31 January 2010

BANGSA MELAYU : Takkan hanya sekadar berbangga dengan kehebatannya saja???


Assalamualaikum semua....

Hari ini(ahad)sudah selesai jawab kertas madah(subjek) Mantiq Qodim. Agak sedih kerana ada jawapan salah. Aku keluar dari bangunan kuliah dengan muram durja. Huhuhuhu. Apa2 pun syukur kerana Allah izinkan jawab yang lain. Kawan2 doakan moga aku najah. Amiiin. Aku hanya berbaki 1 madah lagi iaitu Fiqh Muamalat. Doakan juga yang akan datang ini pula kawan2...

Berbalik kepada tajuk kita..... Kenapa kita perlu berbangga dengan bangsa kita? Iaitu melayu ini? Ada apa dengan bangsa melayu ini sehinggakan tika ini hangat diperkatakan di blog sahabat2 kita yang lain?? Ada yang mengatakan bahawa melayu ini bukannya bangsa, tapi hanya bahasa dan sebagainya. Aku tak mahu membahaskan dari mana asal usul bangsa 'misteri' ini. Nanti panjang pula tulisan aku tentangnya. Apa yang aku ingin katakan ini ialah di sebalik kita berbangga dengan bangsa kita ini perlu diingatkan juga apa peranan bangsa kita kala ini dan bagaimana hujung jatuh bangsa 'misteri' ini akhirnya...... Berdasarkan penelitian aku selama ini dikebanyakan blog yang pernah aku layari yang menceritakan asal usul dan kehebatan bangsa melayu ini, aku dapat menyimpulkan beberapa perkara berdasarkan pemahaman insan yg 'faqir ilallah' ini. Dan dari apa yang telah aku baca, banyak fakta2 menarik yang menceritakan tentang kehebatan tamadun bangsa 'misteri' ini iaitu melayu. Ada juga cerita2 yang tak disandarkan pada fakta, hanya mengikut cakap2 orang. Tapi apa2 pun aku juga percaya bahawa bangsa melayu ini pernah mencipta satu tamadun yang hebat suatu masa dahulu. Cumanya sejarah telah digelapkan oleh penjajah kuffar laknatullah alaihim! Apa yang menarik hatiku bila ada sahabat yang menceritakan tentang senjata2 yang pernah digunakan oleh orang melayu ketika zaman keSultanan melayu Melaka dahulu iaitu bahasa yang mudah cakapnya pistol, senapang dan meriam. Mungkin sekali dengar macam nak tergelak pun ada kan? Yalaaa, sejarah yang kita pelajari ketika sek. men. dahulu menampakkan bahawa orang melayu ini hanya berkeris, tombak, lembing dan sebagainya. Itu yang kita pelajari dari sejarah yang telah diubah suai oleh penjajah. Namun setelah aku meneliti pada 1 blog ini aku yakin bahawa memang orang melayu zaman dahulu sudah punyai senjata2 yang aku sebutkan tadi(pistol,senapang dan meriam). Dikuatkan lagi dengan sejarah penaklukan Portugis ke atas kerajaan Melaka. Berapa lama penjajah barat mengambil masa untuk menakluk Melaka?? Jika benarlah orang melayu kita zaman dahulu hanya berkeris dan bertombak sahaja, perlukah tentera Portugis yang mempunyai armada tentera ramai dan senjata hebat zaman itu mengambil masa yang lama(10 hari mengepung kota Melaka) untuk menakluk Melaka?? Kalau tak kerana ada tentangan hebat juga dari orang2 melayu yang bersenjata pistol, senapang dan meriam, tak mungkin begitu mudah untuk Portugis menakluk Melaka. Pelikkah orang melayu zaman itu sudah punya senjata2 itu?? Kita teruskan cerita....

Aku peminat sejarah. Masa aku sek. ren. lagi aku dah mula baca sejarah peradaban dunia buku teks kakak ku punya. Memang minat sangat. Kini dunia dah maju. 'Dunia di hujung jari anda'..... Aku melayari internet membaca kisah2 sejarah dunia. Aku tak terima 100%. Aku buat penelitian dahulu. Berbalik kepada cerita kita. Pernah tengok filem Thailand 'Queen of Langkasuka'? Cerita ini tentang kisah 'Pattani' zaman dahulu. Perlu kita tahu bahawa kerajaan Pattani juga kerajaan melayu. Cuba tengok dalam filem itu. Senjata apa lagi yang mereka gunakan selain dari keris dan tombak? Mereka juga menggunakan senapang dan meriam bahkan besar sekali meriam mereka. Jika kita melihat kepada pakaian orang lelaki tidak sama kah dengan orang2 melayu di zaman keSultanan melayu Melaka?? Bersama tengkolok di atas kepala dan bersampin, sama saja dengan orang melayu zaman Sultan dahulu kala. Mesti ada yang pelik kan kerana zaman begitu tiba2 ada senapang. Tak pelik! Bahkan itu adalah sejarah realiti mereka. Thailand berani membuat filem sejarah yang benar tentang kerajaan Langkasuka dahulu kala. Fakta2 ini telah membuka mataku untuk lebih mengenali sejarah bangsa sendiri. Di antara lagi kehebatan orang2 melayu dahulu kala ialah pernah menjadi pelayar laut dan orang pertama mengelilingi dunia bersama Ferdinand Magellan. Boleh klik di sini untuk mengetahui kisah selanjutnya mengenai pemuda melayu pertama yang telah mengelilingi dunia itu.


Apa lagi kisah kehebatan orang melayu dahulu dan kini?? Diceritakan juga bahawa kerajaan Islam Turki Uthmaniah turut berduka ketika kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Boleh lihat di sini bagaimana angkatan tentera Turki Uthmaniah dihantar untuk membantu kerajaan2 Islam di rantau Nusantara ini ketika Portugis menyerang Melaka. Berkata seorang sahabat di blognya bahawasanya orang melayu ini jenis yang suka memendam rasa. Tidak mudah mengamuk sesuka hati. Mereka lebih suka memendam rasa dari meluahkan. Sehinggalah waktu yang tidak tertahan lagi, perasaan itu mereka akan luahkan. Bila aku terbaca tulisannya itu, teringat kembali aku pada kata2 abahku beberapa tahun yang lepas. Ketika itu abah masih seorang askar(Kor Polis Tentera DiRaja Malaysia). Abah menceritakan padaku tentang orang melayu ini. Dan yang masih aku ingat ialah abah mengatakan orang melayu ini 'darah kering'. Aku pelik. Apa maksud darah kering itu?? Abah menghuraikan bahawa orang darah kering ini mereka yang tidak suka menunjukkan rasa marah mereka itu sehingga lah pada masa yang mereka tidak boleh sabar lagi, maka mereka akan letupkan seperti letusan gunung berapi... Itu orang melayu bagi pandangan abahku sebagai seorang askar. Abah ceritakan lagi sejarah kehebatan dan keberanian orang melayu ketika Jepun ingin menakluk tanah melayu di Singapura. Ketika itu hanya tinggal tentera2 melayu benteng terakhir sebelum Jepun berjaya menguasai sepenuhnya tanah melayu. Siapa tidak kenal dengan Leftena Adnan??? Dan abah ceritakan lagi kisah keberanian orang melayu di Somalia ketika menyelamatkan tentera Amerika yang terkepung dalam pasar Bakara, Mogadishu. Serangan yang begitu hebat dari tentera pemberontak tidak dihiraukan oleh anak2 melayu ketika itu. Akhirnya gugur seorang perajurit kita. Pernah menonton filem Black Hawk Down?? Filem itu menggambarkan suasana peperangan antara tentera Amerika dengan tentera pemberontak ketika perang di Pasar Bakara. Namun salah filem itu ialah ia menyeleweng dari fakta sebenar. Jasa tentera melayu tidak ditonjolkan sedangkan tentera kitalah yang menjadi wira menyelamatkan tentera Amerika yang bongkak itu. Tahu sejarah Bukit Kepong? Semua orang tahu... Sedih bukan?? Aku menitis air mata tengok filem tu. Betapa beraninya orang melayu kita mempertahankan tanah air sendiri. Dan kisah pilu juga berlaku di Baling(kisah memali) ketika mana orang2 melayu bangkit dari 'dinodai'. Arahan dari siapa dan siapa lagi kalau bukan orang melayu(yang terlibat) sendiri yang menyerang bangsa sendiri..... Akhirnya mereka penduduk melayu Kg. Memali ada yang syahid....


Peristiwa 13 mei semua orang tahu walaupun ada yang tidak lahir lagi ketika itu(termasuklah aku). Ketika itulah timbul kisah parang terbang dan sebagainya. Adakah cerita2 itu dongeng? Tidak... Pergilah tanya pada mereka yang masih hidup lagi. Mungkin ramai tak kenal dengan gelaran Pendekar Sungai Manik? Ini semua kisah kehebatan orang2 melayu. Dan bangsa kita bukanlah bangsa yang mudah diperkotak katikkan sesuka hati. Namun ada benarnya juga jika bangsa kita susah untuk meluahkan rasa marahnya. Lihatlah apa yang telah berlaku sekarang ini. Harga minyak naik masih tidak mengapa. Harga barang naik masih tidak mengapa. Mungkin bila sudah tidak mampu untuk makan barulah orang2 melayu bangkit semula??? Muhasabahlah bangsa kita...

Tanah melayu juga adalah salah satu negara yang masih mampu mengekalkan pemerintahan Raja berperlembagaan. Memang susah untuk Portugis atau British menghilangkan kuasa raja2 ini. Adakah mereka tidak mampu?? Mereka sebenarnya mampu. Jika benar2 mereka ingin hilangkan kuasa raja2 di tanah melayu, boleh saja mereka kerahkan segala bala tentera mereka menyerang sepenuh hati tanah melayu. Bunuh atau buang negeri saja raja dan rakyat2nya seperti mana Sepanyol lakukan ke atas Philipina dahulu. Tapi penjajah tahu bahawa orang2 melayu bukan mudah untuk penjajah melawan dengan menggunakan senjata. Akhirnya mereka menggunakan perang psikologi atau perang saraf. Dan rancangan mereka kini semakin berjaya. Mengapa aku katakan berjaya?? Lihatlah Malaysia sekarang ini yang masih mengekalkan perlembagaan penjajah. Betapa sukarnya nak laksanakan pemerintahan Islam secara syumul(bukan sekerat2 saja) hanya kerana perlembagaan taghut ini! Tak payah mereka membunuh kita seperti mana Belanda pernah membunuh ribuan rakyat islam Indonesia dahulu. Tak perlu membunuh berpuluh2 ribu rakyat Islam seperti mana Itali pernah lakukan dahulu di Al Geria. Tapi cukuplah hanya letakkan perlembagaan Malaysia ini dengan 'adunan' mereka. Kesannya lihatlah hari ini!!!! Benar?? Apa dah jadi dengan bangsa yang pernah mencipta ketamadunan yang tinggi ini?? Ke mana hilangnya kehebatan bangsa 'misteri dari timur ini'? Di Malaysia ini, bangsa mana yang juara dalam mengeluarkan anak zina? Bangsa mana yang juara membuang anak? Bangsa mana yang juara rempit di jalanan? Bangsa mana yang juara menjadi 'doktor sendiri'(dadah)?

Aku bukan nak menghina bangsa sendiri. Tapi inilah realiti yang berlaku sekarang ini. 50 tahun lebih kita sudah merdeka tapi beginilah keadaan bangsa kita. Sebab apa kita jadi begini? Mana Islam yang kita pegang selama ini?? Islam hanya pada nama?? Sepertimana Nabi Muhammad pernah bersabda dalam hadis yang bermaksud, "Kita ini ramai bagai buih di lautan. Tapi seperti tak ada apa. Sebab kita dah dijangkiti 1 penyakit iaitu al wahnu. Iaitu takutkan mati dan cintakan dunia(aku ambil kefahaman hadis saja). Yaaaa, inilah penyakit yang Nabi cakapkan itu. Telah melanda kita semua. Anak bangsa kita bukannya penakut. Berani! Tapi salah guna. Mereka sanggup mati di jalanan dengan menjadi 'geng rempit'. Bukannya tidak pernah melihat mangsa2 yang lain pernah terperosok bawah lori, yang pecah kepalanya. Tapi tak pernah serik. Keberanian yang disalahgunakan. Alangkah untungnya umat islam jika 'geng2 rempit' ini ditarbiah mengikut acuan islam dan dihantar mereka berjihad. Kerana apa? Kerana mereka ini berani. Siapa lagi kalau bukan anak bangsa kita sendiri. Dan bangsa kita juara dalam industri muzik atau seni tanah air. Benarkah orang2 melayu kepinginkan hiburan yang melampau?? Lihatlah hari ini. Realiti negara kita hari ini. Fenomena sukakan hiburan yang terlampau. Nak berhibur silakan... Tapi sampai tak pedulikan halal haram itu bukan kehendak islam! Semakin berjayakah perancangan kafir untuk menyesatkan umat islam?? Yaaa,semakin berjaya. Adakah rancangan mereka ini baru2 ini saja? Tidaaaak.... Mereka sudah rancangkannya sejak berabad2 lamanya. Dan hari ini semakin dan sudah pun berhasil.


Adakah kita masih nak berbangga lagi dengan keadaan bangsa kita ini sedangkan kita tak pernah ambil peduli dengan mereka. Sebut saja melayu, islam. Melayu,islam, melayu,islam. Islam ini sudah sinonim dengan melayu dan begitulah sebaliknya. Tapi kita dah lupakah dengan pendedahan Sohibus Samahah Tan Sri Mufti Perak tentang betapa ramainya bangsa melayu yang telah dan akan murtad??? Di dalam aqidah islamiah, murtad tidak perlu menunggu pengesahan daripada hakim atau sesiapa. Cukuplah dia dikira jatuh aqidahnya dalam 3 keadaan ini. Pertamanya dengan i'tiqodnya, kedua dengan kata2nya dan ketiga dengan perbuataannya. Tak perlu tunggu isi borang dahulu untuk murtad dan disahkan oleh hakim mahkamah barulah dinamakan murtad. Tidak!! Hukum murtad bukan begitu.. Mengikut pendedahan Tan Sri Mufti Perak bahawa ratusan ribu orang melayu yang telah murtad. Allaaaaah. Cuba bayangkan jika mereka yang telah murtad ini dikerahkan tenaga untuk memerangi bangsa melayu sendiri yang islam ini???? Cuba fikirkan akibatnya. Mengapa boleh jadi begini?? Inilah antara salah satu rancangan kuffar.... Mereka tahu bahawa umat islam khususnya orang melayu tidak bisa ditanggalkan aqidah islamiahnya melalui peperangan sebenar. Namun mereka menggunakan 'perang saraf atau idealogi'. Akhirnya mereka berjaya. Biarlah memakan ratusan tahun sekalipun, tapi apa yang penting bagi mereka ialah agenda mereka untuk menyesatkan orang islam Malaysia khususnya sudah dan semakin berjaya. Kita kena sedar hakikat ini...


Kita menceritakan kehebatan bangsa kita tidak salah. Bahkan dituntut kerana ingin menyedarkan bangsa kita bahawa, "SEDARLAH WAHAI BANGSAKU. KITA INI BUKAN BANGSA YANG MUNDUR. KITA INI BANGSA YANG HEBAT. TAPI KENAPA SEKARANG KITA SEMAKIN MUNDUR DI DALAM ANUTAN ISLAM ITU SENDIRI??? MANA PERGINYA KEHEBATAN BANGSA MELAYU ISLAM INI SUATU MASA DAHULU???"


Diceritakan oleh guru saya bahawa ketika tentera Tatar menyerang Baghdad, tentera2 islam saat tika itu hampir2 hilang semangat. Untuk mengembalikan semangat para anggota tentera maka panglimanya ketika itu menceritakan kembali sirah Saiyidina Muhammad. Menghidupkan semula 'kisah kelahiran Nabi sehinggalah baginda wafat'. Tujuannya untuk menaikkan kembali semangat mujahidin ketika itu. Mereka kembali sedar betapa susah payah dan hebatnya Nabi kita ketika hidup dan berjihad memperjuangkan islam! Dulu bila sebut melayu pasti islam. Sekarang tidak lagi seperti dulu. Kini dah ada melayu kristian. Tak percaya??? Kena akui hakikat ini. Apa peranan kita? Tambah2 lagi bagi orang yang memikul tanggungjawab. Pemimpin terutamanya. Rakyat tidak boleh buat sesuka hati jika tiada arahan dari pemimpin. Sememangnya amar ma'ruf nahi mungkar' ini tertanggung ke atas semua umat islam. Tapi kita ada pemimpin. Arahan umarak itu penting. Jika umarak pun tidak hiraukan rakyat2nya yang kini penuh keseronokan dan kelalaian ini, maka habis lah kita semua. Ditambah pula ulamak yang berada di sisi umarak itu hanya pandai menjaga 'periuk nasi' mereka saja, tunggulah bala dari Allah.... Apa yang umarak lakukan, 'YA' kan saja walaupun terang2 salah perkara itu.


Kata ulamak, 'Jika ingin melihat jatuh bangunnya sesebuah bangsa itu, lihatlah pada generasi bangsa itu yang ada sekarang. Jika elok anak bangsa mereka, maka eloklah bangsa itu. Jika rosak anak bangsa mereka, maka rosaklah bangsa mereka nanti.'


Tidak risaukah kita dengan keadaan sekarang ini??? Jangan sampai suatu masa nanti kita ini jadi perlarian di tanah air sendiri... Na'uzubillahi minzalik.....


Peranan satu2 bangsa itu juga penting. Kita tak nafikan. Tapi yang paling penting ialah ISLAM itu sendiri. Mulianya sesebuah bangsa itu kerana islam. Saiyiduna Nabi Muhammad diutuskan dari kalangan bangsa arab antara sebabnya bangsa arab ini terkenal dengan 'asobiyah' nya. Dan benar sekali. Aku pernah membaca di surat khabar tentang perdamaian 2 keluarga di Iraq setelah sekian lama bergaduh dan bermusuhan sejak beberapa generasi. Orang barat yang kuffar, walaupun mereka hebat dari segi teknologi atau sebagainya. Namun mereka tetap tidak mulia berbanding kita. Kenapa kita lebih mulia dari mereka?? Kerana ISLAM. Dan yang paling mulia pula selepas dia islam ialah orang yang paling bertaqwa di sisi Allah. Ini jelas dalam Al Quran ada menyatakan. Orang islam yang berbuat muksiat pada ALLAH pun akan masuk ke dalam syurga akhirnya setelah mengalami 'hukuman' di 'penjara neraka'... Orang kafir???? Selama2nya menjadi 'kayu api' neraka.... Apa lagi yang kita nak bangga kan lagi jika bangsa kita tidak lagi menjadi seperti bangsa melayu dahulu kala. Bangsa melayu dahulu bukan saja hebat dari segi ketamadunan. Tapi dalam agama islam itu sendiri juga hebat. Jangan kita terlalu taksub dengan bangsa sehinggakan meletakkan islam nombor 2.. Adakah ini berlaku?? Yaaaa. Cuba lihat realiti di Malaysia. Jika berlaku kes berkenaan Islam, hambar saja respon dari umat Islam melayu. Yang ada hanyalah mereka benar2 faham konsep bangsa dan islam itu sendiri. Cubalah sesuatu perkara itu berlaku menyentuh sensitiviti orang melayu, maka timbulah suara2 yang ingin membela. Tak salah. Bahkan aku juga menyokong. Tapi yang paling penting, apa jenis bangsa kita sekalipun letaklah islam segala2nya. Bukan tiada yang bersuara tentang islam itu sendiri. Tapi nak buat macamana jika yang bersuara pun dihalang dan ditangkap.... Berkenaan kes terbaru ini, penggunaan nama Allah untuk orang kristian. Aku secara peribadinya setelah mendengar dari orang alim, belajar dari ulamak dan mengkaji kitab kuliah aku sendiri(kitab milal wa nihal), aku juga tidak setuju jika orang kristian nak guna juga nama Allah. Aku malas nak hurai banyak tentang itu. Sebab dah ramai yang huraikan. Termasuklah Tuan Guru Ustaz Nazrul sendiri. Bagus tindakan orang melayu yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Dan aku juga harapkan lepas ini, kalau kamu benar2 ikhlas memperjuangkan islam di Malaysia ini, marilah bersama2 kami dalam gerakan islam.. Jangan hanya kamu menunjukkan ketidakpuashatian kamu kerana ada agenda2 tertentu saja(aku husnuzhon). Tapi apa2 pun aku ucapkan syabas kepada mereka yang menyatakan 'tak boleh guna nama Allah untuk agama lain'....


Wahai bangsa ku.... Aku berpesan kepada diri ini dan semua(usiykum wa nafsi), marilah kita bangkit semula dari 'lena panjang' kita. Bersatu dalam agama islam. Mulianya kita kerana islam. Ingatlah bahawa dunia sudah akhir zaman. Bila2 masa saja 'tentera panji hitam dari timur' akan muncul. Mudah2an kita iaitu bangsa melayu ini tergolong di dalam tentera panji hitam tersebut. Sedaya upaya kita melakukan amar ma'ruf nahi mungkar. Bukan sekadar hanya pandai menyuruh orang berbuat baik. Tapi pencegahan dari membuat mungkar tiada..... Kami(pelajar2 Al Azhar) sama2 akan membantu agama islam dan bangsa kita khususnya untuk bangkit dari 'lena yang panjang' ini... Kami sedar bahwa kami juga ada kekurangan. Tapi di sebalik kekurangan itu telah membuatkan kami perbaiki diri ini...... Bangkitlah wahai bangsa 'misteri' ini........ Moga2 kita menjadi tentera panji hitam dari timur itu........ Wallahu a'lam...




" Takkan melayu hilang di dunia......"

No comments: