17 June 2009

U.K. MENANTIKU....

Assalamualaikum semua....

Lama dah aku tak update blog ni.Bukan apa,kadang tu tak tahu nak tulis apa.Nak tulis ni bukan ikut suka saja..Ia mestilah kena fikir secara terliti dulu...Tak kira lah apa jua jenis tulisan yang kita ingin pamerkan...

Hari ini aku nak cerita tentang sesuatu...

Hari tu aku ada sembang dengan Kak Lang aku di YM.Dia minta pendapat aku.

"Ateh,kalau Kak Lang sponsor Nadia(adikku) datang UK ok tak?" ujarnya.

"Untuk apa Kak Lang?" balasku kembali.

"Kak Lang nak dia temankan Kak Lang masa konvo nanti.."

"Daripada Kak Lang sponsor dia,baik Kak Lang sponsor Ateh ja.Bukan pa,kalau dari Malaysiakan jauh tu...Dari Mesir dekat ja kan..Jimat duit Kak Lang tu." balasku lagi.

"Ha 'ah la kan.Kalau Ateh yang datang jimat sikit duit tambang tu." Kak lang memberikan ku harapan.

Hatiku mula mekar perasaan yang sememangnya aku inginkan.Selepas daripada perbincangan itu,Kak Lang terus memesan tiket kapal terbang untukku.

Akhirnya aku dapat durian runtuh yang benar² tak disangka.Bagaikan tak percaya akhirnya aku akan ke UK juga.Aku memang ada niat nak pergi sana.Memandangkan masa tak mengizinkan,aku tak ambil muhim sangatlah.Dan hari ini dengan izin ALLAH aku pergi ke sana jua(insya ALLAH)demi menemani Kak Lang yang keseorangan ketika konvo nanti.Jika aku di sana nanti,akulah satu²nya ahli keluarga yang ada untuk menemaninya.

Yang aku seronok sangatnya ialah aku hanya pergi bawa diri saja.Tiket,tempat tinggal dan perbelanjaan di sana nanti semuanya akan ditaja oleh Kak Lang..(sayang Kak Lang.hehehehe)

Kak lang dah tahun akhir di sana.Dia akan pulang ke Malaysia pada 26 hb 7 nanti.Insya ALLAH aku akan bertolak ke UK pada 10 hb 7 ini.Dan akan pulang ke Mesir pada 24 hb 7.Lebih kurang 2 minggu aku berada di UK...(syoookkk).Tak sabar² aku nak melancong sepuas²nya di UK nanti..Inilah peluang yang aku ada.Takkan disia²kan.Kalau nak tunggu aku ada duit,payahlah...Sebab kalau aku ada duit pun,aku kena aula kan tempat yang paling utama dahulu.Iaitu Mekah Al Mukarramah.Tempat² lain bila² saja boleh pergi.Tapi oleh kerana aku di taja penuh oleh Kak Lang,aku tak tolak kepergian ini.Lagi pun sebagai adik,aku kena menemani kak lang nanti.Aku saja keluarga yang ada dan dekat dengannya.

Sebagai peminat Arsenal,Stadium Emirates takkan ku lupakan untuk pergi.Hehehehehee.Tak dapat masuk,dapat bergambar di luar stadium pun jadi lah.Kalau sempat,Stadium Old Trafford,Manchester pun aku nak pergi.Walaupun bukan pasukan yang aku minat,bak kata orang² sekarang..."dah alang² mai,pi ja laaa kan."

Tapi yang kurang syoknya ialah aku pergi nanti bersendirian.Hhhmmm..

Apa² pun pemusafiranku ini jika diniat dengan betul² akan diberikan pahala...Berjalan melihat ciptaan dan keagungan ALLAH...Indah Mesir dengan cara tersendiri.Indah Malaysia dengan caranya.Indah UK,aku pun tak tahu lagi bagaimana.Tapi yang paling penting,keindahan ciptaan ALLAH tiada tandingan.Sehebat² dan secantik² ciptaan makhluk di muka bumi ini,mana mungkin boleh tandingi hebatnya lagi ciptaan ALLAH yang mengadakn makhluk ini...

Kak lang berpesan padaku.

"Jangan lupa praktik B.I. tu...Nanti tak lah kaku sangat masa di airport nanti."

Hehehehehe.Aku gelak sendirian.B.I. ni lah yang lemah sikit ni.Boleh saja nak cakap tu,tapi grammar pasti lari.Aduuuuuhh.Tak apa lah...Semenjak datang Mesir ni,banyak juga perkataan B.I. yang aku lupa.Terkadang itu yang mudah² pun boleh lupa...Ish²..Kenapalah jadi macamtu.Hurm....

Doakan moga aku selamat sampai dan pulang..2 minggu aku di sana.Itu pun aku rasakan sudah lama.Kerana banyak lagi aktiviti yang aku perlu laksanakan di Mesir ini..Jika di sana nanti,aku tetap akan merindui Mesir......

UK,menantiku......

1 comment:

Z said...

Hihi..nanti k lang masak megi je ek ? :P hehe kidding..mestilah masak bes bes..insyA kite g London..so i need ur passport detailsss :)