....




Di bawah adalah gambar sekitar pameran buku sedunia..

Pemandangan taman di kawasan pameran buku sedunia..


Depan dewan pameran negara Arab Saudi...

Muka letih sebelum pulang ke Mansurah.....

1 comment:

Sabilul_Rosyad said...

Assalamulaikum. ya ustaz ....
terima kasih banyak3 atas sampaikan hajat ana... moga allah membarakati ustz dan kawan2...

Imam Syafie Ra pernah menjelaskan :
“Aku mencintai orang-orang soleh dan bukan aku sebahagian daripada mereka, Aku berharap agar mendapat syafa’at kerana mereka”.

Mengenali para ulama’ adalah akan menambahkan kecintaan kita pada mereka. Maka dengan kecintaaan inilah yang akan menghidupkan hati-hati mukmin sejati. Kecintaan kepada mereka adalah berpautan dan saling bersangkutan dengan cinta kepada Rasulullah SAW kerana para ulama' kecintaan mereka lbh dari kita "sesungguhnya para Ulama warasatul anbiyak" :)

moga kita memdapat barakat dari mereka dan bertawasul ats mereka ... atas kemuliaan mereka.. amin ya rabb

syukran sekali lagi.. ya ustz atas sampaikan haja ana, hamba yang faqir ini, ana gembira sangat apbila mendapat khbar dr ustz hal demikian dan mmbc blog ustz. Allah yang mmbalasNYa ats kebaikan ..


اِلَهِي أَنْتَ مَقْصُوْدِيْ وَرِضَاكَ مَطْلُوْبِ. أَعْطِنِيْ مَحَبَّتَكَ وَمَعْرِفَتَكَ. يَا الله، ياَ الله، ياَالله.


“ Hai Tuhanku engkaulah tujuanKu, keredhaan-Mulah tuntutanku, anugerahilah daku kasih cinta padaMu dan sebenar-benar mengenaliMu Ya.. Allah. Ya.. Allah. Ya.. Allah.”

Wallahu 'alam .. assalamulaikum