9 March 2010

KELEBIHAN YANG ALLAH BERIKAN TANPA DISEDARI OLEH KITA (PELAJAR-PELAJAR MANSURAH).

Assalamualaikum semua.........

Aku nak tulis entri ini dah lama. Idea ini tercetus bila ada beberapa sahabat yang berkahwin dengan pelajar perubatan. Tentang perkara itu(perkahwinan antara pelajar pengajian Islam dan perubatan) telah aku tulis dalam entri yang lepas. Boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut. Di dalam entri aku terdahulu, aku lebih fokuskan kelebihan yang ada pada pelajar perubatan tanpa menyentuh sensitiviti pelajar akhawat pengajian Islam khususnya. Namun kali ini aku cuba kupas pula tentang isu ini(kelebihan yang Allah berikan tanpa kita sedari).

Sebagai pengenalan awal, bumi Mansurah merupakan salah satu daerah(yang berada di dalam negeri Daqohliyah) yang ada Universiti Al Azhar(cawangan). Bukan sahaja Universiti Al Azhar, malah ada juga Ma'ahad Qiraat lil banat(setaraf ijazah di Malaysia). Jarak bumi Mansurah dengan Kaherah lebih 100 k.m. Mengambil masa 2 jam lebih perjalanan(taqriban) untuk sampai ke Kaherah. Bumi Mansurah juga merupakan daerah yang dikurniakan Allah dengan keindahan sungai nil. Di Universiti Al Azhar cawangan Mansurah ini telah disediakan kuliah pengajian islam penuh bagi pelajar akhawat meliputi kuliah lughah arobiah, usuluddin dan syariah islamiah. Berbeza sedikit untuk pelajar ikhwah hanya menyediakan kuliah usuluddin dan lughah arobiah sahaja. Kemasukan pelajar2 Malaysia ke Al Azhar Mansurah telah direkodkan sekitar tahun 1992. Namun ketika itu hanya beberapa orang sahaja(kalau tak silap aku hanya 60 orang, kalau salah tolong betulkan) termasuk ikhwah dan akhawat. Jumlah ini tidak lah besar seperti sekarang ini. Saban tahun pertambahan berlaku dari kalangan pelajar Malaysia, ikhwah dan akhawat. Dan akhirnya mengikut statistik dari jabatan perangkaan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah sesi 08/09 jumlah pelajar pengajian Islam yang bermukim di bumi Mansurah lebih 500 orang! Di dalam jumlah yang besar ini, akhawat mempelopori dari segi bilangannya. Mungkin ada yang tertanya2 mengapa pelajar akhawat boleh ramai lagi?? Maka aku akan jawab bahawa pelajar ikhwah hanya meliputi dua kuliah terbesar ini saja iaitu usuluddin dan lughah arobiah. Berbanding pelajar akhawat meliputi 3 kuliah terbesar iaitu usuluddin, lughah arobiah dan syariah islamiah. Ditambah lagi dengan minoriti yang tidaklah kecil sangat iaitu pelajar akhawat kuliah qiraat(ma'ahad qiraat milik Al Azhar juga). Kita tinggalkan dahulu bilangan pelajar2 ini. Jika ingin dibandingkan dengan muhafazah2 lain selain dari Kaherah, maka Mansurahlah satu2nya muhafazah yang bergandingan ikhwah dan akhawatnya dalam kuliah pengajian Islamnya(Universiti berasingan malah jarak antara universiti juga agak jauh). Betul??? Yaaa, cubalah cari cawangan mana lagi yang ada pelajar2 Malaysia ikhwah dan akhawat bersama dalam 1 muhafazah di dalam kuliah pengajian islam??

Bila menyebut tentang tautan ikhwah dan akhawat, maka tidak dapat lari dengan hubungan(umum) sesama mereka. Sebab itulah bukanlah sesuatu yang mustahil bila berlakunya perkahwinan di antara pelajar2 Malaysia di sini. Malah statistik bilangan mereka yang berkahwin juga begitu ramai. Tapi bilangan pasangan berkahwin ini tidaklah sampai majoriti. Mereka ini hanya mampu membentuk minoriti kecil saja.



APA KELEBIHAN YANG KITA TAK SEDARI ITU???

Aku sudah nyatakan serba sedikit tentang bagaimana keadaan(ahwal) pelajar Malaysia di bumi Mansurah ini. Sekarang aku akan mengupas serba sedikit berkenaan tajuk di atas. Apakah itu kelebihan yang Allah taala telah berikan kepada pelajar2 Malaysia di sini sehinggakan tak semua yang menyedarinya??? Yaaa, tak semua yang sedari. Aku berani katakan begitu. Sebab?? Sebab masih kurang bilangan orang berkahwin dari kalangan 'penduduk' Mansurah sendiri. Maksudnya perkahwinan sesama pelajar Mansurah. Tak termasuk orang 'luar' yang berkahwin dengan pelajar Mansurah. Ini lah masalah yang aku percaya, pihak Unit Bait Muslim Mansurah sendiri sedikit mengeluh. Tapi tidak lah sampai peringkat keluhan yang kronik. Entri ini ditulis bukanlah ingin 'memaksa' supaya pelajar2 kita berkahwin. Tidak.... Tetapi ingin membuka mata sesama kita. Kerana masih yang tidak nampak kelebihan yang Allah taala telah berikan itu. Kelebihan itu adalah perkara yang jarang2 ada bagi pelajar Malaysia di Al Azhar semua peringkat. Tak kira samada di peringkat cawangan atau pusat(Kaherah). Kelebihan ini hanya ada pada pelajar2 Mansurah sahaja. Kebarangkalian itu(kelebihan) ada, dan mungkin juga kekerapan bagi kebarangkalian itu kuat lagi. Aku akan ceritakan selepas ini tentang apakah kelebihan jika melihat dari sudut lain. Cumanya permulaannya aku ingin ceritakan kelebihan umum bila berkahwin sesama pelajar pengajian Islam di Mansurah ini.

Semua orang sudah maklum bahawa para pelajar di sini(Mansurah) merupakan pelajar aliran agama. Ada yang secara am dan khusus. Secara realiti umumnya, kita(pelajar pengajian Islam Mansurah) merupakan 'sekufu' atau padanan yang baik. Dan inilah kelebihan yang telah Allah berikan kepada pelajar pengajian Islam di Mansurah ini. Kelebihan yang terkadang itu kita terlepas pandang. Aku tidak setuju bila ada yang mengatakan bahawa pelajar perubatan juga belajar agama dan sama saja jika ingin dibandingkan dengan pelajar pengajian Islam yang lain. Tentang perkara ini(sama saja belajar agamanya) pernah aku bersembang dengan seorang rakan. Dan dia mengatakan bahawa, "..Budak tib sekarang pun dah ngaji agama. Sama saja ngan budak kuliah..." Yaaa, benar pelajar perubatan juga belajar agama, tapi takkan sama seperti mana akhawat dan ikhwah pengajian Islam belajar agama. Maaf yaa, aku bukan nak merendah2kan pelajar perubatan. Cumanya aku ingin menceritakan secara hakikat. Apa yang membezakan pengajian agama di antara pelajar pengajian Islam dan perubatan?? Perbezaannya ialah akhawat pengajian Islam lebih mendalam dalam belajar agama berbanding pelajar perubatan. Maaf sekali lagi, aku bukan ingin membanding2 kan antara dua kos ini. Cuma sebagai jawapan aku menafikan kata2 kawanku itu. Penafian aku ini juga bukanlah bersifat 'membenci', tetapi lebih kepada perbincangan ilmiah.

Perbezaan itu ialah bila akhawat pengajian Islam lebih mendalam dalam pengajian agamanya. Berani aku katakan begitu. Sebab akhawat pengajian Islam belajar agama bukan saja yang fardhu ain malah mereka juga belajar agama yang fardhu kifayah. Walaupun fardhu kifayah ini tidak wajib belajar. Tapi kita kena tahu bahawa ada ketikanya ilmu fardhu kifayah ini menjadi wajib belajar. Pelajar perubatan belajar agama yang fardhu ain sebagai pengetahuan mereka dalam bidang agama(melepaskan diri dari berdosa jika tidak belajar ilmu yang fardhu ain ini). Jika ada dari kalangan pelajar perubatan yang belajar ilmu agama yang bersifat fardhu kifayah pun tidak banyak yang mereka pelajari dari ilmu agama yang fardhu kifayah itu.

Apakah dia ilmu yang fardhu ain itu?? Ialah ilmu tauhid(ilmu kalam), feqah dan tasawuf. Ketiga2 ilmu ini wajib dipelajari oleh setiap mukallaf. Tidak kira lelaki atau perempuan. Dan pengajian ilmu tauhid, feqah dan tasawuf juga turut dipelajari oleh akhawat pengajian Islam. Jadi apa yang telah melebihkan akhawat pengajian Islam dalam hal ini?? Inilah ilmu yang tidak dipelajari oleh pelajar perubatan. Iaitu ilmu2 alat yang lain. Sebagai contoh ilmu nahu, sorof, tafsir, falsafah, balaghah, mantiq, bayan, badi', milal dan nihal, fiqh muqoron, khitobah, usul dakwah, ulum hadis, hadis, ulum tafsir, tayyarat fikriah, firaq islami, syair jahili, adab jahili, fannul maqol, naqod adabi, auzan syair, arudh, tarikh sunnah, usul fiqh, hadis ahkam, qo'ah bahas, ahwal syakhsiah dan banyak lagi jika ingin dinyatakan di dalam entri aku ini. Maka inilah kelebihan bagi akhawat mahupun ikhwah pengajian Islam. Sekali lagi aku bukan ingin merendah2kan pelajar perubatan. Tidak sama sekali. Cuma ingin berhujah bahawa tidak sama cara dan pengetahuan pengajian ilmu agama di antara pelajar pengajian Islam dan perubatan. Kerana kawanku itu mengatakan sama saja mereka(antara akhawat tib dan pengajian Islam) sekarang ini(merujuk kepada pengajian agama mereka). Aku pernah menulis tentang gandingan mantap antara pelajar perubatan dengan pelajar pengajian Islam ini jika mereka berkahwin. Boleh klik di sini.

Inilah(cara belajar agama) kelebihan yang ada di kalangan pelajar pengajian Islam tidak kira ikhwah dan akhawat. Jadi kenapa masih tidak rebut lagi kelebihan yang Allah berikan ini iaitu 'sekufu' atau padanan yang baik dalam memilih pasangan??? Bukan bermakna bila aku mengatakan bahawa berkahwin sesama pelajar pengajian Islam itu adalah terlebih baik, lantas aku menafikan kelebihan untuk mereka yang kos lain? Tidak... Aku tak nafikan kelebihan yang ada juga pada mereka yang selain dari pengajian Islam. Sama jugalah jika kita mengatakan makan nasi lebih baik dari makan roti. Adakah roti tidak baik?? Faham ya kawan2ku semua... Hmmm.

Walaubagaimanapun, tidak menjadi masalah atau kesalahan jika ingin memilih pasangan dari kos lain sekalipun. Itu hak masing2.... Cumanya aku ingin menceritakan tentang kelebihan yang ada di bumi mansurah ini yang kadang2 itu kita terlepas pandang. Ada yang tak sedarinya.....



KELEBIHAN DARI SUDUT LAIN JIKA BERKAHWIN SESAMA Al AZHAR MANSURAH.


Sebelum ini tadi aku ada menceritakan serba sedikit apakah dia kelebihan dari sudut lain jika berkahwin sesama 'Mansurah' ini.. Jadi kini aku akan ceritakan apakah dia kelebihan lain jika kita melihat dari sudut lain. Kelebihan dari sudut yang bakal aku ceritakan ini, tidak ada dan mungkin ada pada pelajar Malaysia Al Azhar di semua peringkat. Samada di Kaherah, Tanta, Dumyat, Iskandariah, Syibin el Kom dan Zaqaziq.. Apakah dia??? Ini dia.. Heheheh..

Mansurah terkenal dengan keberadaan sungai nil. Tak semua muhafazah ada terusan sungai nil.

Mansurah sewa rumah setakat ini masih murah jika berbanding Kaherah sebagai ibu kota Mesir. Sebagai contoh. Jika rumah sewaan di Mansurah yang berharga L.E. 400 .Di Kaherah, rumah harga sewaan seperti itu sudah tentu L.E. 1000 ke atas. Maka boleh memberikan masalah pada pasangan yang berkahwin dan bujang sekalipun.

Mansurah mempunyai suq(pasar) yang berhampiran. Ini memudahkan isteri2 pasangan masing2 untuk pergi ke suq sepeninggalan suami tiada di rumah.

Mansurah mempunyai bank HSBC yang merupakan akaun simpanan wang bagi majoriti pelajar Malaysia di Mesir. Jarak bank ini dengan kediaman pelajar tidak jauh. Keadaan ini(bank HSBC dekat) tidak terjadi kepada pelajar2 di muhafazah lain.

Mansurah mempunyai Universiti Al Azhar yang dekat dengan kediaman pelajar2. Ini memudahkan para pelajar ulang alik dengan selamat. Insya Allah. Bukankah jauh dan kepayahan jika suami orang luar?? Susah untuk para suami ke kuliah kerana universiti mereka jauh.

Mansurah masih lagi murah dari segi tambang van(tramco) dengan harga 25 sen dan teksinya dengan harga L.E. 2.00 .

Mansurah mempunyai markaz pelajar yang dekat. Hanya memerlukan pelajarnya berjalan kaki saja untuk pergi.

Mansurah............... Hurm apa lagi yaa??? Kawan2 cari laa sendiri yaa.. Hehehehe..


Itulah serba sedikit kelebihan dari sudut lain yang ada di Mansurah ini. Kalau pasangan yang berkahwin itu, tidaklah membebankan sangat keluarga. Ini kerana keadaan kehidupan seharian tidak memberatkan pelajar2nya.



MENGAPA MASIH RAMAI IKHWAH DAN AKHAWAT TIDAK INGIN AMBIL KELEBIHAN INI???

Berkahwin ini bukanlah sesuatu yang paksaan. Ia datang bila hati sudah mula rasa ingin berkahwin. Aku pernah bersembang dengan Ustaz Yasir, seorang pasangan berkahwin di Mansurah. Aku bangga dengannya kerana merupakan pasangan tempatan(Mansurah sama Mansurah). Lebih 2 jam kami bersembang tentang masalah mengapa ikhwah dan akhawat tidak melamar antara 1 sama lain jika hati sudah mahu... Aku lebih kepada hujah sebagai orang bujang dan ikhwah. Dan ustaz Yasir pula lebih kepada akhawat kerana beliau memahami juga situasi akhawat bagaimana. Setelah agak lama kami berbincang maka aku dapat buatkan 1 kesimpulan. Iaitu masing2 ada kelemahan. Masing2 ada rasa memilih, cerewet, malu dan tak bersedia.... Itu antaranya. Tak kira ikhwah atau akhawat. Ada juga yang tak ambil kisah sangat. Mungkin kerana sudah ada kenalan pelajar Malaysia atau hanya menyerahkan soal jodoh pada keluarga. Mungkin..... Antara sebab2 inilah yang menyebabkan kurangnya pasangan tempatan(Mansurah sama Mansurah). Yang ada saban tahun ialah ustaz2 dari muhafazah lain yang masuk melamar ustazah2 Mansurah. Sebagai contoh dari Dumyat, Tanta, Syubra, Kaherah dan sebagainya. Aku tak kata salah jika ustaz2 muhafazah lain nak melamar anak dara Mansurah ini. Cumanya aku nak nyatakan di sini kenapa susah untuk kedengaran ikhwah Mansurah kahwin dengan akhawat Mansurah?? Bila jarang-jarang berlaku maka dia seperti tiada langsung....

"An Nadir kal ma'du
m.." maksudnya, sesuatu yang jarang2 berlaku itu seperti tiada langsung..

Mengapa begitu??? Jika bagi kita tiada masalah langsung, maka jangan ada suara yang bunyi kenapa ustaz2 mencari orang Malaysia atau kos yang lain. Dan ustaz2 pula jangan terlalu menghukum ustazah2 hanya kerana melihat kepada beberapa orang akhawat yang buat perangai. Masing2 muhasabah diri sendiri. Ustazah2 jangan terlalu bermain2 dengan perkataan 'siqoh' itu(ini tak siqoh,itu tak siqoh) jika kita tak tahu apakah dia siqoh itu. Dan ustaz2 pula jangan memandang serong pada ustazah2 hanya kerana ada sejuzuk sahaja yang buat perangai. Pandanglah pada kebaikan. Mengapa nak cari sangat keburukan orang?? Aku tetarik dengan senikata yang ada pada lagu nasyid Kumpulan In Team... Berbunyi begini...

"Suami, jangan menagih setia. Umpama Hajar dan setianya Zulaikha. Terimalah seadanya yang terindah di lubuk hatimu....."

Apa yang dapat kita faham dari bait2 senikata ini?? Mungkin sekali dengar kita kurang faham. Aku pun mula2 kurang faham. Tapi bila aku kaji2 balik, aku dah dapat jawapannya... Maksud dari senikata ini ialah mereka(in team) nak para suami janganlah terlalu mengharapkan isteri itu setia(hebat,tabah,baik) seperti kedua2 wanita agung itu iaitu Siti Hajar dan Zulaikha. Kerana semua kita sudah maklum bahawa mereka berdua ini merupakan wanita hebat dan tabah dalam sejarah Islam. Betul?? Yaaaa... Mana mungkin si isteri mampu untuk jadi terbaik seperti kedua2 wanita agung ini?? Oleh itulah si suami ini janganlah marah2 atau paksa2 jika berlaku kelemahan dan kekurangan pada si isterinya. Si suami mungkin nak isterinya jadi yang terbaik seperti wanita2 agung ini. Tapi hakikatnya isteri2 tidak mampu dah. Oleh itu, terimalah isteri2 kita itu seadanya... Buruk baik pun dia tetap isteri kita. Sediakan tempat khas untuk para isteri bertamu indah dalam lubuk hati kita ini(bukan kita, tapi suami lah. Sebab aku tak kawen lagi. Hehehe).

Sama juga kepada para ustazah. Janganlah terlalu memilih atau mengharapkan ustaz2 yang sempurna bak Nabi2 atau sahabat2. Mana nak cari lagi lelaki begitu?? Nak sempurna bagaimana lagi pada pandangan ustazah2??? Oleh itu, sama juga seperti maksud senikata tadi.......... Terimalah seadanyaaaaaa...... InsyaAllah dimudahkan segala urusan. Kerana kita masing2 mengaji agama. Ustaz Yasir ada beritahu ku bahawa ada seorang ustazah ini, terlalu memilih ustaz2. Sehinggakan ustaz2 yang baik2 masuk meminang pun dia masih menolak. Ustazah itu nak yang benar2 baik saja bagi pandangan dia. Akhir sekali Allah beri dia jodoh dengan seorang penagih dadah.... nau'zubillahi min zalik. Pepatah Melayu dah sebut. "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...."..Muhasabah diri kita semula. Apa yang tak kena sebenarnya.... Hurm...

Inilah serba sedikit kajian dan analisis yang telah aku buat dan berfikir selama ini. Apa yang aku tulis ini berdasarkan dari analisis aku. Bukan bermakna muktamad. Untuk membawa kawan2 juga berfikir.. Aku pun, bila ditanya, nak cari orang mana?? Secara jujurnya aku nak cari orang Mansurah juga. Kerana apa? Kerana aku kenal ustazah2 Mansurah bagaimana walaupun tak secara detail. Biarlah apa orang nak kata kepada pelajar akhawat Mansurah. Aku sebagai pelajar Mansurah juga kenal dengan ustazah2 kami ini... Aku kenal siapa ustazah2 Mansurah walaupun ada yang cuba mencemuh..... Cumanya nak pesan. Janganlah terlalu menghukum ustaz2, "Ini tak siqoh, itu tak siqoh..." Sedarkah kita bahawa kata2 ini boleh menyebabkan ustaz2 terasa hati???

Sebelum aku akhiri tulisan aku ini, aku nak petik kata2 seorang Tuan Guru yang Alim di utara tanah air kita yang mempunyai pondok terkenal di Kedah. Beliau pernah menyebut, "Aku buat pondok bagi pelajar pompuan ini untuk hampa(pelajar pondok ikhwah) laah juga.." Maksudnya tuan guru bina pondok2 atau bukakan kelas pengajian agama juga untuk pelajar2 akhawat itu sebagai 'sekufu' bagi pelajar2 pondok ikhwah.

Dari kata2 tuan guru di atas maka cuba kita tengok keadaan kita di sini. Al Azhar Mansurah ini telah Allah jadikan ada ikhwah dan akhawat... Berdasarkan kelebihan yang telah aku nyatakan diawal tulisan aku tadi, jadi aku nak katakan pada semua, sedarkah kita bahawa Allah dah berikan isyarat pada kita bahawasanya ustazah2 Mansurah ini dihadirkan di bumi Mansurah ini untuk kita juga laaa ustaz2 oi... Depa2 ni untuk kita laaa.. Hampa sedaq tak lagi?? Hurmm...Dah sedaq baguih laa.. Wallahu a'lam.............

5 comments:

arekeyz_studio said...

alhamdulillah artikel yang bernas...syabas..."buat ustazah2 jangan menghukum ustaz dalam membuat pilihan"memang dalam agama islam kita digalakkan mencari jodoh yang sesuai bukankah islam itu Mudah bukan menyusahkan ....fikir2 kan la...

hamba yang hina
by,arekeyz@fenomenasyid

Anonymous said...

terimalah apa adanya dan seadanya~~

Fadzly said...

Syabas kepada sahabatku kimi dengan pandangan yang diberikan. secara peribadi ana memeng tertarik dengan perbincangan secara ilmiah yang mengandingkan pro dan kontra sesuatu isu. klw ana tahu enta nk buat artikel ni, dh lama minta tuk tulis dlm article terbaru info akan datang.. saja nak bagi menarik dan lebih membina sensitiviti pemikiran..hehe.. cumanya bila kita membincangkn isu2 yg berkaitan kehidupan mahasiswa ni diharapkan sahabat2 kita yang lain mampu menyedari hakikat ini dan sama2 berfikir dengan lebih positif dalam mendepani segala isu.. ana masih mengharapkan muhasabah dan cadangan dari pihak sahabat2 yg lain bagaimana kita nak meningkatkan kesedaran pemikiran secara ilmiah dan menghilangkan sifat terlalu emosi dalam menghadapi pandangan.

mujaheedah said...

slm,alhamdulillah bgus nteri ni,erm,,kalo da bkenan jumpa keluarga..insyaAllah anda akan dterima.. kdg2 akhawat nak tgok usaha dari ikhwah mcmmana,wallahu a'lam..

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

wslm..insyaAllah jka dh ada yg brkenan.. :) yaa...bleh jd bgitu jgk... :)