8 February 2010

MABRUK USTAZ KADER DAN ZAUJAH!!!!!

Assalamualaikum semua......

Malam tadi aku berpeluang bertandang ke Tir'ah bersempena majlis walimatul 'urus bekas pengerusi dan penasihat DPMM yang berbahagia ustaz Kader dengan Dr. Syaidatul Syakila. Ustaz Kader telah selamat menjadi suami orang pada hari sebelumnya di ARMA, Kaherah. Apa yang istimewanya ialah ustaz Kader berkahwin dengan pelajar tib(perubatan). Selalunya kita dengar 'ustaz berkahwin dengan ustazah'. Tapi kali ini ustaz Kader telah melakukan perubahan. Hehehehe. Mabruk!

Masa di majlis tersebut ustaz Yasir ada tegur ku.. "Kimi, enta tak terbakar ka tengok ustaz Kader ni??".. begitulah ayatnya. Hehehehe... Takpa2.. Beri laluan pada ustaz Kader dulu. Aku akan menyusul kemudiannya.. Kalau ustaz Kader pun boleh cari pelajar tib, tak mustahil ustaz2 Mansurah akan ikut jejak langkahnya. Hehehehe. Lepas ini ustaz Omar(abah ustaz kader merangkap ustaz aku di sekolah menengah dahulu) tak perlu bimbang kalau ada sakit2 kerana menantunya seorang doktor. Hehehe.. Balik nanti ustaz Kader jangan lupa gantikan abah ustaz baca khutbah di masjid Carok Bemban tuu dan jangan lupa berjuang bersama2 PAS Baling. Aku doakan moga ustaz Kader dan zaujah berbahagia dalam melayari bantera rumah tangga sehinggalah ke akhirnya dan bertemu semula di syurga Allah... Aku pun tak mahu ulas panjang. Cumanya aku tumpang gembira dengan perkahwinan ini. Ustaz Kader bekas naqib usrahku. Banyak perkara yang aku pelajari darinya... Moga bahagia ya akhi........





Moga berbahagia ustaz Kader bersama zaujah tercinta... Amin.

2 comments:

Muhamad Amirul bin Hasim said...

Takpa2.. Beri laluan pada ustaz Kader dulu. Aku akan menyusul kemudiannya..

bile agaknyer yer..mmm...

al-tebengawi said...

wawawa..pasni aku lak nk kawen ngn tib msia..wakakakaka..xtahan daaaahhh..ayahhh along nk kawennnn...!!!