9 March 2010

Bila bola sepak kalah kerana sekeping duit.(liputan khas hari pertama dari Temasya Usrah Mansurah)

Assalamualaikum semua......

Temasya Usrah Mansurah atau dikenali juga dengan TEMAN '10 telah membuka tirainya.... Sebanyak 6 kumpulan(pasukan) bertanding dalam memupukkan semangat setiakawan dan ukhuwwah islamiah... Program telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden PMRAM Al Fadhil Tuan Guru ustaz Shahrizan.. Program diadakan di Istad Gama'ah, Tirah. Kawasan pelajar perubatan Mansurah.

Tuan Guru ustaz Shahrizan telah menyepak bola sebagai gimik perasmian... Memang meriah program pada malam tadi(8 hb 3 2010) kerana telah berjaya mengumpulkan ramai pelajar ikhwah dari Universiti Al Azhar cawangan Mansurah termasuk beberapa orang dari pelajar perubatan. Jarang2 pelajar ikhwah dapat berkumpul begitu ramai seperti malam tadi. Moga ukhuwwah antara kami kian mekar indah. Aku dari kumpulan 1 telah dipertanggungjawabkan memegang jawatan sebagai ketua kumpulan 1. Rata2 semua ahli kumpulanku telah memberikan komitmen yang cukup tinggi bagi memastikan kumpulan kami berjaya. Namun kita hanya merancang. Allah saja sebaik2 perancang dan penentu segalanya.. Kami akur dengan keadaan.

Pasukan kami telah menghantar wakil bagi memasuki pertandingan tarik tali, bola sepak dan sepak raga bulatan. Namun masih tidak mampu menandingi kehebatan pasukan lain. Pasukan bola sepak kami kalah hanya kerana balingan duit. Kami layak ke pusingan separuh akhir bila seri dengan kumpulan 2. Mata dan jaringan kami sama. Untuk menentukan pasukan mana yang menjadi johan kumpulan, maka undian telah dibuat. Iaitu dengan balingan duit. Kami kalah! Maka hanya dapat naib johan kumpulan A. Dan bertemu pula dengan Johan kumpulan B. Ketika perlawanan separuh akhir, kami seri lagi dengan kumpulan 3. Membawa kepada sepakan penalti. Dan masih seri dengan sepakan penalti. Akhirnya masa sudah lewat, pengadil perlawanan mengisyaratkan bahawa dibuat undian untuk menentukan siapa yang layak ke akhir. Sekali lagi balingan duit diadakan. Kami kalah lagi. Memang rasa tak berbaloi dengan kekalahan undian duit. Tapi ini hanya perlawanan 'kasih sayang'.... Maka kami tak berkira pun.

Tarik tali kami kalah dengan kumpulan 6... Mana tidaknya... Kumpulan 6 dibarisi oleh mereka yang 'besar2' belaka(antaranya ustaz Daud, ustaz Alifuddin, ustaz Fadhil, Syaikhuna ustaz Kamil, ustaz Alif Junaidi). Hehehehe. Jangan marah naaaa... Tak baik.. Cepat tua.. Tapi itulah hakikatnya.. Situasi ini tidak memberikan kelebihan pada kami yang rata2nya 'kecil2' saja. Tapi apa2 pun, tak mengapa... Kami bangga kerana mampu bertahan lama. Kami tarik, mereka tarik balik. Begitulah seterusnya. Lama juga keadaan begitu. Akhirnya kami kalah juga kerana mereka menggunakan kuasa terakhir mereka iaitu 'kebesaran' tubuh mereka peringkat ke-20. Hehehehehe.....

Sepak raga bulatan tak pasti ada nombor kah atau tiada kerana pengadil tidak mengumumkan terus. Tunggu nanti. Bagi aku rasanya kalah juga kot..... Kumpulan 1 kecundang.. Tapi tak mengapa. Memang seronok sungguh malam tadi. Kemesraan kami ahli2 DPMM terserlah. Aku percaya ramai yang gembira malam tadi... Bukan senang untuk kami berjumpa dan bermesra seperti malam tadi. Allahu robbi... Allahu ma'anaa.... Ukhuwwah Islamiah.. Malam ini ada lagi. Game indoor di markaz DPJA..

Malaysia boleh... Kumpulan 1 pun boleh...............!!!




Gambar sekitar program sukan hari usrah Mansurah

Wajah timbalan pengarah dan pengarah program.... Mantain jaaa..

Ustaz Amirul(pengerusi DPMM) ceria jaaaa.............

Pengarah program semangat memberikan ucapan.....

Ucapan perasmian oleh Timbalan Presiden PMRAM................

Penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada Timbalan Presiden dari pengerusi DPMM..

Muka mantain.............

Sebahagian pasukan yang bertanding...........

Muka2 ceria.........

Senyum itu sedekah.........

Taklimat pertandingan kepada semua ketua kumpulan oleh urusetia pertandingan.....

Cabut undi dimulakan...............

Peminat nak bergambar bersama ketua tersayang. Hehehehehe.......

Malam ni bukan saja ketua kumpulan, tapi adhoc keselamatan juga.. Unit Amal Kamsis bertugas...

Bincang apa tuu?? Nak belasah kumpulan 2 kaa??

"Sepak bola yaaa, bukan sepak kaki orang tau...."

Semuanya ceria2 belaka.... Alhamdulillah...

"Tariiiiiiiiiiiiiiiiiik, kumpulan 1... Tariiiiiiiiiiiiiikk!!" kata Farid.

Pidaus hampir terjatuh. Begitu berkerja keras.. Namun kalah jua..

Ini dia kumpulan 6 yg kalahkan kami. Kelihatan ustaz Shah(T.Presiden PMRAM) begitu bersemangat. Tak aci aaa depa amek ustaz Shah. Hehe. Baju hijau tu syaikhuna ustaz Kamil. Tu baru nampak ustaz Kamil ja.. Yg belakang2 lagi 'besar'2. Hehehehe....

Taklimat untuk ketua kumpulan lagi.. Untuk hadapi sepak raga bulatan....

Ni diaa wakil sepak raga kumpulan aku...

Pidaus menggunakan kecekapan mengawal timbangan bola..... Paan memerhati dulu.

Kumpulan paling mantap... Timbang bola lama sungguh...........

Seronok apa laa sangat tuuu???

Sepakan penalti dariku yang masuk ke gawang....

Keeper kami, Sabri... Tewas juga..

Tewas lagi....

Sepakan bersahaja K.E. yang berjaya masuk ke gawang....

Gaya seorang pemain profesional.. Tu diaaa..

Keeper dari kumpulan 4, Fathi.. Bolos juga....

Mesranya ahli DPMM....

Penentuan kemenangan dengan undian balingan duit...

Kekalahan yang harus diterima......... Kumpulan 3 menang dengan undian balingan duit.

Antara hero kumpulan 1 yang keletihan..... Tapi masih mantain jaaa...

Berkumpul setelah penat bersukan..... Semua muka letih..

Perasmian penutup.........

Senyum walau letih........

Saguhati kumpulan 1.. Tak pala kawan2... Sukan ukhuwwah.

Kumpulan 1 yang tetap sempoi... Hehehehehe..


UKHUWWAH ISLAMIAH!!!


4 comments:

Anonymous said...

Semangat je cerita...ingatkan ada rasuah tadi...muahahaha....majulah sukan utk sihat...ngeh3...

zuyyin wada'ah said...

wah,mantap3x,ust.kimi...;)

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

>acik imah : ish2..bkn rasuah la..hehehe.minum milo anda jd shat ddn kuat..
>aini : hehehe, nk join sukan sini mai laa mesir...

Anonymous said...

repeat smua game..!!!

aku x puaih ati...!!

kalo x kita jumpa di mahkamah...!!!

ngeh3x...