27 June 2009

DAGING ULAMAK BERACUN......HATI-HATI...


Assalamualaikum semua....

Akhirnya persoalan tentang 'kerajaan perpaduan' yang telah digembar gemburkan sebelum ini terjawab...Tiada kerajaan perpaduan.....

Aku yang dhoif ini hanya sekadar ingin mengulas serba sedikit dengan apa yang telah aku perhatikan selama ini tentang isu 'kerajaan perpaduan'.. .Aku telah menjelajah ke beberapa buah blog yang hangat membicarakan tentang isu ini..Ada yang pro dan ada yang kontranya...Itu lumrah...

Tetapi yang menyebabkan aku kurang senang hati ialah cara mereka menyanggah cadangan 'UG' ini.Jika ditanya padaku dari hati ke hati,secara ikhlasnya aku juga tidak bersetuju dengan idea ini.Iaitu kerajaan perpaduan.Tapi bagi mereka yang juga ahli dan aktivis PAS amnya punyai hak untuk melontarkan pandangan masing².Mereka masing² punya hujah dan pendapat untuk menidakkan idea ini.Namun,jangan kerana ada hak untuk bersuara,kita sudah tidak menyedari bahawa kita telah 'meninggi suara' dengan mereka,iaitu dengan kepimpinan yang melontarkan idea ini(Kerajaan Perpaduan).

Sebagai ahli PAS khususnya,kita ada pemimpin.Kita ada organisasi kita.Sesuatu jemaah itu takkan berjaya jika tiada pemimpin dan organisasi.Kita dianjurkan supaya mentaati pemimpin walaupun taat kepada pemimpin itu bukanlah ketaatan yang mutlak seperti taat kepada ALLAH dan Rosulnya,namun sebagai orang Islam yang tahu hukum hakam dalam syariat,kita wajib taat kepada pemimpin selagi mana tidak menyalahi syariat.PAS merupakan sebuah parti Islam yang takkan sama dengan Umno sampai bila²(Selagi mana mereka tidak berubah).

Sebagai manusia yang mempunyai hak untuk bersuara di muka bumi ini,janganlah terlalu ghairah mengkritik sehinggakan kita lupa siapakah mereka yang kita kritik itu.Pemimpin kita(PAS),bukanlah maksum.Namun kita kena tahu adab² kita bila berhadapan dengan pemimpin.Walaupun pemimpin tidak mengharapkan penghormatan dari kita kerana merasakan mereka itu hebat,tapi kita yang mengetahui hukum ini secara automatiknya,akan menghormati pemimpin kerana ini arahan dari ALLAH dan Rosul!Kita kena tahu adab² jika berlaku khilaf antara pemimpin dan ahli(rakyat).Apatah lagi jika yang memimpin kita itu ialah mereka dari golongan alim ulamak??.Mereka ialah orang yang punyai darjat tinggi di sisi ALLAH.Apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan kita.Kita bukanlah taksub buta kepada pemimpin sehinggakan apa saja yang mereka lakukan itu benar,walaupun telah zahir kesilapan mereka itu.Namun kita mestilah tahu cara² dan adab² sekiranya berlaku khilaf antara pemimpin mahupun ahli.Pemimpin kita(PAS)bukan sekadar pemimpin sebuah parti Islam,tapi mereka adalah ulamak dan guru kepada umat Islam Malaysia khususnya.Tak kiralah mereka ini menjadi pemimpin peringkat pusat,negeri,kawasan atau cawangan,pemimpin tetap pemimpin.Ulamak tetap ulamak.Tok guru tetap tok guru.Sebagai contoh,tok guru saya.Beliau merupakan seorang pemimpin PAS kawasan Baling(YDP kawasan).Selain dari itu beliau ialah tenaga pengajar di pondok beliau sendiri.Lagi contoh,tok guru Hj. Nik Aziz......Seorang Mursyidul Am.Namun itu bukanlah penghalang untuk beliau berkalut sibuk pada setiap pagi jumaat,mencurahkan ilmu yang ada.Presiden kita sendiri pun begitu...masjid Rusila tempat beliau mencurahkan ilmu antaranya..

Di dalam ilmu tasauf kita akan mempelajari tentang hubungan guru dan murid.Kita akan jumpa bagaimanakah keadaan kita jika berhadapan dengan seorang guru yang sememangnya mulia dari kita.Adab dan tatasusila itu wajib dijaga.Guru kita bukanlah kawan kita yang boleh kita melawak berlebih kurang.Jika guru yang kita bertalaqi ilmu ini pun sudah wajib dijaga hubungannya apatah lagi jika mereka ini guru merangkap pemimpin kita???

Menjadi kesalahan orang² kita sekarang ini ialah mereka bukan saja lantang mengkritik kepimpinan(tak salah mengkritik jika ingin perbaiki),malahan mereka seronok berkata² kepada kepimpinan dengan bahasa yang kurang sopan.Bukan saja kurang sopan pada ulamak dan pemimpin sahaja,bahkan kurang sopan juga kepada semua orang awam seperti kita.Maaf saya katakan,pernah saya baca komen dari ahli PAS sendiri yang memanggil tok guru Hj. Hadi dengan panggilan hadi saja,kerana apa?Kerana tidak setuju dengan idea kerajaan perpaduan.Ya,kita sebagai ahli boleh tidak setuju,tapi bukan begitu jika kita berhadapan dengan masalah begini.Antaranya lagi,tok guru Hj. Nik Aziz digelar tua nyanyuk.Apa ini??Mengapa begini kita bila berhadapan dengan seorang ulamak?Bukan dari orang Umno,tapi terpacul dari mulut orang PAS sendiri.Mengapa begini?Ustaz Nasharuddin juga apa kurangnya dikritik.Pelbagai perkataan² yang 'sopan' telah dihujumkan kepadanya.Dia bukan maksum,tapi kena tahu siapakah dia dalam PAS.Tok guru Hj.Hadi siapa dalam PAS?Tok guru Hj. Nik Aziz siapa dalam PAS?Tidak kurang juga Ustaz Nasaruddin Tantawi.Dia juga dihina kerana 'kerajaan perpaduan' ini.Sehinggakan bagi mereka yang sudah tiada modal lagi untuk mencercanya,gelaran 'tantawi' pula menjadi persoalannya.

Di mana pentarbiahan dari PAS?Adakah kita ini hanya ahli PAS yang kecewa dengan Umno?Atau kita jadikan PAS ini hanya wadah untuk menyatakan ketidakpuashatian kita pada Umno saja?Sedangkan usrah kita malas untuk hadiri,kelas pengajian pula kita mencari seribu alasan untuk pergi.Solat jemaah tidak pernah bertamu dalam diri ini.Ketahuilah benda² inilah yang menguatkan rohani kita untuk menghadapi bukan saja Umno,malahan syaitan dan nafsu yang mengheret.Apa gunanya kita hanya hebat di kawasan ceramah kerana kerajinan kita menghadiri ceramah politik,sedangkan pengajian ilmu di pondok,surau dan masjid tidak pernah kita menapak???Ini pengalaman aku sendiri...Mengapa manusia yang mengakui sebagai ahli PAS hanya menjadi rajin jika ke ceramah politik sahaja?Sanggup pergi biarpun hujan mencurah.Namun jika ke kelas ilmu fekah,tasauf dan tauhid masalannya,mereka cuba mencari seribu alasan untuk tidak menghadirkan diri.Tidak tengok kepada solat jemaahnya lagi.Tidak kata kepada sesiapa secara khususnya.Kita sebagai hamba yang ada kekurangan ini perlulah ambil muhim.Subuh berjemaah bagaimana?Waktu yang lain memungkinkan kita untuk beralasan.Bagaimana pula jika maghrib dan isyak?Sedangkan ALLAH jadikan malam itu bukan untuk berkalut sibuk dengan kerja pejabat lagi,tapi untuk berehat..Jika benda ini pun kita tak mampu lakukan lagi,usahlah kita berbangga jika kita menang dalam semua pilihan raya sekalipun.Inilah muhasabah kita semua.

Jika kita benar² paham konsep hubungan dengan pemimpin dan ulamak,kita takkan beremosi dengan kata² dan panggilan kurang sopan terhadap mereka.Kita melihat antara pemimpin bila berkhilaf tidaklah berlebih²an.Mengapa kita saja yang terlajak beremosi?Kita kena tahu,kebanyakkan mereka yang mempelopori PAS ini ialah golongan ulamak(bukan bermakna golongan profesional dipinggirkan).Mereka bukan saja ulamak,bahkan pemimpin.Jika ada yang mengatakan mereka bukanlah ulamak.Tapi sekurang²nya mereka lebih alim dari kita.Apa jua keputusan dari kepimpinan,kita boleh berkhilaf.Kerana kita mungkin ada pandangan sendiri.Tapi usahlah terlalu kontra sehingga sanggup mencerca atau menggelar mereka dengan pelbagai gelaran.Ingat!Mereka bukan saja pemimpin,bahkan ulamak....Kita kena sedar bahawa daging ulamak ini beracun...Jangan suka² hendak menghina ulamak...Cukuplah Umno telah menghina agama,nabi dan ulamak.Takkan kita pula nak mengikuti rentak mereka juga??

Jika kita benar² mendapat pengtarbiahan dari PAS,sukar untuk kita bertindak begini dengan pemimpin.Jadilah orang PAS yang buka saja rajin di gelanggang ceramah politik,bahkan hebat di pentas pengajian kitab² fekah,tauhid dan tasauf.Dengan solat berjemaahnya lagi..........Kita pasti akan jadi sebuah parti Islam yang hebat di sisi ALLAH.
Tidak dinafikan pemimpin ada silapnya.Kerana yang memimpin itu bukanlah makhluk asing ataupun malaikat.Tapi seorang manusia seperti kita.Namun biarlah kita tahu adab² ketika menunjukkan ketidakpuashatian kita itu...

Aku menyeru pada diri ini dan semua ahli PAS yang tak pernah jemu memperjuangkan parti ini.Kita sama² kuatkan rohani kita.Kita cuba kalutkan diri ke kelas pengajian ilmu di pondok,surau dan masjid.Kalau boleh samakanlah ramainya bilangan kita ketika menuntut ilmu dan solat berjemaah seperti ketika kita berada diceramah politik.Insya ALLAH kita akan menang nanti.

Apapun aku bersyukur kerana tiada lagi idea kerajaan perpaduan.Media massa milik Umno gembira menggembar gemburkan isu ini untuk melihat PAS berpecah belah.Mereka hampir berjaya.Namun pemimpin kita bijak menghidu masalah ini.Cukuplah Umno menendang kita suatu masa dahulu...Kita takkan tersalah hitungan lagi kali ini.Jika Umno nak lemas,biarlah dia lemas sendirian...Kepada Umno,aku ucapkan.....
Usah mengharap pada yang tak sudi...

No comments: