14 January 2010

DEDIKASI KHAS BUAT SEORANG SAHABAT.

Sahabat,

Pada mulanya aku tak tahu.
Kau kelihatan biasa.
Tiada apa-apa tanda.
Tapi akhirnya taqdir dan masa menentukannya.
Itu pun bukan dari luahanmu sendiri.
Datang sahabat yang lain menceritakan segala.
Aku kaget mulanya.
Benar-benar tak percaya.
Adakah ini keputusanmu?
Mengapa tak khabarkan awal-awal padaku?
Mungkin aku yang dhoif ini mampu memberikan sedikit semangat padamu.



Sahabat,

Aku tahu kau ada alasanmu tersendiri.
Bukan hak aku untuk menghalangmu.
Apatah lagi menyekatmmu.
Tapi sekurang-kurangnya aku mampu 'mendorongmu'.
Pertama kali aku mendengar bahawa kau akan pergi.
Hati ini tersentak!
Mengapa kau mudah berputus asa sedangkan masih ada sinar kebahagiaan itu?
Kau masih mampu untuk bangun dari jatuhmu.
Sekali kau pernah rebah, tak selamanya kau susah.
Kami ada untuk membantumu.
Ini bukan jalannya bagi kami.



Sahabat,

Terkenang kembali kenangan indah kita bersama.
Kau dan aku pernah mencipta kenangan itu bersama.
Ya, begitu indah.
Gelak tawa,gurau senda,rajuk rindu kita bersama.
Segar sentiasa di ingatan ini.
Hati ku sayu bila mengenangkan kau akan pergi meninggalkan kami.
Aku akan kehilangan sahabat lagi di sini.
Bukan mahuku.
Dan bukan juga mahumu.
Mungkin ada sinar bahagia yang akan menantimu di sana nanti.



Sahabat,

Walau di mana jua kau berada.
Perjuangan harus diteruskan.
Peluang lain yang bakal menjengahmu nanti,jangan disia2kan lagi.
Aku harapkan kau tabah hadapi hari-hari mu.
Allah bersama kita.
Apa-apa pun bertamu di hatimu,ingatlah Allah selalu
Kita datang bersama.
Tapi kau terpaksa pergi dahulu.
Aku redho kerna sudah suratan.
Apa yang ku harapkan moga kau jangan mudah mengalah.
Apa yang aku luahkan ini untuk diriku jua.
Ingat pesan ini sahabat.
Walaupun terpaksa berpisah,persahabatan kita tetap begitu.
Tiada kurangnya.
Bahkan sentiasa bertambah kasih sayang kita.
Aku doakan moga kau sentiasa dalam rahmat Allah.
Bahagia dengan pilihanmu untuk berpisah dengan kami di sini.



Sahabat,

Kini aku menunggu saja hari-harinya yang akan memisahkan kita.
Sememang aku redho dengan keputusanmu.
Namun jauh di lubuk hati ini sayu dah pilu.
Mengenangkan hari-harimu yang akan berpisah jua dengan kami.
Simpanlah kenangan kita bersama.
Doakanlah jua untuk kami di sini.
Moga kami juga tabah hadapi dugaan di sini.
Apa yang berlaku ada hikmahnya.
Itu pilihanmu setelah istikharahmu.
Kami sebagai sahabatmu mengharapkan persahabatan kita takkan putus.
Biar tempat menjadi penghalang.
Biar zaman pembakar kenangan.
Berjuanglah walau di mana kau berada......








Luahan hati seorang sahabat suka dan duka,

Mohammad Hakimi,
Bait Tahzibunnufus,
Syari' Romli,
'Azbatus Syal,
Mansurah........

No comments: