21 March 2010

Mengubah mentaliti masyarakat kita....Vol : 1




Assalamualaikum semua....

Di malam musim sejuk bumi Mansurah yang semakin hampir ke penghujungnya ini, penulis(gantian panggilan bagi 'aku' sebelum ini) menulis juga untuk entri terbaru ini. Tujuan penulis menulis entri ini untuk kita sama2 membawa masyarakat Malaysia umumnya memikirkan tentang beberapa perkara yang penulis lihat perlu diubah mentaliti masyarakat kita khususnya melayu Islam itu sendiri. Penulis telah melihat dan mengkaji selama ini, mendapati ada beberapa perkara yang penulis dapat simpulkan berdasarkan realiti yang berlaku dalam kehidupan kita dan bagi penulis, ia agak 'mushkilah' dan merbahaya untuk umat melayu Islam. Apakah dia mentaliti masyarakat kita yang perlu diubah itu?? Insyaallah penulis akan kupaskan serba sedikit walaupun tak banyak. Sekadar yang penulis termampu untuk tatapan kawan2 semua.



Bila muksiat gejala sosial itu lebih mudah dari berkahwin.


Mengapa penulis memilih fokus tentang gejala sosial ini? Ini dari pengamatan penulis selama ini. Semua sudah maklum bahawa gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini semakin membarah. Jika ingin dihitungkan 1 persatu mungkin tak tertulis di dalam entri ini. Namun penulis tulis juga serba sedikit. Antaranya yang kita sudah sedia maklum ialah berkawan lelaki perempuan dalam keadaan tak terkawal, melahirkan anak zina, berpeleseran sesuka hati dan seangkatan dengannya. Jika ingin dikelaskan dosa2 mengikut perbuatan2 mereka itu, banyaklah. Perlu diketahui bahawasanya kita tidak boleh saja hanya pandai mengkritik golongan2 ini saja tanpa ada usaha untuk membaik pulihkan mereka. Jika kita ini hanya pandai mentohmah dan mengkritik tanpa ada usaha untuk membaik pulih mereka maka ketahuilah bahawa kitalah sejahat2 manusia berbanding mereka.

Apa yang perlu kita lakukan ialah bukan saja tidak redho dengan perbuatan mereka ini bahkan perlu juga atas kita ini membaik pulihkan mereka. Namun masih ada kebanyakan orang sekarang ini bahkan terjadi juga kepada mereka yang berpelajaran aliran agama yang hanya pandai memandang serong kepada golongan2 ini tanpa ada usaha untu menegur atau membaik pulihkan mereka. Inilah sebesar2 kesalahan bagi orang yang belajar aliran agama khususnya. Oleh itu, marilah sama2 kita ini(semua mukallaf, lelaki dan perempuan), bukan saja tidak redho dengan perbuatan mereka bahkan menegur dan membetulkan mereka. Bukanlah kita ini seorang yang sempurna namun di sebalik kita membaik pulihkan diri kita sendiri, kita juga cuba membaik pulihkan orang lain.. Insyaallah.

Baik, apa yang telah menjadi kesalahan pada masyarakat kita dalam hal ini? Penulis lebih khususkan kepada keluarga masing2. Walaupun pemerintah itu sendiri juga memainkan peranan penting dan tanggungjawabnya. Anak2 merupakan permata keluarga. Dan ayah sebagai ketua keluarga merupakan orang terpenting dalam membentuk atau mencorakkan anak2nya. Sebuah keluarga itu juga bukanlah semata2 keluarga, namun ia merupakan sebuah masyarakat kecil yang terbentuk dari sebuah keluarga. Jika ayah dan ibu mampu membawa keharmonian rumah tangga dengan baik berlandaskan syariat, maka insyaallah ayah dan ibu itu juga mampu untuk mejadi pemimpin di peringkat yang lebih tinggi.

Sebagai seorang anak, pastilah punyai pelbagai perangai dan sikap yang perlu diharungi dan dihadapi oleh ibu bapa mereka. Ketika itu ibu bapa perlu memainkan peranan penting sebagai 'pemerintah' bagi sebuah 'masyarakat kecil' ini. Jika ibu bapa itu sendiri 'lepas tangan' maka jahanamlah anak2 mereka. Penulis lebih fokuskan kepada realiti yang berlaku sekarang ini iaitu bila ibu bapa lebih mudah membenarkan anak2 mereka bersosial di luar rumah dengan makna kata anak2 keluar sesuka hati dengan pasangan masing2 daripada mudah untuk ibu bapa membenarkan anak2 mereka berkahwin sahaja. Alasan yang kita sering dengar ialah bila anak2 mereka minta untuk berkahwin dalam usia muda; "Kau nak kahwin? Kau nak bagi anak orang nanti makan apa, pasir?" ataupun " Kau tu hidup pun abah kau yang sara, ada hati nak sara anak orang pula nanti.."

Begitulah alasan2 yang sering kita dengar bila anak2 mereka ingin berkahwin dalam usia muda. Ada benarnya juga bila melihat kepada sudut lain dengan apa yang ibu bapa cakapkan itu. Tapi apa yang menjadi kesalahannya ialah mereka lebih mudah untuk memberi anak2 mereka bersosial tanpa batas dengan pasangan masing2 daripada memudahkan anak2 berkahwin. Bila anak ingin keluar bersama teman lelakinya, ibu bapa tanpa rasa segan silu membenarkan saja. Bahkan diberi pula duit belanja(wang saraan). Anak pulang lewat tengah malam pun tidak di tanya dari mana. Anak bawa pulang lelaki hilah atau ajnabi (asing) ke rumah pun tidak mengapa. Anak membonceng motosikal bersama teman lelakinya pun ibu bapa tidak kisah. Ternampak anak keluar 'dating' dengan teman lelakinya pun tidak ditegur... Tapi bila cuma 1 saja yang anak2 pinta dari ibu bapanya.. " Mak, saya nak kahwin?" Apa jawab si ibu atau ayah? Seperti yang sudah penulis nyatakan di atas tadi. Jadi seolah2 seperti salah atau dosa pula bila anak2 minta ingin melakukan sesuatu yang sunnah, dapat pahala dan menyempurnakan sebahagian agama Islam itu sendiri!

Sedangkan dalam masa yang sama bila si anak berpeleseran dengan pasangan masing2 tidak pula dimarahi atau ditegur. Inilah kesilapan besar yang berlaku pada sesetengah orang kita. Tidaklah berlaku kepada semua ibu bapa. Cumanya ingin diceritakan bahawa ada ibu bapa yang begini. Pendek kata, mereka lebih 'redho' melihat anak2 mereka bersama teman masing2 dalam keadaan 'tiada sah' di sisi agama daripada 'meredhoi' anak2 mereka berkahwin sahaja. Di dalam kitab Muhimmah fi ilmi hadis Nabi S.A.W. ada menceritakan tentang hadis Nabi yang berbunyi begini;

"Dan menyuruh pula oleh Nabi s.a.w. akan bernikah dan bersabdanya, hai segala orang yang muda, bernikah2 barang yang kuasa daripada kamu akan bernikah maka hendaklah beristeri. Maka sungguhnya beristeri itu iaitu memejamkan ia bagi mata(maksudnya menundukkan pandangan) dan memeliharakan ia bagi farajnya(kemaluannya). Dan barangsiapa tiada kuasa maka lazimkanlah atasnya dengan berpuasa maka bahawasanya berpuasa itu melemahkan ia akan syahwat.." au kama qol....

Jika kita melihat kepada lafaz 'barang yang kuasa daripada kamu akan bernikah' itu, ada sedikit khilaf di kalangan ulamak tentang maksudnya.. Ada yang mengatakan murod(kehendak) perkataan itu ialah kemampuan dari segi batin iaitu kemampuan kekuatan seks dan ada pula yang mengatakan murodnya ialah kemampuan dari segi menyediakan belanja kahwin samada mahar dan wang hantarannya(berdasarkan realiti masyarakat kita). Jadi bila kita melihat kepada hadis baginda ini, tiadalah syarat bahawa nak berkahwin itu perlulah bekerja dahulu. Bahkan orang yang berkahwin ini Allah telah jamin akan rezekinya. Sama juga kepada mereka yang sedang menuntut ilmu.

Walaubagaimanapun, perlulah si pemuda tadi bekerja juga selepas berkahwin. Ini kerana bekerja itu sebagai wasilah atau jalan atau ikhtiar atau usaha untuk mendapatkan rezeki yang telah Allah taala jaminkan itu. Bukan bermakna hanya duduk di rumah sahaja dan menantikan rezeki datang. Kita sebagai ahlus sunnah wal jamaah wajarlah menggunakan ikhtiar yang ada untuk mencari rezeki. Disamping itu juga untuk menjadi seorang suami, perlulah persiapkan diri dengan ilmu agama walaupun hanyalah 'basic'..

Dan kita melihat lagi pada hadis tadi bahawa Nabi mengatakan 'orang muda'. Bukankah anak2 umat Islam yang melakukan masalah sosial sekarang ini terdiri daripada golongan muda?? Kerana ketika itu(umur muda) nafsu mereka bergelora menginginkan keseronokan sahaja. Jadi jalan yang terbaik untuk mereka ialah berkahwin saja. Tapi jika anak2 sibuk dengan pelajaran saja, dan tiada masalah dari segi sosial tanpa batasan ini, biarkan saja mereka dengan pelajaran. Yang penulis ingin sarankan ialah kepada ibu bapa yang lebih redho melihat anak2 mereka bersosial tanpa batasan syara' daripada mengizinkan anak2 mereka berkahwin saja.

Menyediakan belanja kahwin ini, penulis rasakan mungkin tiada masalah jika benar2 memahami tuntutan pemberian mahar itu sendiri. Mahar tidaklah menjadi syarat untuk ditetapkan kepada berapa jumlah yang khas. Ulamak itu sendiri ketika membahaskan tentang mahar ini tidak pula menetapkan secara muktamad berapakah nilai sebenar mahar itu atau mas kahwin. Bahkan sebaik2 mahar itu ialah yang paling sedikit..."walaupun dari cincin besi.."(berdasarkan hadis). Panjang pula jika ingin dibahaskan tentang mahar ini. Namun apa yang penting mahar adalah wajib.

Jadi bukankah kahwin itu jalan yang paling baik untuk memastikan anak2 kita tidak terlibat lagi dalam masalah gejala sosial yang semakin membarah ini. Seperti penulis katakan tadi, ibu bapa lebih rela melihat anak mereka bergelumang dengan muksiat daripada mudah untuk membenarkan mereka berkahwin sahaja. Inilah mentaliti atau permikiran masyarakat kita yang perlu diubah. Kenapa persoalkan tentang rezeki anak2 selepas dari mereka berkahwin?? Tidak yakinkah dengan jaminan yang telah Allah berikan pada orang yang berkahwin itu? Insyaallah anak2 kita akan bekerja. Lainlah jika mereka hanya duduk saja di rumah menunggu rezeki datang. Jika berlaku sedemikian rupa, barulah kita boleh mempersoalkan si suami tadi.

Kahwinkan saja anak2 jika kita lihat mereka sudah terpesong jauh bersama teman2 mereka. Selepas itu sebagai ikhtiar demi mencari rezeki yang Allah telah jaminkan itu, suruhlah mereka bekerja menyara keluarga mereka nanti. Si suami wajib memberikan nafaqoh kepada isteri dan anak2 mereka. Menunggu sehingga menjadi seorang yang kaya dalam sesebuah keluarga bukanlah syarat untuk mencukupkan makan, minum, pakaian dan tempat tinggal mereka. Arridho bil qolil (redho dengan apa yang ada walau sedikit atau ada sifat qona'ah iaitu berpada dengan apa yang ada) itu penting dalam kehidupan kita. Selepas anak2 kita itu(jika lelaki) bekerja walaupun tidak bergaji besar, maka yakin dan serahkan pada Allah taala berkenaan nasib anak2 kita. Kerana mereka sudah berusaha dalam mencari rezeki.

Sedarlah kita bahawa, anak2 muda merupakan aset terpenting kepada agama, bangsa dan negara. Telah berkata setengah ulamak; " Jika ingin melihat kepada keadaan masa depan sesebuah bangsa itu, lihatlah pada keadaan anak mudanya ketika ini(realiti sekarang). Jika baik anak mudanya sekarang ini, maka baiklah bangsanya itu akan datang. Jika rosak anak bangsanya sekarang, maka rosaklah bangsanya itu akan datang..." Na'uzubillahi min zalik.....

Insyaallah penulis akan sambung lagi tulisan penulis ini untuk volume ke-2. Penulis cuba pula mengupas tentang salah faham masyarakat kita dalam memahami poligami dalam Islam. Ada masyarakat kita yang memandang serong kepada poligami sehinggakan boleh membawa kepada jatuhnya aqidah. Bagaimana ia(jatuh aqidah) boleh berlaku? Tunggu untuk entri akan datang..... Wassalam....


1 comment:

Anonymous said...

good information...

expand our minds...

i'll keep waiting for another post soon..

and keep writing for Allah sake...

Allah bless Hakimi....ulama to be..

aku line x clear nk kawin...!!!
traffic light suma merah...kih3x